zuraini posted on 26-9-2006 10:34 AM

KETUPAT DAN LEMANG

Zu pandai buat ketupat bawang dan ketupat satay je. Lagi satu suka ketupat yg dalamnya pulut dan direbus dengan santan. Ada tu campur dengan kacang dalamnya. Sedap.

[ Last edited by  Kacip_Fatimah at 23-10-2007 08:52 PM ]

shidaaziz posted on 26-9-2006 10:46 AM

zu, bagi le resepinya. kalau ada gambar step by step lagi bagus.

Lindt posted on 26-9-2006 10:51 AM

masa sekolah dulu lindt blh buat ketupat pasar, bawang & satay.
tp skrg ni buat2 jd ketupat bawang aje...
thn ni MAYBE raya kg hb dulu...tak jumpa ketupatlah jawabnya :(

ayanghanie posted on 26-9-2006 11:01 AM

citer pasal ketupat

masa pregnant jer suka sgt mkn ketupat pulut
yang manis dr kelantan tu..yg der kacang..
sedapnya..tp tak reti nak buat.

yang reti cuma wat ketupat nasi jer

[ Last edited by  ayanghanie at 26-9-2006 11:04 AM ]

zuraini posted on 26-9-2006 11:05 AM

Shida, Zu tak de gambar nak tepek. Nak resepi ketupat pulut ke?  Senang je. Pulut dicuci dan ditoskan. Masukkan dalam kelongsong ketupat sampai penuh. Lepas tu rebus dalam santan. Masukkan garam sikit dalam santan. Kalau nak wangi lagi letak daun pandan. Rebus sampai masak (1 - 2 jam). Bila dah masak angkat dan bilas dengan air panas (petua orang tua-tua biar ketupat jangan cepat basi. Pas tu gantung ketupat tu.

shidaaziz posted on 26-9-2006 11:09 AM

Ni nak citer pasal ketupat je ke :stp: kalau citer pasal ketupat je, then better merged dengan menu hari raya. unless ada detail resepi, gambar pelbagai ketupat, cara menganyam ketupat dsb.

ciku_nunu posted on 26-9-2006 11:28 AM

yup!!! tempek la resepi... leh kita kat sini copy2..:P teringin nak buat tahun ni, tapi tak reti... berapa banyak pulut nak guna, santan banyak mana, nak kukus lama mana...

mias_2004 posted on 26-9-2006 01:36 PM

ketupat palas (tiga segi) bole geng tak?

crystal_biru posted on 26-9-2006 01:43 PM

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/e/e4/Ketupat2.jpg/180px-Ketupat2.jpg

crystal_biru posted on 26-9-2006 01:44 PM

The following recipe is for ketupat daun palas:

http://www.tourismpenang.gov.my/images/exoticpenang/setup/lc09l_01.jpg

Ingredients

2.5 kg glutinous rice
4 coconuts or 3 kg coconut milk
1/2  kg uncooked groundnuts, boiled - optional
Palas (Licuala palm leaves)

Method

1. Wash uncooked glutinous rice until running water until clean. Transfer to colander and allow to dry.
2. Heat coconut milk with a little salt in large pot or kuali until it simmers.
3. Add the glutinous rice and stir continuously until the rice is half cooked. For extra bite and flavour, add boiled peanuts to the mixture and stir. Leave to cool.
4. Take a small portion of the cooled glutinous rice and place it in the centre of the palm fronds. Weave the frinds into a triangular shape.
5. Immerse the wrapped rice into a vat of boiling water and leave until cooked. Cooked glutinous rice is usually quite soft when pressed.

Ketupat is usually served at room temperature with dried curry (rendang), beef floss (serunding daging) or other rich and spicy sauces. It is also tasty enough on its own.

