fairyjasmine posted on 9-10-2006 09:24 PM

Pasembor

assalamualaikum,

Nak tumpang tanya, ada sesapa yg ada cara nak buat pasembor tak? Ada jumpa resepi online, tapi yg saya nak tau sgt tu, macam mana nak buat cucoq dia yg rangup tu. Yang mamak selalu dok buat tu. Bila makan krup krap. Kalau dah ada lam bod ni, mintak tolong habaq kat mana..

terima kasih  :tq::tq:

[ Last edited by  Kacip_Fatimah at 11-10-2006 10:11 AM ]

CatLady posted on 10-10-2006 12:32 AM

nie cat ambik resepi dr Puan  Norzailina  Nordin dr alaf 21

kat sini dia ada kasi 2 jenis cucur yang biasa ada lam rojak india nie..

ROJAK INDIA

Bahan Cucur (Keras):
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 camt serbuk penaik
3/4 camt garam
1/2 camt gula
155-165 ml air
1 labu bawang besar, dicincang halus
1 biji cili hijau, dibuang biji & dicincang halus
minyak untuk menggoreng  

Satukan tepung, serbuk penaik, garam, gula dan air secukupnya hingga menjadi doh. Tutup dengan tuala dan biar 1 jam. Gaul dengan bawang dan cili. Bentukkan 7.5 cm panjang, 2 cm lebar. Lumur jari dengan tepung semasa membentuk kerana adunan agak lembik. Goreng di dalam minyak panas hingga keperangan. Hiris sebelum digunakan.  

Bahan Sampingan:
8-10 keping tauhu, digoreng keemasan
450 g taugeh, dicelur 1 minit
300 g sengkuang, dihiris
2 biji timun, dihiris
4 biji kentang, direbus, dihiris & digoreng keperangan
4 biji telur, direbus & dihiris  

Bahan Cucur (Lembut):
1 1/3 cawan tepung gandum
1/4 camt serbuk penaik
1/2 camt serbuk kunyit
1 camt gula
1/4 camt garam
125 ml air
1 biji telur, dipukul

Campur semua bahan (kecuali telur) hingga menjadi adunan sebati. Biar selama 1 jam. Sebelum menggoreng cucur, tambah telur pada adunan dan kacau rata. Goreng cucur hingga keemasan kemudian hiris sebelum disajikan dengan bahan sampingan dan kuah.

Bahan Kuah:
900 g keledek
2.5 liter air
1 camb asam jawa
75 ml air
75 ml minyak
4 biji bawang merah, dicincang halus
3 biji cili merah, dibuang kulit & dikisar
1 1/2 camt serbuk cili
1/3 camt garam
6 camb gula
50 g kacang tanah, digoreng & dikisar halus
beberapa titik kicap hitam
beberapa titik cuka  

Rebus keledek hingga empuk. Kisar dengan air. Campur asam jawa dengan 75 ml air. Tapis dan ketepikan. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan serbuk cili. Tuangkan keledek kisar bersama airnya. Seleps 3-5 minit, masukkan garam, gula dan air asam jawa. Kacau selalu di atas api perlahan. Kemudian masukkan kacang tanah, kicap pekat dam cuka. Masak lagi hingga terbit minyak.

selamat mencuba

** kat indeks pun ada gak..kat kuih muih.

DARSITA posted on 10-10-2006 09:00 AM

Ni yang depa dok jual dkt Penang tu ka? kalau hat tu cheq suka sangat! errr tak dak gambaq?

CatLady posted on 10-10-2006 03:03 PM

Originally posted by DARSITA at 10-10-2006 09:00 AM
Ni yang depa dok jual dkt Penang tu ka? kalau hat tu cheq suka sangat! errr tak dak gambaq?

nie dia satu lagik resepi  pasemboq serta gambar sekali...dari geovision.com


http://www.geovision.com.my/malaysia/general/recipes/images/pasembor2.gif

PASEMBOR (INDIAN SALAD)

