katana83 posted on 21-10-2006 08:34 PM

~MERGED~ Mokhtar Dahari - Lagenda Pemain Bolasepak Malaysia

Sumbe: SelangorFc.com


Nama: Mokhtar Dahari
Tarikh Lahir: 13 November 1953
Posisi: Penyerang
Pasukan Diwakili: Selangor, PKNS, Talasco, Kwong Yik Bank         
http://www.selangorfc.com/fileadmin/images/pmokhtar.jpg

PATAH tumbuh hilang berganti, tetapi perumpamaan itu tidak dapat disamakan dengan Mokhtar Dahari. Ketangkasan, kejujuran, dan kesungguhannya di arena bolasepak dengan sendiri menempatkan Allahyarham di puncak kejayaan yang sukar dicari ganti.

Tidak hairanlah negara diselubungi rasa pilu atas pemergiannya
secara tiba-tiba pada 11 Julai 1991. Selama 17 tahun dia bergelumang dengan bolasepak tanpa mengira keringat yang mengalir semata-mata mengharumkan nama negara di peringkat
antarabangsa.

Semasa hayatnya Stadium Merdeka bagaikan rumah kedua baginya, dan jolokan "Supermokh" sentiasa meniti di bibir semua peringkat usia termasuk anak-anak kecil yang dapat mengenali Mokhtar dan mahu meniru cara permainannya.

Siapa yang tidak kenal Mokhtar, terutama sentuhan ajaibnya yang sentiasa menggegarkan pintu gol lawan melalui rembatan kencang. Kelincahannya bagaikan lipas kudung masih terbayang di mata peminat yang pernah menyaksikannya baik di padang mahupun penonton televisyen di rumah.

Pintu gol dikawal ketat oleh R Arumugam, benteng pertahanan
dikukuhkan oleh Soh Chin Aun dan Santokh Singh, bahagian tengah dikemudikan oleh Reduan Abadullah dan Shukor Salleh membuatkan Mokhtar Dahari dan gandingnya Isa Bakar menyengat di barisan depan.

Jika pada 1978 lalu semuanya terpukau dengan jaringan emas mengikat keputusan seri 1-1 dengan England B, selama 17 tahun pula kita terhibur dengan aksinya.

Tetapi semuanya kini tinggal kenangan. Hanya nama Mokhtar tetap segar, kepada mereka yang melihat ketangkasan dia beraksi.

Secara tiba-tiba, tanpa diketahui punca sebenar, Mokhtar hilang
tenaga, tidak bermaya, terlantar hampir 3 tahun diserang penyakit ganjil dan Tuhan mengkehendakinya, Mokhtar meninggalkan kita.
Lebih dua tahun Allahyarham tabah menanggung kesakitan bersama keluarga, tetapi itu sudah suratan takdir.

Allahyarham tetap menanggung segala derita dengan penuh keikhlasan meniti sisa-sisa hidupnya lebih 10 bulan diatas kerusi roda.

Sebenarnya kegemilangan bolasepak tanah air sudah diwarnai oleh Raja Bolasepak Asia, Ghani Minhat, Arthur Koh, Rahim Omar, Jalil Che Din, Chan Tuck Choy tetapi tidak cukup sekadar itu negara cukup bertuah, muncul pula Mokhtar pada awal 70-an menyambung sinar selama lebih 10 tahun.


bersambung...

[ Last edited by  amazed at 30-9-2008 12:52 PM ]

katana83 posted on 21-10-2006 08:35 PM

Sehingga detik Mokhtar menghembuskan nafasnya, jelas tiada pemain yang dapat meneruskan kegemilangan bolasepak tanah air.

Rembatannya menggabungkan kepakaran Rahim Omar dan kecekapan membaca permainan seperti Ghani Minhat menjadikan dia pemain paling kental dan sentiasa digeruni di Benua Asia terutama musuh ketat negara, Korea Selatan.

