matjab Publish time 11-9-2008 01:11 AM

Reply #133 capiloton's post

Pembetulan.. Team yang lawan ngan Arsenal adalah bukan Selangortetapi Pasukan Kebangsaan.
Masa team 1980 yang layak ke Olimpik , Mokhtar , Zainal Abidintak main, penyerang masa tu James Wong ngan Hassan Sani.
Rashid Hassan rasenya tak tersenaraijuga dlm team tu keeper waktu tu Arumugam dan Hamid Ramli .
Yang menariknya Hamid Ramli orang dia pendek tapi hebat jadi gol Keeper.

matjab Publish time 11-9-2008 01:15 AM

Syed Ahmad digugurkan dari skuad yang layak ke Olimpik 1972 oleh Jurulatuh Jalil Che Din.
Padahal masa pusingan kelayakkan di Seoul Syed Ahmad lah yang menjadi hero pasukan malaysia dengan menjaringkan gol ketika menewaskan Korea
di bumi mereka sendiri. Disebabkan terlalu kecewa kerana digugurkan Syed Ahmad telah mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan akidah
orang Islam. Syed Ahmad terpaksa dibawa oleh Tunku Abdul Rahman untuk "mengucap dua kalimah syahadah " di Masjidatas kesilapan beliau .

HangPC2 Publish time 11-9-2008 08:16 AM

Originally posted by dexa at 10-9-2008 11:11 PM http://eforum6.cari.com.my/images/common/back.gif
hang!! - thanks for paste gambar fandi masa dia dengan ajax...
saya memang suka ajax...teringat johann cruyff -
dia main dengan ajax dulu kan.. --


Sebenarnya Fandi Ahmad 2 kaliDitawarkan bermain dengan Kelab Ajax Amsterdam tapi fandi ahmad tolak sebab tak dapat menyesuaikan diri dengan budaya, makanan dan bahasa pada masa itu... mungkin ini sebab ini Mokhtar dahari menolak tawaran dari Arsenal

capiloton Publish time 11-9-2008 10:24 AM

Originally posted by dexa at 10-9-2008 11:03 PM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
saya pun tak tahu - mana menang -
masa lawan boca juniors tu (team maradona)
hang mesti tahupasal ni --

tapi ye lah kan- re: team yang tak dapat pergi moscow
sedih gak.. tu nampaknya...

lim teong kim dulu masa main utk KL, dia main midfield..
dia ni pun dasat gak, pernah main beberapa kali kat oversea..
sekarang jadik coach team junior Bayern Munich..

capiloton Publish time 11-9-2008 10:39 AM

Originally posted by matjab at 11-9-2008 01:11 AM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
Pembetulan.. Team yang lawan ngan Arsenal adalah bukan Selangortetapi Pasukan Kebangsaan.
Masa team 1980 yang layak ke Olimpik , Mokhtar , Zainal Abidintak main, penyerang masa tu James Wong ngan Hassan Sani.
Rashid Hassan rasenya tak tersenaraijuga dlm team tu keeper waktu tu Arumugam dan Hamid Ramli .
Yang menariknya Hamid Ramli orang dia pendek tapi hebat jadi gol Keeper.

thanks mat jab dgn pembetulan tu..
kalo la ada film producer buat filem tentang team bola olympic 80 ni kan best..
baru la ada jiwa patriotik, citer macam mana susahnyer nak layak ke olympic nih..
macam mana org dulu2 main bola dgn semangat berkobar2 nak menang, tak fikir pun pasal duit..
lagi, supaya generasi baru skarang ni kenal player2 dulu yg bawa standard bola m'sia ni antara yg terbaik di Asia

tukar tajuk sat..
Selangor pernah main sampai FINAL 1st edition Asian Champions League (dulu Asian Club Champ.)
tapi kalah tipis 2-1 dengan kelab dari Israel, Hapoel Tel Aviv..
boleh tak sesapa yg tau, citerkan sape yg main dalam squad Selangor tahun 1967 ni
ghani minhat ada main ker? (kalo la dia terima main tawaran untuk bermain dengan Newcastle dulu, mesti di kenang sebagai org Asia pertama bermain di England)
http://en.wikipedia.org/wiki/Asian_Club_Championship_1967

[ Last edited bycapiloton at 11-9-2008 10:42 AM ]

gergasi Publish time 12-9-2008 01:22 AM

Reply #133 HangPC2's post

Kelab english pun minat beli player kita dulu tapi sekarang....team myanmar pun tak mau beli:'(

dexa Publish time 12-9-2008 05:50 AM

Originally posted by HangPC2 at 11-9-2008 08:16 AM http://eforum6.cari.com.my/images/common/back.gif



