IbuYasin Publish time 9-11-2006 10:01 AM

Originally posted by winamp05 at 7-11-2006 05:50 PM
OK, Tengok pulak bab kesihatan, penin sikit2 xpe lagi. tapi kalo sakit pala tahap gaban, kita akan cari panadol. bukan cari Allah. Nabi kata sebaik2 ubat adalah solat....... kita cari dunia dulu baru cari Allah. bila di tanya mengapa kita tak cari Allah dulu? ape yg kita jawab ? Kita kena usaha, sabab ubat tu yg menyembuhkan penyakit tu Allah. ...


Inilah yang kita panggil ibadat kepada Allah, walaupun duniawi. sebagai contoh kita lapar tetapi tidak sembahyang zohor lagi, yang mana paling utama? kita diharuskan makan dahulu baru kita sembahyang zohor, dalam konsep ini memang duniawi dahulu baru akhirat sebabnya bila tak makan, bolehkah kita sembahyang dengan kusyuk. Itulah selalu ditekankan bahawa Islam itu memudahkan umatnya, tidak sesekali menyusahkan.

Overse7en Publish time 9-11-2006 04:31 PM

Lagi satu, sebenarnya kasyaf dan sebagainya itu adalah HIKMAH yang Allah beri pada hamba-hambaNya yang beriman. Dalil ayat Qurannya saya pernah baca, ayat berapa tak ingat tapi saya sedang carinya.

Dan ilmu ini sebenarnya adalah KEFAHAMAN yang MENDALAM tentang AGAMA, maka dengan sebab mereka ini FAHAM dan MENGAMALKANNYA dalam kehidupan, maka ada beberapa karamah atau peristiwa yang luar biasa boleh berlaku dengan KUDRAT dan IRADAT ALLAH.

aza Publish time 9-11-2006 04:39 PM

Originally posted by IbuYasin at 9-11-2006 10:01 AM



Inilah yang kita panggil ibadat kepada Allah, walaupun duniawi. sebagai contoh kita lapar tetapi tidak sembahyang zohor lagi, yang mana paling utama? kita diharuskan makan dahulu baru kita sembahyang zohor, dalam konsep ini memang duniawi dahulu baru akhirat sebabnya bila tak makan, bolehkah kita sembahyang dengan kusyuk. Itulah selalu ditekankan bahawa Islam itu memudahkan umatnya, tidak sesekali menyusahkan


hmm.. sapa yang kasi kita kenyang yer ibu.. ALLAH ke atau makanan?

petola Publish time 9-11-2006 11:53 PM

banyak pengkaji sejarah Islam menyatakan bahawa tamadun Islam mula merudum apabila sufisme mula popular.

sufisme tidak mampu menyangga dan mendokong tamadun.

wali2 dianggap tidak mampu menjadi pemimpin dan pemerintah agung.

wali2 adalah orang yg membuang dunia atas alasan demi mendekatkan diri dengan Tuhan.

heran... mengapa hanya pengamal sufi yg dihebohkan mempunyai kuasa2 ajaib dan mistik yg kasyaf saja yg dianggap dan dipanggil wali tetapi orang2 berilmu lain yg memberi sumbangan besar kepada kemajuan dan kesejahteraanmanusia tidak dianggap wali tetapi hanya dipanggil `ilmuwan' saja?

sebab itu agaknya HAMKA sebagai contoh tidak begitu gemar dengan sufisme stail kuno itu. Lalu dia cadangkan `sufisme moderen' atau Nurcholis Madjid namakan `neo-sufisme' atau sufisme baru.

apa maksudnya? Lain kali saja saya terangkan.

ayyohpeen Publish time 10-11-2006 12:06 AM

Originally posted by petola at 9-11-2006 11:53 PM
banyak pengkaji sejarah Islam menyatakan bahawa tamadun Islam mula merudum apabila sufisme mula popular.

sufisme tidak mampu menyangga dan mendokong tamadun.

wali2 dianggap tidak mampu menjad ...

