Icahn posted on 26-7-2006 05:58 PM

Ilmu kasyaf @ firasat.

Ada tak sapa2 yg tahu mengenai ilmu kasyaf dan firasat ni? I'm very interested about this. Macam sixth sense ke? Boleh ke kita berusaha untuk mempelajarinya ( walaupun saya rasa memang tak boleh )?

Kerengge posted on 26-7-2006 07:02 PM

kerengge rasa...ilmu nie....anugerah Allah pd hamba yg dikehendakinya....bukan semua orang boleh dapat..:lebai:

janggutmuda posted on 27-7-2006 12:22 AM

Originally posted by Icahn at 26-7-2006 05:58 PM
Ada tak sapa2 yg tahu mengenai ilmu kasyaf dan firasat ni? I'm very interested about this. Macam sixth sense ke? Boleh ke kita berusaha untuk mempelajarinya ( walaupun saya rasa memang tak boleh )?

Ilmu kasyaf mana boleh dipelajari macam ilmu syariat tu!

Dia bab menyucikan hati.

Pada individu yang terpilih sahaja yang Allah beri.

Bukan boleh didapati secara sesuka hati!

tasbih_online posted on 27-7-2006 08:18 AM

Originally posted by janggutmuda at 27-7-2006 12:22 AM


Ilmu kasyaf mana boleh dipelajari macam ilmu syariat tu!

Dia bab menyucikan hati.

Pada individu yang terpilih sahaja yang Allah beri.

Bukan boleh didapati secara sesuka hati!

Ni kira ilmu laduni ker?

orangbesi posted on 27-7-2006 08:47 PM

salam

TAK ADA APA YG TAK BOLEH
semuanya boleh
samada IKHLAS atau NIAT KERANA SESUATU YG LAIN
kalau ikhlas tu
teruskan saja

tapi kenalah INGAT INGAT
sebab kalau saudara dah tahu NAK MATI
takkan nak main main lagi atas bumi niiiiiiiiiii
jadi faham fahamlah

niceghost2005 posted on 28-7-2006 07:49 AM

Originally posted by orangbesi at 27-7-2006 08:47 PM
salam

TAK ADA APA YG TAK BOLEH
semuanya boleh
samada IKHLAS atau NIAT KERANA SESUATU YG LAIN
kalau ikhlas tu
teruskan saja

tapi kenalah INGAT INGAT
sebab kalau saudara dah tahu NAK MATI
...

Kui kui kui

Haaaah tu satu ILMU yg pasti semuer oghang ada!!!

ILMU mengenai MATI. :o:

HOTlips posted on 28-7-2006 08:46 AM

Assalamualaikum
Beberapa thn dulu my hubby pernah keluar 40 hari di Temboro. Sebuah kws pergunungan. Rata2 org2 kat sana ada ilmu2 kebatinan ni. Tua atau muda. Ada sorang tu siap  beritahu my hubby yg hubby ada 3 anak. Lelaki semuanya. Dan dia leh baca hati my hubby like, tujuan dtg etc. :hmm: Setelah ditilik nama hubby dgn kitab kajiannya, dia ajar satu zikir/amalan yg perlu my hubby buat selama kalau tak silap 40 hari berturut2. Fadhilatnya.... my hubby leh terbang.!!! Dulu selalu me perli hubby kenapa tak amalkan. Kalau boleh terbang, jimat belanja nak pergi sana sini. Nak pergi Mekah je perlu RM8 ribu ke atas. :lol
Baru2 ni pun my hubby jumpa seseorg yg juga berasal dr Indon. Menetap di M'sia. Also claimed dia boleh baca hati org. My hubby agak suspen la jugak Tp Alhamdulillah, dia kata, bapak ni baik orgnya. :lol
Me, teringin sgt nak jumpa org2 yg pandai ilmu kasyaf ni. But mostly yg me dgr, lelaki. Kalaula dpt jumpa, mcm2 nak tanya. Antaranya:
1. Betul ke CT tu hipo?
2. Tsumawi vs La-Nina siapa yg menang?
he he....
Wokeh, let's talk about it seriously...
Beberapa persoalan:
1.Adakah ilmu ini melibatkan makhluk2 ghaib like jin/syaitan?
2.Rasululla saw, sahabat2 dan beberapa org yg alim etc wali2 Allah juga mempunyai kelebihan kasyaf ni kan?
3.Ada perbezaan ke ilmu kasyaf para Rasul, sahabat dan wali2 Allah dgn org2 biasa yg memang purposely menuntut ilmu ini?
4.Mcm mana plak dgn pakar2 psikik mcm kat negara2 barat sana. Ini sort of ilmu kasyaf jugak ke?
TQ

