Syd Publish time 27-8-2007 09:41 AM

Memanfaatkan keistimewaan Syaaban
Oleh Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi


Muslim digalak bertaubat mohon keampunan, keredaan pada bulan rahmat

SYAABAN adalah antara bulan mulia di sisi Allah. Ia bulan yang membawa keberkatan, nikmat dan kesejahteraan bagi umat Islam seluruhnya. Justeru, Rasulullah banyak berpuasa sunat dalam bulan mulia ini di samping menggalakkan umat Islam melipatgandakan amal ibadat.

Mereka tidak mengambil kesempatan untuk beramal ibadat sebanyak mungkin seperti mereka bersungguh-sungguh meluangkan masa untuk beribadat kepada Allah pada Ramadan. Adat Jahiliah dulu, orang Makkah lebih mengutamakan dan memuliakan Rejab dan melupakan Syaaban.

Sehubungan itu, Usamah bin Zaid berkata: 揂ku bertanya Rasulullah Syaaban kerana aku tidak pernah lihat baginda banyak berpuasa sunat seperti berpuasa dalam Syaaban.

snowflakes Publish time 27-8-2007 11:14 AM

ramadhan pun dah nak dekat ni..

AniSani Publish time 27-8-2007 01:32 PM

Banyak betul benda sesat yang orang melayu islam di malaysia amalkan sebelum ni ya:shakehead3:

Syd Publish time 28-8-2007 09:47 AM

Tiada hadis sahih bicarakan malam Nisfu Syaaban
Engku Ahmad Zaki Engku Alwi


SYAABAN adalah salah satu bulan Hijrah yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Syaaban dianggap pintu gerbang Ramadan kerana pada bulan itu umat Islam masih boleh makan dan minum pada siang hari sebelum mereka menyambut kedatangan bulan puasa yang penuh berkat.



Kelebihan Syaaban dapat dilihat apabila Rasulullah SAW pernah memberitahu sahabat mengenai Syaaban. Bulan itu dinamakan demikian kerana pada bulan itu Allah banyak memberi rahmat kepada hamba-Nya.

Kelebihan Syaaban berbanding bulan lain ialah seperti kelebihan Rasulullah SAW terhadap semua nabi, manakala keutamaan bulan Ramadan berbanding dengan semua bulan adalah seperti keutamaan Allah kepada hamba-Nya.

Pada bulan Syaaban, ada satu malam sangat dinantikan umat Islam iaitu malam Nisfu Syaaban. Pada malam itu, umat Islam akan membanjiri masjid dan surau untuk menghidupkan malam itu dengan bacaan surah Yasin secara beramai-ramai.

Malangnya, timbul persoalan mengapa umat Islam hanya melangkah kaki ke masjid dan surau pada malam Nisfu Syaaban saja, tidak pada hari lain dalam bulan lain. Perlu ditegaskan, setiap bulan Hijrah memiliki keistimewaan dan kelebihan masing-masing dan bagi Muslim bertakwa akan sentiasa berusaha merebut dan meraih keistimewaan yang Allah sediakan pada bulan itu.

Muslim sejati tidak akan memilih bulan tertentu untuk beribadat kepada Allah. Dia akan sentiasa beristiqamah dan beriltizam menjunjung segala titah dan perintah Allah pada setiap masa dan keadaan sehinggalah dia menghadap Allah nanti.

Di samping itu, terdapat juga himpunan hadis menerangkan keistimewaan Syaaban, kelebihan malam Nisfu Syaaban dan keutamaan amalan tertentu pada bulan itu. Namun, kebanyakan hadis itu adalah hadis daif menurut pandangan ulama. Walau bagaimanapun ada sebahagian ulama berpendapat hadis daif boleh dipegang dalam amalan sunat secara perseorangan.

Pada Syaaban ini, umat Islam dianjurkan lebih mendekatkan diri kepada Allah dengan meningkatkan amal soleh dan memperbanyakkan ibadat. Tidak ada hadis diriwayatkan berkaitan dengan amalan dan bacaan doa tertentu pada pertengahan Syaaban mencapai taraf hadis sahih. Menurut mereka, tidak ada satu pun hadis sahih yang membicarakan mengenai malam Nisfu Syaaban dan amalan dianjurkan pada malam itu.

