TUKANGKEBUN Publish time 8-2-2007 08:54 AM

BERITA HARIAN 8 FEB 2007

Bekas askar maut ditanduk lembu
Oleh Ravale Savarinathan


TELUK INTAN: Seorang bekas anggota tentera Diraja Brunei Darussalam maut diserang seekor lembu jantan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas memancing ikan haruan di Pulau Juar, Kampung Gajah, awal pagi semalam.





Othman Muhammad, 60, yang pernah berkhidmat dengan tentera Diraja Brunei Darussalam selama tujuh tahun, mati di tempat kejadian kerana kecederaan parah di perut termasuk patah tulang rusuk.

Kejadian berlaku kira-kira jam 6.15 pagi apabila lembu jantan itu dikatakan terkejut dan naik minyak apabila motosikal yang ditunggangi mangsa menuju ke arahnya.

Anak mangsa, Nazreen Othman, 26, ketika di temui di rumahnya di Kampung Belt, Labu Kubong, Chenderong Balai dekat sini, berkata serangan lembu jantan itu menyebabkan bapanya cedera parah di bahagian perut.

Beliau berkata, bapanya keluar memancing bersama empat lagi rakan. Dalam perjalanan pulang ketika melintasi tempat kejadian, motosikal rakan mangsa di hadapan sempat mengelak sekawan lembu dari arah bertentangan.

"Bagaimanapun, motosikal yang ditunggangi ayah di belakang motosikal pertama gagal melepasi kumpulan haiwan itu, lalu salah seekor lembu berkenaan menyerang ayah,

TUKANGKEBUN Publish time 8-2-2007 08:56 AM

Reply #178 Gemukkkkkkk's post

aku rasa cara nak selesaikan masaalah ni dgn tutup tol tersebut

Gemukkkkkkk Publish time 8-2-2007 09:07 AM

Reply #182 TUKANGKEBUN's post

itu lah yang diorang buat sekarang..tapi mahal sungguh kosnya :@

TUKANGKEBUN Publish time 9-2-2007 09:28 AM

BERITA HARIAN 9 FEB 2007

Mangsa bom ikan meninggal di HI
Oleh Rasheffa Abdul Rashid


IPOH: Seorang daripada tiga mangsa bom ikan buatan sendiri yang cedera parah apabila bom berkenaan meletup sebelum sempat dicampakkan ke dalam sungai, meninggal dunia di Hospital Ipoh (HI), semalam.





Zulkifli Shaari, 16, yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dalam kejadian pada 4 Februari lalu itu meninggal dunia jam 11 pagi di Unit Rawatan Rapi (ICU) HI.

Isnin lalu, keadaan Zulkifli dilaporkan kritikal akibat kecederaan parah di kepala yang turut menjejaskan otaknya.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Azman Salim, berkata tiga rakannya, Taufiqin Hafiz, 21; Rosili Auli, 26, dan Mohd Fauzilan Mohd Razi, 27, dilaporkan stabil dan ditempatkan di wad biasa di HI.

"Keadaan Zulkifli paling kritikal antara tiga rakan lain yang turut mengalami kecederaan dalam kejadian letupan itu.

"Keluarga mangsa sudah dimaklumkan mengenai kematiannya," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Azman berkata, siasatan awal polis mendapati kejadian itu berlaku ketika mereka sedang membuat bom untuk menangkap ikan di Sungai Lasah di Lintang dekat Sungai Siput kira-kira 45 kilometer dari sini.

Katanya, polis sudah mengambil bahan bukti seperti serpihan besi yang ditemui di tempat kejadian dan dihantar ke Jabatan Kimia untuk mengenal pasti komposisi yang digunakan mangsa untuk membuat bom berkenaan.

"Kita tidak pasti apakah jenis bom yang sedang dibuat oleh mangsa dan jenis bahan yang digunakan sehingga mengakibatkan kecederaan serius pada mereka," katanya.