- sumber tourism penang

crystal_biru posted on 26-9-2006 01:51 PM

Making Ketupat Daun Palas - sumber drpd http://fairy.mahdzan.com/story/207.asp

http://fairy.mahdzan.com/photos/general/ketupat/k01.jpg

- daun yag digunakan untuk membuat ketupat daun palas

http://fairy.mahdzan.com/photos/general/ketupat/k02.jpg

- daun dibersihkan dan dibuka. Jangan sampai koyak

http://fairy.mahdzan.com/photos/general/ketupat/k03.jpg

- daun digulung macam orang gulung buat rokok daun tu

http://fairy.mahdzan.com/photos/general/ketupat/k04.jpg

- buat bentuk kon

http://fairy.mahdzan.com/photos/general/ketupat/k05.jpg

- sarung ketupat palas yg dah siap

http://fairy.mahdzan.com/photos/general/ketupat/k06.jpg

- sebelum buat bentuk kon tu isikan dgn beras ( spt dlm resepi )

http://fairy.mahdzan.com/photos/general/ketupat/k07.jpg

- gunting hujungnya

http://fairy.mahdzan.com/photos/general/ketupat/k10.jpg

It's funny to say this, but ketupats have sexes too! Depending on how you fold your ketupat shell, you'll get a ketupat betina ("female" ketupat) or a ketupat jantan ("male" ketupat)! Makes me feel like sending out congratulatory cards for every "boy" and "girl" ketupat we make! :D

- GOOD JOB FROM FAIRY.MAHDZAN

crystal_biru posted on 26-9-2006 01:54 PM

sape sape yg nak belaja buat sarung ketupat bawang boleh pergi sini  http://sematawayang.multiply.com/photos/album/19

zuraini posted on 26-9-2006 02:05 PM

Ketupat Nasi

Bahan-Bahan:
1 gantang beras
Kelongsong ketupat (siap dianyam)
Kalau suka boleh letak daun pandan utk lebih wangi.

Cara:
Basuh dan tuskan. Isi kelongsong ketupat dengan beras dalam sukatan suku daripada kelongsong.
Rebus ketupat lebih kurang 4 jam. Angkat, sejukkan dan hidangkan dengan kuah kacang.

zuraini posted on 26-9-2006 02:15 PM

KETUPAT PULUT

bahan-bahan
2 cawan beras pulut [basuh dan toskan)
8 cawan santan
garam secukupnya
daun pandan disimpulkan
kelonsong ketupat


Cara
1. Toskan pulut dan masukkan dalam kelonsong sehingga penuh.  Buat sehingga habis pulut.
2. Panaskan santan, daun pandan dan garam sehingga mendideh.
3. Masukkan ketupat yg berisi beras dan kacau sekali sekala.
4. Biarkan sehingga santan kering dan angkat ketupat dari periuk dan gantungkan.
5. Bila cukup sejuk barulah dipotong dan hidangkan dengan rendang atau serunding.

ainis posted on 26-9-2006 02:26 PM

tau buat ketupat  biasa aje....

zul_khaleeda posted on 26-9-2006 04:25 PM

lontong pun termasuk sekali la ek..

aida2121 posted on 26-9-2006 09:59 PM

ketupat pulut daun palas inti serunding. perghhhh... sedapnya. tak sabar nk tunggu raya!! mengidam la pulok.. respek le sesapa yang pandai buat ketupat daun palas ni dengan cantiknya. saya dari kecik belajar, tapi tak pandai2. Tang nak belit dan tarik  dia tu  yang susah  

[ Last edited by  aida2121 at 26-9-2006 10:01 PM ]

maeya_78 posted on 30-9-2006 03:54 PM

ibu mae selalu buat ketupat daun palas / ketupat pulut ni.......dan mae cuma bungkus jer.....
boleh laa sikit2.....

tp cara ibu masak tu lain sikit.....yg mae tahu beras pulut tu direndam......lps tu di kukus.........
selepas masak tu ibu campurkan santan yg dimasukkan dgn garam.......lps gaul rata kukus sekali lg......
lps tu baru bungkus dgn daun palas......siap jer rebuskan ketupat td............