Ingredients:
100 g prawns
50 g cuttlefish
75 g self-raising flour
90 ml water
1/2 tsp salt
100 ml cooking oil
3 semi-hard bean curd (tau kua)
2 Tbsp cooking oil
2 potatoes
500ml water
2 eggs
500 ml water
50 g bean sprouts
1/2 cucumber
1/2 sweet turnip (bangkwang)
Ingredients for Sauce:
5 dried chillies
10 shallots
1 clove garlic
100 g sweet potatoes
500ml water
1 Tbsp tamarind pulp
250 ml water
2 Tbsp cooking oil
2 Tbsp sugar
1/2 tsp salt

Garnishing Ingredients:
1/2 cup roasted groundnuts
1 tsp roasted sesame seeds  Preparation of Ingredients:
Shell and devein the prawns.
Clean the cuttlefish.
Mix flour with water to form a thick batter. Add in the salt. Set aside.
Deep fry the semi-hard bean curd and cut each into 2.
Boil potatoes, skin and cut each into 4.
Prepare hard-boiled eggs and cut each into segments.
Clean and nip roots of bean sprouts. Blanch and drain.
Finely shred the cucumber.
Peel sweet turnip and finely shred.
Grind dried chillies, shallots and garlic to form a smooth spice paste.
Peel sweet potatoes. Boil until very soft and mash into a smooth paste.
Add water to tamarind pulp to extract tamarind juice. Strain and discard the seeds.
Pound the roasted groundnuts.

Ingredients for Sauce:
5 dried chillies
10 shallots
1 clove garlic
100 g sweet potatoes
500ml water
1 Tbsp tamarind pulp
250 ml water
2 Tbsp cooking oil
2 Tbsp sugar
1/2 tsp salt

Method:
Heat oil in a wok and fry the spice paste until fragrant. Add tamarind juice, sugar and salt. Then add in the mashed sweet potatoes and stir until sauce is well blended. Allow the sauce to simmer for 15 minutes. Set aside.
In a clean wok, heat oil for the prawn fritters. Mix prawns into batter. Spread 1 Tbsp of mixture on a spatula and ease into boiling oil. Remove when golden brown. Repeat until all the prawns are done.

Use the same method above for the cuttlefish.

Cut the prawn fritters and cuttlefish each into 2.

Place prawn fritters, cuttlefish, semi-hard bean curd, potatoes and hard-boiled eggs onto to serving plate. Garnish with bean sprouts, shredded cucumber and sweet turnip.

Pour the sauce over the salad and sprinkle the pounded groundnuts and roasted sesame seeds over it.

[ Last edited by  CatLady at 10-10-2006 03:04 PM ]

fairyjasmine posted on 10-10-2006 08:34 PM

Cat, terima kasih byk2 for all the recipes :tq::tq:

semalam dah cuba dah, cucur keras tu guna resepi Puan Norzailina, x berapa menjadi sgt, dia jadi keras, tak rangup macam yg saya nak. mungkin saya silap teknik kot, nanti nak cuba lagi.

Kuahnya pulak saya gabungkan resepi PUan Norzailina dgn a few other yg jumpa kat net, mmg menjadi lah, sebijik macam yg dok makan kat penang! nanti saya tepekkan resepi ngn gambar yg saya buat. anak dok meragam ni

terima kasih sekali lagi :tq:

fairyjasmine posted on 10-10-2006 08:35 PM

Originally posted by DARSITA at 10-10-2006 09:00 AM
Ni yang depa dok jual dkt Penang tu ka? kalau hat tu cheq suka sangat! errr tak dak gambaq?


haaa  hat yg kat penang tu, nak nak yg jual kat Gurney Drive..phuhhh tiada tandingannya :mll:

NoorMasri posted on 10-10-2006 08:48 PM

k Noor dah try resepi kuah pasembor Pn Zailina baru2 nih..husben kata  dah lulus

part cucur tuh..akak wat je cucur udang nipis2 buh kucai (cucur ni bila goreng nipis2 jd rangup ler..adunannya kena cair sket..baru leh jd nipis2...lepas goreng pastu potong kecil2...husben puji sedap..:bgrin:

fairyjasmine posted on 10-10-2006 08:58 PM

Originally posted by NoorMasri at 10-10-2006 08:48 PM
k Noor dah try resepi kuah pasembor Pn Zailina baru2 nih..husben kata  dah lulus

part cucur tuh..akak wat je cucur udang nipis2 buh kucai (cucur ni bila goreng nipis2 jd rangup ler..adunannya k ...

