firdaus_84 posted on 9-11-2006 08:37 PM

Surah Al-Imran Ayat-31

Assalamualaikum wbt,
Di sini saya ingin membuat pertanyaan mengenai Surah Al-Imran Ayat-31,

Bacaannya berbunyi :

"Kul in kuntum tuhiboonal laaha fattabi'ooni yuh'bibkumul laahu" - ini adalah bacaan sebenar di dalam Al-Quran

Maknanya :

"Say (O Muhammad to them), if you love Allah follow me, Allah will love you." (Sura Ale Imraan: Verse 31)

Tapi ada seketika saya pernah membaca ayat-31 Surah Al-Imran ini dengan berbunyi,

"Kul in kuntum ""yuhiboonal """ laaha fattabi'ooni yuh'bibkumul laahu"

Pada saat tersebut saya dapat diri saya di datangi oleh sesuatu yang mengendap saya dari sebalik pintu yang menghubungkan ruang tamu, dan ruang depan di rumah. Oleh kerana ingin tahu, saya membaca dengan menggunakan yuhiboonal laaha maka makin makhluk tersebut hendap saya, Makin saya baca dengan sebutan yuhiboonal laaha makin ingin makhluk tersebut hampiri saya. Saya dapat rasakan kehadirannya tapi saya tak berani nk teruskan bacaan tersebut kerana tidak faham akan maksudnya. Jadi saya nak tanya pada forumer yang ketahui tafsir al-Quran, apa maknanya :

"Kul in kuntum ""yuhiboonal """ laaha fattabi'ooni yuh'bibkumul laahu"

dalam bahasa arab?? Kenapa dengan membaca seperti tersebut akan ada sesuatu yang cuba hampiri saya setiap kali saya baca sedemikian?? Kalau baca dengan lancar, alhamdulillah takde gangguan apa2 pun. Minta tolong semua yer..

Saya akan post pekara ni di ruangan History, Myth, Legend sebab nk minta pendapat orang2 cerdik bab2 misteri pasal pekara ni jugak. Benarkanlah ye para mod....

ayyohpeen posted on 9-11-2006 11:57 PM

Originally posted by firdaus_84 at 9-11-2006 08:37 PM
Assalamualaikum wbt,
Di sini saya ingin membuat pertanyaan mengenai Surah Al-Imran Ayat-31,

Bacaannya berbunyi :

"Kul in kuntum tuhiboonal laaha fattabi'ooni yuh'bibkumul laahu" -  ...

Salam...........
Sekadar ingin berkongsi.  Apakah anda dengan sedar, atau hanya perasaan sahaja, iaitu anda hanya dpat rasakan kehadirannya, tetapi tidak dapat melihat dengan mata kasar.

Sekadar tekaan, ada dua keadaan.

Mungkin dia nak tegur bahawa jangan anda cuba mengubah Ayat Al-Quraan, keran ia KALAM ALLAH: kesimpulan pertama
Mungkin juga makhluk itu suka kerana anda telah mengikuti jejaknya dengan mengubah-ubah ayat Al-Quraan: kesimpulan kedua

Sila abaikan kedua-dua kesimpulan ini jika anda berpandangan membaca ayatnya dengan betul disamping cuba mengetahui terjemahannya dan memahami apa yang sebenarnya  hikmah yang terkandung dari ayat ini.  Inilah cadangan saya. Baca dengan HAQ!

Allahu A'laam............

gigi.tembaga posted on 10-11-2006 12:56 AM

penggunaan huruf yaa dengan taa mungkin mengubah makna ayat berkenaan wpun ia bersandarkan kepada makna asas 'kasih'...kehadiran makhluk tsb ternyata mengganggu konsentrasi bacaan...oleh itu bacalah denga betul seupayanya...

ussopp posted on 10-11-2006 01:48 AM

ape maksud die ayat yg dihighlightkan tu???

i212 posted on 10-11-2006 12:07 PM

Qul in kuntum tuhibboona Allaha faittabiAAoonee yuhbibkumu Allahu wayaghfir lakum thunoobakum waAllahu ghafoorun raheemun  


Say (O Muhammad SAW to mankind): "If you (really) love Allah then follow me , Allah will love you and forgive you of your sins. And Allah is Oft-Forgiving, Most Merciful."  
3:31   

----------------------------------------
kalau salah tolong betulkan.. aku tak tau bahasa arab.. aku translate menggunakan logic tempat sebutan ayat.

