GubRa_80 posted on 26-8-2006 09:27 AM

Hebbatus Sauda??

Assalamualaikum....

ader sesaper tahu pasal Hebbatus Sauda.........smlm saya pegi K4,pastu g tempat org jual ayat2 suci al-quran tu kan..husband saya ader beli satu botol hebbatus sauda.dia punya struktur tu biji2 kecil....dah tu org yang tukan jual tu bukan malaysian la...dia tak nakcakap malay..english pun tak brapa tau...so saya tanya dia macam mana nak makan??minum ngan air ke atau makan mcm tu saja..dia angguk2 geleng2 jerk...dekat botol tu dia tulis....(lebih kurang gini la..)Nabi muhammad s.a.w  berkata "makanlah hebbatus kerana ia dapat menyembuhkan segala macam penyakit kecuali MAUT"...so sesiapa yang penah beli...boleh tak bagitau saya macam mana nak makan...telan macam tu saja ka...atau masukkan kan dalam minuman????confuse la.....saya ada rasa sket..rasa dia macam lada hitam..tapi tak la pedas....tolongggg bagi tau saya....terima kasih:pray::pray:

ibnur posted on 28-8-2006 11:26 PM

"Hendaklah kamu menggunakan habbatus sauda' kerana padanya terdapat penyembuhan daripada sebarang penyakit kecuali al-Sam iaitu maut" (Hadis Sahih Riwayat Ibn Majah, at-Trimizi dan Ibn Hibban)


Kedudukan hadith saya tak pasti samada sahih, dhaif atau maudhu'.  Hadith ini juga tidak boleh digunakan untuk membuat hukum berubat dengan habbatus sauda, tetapi sekadar saranan.  Yang disuruh ialah mencari penawar untuk penyakit.

pinatbate posted on 28-8-2006 11:35 PM

habbatussauda tu macam herba...boleh buat macam teh,sebenarnya ada yang dijual serbuk ..macam kopi..minum campur susu sedap..kalau yang berbiji kena blend la dulu

serbuk tu tabur atas nasi panas pun sedap ,macam makan ulam lah..tabur barang sesudu kecil amalkan makan tiap hari..menyihatkan badan dan menguatkan otak.Insyaallah..

kuman posted on 29-8-2006 12:21 PM

Originally posted by GubRa_80 at 28-8-2006 03:08 PM
Assalamualaikum....

ader sesaper tahu pasal Hebbatus Sauda.........smlm saya pegi K4,pastu g tempat org jual ayat2 suci al-quran tu kan..husband saya ader beli satu botol hebbatus sauda.dia puny ...

Rasullullah SAW pernah bersabda:
"Tetaplah dengan Habbatus Sauda' kerana  sesungguhnya ia mengandungi ubat segala penyakit kecuali Mati ",(hadis Sahih Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Hurairah ra. Rasululloh SAW bersabda :" Dalam Habbatus Sauda ada obat dari segala penyakit, kecuali as-Saam". Ibnu Syihab (seorang rawi hadits ini) mengatakan : "as-Saam adalah kematian, dan Habbatus Sauda' adalah asy-Syuniz."

Dari `Aisyah radhiyallahu `anha, Rasululloh SAW bersabda : " Sesungguhnya Habbatus Sauda' ini adalah obat dari segala penyakit, kecuali as-Saam". Aku berkata (Perawi hadits ini, yakni Kholid bin Sa'ad): "apa itu as-Saam?" dijawab (yakni oleh Ibnu Abi Atiq): "Kematian".

Dari Abu Hurairah rodhiyallahu `anhu, Rasululloh SAW bersabda : "Tidaklah ada suatu penyakit, kecuali dalam Habbatus Sauda' terdapat kesembuhan baginya, kecuali as-Saam (kematian)"


Habbatussauda adalah sejenis tumbuhan dlm bentuk rumput kecil, mempunyai batang yang tingginya lebih kurang setengah hasta, mengeluarkan bunga yang berwarna biru yang terdapat di dalamnya biji Habbatussauda. Tumbuhan ini terdapat di negara Arab dan dikenali dgn pelbagai nama seperti Habbatussauda(Mesir , Syam), dlm Bahasa Inggeris dipanggil Nigella Sativa atau Black Cumin. Produk mempunyai khasiat yang amat tinggi.
Mengandungi lebih drp 67 kandungan bahan aktif di dalamnya. Bahan-bahan ini dapat membantu menyembuhkan beberapa penyakit yang sering dihadapi oleh manusia. Hsauda ini ialah satu supplement/ubat yg membetulkan perjalanan sistem tubuh seseorang individu itu. Ianya akan membersihkan darah dan menjadikan individu itu lebih bertenaga dan sihat .

