mutantninja03 posted on 14-9-2006 12:05 AM

Program Ikhwan

Salamun alaikum...

Lama saya tak menjenguk ke sini, tetiba terasa nak melihat apa yang ada disini.

Well, terlanjur saya disini  saya nak tanya pada bebudak disini siapa yang pernah terserempak dengan risalah berkenaan satu program yang dipanggil "Program Ikhwan bersama Maybank"  semasa mengunjungi masjid  ??

Kalau ada, apa pendapat anda tentangnya ??

Marilah kita kongsi idea berkenaan cara terbaik melawan perangkap pinjaman riba di kalangan umat Islam. :lebai:

mutantninja03 posted on 14-9-2006 03:09 PM

Nampaknya tiada siapa yang pernah terserempak dengan risalah tu yer ?? Masih baru lagi sebenarnya.

WBP, biar saya terangkan sedikit sebanyak tentang cara kita boleh bertindak balas terhadap kesan riba yang di tinggalkan kepada kita oleh sistem kewangan yang sedia ada di pasaran.

Bagaimana ??

Well, tahukah anda bahawa kekuatan umat Islam yang masih belum diteroka oleh kita semua terletak di MASJID !

Ya, amat menakjubkan....mungkin juga ini SALAH SATU  sebabnya mengapa Rasullullah menganjurkan semua umatnya berhimpun di masjid pada setiap Jumaat.

Kalau kekuatan orang orang Cina dan Yahudi terletak pada persatuan perniagaan mereka yang sangat kuat sehingga boleh mengatasi bank bank, kita sebenarnya mempunyai kekuatan itu di masjid masjid kita !

Mutiara yang membentuk kekuatan itulah adalah UKHWAH di kalangan umat Islam tak kira dimana saja mereka berada. Di tambah pula dengan sifat PEMURAH dan IKHLAS HATI yang menjadi tunjang kepada ajaran agama Islam.

Program ikhwan seperti yang saya diberitahu melalui risalahnya yang saya terima beberapa minggu sudah adalah suatu program yang menggabungkan sikap UKHWAH, PEMURAH dan IKHLAS HATI dengan kecanggihan teknologi perbankkan moden dalam mengikat tali persaudaraan dan melindungi Ummah dari bahaya kemelut aktivati Muammalat berlandaskan sistem riba yang melanda manusia.

Ikhwan adalah ibarat "main kutu" di kalangan pengunjung masjid, dimana sesiapa saja diantara jamaah masjid boleh menjadi salah satu dari tiga ahlinya pada satu satu masa, dengan modal sumbangan yang amat kecil. Sekiranya semua jemaah yang ditemukan dengan risalah Ikhwan ini dapat berfikir dengan fikiran yang terbuka sesuai dengan kehendak zaman, saya yakin umat Islam tidak akan menghadapi masalah kewangan lagi pada masa akan datang selagi program Ikhwan ini terus berjalan dikalangan institusi masjid. Ini disebabkan sifat program ini yang boleh dikitar semula sehingga semua orang boleh merasa akan nikmatnya. Tiada siapa yang akan rugi dan tertindas didalam kerja amal jariah.

Oleh itu saya sarankan sekiranya sesiapa saja yang bernasib baik bertemu dengan risalah program Ikhwan yang disebarkan di masjid masjid, baca dengan teliti, fahami dengan hati terbuka dan cuba melibatkan diri anda.

Insyaallah kita dapat melakukan sesuatu untuk kebajikan umat Islam bersama.

PS. Tidak guna kita berbangga duduk  dalam negara yang seba serbinya MAJU  kalau umat tetap hidup dalam keadaan tertekan, daif dan menderita akibat sistem muammalat yang melanggari syariat.

[ Last edited by  mutantninja03 at 14-9-2006 03:11 PM ]

orangbesi posted on 15-9-2006 10:54 AM

SALAM

kan SESAMA ISLAM BERSAUDARA
dan IKHWAN tu sama lah tuuuuu
cuma SEKARANG adakah
seorang yg mengaku ISLAM itu adalah
SEBENARNYA SEORANG ISLAM
iaitu ISLAM yg diperintahkan TUHAN dan RASULNYA?????????

atau sama cam suku sakat si setan!!!!!!!

mutantninja03 posted on 18-9-2006 07:35 PM

Originally posted by orangbesi at 15-9-2006 10:54 AM
SALAM

kan SESAMA ISLAM BERSAUDARA
dan IKHWAN tu sama lah tuuuuu
cuma SEKARANG adakah
seorang yg mengaku ISLAM itu adalah
SEBENARNYA SEORANG ISLAM
iaitu ISLAM yg diperintahkan TUHAN dan RASU ...


Err... maaf cakap lah yer.

But I'm really baffled by your post . :gila:

Takder kena mengena langsung ngan topik.

Dah banyak sangat bergelumang dengan besi sampai dah banyak taik besi kot dalam otak ko yer ??  :nerd:


PS. Please  no politics in this thread, TQ.  :lebai:

[ Last edited by  mutantninja03 at 19-9-2006 03:14 PM ]

antiQue posted on 18-9-2006 07:51 PM

Mula-mula, masa saya baca thread ni saya belum nampak apa program yg mutantninja refer to.. apalagi bila mutant sebut "bersama maybank", i thot ini program yg Maybank anjurkan..

Tapi bila saya buat search, baru saya perasan program yg mana satu yg mutant refer to... program ni dah lama... seingat saya, tahun 2002 lagi dah ada forumners yg sebar tentang program ni... ada yg buat guna BSN... sekarang dah banyak sebarkan melalui internet pula...

sehingga ada yg menggapnya sebagai skim cepat kaya...

mutantninja03 posted on 19-9-2006 03:50 PM

Originally posted by antiQue at 18-9-2006 07:51 PM
Mula-mula, masa saya baca thread ni saya belum nampak apa program yg mutantninja refer to.. apalagi bila mutant sebut "bersama maybank", i thot ini program yg Maybank anjurkan..

Tapi  ...

Haaa...ada pun yang tahu !   :)

Silap saya sebenarnya...sepatutnya saya tulis MELALUI Maybank bukannya bersama Maybank.

