hasurinde posted on 12-9-2006 06:11 PM

RESEPI RINGKAS, MUDAH & CEPAT

Post Last Edit by Kacip_Fatimah at 20-10-2010 08:24

ello ello..

sowi kalau topic ni dh ada..
as a wife yg bekerja...mcmana sekalipun..
sure korang nk msk bila dh smpi umah after work kan??

kat sini...
mehle kita kongsi camne nk msk dgn resipi yg ringkas & mudah & cepat..

cth..
tomyam : sbb ada ayam ke..daging ke..sotong ke..& all vege..carrot,kobis..
so..xyah msk byk lauk..kalau nk pun tmbh je 1 lagi..goreng telur je..
ayam paprik: pun lbh kurang gak..ayam+vege..sumer ada dlm 1 lauk..

ok...tak kisah camne jenis lauk pun korang nk tepek kat sini..
yg penting cepat..mudah disediakan..

kacang^soya posted on 12-9-2006 11:22 PM

Sy rasa elok beli pes rempah maggie/brahims tu...balik tinggal nak gaul dan masak je...praktikal...sy dah try masa bulan puasa dulu tggl ngan adik (malas giler nak masak memotong bagai) mak masa tu pegi umrah..maid takde balik keja dah penat so menda tu saya belasah...very good...macam lauk kita masak pulak...cuma pepandaila tambah perasa ikut selera....  

Sy ingat kawen nanti saya nak wat camnilah...yelah kalo balik keja dah dkt magrib penat nak masak lagi...nak2 bakal suami prefer makan kat umah tak ske makan luar...baik wat alternative camni...at least air tangan kita jugak...utk dihidangkan pd suami...

Anyway blehla forumer lain share recipe...nowadays mmg ramai wife tak kuasa nak trun ke dapo pas baalik keja bukan pasal malas tp tak cukup masa...tensen ngan jam bagai...

white pearl posted on 13-9-2006 09:17 AM

saya pun kalau balik keje mmg masak sesimple yang boleh..

utk anak2 biasanya masak mee sup, mee goreng or nasi goreng... kalau nasi putih biasanya saya goreng ayam or udang or sotong... budak2 tak kisah kan...

utk hubby pulak biasa saya masak satu jenis lauk berkuah, satu jenis sambal dan satu jenis sayur.. dah siap..  masak start pukul 6.00 pukul 7 dah boleh makan dah..

masak ni yang penting kena siapkan bahan2.. saya every weekend mmg akan siapkan bawang putih, bawang merah, cili kering, halia, cili api... semua mesin dan masuk dalam bekas asing...

weekdays nak masak capai jer dalam fridge.. takder penat sgt nak kemas.. and nak sediakan bahan2 nih.. dan saya percaya ramai yang buat macam tuh...

nak pakai perencah segera tuh, tekak hubby takleh nak terima pulak... kesian kat dia... so, nak tak nak kenala masak juga.. takperla, dia nak makan air tangan wife dia hari2...

crystal_biru posted on 13-9-2006 09:39 AM

i'm agreed dgn white pearl.. dan saya lakukan yg sama. cuma saya tak buat every weekend. saya buat once a month.

Cili kering.. siap blend dan ditumis garing.. - senang untuk masak asam pedas, mee goreng atau resepi yg gunakan cili kering.

Bawang merah, bawang putih , ikan bilis, udang kering- siap blend halus

semuanye simpan dlm peti ais. memang tahan sebulan.

so bila balik kerja senang nak masak.. campurkan sahaja ikut menu

ikan/ayam/udang/sotong/daging atau bahan mentah yg lain saya dah asingkan dalam bekas kecil-kecil. setiap hari satu bekas. Lebih mudah dan  menjamin kesegaran. sebab kita keluarkan sebanyak mana yg perlu sahaja. Selain tu masa untuk prosess nyahbeku juga lebih cepat.

