zawiah89 Publish time 15-12-2006 02:24 AM

info berguna dari wgd..
nak try la gi beli oolong tea..
dari dok minum tea tarik mamak tuh..:hmm:

RedDevils Publish time 15-12-2006 10:04 AM

Originally posted by lindasam at 12-10-2006 10:31 AM
jgn mandi selepas makan
jgn tido/baring selepas makan
jgn minum ais
jgn makan berulam air
minum selepas abis makan
kunyah lelamamakanan baru telan

SEMUA NYER DAH BUAT TP X JLN!!!! minum teh ...

dulu aku baru nak stat buncit.member2 aku beri la memacam advice jgn mandi lepas makan la, jgn minum air sejuk la, minum teh cina la..
Tak relevan la benda alah tu..coz aku ada personal experience.
Pegi gym, work-out both cardio and resistance training. Takdelah keluarl six-pack mcm model, but cantik la perut aku, dada bidang sket, biceps& triceps naik,lift up the gluteus maximus&minimus.
Air sejuk aku balun, lepas makan malam, aku mandi la(sebab dah busuk balik gym).--tak buncit pun.
Nak minum sikit masa makan tu no problem, kunyah lama2 baru telan(40 kali ikut sunnah), logik, utk penghadaman berkesan, BUT MANDI LEPAS MAKAN? JGN MINUM AIS, JGN MAKAN BERULAM AIR?---toksah la menyiksa badan.Consistent, regular exercise is the answer. Kalau dah malas work-out, kau pantang la bagai nak rak, buncit gak..
Minum teh cina ni, kau tau mcm mana kau lose weight? most of them(bukan semua) causing loss of body fluid aje, bukannya buang lemak kau. So in long run, it's risky.

DARSITA Publish time 16-12-2006 09:32 AM

buat jer senaman ---- kempis ler perut tu. lepas tu jangan makan nasi sambil minum air. Habiskan nasi dulu -- lepas tu dlm 10 minit baru minum air. :)

Shanty Publish time 16-12-2006 01:29 PM

can we get the oolong tea here? have not check at the supermarket yet.

True-X Publish time 16-12-2006 09:55 PM

aku dah try... buat sit up.. memang menjadi... lepas raye ari tu.. seluar aku ketat makan banyak kat open house... soo aku mula sit up 20-30 kali setiap hari... menjadi... bile duduk buat kerje kat kerusi.. duduk tegak......

yanzz Publish time 16-12-2006 11:32 PM

ada org petua kat aku minum madu dalam tempoh 6 bulan. caranya madu 2 sudu makan bancuh dgn air suam (jgn pns sgt) dlm 1 mug lah. pastu perah limau nipis kalau kau tahan sebijik limau nipis tu kau letak...tp aku ambik 1/2 biji je. amalkan pagi selepas bgn tido dan malam sblm tido. in six month time bukan perut buncit je ilang badan kau pun akan slim. madu plak cari yg betul2 pure jgnn tipu weiii karang jadi lain plak

Org yg petua ni gemuk dlm 150++ kg lah pastu dia minum akar kayu tp akar kayu tu utk lelaki saja. sbb aku pompuan dia tak citerlah. Dia gemuk dlm 3-4 thn lepas. skrg ni dah kurusngam dgn tinggi dia. pastu dia rajin pg gym gak..so maintainlah. aku dah follow petua ni dalam 1 bulan lebih...kesannya alhamdullillah berat pun dah turun gak dalm 3 kilo lebih hehehe. Korang mmg otomatik akan kurang makan punye..cubalah.. :)

yanzz Publish time 17-12-2006 12:13 AM

terlupa nak ckp satu perkara. org yang ngandung jgn dekatkan diri dgn madu. cause madu tu panas. ok..

hainina Publish time 18-12-2006 11:16 AM

Originally posted by Shanty at 16-12-2006 01:29 PM
can we get the oolong tea here? have not check at the supermarket yet.


eja oolong tea tus ebenarnya olong tea je... smlm nina dah beli kat pacific... beli yg murah je... nak mula try minum.... cari kat bhgn teh2 cina tu.... ada byk jenis gak

sayapghaib Publish time 18-12-2006 12:36 PM

Originally posted by zacks at 24-8-2006 07:20 PM
Perut aku buncit skit, jadi nak mintak pendapat korang lah kalau aku buat sit up dgn push up 100 kali setiap hari, selama 2 bulan..boleh mengurangkan saiz buncit tu kpd minimum ke? :hmm: Ke still n ...


kalau nko tinggal kat kuala lumpur.nko cari pejabat yang mengeluarkan majalah seni beladiri kat setapak.nko jumpa ketua pengarangnya Encik Azlan Ghanie.Beliau ada satu kaedah mengempiskan perut dalam masa yang singkat.dgn beberapa jam saja perut kita boleh kempis.kaedah itu satu jenis senaman untuk membakar lemak di bahagian perut.tak perlu bayar apa-apa.