Salam petola dan semua..................
Saya amat tertarik dengan artikel anda mengenai sufisme.Terfikir juga diminda saya, apakah tidur kita terganggu jika kita tidak belajar ilmu ini.Namun ilmu yang membawa kemajuan jasad dan roh seperti yang ALLAH firmankan tidak terfaham dan terbuat keseluruhannya, kita masih mahu melangkah keperkara yang hanya penuh sangka-sangkaan sahaja.Maksud kemajuan yang saya kemukakan ialah biarlah kemajuan fizikal yang kita kejar bergandingan dengan pengisian rohani kita. Jadikeberkatan oleh ALLAH ada disitu.

Semuga apa yang anda bentangkan ini diberi tindakbalas yang rasional oleh forumers semua, insyaALLAH.

petola Publish time 10-11-2006 12:36 AM

Originally posted by ayyohpeen at 10-11-2006 12:06 AM


Salam petola dan semua..................
Saya amat tertarik dengan artikel anda mengenai sufisme.Terfikir juga diminda saya, apakah tidur kita terganggu jika kita tidak belajar ilmu ini.Na ...

salam kembali ap..

kita hanya boleh menyatukan kedua2nya apabila kedua2 jalan itu tidak bergerak menuju ekstrim masing2.

pemikiran sains dan rasional amat penting.
pendidikan hati juga amat penting.

soalnya mampukah pendidikan hati seseorang itu menerima pemikiran sains dan rasional yg penuh dengan sepak tendang ilmu itu?

atau mampukan pendidikan hati seseorang itu mencapai puncaknya jika digandingkan dengan katalah kepimpinan politik moden dan demokrasi misalnya yg..ya... penuh sepak tendang politik juga??

pengamal2 sufi bergelut berpuluh2 tahun untuk mencapai makam tertinggi dengan meninggalkan segala yg berunsur keduniaan. Malah kebanyakannya mengamalkan cara hidup `selekeh dan serebeh di tepi jalan'.

bagaimana kita nak menyatukan semua itu?
ke kanan tidak ke kiri pun tidak?

lalu jadi apa? bukan kasyaf tetapi kayap?

harap anda faham maksud saya.

[ Last edited bypetola at 10-11-2006 12:39 AM ]

winamp05 Publish time 10-11-2006 12:09 PM


banyak pengkaji sejarah Islam menyatakan bahawa tamadun Islam mula merudum apabila sufisme mula popular.


Saya faham maksud saudara, takut kita etinggalan kemajuan sains, dan hanya mengejar benda2 yg ghaib lagi gharab je.
Sebabtu lah saya bg tau dari awal, ikhlas dan tawakkal 100% kerana Allah. Pada sesapa yg ade simpan impian nak jadi macam wali2 Allah ni suma sampai boleh jalan atas air tak kan tercapai jika hanya kerana nakkan benda yg bila orang dengar dan tengok akan terpegun seperti jalan aas air dan sebagainya. Para wali2 Allah ini adalah mereka yg menghambakan diri mereka kepada Allah untuk Akhirat semata2 bukan untuk dunia. mereka telah menahan diri dan nafsu dari semua benda2 dunia yg boleh membawa kepada kelalaian dan maksiat.

Sesungguhnya Allah itu telah menetapkan dan menyusun atur dengan cantik apa ygdi kehendaki. dalam dunia ni ada orang jahat, ade yg baik, ade yg suka kondem, ade yg suka berbalah, ade yg pendamai, ade yg jadi pemerintah, ade yg jadi bijak pandai dalam ilmu dunia, ade yg bijak dalam ilmu akhirat, ade yg memporak perandakan umat, ade yg menyatukan. Allah jadikan semua ni saling berkaitan antara satu sama lain. kita ni hanya pelakon cerita, di pementasan alam ciptaanNya. dah jadi lumrah, tidak dapat tidak mesti ada baik buruknya. masing masin ada kerja masing2. bukan semua yg jadi wali dan bukan semua yg jadi saintis ulung. seperti saudara. apa pekerjaan saudara ? tahukah saudara kat m'sia ni kekurangan pelajar dalam bidang perubatan. skang kat m'sia sangat memerlukan pelajar perubatan. kenapa kita tak saund student supaya amik bidang perubatan je untuk cukupkan apa yg dikehendaki. tapi Allah tu dah susun siapa yg jadi doktor dan siapa yg jadi pesakitnya.

winamp05 Publish time 10-11-2006 12:29 PM


wali2 dianggap tidak mampu menjadi pemimpin dan pemerintah agung.
wali2 adalah orang yg membuang dunia atas alasan demi mendekatkan diri dengan Tuhan.