Sebenarnya Fandi Ahmad 2 kaliDitawarkan bermain dengan Kelab Ajax Amsterdam tapi fandi ahmad tolak sebab tak dapat menyesuaikan diri dengan budaya, makanan dan bahasa pada masa itu... mun ...


ohhh ye -- dia pergi tak ke hollandmasa tu?
i mean dia buat trial tak - pastu decided tak sesuai
dengan culture dan makanan plus bahasa semua tu --

dexa Publish time 12-9-2008 05:51 AM

Originally posted by capiloton at 11-9-2008 10:24 AM http://eforum6.cari.com.my/images/common/back.gif


lim teong kim dulu masa main utk KL, dia main midfield..
dia ni pun dasat gak, pernah main beberapa kali kat oversea..
sekarang jadik coach team junior Bayern Munich..

whoaa bagus nya teong kim ni --
sekarang coach kat germany --bukan calang2 team tu
even for juniors ---

dexa Publish time 12-9-2008 05:55 AM

Reply #135 capiloton's post

Selangor pernah main sampai FINAL 1st edition Asian Champions League (dulu Asian Club Champ.)
tapi kalah tipis 2-1 dengan kelab dari Israel, Hapoel Tel Aviv..
boleh tak sesapa yg tau, citerkan sape yg main dalam squad Selangor tahun 1967 ni
ghani minhat ada main ker? (kalo la dia terima main tawaran untuk bermain dengan Newcastle dulu, mesti di kenang sebagai org Asia pertama bermain di England)
http://en.wikipedia.org/wiki/Asian_Club_Championship_1967


ishhh sapa yang tahu ni... lama cerita ni - kira sejarah -
saya baca dunia sukan dulu pun.. tak ingat ada ke tidak this story -
tapi hang mungkin ada cerita pasal nisebab dia sokmo simpan
cerita2 bola dan history tentang itu ---

yang saya tahu ghani minhat tu terror main bola - walau saya hanya baca saja
tentang dia --

btw - apa yang syed ahmad cakap sampai kena mengucap balik tu -
saya tak tahu pasal tu --- saya cuba tanya colleague saya kat
kerja nanti -emosi sampai begitu sekali -

HangPC2 Publish time 12-9-2008 11:11 AM

Originally posted by dexa at 12-9-2008 05:50 AM http://eforum6.cari.com.my/images/common/back.gif



ohhh ye -- dia pergi tak ke hollandmasa tu?
i mean dia buat trial tak - pastu decided tak sesuai
dengan culture dan makanan plus bahasa semua tu --



Masa tuh die masih remaja tu sebab mak pak dier tak benarkan last sekali main kat Kelab Indonesia



http://img387.imageshack.us/img387/4025/fandiahmadmarcovanbasteul5.jpg

Fandi Ahmad & Marco Van Basten


Semasa berumur 16 tahun pada 1978, Fandi telah bermain dengan pasukan Singapura dan menjadi pemain termuda yang mewakili pasukan negara. Pada tahun 1980, dia menjadi anggota pasukan negara yang berjaya memenangi Piala Malaysia. Dia telah menjaringkan gol yang mengalahkan pasukan Selangor dengan skor 2-1.

Pada tahun 1982, Fandi telah ditawarkan sebuah tempat di Ajax Amsterdam selepas menjalani ujian percubaan tetapi dia kemudian menolak tawaran itu dengan alasan yang dia menghadapi kesukaran menyesuaikan diri dengan bahasa dan cara kehidupan di sana. Dia memutuskan untuk pulang ke Asia dan menganggotai pasukan Niac Mitra di Indonesia.

Namun pada tahun 1983, Fandi telah kembali juga ke Belanda di mana dia bermain dengan FC Groningen dari 1983 hingga 1985 dalam liga bolesepak Belanda (Eredivisie). Sebelum kedatangan Fandi, Groningen telah layak untuk bermain di liga Eropah untuk kali pertama dan Fandi telah membantu mereka dalam musim pertama mereka di liga Eropah dengan menjaringkan gol di dalam perlawanan yang berakhir dengan skor 2-0 melawan gergasi bolasepak Itali, Inter Milan. Semasa musim 1983-84, Fandi telah menjaringkan 10 gol dalam 29 permainan. PAda musim kedua di kelab yang sama, Fandi telah muncul selama 15 kali dan menjaring 2 gol. Fandi berjaya memikat ramai peminat Groningen dan pada tahun 1999, dia dipilih sebagai salah satu dari 25 pemain terbaik kelab bolasepak itu. Ini membuatnya layak untuk muncul di Dewan Kemasyhuran (Hall of Fame) kelab itu. Pada tahun 2003, Fandi telah dinamakan salah satu daripada 11 pemain terbaik kelab itu untuk kurun ke-20. Di kelab itu juga, Fandi mendapat nama julukan, "De Parel van Maleisië" atau "Mutiara dari Malaysia" .

