Gemukkkkkkk Publish time 8-1-2007 09:03 AM

he he he.. datang malaysia, of course le diorang nak cari makanan melayu, kan..
kalau makanan cina, kat negara diorang pun pelancong-pelancong boleh makan..banyak chinatowns dan kedai yang offer chinese take-outs..

TK, berita camni le buatkan aku rasa ngeri..mengingatkan aku yang walaupun kita baik se-skema yang mungkin tapi kalau orang lain buat taik hentam kita, kita jugak jadi mangsa..:geram:

TUKANGKEBUN Publish time 8-1-2007 10:38 AM

Reply #121 Gemukkkkkkk's post

tu kira biasalah

tak kita langor org

org langor kita

just take care jelah & bertawakal pd ALLAH s.w.t

shahx Publish time 8-1-2007 10:26 PM

Buang 40 ular sawa

Oleh Hafizan Taib
am@hmetro.com.my

IPOH: 揟indakan dua lelaki membuang 40 ekor ular dalam longkang besar di Taman Bintang, Kampung Simee, dekat sini, semalam, bukan saja menggemparkan malah boleh mendatangkan bahaya kepada kira-kira 400 penduduk,

kebayan Publish time 9-1-2007 04:22 PM

MB puji kebersihan Lumut
Oleh Rasheffa Abdul Rashid


LUMUT: Majlis Perbandaran dan Daerah di negeri ini disaran menjadikan Lumut sebagai penanda aras dalam aspek kebersihan dan keindahan kawasan pekan dan bandar dalam usaha menarik kedatangan lebih ramai pelancong.





Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali, berkata Lumut berjaya menonjol sebagai sebuah lokasi pelancongan yang berkemampuan menarik pelancong dalam dan luar negara.

Justeru itu, katanya, semua majlis perbandaran dan daerah boleh mencontohi Majlis Perbandaran Manjung (MPM) dalam mengurus dan mengekalkan keindahan serta kebersihan bandarnya.

Beliau berkata, langkah itu juga sekali gus membantu mengurangkan kos perbelanjaan ke luar negeri seperti ke Sarawak atau Thailand untuk untuk menjalankan kajian pelancongan.

"Saya amat tertarik dengan keindahan dan kebersihan di Lumut. Saya nampak bangunan kedai sudah dicat semula dan ini menunjukkan Lumut lebih ceria dan cantik seolah-olah saya berada di satu kawasan di Eropah.

"Jika kita boleh belajar mencontohi bandar dalam negeri kita sendiri, kita tidak perlu berbelanja besar mengadakan lawatan sambil kerja ke luar negara untuk mencontohi seni bina landskap mereka.

"Bandar Lumut sudah terbukti mempunyai tahap kebersihan yang amat baik dan keindahan yang terpelihara," katanya selepas merasmikan pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2007 peringkat negeri di Dataran Lumut, kelmarin.

Hadir sama, Ahli Parlimen Lumut merangkap Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Kong Cho Ha; Ahli Parlimen Pulau Pangkor, Datuk Zambry Abdul Kadir dan Setiausaha Kerajaan negeri, Dr Abd Rahman Hashim.

Dalam perkembangan lain, Tajol Rosli berkata, kerajaan negeri akan menyediakan perkhidmatan tiga bas persiaran membawa pelancong dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang ke negeri ini.

"Agensi pelancongan yang mahu menggunakan perkhidmatan bas berkenaan boleh menghubungi Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perak, Majlis Bandaraya Ipoh dan pejabat setiausaha kerajaan negeri," katanya.

Beliau berkata, seramai 2,000 pelancong asing sudah mengunjungi negeri ini dalam minggu pertama bulan ini termasuk dari Jerman, Singapura, Indonesia dan Australia.

Mohd Tajol berharap berharap semua pihak yang terbabit dalam sektor pelancongan di negeri ini menjalinkan pakatan strategik menerusi penawaran pakej lebih menarik, murah dan munasabah.

"Langkah itu adalah untuk merealisasikan sasaran tiga juta pelancong ke negeri ini dengan pulangan RM1.2 bilion sehingga akhir tahun ke Perak.