Jangan pandang para wali sebelah mata. Hebat sangat kah kita yg terlampau amik dunia sehingga melengah-lengahkan solat ? hebatkah kita yg bijak dalam teori relativiti masa sehingga lupa pada maha pencipta ? hebatkah kita yg mengagung agung kan ilmu dunia sehingga kita boleh jamin masuk syurga ? siapa kata para wali tak amik dunia ? anda pergi solat naik apa ? naik unta ? anda solat pakai apa ? pakai kulit binatang ? anda makan makanan apa ? roti kering sepotong sehari ? anda buka puasa dengan apa ? hanya sebiji kurma ? Tidak ! jawapannya tidak ! anda sekurang kurangnya ada kereta, makan nasi berlauk sedap, semua tu dunia belaka. tapi anda guna dunia untuk akhirat. semegah-megah kita kita tak dapat lihat syurga. hidu bau apatah lagi.... sehebat hebat kita, kita tak tahu berapa banyak amalan kita diterima dan berapa banyak amalan kita ditolak kerana membuka aurat...... dalam 10 orang bukan semuanya wali. dalam sepuluh orang manusia itu ada yg jadi kerani, ada yg jadi ulama, ada yg jadi askar, ada yg jadi doktor, ada yg jadi ahli politik, dan macam2 lagi lah. kondem lah apa pun kita nak kata pada mereka. yg penting taraf kita ngan mereka berbeza. syurga sedang menunggu mereka. tapi kita? neraka ke ?..........

sapa kata wali tak mampu jadi pemimpin. sapa kata wali membuang dunia. Lihat bagaimana Sutan Muhammad Al Fateh menakluki konstantinopel. beliau menggunakan dua kehebatan yg tiada dalam pihak musuh yaitu wali dan ahli kimia. lihatlah bagaimana beliau menggunakan kepintaran ahli sainsnya untuk meleburkan tembok besi pihak musuh, dan wali yg dapat melihat di sebalik tembok berapa ramai askar musuh yg tinggal. wali turut serta dalam peperangan menyebarkan agama dan meluaskan tanah jajahan islam...... wali dan pakar kimia bergabung untuk menaikkan martabat islam. dan jangan anda lupa, sultan muhammad al fateh sendiri adalah di kalangan para wali...... wali yg jadi pemimpin agung islam suatu masa dulu.

eiyoei Publish time 10-11-2006 03:02 PM

pada pengetahuan aku wali2 dlm dunia ni ada 400 org. jika ada sorang meninggal, ada wali baru yang akan menggantikannya. tidak lebih dan tidak kurang. Mereka hidup tersembunyi di dunia dan mereka sendiri tidak sadar akan kewalian mereka. Tetapi ada teori yang menyatakan bahwa mereka sesungguhnya saling mengetahui dan bahkan bekerja bersama-sama.

Wali2 ni pun ada tingkat2nya, wali besar, wali kecil... (nanti aku cuba huraikan panjang2) aku ada byk kisah pasai wali2 ni... Ada wali yang hidup hanyalah utk Allah sahaja, makan minum x dihiraukan. Maka allah hantarkan seekor lebah membawa madu kepadanya. Maka wali allah ni hanya perlu nganga mulut dan lebah ni akan masukkan madu ke dalam mulutnya setiap hari

eiyoei Publish time 10-11-2006 03:19 PM

bahwa mereka sesungguhnya saling mengetahui dan bahkan bekerja bersama-sama.

WALI WAFAT DI HADAPAN PARA WALI
(Pengalaman Soleh Al-Mari)

Ada seorang wali Allah bernama Abu Jahir telah keluar dari negerinya dan tinggal di sebuah tempat yang jauh dari kampung asal bersama isteri dan keluarganya yang lain.Di tempat baru ini, dia telah mendirikan sebuah masji dan beribadah di situ dengan tekun dan tenang.   Beliau sentiasa dikunjungi oleh orang yang ingin belajar dan mendalami jalan menuju Allah SWT.