Qul = Say
in kuntum = if you
tuhibboona Allaha = love Allah
faittabiAAoonee yuhbibkumu = then follow me
Allahu wayaghfir lakum thunoobakum = Allah will love you and forgive you of your sins
waAllahu ghafoorun raheemun  = And Allah is oft-forgiving, Most merciful.



Jika tuhibboona diganti dengan yuhibboona kemungkinan maknanya begini,
yuhibboona Allaha = benci Allah/does not love Allah


Aku cakap gitu sebab dalam surah 3:32
Qul ateeAAoo Allaha waalrrasoola fa-in tawallaw fa-inna Allaha la yuhibbu alkafireena  
  


Say (O Muhammad SAW): "Obey Allah and the Messenger (Muhammad SAW)." But if they turn away, then Allah does not like the disbelievers.  
3:32   


maksud
Allaha la yuhibbu alkafireena = Allah does not like the disbelievers.

So... benda tuh mungkin sesuatu yang membenci Allah atau mengingkari Allah.


--new edit..
Kalau ditengok dalam tulisan arab,
tuhibboona dengan yuhibbu mempunyai structure tulisan yang sama. cuma "tu" ditukar dengan "yu"



Tapi mungkin juga betul kata Ayyohpeen, mungkin dia nak betulkan bacaan tuh. :)


Allahu A'laam....

[ Last edited by  i212 at 10-11-2006 12:11 PM ]

firdaus_84 posted on 10-11-2006 03:55 PM

Originally posted by ayyohpeen at 9-11-2006 11:57 PM


Salam...........
Sekadar ingin berkongsi.  Apakah anda dengan sedar, atau hanya perasaan sahaja, iaitu anda hanya dpat rasakan kehadirannya, tetapi tidak dapat melihat dengan mata kasar.

Se ...

Bagi menjawab in detail,
Kehadirannya jelas dapat dirasakan dan tetapi tidak senyata yg mampu dilihat mata kasar. Saya sendiri dapat saksikan seakan2 satu bayangan hitam yang cuba mendekati saya pada mulanya ketika membaca ayat tersebut dengan salahnya. Kerana hendak hilangkan perasaan takut, saya membelakangi bayangan hitam tersebut dan terus membaca Al-Quran. Tapi, saya banyak kali menoleh ke belakang dan apabila dia perasan dia segera menyembunyikan diri disebalik pintu seperti malu2, tp saya dpt lihat sekali sekali dia keluarkan kepalanya(seperti bayang2 hitam, tiada rupa fizikal), nak katakan kawan serumah, saya check sorang2, semuanya dah tertidur.Apabila saya ulangi membaca ayat tersebut dengan salah, saya dapat rasakan dia mendekati saya dgn lagi dekat dari belakang. Pada waktu tersebut saya sendiri jadi takut(tidak berani lagi) utk menoleh ke belakang(bulu roma meremang, terasa angin2(aura?) yg keluar dr badan makhluk tersebut di belakang saya). Saya berhenti di situ, beristifar, seketika dan terus tido dengan kawan dalam bilik lain. malam tersebut jadi persoalan dalam minda saya sebab saya x faham akan maksud ayat tersebut jika dibaca dgn salah.

Originally posted by i212 at 10-11-2006 12:07 PM
Qul in kuntum tuhibboona Allaha faittabiAAoonee yuhbibkumu Allahu wayaghfir lakum thunoobakum waAllahu ghafoorun raheemun  


Say (O Muhammad SAW to mankind): "If you (really) love Allah  ...