Resepi mudah..
Sayur - tumis / masak  air / sup
Ayam - goreng telur / goreng/ masak merah/ kari / kicap
Sotong , Udang, Ikan - rasanya semuanya resepi mudah
boleh belek-belek kat archive.

white pearl posted on 13-9-2006 11:50 AM

crys.. betul.. mmg saya buat camtuh..

ikan mmg siap siang dan asing2 utk sekali masak.. so, takyah keluar masuk fridge utk thaw..

and kadang2 saya mmg siap buat rencah utk masak sambal satu bekas, masak cili api satu bekas.. itu mmg dah complete ramuannya.. tinggal lagi nak masuk periuk jer... :lol

mak mertua saya datang.. dia pun pelik apa benda bekas kecik2 bersusun dalam peti nih... bahan mentah pun bukan main cantik dalam bekas bersusun dalam fridge.. mak mertua siap cakap saya malas lagi.. :) tapi dia kata bagus gak macam nih.. takla renyah nak masak nanti..

tak lama lepas tu dia pun buat stail camnih.. padahal tak keje hari2 dok rumah jer...

tapi yang penting jimat masa dan tenaga.. faham ajerla.. penat seharian kat ofis, balik keje drive lagi... jemput anak lagi... kenala pandai2 cari penyelesaian masalah sendiri..

hubby balik mmg tau nak makan jer.. dan yang penting semua dah kena ready...

Pe4RL posted on 13-9-2006 11:57 AM


nak bookmark page nih; utk kesenangan gue :bgrin:

ayang77 posted on 13-9-2006 12:22 PM

emmmm..idea yg bagus ler....selama nie...setiap kali nak masak..mase tu gak la baru nak kopek bawang..nak blend lada...memang berkecah ler dapur...

ayang77 posted on 13-9-2006 12:23 PM

tima kasih ler kat kengkawan sumer...korang sumer mmg best..x sia2 aku bukak thread nie..

wanirda posted on 13-9-2006 12:31 PM

bagus jugak buat camtu..
bukan soal malas atau tak..
tapi nak bagi keja senang..lagipun, balik dari keja
banyak keja nak buat lagi..bukan masak aje..

crystal_biru posted on 13-9-2006 01:34 PM

yg paling penting, kena tanak nasik dulu before masak lauk-pauk...
lauk-pauk siap.. nasik pung masak..... :bgrin:

dgn cara macam ni, crystal selalu balik kerja ,setat masak kul 7. kul 7.30 semuanya dah selesai.


Antara yg senang dan cepat dimasak...

UDANG MASAK SWEET SOUR

Bahan-Bahan:
500 gm udang besar
1 s/b kunyit
1 s/k garam

Bahan untuk sos:
5 ulas bawang merah (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)  
? botol sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 biji cili merah (dipotong nipis)
1/2 cawan air.
1 biji tomato (belah 6)
1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek)
Garam dan gula secukup rasa
minyak

Cara:

1. Udang digaulkan dengan kunyit dan garam dan gorengkan sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
2. Asingkan sedikit minyak dan panaskan minyak semul;a dan tumiskan bawang merahdan bawang putih.
3. Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air.
4. Masukkan juga cili potong, garam dan gula.
5. Setelah kuat pekat, masukkan duang dan gaulkan rata.
6. Hiaskan dgn daun sup & bawang dan hidangkan bersama nasi putih dan juga lauk lain

boleh refer ke  http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=93961&extra=page%3D1&page=6

antiQue posted on 13-9-2006 02:05 PM

Biasanya, saya dah siapkan awal-awal bahan-bahan asas, either paginya or malam sebelumnya, dan simpan elok-elok dalam tupperware dalam peti sejuk. Bawang dah siap hiris, sayur dah siap potong. Benda yg boleh simpan lama macam cili giling, dah dikisar awal masa weekend. So senang balik nak masak. Bahan-bahan daging pula, dah disimpan dalam bekas-bekas kecil yg satu bekas cukup masak sekali. So pagi sebelum pergi kerja, alihkan bekas daging dari freezer ke fridge.

Tapi, pada ketika terdesak, inilah contoh2 kombinasi-kombinasi masakan saya kalau terlambat, atau penat.

