IbuYasin Publish time 7-11-2006 02:41 PM

Originally posted by aza at 7-11-2006 02:31 PM




berbalik pada tajuk utama... bagaimana agaknya kita nak sampai ke tahap macam diorang ni yerk....

memang setuju sesangatlah dengan aza ni...

winamp05 Publish time 7-11-2006 02:42 PM

:off::off::off: Ko tengok aza, MODERATOR pun sokong aku tau .......... hehehehe

ibnur Publish time 7-11-2006 03:02 PM

wehhh...udah cukup sesi beramah mesra....selamat hari raya, maaf zahir dan batin.

Overse7en Publish time 7-11-2006 03:16 PM


berbalik pada tajuk utama... bagaimana agaknya kita nak sampai ke tahap macam diorang ni yerk....


Itu kena banyak mohon dengan Allah. Sampai dapat ilmu laduni. Ada sesapa tau makna ilmu laduni tu?

kasih_handzalah Publish time 7-11-2006 03:22 PM

terima kasih ngan maklumat tersebut..

winamp05 Publish time 7-11-2006 04:37 PM

Originally posted by aza at 7-11-2006 02:31 PM



:off: KENAPA KAU SUKA SANGAT GUNA TULISAN BESAR.. ORANG KAT SINI BUKANNYA SEMUANYA RABUN..


berbalik pada tajuk utama... bagaimana agaknya kita nak sampai ke tahap macam diorang ni yerk....


Cara nak dapat ? hmm.......... hehehe........
Kebanyakan wali2 yg kita tahu ceritanya adalah berasal dari golongan yg jahil agama dan hidup dalam kelalaian sebelum mereka ini menjadi wali. Kemudian mereka menyedari yg kehidupan mereka itu sia sia saja jika tidak menghambakan diri pada Allah. Seperti Ibrahim bin Adham, beliau sendiri adalah seorang raja. Suatu hari beliau tiba tiba gelisah tak menentu. Beliau tercari2 iman itu terletak dimana? jahil punya pasal, dia pegi geledah seluruh istana untuk mencari iman yg sebenar. habis lah satu istana bising ngan barang2 yg bersepah. sedang beliau sibuk mengeledah, tetiba beliau terdengar sesuatu dari atas bumbung istana. bising sangat. lalu disapanya. " Woi, sape yg dok kat atas bumbung tu hah? ape yg ko carik kat atas bumbung tu?" tanya ibrahim adham. lalu di jawab oleh orang atas, " Aku cari kuda aku kat atas nih"
Terkejut Ibrahim Adham, lalu berkata, "Ko ni gila ke hapa? mana ade orang cari kuda atas istana!!!"
Dijawab pula orang atas tadi, " Ko ni lagi gila, mana ada orang cari iman dalam istana!!!"
Tersedarlah ibrahim adham akan kesilapannya, rupanya yg berada di atas bumbung itu adalah Malaikat. Allah mengutuskan malaikat untuk menyedarkan Ibrahim.

Lalu keluarlah Ibrahim mencari iman....... beliau meninggalkan semua harta kekayaan dan hanya membawa sepotong roti buat bekalan perjalanan yg entah kemana dan bila akan berakhir. Beliau bertekad, beliau tidak akan makan roti tersebut sehingga Allah sendiri menyuap kan roti tersebut ke mulutnya.

Setelah lama berjalan, Ibrahim berehat di bawah sebuah pokok besar. sedang dia berehat, tetiba datang sekumpulan penyamun yg baru habis merompak. Takut punya pasal, ibrahim adham memanjat pokok tersebut untuk menembunyikan diri. Bila mana sampai saja perompak tersebut, mereka terlihat ada sepotong roti di bawah pokok. Memasing yg lapar sangat nak makan roti tersebut. Tapi ketua kumpulan tersebut menegah anak buahnya dari makan roti tersebut, takut2 orang nak anaya mereka dan meletakan racun pada roti tersebut. masing2 bergaduh pasal roti tersebut. nak jadi cerita, mereka menyuruh salah seorang dari mereka makan dulu roti tersebut. memasing xmo makan sebab takut. bila dicari2 last skali terjumpa ibrahim yg tengah duduk atas pokok.