selalunya mae sambil bungkus pun dah makan pulut tu.......sedapppppppp

maaf laaa sukatan tu mae tak tahu:nerd:

noor_hannah posted on 30-9-2006 04:31 PM

Originally posted by zuraini at 26-9-2006 11:05 AM
Shida, Zu tak de gambar nak tepek. Nak resepi ketupat pulut ke?  Senang je. Pulut dicuci dan ditoskan. Masukkan dalam kelongsong ketupat sampai penuh. Lepas tu rebus dalam santan. Masukkan garam si ...


ketupat pulut ni biasanya popular among s'porean.. sana mmg mesti ada ketupat pulut selain ketupat nasi.. my SIL mmg wajib buat sebab my brother mmg suka makan keytupat pulut ni.. ni kira kalau takde lemang pun ok lah gak.. tapi pada kak hannah, lemang ada keistimewaan rasa tersendiri, gitu juga ketupat pulut..

as for ketupat daun palas, my arwah step MIL pandai buat ni.. sedap, dlm dia ada kacang.. my ex neghbour kata dia pandai buat.. nanti bila2 senang kak hannah nak pi belajar dgn dia lah..

ibumontel posted on 4-10-2006 02:47 PM

ketupat pulut mcm makanan wajib kat umah montel time raya..kadang2 tu tengahari jer dah abis..mak biasanya tanak dulu pulut ngan santan tapi separuh masak..dah agak2 kering air jer..lepas tu baru balut ngan daun palas..balut cam crystal balut seelok2nya yg 'jantan' kalu yg 'betina' nanti lembik cepat masuk air..bila dah siap balut masukkan dalam periuk besar dan masukkan air ngan daun2 palas yg telah dipotong..rebus sampai masak..mak xsuka letak kacang..anak2 xmo makan..
ketupat pulut sedap makan ngan rendang, serunding tp kat umah tu mak buat kari ayam pun jalan..kari ayam mak letak kerisik skit..

sue posted on 4-10-2006 03:22 PM

ishh.. .citer pasal ketupat pulut ni teringat pasal lepat pulut

ada x resepi dia??


http://i17.photobucket.com/albums/b75/suelynn_76/LepatKacang.jpg
gambar ehsan DianaA

tunteja78 posted on 4-10-2006 04:55 PM

Originally posted by maeya_78 at 30-9-2006 03:54 PM
ibu mae selalu buat ketupat daun palas / ketupat pulut ni.......dan mae cuma bungkus jer.....
boleh laa sikit2.....

tp cara ibu masak tu lain sikit.....yg mae tahu beras pulut tu direndam...... ...

ni ketupat style kelantan..arwah tok wan teja dulu pon buat cenggini gak..kukus dulu pulut..arung ngan santan..baru bungkus..then rebus..

tunteja78 posted on 4-10-2006 04:58 PM

Originally posted by noor_hannah at 30-9-2006 04:31 PM
as for ketupat daun palas, my arwah step MIL pandai buat ni.. sedap, dlm dia ada kacang.. my ex neghbour kata dia pandai buat.. nanti bila2 senang kak hannah nak pi belajar dgn dia lah..
...

ni ketupat ori ke tak?..kl ori akak belajar then tepek cara2 dia kt sini..susah nak dpt ketupat ori skrg..byk yg dah buat ikut kreativiti n citarasa masing2 :)

matakucing posted on 4-10-2006 08:31 PM

Originally posted by crystal_biru at 26-9-2006 01:51 PM
Making Ketupat Daun Palas - sumber drpd http://fairy.mahdzan.com/story/207.asp

http://fairy.mahdzan.com/photos/general/ketupat/k01.jpg

- daun yag digunakan untuk membuat ketupat daun palas

...
crystal...
wahh ketupat palas tulah pujaan hatiku:love:
dah lama gak tak buat ni...tunggu raya ni baru nak buat ....
pendek kata kalau takde ketupat palas ngan rendang ayam/daging..memang tak meriah hari raya den:kunyah:

zettyhani posted on 4-10-2006 08:41 PM

ketupat palas tu nampak macam senang nak balut tapi kalau belajar sampai hitam pulut pun belum tentu jadi.
Page: [1] 2 3 4 5 6 7
View full: KETUPAT DAN LEMANG