"Sokongan dan kerjasama ini akan menjadi sia-sia jika hanya satu pihak bersusah-payah meneroka jalan manakala yang lain tidak memperlihatkan kesepakatan dan kesungguhan untuk menjayakannya," katanya

in2eryn Publish time 10-1-2007 08:32 AM

32 gerai baru jual limau bali


IPOH: Sebanyak 32 gerai baru menjual limau Bali Sam Poh Tong, di Jalan Gopeng dekat sini, bakal dibuka kepada pengunjung April ini.

Ketika ini, kerja pembinaan gerai yang bernilai RM643,000 dan dibiaya sepenuhnya kerajaan negeri itu sudah 60 peratus siap.

Datuk Bandar, Datuk Mohamad Rafiai Mokhtar, berkata pusat menjual limau bali terbabit dibina berhampiran tapak asal dengan reka bentuk mesra pelanggan.

"Kerja pembinaan bermula Ogos tahun lalu dan dijangka siap selewat-lewatnya April ini selain turut menempatkan empat gerai makan," katanya di sini.

Peniaga, Wah Nam, 40, berkata beliau akur arahan MBI supaya berpindah ke gerai baru apabila ia siap dalam empat bulan lagi.

Beliau yang berniaga di situ sejak 20 tahun lalu, berkata deretan gerai lama itu akan dirobohkan untuk dijadikan tempat meletak kereta bagi kemudahan pengunjung.

"Kedudukan gerai lama yang terlalu hampir dengan Jalan Gopeng bukan saja membahayakan peniaga tetapi pengunjung yang berhenti membeli limau bali.

"Dengan bangunan baru itu nanti, saya berharap lebih ramai pengunjung datang membeli limau bali yang menjadi identiti Bandaraya Ipoh," katanya yang membayar RM80 kepada MBI sebagai bayaran sewa tapak gerainya.

Sementara itu, pengunjung dari Terengganu, Mohamad Awang, 28, berkata beliau menyambut baik rancangan MBI menempatkan gerai lama ke tapak baru memandangkan lokasinya di bahu jalan boleh membahayakan keselamatan awam.

Selain itu, katanya, keadaan gerai lama agak usang dan tidak terurus, sekali gus boleh mencacatkan imej bandar raya Ipoh di mata pelancong.

"Projek ini juga bertepatan kempen Tahun Melawat Malaysia 2007 (TMM07) yang mana pusat jualan limau bali di sini akan dilawati ramai pelancong.

"Dengan kedudukan dan reka bentuk gerai baru ini, saya percaya peniaga dapat berurus niaga dengan baik manakala pengunjung pula dapat membeli tanpa perlu berasa bimbang," katanya.

in2eryn Publish time 10-1-2007 08:33 AM

Penduduk dakwa MBI tak bersih Waller Court


IPOH: Penduduk rumah pangsa Waller Court, di Jalan Datuk Onn Jaafar di sini, kecewa tahap kebersihan penempatan mereka berikutan kegagalan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) membersihkannya sejak empat bulan lalu.

Penduduk mendakwa selain sampah bertaburan, penempatan itu berhadapan masalah air longkang bertakung, lampu jalan rosak dan bangunan flat yang kelihatan usang kerana dibina lebih 30 tahun lalu.

Penduduk, Jamil Aisha Abdul Ariff, 19, berkata terdapat lebih 300 unit rumah di Waller Court yang dibahagikan kepada blok A hingga S.

Beliau yang tinggal menyewa bersama keluarganya dengan bayaran RM100 sebulan mengaku sejak kebelakangan ini, tahap kebersihan di penempatan berkenaan kurang memuaskan.

"Selalunya pekerja MBI datang membersihkan kawasan sekitar Waller Court termasuk menyapu sampah, mencuci longkang atau memotong rumput sekali seminggu iaitu pada hari Rabu atau Jumaat.

"Bagaimanapun, sejak empat bulan lalu, tiada kerja pembersihan dijalankan pekerja MBI hingga menyebabkan sampah bertaburan di jalan dan koridor manakala longkang ditangkungi air.

"Masalah ini bertambah buruk apabila ada penduduk tingkat atas membuang sampah tanpa memikirkan kepentingan orang lain," katanya ketika di temui di sini.