OK saya nak tanya nie, apa pandangan Antique tentang program nie. Dari segi logiknya saya tengok memang sudah cukup baik. Tambah pulak bila ia disebarkan di Masjid di kalangan jemaah Islam semuanya.

Pada saya terdapat "critical mass" di sana, untuk memastikan program ini berjaya dan menepati sasaran kalangan yang hendak dibantu.

Untuk pengetahuan saya pernah lihat program untuk ibu tunggal yang menggunakan khidmat BSN dan lain lain bank, tapi saya lihat yang ini lebih LOGIK, MUDAH dan LEBIH BERKESAN memandangkan :

1)  Menggunakan mesin deposit Maybank yang lebih efisien, terdapat di kebanyakan bandar dan beroperasi 24 jam.

2) Sesiapa saja boleh mengikutinya sebab tidak di hadkan kepada mana mana golongan...asalkan pergi ke masjid (Islam).

3) Berkonsepkan sadakah jariah dan tidak dianjurkan oleh mana mana pihak. Tiada paksaan dan tidak ada pihak yang rugi didalam kerja amal.

4) Boleh dikitar semula, bermakna tiada had tempoh untuk program. Selagi ada orang yang memerlukan selagi itu program boleh berterusan membantu. Orang yang sudah mendapat manfaat boleh tetap  membantu tanpa menyertai program sekali lagi jika itu pilihannya.

5) Program ini boleh menjadi kekuatan kepada umat Islam untuk membanteras masalah pinjaman Riba termasuk yang melibatkan Along. Setakat yang saya tahu tiada apa yang dilakukan oleh mana mana pihak, samada kerajaan maupun NGO yang betul betul dapat mengimbangi masalah riba ini sungguhpun kita hari hari mendengar berbagai pihak melahirkan keperihatinan mereka kononnya mahu mencegah masalah riba daripada menghantui masyarakat.

6) Sungguhpun muammalat berkonsep Islam sedang giat di bangunkan dinegara kita, ianya belum memadai kerana  tiada tindakan yang benar benar berkesan yang diambil untuk masyarakat  marhaen  setakat ini. Saya melihat program Ikhwan ini sebagai sesuatu yang diujudkan hasil ilham  rakyat terbanyak untuk faedah mereka sendiri.

Apa pandangan AntiQue tentang ini ??

Btw, saya mendapat risalah Ikhwan itu di Masjid Negeri Perak, di  Ipoh.
Yang untuk ibu tunggal tu saya dapat beberapa tahun yang lalu melalui internet tetapi saya perhatikan ianya tidak berapa lengkap selain seolah olah menghadkan penyertaan kepada ibu tunggal saja disebabkan konsepnya.

[ Last edited by  mutantninja03 at 19-9-2006 03:54 PM ]

boyan posted on 20-9-2006 11:56 AM

mcm skim piramid / cepat kaya je... cuba detailkan camana duit bertukar tangan pls

serihartatie posted on 20-9-2006 12:08 PM

Originally posted by mutantninja03 at 14-9-2006 12:05 AM
Salamun alaikum...

Lama saya tak menjenguk ke sini, tetiba terasa nak melihat apa yang ada disini.

Well, terlanjur saya disini  saya nak tanya pada bebudak disini siapa yang pernah terserempa ...

Jawapannya mudah sahaja...

Jangan buat pinjaman yg ada unsur RIBA...hidup sekadar dalam kemampuan...

Kita perlu cantas POKOKnya dulu, kalau bunga/buah yg terhasil dari POKOK itu BERACUN.

Oleh itu, JANGAN BUAT PINJAMAN YG ADA RIBA = pokok

jadi

tidak adalah BUNGA/BUAH BERACUN  tumbuh dan terhasil dari pokok itu

[ Last edited by  serihartatie at 20-9-2006 12:09 PM ]

elbecks posted on 20-9-2006 12:43 PM

dlm konteks perbankkan dimalaysia ni, susah juga nak elakkan riba.apayang bank islam atau perbankkan islam buat kat malaysia ni pun hanyalah sekadar menukar nama "fedah" kepada "keuntungan".

nak free interest terus memang susah sbb bank negara still kontrol benda2 ni.

kalau tak berhutang kang tak leh pulak nak beli property mcm rumah dan kereta

mutantninja03 posted on 21-9-2006 01:03 AM

Originally posted by serihartatie at 20-9-2006 12:08 PM


Jawapannya mudah sahaja...

Jangan buat pinjaman yg ada unsur RIBA...hidup sekadar dalam kemampuan...

Kita perlu cantas POKOKnya dulu, kalau bunga/buah yg terhasil dari POKOK itu BERACUN.
...


Ermm.... as always....a SIMPLETON's solution to the complexities of life, you mean ?? :nerd:

Malangnya Cik Tatie, life is not as simple as we perceive them to be.

Itu sebab kalangan yang menghormati dan mensyukuri pemberian akal oleh Tuhan mereka tak akan sekali kali bersetuju dengan pendapat simpleton seperti ini.

Walau bagaimana pun terima kasih kerana memberi pandangan. :)

orangbesi posted on 21-9-2006 11:39 AM

salam

kalau salah saya harap maafkanlah
tapi tajuk pun IKHWAN
baik punya tajuk
cuma bersama MAYBANK, yg tak berapa kena
dan lebih tak kena bila JADI program cepat kaya
dan lebih tak kena bila ramai yg menyokongnya
dan lebih tak kena bila yg HARAM seakan DIHALALKAN

jadi dimana letaknya AGAMA????
atau adakah sekadar DIBELAKANG PUNGGUNG?????????????????

mutantninja03 posted on 21-9-2006 01:05 PM

Originally posted by elbecks at 20-9-2006 12:43 PM
dlm konteks perbankkan dimalaysia ni, susah juga nak elakkan riba.apayang bank islam atau perbankkan islam buat kat malaysia ni pun hanyalah sekadar menukar nama "fedah" kepada "keun ...


Sistem yang digunakan Bank Islam sekarang bukannya begitu Islam pun. Silap haribulan lebih teruk lagi ada !

