kampung8 Publish time 11-7-2006 12:22 PM

Jgn lupa jugak makanan-makanan menarik..kat tepi sungai perak tu ada cendol, mee rebus, pau etc

chebot81 Publish time 11-7-2006 03:07 PM

hehe..
teman nih orang koler kangsor....kalo pegi sana jgn luper mkn cendol & laksa kat tepi sungei peghok nun yer.....idup kuale!!:pmuka:

chebot81 Publish time 11-7-2006 03:23 PM

kuala ni kecik ajer...satu ari round abis ler...tapi sapa yg suker nak cr ketenangan leh la lepak kat tepi sungai perak tur...nak stay pon bleh kat resort sungai perak...rest house pon ada...Byk gak tempat menarik cam dunhill ckp tu...kire bersejarah la....kiter nih memang orang koler so dah tau sgt ler kat situ....maklumler bandar diraja...

chebot81 Publish time 11-7-2006 03:48 PM

kalo dtg koler tak sah tak beli labu sayong buat souvenir...jgn luper jugak kat tekat benang emas yer...memang fofular kat kuale nih.....nak dtg tengok meh la ke umah saya di kg padang changkat,bukit chandan.Kg chebot nih emamng glamer la ngan tekat...keris...golok.Jumpa ngan mak chebot...Nama dier Puan Hajjah Azizah.....memang pakar le buat mende2 nih....

Jgn ingat anak raja jer yg pakai tekat nih...orang2 kita skang pon dah leh pakai...Meh saya tepek gambo...cuci2 mata ek...


http://i50.photobucket.com/albums/f304/chebot81/DSC05217.jpg

http://i50.photobucket.com/albums/f304/chebot81/DSC05220.jpg

http://i50.photobucket.com/albums/f304/chebot81/DSC05171.jpg

http://i50.photobucket.com/albums/f304/chebot81/DSC05186.jpg

http://i50.photobucket.com/albums/f304/chebot81/DSC05172.jpg

http://i50.photobucket.com/albums/f304/chebot81/DSC05178.jpg

Syd Publish time 14-7-2006 01:45 PM

Ulu Kenas tumpuan di musim panas

http://www.utusan.com.my/pix/1998/0329/Utusan_Malaysia/Gaya_Hidup/ls1_big.jpg
GUA Bama yang terletak di Kampung Relong, Kuala Lipis terkenal kerana keindahan alam semula jadi dengan Sungai Teris yang mengalir tenang di kakinya.
--------------------------------------------------------------------------------

Keadaan menjadi bertambah panas di mana-mana mengikut tahap dan cita rasa masing-masing.

Walaupun masing-masing sedang tenang menghadapi kegawatan cuaca dan ekonomi, namun warga Malaysia tetap berusaha mengatasinya dengan pelbagai cara mengikut keupayaan setiap individu.

Bagi mengatasi keadaan yang begitu panas, ramai warta kota berpendapat masalah ini boleh diatasi dengan menghabiskan masa seperti berehat di pantai, berendam di dalam kolam air ataupun mandi di air sungai yang sejuk dan nyaman rasanya.

Jadi dalam mencari kesejukan itu, tidak hairanlah mengapa ramai masyarakat kota memilih kawasan berbukit, hutan rimba dan tidak kurang mencari air jeram juga air terjun untuk menyejukkan suasana sambil berehat daripada memikirkan suasana yang gawat sekarang.

Kerana itu tidak hairanlah tempat-tempat rehat seperti di Ulu Kenas, Kuala Kangsar, Perak, menjadi kawasan pilihan ramai warga kota untuk bersantai sambil mandi manda. Tidak kurang juga yang mengambil peluang untuk bermalam di kawasan yang sejuk itu untuk mencari ketenangan.

Ulu Kenas terletak 13 kilometer dari bandar di raja Kuala Kangsar, ia merupakan sebuah tempat rekriaksi yang menjanjikan suasana damai, sejuk airnya yang mengalir dari celah-celah batu bukit dan dikelilingi oleh hutan simpan negeri.

Malah bagi yang ingin bermalam, beberapa buah calet disediakan, di sini juga terdapat sebuah kem bina semangat yang selalu digunakan oleh beberapa buah pertubuhan sukarela dan kerajaan bagi aktiviti mereka, terutama yang berkaitan dengan program motovasi.

Selain dari hari-hari biasa, Ulu Kenas sentiasa menjadi tumpuan orang ramai ketika musim cuti sekolah dan cuti hujung minggu iaitu Sabtu dan Ahad.

Pada setiap Sabtu dan Ahad penggunjung tidak menghadapi masalah dalam mendapat bekalan makanan, kerana di sini terdapat pelbagai makanan yang dijual oleh penduduk tempatan dengan kadar harga yang berpatutan.

Ulu Kenas benar-benar menjanjikan kepuasan oleh kerana pelbagai keperluan asas terdapat di sini dan keadaan suasana tempatnya mendamaikan.

