hanieliza posted on 18-10-2006 08:31 AM

NASI IMPIT, KUAH KACANG & LONTONG

Originally posted by fromheaven at 17-10-2006 11:50 PM
kak liza dan kak noor

nak tanya macamna nak buat nasi impit sendiri
ni utk org yg duduk jauh ni takde peket instant

tq

http://i80.photobucket.com/albums/j199/MasakanHanieliza/NasiHimpit-1.jpg

http://i80.photobucket.com/albums/j199/MasakanHanieliza/NasiImpitKuahKacang.jpg

NASI IMPIT

Bahan
2 cawan beras
6 cawan air
daun pandan
garam
daun pisang

Cara
1. Basuhkan beras dan masukkan semua bahan kecuali daun pisang dalam periuk biasa atau rice-cooker.
2. Masakkan saperti masak nasi biasa.
3. Bila nampak nasi telah kering masukkan dlam loyang yg dilapikkan daun pisang.
4. Tekan sampai padat dengan potato mash.
5. Lapikkan semula dengna daun pisang dan tindihkan dengan bahan yg berat saperti lesung batu atau periuk kecil yg berisi air.
6. Biarkan semalaman atau 5 -6 jam.
7. Bila dah sejuk potong dan hidangkan dengn Kuah kacang

NOTA
sekiranya takder daun pisang boleh gantikan dengan pelastik biasa.


KUAH SATAY @ KUAH KACANG

Bahan:
1/2 kg kacang tanah..goreng ..buang kulit..tumbuk kasar/pecah2
200 gm daging..hiris nipis
1/2 cawan air asam jawa
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan minyak
garam secukup rasa

bahan mesin
3 sudu besar cili mesin
4 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 biji buah keras


Cara:
1. Tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan garing.
2. Masukkan daging dan biarkan sehingga lembut.
3. Bila dah naik minyak masukkan air asam jawa dan kacang. Tambahkan sedikit air jika pekat sangat.
4. Masukkan gula dan garam secukupnya. Biarkan sehingga naik minyak.



[ Last edited by  Kacip_Fatimah at 7-11-2007 12:29 PM ]

crystal_biru posted on 18-10-2006 08:41 AM

masa kecik-kecik dulu my mom buat nasik himpit nie... dia tinding dengan batu giling ( yg besar tu ).

my pren mom plak die tindih dengan tong gas.. :lol:

iyalah.. nama pung nasik himpit kan.. so kenalah himpit betul-betul...

pilot posted on 18-10-2006 09:12 AM

kak liza, nak tanya ni nasi impit tu kena lenyek2 dulu ke baru ditindih dgn benda berat? camne nak bt nasi impit tu tekstur dia halus n lembut?

katabatik posted on 18-10-2006 09:15 AM

dulu ada resepi nasi impit+kuah lontong

nak resepi kuah lontong tu

puas dah cari mlm tadi dkt archive x de blkg2 pun x jumpa

sue posted on 18-10-2006 09:49 AM

Originally posted by pilot at 18-10-2006 09:12 AM
kak liza, nak tanya ni nasi impit tu kena lenyek2 dulu ke baru ditindih dgn benda berat? camne nak bt nasi impit tu tekstur dia halus n lembut?

kalau sue buat mcm ni...tumbuk dgn anak lesong sampai betull lembik nasi tu... letak dlm loyang yg di alas kain putih....pastu lenyek lagi pakai tangan...(cover plastik la)....dah dpt tekstur yg diinginkan....ratakan dlm loyang & tekan bior padat... tutup dgn lebihan kain tu...tindih dgn lesong batu...

hanieliza posted on 18-10-2006 10:41 AM

Originally posted by pilot at 18-10-2006 09:12 AM
kak liza, nak tanya ni nasi impit tu kena lenyek2 dulu ke baru ditindih dgn benda berat? camne nak bt nasi impit tu tekstur dia halus n lembut?
bila nasik dimasakkan dengn akdnungan yg banyak..
otomatik dia akan jadi lembek.. then bila kita padatkan/tekan ngan benda berat dan bairkan sejuk.. mmg akan dapat hasil yg cantik..

anyway..dalam resepi kakliza tu...

4. Tekan sampai padat dengan potato mash

so tentunya nasi akan jadi padat..

sukatan air nasi impit mmg 1:3
kalau 1 cawan beras + 3 cawan air...

zaizaa posted on 18-10-2006 11:49 AM

cara yg agak mudah saya dan mak dok buat nasi himpit:

1.mengisi beras ke dlm plastik bungkusan air. jgn terlalu penuh, agak2 tiga suku je... buat la 5-6 pek
2.pastu lipat2 hujung tu & stapler.
3.cocok2 plastik tu dgn garpu biar blubang2.
4.masuk kan dlm periuk, isi air dan cuci 2-3kali, pastu isi air biar sampai pek2 tu tenggelam n masak atas dapur.
5.agak2 nagi tu dah masak, kuarkan dr periuk & tekan2 skit utk dpt tekstur yg cantik.
6.sejukkan. bila nak makan potong la ikut brapa pek nak makan, heee...

rasa mudah sgt... anak2 bleh tlg buat, sure sronok...