niceghost2005 posted on 28-7-2006 09:13 AM

Originally posted by HOTlips at 28-7-2006 08:46 AM
Assalamualaikum
Beberapa thn dulu my hubby pernah keluar 40 hari di Temboro. Sebuah kws pergunungan. Rata2 org2 kat sana ada ilmu2 kebatinan ni. Tua atau muda. Ada sorang tu siap  beritahu my hubby yg hubby ada 3 anak. Lelaki semuanya. Dan dia leh baca hati my hubby like, tujuan dtg etc.  Setelah ditilik nama hubby dgn kitab kajiannya, dia ajar satu zikir/amalan yg perlu my hubby buat selama kalau tak silap 40 hari berturut2. Fadhilatnya.... my hubby leh terbang.!!! Dulu selalu me perli hubby kenapa tak amalkan. Kalau boleh terbang, jimat belanja nak pergi sana sini. Nak pergi Mekah je perlu RM8 ribu ke atas.
Baru2 ni pun my hubby jumpa seseorg yg juga berasal dr Indon. Menetap di M'sia. Also claimed dia boleh baca hati org. My hubby agak suspen la jugak Tp Alhamdulillah, dia kata, bapak ni baik orgnya.
Me, teringin sgt nak jumpa org2 yg pandai ilmu kasyaf ni. But mostly yg me dgr, lelaki. Kalaula dpt jumpa, mcm2 nak tanya. Antaranya:
1. Betul ke CT tu hipo?
2. Tsumawi vs La-Nina siapa yg menang?
he he....
Wokeh, let's talk about it seriously...
Beberapa persoalan:
1.Adakah ilmu ini melibatkan makhluk2 ghaib like jin/syaitan?
2.Rasululla saw, sahabat2 dan beberapa org yg alim etc wali2 Allah juga mempunyai kelebihan kasyaf ni kan?
3.Ada perbezaan ke ilmu kasyaf para Rasul, sahabat dan wali2 Allah dgn org2 biasa yg memang purposely menuntut ilmu ini?
4.Mcm mana plak dgn pakar2 psikik mcm kat negara2 barat sana. Ini sort of ilmu kasyaf jugak ke?
TQ ...

Waalaikumusalam wbt HOTlips,

KHASAF, 6th SENSE n FIRASAT adalah pemberian Allah swt.

KEBANYAKKAN deme ini TIDAK MEMINTA dari Allah swt akan ILMU tersebut.
Ada satu peristiwa, salah seorg Imam BESAR Mazhab dapat melihat dosa seseorg dari air wudhuk mereka.
Dier pun menegur oghang oghang tersebut akan kesalahan or maksiat yg pernah di lakukan.

Selepas itu, dier pun solat sunat 2 rakaat dan ber:pray: kpd Allah swt agar DI TARIK BALIK kelebihan yg di beri itu.

PERSOALAN di sini, HOTlips.
KENAPA dier berbuat demikian???

1. Betul ke CT tu hipo?
2. Tsumawi vs La-Nina siapa yg menang?
Kalau lah oghang awam/biasa yg mempunyai ILMU sedemikan...........haper akan terjadi???
Mereka sendiri yg akhir nya akan ROSAK.!!

And one more thing...................kalau di fikir2 balik, dgn IMAN n AMAL yg sedikit, camana plak bley jadi KHASAF???
Solat tunggang langgang.................
Entah2 dapat ILMU HITAM plak.