Berdasarkan amalan biasa dilakukan umat Islam di Malaysia iaitu amalan membaca surah Yasin sebanyak tiga kali dan juga bacaan doa khusus (doa yang tidak ada asal usulnya dan tidak menepati dalil Syarak sama ada dalil manqul (bersumberkan al-Quran dan hadis) atau ma'qul (bersumberkan pendapat ulama mujtahidin yang muktabar).

Menurut Prof Dr Yusuf al-Qaradawi dalam kitabnya al-Fatawa, kandungan doa itu secara umumnya adalah permohonan supaya ditetapkan sebagai seorang yang bahagia dan murah rezeki bersesuaian dengan segala kebaikan.

Maksud doa itu berdasarkan firman Allah yang bermaksud: 揝esungguhnya Allah menghapus dan menetapkan apa yang Dia kehendaki, dan di sisi-Nya ummul kitab (ibu segala suratan).

reenz013 Publish time 28-8-2007 01:23 PM

thanks for the info

honey_nabilah Publish time 28-8-2007 06:41 PM

[Merged] Berkaitan amalan ketika 15 syaaban

assalamualaikum....

kepada forumer semua...honey nak minta tolong...
apa yg kita kena buat pada hari nisfu syaaban ni..
waktu bila kita kena baca yaasin 3 kali tu yer?
selain puasa apa lagi yg boleh kita lakukan pada nisfu syaaban.

[ Last edited byantiQue at 14-8-2008 08:39 AM ]

nurkasih74 Publish time 28-8-2007 07:11 PM

rasanya mcm dah terlambat saya reply ni..sebab...kalo 15 syaaban dah start since maghrib mlm tadi...tapi takpe..insyaAllah lain tahun kita blh buat...masa mlm 15 syaaban (i.e mlm semalam) lepas maghrib solat sunat pastu baca yaasin 3 kali..yg pertama kali, niat minta kat Allah supaya dipanjangkan umur agar dapat beribadah kpd Allah, niat pd bacaan yg kedua agar dimurahkan rezeki melimpah ruah dan halal gunanya untuk beribadah pd. Allah dan yg. ketiga niat supaya ditetapkan iman..pastu baca doa..doa tu boleh kita jumpa dlm Yaasin majmuk Syarif..alaa yg saiz kecil tapi tebal sket kulit dia mcm2 colour ada...
itu yg saya amalkan..harap2 membantu n betullah apa yg saya sampaikan...kalau salah, minta siapa2 tegur dan betulkan..wallhua'lam...

honey_nabilah Publish time 29-8-2007 05:46 PM

Reply #2 nurkasih74's post

terima kasih....
tahun ni mmg dah terlewat...tapi insyaalah moga dipanjangkan umur utk menjalankannya tahun depan...

mnm77 Publish time 30-8-2007 09:21 PM

Originally posted by honey_nabilah at 29-8-2007 05:46 PM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
terima kasih....
tahun ni mmg dah terlewat...tapi insyaalah moga dipanjangkan umur utk menjalankannya tahun depan...

Banyakkan istighfar dan jauhi menyemarakkan kebencian dari dalam hati....


In the name of Allah, Most Gracious Most Merciful


There are many Ahaadith that havebeen narrated on the virtue of the 15th of Sha'baan. One of them is the narration of Sayyiduna Mu'aadh ibn Jabal (Radhiallaahu Anhu) that Rasulullah (صلى الله عليه و سلّم) said,

'Allah Ta'ala turns to his entire creation on the fifteenth night of Sha'baan and forgives all of them except one who ascribes partners to Him and one who harbours enmity in his heart.'

(This Hadith has been recorded by Imaam Tabrani in his Mu'jamul Awsat Hadith6776 and Mu'jamul Kabeer vol.20 pg.108-109) Imaam ibn Hibbaan (RA) has classifiedthis narration as Sahih (authentic) and has included it in his book 朼l-Saheeh. (see Sahih ibn Hibbaan vol.12 pg.482; Hadith5665).