Tubuh sasa yang menyarung jersi nombor 10 itu sering disebut dan digeruni oleh pemain bolasepak rantau Asia setiap kali Malaysia bertanding di dalam dan luar negara.

Sehingga detik-detik terakhir mewakili Selangor dan negara, dia
mengekalkan disiplin dalam dan luar padang serta gigih tanpa tunduk kepada penat lelah.

Kombinasi gumpalan otot yang membawa kederasan, kecergasan dan kekuatan terpancar di wajahnya yang sentiasa manis berbaur serius hingga menjadikan Mokhtar pemain istimewa yang tidak boleh dipisahkan daripada dunia bolasepak.

Sebagat insan kerdil, dia tidak terkecuali dikriktik hingga tidak
disenaraikan dalam skuad Olimpik negara yang menempah tempat ke Moscow pada 1980 tetapi sanggup melupakan segala pergeseran demi cintanya pada negara apabila kembali menyarung jersi kebangsaan.

Terlalu banyak untuk menghuraikan pahit maung Mokhtar jika dikutip sepanjang 167 kali dia menyarung jersi kebangsaan sejak 1972 hingga kali terakhir ketika menentang Korea Selatan pada pusingan kelayakan Piala Dunia di Seoul 1985.

Pada usia 23 tahun dia dipilih oleh majalah bolasepak antarabangsa World Star Soccer sebagai pemain utama tahun itu dan menerima Anugerah Olahragawan Kebangsaan 1976.

Mokhtar membawa Selangor menjulang Piala Malaysia sebanyak 10 kali dan pada usia 33 tahun dia mampu menjadi penjaring terbanyak dengan menyumbangkan 12 gol dan hampir 300 jaringan dalam Piala Malaysia serta antarabangsa.

Dilahirkan di Setapak pada 13 November 1953, Mokhtar pernah berjanji tidak mahu bermain dengan pasukan Selangor selepas tersingkir daripada suku akhir Piala Malaysia 1985.

Tetapi dia muncul semula musim berikutnya, untuk kali terakhir
meletakkan Selangor di mercu kejayaan dan Mokhtar sendiri mengakhiri sumbangannya bersama anugerah pemain terbaik perlawanan akhir.

Selepas itu, dia yang rela hati membenarkan semua pihak berkongsi kegemilangannya, memilih untuk menanggung penderitaan seorang diri. Tetapi negara tidak mahu membiarkan dia bergelut bersendirian. Tabung dan bantuan dihulurkan seberapa yang daya dengan harapan permata anugerah bolasepak tanah air itu terus bersinar.

Lebih 60 doktor dan pakar perubatan tradisional menawarkan diri untuk merawatinya termasuk Prof John Walton di Hospital Universiti Redcliff Oxford, pada Mei 1989.

Mokhtar tampak semakin layu di atas kerusi roda tetapi hati wajanya tetap membolehkan dia membaca majalah, menonton televisyen dan video bolasepak yang menjadi inti hidupnya sehingga dia menghembuskan nafasnya tepat 8.25 pagi 11 Julai 1991.

katana83 posted on 21-10-2006 08:39 PM

1971
DISEMBER - Mewakili Selangor dalam Pertandingan Piala Burnley (sekarang Piala Razak), di Kuching, Sarawak. Perlawanan pertama menentang Kedah dan menjaringkan gol pertamanya pada perlawanan itu.

1972
FEBRUARI - Kali pertama turun mewakili pasukan utama Selangor menentang Kelab Hitachi dari Jepun.
APRIL - Perlawanan akhir pertama Piala Malaysia. Selangor
menewaskan Perak 3-0. Mokhtar menjaringkan satu gol.
- Mewakiii Malaysia di Kejohanan Belia Asia, di Bangkok.
JUN - Kali pertama terpilih mewakili pasukan utama Malaysia ke Kejohanan Piala Jakartaraya. Perlawanan pertama menentang Sri Lanka.

