Claudia_Lestat Publish time 24-10-2006 02:11 PM

Kalau dia masuk Kristian macamana husband aku boleh nampak dia sembahyang Jumaat kat masjid Padang Matsirat sekali masa kat Langkawi and sekali kat masjid Padang Katong Perlis masa dia balik kampung dia ?

Boleh ada dwi-agama macam dwi-kerakyatan ker ? :hmm:

dealova77 Publish time 6-11-2006 09:29 AM

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=1106&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_03.htm

Abang Azhar Mansor nafi adiknya murtad

IPOH 5 Nov.

terang Publish time 6-11-2006 04:52 PM

kita tunggu dari pm perlis...dia kata pihaknya nak jumpa azhar nak pastikan kepastian yang tersebar selama ni

razifah Publish time 6-11-2006 05:54 PM

Originally posted by PuteraSantubong at 5-10-2006 02:03 PM
Persoalan yg boleh dipkirkan bersama ialah kenapa dia tak menjadi jemputan dalam apa2 program sempena hari kebangsaan ,tahun baru, or whatever lah jd tetamu jemputan mcm Makcik yg gi Kutub Utara tu ...

Kalau tak silap lah...memang banyak dia dpt jemputan....mungkin pada keliling u jer kot puteri.....ke PLKN pun ader....

bantal_oren Publish time 7-11-2006 02:20 PM

Aku pun nak tunggu Azhar mansor ckp sendiri !

Syd Publish time 7-11-2006 05:31 PM

Murtad: Azhar beri kenyataan tidak lama lagi
06-11-2006 09:37:36 PM

LANGKAWI:Pelayar solo negara, Datuk Azhar Mansor akan membuat kenyataan dalam tempoh terdekat mengenai penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) membabitkan namanya yang didakwa menjalankan upacara membaptiskan sejumlah orang Islam di sebuah gereja di Ipoh Perak, semalam.

Walaupun cuba mengelak bertemu wartawan, seorang pegawainya di pejabat beliau, Telaga Harbour Sdn Bhd yang enggan namanya disiarkan berkata pelayar itu akan membuat kenyataan dalam tempoh terdekat ini.

"Saya telah berbincang dengan Azhar mengenai perkara ini (SMS) dan dia meminta agar pihak berkuasa diberi peluang menyiasatnya terlebih dahulu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Pelayar itu berada di Langkawi tetapi enggan bertemu wartawan atau menjawab panggilan telefon dan berjaya mengelak daripada bertemu mereka selepas melawat kilangnya di Jalan Kisap, dekat Kuah, petang ini.

Wakil Bernama yang mencarinya di kilang membuat kapal layar itu diberitahu oleh pengawal kilang bahawa Azhar baru sahaja pulang.

Azhar menjadi terkenal selepas kejayaannya mengelilingi dunia secara solo dengan kapal layar 'Jalur Gemilang' pada 1999 dan selepas itu menubuhkan Telaga Harbour Sdn Bhd yang menguruskan tempat berlabuh bagi kapal layar di Pantai Kok, Langkawi.

Mengenai penyebaran SMS itu kononnya ada pihak cuba menjalankan upacara membatiskan sejumlah orang Islam di sebuah gereja di Ipoh semalam, pegawai itu enggan mengulas.

Akibat penyebaran SMS itu sekumpulan orang Islam termasuk anggota badan bukan kerajaan (NGO) telah berkumpul di gereja Silibin, Ipoh semalam untuk mendapat kepastian.

Menurut pegawai itu, pihaknya menerima banyak panggilan telefon daripada media dan orang ramai untuk mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu. BERNAMA



http://mstar.com.my/cms/storage/images/com.tms.cms.image.Image_bdb80575-c0a85062-1eafe130-d2717abc/1/azharmansor.jpg

dealova77 Publish time 8-11-2006 09:19 AM

Azhar anggap tohmahan perkara lama
Oleh Hamzah Osman


LANGKAWI: Pelayar Negara, Datuk Azhar Mansor menganggap penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) membabitkan namanya yang dikatakan cuba menjalankan upacara baptism ke atas sejumlah orang Islam di sebuah gereja di Ipoh, Perak, Ahad lalu sebagai perkara lumrah dan tidak perlu diperbesarkan.

Katanya penyebaran khabar angin seperti itu pernah dilaluinya sejak 1999 sebaik memulakan pelayaran solo mengelilingi dunia.

"Tohmahan seperti ini sejak 1999 lagi. Walaupun tidak berapa elok selepas kejadian di Ipoh, Ahad lalu sekurang-kurangnya membawa rahmat kerana membolehkan pihak berkuasa membuat siasatan.

