Gemukkkkkkk Publish time 16-1-2007 09:29 AM

padan muka..

http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007/1/16/nation/16579705&sec=nation
Tuesday January 16, 2007

Gambling den near police station raided

IPOH: An Internet caf

Joe Hahn Publish time 17-1-2007 09:04 PM

Gagal pinjam motosikal, bapa ditampar sampai bengkak
17-01-2007 05:24:30 PM
IPOH:Seorang bapa mengalami kecederaan di muka akibat ditampar anak lelakinya selepas enggan meminjamkan motosikal dalam kejadian di rumah mereka di Layang-Layang Kiri, Parit, 40 km dari sini semalam.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Sallehuddin Abul Rahman berkata dalam kejadian pukul 5 petang itu, mangsa Abdul Wahab Osman, 65, bengkak di bibirnya dan mendapatkan rawatan pesakit luar di Hospital Changkat Melintang.

"Ketika kejadian, anak lelaki berusia 27 tahun itu menghampiri mangsa untuk meminjam motosikal yang berada di halaman rumah. Bagaimanapun ayahnya tidak membenarkan dan kemudian kedua-dua bertengkar," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata pemuda itu kemudiannya naik berang lalu menampar muka ayahnya sebelum melarikan diri.

Lelaki yang tidak bekerja itu merupakan penagih dadah dan masih dalam pengawasan polis, katanya.

Abdul Wahab kemudian membuat laporan polis di balai polis Perak Tengah.

Katanya polis menyiasat kes itu di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan atas kesalahan sengaja menyebabkan kecederaan dan memohon arahan bagi menyiasat kes berkenaan daripada Timbalan Pendakwaraya. BERNAMA

Gemukkkkkkk Publish time 17-1-2007 09:39 PM

ya Tuhan, sanggup tampar bapak sendiri..

biynio Publish time 18-1-2007 02:03 AM

Reply #143 Gemukkkkkkk's post

budak tu :tembak: :tembak:

TUKANGKEBUN Publish time 19-1-2007 09:46 AM

BERITA HARIAN 19 JAN 2007

Perak beku lesen hiburan
Oleh Shamsul Kamal Amarudin dan Amir Abdul Hamid


LUMUT: Kerajaan Perak menghentikan pengeluaran lesen premis hiburan keluarga berkuatkuasa tahun ini sebagai langkah pencegahan membendung kegiatan perjudian haram.





Serentak itu, kuasa untuk meluluskan lesen berkenaan yang diberikan kepada Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ditarik balik dan diserahkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN).

Menteri Besar, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali, berkata SKN boleh mengeluarkan lesen pusat hiburan itu jika berasakan ada keperluan selepas menerima permintaan daripada PBT.

"Pada dasarnya, kami tidak akan mengeluarkan lesen itu mulai tahun ini tetapi jika Yang Dipertua PBT fikir ada premis yang boleh dibuka, mereka perlu mendapatkan kelulusan dan meyakinkan SKN untuk membenarkannya.

"Sebagai contoh, di daerah Manjung, kerajaan negeri tahun ini hanya meluluskan lesen pusat hiburan keluarga di Swiss Garden Damai Laut Resort," katanya.

Dengan nada berseloroh, beliau berkata: "Jika orang ramai membuat aduan terhadap premis yang diluluskan itu, kita hanya perlu mencari SKN."

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai langkah kerajaan negeri membendung tindakan segelintir pemilik pusat hiburan keluarga dan kafe siber yang menukar premis mereka menjadi pusat perjudian haram.

Kelmarin, kerajaan negeri Selangor menukar serta-merta Yang Dipertua Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB), Ahmad Samuri Mohd Dahlan ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berikutan kontroversi berhubung kegiatan perjudian haram di pusat hiburan berhampiran Balai Polis Sekinchan, baru-baru ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, dilaporkan mengambil tindakan itu kerana Ahmad Samuri didakwa melanjutkan lesen pusat hiburan berkenaan untuk enam bulan tanpa alasan.

Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan `Cut-Off' Piagam Pelanggan Fasa 3 Majlis Perbandaran Manjung (MPM) di pejabat MPM dekat sini, semalam, Tajol Rosli berkata kerajaan negeri meminta orang ramai termasuk media agar mendedahkan atau melaporkan mana-mana premis kafe siber atau pusat hiburan yang menyalahgunakan lesen mereka.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, beberapa pihak mencadangkan agar kuarters kakitangan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) yang terletak berhampiran jeti Pulau Pangkor diambil alih untuk dibina pusat perniagaan penjaja kecil.