Kombinasi 1

Sup bebola ikan bersayur
Ayam goreng
Sambal tempoyak / Sambal gesek


Sup Bebola Ikan dan Sayur

Bahan :
3 ulas bawang putih dimayang halus
1 labu bawang besar dimayang halus
10 ekor udang
sedikit ikan bilis ditumbuk halus
2 peket kecil bebola ikan
Chinese cabbage secukupnya (biasa saya tak potong sangat pun, biar besar-besar)
air secukupnya
kiub ayam
garam secukupnya

Cara : Tumis bawang besar, bawang putih, dan ikan bilis, hingga kekuningan. Masukkan udang, kacau sedikit. Masukkan air dan kiub ayam. dah menggelegak, masukkan bebola ikan. Masuk garam, sesuaikan rasa, masukkan chinese cabbage.


Sambal tempoyak tu, yg simple je. Tumbuk cili padi, dan gaul dgn tempoyak. Kalau sambal gesek, tumbuk cili padi dgn ikan bilis, dan perahkan air limau nipis.

Ayam tu gaul dgn garam kunyit, goreng je.

Simple.

[ Last edited by  antiQue at 13-9-2006 02:13 PM ]

ummiauni posted on 13-9-2006 03:15 PM

Nak tumpang menyibuk....

Selalu kalau nak cepat, masak :
Sup bebola campuran
Tomyam campur
Sup ayam
Sup sayur

Sekarang nih tengah 'gila' buat
roti guna resepi kat yis mauripan (pas tu buat le pelbagai jenis roti)
pizza dan donat. Juga guna resepi dr paket yis tu. Tak sampai 2 jam dah boleh makan....nak mengguli pun tak lama.

Satu lagi, resepi biskut nih, sesuai utk minim petang...boleh dipelbagaikan, nak buat cam cips more pun boleh.

http://i33.photobucket.com/albums/d71/ummiauni/photo0251.jpg

simbiosis posted on 13-9-2006 11:35 PM

Originally posted by crystal_biru at 13-9-2006 09:39 AM
i'm agreed dgn white pearl.. dan saya lakukan yg sama. cuma saya tak buat every weekend. saya buat once a month.

Cili kering.. siap blend dan ditumis garing.. - senang untuk masak asam pedas, me ...

saya memang tgh berazam nak masak tiap hari, sebelum nih malas masak.. :)...
memang tgh cari tips utk mudahkan process memasak nih... thanks for this tips crstal biru..

soalan:
1. cili tuh memang blend banyak-banyak then tumis ke? kalau tak tumis pun boleh jugak kan ?

2. bawang merah tuh blend pun boleh tahan lama ye?

semangatnya nak masak lepas nih :pmuka:

aida2121 posted on 14-9-2006 08:52 AM

ummi, kongsilah resepi biskut tuh..
saya pun kadang2 malas nk masak sebab renyah nk sediakan bahan2 tu semua. Tambah2 kalau kena siang menyiang.. masaknya sekejap je tapi sediakan bahan2 tu yg melambatkan..

crystal_biru posted on 14-9-2006 08:54 AM

Reply #13 simbiosis's post

simbiosis,

cili tu kalau lepas blend tak nak tumis siap-siap pung boleh. Cuma bila time kita nak guna, masa memasak akan jadik lebih lama dan juga memakan masa gak kita nak bersihkan dapur after masak.
Cthnya kalau nak masak asam pedas atau sambal tumis, cili kena betul-betul masak atau garing, baru ler sedap. Kalau masa kita prepare weekend tu tak siap tumis , bila time nak masak leceh plak.. lama gak nak tunggu cili ni garing.. pastu for sure dapur berkecah.
Lagi satu, kalau tak tumis dulu cili blend nie, biasanya cuma tahan dalam anggaran 7-10 hari sahaja. Kalau dah tumis sebulan pung tahan.

Satu lagi tips, crystal kalau tumis cili blend ni tak guna minyak kelapa sawit yg biasa tu macam sri murni atau cap buruh. Sebab kalau pakai minyak ni, minyak dia beku- tapi tak mendatangkan masalah sgt. Cuma wa tak berapa gemor . Crystal pakai minyak sunflower atau naturel tu.. kalau tak silap minyak biji bunga matahari tu. Minyak ni tak beku.