Sebenarnya saya sendiri tercari apa makna yuhibuu ni sebab perhatikan... :

1.    He does not love the wrongdoers.
       inna-hu la yuhibbu z-zalimin.  (42:40)

2.     Allah surely loves the beneficient.
        yuhibbu l-muhsinin.  (2:195)

3.    Truly, Allah loves those who repent,
         inna llaha yuhibbu t-tawwabina
         and He loves those who keep themselves clean.
         wa yuhibbu l-mutatahhirin.  (2:222)


Ayat satu(42: 40) :

yuhibbu maknanya "not love"

Tapi ayat  ke2(2:195) dan k3(2:222)

yuhibbu maknanya "love"


:hmm:Bagaimanakah? Siapa dapat terangkan akan selanjut2 pekara sebegini??Minta maaflah atas kecetekan diri saya tentang tafsiran Al-Quran dan bahasa arab ni.

Berkemungkinan juga jika saya membaca...

Kul in kuntum ""yuhiboonal """ laaha fattabi'ooni yuh'bibkumul laahu
bermaksud: "Say (O Muhammad to them), if you do not love Allah, follow me, Allah will love you"

dan ada makhluk2 ghaib yang bencikan Allah tp inginkan kasih sayang Allah, menjelma utk mengikut saya...:stp: pada kata lain, saya telah menyeru makhluk ghaib(jin, etc)?

i212 posted on 10-11-2006 04:45 PM

Bila kita kaji betul2 ayat itu. Kita akan jumpa keadaan seperti dibawah.

untuk "Love"
--------
2:195 = yuhibbu
2:222 = yuhibbu

untuk "does not like" kebanyakannya strukturnya adalah seperti berikut.
--------------------------
3:032 = lamalif + yuhibbu
3:057 = lamalif + yuhibbu
3:036 = lamalif + yuhibbu
4:107 = lamalif + yuhibbu
42:40 = lam+alif + yuhibbu

so.. kalau salah sebutannya, maka salahlah maksudnya..

Inilah hasil kajian aku... kalau salah, tolong betulkan.

kyas posted on 10-11-2006 04:59 PM

ayat2 negative tu sbb ada 'la' utk makna tidak / jangan

ayyohpeen posted on 10-11-2006 05:17 PM

Originally posted by i212 at 10-11-2006 04:45 PM
Bila kita kaji betul2 ayat itu. Kita akan jumpa keadaan seperti dibawah.

untuk "Love"
--------
2:195 = yuhibbu
2:222 = yuhibbu

untuk "does not like" kebanyakannya str ...

Salam semua................
Inilah antara kaedah terbaik pada tahap saya, iaitu mencari akar kata love atau cinta atau kasih
melalui indeks lafaz Al-Quraan.

i212, anda bergerak kearah keadah  yang baik:hatdown::solute:

ayyohpeen posted on 10-11-2006 05:28 PM

Originally posted by ayyohpeen at 10-11-2006 05:17 PM


Salam semua................
Inilah antara kaedah terbaik pada tahap saya, iaitu mencari akar kata love atau cinta atau kasih
melalui indeks lafaz Al-Quraan.

i212, anda bergerak kearah kead ...


Saya juga ada terjumpa "muhabbatan"..............teringat muhabbatien(film hindi)...........

ayyohpeen posted on 10-11-2006 05:31 PM

Originally posted by firdaus_84 at 10-11-2006 03:55 PM


Bagi menjawab in detail,
Kehadirannya jelas dapat dirasakan dan tetapi tidak senyata yg mampu dilihat mata kasar. Saya sendiri dapat saksikan seakan2 satu bayangan hitam yang cuba mendekati sa ...