semalam dah buat dah cucur udang rangup2 tu K noor, tapi tu ahh asben nak yg betul2 macam mamak penang dok buat yg macam ni


http://static.flickr.com/66/195936066_48abaf2336.jpg

yg kaler dark brown tu..

ni nak kena g kursus kat mamak ni :lol

NoorMasri posted on 10-10-2006 09:02 PM

Originally posted by fairyjasmine at 10-10-2006 08:58 PM


semalam dah buat dah cucur udang rangup2 tu K noor, tapi tu ahh asben nak yg betul2 macam mamak penang dok buat yg macam ni


http://static.flickr.com/66/195936066_48abaf2336.jpg

yg kaler ...

alamakkkk gambo tuh menawan kalbu betul lah..dah ler lambat lagi nak buka posa nih...

Jas..nampak gaya kena balik Penang dulu ler..menuntut ngan mamak..

fairyjasmine posted on 10-10-2006 09:03 PM

Ni lagi gambo tuk DAR cuci mata


http://static.flickr.com/57/195936148_e2712c1c30.jpg


http://static.flickr.com/64/195936271_47830e122c.jpg









gambar kredit to www.malaysiabest.net

fairyjasmine posted on 10-10-2006 09:06 PM

Originally posted by NoorMasri at 10-10-2006 09:02 PM


alamakkkk gambo tuh menawan kalbu betul lah..dah ler lambat lagi nak buka posa nih...

Jas..nampak gaya kena balik Penang dulu ler..menuntut ngan mamak..

memang menawan pun k noor, tapi tu la..kalau pi makan pasembor ni tak sedar, semua nka ambik buh lam pinggan,sekali mamak kira bil, haaaaaa doploh ringgit sepinggan :geram:

NoorMasri posted on 10-10-2006 09:10 PM

Originally posted by fairyjasmine at 10-10-2006 09:06 PM


memang menawan pun k noor, tapi tu la..kalau pi makan pasembor ni tak sedar, semua nka ambik buh lam pinggan,sekali mamak kira bil, haaaaaa doploh ringgit sepinggan :geram:

akak kat sini dah berapa kali telan air liur nih (w'pun akak bukan penggemar pasembor pong)

eh kedai kat dlm gambo tuh..kat mana..bg alamat..nih balik Kedah nanti harus ajak husben pi carik kedai ni..:bgrin:

fairyjasmine posted on 10-10-2006 09:21 PM

Originally posted by NoorMasri at 10-10-2006 09:10 PM


akak kat sini dah berapa kali telan air liur nih (w'pun akak bukan penggemar pasembor pong)

eh kedai kat dlm gambo tuh..kat mana..bg alamat..nih balik Kedah nanti harus ajak husben pi carik  ...

alaaa sian akak..

byk kedai pasembor yg best kat penang, mostly jual waktu petang/mlm

dulu2 saya selalu pi makan dekat gerai mamak yg dok jual bwh pokok kat pdg kota tu,

yg dlm gambar ni, menurut website tu, dekat Gurney Drive, near Bali Bali seafood, kalau akak pernah ke Gurney drive, dia ni macam one long road, ada bykkkkkkkkkk gerai2 kat situ, so akak kena belek la satu2 sampai jumpa hehhe..tapi kena pi lewat petang/mlm tau

CatLady posted on 10-10-2006 10:37 PM

Originally posted by fairyjasmine at 10-10-2006 08:34 PM
Cat, terima kasih byk2 for all the recipes :tq::tq:

semalam dah cuba dah, cucur keras tu guna resepi Puan Norzailina, x berapa menjadi sgt, dia jadi keras, tak rangup macam yg saya nak. mungkin  ...

no prob fairy, kalau saya wat cucur kasik dia krap krup, masa bancuh adunan bater tu..pakai air ais, tak pon letak ais kiub lam adunan tu.

kalau kat sarawak nie...rojak nie..nama dia Rojak Tambi..feberet nie..but belum ada masa wat ujikaji ngan resepi nie :ting:

simbiosis posted on 10-10-2006 11:01 PM

mak mertua cakap nak bagi cucur tuh krup krup, campur air kapur sikit....
nanti balik pi confirm lagi skali ngan dia, betul ke air kapur...