Hafiz al-Haythami (RA) has mentioned that all the narrators of this Hadith are reliable. (Majma-uz-zawaaid vol.8 pg.65) Besides this narration classified as Saheeh by Imaam ibn Hibbaan (RA), there is another classified as soundby Haafiz al-Munzhiri (RA) in his al-Targheeb (vol.3 pg.459). This narration is of Sayyiduna Abu Bakr (Radhiallaahu Anhu) and is recorded by Imaam Bazzaar (RA) in his Musnad. In fact, Hafiz ibn Hajar (RA) hasalso classified one of its chains as Hasan (sound). (al-Amaalilmutlaqah pgs.119-120)

Besides the above, there are manyother Sahaaba (Radhiallaahu Anhum) that narrated Ahaadith regarding themerit of this night, such as: Abu Hurayra (Musnad al-Bazzaar), AbuTha'labah (Shu'ubul Imaan), Awf ibn Maalik (Musnad al-Bazzaar),Abdullah ibn Amr ibn al-Aas (Musnad Ahmad Hadith6642), Abu Moosaal-Ash'ari (ibn Majah Hadith1390; Shu'ubul Imaan Hadith3833) andothers. The collective strength of these narrations cannot be refuted.

The general virtue of this night hasbeen accepted by many great Ulama of the past. From among many greatscholars which have agreed to the virtue of this night are: Umar ibnAbdul-Aziz, Imaam al-Shaafi'ee, Imaam al-Awzaa'ie, Attaa ibn Yassaar,Imaam al-Majd ibn Taymiyah, ibn Rajab al-Hambaliy and Hafiz Zaynu-ddeenal-Iraaqiy (Rahmatullaahi alayhim)

indah1285 Publish time 30-8-2007 09:49 PM

Bacaan yasin
                  
Umat Islam di Malaysia umumnya menyambut malam nisfu Syaaban ( 15hb Syaaban) dengan mengadakan majlis membaca surah Yasin sebanyak tiga kali selepas solat Maghrib. Di celah-celah bacaan Yasin ini diselitkan dengan bacaan doa seperti , selepas bacaan Yasin pertama dengan doa untuk diselamatkan dunia akhirat, selepas bacaan Yasin kedua doa supaya dipanjangkan umur dalam keberkatan dan selepas bacaan Yasin ketiga doa supaya dianugerahkan rezeki yang halal.
                  
Diperhatikan bahawa amalan sambutan Nisfu Syaaban yang kaifiatnya sebegini tidak diamalkan di tempat lain di seluruh dunia. Tidak hairanlah tiada fatwa yang dikeluarkan oleh Ulama muktabar dunia masakini tentang sahih batilnya amalan ini.
Kita beramal dan beribadat adalah untuk mendapat pahala dan kebaikan . Amalan ini hendaklah ada contohnya dari Rasulullah s.a.w.atau sahabat-sahabat atau ada petunjuk yang jelas dari al-Quran dan as-sunnah . Amalan mengkhususkan bacaan dan doa tertentu pada sesuatu masa tanpa nas yang sahih adalah amalan bidaah yang tertolak dan dikhuatiri berdosa; setidak-tidaknya ia akan membazirkan masa dan memenatkan badan.
                  
Kita boleh membaca surah Yasin sebanyak mungkin pada bila-bila masa untuk mendapat pahala tetapi tidak dengan mengkhususkan kepada malam nisfu Syabaan dan dengan bilangan tiga kali. Kita digalakkan berdoa apa saja kepada Allah s.w.t untuk kebaikan dunia dan di akhirat tetapi tidak perlu dikhususkan di celah-celah bacaan Yasin di malam nisfu Syaaban. Dan kita boleh membaca surah Yasin dan berdoa bersendirian, di mana-mana dan bila-bila saja dan tidak perlu berkampungdi masjid-masjid dengan harapan mendapat ganjaran istimewa dari Allah s.w.t.
                  