Azman berkata, kejadian itu disiasat mengikut Seksyen 6, Akta Letupan 1957.

Pada hari kejadian, polis menerima panggilan daripada Hospital Sungai Siput kira-kira jam 12 tengah hari mengenai empat lelaki cedera parah akibat terkena bom buatan sendiri sebelum dikejarkan ke HI untuk rawatan lanjut.

Dalam kejadian pagi Ahad itu, tiga daripada mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri, manakala seorang lagi separuh sedar ketika dibawa ke HI dan diberi rawatan di wad kecemasan.

Mohd Fauzilan yang putus lengan kanan dan sebahagian pahanya hancur, menjalani pembedahan selama 12 jam di hospital sama, manakala Rosilin cedera parah di dada dan mengalami keretakan tulang belakang.

Keadaan Taufiqin juga dilaporkan stabil selepas serpihan besi sepanjang 15 sentimeter dikeluarkan daripada perutnya Isnin lalu.

TUKANGKEBUN Publish time 9-2-2007 09:29 AM

BERITA HARIAN 9 FEB 2007

Bekas banduan ditahan kes bunuh budak
Oleh Yahya Awang


TAIPING: Polis menahan seorang lelaki berusia 31 tahun selepas disyaki membunuh seorang budak perempuan berikutan penemuan mayat kanak-kanak terbabit yang berusia lima tahun ditanam di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Batu Teguh, Simpang, dekat sini, semalam.





Mangsa dikenali sebagai Eshalini Sangar, dari Taman Seri Larut, Simpang, ditemui kira-kira jam 4.00 petang semalam oleh sepasukan anggota polis yang menggali di kawasan tempat kanak-kanak itu ditanam.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Kasim Ahmad, berkata mayat kanak-kanak itu dipercayai ditanam di kawasan berkenaan pada 22 Januari lalu.

Katanya, polis yang bertindak atas maklumat menggali kawasan berkenaan selama beberapa jam sebelum menemui mayat kanak-kanak perempuan itu yang dipercayai dibunuh.

Beliau berkata, lokasi mayat kanak-kanak itu ditanam ditunjukkan sendiri lelaki terbabit.

"Kejadian bunuh itu terbongkar selepas berlaku pertengkaran antara suspek dan seorang wanita kelmarin," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Kasim berkata, suspek yang mempunyai rekod penagihan dadah dan jenayah curi motosikal juga bekas banduan yang dibebaskan Ogos tahun lalu, dipercayai bergaduh dengan seorang wanita kelmarin menyebabkan wanita itu membuat laporan polis.

Beliau berkata, dalam laporan yang dibuat wanita itu kira-kira jam 10 malam kelmarin, dia menyatakan lelaki itu terbabit membunuh seorang daripada budak kembar.

"Tidak lama selepas laporan dibuat, polis memberkas suspek dan hasil siasatan suspek membawa polis ke lokasi tempat mangsa ditanam petang semalam.

"Pasukan polis yang menggali di kawasan kanak-kanak itu ditanam kemudian menemui mayat terbabit," katanya dan menambah mayat kanak-kanak itu dihantar ke Hospital Taiping (HT) untuk bedah siasat.

Kasim berkata, mengikut laporan wanita itu, kira-kira jam 2 petang 22 Januari lalu di rumahnya di Taman Seri Larut, suspek dikatakan menekan dada budak perempuan itu sehingga keluar air dari mulut mangsa.

揔ira-kira jam 8 malam hari yang sama, suspek membawa satu karung keluar dari rumah dan selepas itu budak itu tidak lagi kelihatan,

TUKANGKEBUN Publish time 9-2-2007 09:46 AM

BERITA HARIAN 9 FEB 2007

Keluarga mahu cam mayat


IPOH: Keluarga kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang dilaporkan hilang di Kajang, Selangor, September lalu, menghubungi polis Teluk Intan semalam, berikutan penemuan mayat seorang kanak-kanak oleh sekumpulan nelayan dalam sebuah beg pakaian pada 1 Februari lalu.