1973
MEI - Mewakili Malaysia ke pra Piala Dunia di Seoul.
OGOS - Kali pertama beraksi di Pestabola Merdeka menentang Kuwait pada perlawanan akhir. Malaysia menang 3-1 dan Mokhtar jaringkan dua gol.

1974
Mencipta gol terbanyak dalam satu perlawanan antarabangsa apabila menjaringkan lima gol ketika menentang Filipina di Sukan Asia Teheran sekaligus membantu negara memenangi pingat gangsa.

1975
MEI - Mewakili negara menentang Arsenal. Malaysia menang 2-0. Mokhtar menjaringkan kedua-dua gol tersebut.

1976
OGOS - Mendapat caps Malaysia ke-100 ketika menentang Jepun di Pestabola Merdeka.
NOVEMBER - Menjalani pembedahan lutut di Hospital Universiti selepas mengalami kecederaan ketika mewakili PKNS menentang Pemuda UMNO peringkat suku akhir Piala FAM.

1977
APRIL - Kembali beraksi selepas pulih daripada kecederaan,
mewakili PKNS menentang Kilat dalam Liga Perdana Selangor.
- Mewakili Selangor dalam perlawanan separuh akhir Piala Malaysia.
NOVEMBER - Mendapat pingat emas Sukan Sea pertama apabila Malaysia menewaskan Thailand 2-0 pada perlawanan akhir. Mokhtar menjaringkan 1 gol.
DISEMBER - Mendapat Anugerah Olahragawan Kebangsaan 1976.

1978
MEI - Menjaringkan gol penyamaan ketika menentang England `B'. Perlawanan berkesudahan seri 1-1.
JUN - Membawa PKNS menjadi juara bersama dengan NSIA dalam perebutan Piala FAM buat kali pertama selepas seri 0-0

1979
JANUARI - Kali pertama dipilih menjadi ketua pasukan Piala Malaysia Selangor (menentang Tentera) apabila Soh Chin Aun enggan meneruskan tugas itu.
SEPTEMBER - mengakhiri zaman bujang. Berkahwin dengan Tengku Zarina Tengku Ibrahim.
OKTOBER - Mempertahankan pingat emas Sukan Sea dengan mengalahkan Indonesia 1-0. Menjaringkan gol tunggal itu.
NOVEMBER - Mengumumkan persaraan arena bolasepak antarabangsa.
DISEMBER - Membantu PKNS menjadi juara Piala FAM dengan menumpaskan Hong Chin 2-1. Menjaringkan kedua-dua gol.

1980
OKTOBER - Kembali ke arena antarabangsa. Beraksi di Pestabola Merdeka. Malaysia muncul naib johan selepas tewas kepada Maghribi pada perlawanan akhir.

1981
JANUARI - Menerima kad merah pertama dan terakhir dalam kariernya ketika menentang Singapura (Piala Malaysia). Pengadil `bersejarah' itu ialah Othman Omar.
APRIL - Mendapat cahaya mata pertama.
- Mewakili negara ke pra Piala Dunia di Kuwait. Malaysia
dikecam kerana gagal. Mokhtar mengumumkan persaraannya bagi kali kedua.

1982
JANUARI - Mengetuai Pilihan Selangor menentang Boca Juniors ynng diketuai oleh Diego Maradona.

1985
MEI - Kembali menyarung jersi negara ke pertandingan pra Piala Dunia di Seoul menentang Korea Selatan. Malaysia tewas 0-2 dan Mokhtar mengumumkan persaraannya di peringkat antarabangsa bagi kali ketiga dan terakhir.

1986
MEI - Memimpin Selangor menjadi juara Piala Malaysia dan muncul sebagai `Pemain Terbaik Perlawanan Akhir'. Mengumumkan persaraan peringkat negeri dan menghadiahkan jersi `keramat' nombor 10 kepada Raja Muda Selangor.

1987
JANUARI - Menarik balik persaraannya untuk mewakili Selangor satu musim lagi.

1988
JANUARI - Menyertai Kwong Yik Bank dan membawa kelab itu menjadi juara Liga Selangor.
NOVEMBER - Khabar angin bertiup Mokhtar mengidap penyakit ganjil.