Pada suatu hari seorang wali Allah yang lain bernama Soleh Al-Mari berazam untuk menziarahi Abu Jahir untuk mendapatkan barakah dari beliau.Maka pada hari yang telah ditetapkan, berangkatlah Soleh menuju negeri tempat tinggalnya Abu Jahir.Di tengah perjalanan, beliau bertemu dengan Muhammad bin Wasi

eiyoei Publish time 10-11-2006 03:20 PM

Terasa kedamaian pada mereka apabila terpandang rumah dan masjid yang didirikan oleh Abu Jahir.Namun mereka tidak terburu-buru mengetuk pintu atau minta izin untuk masuk demi menjaga peradaban Wali Allah.Mereka pun duduk di masjid menunggu Abu Jahir keluar untuk solat.Tidak berapa lama kemudia, waktu Zohor pun masuk.Maka keluarlah Abu Jahir tanpa bercakap apa-apa sebaliknya terus masuk ke masjid, berazan, iqamah dan solat.Kelima-lima tetamunya yang mulia itu solat berjemaah berimamkan Abu Jahir.

Selepas solat, barulah mereka menemui Abu Jahir satu persatu.Mula-mula sekali Muhammad bin Wasi

winamp05 Publish time 13-11-2006 09:23 AM

Saya pernah baca pasal citer nih.......... huhuhuhu ...........

IbuYasin Publish time 13-11-2006 09:53 AM

Originally posted by aza at 9-11-2006 04:39 PM



hmm.. sapa yang kasi kita kenyang yer ibu.. ALLAH ke atau makanan?


memanglah rezeki dan makanan datangnya dari Allah. ada-ada benda kena berfikir secara logik, janganlah berfikiran sempit.

serihartatie Publish time 13-11-2006 10:07 AM

tak der masa nak masuk thread ni...tapi sebanrnya byk benda nak cerita...pasal ilmu kasyaf ni...

baguslah kalau ramai yg berminat...

ramai yg kenal tasauf cara HAMKA, tapi sy rasa penjelasan beliau tercemar dgn penggunaan AKAL yg tidak sepatutnya disamatarafkan dgn WAHYU. Bila membentangkan soal TASAUF (kasyaf, laduni etc) ini kita perlu berhati-hati, agar kita TIDAK MENYAMATARAFKAN wahyu dengan AKAL LOGIK kita. Ramai yg dah kecundang, dan yg KECUNDANG itu bukan calang2 orgnya...apatah lagi kita yg cuma bertaraf biasa2 ini...

sy cuba bagi info jika masa mengizinkan..

winamp05 Publish time 13-11-2006 10:51 AM

Originally posted by IbuYasin at 13-11-2006 09:53 AM



memanglah rezeki dan makanan datangnya dari Allah. ada-ada benda kena berfikir secara logik, janganlah berfikiran sempit.

Sesungguhnya kita berfikir cara kita. tapi wali berfikir cara mereka. mereka ygkin Allah yg bagi makan walau xde kerja sekalipun. sebabtu keyakinan kita ngan mereka jauh berbeza. macam yg saya cakap. kita fikir logik akal, mereka pula sebaliknya. dunia dah mendidik kita kalo xkerja xbleh makan. tapi merea tidak. bab ni tak bleh sebut panjang sangat. nanti ade yg bawak kuar hadis pasal usaha. sebab kalo tak usaha mana ade hasil. betul tak ? itu semua cara kita. kita yg tak tentu lagi syurga atau neraka. seperti Abu Bakar sahabat nabi. beliau menderma kan seluruh hartanya pada jalan Allahhingga tak tinggal satu pun. malah pakaian nya hanya tinggal kulit binatang yg hanya cukup menutup tubuhnya sahaja. bila di tanya apa yg kau tinggalkan untuk anak bini kau yg Abu Bakar ? jawab nya " Aku tinggalkan padamereka Allah dan RasulNya saja. cukup lah apa yg Allah berikan pada ku. sesungguhnya Dia lah yg menentukan hidup mati dan rezki sekalian hambanya" ............ dikala itu Para malaikat turun mengucapkan salam pada Abu Bakar.

winamp05 Publish time 13-11-2006 10:55 AM

Originally posted by serihartatie at 13-11-2006 10:07 AM
tak der masa nak masuk thread ni...tapi sebanrnya byk benda nak cerita...pasal ilmu kasyaf ni...

baguslah kalau ramai yg berminat...

ramai yg kenal tasauf cara HAMKA, tapi sy rasa penjelasan...