Tujuh ciri-ciri nilai pemakanan utama habbatus sauda:

1. Kaya dengan Monosaccharide Glukosa, xylosa dsb. polysaccharide fatty acid yang tidak tepu. EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan. Amino acid yang membentuk protein. Karotene iaitu sumber vitamin A kalsium, zat besi, dsb.
2. Sistem imunisasi- Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, habbatus sauda berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.
3. Anti-histamine- Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus sauda mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.
4. Anti-tumor- Kajian in vitro mendapati habbatus sauda berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.
5. Anti-bakteria- Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati ia mempunyai aktiviti anti-bakteria . Habbatus sauda didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan  masalah-masalah perut yang lain.
6. Anti-radang (anti-inflammation)- Habbatus sauda didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).
7. Menggalakkan pengeluaran susu- Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam habbatus sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.

KAJIAN PERUBATAN

Sejak tahun 1959, lebih dari 200 kajian dihasilkan oleh universiti di peringkat antarabangsa dan artikel yang dikeluarkan oleh berbagai journal perubatan telah menunjukkan penemuan yang baik bagi menyokong khasiat tradisional Habbatus Sauda yang telah direkodkan semenjak 2tahun lalu. Berikut ialah sebahagian dari kajian dan artikel perubatan tentang Habbatus Sauda:-

Ibnu Sina- Habbatus Sauda merangsang tenaga dan membantu memulihkan kepenatan dan semangat. (Buku Ibnu Sina "Canon of Medicines")
Ibnu Qayyim- Habbtus Sauda berupaya memulihkan penyakit seperti batuk, "bronchitis", masalah.perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid, menambah susu badan wanita, menambah pengaliran air liur dan sebagainya. (Buku Ibnu Qayyim "Medicine of the Prophet")

Dr Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus sauda mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system). Antara bahan-bahan kandungan Habbatus sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.

Professor G. Rietmuller- Bahan ekstrak Habbatus Sauda menunjukkan kesan amat positif terhadap sistem immunisasi badan dan boleh digunakan sebagai "bio-regulator'. (Professor G. Rietmuller, Director of Institute of Immunology, University of Munich, Germany)

Dr. Ahmad El-Qadi (Islamabad, Pakistan) dan Dr. Usama Qandil (Florida, USA) mendapati pengambilan 1 gram Habbatus Sauda sebanyak dua kali sehari mempunyai kesan peningkatan yang mengagumkan terhadap fungsi immuniti badan. Penemuan ini dianggap penting untuk memungkinkan penggunaan Habbatus Sauda sebagai bahan peningkatan immuniti semula jadi badan untuk rawatan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit yang lain berkaitan kekurangan immuniti badan.

Kajian oleh Dr. Haq terhadap sukarelawan pesakit AIDS di Department of Biological and Medical Research Centre, Rilyadh menunjukkan bahawa Habbatus Sauda berupaya meningkatkan kadar diantara 'helper T-cells' dan 'suppresser T-cells' sebanyak 55%. Aktiviti 'natural killer cells' juga menunjukkan peningkatan purata sebanyak 30%.

Dr. Peter Schleicher, seorang pakar immunisasi (immunologist) di Munich mendapati Habbatus Sauda berjaya menyembuhkan seramai 420 daripada 600 orang sukarelawan pesakit allergik. Kebanyakan pesakit-pesakit ini mengidap allergik terhadap 'pollen' dan habuk, jerawat dan saraf kulit, pesakit lelah dan pesakit-pesakit yang pada amnya mempunyai daya tahan yang lemah terhadap jangkitan. (Nota: Dr. Peter Schleicher telah dipilih sebagai ahli paling muda di World Academy of Scientist)

Penyelidik Amerika menulis laporan pertama di dunia mengenai kesan 'anti-tumor' yang ditunjukkan oleh Habbatus Sauda. ("Study of the Effects of Nigella Sativa on Humans")