Walaupun Ajax Amsterdam menawarkan Fandi sebuah tempat di kelab mereka sekali lagi namun dia tidak menerima tawaran tersebut dan pulang ke Asia pada 1986. (Dia pernah berkata yang dia menyesali keputusan untuk tidak melanjutkan kerjayanya di Eropah). Nottingham Forest pernah bertanya mengenai kemungkinan dia berpindah ke kelab itu pada akhir tahun 1990an tetapi akhirnya memutuskan yang dia terlalu tua.



[ Last edited byHangPC2 at 12-9-2008 11:20 AM ]

edmundo Publish time 12-9-2008 04:51 PM

Dasyat!! Terkini tentang Fandi....beliau masih melatih skuad muda S'pore...atau pun telah berhijrah ke tempat lain..?

Ttg filem yg berkenaan dgn kegemilangan bola sepak M'sia pula...baru2 ni sy ade terlihat di tv S'pore ttg satu filem baru mereka yg menceritakan ttg kegemilangan skuad mereka di era 80-an. Dan salah satu slot tu ade adegan S'pore lwn S'gor utk Piala m'sia. Ade seorang pelakon melayu yg melakonkan watak arwah Mokhtar Dahari.

HangPC2 Publish time 13-9-2008 11:12 AM

Originally posted by edmundo at 12-9-2008 04:51 PM http://eforum6.cari.com.my/images/common/back.gif
Dasyat!! Terkini tentang Fandi....beliau masih melatih skuad muda S'pore...atau pun telah berhijrah ke tempat lain..?

Ttg filem yg berkenaan dgn kegemilangan bola sepak M'sia pula...baru2 ni s ...


Fandi Ahmad Sekarang Nih Jadi Jurulatih Kelab Indonesia (Pelita Jaya FC)



The Kallang Roar Movie


http://img.photobucket.com/albums/v627/farissen/A2.jpg

http://img.photobucket.com/albums/v627/farissen/A3.jpg


http://www.thekallangroarmovie.com/

Sources : http://tantalizing-goddess.blogspot.com/2008_08_01_archive.html

capiloton Publish time 13-9-2008 04:45 PM

Originally posted by HangPC2 at 12-9-2008 11:11 AM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif



Masa tuh die masih remaja tu sebab mak pak dier tak benarkan last sekali main kat Kelab Indonesia



http://img387.imageshack.us/img387/4025/fandiahmadmarcovanbasteul5.jpg

Fandi Ahma ...

wahh.. mahal gambar nih..
fandi dengan marco van basten pernah main satu team tu masa kat ajax..
kalo fandi teruskan kat europe.. mungkin akan jadik partner van basten kat ac milan..
boleh satu team dgn ruud gullit n frank rijkaard, paolo maldini, franco baresi... :bg:
pergh.. mmg best.. tapi malangnya balik nusantara main dgn KL time tu..

HangPC2 Publish time 14-9-2008 07:35 AM

Originally posted by capiloton at 13-9-2008 04:45 PM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif


wahh.. mahal gambar nih..
fandi dengan marco van basten pernah main satu team tu masa kat ajax..
kalo fandi teruskan kat europe.. mungkin akan jadik partner van basten kat ac milan..
boleh ...


Fandi Ahmad pernah kata dier menyesal....

dexa Publish time 14-9-2008 05:00 PM

Originally posted by HangPC2 at 14-9-2008 07:35 AM http://eforum5.cari.com.my/images/common/back.gif



Fandi Ahmad pernah kata dier menyesal....

opportunity begitu once in a lifetime -
fandi muda - mungkin tak fikiran jauh untuk lihat
dia in future --

memang fandi seorang yang gifted dan bukan
calang2 pemain.. --saya rasa personality dia okay juga
tak ada buat perangaimarah tak tentu hala

ke... dia temper? saya tulis overall aje -- sebab bila
orang sebut fandi ahmad - orang akan ingat
ahhh budak singapore - striker yang memang bagus main tu --

arnabkiut Publish time 15-9-2008 04:25 PM

pemain sekarang sorang pon tkder ikut jejak langkah arwah nie
sume main sebab nak duit...
gaji belas2 puluh ribu sebulan...
main tarap budak skolah tadika aje....