Salam...............
Saya juga selalu diganggu "makhluk" ketika membaca Al-Quraan dan terjemahan untuk memahami isi kandungannya ketika malam, kalau tak keterlaluan saya biarkan sahaja.  Tetapi saya akan "menghalau" kalau terlalu aggresif!

i212 posted on 11-11-2006 10:58 AM

mungkin kita leh bincangkan disini.... sekurang-kurangnya boleh kita tambah pengetahuan...

orangbesi posted on 11-11-2006 11:24 AM

salam

kita bincangkan yeeeee
jadi agak agak tu, lebih baik kita tengok kepada sesama MANUSIA sendiri
iaitu perangai dan kelakuan manusia
agak agak saudaralah, jenis yg macammanakan yg selalu datang
TERHENDAP HENDAP, TERCANGAK CANGAK, TAKE COVER MEMANJANG

mungkinkah jenis PENYANGAK???
mungkinkah jenis PEROMPAK????
mungkinkah jenis PENYAMUN????
atau adakah mereka yg MAHI KEBAIKAN akan BERKELAKUAN SEBEGITU????

sekadar percakapan dan pertanyaan dr budak kampung

i212 posted on 11-11-2006 12:05 PM

Originally posted by orangbesi at 11-11-2006 11:24 AM
salam

kita bincangkan yeeeee
jadi agak agak tu, lebih baik kita tengok kepada sesama MANUSIA sendiri
iaitu perangai dan kelakuan manusia
agak agak saudaralah, jenis yg macammanakan yg selalu  ...
Tak paham......

ayyohpeen posted on 11-11-2006 08:36 PM

Originally posted by orangbesi at 11-11-2006 11:24 AM
salam

kita bincangkan yeeeee
jadi agak agak tu, lebih baik kita tengok kepada sesama MANUSIA sendiri
iaitu perangai dan kelakuan manusia
agak agak saudaralah, jenis yg macammanakan yg selalu  ...

Salam OB,
Mungkin saya salah mungkin saya betul,
jika salah sila betul kan
jika betulpun hanya untuk  pertimbangan.............

Kesemua sifat-sifat negatif itu memberi tafsiran fizikal yang negatif
Namun itu diatas persepsi penghias muka(cover up page)

Kalau peringkat permulaan mencari ilmu, mungkin itulah kelakuannya
Malu untuk mengaku jahil, lalu mencuri-curi lihat, mengintai-intai peluang
untuk mendapatkajn ilmu, dan kekadang menunjuk-nunjuk seperti tahu, tetapi hakikatnya tak tahu
Tidak kepada yang berani mengaku jahil lalu mencari secara terang-terangan ilmu yang dimahukan
MALU TAK BERTEMPAT. Jadi, memang ada yang berkelakuan spt yang OB katakan kerana hendak mengatasi kejahilan dengan cara yang jahil......

Bagaimana Tuan OB, jawapan saya yang tahap orang kampung ni kepada pertanyaan yang didakwa tuan sebagai pertanyaan dari budak kampung juga???:hatdown::hatdown:

antiQue posted on 11-11-2006 11:28 PM

Originally posted by i212 at 10-11-2006 04:45 PM
Bila kita kaji betul2 ayat itu. Kita akan jumpa keadaan seperti dibawah.

untuk "Love"
--------
2:195 = yuhibbu
2:222 = yuhibbu

untuk "does not like" kebanyakannya str ...

Perkataan dasar untuk love is "hubbun". Ianya menjadi "yuhibbu" kerana ianya fi'il mudhari'.

Ianya menjadi "does not like" kerana kehadiran "La". La itu bermaksud tidak / jangan.

Jadi bila sebut yuhibbu, tuhibbu, yuhibbuna, uhibbu, dan macam-macam lagi semuanya merujuk kepada suka. Tapi bila ditambah La diawalnya, ianya jadi tak suka.

snipersnake posted on 12-11-2006 06:55 AM

orang bujang ker awak nih ;)

selalunya yg selalu membaca nih org bujang..mmg jadik ayat nih..kuasa Allah..tapi niat kene lillahitaala.

Gravedigger posted on 12-11-2006 11:53 AM

Originally posted by snipersnake at 12-11-2006 06:55 AM
orang bujang ker awak nih ;)

selalunya yg selalu membaca nih org bujang..mmg jadik ayat nih..kuasa Allah..tapi niat kene lillahitaala.

