juneo_11 posted on 1-9-2006 04:43 PM

beli rumah secara tunai: ada masalah tak?

Assalamualaikum,

Nak bertanya kepada yang berpengalaman.

Kalau beli kereta ramai orang cakap baik beli secara pinjaman walaupun ade cash dlm tangan untuk beli kereta tu...
Sebabnya harga kereta makin lame makin menurun..loan interest beli kereta pon tak tinggi sangat...maybe dlm 3%...
Baik digunakan duit cash dlm tangan tu untuk melabur dalam saham amanah yang terjamin pulangan setahun 7-10%
...lebih untung...

Tapi kalau nak beli rumah dan ade duit cash dlm tangan... secara logiknya untung lagi beli rumah secara tunai berbanding buat pinjaman...sebab harge rumah makin lame makin naik...dan kite tak dibebankan dengan loan interest...

Soalan saya...ade masalah tak beli rumah secara tunai? misalnya income tax akan carik kite dan lain2...dah apa pro dan kontra beli rumah secara tunai berbanding secara pinjamani....diharap sahabat sekalian dapat memberi pendapat....

Sekian, Terima Kasih

aabu posted on 1-9-2006 08:33 PM

Originally posted by juneo_11 at 1-9-2006 16:43
Soalan saya...ade masalah tak beli rumah secara tunai? misalnya income tax akan carik kite dan lain2...dah apa pro dan kontra beli rumah secara tunai berbanding secara pinjamani....diharap sahabat sekalian dapat memberi pendapat....

Aku pon dengar macam tu jugak laa. Kena bayar Tax .
Tunggu laa  orang yg ariff reply nanti..

lembagahitam posted on 1-9-2006 09:56 PM

pada pendapat aku ler.. kalu duit yg bayar umah tu datang dari duit lebih selepas bayar cukai takde masalah lah kot...lainlah kalu beli rumah cash 250 ribu..pastu bayar tax ciput jer..
sebenarnya duit cash tu dtg dari mana? pusaka?

herman posted on 2-9-2006 12:39 PM

Takdede penjual atau pemaju perumahan akan buat laporan bertulis kepada LHDN nak repot kamu tentang ada duit tunai banyak.
SEbab ASB bebas cukai. Walaubagaimanapun, berhati hati semasa membeli rumah itu dgn membuat land search dan sebagainya
untuk memastikan rumah kamu bebas dari gadaian, dlm proses penyitaan kerna tak bayar cukai tanah atau ambilan tanah secara paksa
dan sebagainya...

Tetapi anda akan dikenakan cukai yg tinggi sekiranya menjual tanah tersebut kpd org lain dalam masa 5 tahun.... 30%

lembagahitam posted on 2-9-2006 06:59 PM

kalau jual rumah buleh pilih pengecualian tak kena cukai sekali seumur idup..

elbecks posted on 4-9-2006 09:06 PM

nak kata lhdn tak tahu kita beli property pun susah gak, sbb kita akan isi borang CKHT dan buat penilaian duti setem

mamahasbi posted on 29-11-2006 04:04 PM

so oke ke beli umah cash atau bayo byk2 kali tp kejap je?setaun ke

uzisyaziha posted on 30-11-2006 12:30 PM

pernah dengar citer... lebih baik jangan beli harta secara cash sebab nanti income tax cari... maknanya kena bayar lebih daripada yang sepatutnya sebab bukti menunjukkan kita mampu beli rumah secara cash... itu jerlah yang saya pernah dengar...

Syndora posted on 1-12-2006 01:43 AM

Memang sah2 kena kejar ngan LHDN kalo beli selepuk Cash..

Sebab kalo mampu beli cash ..drg akan trace mana dtgnya sumber duit tu, tax korang dah clear ke belum..senang cakap kalo mampu beli umah bayar cash dah tentu income ribu riban kan..masa tu la drg check gila2 record korang..masa ni sesapa yg business sendiri yg income 10 ribu sebulan tapi tak pernah bayo tax pun boleh terkantoiii...

mamahasbi posted on 1-12-2006 12:19 PM

kalo dpt duit terpijak then nk beli cash camne..teruks la lhdn camni.org nk elakkan riba..ehehe

Syndora posted on 1-12-2006 01:01 PM

Kalau susah2 sgt buat pecahan 10 kali bayar ke..