Maka ibrahim pun dipaksa turun dari pokok dan disuruh makan roti tersebut. Ibrahim tak mo, jadi mereka menyumbatkan roti tersebut dalam mulut ibrahim. Akhirnya makanlah ibrahim roti tersebut tanpa beliau yg memasukan semdiri ke dalam mulut.

Begitulah kuasac Allah, jika dia berkehandak pada sesuatu itu maka pasti akan berlaku jika kita yakin 100% tanpa ragu padaNya. Pengajaran dari cerita ini, seseorang wali itu masa hidupnya hanya bergantung 100% pada Allah. mereka yakin akan rezeki yg Allah berikan pada mereka tanpa goyah. Bukan cam kita ari nih, kalo bajet lari sket dah penin pala.... hehehehe.........

Oleh itu, antara syarat yg perlu ada sebelum menjadi wali Allah, mestilah kita yakin 100% pada Allah bukan hanya mulut kata yakin tapi hati gelisah juga sebab nak kaver hutang keta ngan rumah........... hehehehehe .............



                                                      :hatdown::hatdown::hatdown:

[ Last edited bywinamp05 at 7-11-2006 04:40 PM ]

aza Publish time 7-11-2006 04:47 PM

Originally posted by winamp05 at 7-11-2006 04:37 PM



Cara nak dapat ? hmm.......... hehehe........
Kebanyakan wali2 yg kita tahu ceritanya adalah berasal dari golongan yg jahil agama dan hidup dalam kelalaian sebelum mereka ini menjadi wali....


cerita dongeng mana yang kau bawak ni.. uhuhhuuhhu......

tapi bab keyakinan pada ALLAH 100% tu memang aku setuju tapi camner nak tanamkan sifat tu dalam diri kita...apa pendapat winamp.. :hatdown:

winamp05 Publish time 7-11-2006 05:50 PM

Originally posted by aza at 7-11-2006 04:47 PM



cerita dongeng mana yang kau bawak ni.. uhuhhuuhhu......

tapi bab keyakinan pada ALLAH 100% tu memang aku setuju tapi camner nak tanamkan sifat tu dalam diri kita...apa pendapat winamp.. : ...


Senang saje........... Remove semua reason duniawi yg dah lama bertahta dlm hati dan kepala otak kita semua. Kalo kita bercakap pasal Tok Kenali berjalan atas air, mampukah fikiran kita mengiyakannya ? bila dengar dia wali baru lah kita percaya bulat2 dan kata Allah itu maha berkuasa. OK. skang cuba kita pulak yg cuba try test berjalan atas air......... boleh ke tak? saya sumpah, ramai akan cakap tak boleh. sebab? " ye la, dia tu wali, Allah tolong dia, kita ni hape..... " ..... ini lah reason yg terdetik kat dlm hati kita....... Dunia hari ini dah terlampau banyak mempengaruhi kita sampai kita kurang yakin dan goyah pada ketentuan Allah.......... mana ade orang yg 100% yakin dia bleh berjalan dlm air dan tak tenggelam hatta basah sekalipun ........

OK, Tengok pulak bab kesihatan, penin sikit2 xpe lagi. tapi kalo sakit pala tahap gaban, kita akan cari panadol. bukan cari Allah. Nabi kata sebaik2 ubat adalah solat....... kita cari dunia dulu baru cari Allah. bila di tanya mengapa kita tak cari Allah dulu? ape yg kita jawab ? Kita kena usaha, sabab ubat tu yg menyembuhkan penyakit tu Allah. tidak dapat tidak benda tu berlaku dalam setiap lapisan masyarakat dan umur. kita kena usaha dulu baru tawakkal...... harini duniawi tu memainkan peranan penting dalam menghasut hati kita untuk menjauhi Allah........ tetapi tidak pada para wali yg mana kehidupannya hanya pada Allah. mereka juga sama seperti kita solat lima waktu. mereka juga membaca doa iftitah sebelum fatihah seperti kita yg mana antaranya berbunyi, " sesungguhnya solatku, amalku, kehidupku, dan matiku hanya lah pada Allah.
Cuma bezanya kita ngan para wali nih, dia buat apa yg dia cakap dalam solat, manakala kita tidak. tak caya? cek balik perilaku kita.