capiloton Publish time 15-9-2008 07:36 PM

Originally posted by arnabkiut at 15-9-2008 04:25 PM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
pemain sekarang sorang pon tkder ikut jejak langkah arwah nie
sume main sebab nak duit...
gaji belas2 puluh ribu sebulan...
main tarap budak skolah tadika aje....

aku penah baca kat mana tah..
arwah ni masa time training, dia la yg mula2 turun padang dulu..
org lain belum datang lagi dia dah start tendang bola sorang2 kat padang..
tu pasal rembatan dia padu cam peluru sampai patah jari arumugam tahan rembatan dia..
disiplin dier 1st class, w'pun berstatus player amatur jer..
tak macam player sekarang, professional kunun, main taraf kampung jer.. :lol:

aku heran betul la, dulu takde pun sains pemakanan..
tapi physical n muscle diaorg mantap tu..
tengok ler physical arwah mokhtar n team mates dia.. tough, body gempal..
player pro skang.. alahai.. dada pun kurus kerempeng jer..
macam mana nak main tahap internasional yg byk guna physical.. ;P

pendek takper, asalkan tough.. contoh cam maradona n cannavaro..
pendek jer 160++ cm jer.. tapi kalo dia dribble, yg tinggi lampai sumer tertinggal..
cannavaro pun pendek as a centre back, 170++ cm jer.. tapi legendary centre back..

5p9eW3yWUYE
tengok physical player selangor terutama arwah mokhtar n zainal abidin hasan..

HangPC2 Publish time 15-9-2008 10:11 PM

tapi orang dulu jaga pantang larang macam lebih kurang macam belajar ilmu silat jugak.... berisi jugak player dulu...

HangPC2 Publish time 16-9-2008 10:50 AM

Saya menangis setiap kali menonton Olimpik



Oleh Amirullah Andi Nur


"MASA itu, memang kami rasa macam wira negara. Peminat dan penyokong ramai betul berada di depan bilik persalinan, bersorak dan menunggu kami keluar untuk bersalam dan mengucap tahniah,kata James Wong, bekas penyerang dan penjaring gol kemenangan yang membawa Malaysia ke Sukan Olimpik 1980.

Biarpun sudah suku abad berlalu, air muka penyerang skuad bola sepak negara tinggi lampai itu tetap berseri setiap kali menceritakan kenangan itu.

Sorakan tidak henti-henti kedengaran di tingkap dan pintu memanggil nama kami. Ada juga yang meminta jersi, seluar, stoking dan kasut. Malah paling lucu, ada yang minta seluar dalam sebagai kenangan.

"Sebagai menghargai mereka, sebelum keluar saya sempat melontar jersi warna kuning nombor 9 yang saya pakai selain kasut dan stoking kepada mereka. Seluar dalam yang saya pakai ketika perlawanan itu pun turut saya lontar kepada peminat yang tetap berebut mendapatkannya.

"Mungkin beruntung siapa dapat souvenir itu," kata James sambil ketawa ketika mengimbas kembali kenangan lucu sejurus selepas membantu pasukan negara layak ke Sukan Olimpik di Moscow.

Malaysia layak selepas menewaskan Korea Selatan, 2-1 pada perlawanan akhir pusingan kelayakan di Kuala Lumpur – kali kedua selepas 1972.

Pemain lain termasuk (mendiang) R Arumugam, Santokh Singh, Soh Chin Aun, Jamal Nasir, Peter Rajah, Khalid Ali, Hassan Sani, Abdah Alif, Bakri Ibni, Shukur Salleh serta Abdullah Ali.

Kejayaan itu seharusnya menjadi kenangan paling membanggakan bagi anak ketiga, pasangan Wong Hean Ming dan Mary Dunlop yang berketuruan Eurasian ini.

Ini kerana jaringan kemenangan dalam perlawanan penting itu dihasilkan oleh James ketika babak kedua hanya berbaki lima minit.

Menceritakan detik manis itu, pemain yang digelar ‘Balak' oleh Mokhtar, mengakui ia pengalaman sukar dilupakan sampai bila-bila.

"Saya masih ingat lagi sampai sekarang bagaimana gol itu dihasilkan. Masa itu ada baki lima enam minit lagi. Korea Selatan mendapat sepakan percuma di tengah padang dan terus dihantar ke kawasan gawang kami.

"Khalid yang berada di situ kemudian menanduk ke depan. Hassan sempat menyambutnya dan terus melarikan bola itu macam lipas kudung menuju ke kawasan Korea.

Ketika itu, saya berada di kawasan tengah. Bila saja melihat Hassan berlari pantas bersama bola itu, saya terus menuju ke kawasan penalti. Masa itu dua atau tiga pertahanan Korea sudah berada di depan dan belakang saya.