Berikut adalah fatwa yang dikeluarkan oleh seorang ulama terkemuka di Timur Tengah untuk menjelaskan tentang amalan bidaah di malam nisfu Syaaban.Perhatikan bahawa beliau tidak menyebut amalan membaca Yasindan doa-doa yang mengiringinya kerana amalan tersebut tidak diamalkan oleh penduduk di Timur Tengah atau di bahagian lain dunia Islam. Boleh dikatakan bahawa amalan baca Yasin dan doa ini adalahsebahagian dari sekian banyak amalan bidaahciptaan rakyat tempatan khususuntuk amalan penduduk nusantara ini!
                  
                  'Solat Sunat' Nisfu Syaaban
                                                         
Firman Allah (mafhumnya): 揫/font]Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.".
                  
揫/font]Patutkah mereka mempunyai sekutu-sekutu yang menentukan mana-mana bahagian dari agama mereka sebarangundang-undang yang tidak diizinkan oleh Allah?"                                        

Dalam kitab al-Sahihain diriwayatkan daripada `Aisyah (r.a) bahawa Rasulullah (s.a.w) pernah bersabda: "barangsiapa mengada-adakan perkara baru dalam urusan (agama) kita ini yang mana bukan sebahagian daripadanya, akan tertolak.

indah1285 Publish time 30-8-2007 10:07 PM

Beberapa riwayat tentang hal ini telah dinukilkan daripada sebahagian ulama salaf di Syria dan lain-lain. Menurut jumhur ulama, menyambut nisfu Syaaban adalah bid抋h, dan hadis-hadis tentang fadhilat-fadhilat berkenaan hari tersebut adalah dhaif (lemah), sebahagian besar yang lain pula adalah maudhu

indah1285 Publish time 30-8-2007 10:20 PM

Imam Abu Bakr al-Tartushi (R.A) menyebut dalam kitabnya al-Hawadith wa抣-Bida

indah1285 Publish time 30-8-2007 10:22 PM

Imam Abu Bakr al-Tartushi (R.A) menyebut dalam kitabnya al-Hawadith wa抣-Bida

indah1285 Publish time 30-8-2007 10:40 PM

Amat memadai, dalam hal ini, untuk kita fahami kalam Allah (mafhumnya):                                                                                
揚ada hari ini Aku telah sempurnakan agama kamu untukmu..匸/i]擺al-Ma抜dah 5:3]. dan beberapa ayat yang seumpamanya; dan kata-kata Nabi s.a.w: 揫i]Barangsiapa yang mengada-adakan perkara baru dalam urusan (agama) kita ini yang (pada hakikatnya) bukan sebahagian daripadanya, tidak akan diterima擺/i] dan beberapa hadis yang serupa.                                                          
Dalam Sahih Muslim diriwayatkan bahawa Abu Hurarah (R.A) berkata:揜asulullah s.a.w bersabda: 慬i]Janganlah kamu khususkan malam Jumaat untuk bersembahyang malam dan janganlah khususkan siang hari Jumaat untuk berpuasa, melainkan jika puasa di hari itu adalah sebahagian daripada puasa-puasa yang kamu amalkan berterusan berterusan.挃                                                                                
Seandainya dibenarkan untuk mengkhususkan mana-mana malam untuk amalan ibadah yang istimewa, sudah tentu malam Jumaat adalah sesuai, kerana siang hari Jumaat adalah hari yang paling baik bermula terbit mataharinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis Sahih yang diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. Memandangkan Nabi s.a.w sendiri melarang dari mengkhususkan malam tersebut untuk bertahajjud, itu menandakan bahawa adalah lebih dilarang sekiranya dikhususkan malam-malam lain untuk sebarang bentuk ibadat, kecuali di mana terdapat nas yang Sahih yang mengkhususkan malam tertentu.                                                          

Oleh kerana telah disyariatkan untuk memenuhi malam Lailatul-Qadr dan malam-malam lain di bulan Ramadhan dengan      bersolat, Rasulullah s.a.w memberi perhatian kepadanya dan menyuruh umatnya bersolat malam sepanjang tempoh tersebut. Baginda sendiri melaksanakannya, sebagaimana disebut dalam al-Sahihain, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: 揫i]Barangsiapa bersolat qiyam di bulan Ramadan dengan penuh iman dan mengharapkan pahala, Allah akan ampunkan dosa-dosanya yang telah lalu擺/i] dan 揫i]Barangsiapa memenuhi malam Lailatul Qadrdengan bersolat (sunat) disebabkan iman dan mencari pahala, Allah ampunkan kesemua dosanya yang telah lalu.