Kui kui kui kui kui

Berhati hati di Jalan Raya!

Wsalam

always_typo posted on 28-7-2006 10:08 AM

Originally posted by HOTlips at 28-7-2006 08:46 AM
Assalamualaikum
Beberapa thn dulu my hubby pernah keluar 40 hari di Temboro. Sebuah kws pergunungan. Rata2 org2 kat sana ada ilmu2 kebatinan ni. Tua atau muda. Ada sorang tu siap  beritahu my hubb ...

Saya post di bawah dalam satu board lain, saya modify sedikit dan post di sini:

Mengikut pemahaman saya, para wali dianugerahkan 'pakaian' atau 'persalinan' yang kita panggil
'khasyaf', 'firasat', 'keramat' dan sebagainya oleh Allah kerana keredhaan Allah terhadap mereka .
Redha ini  dari segi Tuhan kepada hambaNya adalah satu pengiktirafan Tuhan kepada hambanya
yang lebih tinggi   tarafnya dari 'ghafru' (pengampunan)  yang juga satu tahap lebih tinggi dari 'afwa' (kemaafan).

'afwa --> ghafru --> redha

Anugerah 'persalinan' ini selalu tidak tahu bagamana Allah menganugerahkannya kepada pelbagai
individu. Seperti lain-lain anugerah Allah di dunia ini, anugerah 'persalinan' sebegini juga boleh menjadi ujian
yang maha hebat kepada individu tersebut kerana ia boleh menimbulkan sifat-sifat riyak, 'ujub,
ta'jub dengan diri sendiri dan lain-lain yang telah membinasakan ramai ahli peribadatan zaman silam.

Oleh itu kita dengar cerita ramai para 'abidiin yang menyembunyikan 'persalinan' mereka dari orang ramai.
Tak kurang juga yang berpesan kepada murid2 yang ternampak 'persalinan' ini agar tidak memberitahu
orang pasalnya langsung, sehinggalah mereka meninggal dunia baru diketahui orang.

Kalau nak kata miracle atau keajaiban, banyak penganut agama lain yang mampu melakukannya
ie menahan makan selama beberapa minggu, tidur dalam tanah, psikik, dsbgnya yang diperolehi dengan
daya usaha mereka, pertolongan makhluk metafizikal seperti jin dan takdir Allah Taala.

Bagi para wali, yang diperoleh itu adalah anugerah  'persalinan' dari Allah
kpd mereka dan 'persalinan' ini bukan sesuatu yang mereka cari, yang mereka
cari --> keredhaan Allah.

Redha sifatnya reciprocal,  perlu bermula  dari hamba kepada Tuhannya. Pendek kata, kita
kena redha kepada Allah dahulu, baru Allah akan  redha kepada kita.

Jika anda berminat untuk mempelajari ilmu kasyaf ini, tukarkan niat anda itu ke arah belajar  mencari keredhaan Allah.
Semoga kita semua mendapat hidayahNya.

[ Last edited by  always_typo at 28-7-2006 10:11 AM ]

Mawar Merah posted on 28-7-2006 01:26 PM

Originally posted by zulyusoff at 28-7-2006 12:25 PM
Sila baca buku

Ilham, kasyaf dan mimpi
karangan Dr Yusuf alQaradawi
Dah baca dah tapi penerangannya agak condong kepada pemahaman yg biasa2 sj. Tak mendalam spt buku2 dari org yg benar2 memahami dan mengalami kasyaf itu sendiri.

DanIno posted on 28-7-2006 04:00 PM

Ooo.......saya kalau boleh nak tau pasal ilmu ni, sebab nak tau niat orang. Niatnya baik ke tak, yer la, kan ke ramai orang2 jahat, penipu, pembelit dan penyangak di sekeliling kita sekarang ni. Apa pendapat korang?

tasbih_online posted on 28-7-2006 06:28 PM

Originally posted by orangbesi at 27-7-2006 08:47 PM
salam

TAK ADA APA YG TAK BOLEH
semuanya boleh
samada IKHLAS atau NIAT KERANA SESUATU YG LAIN
kalau ikhlas tu
teruskan saja

tapi kenalah INGAT INGAT
sebab kalau saudara dah tahu NAK MATI
...