1989
MEI - Sah! Mokhtar mengidap penyakit Mascular Dystrophy. -
Berlepas ke London untuk mendapat rawatan lanjut. Pulang ke tanahair tanpa sebarang perubahan.

1990
DISEMBER - Keadaan Mokhtar semakin buruk

1991
JULAI - Meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang pada Khamis, 11hb jam 8.25 pagi.

katana83 posted on 21-10-2006 08:40 PM

http://www.viweb.freehosting.net/gif/VOTY2004-B.jpg

super 'mokh' and Maradonna!

HangPC2 posted on 28-10-2006 08:29 AM

1) Jersi keramat......jersi No. 10.....kemungkinan besar jersi ini di buat untuk Mokhtar Dahari...tak pasti samaada jersi ini pernah dipakai oleh Mokhtar Dahari......yang pasti jersi ini adalah jersi player untuk Mokhtar Dahari dan bernombor 10 (nombor Mokhtar Dahari).....tag jersi pun tertulis PUMA Made In West Germany dan belakang tag tulis bahasa German!!

*depan*

http://img135.imageshack.us/img135/9305/p1010108ni2.th.jpg

*belakang*

http://img170.imageshack.us/img170/513/p1010102ad7.th.jpg

Credit

aizusan

sherrina posted on 28-10-2006 01:31 PM

http://i7.photobucket.com/albums/y289/sherrina/Mokh2.jpg

http://i7.photobucket.com/albums/y289/sherrina/pic-mok.gif

a.ceCCo posted on 28-10-2006 01:36 PM

mokhtar dahari......lagenda

iscol_klang posted on 28-10-2006 02:21 PM

aku ada buku mokhtar dahari dulu ni....yg utusan publishing terbitkan, cover depan mokhta dahari pakai kasut bola, background warna hitam...tapi sebab selalu sangat baca, abis lunyai buku tu...arwah ni memang hebatla, agak2nye 50 tahun skali pun blom tentu dapat orang cam dia lagi..

deaf4ever posted on 29-10-2006 12:00 PM

dia punyer rembat bagus la si arwah ni..

korang nengok peha dia, cam roberto carlos nye style

aku rasa yang dia rembat gol msia menang sea games emas lawan Indon kat Senayan dulu..tu gol real punye...
ni kalo aku tak lupa la, he scored the winning goal.

deaf4ever posted on 29-10-2006 12:01 PM

Originally posted by iscol_klang at 28-10-2006 02:21 PM
aku ada buku mokhtar dahari dulu ni....yg utusan publishing terbitkan, cover depan mokhta dahari pakai kasut bola, background warna hitam...tapi sebab selalu sangat baca, abis lunyai buku tu...arwa ...


aku rasa aku dah buang tapi aku dulu ada satu isu majalah gila-gila..
a tribute to arwah ni dalam bentuk lukisan katun
ceta pasal katunis tu zaman budak2 kat kampung , then ceta dia nengok tv dan dengar radio pasal arwah ni nye aksi.

Bagus la. ramai kenangan orang ramai pasal arwah ni

Catalyst posted on 29-10-2006 11:10 PM

Arwah ni pun mendapat 2 anugerah Dato' selepas beliau meninggal. Dari Sultan Pahang dan Sultan Selangor.

edmundo posted on 30-10-2006 03:16 PM

Fuuh...ter uja sebentar bl baca ttg Mokhtar Dahari...
Syg sungguh smpi skrg msh blm ade pengganti arwah dlm pasukan M'sia.
Sy terbaca juga ttg arwah prnah ditawarkan oleh Newcastle utk bermain/berlatih dgn diorang..tp arwah prefer utk bermain didalam negara...
Arwah jg sgt komited. Beliau akan bermain/ berlatih seorang diri sebelum latihan pasukan dan juga berlatih extra seorang diri selepas latihan pasukan...susah nk dpt jatidiri sehebat arwah. Sedih sgt,blm ade pengganti....