Oleh: MAZNAH MOHAMAD

sorceress Publish time 14-7-2006 01:51 PM

Originally posted by chebot81 at 11-7-2006 03:48 PM
kalo dtg koler tak sah tak beli labu sayong buat souvenir...jgn luper jugak kat tekat benang emas yer...memang fofular kat kuale nih.....nak dtg tengok meh la ke umah saya di kg padang changkat,buk ...

chebot mahal tak benda2 tekad ni kalau nak beli.... agak2 bantal2 kecik, kusyen tu mahal tak?:off:

akubest Publish time 14-7-2006 02:08 PM

Originally posted by chebot81 at 11-7-2006 03:07 PM
hehe..
teman nih orang koler kangsor....kalo pegi sana jgn luper mkn cendol & laksa kat tepi sungei peghok nun yer.....idup kuale!!:pmuka:

samaler kiter....

kampung8 Publish time 14-7-2006 02:16 PM

Reply #11 Syd's post

Ulu Kenas ni dulu tempat favourite untuk wat bina semangat atau motivation camp..mandi-manda pon best

shahgti Publish time 14-7-2006 03:24 PM

aku kalau singgah Kuala Kangsar mesti pergi lunch kat foodcourt tepi sungai perak tu. lepas tu usyar2 barang kraftangan (kat area tu gak). lepas tu ambil angin kat taman reakrasi tepi sungai perak yg luas tu. Kemudian aku akan drive pelan2 menikmati pemandangan Masjid Ubudiah & Istana Bukit Chandan. area tu sungguh nyaman & green.

Syd Publish time 14-7-2006 05:09 PM

Lata-lata di Perak

Lata Sungai Simpul -- Keindahan air terjun 7 tingkat

http://www.utusan.com.my/pix/1998/0531/Utusan_Malaysia/Gaya_Hidup/ls1_big.jpg
LATA Buka di Kampung Sungai Simpul Dalam amat sesuai untuk mandi-manda.
--------------------------------------------------------------------------------

DALAM kegawatan cuaca panas, ekonomi, air dan pelbagai kegawatan lagi, segala kegiatan untuk mengatasi masalah tersebut terpaksa di-lakukan.

Dalam kegawatan air, ramai yang mencari perigi, air sungai dan bukit untuk mengatasinya. Sementara dalam kegawatan ekonomi, usaha juga dilakukan untuk menjadikan negara ini sebagai pusat pelancongan yang istimewa, bukan sahaja kepada rakyat tempatan tetapi juga untuk pelancong.

Bercakap tentang destinasi baru pelancongan, baru-baru ini Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Sungai Simpul Dalam dan Penghulu Mukim Ijok, Batu Kurau, Perak telah mengadakan satu majlis perkelahan di Lata Kampung Sungai Simpul dengan kerjasama Pejabat Daerah Selama dan Batu Kurau serta Ijok.

Perkelahan istimewa itu turut dihadiri oleh ketua-ketua jabatan, guru, pegawai Kemas, Persatuan Peladang. Rombongan Muzium Taiping diketuai oleh A.D.O Daerah Selama, Mohamad Abdullah. Tujuan utama mengapa Lata Kampung Sungai Simpul Dalam, Ijok ini dipilih sebagai kawasan perkelahan adalah kerana ia memang sudah terkenal sebagai sebuah tempat rekreasi kepada anak-anak tempatan.

Cuma usaha perlu dilakukan untuk memperkenalkan lagi kawasan lata ini kepada warga kota dan masyarakat dari bandar-bandar berdekatan untuk turut memilih kawasan ini sebagai pusat atau destinasi baru pelancongan pada hujung minggu.

Terletak kira-kira 5.3 kilometer dari pekan Ijok di sebuah kawasan tanah rezab kerajaan, kawasan ini memang sesuai untuk dijadikan pusat rekreasi, terutama kepada anak-anak muda yang sukakan kawasan hutan, sungai dan air terjun.

Lebih menarik lagi ialah ia untuk masuk ke kawasan hutan simpan ini pelancong akan kagum dengan keindahan beraneka pokok kayu termasuk flora dan faunanya. Tambah istimewa terdapat beraneka jenis buah-buahan hutan.

Kecantikan Lata Kampung Sungai Simpul terletak kepada tujuh tingkat atau lapisan air terjunnya yang membuatkan kawasan ini sungguh cantik dan airnya begitu jernih.

Lebih istimewa lagi setiap satu daripada tujuh lapis air terjun ini mempunyai namanya yang tersendiri iaitu yang pertama Lata Mat Deris, diikuti Lata Buluh, Lata Buka, Lata Lompat, Lata Kabu Gondang, Lata Petai Kedebuk dan Lata Genuak.

Tetapi sayangnya para pengunjung cuma boleh sampai sambil berkereta di Lata Mat Deris sahaja, untuk ke lata lain yang jaraknya 300 meter antara satu sama lain, anda terpaksa melalui lorong-lorong laluan orang-orang ke dusun di situ.

Untuk menikmati keindahan alam, kicauan burung, desiran angin dan deruman air dengan berjalan kaki adalah satu pilihan yang tepat, setiap lata air terjunnya mempunyai kolam tersendiri yang cantik dan indah dengan dihiasi juntaian akar-akar pokok berah dan bunga-bunga menarik berwarna ungu yang mengagumkan.