Katalah umah tu 100K kan, kalaupun ada 100k dalam tangan, jangan bayar selepuk, simpan la dalam ASB ke, bank ke, pastu bayar dalam ansuran tiap bulan, pepandai la adjust 10 kali ke, 20 kali ke..ala duit dah tentu ada, bukannya korang kena interest pun dah duit korang sendiri.

mamahasbi posted on 1-12-2006 03:17 PM

oo gitu.katakan dh abis bayo dlm 10 kali so settle loan.then still camne kiraan tax lhdn lps tu?

konpius la sbb tak declare lg kat lhdn maklumla gaji kita ciput je ekeke.

tavarat posted on 2-12-2006 03:19 AM

aku pon kurang paham la.........

melayucyber posted on 3-12-2006 05:52 PM

I think if you got large amount of money...the best way is to invest! For example..if u have 250K in hand...Just pay 50K for the downpayment...another 200k u can invest in whatever business that can give u huge return. Or u can also invest in ASB which gives u about 10% p.a return...that's about 20K for 200K investment.

mamaorait posted on 5-12-2006 05:17 PM

rumah pun investment jugakkan. tapi bab lhdn ni ada possibility dia carik kita.

mamahasbi posted on 6-12-2006 11:01 AM

dorg cari utk declaration gaji jer.make sure kita dh register kat lhdn so dorg leh tgk gaji kita bape actually.

org yg jenis beli cash2 ni bgtau mama.dia kata mmg xde problem.kakak dia pon keje lhdn ckp gitu.

cuma mcm org kata kalo jual 5 taun pertama mmg kena cukai tinggi.

Clinique posted on 6-12-2006 01:21 PM

aku rasa aku masih tak paham lagi.

ok katakan gini:-

aku bekerja tetap dgn pendapatan lebey kureng 2k sebulan. aku ni tak ler penah bayo cukai ke haper pasal org ckp gaji aku tu tak memerlukan untuk aku membayar cukai. so tak penah ler aku ni mengisi atau menganta apa2 documen percukaian secara personel la kat lhdn tuh, kalo yg HR buat tuh aku tak taw lerr. Tapi sindrik2 mmg takde.

tup2 katakan satu ari aku dapat duit terpijak...konon2 ada org kaya yg kasik duit hadiah kat aku (sesaja kasik adiah pasal dia kaya) katakan 200k...dan dgn duit tu aku pon nak beli umah cara tunai pasal aku ni xder umah lagi...somemore dah sementara ada duit tu kan ..musti aku pk baik beli cash daripada aku kasik bank kaya.

so persoalannyer ialah..adakah lhdn akan kenakan tax jugak atas adiah personel 200k tu tadik? atau adakah lepas dapat 200k tu aku kena pi kat lhdn declare adiah aku tuh then baru aku bole beli umah cara cash?

anibodi ? leh tolong clarify...:tq:

mamahasbi posted on 6-12-2006 02:13 PM

clinique-rase prob kita sama.mama pon x register lg lhdn sbb gaji sikit.jap mama paste msg org tu bg kat mama.mama tanye dia sbb dia mmg beli kete rumah cash.jenis xsuka utang2 kat bank.

-----Mana ada orang LHDN nak kejar pulak...sapa cakap? itu semua karut la..
Kalau kerja makan gaji apa mau takut pendapatan punya detail semua ada..
Tax kat malaysia ni bukan berdasarkan sapa beli cash tapi berdasarkan pendapatan so tak dak kena mengena beli barang atau rumah cash nak kena tax lebih.. kakak sy keje pegawai  lhdn jugak.ape2 tanye je----------

so kesimpulannye kita kena register kat lhdn dulu.just register jer..lhdn boleh trus cek dr situ so mmg xde prob nanti bila dh beli.

[ Last edited by  mamahasbi at 6-12-2006 02:23 PM ]

Clinique posted on 6-12-2006 05:12 PM

thanks mama..

tapi apa maksud mama bila "kita kena register dulu"?
sorry saya masih kurang paham......:stp:

mamahasbi posted on 7-12-2006 10:50 AM

isi form kat lhdn...declare sumber pendapatan kita..means slip gaji suma.

juneo_11 posted on 11-12-2006 02:06 PM

Assalamualaikum...

Hidup lagi topik ni yek...terima kasih kepada yg meng`reply` soalan saye ni...
Untuk pengetahuan semua...saye telah bertanye sendiri kepada pilak lhdn tentang pembelian rumah secara tunai..sama ada akan dikenakan cukai tertentu atau tidak...kepada yg nak tau jawapan boleh baca email di bawah ni...

************************************************************
En. X,

Sila maklum sekiranya wang yang diremitkan dalam tahun 2004 dan tahun
berikutnya dan
kemudian digunakan untuk membeli aset di Malaysia, pembelian secara
tunai tidak akan
dikenakan cukai pendapatan.

Walau bagaimana pun sekiranya aset berkenaan mengeluarkan hasil
(misalnya pendapatan
sewa), maka pendapatan tersebut perlu dilaporkan dalam borang nyata
tuan.

Sekian, terima kasih.