"Apa yang terjadi bukan kehendak kita dan bagi saya perkara ini sedang menuju ke penamat," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Telaga Habour Park, di sini, petang semalam.

Azhar berkata, dia turut hairan bagaimana namanya dikaitkan dengan majlis yang dilaporkan dianjurkan pihak tertentu di sebuah gereja di Silibin, Ipoh itu kerana pada masa sama dia berada di Langkawi.

"Saya tidak sempat buat kerja seperti didakwa kerana saya sentiasa berada dan bekerja di marina kapal layar di Telaga Habour Park, Langkawi sejak empat tahun lalu.

"Saya pun nak tahu bagaimana nama saya dibabitkan. Jadi sama-sama kita tunggu siasatan pihak berkuasa dan saya meminta rakyat negara ini bersabar serta jangan cepat melenting sana sini yang tidak membawa kebaikan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penyebaran SMS yang mendakwa beliau mengetuai lebih 300 pelajar untuk dibaptiskan di sebuah gereja di Ipoh, Ahad lalu.

Berikutan itu, orang ramai termasuk daripada parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan berkumpul di gereja berkenaan.

Ini adalah kali pertama beliau tampil memberi penjelasan berhubung isu itu, selepas `menghilangkan diri'.

Bagaimanapun, beliau yang kelihatan ceria sepanjang pertemuan dengan wartawan selama lebih sejam itu berkata, sejak kejadian itu, beliau ada menerima panggilan telefon dari ahli keluarga yang mengingatkannya supaya menjaga keselamatan diri.

"Saya sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk membuat siasatan agar perkara yang keruh dijernihkan dan saya sendiri tidak mahu mengusutkan keadaan dengan memberi kenyataan berasaskan sumber SMS dan internet.

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Wednesday/Nasional/20061107233046/Article/

dealova77 Publish time 8-11-2006 10:06 AM

Azhar harap siasatan akan bersihkan namanya

Azhar Mansor.

LANGKAWI 7 Nov.

bantal_oren Publish time 9-11-2006 07:48 AM

Dia langsung tanak mengaku apa agamanya kan? Ish Ish heranler aku

dealova77 Publish time 9-11-2006 09:51 AM

Shahidan akan jumpa keluarga Azhar Mansor

PADANG BESAR 8 Nov.

candiew Publish time 9-11-2006 10:00 AM

kalau betul dia masih beragama islam....cakap jer lar yea saya masih islam nie x bila reporter tanya dia x nak jawab...mcm betul jer dah convert

CRK Publish time 9-11-2006 11:56 AM

Originally posted by candiew at 9-11-2006 10:00 AM
kalau betul dia masih beragama islam....cakap jer lar yea saya masih islam nie x bila reporter tanya dia x nak jawab...mcm betul jer dah convert

Ini lah yg sy tertanya2.. kenapa terlalu berat sgt nak buat kenyataan, kalau dia still islam jawab je la still islam. susah sgt ke??? bila enggan nak jawab tu.. seems that there's something he hide from the public.

huskers Publish time 9-11-2006 11:59 AM

semlm dlm tv3 news depa quote yg dia taknak declare dia agama apa sebab takmo timbulkan kekecohan. bg saya, itu kenyataan yg berbahaya sebab boleh mengundang seribu satu tanggapan. kalau hang masih islam apa slahanya mengaku dan clear the air on yr status. hang tu dahler public figure, well respected and recognised by the government sampai dpt datuk.

by right you owe the public an explanation as too many stories are circulating around. kalau hang bukan islam then the public has to accept that and let the authorities deal with u. but pls don't play around with religion and cuba nak berselindung or berdolak dalik.

saya mmg tak suka kalau org dok main=main dgn mende nih. mmg tak patut and very irresponsible.

kite tunggu news selanjutnye

CRK Publish time 9-11-2006 02:46 PM

tapi sebelum ni penah tak dato azhar menafikan berita yg mengatakan dia dah tukar agama?

jerai Publish time 9-11-2006 02:53 PM

memang dia menafikan tapi apasalahnya dia mengaku yang dia islam depan TV, siap mengucap 2 kali shahadah lagi, jadi isu ni akan dengan sendirinya lenyap dan reputasinya bertambah baik tapi kalau dia buat macam ni , macam lari dari jawab soalan saja sudah tentu orang syak yang bukan-bukan, susah sangat ke nak duduk depan TV cakap " SAYA DATO' AZHAR MANSOR MASIH LAGI SEORANG ISLAM " lepas tu mengucap 2 kali shahadah

hantujeraul Publish time 9-11-2006 03:50 PM

nak cover lah tu...