Bagi mereka yang biasa ke hutan, akar pokok berah ini dapat membantu menghilangkan dahaga, kerana apabila akar berah ini dicantas ia boleh mengeluarkan air dan rasanya sungguh sedap serta sejuk, berperisa akar-akar kayu yang lazat.

Kepada yang berminat untuk berkunjung ke destinasi pelancongan baru ini bolehlah mendapat petunjuk yang lebih tepat atau keterangan lanjut dengan menghubungi Pejabat Penghulu Mukim Ijok di talian 05-8803164.

sudugarpu Publish time 17-7-2006 09:10 PM

popiah, cendol ngan laksa kati
wajib nihh kat kuale
jgn lupa beli labu..

chebot81 Publish time 18-7-2006 12:01 PM

Originally posted by sorceress at 14-7-2006 01:51 PM


chebot mahal tak benda2 tekad ni kalau nak beli.... agak2 bantal2 kecik, kusyen tu mahal tak?:off:


pasal rege tu chebot x sure la....balik la kuale leh singgah umah teman tgk...tnya ngan mak teman....sorry ekk cam promo lah plak...insyaallah teman kawen taun depan akan pakai tekat kaler brown...nak tgk kene tungggguuuuu....:off:

chebot81 Publish time 18-7-2006 12:07 PM

Originally posted by shahgti at 14-7-2006 03:24 PM
aku kalau singgah Kuala Kangsar mesti pergi lunch kat foodcourt tepi sungai perak tu. lepas tu usyar2 barang kraftangan (kat area tu gak). lepas tu ambil angin kat taman reakrasi tepi sungai perak...


heheh...teman pon suker ber beskal keliling istana tu...besh jer raser...pehtu lepak kat tepi sungei kat istana tu...nengok orang mancing....ishh..nih yg nak balik kualer nihhh...:geram:

adnil Publish time 18-7-2006 02:33 PM

minggu lepas baru jer gie taiping .. a group of us gie makan durian & buahan lain kat air terjun batu hampar (invitation by one friend), then after that gie kat taiping, the rest stay kat sri malaysia, kitaorang balik ari jer... tapi sempatlah makan kat doli tu, frankly pada adnil, biasa jer lah, tak de lah sedap da bomb .. tapi service memang slow ler .. sebelum gie makan tuh, kitaorang gie taiping night safari - interesting gak lah

azaleena Publish time 18-7-2006 05:29 PM

diorang kata, dulu2 je doli yg sedap ... skrg ni dah tak sesedap mcm dulu

kinokuniya Publish time 19-7-2006 01:37 AM

Reply #16 azaleena's post

memang pun....skang nih dah kureng...
hmm...skang kat tepen...tapi tak leh gi makan kat doli lagi...
dalam pantang...tunggu abih pantang baru gi belasah kuey teow dia...

ennaz_81 Publish time 3-8-2006 03:58 AM

Just nak remind...at this moment jgn la syok2 mkn kat Kuala sbb tgh hebat kes santau...my parents ckp ramai dah kena..byk kedai makan dah tutup..i balik kg hari tu pun takut nk pi makan2...so cuci mata tgk kraftangan je la kat lembah...

Kapal_Kertas Publish time 3-8-2006 12:47 PM

Originally posted by sudugarpu at 17-7-2006 09:10 PM
popiah, cendol ngan laksa kati
wajib nihh kat kuale
jgn lupa beli labu..


Yeaaa... i miss the popiah.. Masa i pegi kuala kangsar jln yg nak ke tempat labu sayng raya cina lepas, i singgah satu kedai jual popiah tu...Dia punya popiah, Masya Allah sedapppp nyerrrr!!! Kuah dia likat betul...!!!
Entah bila laaa dpt rasa lagi...

rafino Publish time 3-8-2006 12:53 PM

Originally posted by ennaz_81 at 3-8-2006 03:58 AM
Just nak remind...at this moment jgn la syok2 mkn kat Kuala sbb tgh hebat kes santau...my parents ckp ramai dah kena..byk kedai makan dah tutup..i balik kg hari tu pun takut nk pi makan2...so cuci...

Janganler hendaknya.. laksa kuala sedap oo.. tapi masak tempoyak kat tepi sungai tu orang kata mahal sangat betoike????

natashadania123 Publish time 5-8-2006 01:43 PM

Originally posted by Kapal_Kertas at 3-8-2006 12:47 PM



Yeaaa... i miss the popiah.. Masa i pegi kuala kangsar jln yg nak ke tempat labu sayng raya cina lepas, i singgah satu kedai jual popiah tu...Dia punya popiah, Masya Allah sedapppp nyerrrr!!! ...
popia kuala mmg best..sedap sgt2..tak ade tandingan kt tmpt lain lg..
Pages: 1 [2] 3 4 5 6 7 8 9 10 11
View full version: Tempat tempat menarik di Perak Darul Ridzuan [merged]


ADVERTISEMENT