Ahli keluarga berkenaan menghubungi polis selepas berita mengenai penemuan mayat kanak-kanak berkenaan dilaporkan di akhbar tempatan kelmarin dan keluarga terbabit mahu menentukan sama ada itu adalah anak mereka yang hilang.

Pegawai Penyiasat Kanan Bahagian Jenayah Berat, Ibu Pejabat Polis (IPD) Hilir Perak, Asisten Superintendan Teh Jern Wah, berkata mayat reput yang ditemui itu sudah dihantar ke Hospital Ipoh untuk ujian deoksiribonukliek asid (DNA).

Katanya, pihaknya sudah meminta keluarga berkenaan memberikan maklumat berkaitan bagi membolehkan polis membuat siasatan lanjut.

Mengikut fakta kes, kanak-kanak itu pergi ke sebuah pusat beli-belah di Kajang bersama ibunya pada 23 September tahun lalu dan dilaporkan hilang kira-kira jam 4.30 petang.

Keluarga mangsa kemudian membuat laporan polis mengenai kehilangan kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Tong Ta Kiet.

Kelmarin, akhbar melaporkan, sekumpulan nelayan yang menaikkan pukat ketika menangkap ikan di Selat Melaka, berhampiran Pulau Sembilan dekat sini terkejut selepas menemui mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia antara tiga dan tujuh tahun yang hampir reput dalam sebuah beg pakaian.

Dalam kejadian jam 8.50 malam pada 1 Februari lalu itu, kumpulan nelayan yang berasal dari Hutan Melintang, di sini sedang menangkap ikan di perairan berkenaan yang terletak kira-kira 16 batu nautika dari pantai negara ini.

Difahamkan, nelayan terbabit yang menarik pukat ke atas bot menemui sebuah beg pakaian berwarna biru tersangkut bersama longgokan ikan di atas bot mereka.

Apabila dibuka nelayan berkenaan terkejut apabila menemui satu mayat kanak-kanak lelaki berbaju T `Teddy Bear' serta berseluar pendek sukan warna biru yang hampir reput.

Mayat berkenaan turut dibaluti dengan cadar dan sehelai baju lengan panjang serta diikat dengan sehelai seluar sekolah panjang berwarna biru tua.

Siasatan awal mendapati, terdapat kesan lebam pada punggung kanak-kanak berkenaan, selain warna dan jenis seluar mangsa yang ditemui nelayan adalah sama dengan seluar dipakai mangsa (Tong) yang dilaporkan hilang di Kajang.

Polis yang menjalankan siasatan mendapati hasil bedah siasat menunjukkan mangsa dipercayai mati sejak dua minggu hingga enam bulan sebelum ditemui dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Hasil siasatan turut mendapati mangsa besar kemungkinan dibunuh sebelum mayatnya dimasukkan ke dalam beg berkenaan dan dicampakkan ke laut dan kes ini disiasat mengikut 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kejadian itu diminta menghubungi Teh di talian 05-6212222 samb 3120.

Gemukkkkkkk Publish time 9-2-2007 10:41 AM

semua kes kematian aje..sedih pulak :(

shahx Publish time 17-2-2007 10:37 AM

5 pelajar, guru cedera siling sekolah runtuh

TELUK INTAN: Lima pelajar dan seorang guru cedera apabila sebahagian bumbung Sekolah Menengah Convent di sini, runtuh dalam kejadian ribut, petang kelmarin.
Kelima-lima pelajar Tingkatan Dua itu dikenali sebagai Abnita Preeti, Sanam Kaur Amar Singh, Thenmoli Krishnan, Chong Suet May dan Vino Vellu.Nama dan identiti guru bagaimanapun tidak dapat diperoleh.

Ketika kejadian jam 6 petang itu, lima pelajar terbabit bersama 31 rakan sekelas mereka dikatakan menyertai aktiviti projek pendidikan seni, apabila bumbung sekolah itu tiba-tiba runtuh menembusi siling dan menghempap mangsa.