Siapa tahu, siapakah ketua para wali2 Allah ? jawapannya adalah Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani.... beliau adalah ketua para wali......... cuba cari cerita2 twentang beliau. nanti tahu lah kita apa yg patut di buat untuk menjadi wali Allah........

aza Publish time 7-11-2006 06:00 PM

Originally posted by winamp05 at 7-11-2006 05:50 PM



Senang saje........... Remove semua reason duniawi yg dah lama bertahta dlm hati dan kepala otak kita semua. Kalo kita bercakap pasal Tok Kenali berjalan atas air, mampukah fikiran kita mengi ...


oo.. camtu yerk.. thanks...

winamp laa cerita tentang ketua walli ALLAH tu... bleh kungsi ngan semua orang....

aza Publish time 7-11-2006 06:04 PM

Originally posted by winamp05 at 7-11-2006 05:50 PM



Senang saje........... Remove semua reason duniawi yg dah lama bertahta dlm hati dan kepala otak kita semua. Kalo kita bercakap pasal Tok Kenali berjalan atas air, mampukah fikiran kita mengi ...


:off::off: curi avatar leh tak.. cumel laaa

Hari2mau Publish time 7-11-2006 11:15 PM

Originally posted by ibnur at 7-11-2006 02:37 PM
tulisan besar tu bagus untuk saya sebab saya rabun.okay...kalau nak besar tak pe...tapi jangan besar sesangat udah.


:setuju::setuju:

Tambah lagik-Jangan terasa besar diri . Nescaya memakan diri.

merigigi Publish time 7-11-2006 11:29 PM

salam semua...

kita bukannya tak percaya benda benda camni... kalau benar, memang benarlah kan?

Tapi yang kita nak tanya... apasal kita sebagai hamba allah hendakkan kuasa kuasa magik ni sahaja... bukannya riak macam tu?

apakah yang mengabdikan diri dalam sains dan teknologi berkorban kepada Tuhan itu tak sama ngan hamba allah yang boleh jalan atas air? apakah tak sama hamba seperti ibnu sina ke, siapa siapa math and sains ke, sallehudin ayubi ke, tak sama dengan orang yang punya power yang korang cakap tu?

Takkan Islam tu berkisar kepada benda benda ghaib ni aje kot... bukankah Islam itu kebenaran... apa salahnya cari kebenaran di tempat yang memanafaatkan manusia sejagat di dunia dari tempat tempat yang magik seperti itu?

Bukankan Tuhan dah kata bezanya orang yang berilmu dengan yang tidak seperti langait dan bumi?

Bukankan ganjaran orang yang berilmu itu sangat sangat tinggi?

jangan asyik cari yang magic saja... Islam adalah semuanya... macam mana nak kembalikan kegemilangan Islam kalau kita asik nak koncentrate pada benda yang "spiritual" sahaja...

Islam lebih dari itu!

antiQue Publish time 8-11-2006 08:00 AM

Saya dah mergekan thread IbuYasin ni dengan thread Icahn yg dibuka lebih awal. Next time jika nak buka topik, mohon buat search dulu supaya tak buka topik yg sama berkali-kali. Sambung saja dalam perbincangan yg dah ada.

IbuYasin Publish time 8-11-2006 10:09 AM

Ya boss.......................

Overse7en Publish time 8-11-2006 04:38 PM


Remove semua reason duniawi yg dah lama bertahta dlm hati dan kepala otak kita semua.


Haa...tu dia. Ada yg sebut tu, camna nak dapatkan ilmu laduni. Asalnya di sebut LA DUNYA, maknanya tiada dunia...Baru boleh dapat ilmu tu.

winamp05 Publish time 8-11-2006 05:19 PM

Originally posted by Overse7en at 8-11-2006 04:38 PM


Haa...tu dia. Ada yg sebut tu, camna nak dapatkan ilmu laduni. Asalnya di sebut LA DUNYA, maknanya tiada dunia...Baru boleh dapat ilmu tu.