Sementara itu, seorang suri rumah yang enggan dikenali yang menetap di Waller Court sejak 30 tahun lalu, mahu masalah kebersihan dan vandalisme diatasi segera.

Katanya, selain persekitaran kotor, penduduk bimbang ancaman penagih dadah yang menggunakan unit rumah kosong sebagai lokasi melepaskan gian.

"Banyak unit rumah di sini sudah dikosongkan kerana penghuninya berpindah ke tempat lain. Masalah timbul apabila ada pihak memecah masuk, mencuri kelengkapan rumah selain dijadikan lokasi penyalahgunaan dadah," katanya.

Luahan itu antara masalah dikongsi bersama Datuk Bandar, Datuk Rafiai Mokhtar yang melawat rumah pangsa Waller Court di sini, kelmarin.

Beliau bersama wakil penduduk meluangkan kira-kira 30 minit meninjau penempatan rumah pangsa Waller Court.

Ketika ditemui media, Rafiai berkata, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan memperuntukkan RM450,000 untuk membiaya kos penyelenggaraan tiga penempatan rumah pangsa membabitkan Waller Court, Kinta Heights dan Flat Sungai Pari, tahun ini.

Katanya, tahun lalu saja, pihaknya membelanjakan RM266,247 untuk menyelenggara dan menyediakan kemudahan asas di Waller Court.

"Kita sedia maklum peruntukkan ini memang tidak mencukupi bagi membiaya kos menyelenggara tiga flat ini dalam setahun.

"Untuk itu, MBI akan cuba mendapatkan lebih banyak peruntukan daripada kerajaan negeri," katanya.

Mengulas tahap kebersihan di flat berkenaan, beliau mengaku ia berada pada tahap tidak memuaskan selain banyak kemudahan flat menjadi mangsa perbuatan vandalisme.

Bagi mengatasi masalah vandalisme, MBI katanya akan menjalin kerjasama dengan Rukun Tetangga (RT) di penempatan itu bagi memastikan kemudahan yang disediakan tidak disalahgunakan.

in2eryn Publish time 10-1-2007 08:37 AM

MB puji kebersihan Lumut
Oleh Rasheffa Abdul Rashid


LUMUT: Majlis Perbandaran dan Daerah di negeri ini disaran menjadikan Lumut sebagai penanda aras dalam aspek kebersihan dan keindahan kawasan pekan dan bandar dalam usaha menarik kedatangan lebih ramai pelancong.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali, berkata Lumut berjaya menonjol sebagai sebuah lokasi pelancongan yang berkemampuan menarik pelancong dalam dan luar negara.

Justeru itu, katanya, semua majlis perbandaran dan daerah boleh mencontohi Majlis Perbandaran Manjung (MPM) dalam mengurus dan mengekalkan keindahan serta kebersihan bandarnya.

Beliau berkata, langkah itu juga sekali gus membantu mengurangkan kos perbelanjaan ke luar negeri seperti ke Sarawak atau Thailand untuk untuk menjalankan kajian pelancongan.

"Saya amat tertarik dengan keindahan dan kebersihan di Lumut. Saya nampak bangunan kedai sudah dicat semula dan ini menunjukkan Lumut lebih ceria dan cantik seolah-olah saya berada di satu kawasan di Eropah.

"Jika kita boleh belajar mencontohi bandar dalam negeri kita sendiri, kita tidak perlu berbelanja besar mengadakan lawatan sambil kerja ke luar negara untuk mencontohi seni bina landskap mereka.

"Bandar Lumut sudah terbukti mempunyai tahap kebersihan yang amat baik dan keindahan yang terpelihara," katanya selepas merasmikan pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2007 peringkat negeri di Dataran Lumut, kelmarin.

Hadir sama, Ahli Parlimen Lumut merangkap Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Kong Cho Ha; Ahli Parlimen Pulau Pangkor, Datuk Zambry Abdul Kadir dan Setiausaha Kerajaan negeri, Dr Abd Rahman Hashim.

Dalam perkembangan lain, Tajol Rosli berkata, kerajaan negeri akan menyediakan perkhidmatan tiga bas persiaran membawa pelancong dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang ke negeri ini.