sikomeng Publish time 10-11-2006 01:23 AM

ASM,
rasanya dalam hal begini, kita semua jangan cepat melatah. Agama memang bukan perkara main-main dan dalam masa yang sama, kita jangan main-main dengan agama. Sebelum kita nak bercerita pasal agama Islamatau nak buat spekulasi agama orang lain, elok kita tengok diri sendiri dulu dan berhenti bercerita pasal orang. Hormat pada orang tu adalah ibadah. Tak salah kalau kita menghormati siapa pun, terutama orang yang berjasa. Saya rasa kurang sopan kalau ada antara kita yang secara melulu menuduh dan membuat andaian sendiri tanpa betul-betul pasti. Sudah tentu sebagai orang Islam, hal begini tidak dianjurkan. Kalau kita lihat sedikit dari hukum fikh pun, contohnya menghukum orang berzina, bukan senang untuk menjatuh hukum. Kepastian adalah intipatinya. Begitu juga dalam lain-lain hal, apa lagi yang bersangkutan dengan aqidah. Jadi rasanya wajar kalau kita semua memegang kepada asas-asas baik dalam agama kita yang mulia, bukan kehilangan walhal kita sebenarnya tahu.
Murtad bukan hal baru. Lama sudah berlaku dan harus boleh berlaku di mana sahaja. Bukanlah bermakna kita di Malaysia, Islam sudah sebati, murtad tidak berlaku. Moga kita, keluarga kita, tidak terjerumus dalam hal begini. Moga Allah jauhkan dan hindarkan. Bagi yang murtad, kita ambil ikhtibar, jangan kita ikut jalan yang salah. Bagi kita yang masih dalam Islam pula, jangan merasa diri lebih baik. Itu merbahaya kerana esok kita tidak tahu kita di mana. Lebih baik kalau kita banyak memohon pada Allah agar kita dipelihara. Dalam hal Dato' Azhar ni, janganlah kita terlupa cepat sangat. Elok kalau kita banyakkan berfikir benda baik-baik daripada memenuhkan fikiran dan jiwa dengan perkara yang tidak bermanafaat. Jangan cepat merendah martabatkan orang lain. Kalau seseorang itu punya gelaran contohnya Dato', jangan kita sewenang-wenang membuangnya kerana kita mesti ingat, gelaran itu dianugerah oleh sultan Melayu. Jangan lupa sejaran sendiri...
Jika kita sendiri lupa, jangan harap orang lain akan mengingatkan kita. Dan kalau hari ini kita menghina, esok lusa kita atau keturunan kita pula akan dihina...itu adalah suatu yang kita semua pun maklum.
WaAllahu'alam.

ct_og Publish time 10-11-2006 07:23 AM

Originally posted by charley at 13-10-2006 08:52 AM
kita bebas beragama. thanks


Ada pembetulan sikit.... sebelum masuk Islam... semua orang bebas memilih agamanya... tapi kalau dah masuk Islam kita dah tak bebas... ada yang mengawasi kita... jangan lupa ... kita dah jadi sebahagian dari masyarakat islam yang bersaudara dan setiap orang islam ada hak ke atas saudaranya...

ct_og Publish time 10-11-2006 07:25 AM

Originally posted by jerai at 9-11-2006 02:53 PM
memang dia menafikan tapi apasalahnya dia mengaku yang dia islam depan TV, siap mengucap 2 kali shahadah lagi, jadi isu ni akan dengan sendirinya lenyap dan reputasinya bertambah baik tapi kalau di ...


:setuju::setuju::setuju: dan saya pernah terdengar kata cerdik pandai agama... orang yang memfitnah berdosa... dan orang yang sengaja membiarkan dirinya difitnah tanpa berusaha memberi penjelasan pun berdosa gak....

ExAvantz155 Publish time 11-11-2006 03:26 PM

sorri mencelah...

Azhar Mansor wajib membuat pengumuman kepada masyarakat tentang status keagamaan dirinya. Jika dia benar2 seorang Islam, dia wajib berbuat demikian untuk mengelakkan tanggapan serong kepada dirinya sekaligus membersihkan nama dia. x payah mintak tlg polis bersihkan nama dia... dia sendiri boleh buat...

itupun kalau dia still Islam laa...
Pages: 1 [2] 3 4 5 6
View full version: Dato Azhar Mansor - apa cerita sebenarnya


ADVERTISEMENT