Yakin Boleh!:o:

sila ke LP untuk politik boleh ~ ibnur

[ Last edited by  ibnur at 29-7-2006 11:24 AM ]

orangbesi posted on 28-7-2006 10:56 PM

salam

macam mana YAKIN BOLEH niiiii
saya rasalah, kalau ada seseorang tu tahu TARIKH dia nak MATI
tak layan lagilah hidup niiiiii
dok atas sejadah saja kotttttt
atau terus SUJUD selama-lamanyaaaaaaaaaaa

(pasal KEMATIAN ada kaitan dgn IZRAEL)
kamu tahu tak siapa IZRAEL
dan PARAS RUPANYA????????????????

petola posted on 29-7-2006 01:10 AM

salam semua.

kebanyakan orang melihat ilmu kasyaf drp aspek mistiknya, tetapi jarang yg mahu melihatnya drp aspek bagaimana manusia memperoleh ilmu.

ada tiga bidang yg berkait dengan ilmu manusia.

1. ontologi (apa yg manusia mampu ketahui)
2. epistemologi (bagaimana manusia mampu mengetahui) dan
3. aksiologi (untuk apa pengetahuan itu, atau nilai ilmu tersebut).

ontologi akan menentukan epistemologi sementara epistemologi juga menentukan aksiologi.

epistemologi yang merupakan proses utamanya terbagi kepada tiga, iaitu:

1. rasional (melalui akal murni,pure reason, pemikiran filosofis)
2. empiris (melalui indera, sense-perception, pemikiran saintifik)
3. intuitif (melalui hati/ilham, intuition, pemikiran sufi)

pembahagian yg di atas ini diterima secara umum oleh tradisi keilmuan Islam (dan timur) dan Barat.

dalam Islam epistemologi seperti ini dirangkum oleh para cendekiawan muslim, yang kemudian dikembangkan (antaranya oleh M. Abed Al-Jabiry) menjadi: Burhani (rasional) Bayani (deskriptif/empiris) dan Irfani (intuitif)

pendekatan rasional mengambil ilmu melalui akal budi manusia dengan andaian bahawa sesuatu itu boleh dinalar dan difahami.

pendekatan empiris pula menekankan pada pencapaian ilmu melalui data dan fakta yang ada dalam domain empirik.

cara intuitif pula lebih melihat pada kemampuan `rasa' diri manusia atau melalui wahyu dan intuisi di luar dirinya.

jadi ilmu makrifat/laduni ini adalah tergolong dari jenis yg ketiga itu. Caranya dikatakan melalui penyucian diri dan hati (sufi) kerana hati yg bersih dan suci mampu menangkap perkara2 yg tidak mampu dicapai atau dilihat oleh akal atau pengalaman indera manusia.

namun begitu dari segi nilai atau kebenaran ilmu ini dianggap sebagai setaraf dengan apa yg mampu diperoleh melalui dua pendekatan yg lain itu, walaupun Imam Ghazali contohnya berpandangan yg ilmu yg diperoleh melalui ituisi/ilham ini lebih stabil.

kelebihan2 secara mistik orang2 tertentu yg bertaraf `wali' adalah di luar drp bidang2 di atas...

nota:

1. saya masih tidak pasti sama ada latihan dan pengalaman rohani dan kemampuan2 mistik ahli2 sufi dalam Islam ini ada bandingannya dengan pengamal2 sufi dalam agama2 lain. Jika cara Islam dan cara agama lain mampu mencapai tahap yg sama, maka apa yg dianggap sebagai cara Islam itu mungkin bukanlah sesuatu yg eksklusif.

2. apa yg dinyatakan oleh tuan always_typo di atas sebagai 'afwa --> ghafru --> redha bagi saya hanyanya suatu konsep untuk menjelaskan atau menjadi landasan kepada amalan sufi.