husnul82 Publish time 1-9-2007 10:17 PM

yg penting, bkn kiter beramal hny krn satu2 mlm...
byk kelebihan dan fadhilat mlm2 tersebut, dtg dr hadith maudu' semata2....yakni, hadith yg dibuat oleh pihak2 tertentu....

eloknya...tiap2 mlm kite buat amalan kebaikan tersebut semata2 mengharap keredhaan Allah . wallahu a'lam

Bruxelle Publish time 4-7-2008 12:36 AM

Hadis2 palsu Rejab dan Syaaban <----sapa kata palsu?...:mad: :mad:

ni mesti dah terpengaruh dgn apa yang dibaca dlm internet...geramnya aku..

Hadis2 Rejab dan Syaaban itu benar wahai saudara2 di forem nih..Sebahagian besar umat islam mengamalkannya. please ler korang jgn percaya artikle2 dlm internet tu. . ikut ler dlm jemaah..

ibnur Publish time 4-7-2008 12:52 AM

Reply #46 Bruxelle's post

internet tu sebagai sumber copy dan paste sahaja.nak yang canggih boleh paste ceramah dari youtube.nak lebih canggih lagi, boleh pergi dengar kuliah.

Bruxelle Publish time 4-7-2008 03:59 AM

Reply #47 ibnur's post

kuliah siapa? :o

ok, saya rujuk dalam kitab Al Ghuniyyah li Talibi al Haq karya Sheikh Abd Qadir Jailani ada banyak hadis2 mengenai kelebihan puasa di bulan Rejab dan Syaa'ban ni, dalam bab 'keutamaan bulan Rejab/Syaaban.'

hadis2 (berkaitan puasa bulan Rejab) tersebut diriwayatkan oleh:
1) Syaikh Imam Hibatullah bin Mubarak as-Suqthi dengan sanad dari al-A'masy, dari Ibrahim, dari AlQamah, dari Abu Said Al-Khudri, dari Nabi saw.

2)Syaikh Imam Hibatullah bin Mubarak as-Suqthi, dari Hasan bin Ahmad bin 'Abdullah al-Maqari, dengan sanad dari Harun bin Antarah, dari ayahnya, dari Ali bin Abi Thalib ra, dari Nabi saw.

3) Imam Hibatullah bin Mubarak, dari Hasan bin Ahmad bin 'Abdullah al-Maqari, dari al-'Ala bin Katsir, dari Makhul, dari Abu Darda ra.

3 hadis yang berlainan di atas yang diriwayatkan Imam Hibatullah ni mmg panjang, dari kelebihan berpuasa sehari, dua hari, tiga hari dan seterusnya..

selain itu ada juga disebut kelebihan malam nisfu syaaban, 27 rejab dsb.. jadi jgn ler cakap benda2 ni semua rekaan saja. (cuba baca posting mrk2 di atas tu. :mad: )
(posting yang no #9 tu tak betul sungguh. sapala yang tulis tu..:mad: )

[ Last edited byBruxelle at 4-7-2008 06:29 AM ]

ibnur Publish time 4-7-2008 09:37 AM

Reply #48 Bruxelle's post

:)hadith yang kat post #8 tu palsu ke tidak?

indah1285 Publish time 4-7-2008 09:53 AM

Reply #48 Bruxelle's post

bru... dahlah duk rujuk kitab tu saja.. rujuklah kitab2 lain yg lbh muktabar...

dan hadis yg lebih muktabar....:loveliness:


tak ada haram pun kalo nk puasa bulan rejab atau apa2 bulan pun.. puasa tetap sah dan ganjarannya tetap ada di sisi Tuhan...:loveliness:
Pages: 1 2 [3] 4 5
View full version: Berkaitan Puasa dan Amalan Sya'aban & Rejab only


ADVERTISEMENT