Semoga M'sia akn kembali bersinar selepas2 ini. Mlm ni start Perlawanan Piala Remaja AFC di Bangalore. Hrp2 pasukan kite blh berikan sedikit sinar harapan bg kite semua. Let the Supermokh spirit of fighting lead them all the way to excel, Insya'Allah...
:pray:

deaf4ever posted on 30-10-2006 07:54 PM

Originally posted by edmundo at 30-10-2006 03:16 PM
Fuuh...ter uja sebentar bl baca ttg Mokhtar Dahari...
Syg sungguh smpi skrg msh blm ade pengganti arwah dlm pasukan M'sia.
Sy terbaca juga ttg arwah prnah ditawarkan oleh Newcastle utk bermain/be ...


Arsenal tak salah aku nak panggil arwah ni training.

Tapi sakit yang dia hadapi ni, tu hari ada masuk sokkabar, pasal satu penulis lirik lagu melayu , punye sakit cam dia.

FussyPussy posted on 31-10-2006 08:46 AM

dlm byk2 kenangan pasal allahyarham ni, kenangan yang masih kekal dalam otak saya sampai sekarang ialah perlawana terakhir mokhtar sebagi pemain selangor. its a bittersweet memory. final piala malaysia 1987 (kalau tak salah), selangor lawan johor kat stadium merdeka. before game, mokhtar dah announce mlm tu jadi perlawanan terkahir dia sebagai pemain selangor sebelum bersara sebagai pemain bola profesional.

johor score dulu (dollah salleh scored, tanduk from corner). lepas tu baru selangor naik angin dan balas 6 gol. masa dah leading dlm 3-1 tu, boleh nampak yang semua pemain selangor try cari peluang so tht mokhtar boleh score dalam match terakhir dia (he was the captain tht nite). sampai ke minit akhor dia org cuba. ingat lagi dalam 2-3 minit sebelum tmat match, selangor dpt freekick luar sikit dari kotak penalti. mokhtar stepped up to take the free kick. mmg dia ni expert freekick. saya rasa semua org dlm stadium, termasuk pemain dan penyokong johor tak kisah dan tak kecil hati kalau allahyarham score dari freekick tu. tapi dah tertulis, mlm tu dia takkan score. bola lepas palang sikit sangat.

masa dia julang piala malaysia dari sultan johor, saya happy tapi sedih dlm masa yang sama. melinang jugak air mata ni masa tu pasal dapat rasa takde player mcm dia lagi lepas tu. dari umur saya 11 tahun masa tu, 20 tahun kemudian, still takde player malaysia dlm otak saya yang setanding dgn dia. penah azman adnan ada potensi nak jadi mcm dia, tapi biasa lah, disiplin kurang. masa dia buat victory lap keliling staduim merdeka bwk malaysia cup, i never thought tht was the last time i will see him play. 3-4 tahun kemudian dia pun meninggal.

dulu masa muzium shah alam baru bukak, ada section sejarah sukan selangor. masa tahun 1988-1989 tu dia selalu tayang match lwn johor tu. dua-tiga kali jugak saya pegi muzium tu semata2 nak tgk match tu dan nak tgk mokhtar dahari julang piala malaysia.

al fatihah.

edmundo posted on 31-10-2006 09:08 AM

Lagu Lagenda nyanyian Sheila Majid i tujukan utk peminat2 super mokh!!..:ting:
By the way...i tak sanggup tgk match delayed M'sia Vs. Vietnam dlm pertandingan Piala AFC mlnm td, so i tgk tv3 pnye berita je...:love:

Keputusannya: M'sia 1-Vietnam 2...:siok:
M'sia score gol senderi daa...