Semua mangsa dibawa ke Hospital Teluk Intan (HTI) dengan ambulans dan diberi rawatan pesakit luar sebelum dibenarkan pulang ke rumah masing-masing jam 9.30 malam.

Vino, 14, yang cedera di tangan dan belakang badan berkata, ketika kejadian mereka sedang memotong kertas lukisan untuk projek pendidikan seni, manakala guru mereka berada bersebelahannya.

"Ketika itu hujan lebat dan angin agak kencang. Tiba-tiba, kami terdengar bunyi seperti guruh dan sejurus kemudian terdengar bunyi benda jatuh dari bahagian atas bumbung.

"Guru mengarah kami keluar segera daripada kelas dan belum sempat berbuat demikian, sebahagian dari atap bumbung sekolah jatuh ke atas kami berlima serta guru. Kami tidak sempat elak kerana kejadian berlaku sangat pantas," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Mastik, Jalan Padang Tembak di sini, semalam.

Bapa Vino, S Vellu, 48, seorang anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Hilir Perak, memuji tindakan pantas pihak pengurusan sekolah menghubungi ibu bapa mangsa dan pihak hospital.

Bagaimanapun, katanya, beliau dan beberapa ibu bapa mangsa kurang berpuas hati dengan HTI yang lewat memberi rawatan kecemasan.

"Ini kes kemalangan tetapi pihak hospital lewat menjalankan pemeriksaan ke atas mangsa. Pihak hospital sepatutnya memberi keutamaan kepada kes kemalangan lebih-lebih lagi membabitkan pelajar sekolah," katanya.

Sementara itu, Pengarah Pelajaran Perak, Datuk Mohammed Zakaria Mohd Noor, yang mengesahkan kejadian berkata tiada kecederaan serius dialami pelajar dan guru sekolah terbabit.

"Saya bersyukur kerana bencana alam yang melanda sekolah itu tidak berakhir dengan sesuatu yang menyedihkan,

apouy Publish time 17-2-2007 12:06 PM

Joma taja jersi Yob

Oleh Azizan Hashim

SEMANGAT pasukan Perak bagi menghadapi saingan Piala Malaysia disemarakkan lagi dengan penerimaan jersi baru daripada penaja mereka Joma, malam kelmarin.



Penyerahan barangan bernilai RM300,000 untuk tajaan tahun kedua itu bertepatan untuk melonjak lagi moral skuad Seladang selepas kejayaan 2-1 ke atas Pahang dalam saingan Liga Super di Kuantan, Rabu lalu.

Penyerahkan simbolik itu dilakukan Pengarah Urusan Ever Well Sports, Ng Kin Meng yang menyerahkan sehelai jersi baru kepada jurulatih Perak, Steve Darby.

Turut hadir pada majlis itu ialah penolong jurulatih, Mohd Zakaria Mohamad, jurulatih penjaga gol, Abdul Talib Saidi serta beberapa pemain yang menerima tajaan peribadi Joma iaitu Troare Abdoulaye, Vedran Kukoc, Mohd Hamsani Ahmad dan Harizul Izuan Abd Rani.

Kin Meng berkata tajaan itu adalah untuk tiga pasukan iaitu Liga Super, Presiden dan pasukan Belia Perak.

Gemukkkkkkk Publish time 18-2-2007 09:48 PM

hampeh le.. ada ke time CNY, kedai-kedai makan melayu pulak yang banyak tutup sedangkan kedai makan cina, banyak dok bukak..

lagi satu, kalau baca online paper..star, nst semuanya updated tapi utusan, berita harian???macam sial..

Gemukkkkkkk Publish time 18-2-2007 09:49 PM

Nation
Sunday February 18, 2007
Perak mufti: Some agencies not carrying out social duty

KUALA LUMPUR: The social obligation (fardhu kifayah), as advocated in Islam, is missing in some government agencies, said Perak Mufti Datuk Seri Harussani Zakaria.