It will take  some time for them to actually revamp the entire  system.

Maklum lah sebab sudah bergelumang sekian lama. Hendak dibuang terus akan memerlukan banyak usaha dan tindakan yang berani.

In the mean time, we, the common people need to do something to mitigate the horrendous effects coming from riba practices, for the sake of our own livelihood and comfort. Takkan nak biar saja  diri ditindas dan terus dihambat hantu dunia pagi petang siang malam ??

Kalau bukan kita sendiri, siapa lagi ?? Politikus politikus  terhebat negara kah ?? Para para Ulama terulung kah ??

Ermm... bercakap memang sesiapa pun boleh.   ;)

[ Last edited by  mutantninja03 at 21-9-2006 01:06 PM ]

mutantninja03 posted on 21-9-2006 01:50 PM

Originally posted by boyan at 20-9-2006 11:56 AM
mcm skim piramid / cepat kaya je... cuba detailkan camana duit bertukar tangan pls


Orang Melayu biasanya tahu apa dia main kutu kan ??

Kalau nak tahu...Program Ikwan tak ubah seperti main kutu.

Cuma yang berbeza,  penglibatannya lebih meluas kerana dikendalikan dikalangan jemaah  masjid dan dibuat atas dasar sukarela dan sedekah jariah. Oleh kerana terdapatnya "critical mass" di masjid, amaun derma menjadi sangat kecil  berbanding faedah yang boleh diraih.

Adakah main kutu skim pyramid ???? Tentulah tidak   :)
Bahkan saya melihatnya sebagai satu kaedah "redistribution of wealth among the masses" yang berkesan !

Cepat Kaya ??? MUngkin ye mungkin tidak. Tapi saya nak tanya satu soalan kepada kamu semua.

ADA APANYA KALAU SESAMA MUSLIM CEPAT KAYA ????? Selagi ianya tidak melanggar hukum syarak dan undang undang negara, ada apanya kalau saudara saudara seagama kita mendapat  keberuntungan dan keselamatan dari gangguan musuh Tuhan ?????

Apakah kita lebih rela melihat nasib kita menjadi seperti rakan Islam kita yang sedang TENGGELAM  di tengah kepesatan pembangunan  Pulau Pinang, umpamanya  ??? Ataukah kita mahu tunggu sehingga  wujudnya sebuah lagi Singapura di negara kita baru nak bertindak ?????

Mitos dan salah anggapan seperti ini lah yang perlu sangat  diperbetulkan di kalangan orang Islam.  :geram:

Tiada guna bercakap mengenai Islam sebagai AGAMA KESELAMATAN, mendabik dada dengan  segala harta wakaf dan dana yang KAKU,  kalau hakikatnya umat sendiri hidupnya sentiasa berada dalam keadaan tidak selamat, ibarat telur dihujung tanduk !

Fikirkanlah....


PS :   Ukhwah dan Amal Jariah mengatasi kejahatan Riba....  IBARAT BUKU BERTEMU RUAS... adanya !  :lebai:

boyan posted on 21-9-2006 09:06 PM

Originally posted by mutantninja03 at 21-9-2006 01:50 PM



Orang Melayu biasanya tahu apa dia main kutu kan ??

Kalau nak tahu...Program Ikwan tak ubah seperti main kutu.

Cuma yang berbeza,  penglibatannya lebih meluas kerana dikendalikan dikal ...


hahah lepak brader.. ape kata ko detailkan dulu program ikhwan tu.... camana duit tu bertukar tangan... pastu baru aku leh bagi reasoning samada dia skim cepat kaya ke tak... jgn emo sangat. cam pms aaa....

antiQue posted on 21-9-2006 10:02 PM

Originally posted by boyan at 21-9-2006 09:06 PM



hahah lepak brader.. ape kata ko detailkan dulu program ikhwan tu.... camana duit tu bertukar tangan... pastu baru aku leh bagi reasoning samada dia skim cepat kaya ke tak... jgn emo sangat.  ...

Hmm... since boyan suruh detailkan program tu, ni saya link kan pada satu satu contoh risalah yg pernah saya jumpa over internet :

http://www.mail-archive.com/btcs-club@yahoogroups.com/msg00290.html

Cuma saya terfikir, mutant ni sebenarnya sedang buat promotion ke? :bgrin:

[ Last edited by  antiQue at 21-9-2006 10:04 PM ]

mutantninja03 posted on 21-9-2006 11:38 PM

Originally posted by boyan at 21-9-2006 09:06 PM



hahah lepak brader.. ape kata ko detailkan dulu program ikhwan tu.... camana duit tu bertukar tangan... pastu baru aku leh bagi reasoning samada dia skim cepat kaya ke tak... jgn emo sangat.  ...


Eh emo ker ??  hehehe.... :lol    must be that geram emoticon I used ler tu....biasa la... tengah panas mikirkan hal ehwal orang Melayu nie.

Penang satu hal. Perak pulak lagi  satu hal.

Dengan kerenah PM & menantu kesayangan yang peel semacam pun lagi satu hal.

Masalh sendiri lagik....


Erm....Senang cita ko carilah kat masjid memana Boyan.

Join tak join sundri punya hal la no...


Peace brader   :nerd:

[ Last edited by  mutantninja03 at 21-9-2006 11:39 PM ]

mutantninja03 posted on 22-9-2006 12:13 AM

Originally posted by antiQue at 21-9-2006 10:02 PM


Hmm... since boyan suruh detailkan program tu, ni saya link kan pada satu satu contoh risalah yg pernah saya jumpa over internet :

http://www.mail-archive.com/btcs-club@yahoogroups.com/msg00 ...


AntiQue, antiQue..... tak berubah sejak dari dulu.   :bgrin:

Sebetulnya  memang saya mempromosi program ini untuk faedah saya dan semua umat  Melayu Islam di Malaysia.

Falsafah saya mudah saja :

"Sumbanglah untuk kebaikan masyarakat mudah mudahan masyarakat yang sihat dapat menyumbang semula kepada keselamatan semua."