SangSaka posted on 31-10-2006 11:24 AM

Secara peribadi, Allahyarham ialah The Greatest Malaysian Heron In Soccer. Anak melayu terbilang, terhebat dan terbaik yang merangkumi segala aspek dan segi, disiplin, skil, teknik, stamina dan keupayaan menjaringkan gol. Sama seperti tokoh lain, lagenda hanya dilahirkan sekali dalam satu zaman. Dan zaman ini, Allahyarham Mokhtar Dahari.

Namun, bolasepak ialah permainan berpasukan. Tanpa bantuan dan sokongan dari mendiang R. Arumugam, Soh China, Santokh Singh, Kamaruddin Abdullah (bukan anak Pak Lah), Yahya Jusoh, Jamal Nasir, Bakri Ibni, Abdaf Alif, Isa Bakar dan puluhan pemain negara/Selangor yang lain, Mokthar bukan yang kita kenali. Kesemua mereka ini juga adalah wira dan hero negara di persada bolasepak, tanahair dan antarabangsa. Allahyarham hebat kerana beliau sendiri, rakan sepasukannya dan musuhnya di dalam padang juga hebat. Dan Allahyarham mengatasi segala kehebatan ini untuk mengatasi kehebatan yang lain.

Banyak perlawanan yang masih menjadi ingatan kepada saya. Kemenangan 2-1 ke atas Korea pada 1979 pada perlawanan akhir Pra-Olimpik adalah perlawanan yang masih segar dalam ingatan walaupun Allahyarham Supermokth tidak bermain pada perlawanan itu.

Namun, sebagai makhluk Allah, kehebatan dan kekuatan dirinya itu juga adalah pinjaman. Hanya sementara sebelum kembali kepadaNya.

Semoga Allah SWT mengampuni dosa-dosanya dan mencucuri rahmatNya kepada roh Allahyarham.

Al Fatihah.

razifah posted on 31-10-2006 11:49 AM

Dato' Mokhtar Dahari ( 13 November 1953 - 11 Julai 1991) adalah legenda pemain bola sepak kebangsaan Malaysia dari Selangor. Beliau telah diberi gelaran SuperMokh kerana keberaniannya menjaringkan banyak gol sepanjang kariernya. Dia mewakili Malaysia dari 1972 hinggalah 1985.

razifah posted on 31-10-2006 11:50 AM

Dilahirkan di Setapak, Kuala Lumpur, Molkhtar mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jalan Kuantan (1960-1965) dan Victoria Institution (1966-1970). Anak kepada Dahari Abeng dan Maimon Sadikin ini mula mewakili Selangor pada tahun 1971 pada Piala Burnley. Beliau juga Pernah menyertai beberapa kelab bola sepak antaranya Kelab Sultan Sulaiman, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Talasco, Kwong Yik Bank.

Beliau berkahwin dengan Tengku Zarina Tengku Ibrahim dan dikurniakan 3 orang anak iaitu Mohamad Redza, Nur Azera dan Nur Arina.


MULA WAKILI SELANGOR: Piala Burnley 1971

PIALA MALAYSIA: Wakili Selangor 1972

MULA WAKILI NEGARA: Pestabola Merdeka 1972

TERAKHIR WAKILI NEGARA: Pra-Piala Dunia menentang Korea Selatan di Seoul 1985

KAPS: 167

GOL PIALA MALAYSIA: 177

GOL ANTARABANGSA: 125

JARINGAN TERBAIK: Gol penyamaan menentang England B pada 1978

PENCAPAIAN: Membantu Selangor memenangi Piala Malaysia 10 kali. Menang pingat gangsa Sukan Asia 1974 di Teheran

ANUGERAH: Olahragawan Kebangsaan 1976

razifah posted on 31-10-2006 11:51 AM

Allahyarham Mokhtar Dahari yang masih dikenang sehingga ke hari ini walaupun hayatnya sudah bersemadi hampir 15 tahun lalu.

Biarpun ramai generasi muda masa kini tidak mengenali dengan dekat bintang negara itu, tapi hampir semua pasti pernah mendengar namanya - pemain dengan bakat semulajadi yang mengangkat imej Malaysia setaraf dengan jaguh bola sepak dunia. Paling ketara Pestabola Merdeka yang menjadi gelanggang dia mempamer taring dan kehebatannya.