"Hati saya masa itu berdetik, Hassan selalunya tidak akan menendang terus, sebaliknya akan membuat hantaran kepada saya. Memang benar, bila saja berada hampir dengan gawang, dia terus membuat umpanan ke arah saya.

"Masa itu saya berada di posisi agak terkepung antara pertahanan lawan, tapi melihat umpanan itu, saya terus menyelit dan menyepak kencang ke arah gawang, melepasi penjaga gol.

"Saya sempat melihat bola itu menerjah jaring, sebelum berteriak dan berlari meraikan jaringan itu ke arah Hassan, sebelum terbaring dan kemudian ditindih semua rakan bagi meraikan gol itu, sehingga hampir tidak dapat bernafas," katanya.

Sebelum jaringan kemenangan itu, Malaysia berada di depan melalui jaringan Bakri Ibni pada awal babak pertama, sebelum disamakan oleh Korea di awal babak kedua.

James mengakui sebaik jaringan itu, dia sudah terbayang akan beraksi di Sukan Olimpik, sesuatu yang sememangnya diidamkan.

"Ketika itu pemain seperti tidak percaya tapi majoritinya menangis kegembiraan. Ada yang sujud di tanah. Kami berpelukan sesama sendiri manakala semua pegawai pasukan, datang memeluk dan mengucapkan tahniah.

"Jurulatih, Karl Weigang turut memeluk saya dan mengucapkan terima kasih atas jaringan kemenangan itu. Dia pun turut sebak. Kami menamatkan sambutan kemenangan itu dengan mengelilingi stadium satu kali," katanya.

Hasil kejayaan itu, setiap pemain diberi bonus sebanyak RM1,000 oleh FAM dan tidak lama selepas itu, turut mendapat penganugerahan pingat Ahli Mangku Negara (AMN) dari Yang di-Pertuan Agong.

Bagaimanapun, impian James tidak dapat direalisasikan apabila penyertaan kontingen negara ke Sukan Olimpik dibatalkan atas arahan kerajaan sebagai membantah tindakan Russia menceroboh Afghanistan.

Saya berbohong kalau kata saya tidak kecewa. Beraksi di Sukan Olimpik adalah impian setiap ahli sukan di dunia dan saya pun tidak terkecuali.

"Hakikatnya, sampai hari ini saya tetap terkilan dan sedih kerana tidak dapat ke Sukan Olimpik di Moscow.

"Kini, setiap kali menyaksikan pembukaan temasya Sukan Olimpik di kaca televisyen, hati saya sentiasa hiba, malah kadang-kala tanpa disedari air mata saya juga menitis," katanya yang nampak sebak.

Berikutan pembatalan itu, skuad negara diberi ganjaran lain iaitu melancong ke Eropah dengan dibiayai sepenuhnya oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

James yang kini berusia 53 tahun dan menjalankan perniagaan selepas meninggalkan Yayasan Sabah, bersara dari bola sepak antarabangsa pada 1982 manakala di peringkat negeri tiga tahun selepas itu.

Beliau mempunyai dua anak lelaki hasil perkahwinan dengan Jennifer Wong. Anaknya Ian, 21, dan Duncan, 18, turut mengikut jejak bapa mereka dengan bermain bola sepak dan pernah mewakili Sabah dalam Sukan Malaysia.



- Berita Harian (2005) -




[ Last edited byHangPC2 at 19-10-2008 10:08 AM ]

dexa Publish time 19-9-2008 01:42 AM

Reply #150 HangPC2's post

ahhh.....
sedih juga baca pasal james wong niye ---
baru teringat - hassan sani -- pun strikerpernah
main dengan mokhtar tu --

btw - kawan saya beritahu adnan saidin (rasanya dia ni
zaman after mokhtar) dah jadi orang kaya dah --
contractor jutawan or something --

dia main dengan perlis ke, hang? --

dan pemain2 after zaman mokhtar --
subadron aziz... tapi saya tak berapa sangat
baca tentang tu ---

kawan saya sebut yang elyas omar (datok bandar KL dulu)
president BAM.. dan juga pres bolasepak utk KL --
dia bagus dalam handling bolasepak KL - tu yang dapat
fandi, k kannan, malek awab...    apa pendapat hang
tentang perkara itu?

* dia jadi pres BAM - bawa balik thomas cup -
so kira not bad management bawah elyas omar ni -
Pages: 1 2 3 4 5 6 7 8 [9] 10 11 12 13 14 15 16 17 18
View full version: ~MERGED~ Mokhtar Dahari - Lagenda Pemain Bolasepak Malaysia


ADVERTISEMENT