[ Last edited by  petola at 29-7-2006 01:22 AM ]

jpl_fan posted on 29-7-2006 01:15 AM

dulu ader sorang ustad nie..konon2 dia boleh bace org ler....wakakakaka...aku mmg anti btl ngan ustad nie...even kalo aku lalu depan dia pun..aku buat de jer..senyum pun x pernah..even dia ader predict ler pasal mak aku..ayah aku..ngan adek2 aku...semua yg dia ckp tuu..ader gak yg terjadi..but for me..aku x leh nak accept dia..for me..aku percaya kat Allah jer...and ader skali tuu dia ader citer kat mak aku yg aku akan ambik law..study for law...aku pun boleh tergelak dpn2 ustad tuu...and skrg aku ambik bidang yg berkaitan ngan it...langsung x der kena mengena ngan law...anyway aku ngaku ler aku minat law..tp ayah aku x kasi...so the conclusion is...x der saper yg boleh lwn kuasa Allah...even nabi Yusuf pun dpt tafsir mimpi jer..niekan plak hamba Allah yg biasa jer..:2lol:

antiQue posted on 29-7-2006 08:15 AM

Originally posted by jpl_fan at 29-7-2006 01:15 AM
dulu ader sorang ustad nie..konon2 dia boleh bace org ler....wakakakaka...aku mmg anti btl ngan ustad nie...even kalo aku lalu depan dia pun..aku buat de jer..senyum pun x pernah..even dia ader pre ...

ustaz kamu ni bukan kasyaf, jpl... orang kasyaf tak buat kerja menafsir saja-saja ni... diorang tak tunjuk pun kebolehan diorang... dan bukan itu kasyaf yg forumners kat sini maksudkan...

always_typo posted on 29-7-2006 12:01 PM

Originally posted by orangbesi at 28-7-2006 10:56 PM
salam

macam mana YAKIN BOLEH niiiii
saya rasalah, kalau ada seseorang tu tahu TARIKH dia nak MATI
tak layan lagilah hidup niiiiii
dok atas sejadah saja kotttttt
atau terus SUJUD selama-laman ...


tidak jugak tuan orangbesi.
Dia mungkin akan enjoy puas-puas,
dan bila seminit lagi nak mati, taubat nasuha!

always_typo posted on 29-7-2006 12:33 PM

Originally posted by petola at 29-7-2006 01:10 AM
salam semua.

kebanyakan orang melihat ilmu kasyaf drp aspek mistiknya, tetapi jarang yg mahu melihatnya drp aspek bagaimana manusia memperoleh ilmu.

ada tiga bidang yg berkait dengan ilmu man ...

menarik pandangan klasifikasi pemerolehan ilmu ini.


jazakallahukhairan kathira(moga Allah memberi tuan kebaikan sebanyak2nya)
kerana berkongsi di sini.

Saya berpendapat (mcmla saya ni tera sangat!) perbezaan antara ilmu sufi islam dan ilmu 'sufi' kafir
atau melencong adalah pengamalnya.

Pengamal ilmu sufi islam sebenar mementingkan penekanan amalan mengikut syariat mengikut sifat2
mahmudah seperti mahabbah (bersegera mengerja yang wajib dan sunat, bersegera meninggalkan yang
haram dan makruh), berusaha mengurangkan yang harus) dan sebagainya  manakala pengamal kafir pula
sebaliknya tiada perkiraan halal haram sunat makruh harus baginya. And of course there are those
who are in between, individu berugama Islam tapi mengamal ilmu tariqat atau sufi yang sesat dan terpaling.

So kalau nak kata 'ekslusif' dari segi the nature of the phenomena agak sukar, sementelah klasifikasi fenomena kesufian ini tidak pernah dibuat secara objektif oleh mana2 pengkaji. So saya lihat 'ekslusif' adalah pada penilaian holistik
pengamal, ie pengamal yang wara' dan kasyaf - that's exclusively for Muslims, kalau tak wara' atau sesat tapi still kasyaf, itu dah tak betul.