Pada usia 23 tahun, Mokhtar atau lebih terkenal dengan jolokan SuperMokh diiktiraf Majalah World Star Soccer sebagai penyerang terbaik Asia dan ketika itu jugalah dia dinobatkan Olahragawan Kebangsaan 1976.

Kelebihan dimiliki ?upermokh? banyak dengan sepakan deras bak peluru menjadi elemen penting hinggakan tiga jari mendiang R Arumungam, bekas penjaga gol negara pernah patah ketika cuba menampannya. Itu belum dikira bijaknya penyerang ternama negara itu membaca gerakan lawan dan meloloskan diri.

Dengan 167 kaps antarabangsa, dia berjaya meletakkan Malaysia di kedudukan tertinggi pentas bola sepak Asia seterusnya mampu membuka mata dunia hingga kuasa bola sepak dunia. Skuad England B bimbingan Bobby Robson turut merasa bahangnya selepas diikat skuad negara 1-1 hasil jaringan menakjubkan Mokhtar.

Walaupun kelibat pemain istimewa seperti Mokhtar yang tiada galang gantinya sehingga kini sudah lama meninggalkan kita, bayangan kehebatannya tidak pernah padam apatah lagi apabila mengingati susah payah anak kelahiran Setapak, Kuala Lumpur itu mencipta nama walaupun dia memang sudah memiliki kurniaan yang tiada pada orang lain.

Mokhtar sangat gigih ketika latihan, sejak di bangku sekolah lagi dia yang menuntut di Victoria Institution tidak pernah jemu berlatih sehingga namanya sudah sebati dengan di skuad kebangsaan pun dia masih sama apabila terus mengawal bola sambil menggelecek tiang-tiang kecil sebelum melepaskan tendangan kencang ke gawang yang kosong untuk menajamkan kuasa pemusnah yang ada pada dirinya.

Malah dia tidak suka diganggu ketika latihan apatah lagi mengaitkan kemasyhuran dirinya di padang dengan kehidupan peribadi hingga menjadikan dia idola paling diminati.

Apapun kehilangan permata paling berharga bola sepak negara itu tidak seharusnya ditangisi sampai bila-bila dan generasi sekarang sepatutnya cuba menjadikannya sebagai motivasi meningkatkan diri supaya bola sepak negara kembali segar seperti sebelumnya.

razifah posted on 31-10-2006 11:51 AM

MOKHTAR dihadiahkan sepasang but bola hanya berharga RM15 oleh ayahnya selepas menduduki Sijil Rendah Pelajaran (SRP) 1968 atau lebih tepat dipanggil LCE ketika itu. Dengan kasut itulah dia menempa nama sebaris dengan wira-wira negara sebelumnya seperti Datuk Ghani Minhat dan Arthur Koh.
Dan dia amat menghargai pemberian itu sambil berkata: ?asut but yang diberi oleh ayah saya mungkin hanya berharga RM15, tetapi ia amat bermakna dalam kerjaya bola sepak saya.

razifah posted on 31-10-2006 11:53 AM

1971: Mewakili Selangor dalam Pertandingan Piala Burnley (sekarang Piala Razak), di Kuching, Sarawak. Perlawanan pertama menentang Kedah dan menjaringkan gol pertamanya pada perlawanan itu.


1972: Kali pertama turun mewakili pasukan utama Selangor menentang Kelab Hitachi dari Jepun dan perlawanan akhir pertama Piala Malaysia ialah ketika Selangor menewaskan Perak 3-0 dengan Mokhtar menjaringkan satu gol. Mula mewakili Malaysia di Kejohanan Belia Asia, di Bangkok.

- Kali pertama terpilih mewakili pasukan utama Malaysia ke Kejohanan Piala Jakartaraya. Perlawanan pertama menentang Sri Lanka.