True-X Publish time 18-12-2006 01:50 PM

Reply #49 sayapghaib's post

yer ker?... meh ler share kat cn

hainina Publish time 19-12-2006 12:01 PM

tea olong ni sebabkan x mengantuk ke?... coz mlm td nina minum kul 3 pagi br leh tido.... adoii tensen tul....

sayapghaib Publish time 19-12-2006 12:46 PM

Originally posted by True-X at 18-12-2006 01:50 PM
yer ker?... meh ler share kat cn

kaedah tu kena tanya tuan empunya senaman tu.sebab kena buat dgn kaedah yang betul.Kalau kaedah yang tepat di lakukan dengan pernafasan yang betul dlm masa 1 jam jer perut yang buncit dpt kempis.saya tak dapat nak cerita kat sini sbab perut saya tak buncit jadi bila buat senaman tu cuma rasapanas kat abdomen.

sayapghaib Publish time 19-12-2006 12:57 PM

Bila beliau membuka rahsia senaman bakar lemak ni,Pejabatnya di setapak telah menjadi tumpuan ramai termasuk kaum isteri yang mempunyai suami yang buncit.oleh itu jika anda rimas tengok suami anda atau pak we anda yang berperut buncit syorkan mereka pergi ke pejabat Majalah Seni Beladiri.Encik Azlan juga mengadakan kelas senaman tua.Senaman tersebut telah terbukti dapat membantu menyembuhkan angin ahmar yang beliau deritai.seorang muridnya dari perak juga telah sembuh dari penyakit leukimia sehingga doktor di Hospital besar pulau pinang terkejut kerana mereka telah menjangka tempoh hayat pesakit itu tidak lama.

girly.. Publish time 20-12-2006 11:34 AM

Originally posted by wgd4082 at 13-9-2006 03:35 PM


Kalau perut buncit, ko kena jaga pemakanan dan kerap buat exercise spt jogging, swimming atau anything yang berkaitan ngan "cardiovascular" punya exercise...tu je.

Alat-alat senama ...


heheheh.. awat hang punyer pic cantuh... hehehe..

wgd4082 Publish time 5-1-2007 09:51 AM

Originally posted by hainina at 19-12-2006 12:01 PM
tea olong ni sebabkan x mengantuk ke?... coz mlm td nina minum kul 3 pagi br leh tido.... adoii tensen tul....


Inilah benefit yang aku perolehi selepas mengamalkan minum oolong tea + limau nipis bermula pada September tahun lepas (2006):

1)Berat badan - Turun from 78kg kepada 56kg (more than 20kg in less than 3 months...)
2)Waist line - From 35 inch to 27.5 inch (pakai seluar jeans saiz 28 pun longgar...jatuh ke pelvis)
3)Immune system - Improved (resdung aku dah kurang, kdg2 tu wife & anak2 kena selsema, aku rilek je tak kena langsung...)
4)High blood pressure - Getting better (sekarang ni kalau makan daging dah tak kena "stoke" kat kepala after that...)
5)Look - Nampak muda youuuuuuu....jeles giler bini aku

The best thing was...mak aku cakap badan aku macam time kat sekolah menengah dulu...pewitttttttt


Apa yang aku buat sebelum ni ialah:

1)Macam biasa lah, minum air teh oolong + limau nipis sebelum tidur. Method aku kaw2 punya beb...buat pekat2 dan campur ngan perahan 4 biji limau nipis (cari yang saiz-saiz besar).

2)Amalkan minum air teh oolong all the time, from morning till late night. Minuman lain tak sentuh langsung cam minuman bersusu, kopi, bergas, sejuk dll...melainkan air suam & air teh oolong. Malam jer baru taruk limau nipis.

3)Makan nasi sehari sekali jer...tapi kalau weekend tu kdg2 bedal jugak pagi dan malam. Maklumlah...bini dah masak...makan jer lah.

4)Elakkan makan makanan luar (warung, restoran, gerai ker...). Tiap2 hari aku bawak bekal bini masak untuk makan kat opis.

5)Kurangkan makanan berlemak. Nak kata aku deny semua sekali pun tak jugak...kdg2 tu bini masak kari, lemak cili api, bubur durian, nasi lemak...aku bedal jer.

6)Fast food restoran - Kalau boleh elakkan...and mostly not good for children.

7)Restoran Mamak, samada yg mengamalkan kaedah Islam atau tidak - BAN SEUMUR HIDUP(sinilah tempat raja segala iblis & syaitan suka melepak).

8)Didn't perform any type of exercise...except sex.

hainina Publish time 5-1-2007 10:53 AM

alamak.... lupa la taruk perahan limau nipis dlm teh olong tu.... esok ar g pasar beli stok utk seminggu....

kamar22 Publish time 5-1-2007 11:00 AM

org mnyusu baby leh minum ke olong tea nih?? kang tercirit lak baby ku...:hmm:

perrrghhhh Publish time 7-1-2007 11:50 PM

Reply #55 wgd4082's post

bagus la ko...buat aku bersemangat nak beli teh oolong nih..uhuhhu

Shanty Publish time 8-1-2007 09:57 AM

Originally posted by wgd4082 at 5-1-2007 09:51 AM



Inilah benefit yang aku perolehi selepas mengamalkan minum oolong tea + limau nipis bermula pada September tahun lepas (2006):

1)Berat badan - Turun from 78kg kepada 56kg (more than 20 ...

Oolong tea buatan mana yang you minum? I was looking for oolong tea here, but can only find the one made in Hongkong. Is that alright?

wgd4082 Publish time 8-1-2007 07:06 PM

Originally posted by Shanty at 8-1-2007 09:57 AM


Oolong tea buatan mana yang you minum? I was looking for oolong tea here, but can only find the one made in Hongkong. Is that alright?


Product :   Super Tea
Country :   China
Type :   Fujian Oolong Tea - Shui Hsien   ( Loose Tea, not tea bags )
Weight :   125gm
Price :   RM4.90( Giant Hypermarket )

Ada gambar pemandangan gunung-ganang...kaler hijau.

FYI, Hong Kong never produce any type of chinese tea. Only China (mainland), Taiwan & Japan come out with a good quality of chinese tea (green tea, oolong tea, jasmine tea, pur-eh tea, red tea and others...).

[ Last edited bywgd4082 at 8-1-2007 07:09 PM ]
Pages: 1 2 [3] 4 5 6 7 8 9 10 11 12
View full version: [MERGED] MENGATASI PERMASALAHAN PERUT BUNCIT


ADVERTISEMENT