Dengan itu cara paling objektif nak judge tahap ilmu dan sebagainya samada sesat atau tidak adalah melihat
setakat mana amalan syariat pengamalnya, adalah menepati syarak ataupun terkandung pelbagai
khurafat dan syirik. Juga ilmu agama individu ini (feqah, tauhid, tasawuf) dan amalan agamanya pada ilmu-ilmu tersebut mestilah konsisten dengan syara' pegangannya.

Orang kafir yang memperoleh ilmu sebegini (kalaupun genuine) hanyalah berolehnya secara istidraj dari Allah.

Maaf saya tidak dapat melihatnya dari segi pure secular view sepert yangi tuan cadangkan..perlu pada asasnya  berlandaskan syariat ie hukum taklifi..

[ Last edited by  always_typo at 29-7-2006 12:41 PM ]

always_typo posted on 29-7-2006 01:19 PM

Originally posted by petola at 29-7-2006 01:10 AM
jadi ilmu makrifat/laduni ini adalah tergolong dari jenis yg ketiga itu. Caranya dikatakan melalui penyucian diri dan hati (sufi) kerana hati yg bersih dan suci mampu menangkap perkara2 yg tidak mampu dicapai atau dilihat oleh akal atau pengalaman indera manusia.

Tuan,
Harus diingat Imam Ghazali juga mengatakan part penyucian diri dan hati itu adalah kewajiban kepada SETIAP umat Islam dan bukan para pengamal ilmu kesufian sahaja! hehe

Apart from that, anda melihat bidang pengklasifikasi pemerolehan ilmu dari  kacamata reductionism yang amat cenderung memecahkan sesuatu yang kompleks kepada fundamental parts. Tidak dinafikan, perspektif reductionism ini adalah berguna terutama dalam problem solving dsbgnya. However many people opined, as things get more and more complicated as of today, reductionism fails to provide all the answers.

Mungkin kita perlu juga melihat dari sudut holism yang tidak kurang pentingnya dalam proses pembelajaran atau memperolehi ilmu dan mungkin juga lebih sesuai dengan agama Islam. Quo vadis?

wasallam.

orangbesi posted on 29-7-2006 09:56 PM

SALAM

nak tambah sikit buat saudara always typo
sebab bila seseorang TAHU tarikh MATINYA
bermaksud dia dah JUMPA
memang JUMPA
sebab hanya ITU TUGASNYA
kalau DAH JUMPA tuuuuuuu
agak agak lama tak MASANYA???????????

petola posted on 29-7-2006 10:34 PM

Originally posted by always_typo at 29-7-2006 01:19 PM


Tuan,
Harus diingat Imam Ghazali juga mengatakan part penyucian diri dan hati itu adalah kewajiban kepada SETIAP umat Islam dan bukan para pengamal ilmu kesufian sahaja! hehe

Apart from tha ...

tuan juga harus ingat Ibn Rusyd mengatakan mempelajari falsafah juga adalah kewajipan bagi muslim... hehehe

apa yg saya tulis di atas itu hanya untuk menjelaskan kaedah pemerolehan ilmu yg setakat pemahaman saya diterima umum oleh semua.

setiap domain dikatakan mempunyai kelebihan2 sendiri yg lebih baik drp yg lain bergantung kepada apa yg dipercayai oleh pendokongnya. Seorang rasionalis akan kata kaedah akal murni mampu menemui kebenaran/truth. Begitu juga seorang empiris akan kata hanya kebenaran melalui kajian empirikal/pengalaman saja yg mampu menzahirkan ilmu/kebenaran. Seorang sufi akan kata ilmu melalui ilham saja yg benar kerana mereka akan kata hanya cara itu yg akan sampai kepada hakikat sementara kaedah rasional dan empiris hanya mampu mengenal hal luaran saja.

mungkin tuan boleh bincang apa itu ilmu/kebenaran/truth.

apabila saya menjelaskannya satu persatu bukanlah bermakna saya anjurkan kaedah reductionisme. Ia hanya untuk menjelaskan sudut mikronya saja. Bagaimana mahu menjadikan semuanya itu holistik, mungkin tuan boleh jelaskan kaedahnya kerana memang ada pemikir Islam kata bahawa ketiga2 domain itu bukanlah tidak ada kaitan antaranya... ketiga2nya ada pada diri manusia, jadi sudah tentu ianya seperti kata pemikir itu `organically related'.

sementara itu seorang ahli falsafah terkenal Barat pula memperkenalkan transcendentalism untuk mempertemukan dan menyelesaikan masalah hubungan antara rationalism/idealism, empiricism dan skepticsm.