:bye::bye::bye:

Icahn Publish time 8-11-2006 06:37 PM

I come from a religious background. I was also educated in religious schools until my SPM, so I have a deep and ingrained interests in this field................

aza Publish time 9-11-2006 08:38 AM


salam semua...

kita bukannya tak percaya benda benda camni... kalau benar, memang benarlah kan?

Tapi yang kita nak tanya... apasal kita sebagai hamba allah hendakkan kuasa kuasa magik ni sahaja... bukannya riak macam tu?

apakah yang mengabdikan diri dalam sains dan teknologi berkorban kepada Tuhan itu tak sama ngan hamba allah yang boleh jalan atas air? apakah tak sama hamba seperti ibnu sina ke, siapa siapa math and sains ke, sallehudin ayubi ke, tak sama dengan orang yang punya power yang korang cakap tu?

Takkan Islam tu berkisar kepada benda benda ghaib ni aje kot... bukankah Islam itu kebenaran... apa salahnya cari kebenaran di tempat yang memanafaatkan manusia sejagat di dunia dari tempat tempat yang magik seperti itu?

Bukankan Tuhan dah kata bezanya orang yang berilmu dengan yang tidak seperti langait dan bumi?

Bukankan ganjaran orang yang berilmu itu sangat sangat tinggi?

jangan asyik cari yang magic saja... Islam adalah semuanya... macam mana nak kembalikan kegemilangan Islam kalau kita asik nak koncentrate pada benda yang "spiritual" sahaja...

Islam lebih dari itu!


hmm.. pada pendapat saya lak..

bukan maksud riak atau menunjuk tapi itu menunjukkan kekuasaan ALLAH.. ALLAH itu boleh memberi pelbagai bentuk ilmu kepada manusia.. samada dalam bentuk sains or math seperti yang saudara cakap tu.. dan juga ilmu kasyaf seperti yang dibincangkan.. ilmu ALLAH kan luas..

jangan disempitkan ilmu ALLAH itu hanya berkaitan duniawi.. tetapi juga merangkumi benda2 ghaib juga... saudara membuat kesimpulan disini yang islam hanya nak concentrate pada benda2 ghaib sahaja? apa buktinya.. seperti yang winamp cakap perkara kasyaf ini hanya diberi kepada wali2.. dan bukan kepada orang yang macam kita ni....

dan kalau kita ni bijak.. boleh mengabungkan perkara2 ghaib ini dengan sains untuk menentang musuh ALLAH kan lebih baik..

IbuYasin Publish time 9-11-2006 09:52 AM

Originally posted by winamp05 at 7-11-2006 05:50 PM
Siapa tahu, siapakah ketua para wali2 Allah ? jawapannya adalah Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani.... beliau adalah ketua para wali......... cuba cari cerita2 twentang beliau. nanti tahu lah kita apa yg patut di buat untuk menjadi wali Allah........ ...


Maaf ibu nak menyampuk sikit. betul ke kita tahu siapa ketua wali? siapa yang bagi title tu? mana nak dapatkan cerita-cerita yang sahih tentang dia?

IbuYasin Publish time 9-11-2006 09:56 AM

Originally posted by merigigi at 7-11-2006 11:29 PM
jangan asyik cari yang magic saja... Islam adalah semuanya... macam mana nak kembalikan kegemilangan Islam kalau kita asik nak koncentrate pada benda yang "spiritual" sahaja...
...


apa yang merigigi maksudkan dengan kuasa magik ye? boleh tolong huraikan dengan detail tak.

setahu ibu apa yang orang-orang kasyaf dapat dari ilmu-ilmu rahsia Allah bukan magik, itu adalah satu anugerah yang tak ternilai dan digunakan dengan sebaiknya ke jalan Allah.
Pages: 1 2 [3] 4 5
View full version: Ilmu kasyaf @ firasat.


ADVERTISEMENT