Risalah yang dalam link anda tu memang program yang sama, KECUALI cara pengedarannya tidak tepat dan kelihatannya tidak berapa manis selain persembahannya tidak kemas dan langsung tidak kelihatan professional.

Yang saya terima di masjid tempoh hari itu lengkap dengan borang dan penerangan tentang kaedah program. Mungkin sudah di "upgrade" kan penampilannya. Dan saya yakin ianya memang ditakdirkan untuk berpengkalan di masjid masjid, khas untuk menjadi penolong kepada orang orang Islam yang memerlukan.

Jika ada masa anda kajilah sendiri program ini, kerana saya dapati ia mampu menjadi penyelesai masalah ummah masa kini yang berkesan sungguhpun ia kelihatan begitu simple.  :hatdown:

antiQue posted on 22-9-2006 12:25 AM

Since mutant kata versi yg mutant ada tu lebih baik, maka apa kata mutant scan dan letakkan di sini? Censored kan part siapa penerima tu dulu... hanya letakkan detail program tersebut. Boleh rakan-rakan di sini berkongsi lihat, dan berkongsi pendapat :)

boyan posted on 22-9-2006 11:41 AM

oh ok dah baca link tu.

hehhe ni memang skim cepat kaya. sorry mutant03. ko nak aku explainkan tak?

mutantninja03 posted on 22-9-2006 12:20 PM

Originally posted by boyan at 22-9-2006 11:41 AM
oh ok dah baca link tu.

hehhe ni memang skim cepat kaya. sorry mutant03. ko nak aku explainkan tak?


Semua derma yang melibatkan sedakah jariah adalah "skim cepat kaya" pada dasarnya.

Tu tabung pembinaan masjid yang dikutip hari hari tu, pengemis pengemis yang mengerumuni pelanggan gerai gerai makan....tu pun boleh dikira skim cepat kaya juga.

Tapi meh lah explanation ko, boleh juga kita kaji sama sama kot kot  ko boleh sedarkan aku dari lamunan mimpi yang indah ni :bgrin:

[ Last edited by  mutantninja03 at 22-9-2006 12:31 PM ]

mutantninja03 posted on 22-9-2006 12:30 PM

Originally posted by antiQue at 22-9-2006 12:25 AM
Since mutant kata versi yg mutant ada tu lebih baik, maka apa kata mutant scan dan letakkan di sini? Censored kan part siapa penerima tu dulu... hanya letakkan detail program tersebut. Boleh rakan- ...


Yang ini TIDAK ADA NAMA PENERIMA di dalam risalah ! Tu lah antara sebab utama saya kata ia jauh lebih baik.

Detail program sangat mirip. Memang konsep main kutu. Tiga peserta pada satu satu sesi.

Cuma peserta boleh digilir gilirkan dan di "recycle" semula dari kalangan jamaah masjid yang mencapai angka berjuta juta di Malaysia nie.

Nak scan ?? Saya rasa tak payah lah saya susah susah. Ini pun kat CC. Mahal lak nak scan scan nie. Cari jerlah kat masjid masjid. Percuma saja.

boyan posted on 22-9-2006 10:34 PM

orait tq mutantninja03 sebab bagi aku explain.

actually benda ni dah lama.... dulu masa aku darjah enam dah ada benda ni... siap bukak akaun bsn lagi... jgn tak semangat... orait... camni... modus operandi dia senang.

1) ko dapat list org dalam program (3 -4 orang) sekali ngan no akaun
2) basically bile ko nak letak nama dalam list ni, ko kene letak duit kat 3-4 org on top, pastu letak nama ko
3) and sekarang ko sebar list baru yang dah ada nama ko pada seberapa banyak org lain

ok kenapa benda ni bukan kutu?

kutu adalah mainan duit pada kumpulan yang sama. kira cam ali ahmad ngan abu. setiap org gaji dia 1500. dia main kutu tiga bulan. so by the end of tiga bulan, actually takde pertambahan duit. betul tak?

untuk ali, dapat kutu RM 4500, tapi bayar kutu untuk 3 bulan = 3*1500 = 4500 jugak
untuk ahmad, dapat kutu RM 4500, tapi bayar kutu untuk 3 bulan = 3*1500 = 4500 jugak
untuk abu, dapat kutu RM 4500, tapi bayar kutu untuk 3 bulan = 3*1500 = 4500 jugak

so samada ali ahmad or abu main kutu atau tidak, actually pendapatan untuk tiga bulan tu sama. cuma masa satu bulan tu rasa kaya kejap sebab giliran kutu.

apa kesimpulan sini - TIADA SIAPA JADI KAYA. tiada duit jatuh dari langit, tiada duit muncul tiba2. kalau tolak bahagi darab balik, semua org back to the same place. tak kaya.

ok sekarang pada program ikhwan. kita assume ada 7 org la dalam masjid ni (kasik contoh kecik senang sikit). kita buat camni... ada 1 imam, 2 muazin ngan 4 makmum. semua org gaji dia 1500.

sebab imam ni bijak pandai dan dia ni kepala, dia dapat hidayah buat program ikhwan. orait dia start.... so dia pun kata kat 2 muazin tu.. weih korang bayar aku 1500...

yaaa imam sudah kaya sekarang.... 3000 woo... campur gaji dia sendiri 1500.. so 4500 aaa... pergh kaya

so dua muazin ni pun pk... wah kita pun nak kaya gak.... so 1 muazin tu gi approach lagi 2 makmum, and lagi 1 pun buat benda sama.... weih... korang bayar aku 1500....

dua2 muazin sudah kaya sekarang... 3000 woo...... tp sebab gaji sudah bagi sama imam.... 3000 je la

ok jom kita tally ape dah jadi karang

iman = 4500
muazin1 = 3000
muazin2 = 3000

tp ape dah jadi kat makmum?

makmum1 = -1500
makmum2 = -1500
makmum3 = -1500
makmum4 = -1500

ok sekarang kita wat analysis

imam1... wah untung gile... muazin 1 dan 2, untung jugak, tp kurang dari iman... makmum 1,2,3,4 - DIZALIMI.