:setuju::setuju::setuju:

Bagi la info, untuk pengetahuan kita bersama juga. Bukan tergila-gila nak jadi wali sampai bleh jalan atas air dan sebagainya, seperti yg disangka sesetengah forumers. cuma ingin tambah pengetahuan. Ilmu Allah itu luas. huhuhu......

always_typo Publish time 13-11-2006 11:29 AM

Originally posted by petola at 10-11-2006 12:36 AM


oalnya mampukah pendidikan hati seseorang itu menerima pemikiran sains dan rasional yg penuh dengan sepak tendang ilmu itu?

atau mampukan pendidikan hati seseorang itu mencapai puncaknya jika digandingkan dengan katalah kepimpinan politik moden dan demokrasi misalnya yg..ya... penuh sepak tendang politik juga??

pengamal2 sufi bergelut berpuluh2 tahun untuk mencapai makam tertinggi dengan meninggalkan segala yg berunsur keduniaan. Malah kebanyakannya mengamalkan cara hidup `selekeh dan serebeh di tepi jalan'.

Dalam ilmu tasawwuf,'dunia' didefinasikan sebagai perkara yang tidak membawa kebajikan pada sisi Allah. Jadimelarikan diri dari "dunia" dalam ilmu tasawwuf ini lebih kepada bermaksud meninggalkan perkara-perkara yang maksiat dan dilarang Allah.

Kalau anda membaca kitab tasauf besar seperti sirus salikin dengan bantuan guru yang berilmu, banyak benar perkara berkaitan hubungan dengan manusia yang dibincangkan, termasuk perkahwinan, pekerjaan, perniagaan, etc etc. Kalau ini perkara "dunia", takkan nak diperbincangkan dengan detail sekali? Jelas dari pandangan ilmu tasawwuf, perkara-perkara kebajikan dari sisi Allah di dunia ini tidak dipanggil "dunia" malah ianya dianggap komponen penting menuju akhirat.

Melakukan sesuatu perkara dengan tulus mulus kerana Allah (be it becoming a YB, conducting a scientific research, marketing a product etc etc) telah menjadi perkara yang begitu canggung dan aneh zaman sekarang...seperti juga zaman sebelum kehadiran Nabi Muhammad s.a.w dahulu sebelum Nabi dangenerasi Islam 300 tahun pertama menunjukkan bagaimana cara melakukannya.

Di akhir zaman fenomena ini berulang kembali. Target sekarang adalah untuk "kemajuan negara", "meningkatkan maruah", "menaikkan ekonomi", "membangun tamadun" dsbgnya - tetapi target yang sepatutnya ditekankan adalah "untuk Allah dan RasulNya" yang jarang disebut dan tidak dipraktik/hayati. Habih macam mana nak berjaya kalau Allah tak izinkan, contoh perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru yang sampai sekarang not achieving its target, malah melahirkan ramai generasi yang bobrok dan dwi-alam penanganbudaya materialistik dan hipokrasi melampau..sehingga duit korupsi dianggap rezeki!Yang meminjam dana MARA cuma berkira-kira bagaimana mahu melarikan diri dari membayar!

Tasawwuf kah kita ini dan mereka,atau semuanya cuma munafik yang nyata? Na'uzubillah...

serihartatie Publish time 13-11-2006 11:43 AM

PETOLA : mengamalkan cara hidup `selekeh dan serebeh di tepi jalan'.

ishkk..tak habis kajilagik ni..pasal pengamal tasauf...malah MAKNA TASAUFpun nih rasanyer belum faham detail lagik...harap sedara PETOLA ambil perhatian ler teguran sy ni...sebb nampak SUMBANG sgt statement sedara...

winamp05 Publish time 13-11-2006 12:29 PM


Malah kebanyakannya mengamalkan cara hidup `selekeh dan serebeh di tepi jalan'.


Nabi anda juga selekeh dan serabai, pakaian nya hanya dari bulu2 binatang....... namun dia kekasih Allah. anda bagaimana?

IbuYasin Publish time 13-11-2006 03:08 PM

Ibu minta dengan baik supaya winamp05, menggunakan font size yang lebih kecil. terima kasih.
Pages: 1 2 3 [4] 5
View full version: Ilmu kasyaf @ firasat.


ADVERTISEMENT