[ Last edited by  nhuda at 18-4-2007 07:55 AM ]

xette posted on 18-10-2006 01:28 PM

zaizaa..

my nenek pon selalu buat mcm tu...if buat nasi impit..
tapi usually for raya..ketupat mesti ada..

nhuda posted on 18-10-2006 01:33 PM

Originally posted by katabatik at 18-10-2006 09:15 AM
dulu ada resepi nasi impit+kuah lontong

nak resepi kuah lontong tu

puas dah cari mlm tadi dkt archive x de blkg2 pun x jumpa

ni huda tolong tepek yg ada dlm simpanan. amik kat sini jugak

Resepi 1

KUAH LODEH (VERSI JAWA)

bahan A
1/2 kilo kacang panjang - dipotong serong
1/2 kilo kobis - diracik
1 batang carot - di potong kecil
3-5 papan petai
suun dan pucuk (agak2la)

santan kelapa (sukatan mengikut citarasa)
kunyit tepung..

bahan B (dikisar)
1 butir lengkuas
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
10 biji cili api

bahan C (diracih)
3 btg cili merah
3 btg serai
3-5 papan petai

bahan D (digoreng dan ketepikan)
3 ubi kentang - dipotong kecil
5 ikat tempe - dipotong kecil
5 ketul hempedal ayam
5 ketul hati ayam
500gram udang (agak2)

Cara:-

Tumis bahan B sampai garing dan wangi.
Masukkan bahan C.
Selepas itu masukkan bahan D yang telah dipotong kecil dan digoreng tadi.
Masukkan santan kelapa.Selepas tu bubuh kunyit dan garam serta perasa.
Masak di api sederhana..Jangan sampai santah pecah pulak.
Bila hampir mendidih masukkan semua bahan A.
Sedia di hidangkan bersama lontong (special punya dari daun pisang)

Resepi 2

Kuah Lodeh

Bahan-bahan
kacang panjang dihiris serong
kobis
sengkuang dihiris halus
4 keping tauhu - digoreng
4 keping tempe

Bahan-bahan dikisar
1/2 sudu teh jintan halus        
1/2 sudu teh jintan kasar        
1 sudu teh ketumbar               
5 batang lada kering               
2 inci kunyit hidup                  
1 biji bawang puteh     
1 biji bawang besar


5 sudu makan udang kering...dikisar kering
1 inci lengkuas
1 biji bawang besar dihiris
santan kotak...garam...serbuk perasa

tumis lengkuas dan bawang hiris hingga naik aromanya...then masukkan bahan2
yang dikisar tadi...tumis sampai naik minyak then masukkan udang kering...tumis lagi
dan kalau kering....bley masukkan sedikit air...masukkan sayur2an tadi dan air
mengikut sukatan korang...then masukkan santan kotak...ikut seberapa lemak yang
korang nak...kalau aku...usually aku use about 2 kotak santan...hehehe......then
add in the tempeh...biarkan dia didih kejap...then masukkan garam...serbuk perasa
...dah...senang jer...

p/s: kalau korang nak cantikkan kuah lodeh nie...what i usually do is..belen2 minyak
sambal tumis aku kaut about 2-3 sudu makan dan add it into the lodeh...it gives
your lodeh a very nice colour...

...lagi satu...tahu goreng nie aku tak suka campurkan dalam kuah lodeh...cos nanti
kuah lodeh tak bley tahan lama sangat...kalau tahu dia cepat masam...kuah lodeh
will be affected..so..slalunya...kalau nak makannya time baru aku campur seberapa
banyak tahu yang agak2 kita nak into the lodeh...

ni regu ngan kuah nya

Sambal Goreng Pengantin

Bahan-bahan

daging - dihiris dan rebus...air rebusan simpan jangan buang
hati lembu - sedikit jer..
udang - dibuang hujung kepala sedikit,digoreng jap
cili merah (cili hidup)..dalam 15 batang...dihiris dan digoreng

20 biji bawang kecik - dihiris dan digoreng
10 biji bawang puteh - dihiris dan digoreng
note : bahan2 yang digoreng jangan lama dan kuning sangat..nanti pahit...agak2
         dah layu dan bawang dah perang..angkat...goreng separately please...