sure, sekarang ni program ikhwan dia akan masukkan kata2 islamic kat sini (gunakan kekuatan umat kita bla bla saling bantu membantu bla bla umat kita ramai berjuta bla bla takkan habis bole recycle bla bla).

sebenarnya semua ni tak betul. sebab umat islam, walaupun berjuta, sebenarnya limited.

kita bole guna balik contoh di atas dengan unit lain...

ada 1 negeri.. dalam negeri ni ada tujuh masjid... satu masjid negeri, 2 masjid daerah, 4 masjid kampung.... last2 4 masjid kampung tu teraniaya

ada 1 negara, dalam negara ni ada tujuh negeri..... 4 negeri teraniaya...

ada 1 dunia, ada 7 negara..... aku rasa ko leh sambung sendiri by now.

kenapa benda ni dipanggil skim piramid? amat senang. kita susun balik orang2 nye..

imam   =                 *
muazin =               **
makmum =           shit

nampak tak piramid?

ok katala tak puas hati gak... katakan memang bole jadi punye kalau kita ulang2 balik program ni....

so balik pada contoh asal

imam = 4500
muazin1 = 3000
muazin2 = 3000
makmum1 = -1500
makmum2 = -1500
makmum3 = -1500
makmum4 = -1500

so karang ni makmum 1,2,3,4 nak pusing2 balikla... so imam ngan muazin 1,2 kene la bayor.... tp siapa diaorg nak carik? masalahnye setiap org kene ada dua 'downline'... karang ni imam + muazin 1,2 = baru 3 org... adeh.... and katalaaaa.... imam and muazin 1,2 bayar jugak....

so untuk 4 org makmum, diaorg semua dapat 3*1500.... 4500... kongsi empat.... dapat 1125 sorang...

so kita kira balik

imam = 4500 - 1500 = 3000
muazin1 = 3000 - 1500 = 1500
muazin2 = 3000 - 1500 = 1500
makmum1 = -1500 + 1125 = -375
makmum2 = -1500 + 1125 = -375
makmum3 = -1500 + 1125 = -375
makmum4 = -1500 + 1125 = -375

ok kita kemaskan

imam  = 3000
muazin1  = 1500
muazin2  = 1500
makmum1 = -375
makmum2 = -375
makmum3 = -375
makmum4 = -375

imam still untung, muazin 1,2 dah tak untung pape dah sebab dah redistribute, and makmum 1,2,3,4 masih DIZALIMI.

by now maybe u can say, oraittttt kita kembangkan network kita. tp refer balik example yang aku elaborate, 7 masjid, 7 negeri, 7 negara.

so asal benda ni tak jadi cam kutu? sebab golongan yang menerima akan kurang dari golongan yang memberi. kalau kutu, semua org beri, semua org dapat. kalau program ikhwan, ramai org beri, tp sikit je yang dapat. untung la yang sikit tu.

huhuhhu aku tau benda ni panjang and maybe susah nak ikut. tp aku kene prove mathematically baru nampak.

semua skim cepat kaya memang [edited]. tp yang ni memang [edited] sebab mempergunakan ummah dengan ayat2 yang konon2nye islamic. tp aku tak salahkan sapa2. ye la bile kita dikaburi dengan kata konon2 sama2 membantu ummah, sape tamau join? plus leh jadik kaya.

antiQue ~ edit sikit perkataan-perkataan yg tak sesuai diletak dalam board ini.

[ Last edited by  antiQue at 22-9-2006 11:00 PM ]

mutantninja03 posted on 23-9-2006 08:41 PM

Originally posted by boyan at 22-9-2006 10:34 PM
orait tq mutantninja03 sebab bagi aku explain.

actually benda ni dah lama.... dulu masa aku darjah enam dah ada benda ni... siap bukak akaun bsn lagi... jgn tak semangat... orait... camni... mod ...


Fullamak ... panjangnya penerangan. Siap ngan math tuition lagik. hehehe  :lol

Berejam aku nak balas nie. Kena quote satu persatu.

OK lah. Ini pendapat aku.

Benda nie sebenarnya kombinasi main kutu dan sistem piramid kecil.

Kena suntik sket sistem piramid piramid nie. Kalu tak, baik buat pinjaman biasa dengan tabung kebajikan masyarakat saja kan ?? Itu pun kalau layak lah. Kena lak isi borang, pergi interview  dan tunggu sampai berjanggut baru tahu dapat tak dapat. kan ?? Bukan semua orang boleh tunggu lama macam tu. Nak nak pulak yang menanggung hutang hasil sistem riba yang interest berganda ganda dengan kiraan hari. Suka tak suka pasti akan kecundang ditekan oleh sistem juga akhirnya.   :kant:



++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
<<kutu adalah mainan duit pada kumpulan yang sama. kira cam ali ahmad ngan abu. setiap org gaji dia 1500. dia main kutu tiga bulan. so by the end of tiga bulan, actually takde pertambahan duit. betul tak?

untuk ali, dapat kutu RM 4500, tapi bayar kutu untuk 3 bulan = 3*1500 = 4500 jugak
untuk ahmad, dapat kutu RM 4500, tapi bayar kutu untuk 3 bulan = 3*1500 = 4500 jugak
untuk abu, dapat kutu RM 4500, tapi bayar kutu untuk 3 bulan = 3*1500 = 4500 jugak >>

so samada ali ahmad or abu main kutu atau tidak, actually pendapatan untuk tiga bulan tu sama. cuma masa satu bulan tu rasa kaya kejap sebab giliran kutu.>>
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Kaya kejap tu kalau zaman moden nie boleh menentukan jatuh bangun dan masa depan seseorang dek  oii !
Tanyalah kalangan orang berniaga, tentu mereka akan setuju.  :ah:

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
<<apa kesimpulan sini - TIADA SIAPA JADI KAYA. tiada duit jatuh dari langit, tiada duit muncul tiba2. kalau tolak bahagi darab balik, semua org back to the same place. tak kaya.>>

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Sebenarnya objektif utama bukan untuk jadi kaya pun tapi sekurang kurangnya kalau dapat meng"offset" akibat akibat buruk yang melanda umat berpunca daripada amalan riba pun dah kira OK. Akan tetapi faedah daripada program ini boleh dijadikan modal untuk berdikari, berusaha sendiri dan menjadi "self sufficient"  seperti bangsa lain tanpa memikirkan beban pinjaman yang membesar dan terus  membesar setiap hari sedang usaha yang cuba dijana baru saja hendak bertapak. Tergamakkah  kita melihat kes seperti di dalam link  ini :   Graduan Menoreh Getah untuk Membayar Pinjaman PTPTN terjadi kepada saudara saudara kita. Terus terang, saya katakan apa yang graduan ini lakukan, meletakkan diri di tempat yang tidak sepatutnya, adalah SALAH, yang akibatnya akan menghancurkan masa depan sendiri, kecuali lah kalau dia memang benar benar merancang  untuk menjadi usahawan.