Bawang merah dgn bawang putih, crystal blend dan simpan asing-asing. Boleh tahan sebulan gak dgn syarat jgn tercemar. Maksudnya make sure sudu yg digunakan untuk ambil bersih drpd segala kotoran.. dan juga bergantung kepada bekas mana yg di gunakan utk penyimpanan. Crystal pakai tupperware yg khas untuk simpan bawang dan yg seangkatan nie. memang tahan sebulan. Kalu pakai yg bukan brand tupperware ni, paling lama pun boleh 10 ari jer.. tapi itu pun bergantung jugak.. pada suhu peti ais dan keadaan bekas yg di gunakan.


It;s all up to u. Kena lebih rajinkan skit masa weekend.

rzm posted on 14-9-2006 09:14 AM

Reply #15 crystal_biru's post

apa mksd minyak tk beku?

crystal_biru posted on 14-9-2006 09:27 AM

Reply #16 rzm's post

biasanya kan bila minyak masuk dlm peti sejuk.. kan minyak akan beku.. tidak dalam bentuk cecair. beku tapi taklah macam ais... just beku jer...

yg minyak tak beku ni plak, minyak tu masih lagi dalam keadaan cecair atau keadaan asal even duk lama dalam peti sejuk.

white pearl posted on 14-9-2006 09:32 AM

haah... weekend tu kena rajin sikitla... kerja keras hujung minggu utk kesenangan di hari kerja... :lol

macam saya pulak.. biasanya saya blend cili kering byk.. lepas tu saya masak sampai mendidih atas api.. nak bagi kering air dia ... so, cili tu akan tahan lama...

cili api pun camtuh... saya blend cili api campur dgn kunyit hidup byk2.. lepas tu masuk dalam periuk, letak atas dapur sekadar utk keringkan air... so, cili akan tahan lama...

yang lain2 macam bawang merah, bawang putih dan halia tuh.. lepas blend saya akan tos airnya...(air yagn kita guna masa nak blend bawang2 tuh..).. bila dah tos, baru masuk dalam bekas2 kecik.. masuk dalam peti...
siappp... takderla bawang tu nanti berair...

sayur pun weekend mmg saya potong siap2.. dan bungkus dalam cling wrap tuh.. mmg tahan lama...

resepi ringkas yagn saya suka masak ialah ayam goreng cili api..
resipi member saya dari study dulu, tapi dalam FNR ni ada bebop bagi..

simple dan sedap...

actually bagi saya, kalau bahan dah ada... nak masak apa pun jadik mudah... nak masak sambal senang.. nak masak lemak cili api senang.. nak masak sup senang... sebab bahan semua dah siap..

cuma kalau nak masak rendang tu  renyahla sikit...

satu lagi nak kongsi satu petua baru dapat dari emel...

kalau kita nak sayur tahan lama, cari pembungkus yang ada macam aluminium kat dalam.. contoh yang saya buat kat rumah, pembungkus kopi power root tu... mmg bagus...sayur carrot tahan lama... daun sup, daun bawang, daun kesum,daun pandan.. hijau lagi kat dalam tuh..

inila emel yang saya dapat tuh... gambar malas nak paste... so, paham2 ajerla yer... the english also not very good.. tak taula dia nih orang apa.. tapi kira okla kot..


PRESERE YOUR FRUITS AND VEGITABLES!!!

MY INDONESIAN MATE LOVES ME SO MUCH THAT SHE SHARED WITH ME A WEEK AGO THAT SHE TESTED A WAY TO PRESERVE FRUITS AND VEGITABLES, WHICH SHE SAID WAS ONE OF MY UNTY WHO TOUGHT HER WHEN SHE BABY-SIT AT ONE FAMILY IN KL. THAT FAMILY WAS USING "ALUMINUM COATED PLASTIC BAGS" TO KEEP THEIR FRUITS AND VEGITABLES FOR WEEKS AND ITS STILL FRESH!!! ITS SOO AMAZING.