[ Last edited by  petola at 30-7-2006 03:15 AM ]

fleurzsa posted on 30-7-2006 03:17 PM

Salam,

Lain-lain kemampuan luar biasa yg dimiliki oleh manusia...

-Mukjizat

-Keramat

- Mau'nah

-Istidraj

-Sihir

always_typo posted on 31-7-2006 09:29 AM

Originally posted by petola at 29-7-2006 10:34 PM


tuan juga harus ingat Ibn Rusyd mengatakan mempelajari falsafah juga adalah kewajipan bagi muslim... hehehe



Sebelum mengkaji ilmu filosofi, Abu Walid Muhammad Ibnu Ahmad atau Ibn Rusyd pasti bermula dengan tauhid, feqah dan
tasawwuf juga.. Bukankah dia pengarang kitab Bidayatul Mujtahid - kitab besar perbezaan antara mazhab itu?  Bukankah dia
berbelas tahun menjadi seorang  Hakim besar di Cordova? Dia sudah tentunya seorang yang wara' dan banyak amalannya.

Saya agak sangsi bila membaca kitab Ibn Rusyd yang diterjemah terutama oleh orang bukan Islam, kerana world view
penterjemah itu sendiri  ..orang yang berminat sungguh mahu mengkajinya,  tentu perlu memahirkan diri dalam bahasa Arab
dan memahaminya dari source di samping melihat karangan2nya yang lain utk meng'establish' konteks keilmuan and amalan
peribadatan Ibn Rusyd itu. Of course, itu hanyalah pendapat saya.

Saya amat heran melihat ramai orang yang mahu mengamal filosof Ibn Rusyd tetapi memperkecil2kan ilmu feqah dan syariat. Samalah
juga orang yang mendakwa pengikut ajaran Ar Rumi tapi menghina hukum taklifi dan orang yang bertanya tentangnya. Saya takut
ilmu yang dipelajarinya itu menjadi sesat dan menyesatkan. Semoga kita dijauhi dari sifat sedemikian.

Belajar falsafah wajib? Saya tidak pernah mendengar sesiapa mengatakan mempelajari falsafah itu adalah kewajiban bagi muslim. Mungkin ilmu saya kurang. Even sistem pendidikan kebangsaan kita pun hanya menekan subjek Tauhid, Fekah dan Tasawwuf (Akhlak). Falsafah hanya diajar di universiti atau kolej.
Saya ingat ilmu falsafah itu adalah ilmu optional atau mungkin fardhu kifayah bagi orang Islam, seperti Tafsir Al Quran, Ilmu Sanad Hadith, dan Ilmu Falaq. Adakah ianya pendapat Ibn Rusyd seorang atau jumhur ulamak? Adakah Ibn Rusyd kata fardhu kifayah atau fardhu ain? Tasawwuf itu fardhu ain.

[ Last edited by  always_typo at 31-7-2006 09:51 AM ]

Mawar Merah posted on 31-7-2006 10:35 AM

Originally posted by zulyusoff at 30-7-2006 11:14 PM
Dr Yusoff al_Qaradawi bukanlah ahli kasyaf. Dia adalah ahli fiqh. Jadi buku itu adalah menerangkan perspektif islam terhadap bab kasyaf, mimpi, ilham dan sebagainya. Tujuan saya cadangkan baca buku itu agar tuan-puan boleh menilai kasyaf itu menurut kacamata Islam. Janganlah taksub sangat dgnnya sampai kita terlupa hukum Tuhan.