60 tangkai cili kering - dikisar(kalau suka bley add air daging sikit dan kisar instead
of using plain water)
1 inci lengkuas - dikisar kering
2 batang serai - dikisar kering

sedikit santan
sedikit asam
sedikit belacan
gula
garam
serbuk perasa..

tumis lengkuas dan serai dulu sampai naik bau.then masukkan lada kisar...tumis
sampai minyak naik.then masukkan hati.bila hati dah masak,ambil sedikit asam
dan sedikit belacan gaulkan dengan air rebusan daging dan masukkan dalam sambal
tadi...masukkan daging, udang, bawang goreng, lada goreng, bawang puteh goreng
dan santan...kacau sampai pekat...add sedikit gula, garam dan kalau suka, serbuk
perasa...biarkan masakan nie jadi pekat sedikit baru diangkat...enak makan dengan
roti, nasi, lontong dan begitu saja...bley tahan 3 hari kalau masukkan dalam fridge...
sedap...try arr...

Serunding Kelapa

tapi tak pakai jintan...pakai rempah kari daging...kalau nak nie dia resepinya...

bahan2 dikisar...
1 biji bawang
3 ulas bawang puteh
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 batang serai

4 sudu makan rempah kari daging...digaul rata ngan bahan2 yang telah dikisar

1 biji kelapa disanggar...tapi jangan terlalu kering
300gm daging cincang...disanggar untuk buangkan darahnya
1 sudu teh asam
2 sudu makan gula pasir
1 1/2 sudu makan gula timbang
garam...serbuk perasa...daun limau perut...daun kunyit disoyat2

tumis bahan2 yang telah dikisar tadi (yang telah digaul rata ngan rempah daging)
sehingga naik minyak...then add in air asam...kacau rata2...add in daging cincang...
garam...gula...serbuk perasa dan tumis lagi sebentar...then add in kelapa dan
daun limau perut dan daun kunyit...kacau hingga serunding nie kering dan ringan...





[ Last edited by  nhuda at 18-4-2007 07:59 AM ]

nhuda posted on 18-10-2006 01:38 PM

sambung lagi

Resepi 3

Kuah Lontong @ Lodeh

Bahan2 ini di kisar halus
bawang besar
bawang putih
lengkuas
serai
kunyit basah
udang kering

Bahan2 lain
kobis
kacang panjang
sengkuang
lobak merah
daun salam - optional
sedikit serbuk kari ikan
santan
suun

cara:
panaskan minyak dan tumiskan bahan2 kisar dan serbuk kari hingga naik bau.. then
masukkan daun salam sebentar.. then masukkan sayur2 yg dah di potong2 tadi dan
suun, santan dan biarkan mendidih... rasa garam.

Resepi 4

KUAH LONTONG atau KUAH LODEH

Bahan sayuran
1/2 biji kobis
5 batang kacang panjang
2 biji terung bulat/panjang
3 biji kentang
1 biji carrot
Tahu
Tempe
sengkuang
cili merah
bawang besar
suhun dan fucuk

bahan dimesinkan
5 biji cili merah + ciliapi sikit
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 tangkai serai
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup

bahan lain
1 biji kelapa
250 gm udang basah
minyak
garam

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi.
2. Masukkan udang, santan dan sayuran yg keras dan biarkan sehingga lembut.
3. Bila dah lembut masukkan sayuran lain dan gram.
4. Bila dah lembut dan rasakan garamnya.
5. Hidangkan dengan serunding daging atau rendang ayam dan juga sambal kuah
kacang.

KUAH KACANG

Bahan:
1/2 kg kacang tanah..goreng ..buang kulit..tumbuk kasar/pecah2
1/4 kg daging..hiris nipis
1/2 cawan air asam jawa
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan minyak
garam secukup rasa

bahan mesin
3 sudu besar cili mesin
4 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 biji buah keras


Cara:
1. Tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan garing.
2. Masukkan daging dan biarkan sehingga lembut.
3. Bila dah naik minyak masukkan air asam jawa dan kacang. Tambahkan sedikit air
jika pekat sangat.
4. Masukkan gula dan garam secukupnya. Biarkan sehingga naik minyak.




[ Last edited by  nhuda at 18-4-2007 08:02 AM ]

Mas916 posted on 18-10-2006 04:11 PM

kak liza....saya ni penyegan sket... kalo saya beli kacang yg dah buang kulit pas tu goreng....ada efek tak dr segi kesedapan kuah kacang tuh....huhuhu.. :malu:

nhuda posted on 18-10-2006 04:28 PM

Originally posted by Mas916 at 18-10-2006 04:11 PM
kak liza....saya ni penyegan sket... kalo saya beli kacang yg dah buang kulit pas tu goreng....ada efek tak dr segi kesedapan kuah kacang tuh....huhuhu.. :malu:

meh nak tolong jawab....