Sehubungan itu, beliau mengarahkan SKN bersama Pengarah Jabatan Tanah dan Galian serta Pegawai Daerah Manjung mengenal pasti kawasan tanah sesuai di pulau peranginan itu untuk pembinaan perumahan baru KDRM.

kebayan Publish time 19-1-2007 10:56 AM

Reply #142 Joe Hahn's post

weh ler.. ade jugak anak sanggup bagi penampo kat bapak sendiri...

sah NERAKA ooo....

mutantninja03 Publish time 20-1-2007 03:47 AM

Reply #123 shahx's post

Pelik sangat nie !

Kalau tak silap ada kaitan dengan ilmu hitam nie.   :tembak:

mutantninja03 Publish time 21-1-2007 07:33 PM

Originally posted by mutantninja03 at 13-1-2007 07:01 AM
Apahal dengan ura ura kilang penapis minyak di manjung tu ??

Ker cuma kilang penghasilan ethanol dari buah nipah ?? :nerd:

Either way...dah confirm buat kah ?

Yang aku baca dalam sokka ...


On second thought, tak mustahil benda nie boleh dilaksanakan sebenarnya...

Renewable energy source is always good business !
Asalkan ada "economy of scale" nya dan usaha tidak setakat hangat hangat tahi ayam, insyaAllah boleh menjadi kenyataan.:music:

Mungkin boleh di perkenalkan versi pokok Nipah baru yang lebih produktif, yang boleh ditanam secara ladang seperti apa yang berlaku pada pokok kelapa sawit pada suatu masa dulu.:cak:

Kalau nak ikutkan, pokok kelapa yang banyak terbiar di kawasan sepanjang pantai di hilir Perak tu pun boleh menghasilkan alkohol (air tuak kelapa) !

Cuba bakar tempurung kelapa kering, tengok betapa power nya gas bahanapi yang terkandung dalam tempurung tu.

Kesimpulannya, harap harap kerajaan bersungguh sungguhlahmahu melaksanakan projek nie.:pompom:

[ Last edited bymutantninja03 at 21-1-2007 07:38 PM ]

TUKANGKEBUN Publish time 22-1-2007 08:53 AM

BERITA HARIAN - 22 JAN 2007

Bina segera simpang bertingkat Alor Pongsu

Gemukkkkkkk Publish time 22-1-2007 08:55 AM

Travel & Adventure
Saturday January 20, 2007

Caught in a time warp
Ipoh is a town caught in transition between the old and the new.
By MAJIDAH HASHIM

There is a point where in the mystery of existence contradictions meet; where movement is not all movement and stillness is not all stillness; where the idea and the form, the within and the without, are united; where infinite becomes finite, yet not

TUKANGKEBUN Publish time 22-1-2007 09:27 AM

UTUSAN MALAYSIA 22 JAN 2007

Empat kenderaan polis rosak dirempuh kereta pengedar dadah
IPOH 21 Jan.

TUKANGKEBUN Publish time 24-1-2007 10:28 AM

UTUSAN MALAYSIA 24 JAN 2007

Sukan

Atlet Perak dapat insentif
IPOH

TUKANGKEBUN Publish time 25-1-2007 09:47 AM

BERITA HARIAN 25 JAN 2007

Nenek, dua cucu maut
Oleh Ravale Savarinathan dan Abu Bakar al Sidek


2 kereta bertembung di KM 20, Jalan Bota Kanan-Teluk Intan

TELUK INTAN: Seorang nenek dan dua cucunya maut, manakala tiga lagi cedera selepas kereta yang mereka naiki bertembung sebuah kereta lain di Kilometer 20, Jalan Bota Kanan-Teluk Intan dekat sini, malam kelmarin.





TERSELAMAT NAHAS: Fatimah
bersama Nurul Syuhada
di HTI semalam.

Mangsa ialah Teh Mat Tahu, 72, cucunya, Nor Sakiah Abd Hamid, 20 dan Mohd Hasrul Yusop, 6, manakala tiga yang cedera ialah ibu Mohd Hasrul, Fatimah Arifin, 40, bapanya yang memandu kereta itu, Mohd Yusop Ali, 37 serta adiknya, Nurul Syuhada Yusop, 18 bulan.