He cited among them the Department of Environment (DOE) and the Agriculture and Agro-based Industry Ministry.

He criticised these agencies for not carrying out their functions properly.

揟he DOE is not prepared for a tsunami because it does not have the expertise,

apouy Publish time 20-2-2007 11:56 AM

Petanda El-Nino kian lemah

Oleh Mazlan Hasan dan Amir Abd Hamid | am@hmetro.com.my

SITIAWAN: Orang ramai serta penduduk di negara ini diminta tidak bimbang dengan pendapat pihak tertentu termasuk ahli akademik mengenai negara ini bakal menghadapi kemarau panjang berikutan fenomena El-Nino.



Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Kong Cho Ha, berkata berdasarkan laporan Jabatan Kajicuaca mendapati keadaan cuaca akan kering pada ketika ini tetapi masih terdapat hujan.

Menurutnya, keadaan itu fenomena biasa setiap tahun selepas angin monsun membawa hujan lebat dari Disember hingga Januari lalu, menyebabkan negara akan mengalami cuaca kering.

揂pabila masuk Februari hingga Mac depan, Malaysia akan mengalami cuaca yang sedikit kering, namun ia masih berada pada tahap normal dengan terdapat hujan di beberapa kawasan.

揜amalan ahli akademik sebelum ini Malaysia akan mengalami kemarau berpanjangan berikutan fenomena El-Nino berbeza dengan realiti sekarang kebanyakan kawasan mengalami hujan.

揇ata Jabatan Metereologiyang dihantar ke kementerian menunjukkan petanda fenomena El-Nino semakin lemah dan tahap cuaca kini masih normal,

Gemukkkkkkk Publish time 25-2-2007 05:22 AM

moh kita, mohh updatekan berita-berita perak di sini..nanti masa akan datang, kita boleh jenguk thread ni dan baca cerita-cerita lama.. ala-ala time capsule.. moh!


Thursday February 22, 2007
Hub for flying hospital

TAIPING: Tekah airport, one of the country抯 oldest having been built by the British in 1940, has been chosen as the hub for Global Flying Hospitals (GFH), an international body that brings humanitarian medical support to developing countries.

Mentri Besar Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali said the flying hospital's local representatives had picked Tekah over a few shortlisted sites recently and a memorandum of understanding (MoU) is expected to be signed within a few months.

He said GFH plans to use the Tekah airport as its landing hub to cater for its A310A Airbus aircrafts, to fly in patients and supplies.


Classic structure: Tekah airport in Taiping, built in 1940, has been selected as the regional hub for Global Flying Hospitals.
Tajol Rosli said Mercy Malaysia had recently signed an MoU with GFH, enabling the former to operate flying hospitals during emergency crises around the region.

(At the signing ceremony, GFH founder and chairman Neil Newton had said that the body intends to form a fleet of 10 large aircraft and supplementary helicopters and smaller planes to help Mercy create a broader footprint to meet the needs of the people in various regions in emergencies and disasters.)

Tajol Rosli said that the Tekah airport refurbishment was part of a RM3bil plan by the private sector, subject to Federal Government approval.

揟he expansion of Tekah airport抯 runway will entail the acquisition of 450ha of land and some (terraced) houses located around its fringes,

neeziee Publish time 25-2-2007 10:22 AM

berita omputih tak berape reti la nak baca mukk

apouy Publish time 25-2-2007 03:42 PM

Tiga murid dirempuh, pemandu mahu elak murid lain

IPOH 24 Feb.

Gemukkkkkkk Publish time 25-2-2007 05:02 PM

Reply #194 neeziee's post

ehehehehe.. aku biasanya ronda-ronda website utusan, bharian, thestar dan nst dan cari berita yang menarik perhatian..nak buat cemana kalau utusan dan bharian tak nak buat liputan sangat..

Gemukkkkkkk Publish time 26-2-2007 10:38 AM

walaupun berita ni di melaka tapi ianya tentang perak..apa gamaknya tindakbalas samy vellu..:bgrin: :lol: ;P
oh ye, yang di gopeng tu umno punya..