Tahukah anda bagaimana sebuah "kongsi" cina berfungsi ?? Pernahkah anda mendengar bagaimana seorang peniaga VCD haram boleh memulakan semula perniagaannya di esok hari, walau baru saja dikenakan kompaun  semalaman ??  Hehehe..rasa rasanya boleh kah mereka berbuat begitu kalau mereka meminjam daripada bank ?? Itu baru satu contoh. Cuba selidik para petani sayuran Cina  di Cameron highlands misalnya. Berapa kerat yang pinjam bank untuk memula dan membesarkan  perniagaan mereka ?? Kalau nak tahu, inilah antara  rahsia bagaimana bangsa cina boleh hidup walau dimana jua mereka dicampakkan !  ;)

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
<<ok sekarang pada program ikhwan. kita assume ada 7 org la dalam masjid ni (kasik contoh kecik senang sikit). kita buat camni... ada 1 imam, 2 muazin ngan 4 makmum. semua org gaji dia 1500.

.....snipped....

iman = 4500
muazin1 = 3000
muazin2 = 3000

tp ape dah jadi kat makmum? >>
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

"Sampling" adik nie terlalu kecil dan "monotonous" untuk dijadikan contoh kajian yang meyakinkan.

Adik jangan  lupa, manusia yang membentuk kalangan jemaah masjid  boleh terbahagi kepada beberapa kategori yang berlainan. Ada yang terlalu miskin, miskin, sederhana, kaya, dan terlalu kaya. Sebahagian daripada yang sederhana, yang kaya dan terlalu kaya sebenarnya sudah tidak berapa kisah lagi tentang hal ehwal dunia material macam kita yang miskin nie. Dalam dairi hidup orang orang kaya, bila sampai satu tahap kekayaan, duit bukan lagi menjadi satu keperluan utama kepada mereka. Tak percaya tanyalah pada orang orang seperti kerabat kerabat raja dan jutawan jutawan perniagaan di serata dunia.   Kalau tidak masakan ada istilah "Philantropist" dan "altruist" dalam kamus Oxford.   ;)  Selalunya yang menghalang mereka dari menyumbang semula kepada masyarakat ialah sistem penyampaian yang tidak sempurna  serta sifat ego masing masing untuk turun kebawah menghulur bantuan.

Bahkan di kalangan orang orang Melayu, kebanyakan mereka sentiasa bersedia menderma kepada yang memerlukan. Itu lah kehebatan seorang Melayu muslim, walau yang hidup susah sekalipun, bila ada yang meminta, dengan rela hati mereka memberi  atas dasar ikhwan dan simpati. Kalau tidak masakan terlalu ramai orang orang tabligh dan musafir berjanggut kusut masai dari Afghanistan, Pakistan, Bangladesh, Thailand dan lain lain lagi sanggup bermusafir beribu batu ke negara kita, berjalan dari rumah ke rumah meminta segala macam derma....terutama  sebelum peristiwa Sept. 11  !  :nerd:

Bahkan banyak pihak yang mengeksploitasi sifat pemurah kita tanpa ada rasa bersalah pun. Lihat sajalah berapa yang dibelanjakan untuk menghantar SMS kepada program hiburan di Malaysia nie. Belum kira lagi segala macam penyangak yang mengeksploitasi kemudahan talian mudahalih untuk membuat kekayaan segera (Yang ini baru betul Skim Cepat Kaya Haram !) . Adakah sesiapa yang membantah ??   :cak:

Cuba fikirkan apa yang boleh dibuat dengan cuma sebahagian kecil dari jumlah sebanyak itu, misalnya untuk membantu seorang peniaga nasik lemak Islam di bandaraya Georgetown supaya  terus berupaya menetap di tengah tengah arus pembangunan bandaraya itu ?? Tahu kah adik apa akan berlaku sekiranya, orang Melayu Islam terus terusan meninggalkan Pulau Mutiara akibat tak mampu untuk bersaing dengan bangsa lain ??? Ini masalah nasional sebenarnya dan kita tidak boleh lagi berkira pasal wang sebanyak RM30 jika kita utamakan  survival bangsa dan agama kita di tanahair sendiri. Jangan nanti terlalu ghairah dan sibuk memperjuang hak hak di Timur tengah dan mengAFUNDI sana sini, hak bangsa di tanahair sendiri  tergadai  pun tak sedar !  Sapa nak jawab nanti tu ??  :malu:

sambung....

[ Last edited by  mutantninja03 at 23-9-2006 09:48 PM ]

mutantninja03 posted on 23-9-2006 08:47 PM

.....sambung

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
<<
makmum1 = -1500
makmum2 = -1500
makmum3 = -1500
makmum4 = -1500

ok sekarang kita wat analysis

imam1... wah untung gile... muazin 1 dan 2, untung jugak, tp kurang dari iman... makmum 1,2,3,4 - DIZALIMI.>>
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Adakah istilah DIZALIMI sesuai di gandingkan  dengan konsep SEDEKAH JARIAH  ??  :hmm:
Kalau dah pemberian ikhlas, maksudnya tiada meminta apa apa sebagai balasan lah tu. Ada ganjaran boleh, tak ada pun tak apa. Kalau takut dizalimi maknanya tidak ikhlas....eloklah  jangan turut serta. Sudah tentu kebarangkalian untuk  rugi tidak wujud, kan ??  :nerd:

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
<<sure, sekarang ni program ikhwan dia akan masukkan kata2 islamic kat sini (gunakan kekuatan umat kita bla bla saling bantu membantu bla bla umat kita ramai berjuta bla bla takkan habis bole recycle bla bla).

sebenarnya semua ni tak betul. sebab umat islam, walaupun berjuta, sebenarnya limited.>>
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Umat mana yang tak limited dek oii ?? Umat manusia pun limited jumlahnya di dunia nie.