"Agensi pelancongan yang mahu menggunakan perkhidmatan bas berkenaan boleh menghubungi Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perak, Majlis Bandaraya Ipoh dan pejabat setiausaha kerajaan negeri," katanya.

Beliau berkata, seramai 2,000 pelancong asing sudah mengunjungi negeri ini dalam minggu pertama bulan ini termasuk dari Jerman, Singapura, Indonesia dan Australia.

Mohd Tajol berharap berharap semua pihak yang terbabit dalam sektor pelancongan di negeri ini menjalinkan pakatan strategik menerusi penawaran pakej lebih menarik, murah dan munasabah.

"Langkah itu adalah untuk merealisasikan sasaran tiga juta pelancong ke negeri ini dengan pulangan RM1.2 bilion sehingga akhir tahun ke Perak.

"Sokongan dan kerjasama ini akan menjadi sia-sia jika hanya satu pihak bersusah-payah meneroka jalan manakala yang lain tidak memperlihatkan kesepakatan dan kesungguhan untuk menjayakannya," katanya.

dak_ker Publish time 10-1-2007 09:06 AM

aku dgr radio pagi t, kt ipoh ada 37 org suspek penyakit cikukunya*

*btul ke aku eja ni?

Gemukkkkkkk Publish time 10-1-2007 09:13 AM

Reply #128 dak_ker's post

wah penyakit apa tu? mak aii.. ni kena cari info ni..

in2eryn Publish time 10-1-2007 09:17 AM

dulu kecoh kat pantai remis (kalau aku tak silap la) penyakit ni tersebar. alamak dah merebak kat ipoh pulak ke?
aku pun lupa langsung info pasal penyakit nih...

dak_ker Publish time 10-1-2007 09:22 AM

Reply #130 in2eryn's post

aah, dulu kt pantai remis..

psstt aku ingat pasal pantai remis nih kg makcik aku ahaks

in2eryn Publish time 10-1-2007 09:24 AM

Originally posted by dak_ker at 10-1-2007 09:22 AM
aah, dulu kt pantai remis..

psstt aku ingat pasal pantai remis nih kg makcik aku ahaks
nasib baik ko tau kan.. ekekeke
tapi kalau tak silap aku, penyakit tu sampai ke pantai remis selepas ada 1 keluarga dr joho dtg melawat sedara depa kat pantai remis, pas tu penyakit tu terus merebak bermula dr org johor tuh..

mutantninja03 Publish time 13-1-2007 07:01 AM

Apahal dengan ura ura kilang penapis minyak di manjung tu ??

Ker cuma kilang penghasilan ethanol dari buah nipah ?? :nerd:

Either way...dah confirm buat kah ?

Yang aku baca dalam sokkabar nampak macam "very ambitious project" .

Janganindah khabar dari rupa sudah.:hmm:

[ Last edited bymutantninja03 at 21-1-2007 07:04 PM ]

apple_green Publish time 15-1-2007 08:12 AM

Utusan Malaysia
15 Jan 2007..

Enam kali tidak jemu kunjungi P. Pangkor

PULAU PANGKOR 14 Jan.

kebayan Publish time 15-1-2007 09:29 AM

15 Januari 2007 UTUSAN

Dua beradik ditemui mati tergantung
IPOH 14 Jan.

kebayan Publish time 15-1-2007 09:29 AM

Enam kali tidak jemu kunjungi P. Pangkor

PULAU PANGKOR 14 Jan.

TUKANGKEBUN Publish time 16-1-2007 08:46 AM

UTUSAN MALAYSIA 16 JAN 2007

Polis rampas 3,200 VCD lucah RM48,000
IPOH 15 Jan.

TUKANGKEBUN Publish time 16-1-2007 08:47 AM

UTUSAN MALAYSIA 16 JAN 2007

Kes dua beradik gantung diri disiasat sebagai kes bunuh
IPOH 15 Jan. - Kematian dua beradik perempuan yang ditemui mati tergantung dalam sebuah bilik di rumah sewa mereka di Klebang Jaya, Menglembu di sini dua hari lalu disiasat sebagai kes bersubahat membunuh diri.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisional Jalaluddin Ibrahim berkata, pada awal siasatan polis mendapati kedua-dua beradik itu mengantung diri selepas dipercayai mengalami tekanan selain kemungkinan dipaksa oleh individu tertentu untuk berbuat demikian.