PPP tuntut semula 4 kerusi Parlimen, 12 DUN

MELAKA: Parti Progresif Penduduk (PPP) meminta rakannya dalam Barisan Nasional (BN) memulangkan semula empat kerusi Parlimen dan 12 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang pernah dimiliki PPP suatu ketika dulu.

Presiden PPP Datuk M. Kayveas mendakwa, empat kerusi Parlimen dan 12 kerusi DUN itu kini dipegang oleh Umno, MCA, MIC dan Gerakan.

揚PP tidak kisah kawasan mana, yang penting untuk kerusi Parlimen masing-masing Umno, MCA, MIC, Gerakan beri balik satu kerusi manakala kerusi DUN masing-masing pulangkan balik tiga kerusi,

mutantninja03 Publish time 5-3-2007 02:53 AM

Lebuhraya Pantai Barat

Good News for Perak Coastal Dwellers

KUALA NERANG, March 4 (Bernama) -- After a delay of more than a decade, the cabinet has given the go ahead for the West Coast Expressway (LPB) project stretching 215.8 kilometres to be implemented soon.

Works Minister Datuk Seri S. Samy Vellu said the expressway, costing more than RM3.1 billion, would link Taiping in Perak to Banting in Selangor and was expected to be completed in seven years.

Speaking to reporters after the ground breaking ceremony for the Alor Star-Kuala Nerang-Durian Burung Road upgrading project, here today, he said the Konsortium LPB Sdn Bhd had been appointed to implement the project.

It will be the third longest expressway in the country after the North-South Expressway (PLUS) stretching 966 kilometres and the East Coast Expressway (LPT) which is 330 kilometres long.

Upon completion, 1.2 million vehicles are expected to use the LPB daily.

The Perak state government had earlier urged the Economic Planning Unit in the Prime Minister's Department to speed up the long-delayed project as land acquisition had been completed.

On the 47.8km Alor Star-Kuala Nerang-Durian Burung Road upgrading which cost RM246 million, Samy Vellu said it was expected to be ready in September 2009.

-- BERNAMA

[ Last edited bymutantninja03 at 5-3-2007 02:55 AM ]

Gemukkkkkkk Publish time 5-3-2007 08:19 AM

Reply #198 mutantninja03's post

berita bagus ni.. harapnya dapat menjana ekonomi perak..

TUKANGKEBUN Publish time 5-3-2007 08:46 AM

EDISI BAHASA MALAYSIA

Projek Lebuhraya Pantai Barat RM3.1b dilaksana


KUALA NERANG: Selepas lebih sedekad tertangguh, Kabinet bersetuju supaya Projek Lebuhraya Pantai Barat (LPB) sepanjang 215.8 kilometer bernilai lebih RM3.1 bilion dilaksanakan tidak lama lagi.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri S Samy Vellu, berkata lebuh raya itu akan menghubungkan Taiping di Perak dan Banting di Selangor yang dijangka mengambil masa tujuh tahun untuk disiapkan.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis pecah tanah projek menaik taraf Jalan Alor Star-Kuala Nerang-Durian Burung di sini semalam, beliau berkata Konsortium LPB Sdn Bhd dilantik bagi melaksanakan projek itu.

LPB ketiga terpanjang di negara ini selepas Lebuhraya Utara Selatan sepanjang 966 kilometer dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) sejauh 330 kilometer.

Apabila siap, LPB dijangka dapat digunakan 1.2 juta kenderaan setiap hari.

Sebelum ini, kerajaan Perak meminta Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri menyegerakan projek yang sudah lama tertangguh itu kerana pengambilan tanah sudah lama dilakukan.
Pages: 1 2 3 4 5 6 7 8 9 [10] 11 12 13 14 15 16 17 18 19
View full version: BERITA PERAK DI MEDIA-MEDIA


ADVERTISEMENT