Professor Michael Meurer- Habbatus Sauda berupaya menghentikan 'inflammations' dan masalah saraf kulit (neurodermitis) (Professor Michael Meurer, Dermatology Clinic of Munich, Germany)

Saintis-saintis di Cancer and Immuno-Biological Laboratory of Germany mengesahkan Habbatus Sauda berupaya meransang 'bone marrow' dan sel-sel immuniti, meningkatkan penghasilan 'interferon' dan mempertahankan sel-sel biasa terhadap kesan kemusnahan sel oleh virus. Habbatus Sauda juga berupaya memusnahkan sel-sel tumor dan meningkatkan bilangan antibodi yang menghasilkan "B cells".

http://www.habbatussauda.com/
http://homebisnes.com/salindah/habbas.html
http://www.uum.edu.my/medic/bijirin_harbbatus_sauda.htm


Cara makan terpulang: 10 butir, 20 butir, atau 1/2 sudu, atau satu sudu, test dulu 1-20 butir sehari kalau panas, kurangkan, panas itu disebabkan pembakaran bahan toksid dalam badan, kalau badan dah kurang toksid atau penyakit, makan 3 sudu pun insyaallah tak panas, saya amalkan 6 bulan alhamdulillah dalam setahun 1 kali aja selsema, sebelumnya 2-3 bulan sekali dijangiti selsema, yakin apa yang diajar oleh nabi mesti ada kejayaan. :), Ubat tak boleh bagi sembuh, yang bagi sembuh adalah Allah, dia meletakkan tertib pada satu-satu kejadian. Insyaallah.

[ Last edited by  kuman at 29-8-2006 12:39 PM ]

iedanoor posted on 30-8-2006 04:52 PM

saya tak pernah membeli yg berbentuk biji. Habbatussauda memang mempunyai khasiat yang banyak. Cuba rendam dalam air, biji tu, mudah larut tak kalau tak maknanya telan jelah..

Saya beli produk minuman KORDIAL KURMA HABBATUSAUDA.. keluaran felda..

eiyoei posted on 30-8-2006 05:07 PM

saya xpernah beli... biji tu pun x pernah tgk.. tapi ustaz saya ckp biji tu bagus buat minum utk sape2 yang terkena santau, sihir...

mochashake posted on 1-3-2008 10:13 PM

salam..
berminat lak psal Habbatussauda nih
kat kdai yang macam mana leh cari erk?maksud saya yg jenis biji(original)
xnak yang dah blend ngan benda2 lain wat minuman..huhu

kupia posted on 1-3-2008 10:25 PM

Sangat bagus kalau yang betul2 asli.  Ada banyak jual di kedai, cari yang dalam bentuk capsule.  Kesannya selepas 3-4 bulan makan.  Dia agak panas macam rempah lebih kurang.

indah1285 posted on 2-3-2008 12:27 AM

Reply #8 kupia's post

betul ia sangat panas.... sgt sesuai kalo yg mengalami sejuk2 badan....

kalo ada yg tak sesuai dgn kapsul (mcm In) elok makan yg biji2 aje... pengambilan yg sedikit tp acapkali....

sayang_papa posted on 2-3-2008 02:08 AM

Originally posted by mochashake at 1-3-2008 10:13 PM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
salam..
berminat lak psal Habbatussauda nih
kat kdai yang macam mana leh cari erk?maksud saya yg jenis biji(original)
xnak yang dah blend ngan benda2 lain wat minuman..huhu
saya pun interested nak tahu...anybody?

indah1285 posted on 3-3-2008 07:42 AM

Reply #10 sayang_papa's post

In rasa banyak kedai yg jual habbatussauda neh... syg_papa tinggal kt mana ek..

kalo kat KL byk sgt kat kedai sekitar masjid india tu...

boleh juga dapat kat kedai jual buku2 agama, madu, kismis, kurma bagai tu....

sayang_papa posted on 3-3-2008 10:59 AM

Reply #11 indah1285's post

i duk kelantan... kalau boleh nak cari yg original
dulu ada yg i beli confirm ori, sekarang ni pembekal dia dah tak de
so, susah la sikit...

i try nanti masjid india..bagus jugak cadangan tu..

tq ye..