Teh mati di tempat kejadian, Mohd Hasrul mati dalam perjalanan ke Hospital Teluk Intan (HTI) manakala Nor Sakiah pula meninggal dunia ketika menerima rawatan kecemasan di HTI.

Kemalangan berlaku kira-kira jam 8 malam ketika kereta dinaiki mangsa dalam perjalanan dari Teluk Intan untuk pulang ke rumah mereka di Rancangan Tanah Nasaruddin, Seri Iskandar, Perak Tengah.

Apabila tiba di Kilometer 20 Jalan Bota Kanan-Teluk Intan kereta mereka bertembung dengan sebuah kereta lain yang datang dari arah bertentangan.

Pemandu dan penumpang sebuah lagi kereta Itin Tayus, 37 dan Jammul Azhar Malkan, 45, bagaimanapun hanya cedera ringan dan diberi rawatan pesakit luar di HTI.

Jenazah Teh dibawa ke Hospital Changkat Melintang, Bota Kanan, Daerah Perak Tengah untuk bedah siasat, manakala Nor Sakiah serta Mohd Hasrul dibedah siasat di HTI.

Ketiga-tiga mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Padang Tenggala, Parit, Daerah Perak Tengah, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Sallehudin Abd Rahman, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Sementara itu, bapa Nor Sakiah, Abd Hamid Jamaluddin, 50, berkata beliau dan isterinya, Robaiyah Arifin, 51, hanya mengetahui kejadian itu jam 11 malam selepas dihubungi HTI.

"Saya tidak tahu mereka hendak pergi ke mana kerana mereka tidak singgah ke rumah saya," kata Abdul Hamid yang menyifatkan kejadian itu sebagai amat mengejutkan keluarganya.

Beliau yang pasrah dengan tragedi menimpa ke atas ibu mentua, anak serta anak saudaranya itu berkata, pada awalnya dia hanya dimaklumkan semua mangsa terbabit dalam kemalangan dan tidak mengetahui ada yang terbunuh.

Abdul Hamid yang mempunyai lima anak, berkata Nor Sakiah adalah anak sulongnya dan tinggal bersama neneknya, Teh sejak dua bulan lalu.

Robaiyah berkata, Nor Sakiah sangat ceria sejak kebelakangan ini kerana yakin akan mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Universiti Putra Malaysia (UPM).

"Saya tergamam bila diberitahu dia meninggal dunia dalam kemalangan itu," katanya.

TUKANGKEBUN Publish time 25-1-2007 09:58 AM

BERITA HARIAN 25 JAN 2007

Man Datuk

Gemukkkkkkk Publish time 25-1-2007 10:07 AM

Reply #153 TUKANGKEBUN's post

innalillahiwainnailahirajiuun..kita sedekah al-fatihah je le..

mak aii.. camni je akhirnya kes man datuk ni?

kebayan Publish time 25-1-2007 10:07 AM

Reply #154 TUKANGKEBUN's post

man dato bebas....???

sape yg rapat dengan dia kat sini? dengarnye dia memang dah kawin..

TUKANGKEBUN Publish time 25-1-2007 10:13 AM

Reply #155 Gemukkkkkkk's post

ko musti tahu cerita sebenarnya MUK

hrp ko boleh story kan

sebab kes ni kecoh 1 Ipoh dulu weh

kebayan Publish time 25-1-2007 10:21 AM

mukkk citer la

benonye kengkawan aku kat ipoh pun ade yang tau citer ni tapi malas beno nak tanye deme. man dato ni memang kaki clubbing n gengster tahap cipan..
bini dia pun somebody gak kan. diorang ni kawin sb kene tangkap bas** ke?

Gemukkkkkkk Publish time 25-1-2007 10:31 AM

nanti aku tanyakan kengkawan..sebab aku pun tak follow sangat isu ni dulu..

apa-apa nanti, aku updatekan kat sini..

tapei_ubi Publish time 25-1-2007 10:45 AM

Reply #158 kebayan's post

man dato ni kawen ngan anak norizan isteri arwah sultan idris....
Pages: 1 2 3 4 5 6 7 [8] 9 10 11 12 13 14 15 16 17
View full version: BERITA PERAK DI MEDIA-MEDIA


ADVERTISEMENT