Pada pengamatan dan pandangan saya, piramid yang digunakan dalam sistem adalah piramid kecil ( 3 tier) dengan tiga peserta setiap sesi. Selagi jumlah cetakan risalah (solicit) yang dicetak dan diedarkan kecil jumlahnya (dalam kes program ikhwan, target respon cuma 20% daripada maximum 100 risalah setiap peserta saja) dikalangan umat yang berjuta jumlahnya,  ianya akan berupaya untuk terus  "float" sambil memberi manfaat bergilir gilir kepada orang orang yang berlainan.


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
<<kita bole guna balik contoh di atas dengan unit lain...

ada 1 negeri.. dalam negeri ni ada tujuh masjid... satu masjid negeri, 2 masjid daerah, 4 masjid kampung.... last2 4 masjid kampung tu teraniaya

.....snipped.....

imam   =                 *
muazin =               **
makmum =           shit >>
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

hehehe... ko janganlah buat piramid besar macam di Giza tu. Nanti ujud pulak firaun di puncak dia, susah pulak :lol

Hmm... bercakap pasal masjid, semalam saya terfikir bagaimana program ini boleh dimanfaatkan secara virtual melalui e-masjid. Bahkan ia boleh dikendalikan dengan lebih efisien tanpa perlu mencetak sebegitu banyak. Setahu saya setakat ini cuma Majlis Agama Sarawak yang ada web e-masjid nie. Nanti lah bila senang saya akan sambung.  


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
<<nampak tak piramid?

ok katala tak puas hati gak... katakan memang bole jadi punye kalau kita ulang2 balik program ni....

so balik pada contoh asal

....snipped...

so asal benda ni tak jadi cam kutu? sebab golongan yang menerima akan kurang dari golongan yang memberi. kalau kutu, semua org beri, semua org dapat. kalau program ikhwan, ramai org beri, tp sikit je yang dapat. untung la yang sikit tu.>>
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Sudah diterangkan di atas. "Crude" sebenarnya  contoh yang ko berikan nie.
Sekali lagi program hanya sesuai untuk orang yang ikhlas memberi sahaja. Yang rasa akan jatuh miskin sebab mengeluarkan RM30 sekali seumur hidup lebih baik jangan ikut serta. Dikhuatiri nanti  tak berkat pulak pemberian tu.   :cry:



++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
<<huhuhhu aku tau benda ni panjang and maybe susah nak ikut. tp aku kene prove mathematically baru nampak.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Tak susah nak ikut pun dek. It's a very elementary punya explanation.  :music:


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
semua skim cepat kaya memang . tp yang ni memang sebab mempergunakan ummah dengan ayat2 yang konon2nye islamic. tp aku tak salahkan sapa2. ye la bile kita dikaburi dengan kata konon2 sama2 membantu ummah, sape tamau join? plus leh jadik kaya.

antiQue ~ edit sikit perkataan-perkataan yg tak sesuai diletak dalam board ini. >>
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Hehehe marah benar dia yer ?? Agak agak marah tak dia kalau orang tak AFUNDI Mawi barang sehari masa AF aritu ??  :cak:



[ Last edited by  antiQue at 22-9-2006 11:00 PM ]

[ Last edited by  mutantninja03 at 23-9-2006 09:23 PM ]

boyan posted on 24-9-2006 12:40 AM

Originally posted by mutantninja03 at 23-9-2006 08:41 PM

Kena suntik sket sistem piramid piramid nie. Kalu tak, baik buat pinjaman biasa dengan tabung kebajikan masyarakat saja kan ?? Itu pun kalau layak lah. Kena lak isi borang, pergi interview  dan tunggu sampai berjanggut baru tahu dapat tak dapat. kan ?? Bukan semua orang boleh tunggu lama macam tu. Nak nak pulak yang menanggung hutang hasil sistem riba yang interest berganda ganda dengan kiraan hari. Suka tak suka pasti akan kecundang ditekan oleh sistem juga akhirnya.   



skim piramid sudah jelas haram. yang ni tak yah dalih2 bagi hujah pinjaman lembab dan sebagainya. haram tetap haram. jgn dipusingkan. fatwa2 banyak keluar, boleh google sendiri.

Originally posted by mutantninja03 at 23-9-2006 08:41 PM

Kaya kejap tu kalau zaman moden nie boleh menentukan jatuh bangun dan masa depan seseorang dek  oii !
Tanyalah kalangan orang berniaga, tentu mereka akan setuju.  



betul.. saya pun berniaga. kaya kejap memang tentukan naik turun bisnes. tp again, haram. kalau camtu bole gak saya kaya kejap rompak bank, pastu terus invest dalam bisnes. senang je patahkan hujah ni. tak semestinye sebab kaya kejap bole naik bisnes, kita kene resort pada benda haram. kesusahan/peluang tak menghalalkan cara. benda ni simple je bole fikir sendiri.

Originally posted by mutantninja03 at 23-9-2006 08:41 PM

Sebenarnya objektif utama bukan untuk jadi kaya pun tapi sekurang kurangnya kalau dapat meng"offset" akibat akibat buruk yang melanda umat berpunca daripada amalan riba pun dah kira OK. Akan tetapi faedah daripada program ini boleh dijadikan modal untuk berdikari, berusaha sendiri dan menjadi "self sufficient"  seperti bangsa lain tanpa memikirkan beban pinjaman yang membesar dan terus  membesar setiap hari sedang usaha yang cuba dijana baru saja hendak bertapak



sekali lagi.. benda ni haram. kalau kita jadikkan benda haram sebagai benih mencari rezeki halal (untuk usaha sendiri dan self sufficient), still tiada beza. hujah ni takleh pakai gak.