憫Kita telah memohon kepada mahkamah bagi membuat pindaan ke atas kertas siasatan daripada kes mati mengejut kepada kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atau Seksyen 306 kerana bersubahat untuk membunuh,

TUKANGKEBUN Publish time 16-1-2007 08:52 AM

BERITA HARIAN 16 JAN 2007

Istana Perak kutip RM1j


KUALA LUMPUR: Inisiatif Istana Perak mengadakan kempen mengumpul derma bagi membantu mangsa banjir berjaya mengutip RM1 juta dalam masa seminggu daripada pelbagai pertubuhan, agensi dan individu di negeri itu.




Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah, yang menggerakkan kempen itu sendiri menghulurkan sumbangan RM100,000, Yayasan Sultan Azlan Shah (RM150,000), Yayasan Tuanku Bainun (RM100,000), Gamuda Bhd (RM100,000) dan Pengarah Gamuda yang juga adinda Raja Nazrin, Raja Datuk Seri Eleena Sultan Azlan Shahdan memberi sumbangan peribadi RM50,000.
Majlis Agama Islam Perak (MAIP) menderma RM100,000; Institut Teknologi Perak (RM100,000), Barisan Nasional Perak (RM30,000); Pusat Perubatan Universiti Malaya (RM10,000), Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (RM25,000); Lembaga
Air Perak (RM20,000); Yayasan Perak (RM20,000); Baiduri (RM20,000); Lembaga Keselamatan Perempuan Islam Perak (RM10,000); Putri Islam Perak (RM10,000); GDP Consultants Sdn Bhd (RM30,000); Perak Corporation Bhd (RM25,000); Universiti Malaya (RM20,000) dan DwiTasik Sdn Bhd (RM10,000).
Kelab Ahli Dewan Undang Negeri Perak, Metropolitan Utilities Corporation Sdn Bhd, Pembinaan Punca Cergas Sdn Bhd, Puspanita Perak, TSH Resources Bhd dan Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir masing-masing menyumbang RM10,000, Kelab Keledang Perak (RM5,000); hamba Allah (RM4,000) dan Kelab Rotary Kinta (RM1,000).
Beberapa pihak turut memberi sumbangan barangan seperti sistem penapisan air jenama Dr Sukida daripada Pengarah Urusan Algeria Corporation Sdn Bhd, Lee Hock Seng dan 10,000 botol air mineral daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.
Raja Nazrin yang juga Yang Dipertua MAIP, menerima cek sumbangan itu di Istana Perak di sini semalam, sebelum menyerahkannya kepada Ketua Eksekutif The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Datuk Syed Faisal Albar dan Ketua Pengarang Kumpulan NSTP, Datuk Hishamuddin Aun, untuk dimasukkan ke dalam Tabung Bantuan Mangsa Banjir kelolaan NSTP.
Baginda juga melepaskan 40 anggota pasukan sukarelawan dari negeri Perak dan 45 sukarelawan Universiti Malaya yang akan bertugas selama empat hari di pelbagai pusat pemindahan di Johor.
Hadir sama ialah Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun; Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Pada majlis itu, Raja Nazrin bertitah kepada bondanya, niat baginda mengadakan kempen itu tercetus ketika solat Aidiladha lalu.
揇alam gema takbir dan kesucian tahmid di pagi Aidiladha itu, anakanda terasa hiba, mengenangkan kesusahan yang ditanggung mangsa banjir di beberapa negeri.
Anakanda terasa bagaikan ada suara yang berbisik meminta supaya melakukan sesuatu atas nama kemanusiaan,

Gemukkkkkkk Publish time 16-1-2007 09:19 AM

Sisters
Pages: 1 2 3 4 5 6 [7] 8 9 10 11 12 13 14 15 16
View full version: BERITA PERAK DI MEDIA-MEDIA


ADVERTISEMENT