Lama tak nampak bro !

sakinahmawaddah posted on 12-11-2006 05:13 PM

:off: jap, mmg lama tak nampak bro kite nih (Snipersnake)
ramai dah org rindu weh
tah2 dah beli PS3
tu yg senyap jer
best ke PS3????

orangbesi posted on 13-11-2006 10:22 AM

salam

mungkin ada kebenaran kata saudara ayahpeen tuuuu!!!!!!!
tapi setahu saya dan setelah puas menjelajah
BAB YG BAIK TAKKAN JADI LAGU tuuuuu
dan terpulanglah kepada individu masing masing

tapi tang BAB saudara firdaus
tentu ianya berkaitan dgn golongan JIN/SYAITAN
sebab TAK MUNGKIN MALAIKAT DATANG SEBEGITU.....
dan TAKKAN masa lainnya DIA tak nak MENDEKATI
takkan lah hanya dimasa tuuuuuu sajeeeeeee

iyelah mana tahu, TERASA DIA macam KENA PANGGIL ajeeeeeee
dan YANG NYATA
TUGAS MEREKA
AKAN MENYESATKAN BANI ADAM DARI JALAN YANG LURUS....

snipersnake posted on 13-11-2006 01:37 PM

Originally posted by sakinahmawaddah at 12-11-2006 05:13 PM
:off: jap, mmg lama tak nampak bro kite nih (Snipersnake)
ramai dah org rindu weh
tah2 dah beli PS3
tu yg senyap jer
best ke PS3????

Lama tak nampak bro !

:lol ada. sekarang sibuk. kerja bertimbun2. lagikpon anak saya masih merah lagik :) sibuk sikit dgn dia, terbatuk sikit je bawak pi klinik, sayaaaang! minta maaf pembuka thread, kami of topic, terjumpa sahabat2 lama :)

firdaus_84 posted on 13-11-2006 02:01 PM

Originally posted by snipersnake at 12-11-2006 06:55 AM
orang bujang ker awak nih ;)

selalunya yg selalu membaca nih org bujang..mmg jadik ayat nih..kuasa Allah..tapi niat kene lillahitaala.

Bujanng lagikk. InsyaAllah. Harap2 menjadik, dah lama membaca dah...:lebai::lebai::lebai:

snipersnake posted on 13-11-2006 04:30 PM

alhamdulillah firdaus. niat kena baik. solat mmg takleh ponteng. seriuos cakap. ustaz saya pernah tunjuk depan saya, mg terkejut.lepas dia baca, datang perempuan tuh bagik salam kat dia. kuasa Allah. tiada batas. walaupon begitu, ini sebenarnya bukan utk tujuan tuh jer. nak bagik org sayang kat kita, ambil perhatian kat kita.

firdaus_84 posted on 13-11-2006 04:38 PM

Originally posted by snipersnake at 13-11-2006 04:30 PM
alhamdulillah firdaus. niat kena baik. solat mmg takleh ponteng. seriuos cakap. ustaz saya pernah tunjuk depan saya, mg terkejut.lepas dia baca, datang perempuan tuh bagik salam kat dia. kuasa Alla ...

Hebat ustazmu, aku dah dekat sebulan amalkan, tak nampak lagi kemujaraban dia. :hmm::hmm:

sakinahmawaddah posted on 13-11-2006 06:17 PM

Originally posted by snipersnake at 13-11-2006 01:37 PM
:lol ada. sekarang sibuk. kerja bertimbun2. lagikpon anak saya masih merah lagik :) sibuk sikit dgn dia, terbatuk sikit je bawak pi klinik, sayaaaang! minta maaf pembuka thread, kami of top ...

sniper kita dah jadi papa ke, TAHNIAH!!!!!!!
moga2 menjadi anak yg soleh, taat pada mama dan papa, dan sanggup berjuang utk agama ALLAH

:off: masa tgk trailer MGS utk PS3 terperanjat, ingat MGS dah jadi game first person shooter

sorry lagi skali pembuka thread, jupe member lama sat

betul ka sniper, mujarab benar la ayat ni yea...
Page: [1] 2
View full: Surah Al-Imran Ayat-31