Ong Khoon Nim
Pusat Khidmat Pelanggan
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

***********************************************************************
X wrote:

>
>Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
>   
>  Terima kasih kerana menjawab soalan saya seperti dibawah. Di sini
saya ingin bertanya soalan yang berkaitan.
>   
>  Saya bercadang meremitkan pendapatan yang diperolehi dari luar
negara ke malaysia. Saya juga bercadang menggunakan wang tersebut untuk
membeli rumah dan kereta secara tunai. Adakah pihak LHDN akan mengenakan
cukai tertentu kerana membeli secara tunai.
>   
>  Sekian terima kasih.
>   
****************************************************************
>  
>
>callcentre@hasilnet.org.my wrote:
>  X,
>
>Dengan hormatnya saya merujuk berhubung dengan perkara tersebut.
>
>Sila maklum sekiranya pekerjaan yang dijalankan di negara Jepun tidak
berkaitan dengan
>penggajian yang dijalankan di Malaysia, maka pendapatan penggajian
yang diperolehi di negara
>Jepun tidak akan dikenakan cukai pendapatan Malaysia.
>
>Untuk makluman tuan juga, mulai daripada tahun taksiran 2004
pendapatan yang diperolehi dari
>sumber di luar Malaysia tidak akan dikenakan cukai apabila ianya
diremit ke Malaysia.
>
>Walau bagaimanapun, sekiranya tuan menerima borang nyata cukai
pendapatan dari LHDN,
>borang tersebut hendaklah diisikan dan dikembalikan di dalam tempoh
yang ditetapkan.
>
>Sekian, terima kasih.
>
>Ong Khoon Nim
>Pusat Khidmat Pelanggan
>Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
*************************************************************
>X wrote:
>
>>
>>Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
>>
>> Saya kini menetap di negara Jepun dan bekerja sebagai Engineer di
sebuah syarikat di sini. Saya menerima gaji sebanyak lebih kurang
Xyen sebulan dan membayar tax sebanyak lebih kurang Xyen sebulan di
Jepun. Soalan saya adakah saya juga perlu membayar cukai pendapatan di
Malaysia, jika perlu berapakah anggaran yang perlu saya bayar?
>>
>> Sekian, Terima Kasih
>>
X

budakjawa posted on 18-12-2006 07:19 AM

petikan email juneo + LHDN

"Walau bagaimanapun, sekiranya tuan menerima borang nyata cukai
pendapatan dari LHDN,
>borang tersebut hendaklah diisikan dan dikembalikan di dalam tempoh
yang ditetapkan."


juneo ... rasanya apa maksud ayat ni ?
borang nyata ni untuk apa ?
sedangkan sebelum kita bekerja di luar negara dulu .. sudah mengisi borang nyata / istihar pendapatan
adakah setelah kita istihar pendapatan di luar negara kepada LHDN ... maka LHDN akan mengenakan 'cukai lain' selain cukai pendapatan ?
dan jika kita tidak membayar 'cukai lain' dan membeli rumah secara tunai ... mereka akan mengenakan cukai lain ?
saya sekadar beranggapan ... LHDN mesti nak untung jugak kepada mereka yang bekerja di luar negara ni ...

ada sesiapa yang arif boleh membantu ?

juneo_11 posted on 19-12-2006 02:36 PM

ikut pemahaman aku tak perlu bayar cukai...kalau tgk ayat ni...

>Untuk makluman tuan juga, mulai daripada tahun taksiran 2004
pendapatan yang diperolehi dari
>sumber di luar Malaysia tidak akan dikenakan cukai apabila ianya
diremit ke Malaysia.

ikut ayat kat bawah ni pulak die suruh isi borang nyata cukai pendapatan...tak suruh pulak bayar cukai...
borang ni maybe untuk rujukan pihak LHDN sebab start tak perlu bayar cukai mulai tahun taksiran 2004...kalau pendapatan yang diperolehi sebelum tahun 2004 maybe kene bayar cukai...

>Walau bagaimanapun, sekiranya tuan menerima borang nyata cukai
pendapatan dari LHDN,
>borang tersebut hendaklah diisikan dan dikembalikan di dalam tempoh
yang ditetapkan.

apepon kalau still tak yakin leh e-mail terus tanye pada callcentre@hasilnet.org.my

budakjawa posted on 19-12-2006 08:29 PM

terima kasih juneo :love:

eva posted on 23-7-2007 09:41 AM

Originally posted by juneo_11 at 11-12-2006 02:06 PM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
Assalamualaikum...

Hidup lagi topik ni yek...terima kasih kepada yg meng`reply` soalan saye ni...
Untuk pengetahuan semua...saye telah bertanye sendiri kepada pilak lhdn tentang pembelian rum ...
hi juneo..
thanks for the thread.
dah dpt tak rumah yg nak dibeli tu???
so far kalau kita bekerja di luar negara kita takkan ada pembayaran cukai 2 kali.
i just wonder la eiks...
kalau kita bawak masuk wang dr overseas ke Malaysia utk tujuan pembelian property, so jumlah duit2 takkan kena cukai ke?
muskell nie. I nak beli rumah melebihi 300k n i bleh bayar by cash tapi i wonder la kalau i akan kena cukai. i tak pernah mendpt surat cukai tu but my husband ada.. tapi dia tak tanya banyak menda pon about gji n properties. both of us kerja kat UK and our main income dr sini. Plus kami juga bayar cukai kat sini.

Muskell betul la about this.
esp bab2 LHDN nie. Taknak la dorang banyak songgeh dgn I :L . Tanya memcm about money etc
Page: [1] 2
View full: beli rumah secara tunai: ada masalah tak?