Rosputih posted on 3-3-2008 11:05 AM

Bila baca mengenai habatussauda ini baru teringat saya ada membelinya satu kilo di Makkah 2 tahun lalu.  harganya tak mahal, kalau tak silap 8 Riyal satu kilo.  Semua rakan sebilik membelinya.  Bila balik ke Malaysia, siap blend sekali.  Tapi sampai sekarang habatussauda tu terperap dalam peti ais tu.  Bila baca di sini  khasiatnya, ingat nak mulakan makan hari ini juga.  Harap-harap bila balik rumah tak lupa.

indah1285 posted on 3-3-2008 11:14 AM

Originally posted by sayang_papa at 3-3-2008 10:59 AM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
i duk kelantan... kalau boleh nak cari yg original
dulu ada yg i beli confirm ori, sekarang ni pembekal dia dah tak de
so, susah la sikit...

i try nanti masjid india..bagus jugak cadangan t ...

kalo kat kelantan rasanya In pernah nampak kat kedai buku agama sekitar bandar.....

uda posted on 3-3-2008 09:03 PM

Saya pun dulu ada beli hebatus sauda semasa menunaikan haji 2004 dan umrah 2006. Diantara tahun 2004 - 2006, saya adalah makan hebatus sauda ni, setiap pagi, ambil secubit, masukkan dalam mulut dan mamah. Rasanya agak pedas2 sikit but still boleh toleratelah.
Masa pergi umrah ada juga saya beli but until now, saya belum makan lagi. Sebab tak makan ialah : 'Dengar dari KL.fm - ustaz Wan Sohor Bani Leman kata, habatulsauda ni eluk dimakan oleh wanita yang susah nak mengandung. Ada kawan dia, sudah kawin 10 tahun belum beranak lagi. So dia sarankan makan hebatus sauda ni setiap hari, After a few months, dengan izin Allah, isteri kawan dia ni pun mengandung. Kata ustaz lagi, hebatus sauda yang dari Madinah lagi bagus compared to from other regions." Saya takut 'subur' la

sayang_papa posted on 4-3-2008 12:34 PM

Reply #14 indah1285's post

:loveliness: :loveliness: :loveliness: tq

Pandora posted on 5-3-2008 03:24 PM

penah jumpa dijual di kedai runcit di dalam universiti islam antarabangsa kat gombak. bentuk kapsul berisi minyak habatus sauda pack dlm kotak warna hijau.
menurut pak arab situ kata bentuk liquid/minyak lebih bagus dr serbuk. reganya tak ingat tapi memang murah sgt2. (tak silap dlm rm 10 hinggit ada 20-24 pcs kot...)

Pandora posted on 5-3-2008 03:28 PM

kalu bentuk serbuk lg murah rm8 hinggit tp gantang punya banyak. blend taruk dlm kopi o memang besh.

menurut pengamal ia boleh mengurangkan efect sakit saraf mcm parkinson tuh. tapi apa2 pun ia memang berkhasiat dlm perubatan nih.

mekma posted on 6-3-2008 09:21 AM

mmmm mak dan ayah mek mengamalkan dah bertahun2..mak mek akan goreng tanpa minyak...pastu dia blend..pastu campur madu..gentel2 kan jadikan mcm maajun...utk mak2 sedara2 pun mak mek buatkan skali..tapi mek ni je yg malas nak makan..memang dah tau khasiatnya..
kalu selsema..letakkan dlm kain yg berjaring pastu buat hidu2 selalu..

cik_kumbang posted on 6-3-2008 09:40 AM

Reply #15 uda's post

ooooo ye ke uda....leh membantu utk pregnen eh.....hmmm bagus ni....

cik_kumbang posted on 6-3-2008 09:43 AM

dh lama cr habatus sauda ni.....cuma x tau je nk  bli kat mna...n x tau rupa dia cmane.... cuma nmpak kt t.v dlm rncgn spice ke apa ntah...kat tv3 tuh....baru tau bnda nya mcm lada htam...pas ni nk cr la kt msjd india....hehehehe

lipans posted on 6-3-2008 10:07 AM

Selalu jumpa kat toko-toko chow kit, pasar malam, kedai-kedai buku agama dll herbatussauda yang Ustaz Ismail Kamus punya. Harganya RM15 tak silap. Aku beli dapat diskaun RM12.
Page: [1]
View full: Hebbatus Sauda??