tak de beza...saya slalu buat..kekadang tu klau lagi malas beli kacang yg dah boleh makan tu :lol...yg malas tang berdiri time goreng tu

maria posted on 18-10-2006 04:32 PM

terima kasih huda tepek resipi2 lontong  dan sewaktu denganya tu
saya ada try buat satu resipi tapi x sure yg mana satu,
dah jumpa dah ari ni...

saya try resipi kuah lontong blackmore..
mmg best...maybe sebab dia ada jintan & ketumbar
sekali makan dah abis

Mas916 posted on 18-10-2006 04:51 PM

Originally posted by nhuda at 18-10-2006 04:28 PM


meh nak tolong jawab....

tak de beza...saya slalu buat..kekadang tu klau lagi malas beli kacang yg dah boleh makan tu :lol...yg malas tang berdiri time goreng tu


:tq: tq huda...saya bukan apa malas nak tenyeh kulit dia pas goreng...pas tu nampak kat kedai siap buang kulit..1/2 kilo RM2.50...dok igt nak beli sat g....

Mas916 posted on 18-10-2006 04:52 PM

disanggar tu apa dia....
goreng tanpa minyak ka..

nhuda posted on 18-10-2006 04:55 PM

Originally posted by Mas916 at 18-10-2006 04:52 PM
disanggar tu apa dia....
goreng tanpa minyak ka..

btol. goreng tanpa minyak

NoorMasri posted on 18-10-2006 05:03 PM

Originally posted by maria at 18-10-2006 04:32 PM
terima kasih huda tepek resipi2 lontong  dan sewaktu denganya tu
saya ada try buat satu resipi tapi x sure yg mana satu,
dah jumpa dah ari ni...

saya try resipi kuah lontong blackmore..
mmg b ...

akak pon suka resepi blackmore, buh jintan dan ketumbar..tapi akak tambah serai ketuk sebtng..:love:

DARSITA posted on 19-10-2006 02:51 AM

Originally posted by nhuda at 10/18/06 00:28


meh nak tolong jawab....

tak de beza...saya slalu buat..kekadang tu klau lagi malas beli kacang yg dah boleh makan tu :lol...yg malas tang berdiri time goreng tu

betul tak ada bezanya ~ saya pun pakai kacang yang tak ada kulit senang.

Mas916 posted on 19-10-2006 07:50 AM

lg satu nak tanya..
kuah lodeh black more...1/2 sudu jintan kasar/halus....>>>>>jintan manis kan..
pas tu 1 sudu teh ketumbar tuh....serbuk ke atau masih biji2 lg?

nhuda posted on 19-10-2006 07:51 AM

Originally posted by DARSITA at 19-10-2006 02:51 AM


betul tak ada bezanya ~ saya pun pakai kacang yang tak ada kulit senang.

kak Dar, selagi boleh shorcut....kita shortcut...janji rasa tetap maintain :cak:

zuraini posted on 19-10-2006 08:37 AM

Zu kalau buat lontong, bahan-bahan tumis tak pernah kisar. Cuma hiris-hiris saja. Kalau kisar tu rasa macam lain pulak.

NoorMasri posted on 19-10-2006 05:43 PM

Originally posted by Mas916 at 19-10-2006 07:50 AM
lg satu nak tanya..
kuah lodeh black more...1/2 sudu jintan kasar/halus....>>>>>jintan manis kan..
pas tu 1 sudu teh ketumbar tuh....serbuk ke atau masih biji2 lg?

meh akak tulun jwb..si Blackmore tengah masak utk berbuka tuh..:bgrin:

jintan kasar = jintan manis

jintan halus = jintan putih

ketumbar tuh..boleh aje guna yg berbiji (kena mesin lah)..klu nak senang guna aje yg serbuk

NoorMasri posted on 19-10-2006 05:46 PM

Originally posted by nhuda at 19-10-2006 07:51 AM


kak Dar, selagi boleh shorcut....kita shortcut...janji rasa tetap maintain :cak:

akak pun sama, guna aje kacang yg ready salted sedia utk dimakan tuh...tinggal nak mesin je...senang kije..hehe

lagi pon sini kacang ready salted ni murahhh 21p je utk sebungkus 200g..kalau kacang yg belum masak lagi...mahallll sungguh..nak kena goreng pulak..dah satu hal..hehe

zettyhani posted on 20-10-2006 03:54 AM

Akak pun malas nak goreng kacang tapi akak nak juga buat sendiri. Akak masukkan dalam microwave 5 minit dah siap. Sementara 5 minit tu, pi lah kacau bagi rata bila 2 ,3 minit dia dah start.

katabatik posted on 21-10-2006 09:19 AM

Originally posted by nhuda at 18-10-2006 01:33 PM


ni huda tolong tepek yg ada dlm simpanan. amik kat sini jugak


nhuda

thx paste sume resepi kuah lontong/lodeh tu
:tq:
:love:
Page: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full: NASI IMPIT, KUAH KACANG & LONTONG