I THOUGHT ITS A GOOD IDEA TO SAFE SOME UNWANTED RESOURCE WHICH MOST PEOPLE WOULD THROW THEM AWAY WITHOUT 2ND THOUGHT. AND HERE I AM SHARING WITH YOU THE USEFULNESS OF THE UNWANTED RESOURCE IN ACTION.

HERE IS THE KIND OF ALUMINIUM COATED PLASTIC BAG FROM QUAKER. YOU CAN USE ANY OTHER ALUMINIUM COATED BAG WOULD DO.

YOU CAN PUT PLENTY OF FRUITES AND/OR VEGITABLES IN IT..


LOOK AT WHAT MY MATE FOUND... AFTER 1 WEEK... THE VEGITABLES ARE STILL FRESH!!! AMAZING!!! ISN'T IT???! NO DEHYDRATION AT ALL.:))


LOOK AT THE OCRAS, THEY ARE STILL VERY VERY FRESH WITHOUT ANY DEHYDRATION AT ALL.


BUT DON'T FOLD OR SEAL THE OPENING OF THE BAG. JUST LEAVE THE BAG OPEN AND IT WILL DO THE MAGIC WORK FOR YOU ALREADY... HAHHHAHAHAHAHAHAHAHA....:)) TRY IT OUT... YOU WOULD SURE LIKE IT VERY MUCH TOO.

** INSTEAD OF THROWING THE USEFUL THINGS AWAY, RE-USE IT AGAIN, AND YOU WILL BE INHERENTLY JOINING THE GROUP OF "SAVING THE MOTHER-EARTH" CAMPAIGN TOO. :))

Maisarah posted on 14-9-2006 11:12 AM

Best tul topic ni!!:love:

rzm posted on 14-9-2006 11:38 AM

Reply #17 crystal_biru's post

ooh..yg tu..paham2..tqs..

blossom posted on 14-9-2006 12:01 PM

nak menyebuk gak kat sini...
saya pulak, every weekend kerja saya masak berbagai lauk yang leceh sikit nak masak (agak utk seminggu), mcm kari, msk lemak etc.. lepas tu saya sejuk bekukan lauk tu.. hari kerja tinggal nak defrost je...
pasal husband saya ni gastric dia teruk.. doctor x advise dia mkn kat kedai.. kalau silap mkn, siap le..

xette posted on 14-9-2006 01:02 PM

laki aku...kalu mknan yg kita masak pastu di sejuk beku kan tu....memang hampeh la dia nak makan..
dia kata dah basi...(adaaa ka...aku rasa elok jer...iskk)
so kene masak fresh punyeee...baru dia makan...

kacang^soya posted on 14-9-2006 01:22 PM

Originally posted by ayang77 at 13-9-2006 12:22 PM
emmmm..idea yg bagus ler....selama nie...setiap kali nak masak..mase tu gak la baru nak kopek bawang..nak blend lada...memang berkecah ler dapur...
Tu yg wat lambat dan berkecah tu nak kopek suma

crystal_biru posted on 14-9-2006 01:25 PM

sambil-sambil tengok tv... boleh gunting cili kering.

Bila ada free time tumis ler....

sambil-sambil tengok tivi, kopek ler ikan bilis...

don't stress yourself.. buat itu ini.. buat dgn gembira dan selesa...

shery posted on 14-9-2006 01:30 PM

Originally posted by xette at 14-9-2006 01:02 PM
laki aku...kalu mknan yg kita masak pastu di sejuk beku kan tu....memang hampeh la dia nak makan..
dia kata dah basi...(adaaa ka...aku rasa elok jer...iskk)
so kene masak fresh punyeee...baru dia ...


sama cam hubby sha laa xette.kalau yg panas2kan  nie jgn harap laa dia nak sentuh. so, kalau masak apa2.....mmg sha akan masak utk sekali makan jee.....tak de byk2...sbb kang tak de sape nak sentuh.
Page: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full: RESEPI RINGKAS, MUDAH & CEPAT