Originally posted by mutantninja03 at 23-9-2006 08:41 PM

Tahukah anda bagaimana sebuah "kongsi" cina berfungsi ?? Pernahkah anda mendengar bagaimana seorang peniaga VCD haram boleh memulakan semula perniagaannya di esok hari, walau baru saja dikenakan kompaun  semalaman ??  Hehehe..rasa rasanya boleh kah mereka berbuat begitu kalau mereka meminjam daripada bank ?? Itu baru satu contoh. Cuba selidik para petani sayuran Cina  di Cameron highlands misalnya. Berapa kerat yang pinjam bank untuk memula dan membesarkan  perniagaan mereka ?? Kalau nak tahu, inilah antara  rahsia bagaimana bangsa cina boleh hidup walau dimana jua mereka dicampakkan !  



hujah di atas takde kene mengena dengan program ikhwan. asalkan ada sikap bantu membantu sesama kita sudah cukup. program ikhwan bukannya silver bullet yang bole menyelesaikan masalah umat.

Originally posted by mutantninja03 at 23-9-2006 08:41 PM

"Sampling" adik nie terlalu kecil dan "monotonous" untuk dijadikan contoh kajian yang meyakinkan.



oh bagusla kalau bole faham sampling kecil tu. sekarang saya bole buat sampling besar sikit... sebab takut kalau buat sampling besar tak faham.

benda ni memang matematik, senang je. basically piramid ni akan membesar ngan exponential (faham tak exponential?)...

saya buat contoh simple... seorang jemaah distribute pada 10 downline ye.

level 1 = 1 org
level 2 = 10 orang
level 3 = 100 orang
level 4 = 1,000 orang
level 5 = 10,000 orang
level 6 = 100,000 orang
level 7 = 1,000,000 orang
level 8 = 10,000,000

dalam 8 level (11 juta org), dengan guna 10 downline setiap sorang, kita dah habis umat islam kat malaysia (kira cam 22 juta bahagi 2, sebab muslim about 50% dalam malaysia ni).

siapa yang untung? level 1,2,3,4,5,6,7... semua dapat duit... berapa semuanya?

1 + 10 + 100 + 1000 + 10000 + 100000 + 1000000 = 1,111,111 orang (1 juta org).

siapa yang rugi?

10,000,000 org. (10 juta).

dapatkah 1 juta org tolong cover balik 10 juta org? rasanya kanak2 pun leh tahu jawapannya. sebab tu saya rasa ulasan matematik tu takut2 susah. tgk2 ada gak yang tak paham. dalam matematik kita panggil ni extrapolation.

Originally posted by mutantninja03 at 23-9-2006 08:41 PM

Adik jangan  lupa, manusia yang membentuk kalangan jemaah masjid  boleh terbahagi kepada beberapa kategori yang berlainan. Ada yang terlalu miskin, miskin, sederhana, kaya, dan terlalu kaya. Sebahagian daripada yang sederhana, yang kaya dan terlalu kaya sebenarnya sudah tidak berapa kisah lagi tentang hal ehwal dunia material macam kita yang miskin nie. Dalam dairi hidup orang orang kaya, bila sampai satu tahap kekayaan, duit bukan lagi menjadi satu keperluan utama kepada mereka. Tak percaya tanyalah pada orang orang seperti kerabat kerabat raja dan jutawan jutawan perniagaan di serata dunia.   Kalau tidak masakan ada istilah "Philantropist" dan "altruist" dalam kamus Oxford.     Selalunya yang menghalang mereka dari menyumbang semula kepada masyarakat ialah sistem penyampaian yang tidak sempurna  serta sifat ego masing masing untuk turun kebawah menghulur bantuan.

Bahkan di kalangan orang orang Melayu, kebanyakan mereka sentiasa bersedia menderma kepada yang memerlukan. Itu lah kehebatan seorang Melayu muslim, walau yang hidup susah sekalipun, bila ada yang meminta, dengan rela hati mereka memberi  atas dasar ikhwan dan simpati. Kalau tidak masakan terlalu ramai orang orang tabligh dan musafir berjanggut kusut masai dari Afghanistan, Pakistan, Bangladesh, Thailand dan lain lain lagi sanggup bermusafir beribu batu ke negara kita, berjalan dari rumah ke rumah meminta segala macam derma....terutama  sebelum peristiwa Sept. 11  !  

Bahkan banyak pihak yang mengeksploitasi sifat pemurah kita tanpa ada rasa bersalah pun. Lihat sajalah berapa yang dibelanjakan untuk menghantar SMS kepada program hiburan di Malaysia nie. Belum kira lagi segala macam penyangak yang mengeksploitasi kemudahan talian mudahalih untuk membuat kekayaan segera (Yang ini baru betul Skim Cepat Kaya Haram !) . Adakah sesiapa yang membantah ??   

Cuba fikirkan apa yang boleh dibuat dengan cuma sebahagian kecil dari jumlah sebanyak itu, misalnya untuk membantu seorang peniaga nasik lemak Islam di bandaraya Georgetown supaya  terus berupaya menetap di tengah tengah arus pembangunan bandaraya itu ?? Tahu kah adik apa akan berlaku sekiranya, orang Melayu Islam terus terusan meninggalkan Pulau Mutiara akibat tak mampu untuk bersaing dengan bangsa lain ??? Ini masalah nasional sebenarnya dan kita tidak boleh lagi berkira pasal wang sebanyak RM30 jika kita utamakan  survival bangsa dan agama kita di tanahair sendiri. Jangan nanti terlalu ghairah dan sibuk memperjuang hak hak di Timur tengah dan mengAFUNDI sana sini, hak bangsa di tanahair sendiri  tergadai  pun tak sedar !  Sapa nak jawab nanti tu ??  



semua hujah di atas ni cuma memainkan sentimen kesungguhan menderma / membazirnya wang ke atas sms / jatidiri bangsa / cheap political talk. tak menyumbang pada perbincangan samada benda ni halal ke tak. sila fokus.

[ Last edited by  boyan at 24-9-2006 05:41 AM ]
Page: [1] 2
View full: Program Ikhwan