1973: Mewakili Malaysia ke pra Piala Dunia di Seoul. Kali pertama beraksi di Pestabola Merdeka menentang Kuwait pada perlawanan akhir. Malaysia menang 3-1 dan Mokhtar jaringkan dua gol.


1974: Mencipta gol terbanyak dalam satu perlawanan antarabangsa apabila menjaringkan lima gol ketika menentang Filipina di Sukan Asia Teheran.


1975: Mewakili negara menentang Arsenal. Malaysia menang 2-0. Mokhtar menjaringkan kedua-dua gol itu.


1976: Mendapat kaps Malaysia ke-100 ketika menentang Jepun di Pestabola Merdeka.


1977: Mendapat Anugerah Olahragawan Kebangsaan 1976.


1980: Kembali beraksi di Pestabola Merdeka dan membawa negara muncul naib juara selepas tewas kepada Maghribi di final. Membawa negara meraih pingat emas Sukan Sea pertama apabila menewaskan Thailand 2-0 pada perlawanan akhir. Mokhtar menjaringkan 1 gol.


1978: Menjaringkan gol penyamaan ketika menentang England `B'. Perlawanan berkesudahan seri 1-1.


1979: Kali pertama dipilih menjadi ketua pasukan Piala Malaysia Selangor (menentang Tentera) apabila Soh Chin Aun enggan meneruskan tugas itu. Mengakhiri zaman bujang selepas berkahwin dengan Tengku Zarina Tengku Ibrahim. Mempertahankan pingat emas Sukan SEA dengan mengalahkan Indonesia 1-0 menerusi jaringan gol tunggal. - Mengumumkan persaraan arena bola sepak antarabangsa.


1981: Menerima kad merah pertama dan terakhir dalam kariernya ketika menentang Singapura (Piala Malaysia). Pengadil `bersejarah' itu ialah Othman Omar. Mewakili negara ke pra Piala Dunia di Kuwait. Malaysia dikecam kerana gagal. Mokhtar mengumumkan persaraannya bagi kali kedua.


1982: Mengetuai Pilihan Selangor menentang Boca Juniors yang diketuai Diego Maradona.


1985: Kembali menyarung jersi negara ke pertandingan pra Piala Dunia di Seoul menentang Korea Selatan. Malaysia tewas 0-2 dan Mokhtar mengumumkan persaraannya bagi kali ketiga dan terakhir.


1986: Memimpin Selangor menjadi juara Piala Malaysia dan muncul sebagai `Pemain Terbaik Perlawanan Akhir'. Mengumumkan persaraan peringkat negeri dan menghadiahkan jersi `keramat' nombor 10 kepada Raja Muda Selangor.


1987: Menarik balik persaraannya untuk mewakili Selangor semusim lagi.


1988: Menyertai Kwong Yik Bank dan membawa kelab itu menjadi juara Liga Selangor. Khabar angin bertiup Mokhtar mengidap penyakit ganjil.


1989: Disahkan mengidap penyakit Mascular Dystrophy. - berlepas ke London untuk mendapat rawatan lanjut. Pulang ke tanah air tanpa sebarang perubahan.


1990: Keadaan Mokhtar semakin buruk.


1991: Meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang pada Khamis, 11 Julai jam 8.25 pagi

aliem71731672 posted on 31-10-2006 12:12 PM

info yang menarik,alfatihah

razifah posted on 31-10-2006 01:37 PM

al-fatihah...............apa cite ngan anak2 dia yek? Yg ifa ingat...pernah kuar tv...tapi tak ingat apa wife dia kata.......

sherrina posted on 31-10-2006 02:40 PM

apa sakit dia sebenarnya?

razifah posted on 31-10-2006 03:09 PM

Originally posted by sherrina at 31-10-2006 02:40 PM
apa sakit dia sebenarnya?


Mascular Dystrophy
Page: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full: ~MERGED~ Mokhtar Dahari - Lagenda Pemain Bolasepak Malaysia