CatLady posted on 10-10-2006 11:47 PM

Originally posted by simbiosis at 10-10-2006 11:01 PM
mak mertua cakap nak bagi cucur tuh krup krup, campur air kapur sikit....
nanti balik pi confirm lagi skali ngan dia, betul ke air kapur...

betul tu sim, kalau wat cucur pisang letak kapur sket..beshh..dengan lebih lebih dia sekali pon licin...

fairyjasmine posted on 11-10-2006 03:52 AM

Harini asben suh wat pasembor lagi, maknanya kira lulus la kot resepi ni..ni gambaq nya..

sebelum gaul


http://i16.photobucket.com/albums/b43/fairyjasmine/DSC05701copy.jpg

selepas gaul

http://i16.photobucket.com/albums/b43/fairyjasmine/DSC05702copy.jpg

best la buat sendiri,boleh letak udang, fishcakes etc byk2, tak la asyik makan sengkuang jaaaaa

[ Last edited by  Kacip_Fatimah at 11-10-2006 10:17 AM ]

Kacip_Fatimah posted on 11-10-2006 10:16 AM

adoilah fairy..pasembor laa pulokk..
saya kalau balik sana dok gila nk makan rojak jaa..
pasembor nie tak pandang dah..cewahh..
nie dah tgk gambor apa seme..rasanya balik minggu nie nk kena pi carik gak laa..
tak tahannn..!!

juliajie80 posted on 11-10-2006 10:41 AM

lapaqnyer tgk pasemboqqqq....huhuhu

Lana@LaraCroft posted on 11-10-2006 11:03 AM

tengok pasemborr.....tersembor bijik mata :o:

beshnyer...:mll:

elaiza posted on 11-10-2006 01:02 PM

pasembor kat gurney drive ni memang sedap..in fact dia nya kuah memang lain dari yang lain...mee rebus dia kat sini pun sedap juga..boleh letak sotong..daging dan macam macam lagi....nilah satu2 tempat yang me pi kalau nak makan pasemboq...tempat lain tak lalu...

Kacip_Fatimah posted on 20-3-2007 10:55 AM

semalam cuba try pasembor yang kat SS15 tuh..
pasembor keretapi!wakaka..sebabnya kalau nk beli/makan kat situ..
kena beratur panjang yaa amatt!
rasa sedapp jugakk..
mungkin saya dah biasa makan pasembor Penang..so rasa dia tak lari byk laa..tapi mmg sedap sebab ada sotong kembang tuh..

http://img.photobucket.com/albums/v698/Kacip/DSC01261.jpg

kacang^soya posted on 22-3-2007 10:15 PM

Reply #22 Kacip_Fatimah's post

Ha ah aku pun ada gak beli kat situ tp ramai no owg aku beli yg kat depan esso tuh...opposite pejabat tanah...lagik sedap dpd yg ss15 takyah beratur lelama...

kacang^soya posted on 22-3-2007 10:18 PM

Tp paling sedap yg pernah makan ialah kat Giant Mall Kelana Jaya/Quali FoodCourt...bleh tauk ayam goreng la...udang sotong goreng bagai...

Kacip_Fatimah posted on 23-3-2007 01:14 PM

Originally posted by kacang^soya at 22-3-2007 10:15 PM
Ha ah aku pun ada gak beli kat situ tp ramai no owg aku beli yg kat depan esso tuh...opposite pejabat tanah...lagik sedap dpd yg ss15 takyah beratur lelama...
ooo...
yang dekat dgn Esso dan Shell tu erkk...
dekat Wisma DiCor tu kan...
mmg kat situ tak ramai orang...
nanti nk try kat situ plak lah..
Page: [1] 2
View full: Pasembor