Jika anda ada kelebihan kasyaf anda juga wajib guna dlm batasan  syariat. Jgn di salah guna kelebihan tu.
Katakanlah anda mampu pandang tembus sampai boleh melihat apa yg tersembunyi di belakang dinding. Jangan anda salah gunakan utk mengintai aurat perempuan. Jika anda mampu melihat masa depan, jgn pula di gunakan utk menilik nombor ekor.

Jgn  pula di salah-guna kelebihan tu utk menyesatkan manusia. sebab bila diri dah lebih dari org biasa, maka ego manusia akan naik.

Matlamat islam di turunkan kepada manusia adalah utk mendekatkan diri manusia kpd Allah. Dan bukannya utk membimbing manusia menjadi kasyaf.


Mengatakan buku dr yusof tu biasa2 sj dah dikatakan taksub sampai lupa hukum Tuhan???

Tahu pun dr yusof tu ahli fiqh jadi apa masalahnya kalau saya kata buku dia spt biasa2 sj(tak mendalam), tak spt buku dari org yg mengalami sendiri kasyaf tersebut. Dah mmg seorg ahli fiqh sebab itu tak boleh nak pergi jauh bila mengulas bab2 kasyaf dan mimpi ni.

Nak cdgkan di sini di alu2kan tapi jangan emosional bila ada org lain kata buku dia hanya biasa2 sj sbb banyak lagi buku2 lain yg mengupas lebih terperinci pasal persoalan kasyaf dan mimpi.... yg melebihi dr yusuf tu...:lebai:

Jangan fikir, kelebihan kasyaf yg haq itu boleh dianurgerah oleh Tuhan melalui jalan batil utk digunakan pada jalan batil pula spt contoh yg sdr berikan di atas...intai aurat perempuanlah...tilik nombor ekor lah...nak sesatkan manusialah dsbnya...

Kasyaf yg haq itu anugerah dariNya...kalau dah digunakan pada jalan batil spt yg sdr fikirkan tu..tak lamalah jwbnya ianya akan ditarik balik oleh Tuhan...atau pun 'kasyaf' tersebut sebnrnya diperolehi melalui jalan sihir....tu yg berjaya digunakan pada jalan batil spt yg sdr list kan di atas.

[ Last edited by  Mawar Merah at 31-7-2006 10:39 AM ]

always_typo posted on 31-7-2006 10:42 AM

Originally posted by petola at 29-7-2006 10:34 PM
apabila saya menjelaskannya satu persatu bukanlah bermakna saya anjurkan kaedah reductionisme. Ia hanya untuk menjelaskan sudut mikronya saja. Bagaimana mahu menjadikan semuanya itu holistik, mungkin tuan boleh jelaskan kaedahnya kerana memang ada pemikir Islam kata bahawa ketiga2 domain itu bukanlah tidak ada kaitan antaranya... ketiga2nya ada pada diri manusia, jadi sudah tentu ianya seperti kata pemikir itu `organically related'.

Maaf saya tidaklah berilmu sehingga ke tahap itu...  ilmu fardhu 'ain ni pun saya masih terkial-kial dan dhaif...haha

Idea holism ini saya ingat dari kuliah2 saikologi yang saya ikuti bertahun yang lampau, ketika perbincangan evolusi ilmu saikologi bermula dari reductionism seperti Freud dan Pavlov (yg diinspirasi oleh Kant probably among others) hinggalah ke Maslow (self actualization), Transcendence Victor Frankl  (disebut oleh Stephen R.Covey dlm buku 7 habitsnya) dan finally holistic approach to psychology (pada masa tu banyak mumbo-jumbo, tak tahula sekarang macam mana).

Saya setakat memberi cadangan kepada tuan utk explore, obviously tuan lebih arif dalam bidang ni dan mempunyai minat yang tinggi. Saya dah contented dengan ilmu saya yang ada sekarang dalam filosofi.
Page: [1] 2 3 4
View full: Ilmu kasyaf @ firasat.