tunteja73 Publish time 17-6-2008 08:38 AM

Last week Tun pergi IKEA....
Teruja tengok showroom dia:)
Especially kids nye bedroom...cantik-cantikkkkkkk:D
Boleh berkunjung ke sana untuk dapatkan idea...atau beli terussss;P

rossa_queen Publish time 17-6-2008 09:46 AM

Anyone boleh bagi idea tak utk bilik anak pompuan age 11-15 yrs? Memandangkan dia dah masuk remaja, dia mula complain bilik dia cam bilik budak kecik - iyalah dgn almari mickey mouse, ada barbie dolls, cadar powerpuff girls etc.. So, camner ek nak upgrade bilik dia sikit2 utk kelihatan remaja sikit??

tangkaijering Publish time 17-6-2008 04:26 PM

tolong kasi cadangan nk hias bilik anak lelaki aku.....

dealova04 Publish time 18-6-2008 09:22 AM

Reply #62 rossa_queen's post

tu la...
aku ada 2 doters yg kecik2 lg...
yg kakak mmg dah lama ckp nk blk sdr...
ada set katil semua..& hias2...
tp sampai la ni..aku x wat apa pon...
aku pk2 blk..mesti jd mcm ni lah kalau anak dara ku dah remaja...
sure dah x sesuai set katil knk2 tu...
lg pon .. anak2 mn nk tdo sdr kn...
sure nk tdo bwh tiak kita...

mmg aku nk sgt hias blk tuk anak2...
tp..aku akan bli perabot biasa yg leh guna sampai dia bsr...

bayam Publish time 23-8-2008 12:28 PM

ni bilik my son..simple jer.. color pun campur2..anak lelaki takpa kot...

http://farm4.static.flickr.com/3142/2788313323_6009668d55.jpg?v=0

[ Last edited bybayam at 23-8-2008 03:56 PM ]

matakecik Publish time 24-8-2008 10:47 PM

mata pun nak decorate bilik anak
tapi buat masa ne bilik dia sepah giler
game papa dia pun dalam bilik dia
tapi takpelah buat masa ne dia pun kecik sangat nak tau pasal bilik dia
nanti kena buat operasi mengemas dulu
baru bleh hais2

buat masa ne tgok jelah gambar jawabnya:P

iamazue Publish time 7-9-2008 08:11 AM

ni ada satu sample lgi.. sori ek kecik jer gambarnya..
aku rasa yg cam ni sesuai utk bilik yg memanjang..
http://www.jack-designs.com/images/Bedset%20anak%203-2.gif

Mas916 Publish time 8-9-2008 10:41 AM

http://www.bharian.com.my/Sunday/Dekor/20080831061348/mainpix1.jpghttp://www.bharian.com.my/Sunday/Dekor/20080831061348/mainpix2.jpghttp://www.bharian.com.my/Sunday/Dekor/20080831061348/mainpix3.jpgInspirasi Tema Bilik Bayi
Kesukaran menentukan tema bilik bayi boleh dikurangkan dengan menyuntik cita rasa peribadi. Misalnya jika anda gemar bersantai di pantai dan belayar meneroka dunia, selitkan angan-angan anda itu sebagai sebahagian tema hiasan. Anda juga boleh menyerikan ruang dengan mempamerkan permainan sewaktu kanak-kanak.

Anda juga boleh mengilhamkan hiasan menarik melalui warna dan motif fabrik digemari. Beberapa tema yang boleh diabadikan dalam gaya penataan termasuk:

Mainan vintage
Warna tema termasuk hijau hutan, merah dan biru kelasi. Hiasan bertumpu kepada dinding dan katil yang diberi sisipan blok kayu, permainan kuda goyang, patung beruang, badut dalam kotak dan sebagainya.

Pasang kertas dinding sempadan motif kartun beruang dan kuda goyang bersama langsir renda yang diberi sentuhan antik.

Warna asas
Disisipkan menerusi tema belon, bentuk dan nombor. Langsir singkat potongan belon dipasang melapisi fabrik sheers dan diikat kemas dengan pengikat langsir aneka warna berhias butang warna terang.

Ketengahkan katil bercetak gambar kartun dan beri sentuhan baru kepada kabinet lama dengan mengecatnya warna putih dan laci dicat warna berbeza.

Bakul menyimpan barang dan kain kotor dicat warna asas pastel dan krim. Tambah menarik andai dinding dicat teknik span serta ditambah motif belon dan nombor.

Pastikan bilik tidak menonjolkan terlalu banyak warna terang kerana boleh mengganggu lena dan fikiran anak.

Hutan hujan
Masukkan unsur burung dan rama-rama mainan yang boleh bergerak di siling mengiringi pelekat dinding motif tumbuhan tropika.

Suasana hutan diserlahkan menerusi mural gambar hutan tropika, kertas sempadan dinding corak belukar, langsir motif buluh dan untaian manik kayu menabiri rak penyimpanan terbuka.

Langit biru
Biru warna popular ditonjolkan menerusi siling berlukis motif langit dan tompokan awan. Hiasan tambahan berupa pelekat hiasan bulan bintang yang bersinar dalam gelap mampu melekakan bayi sebelum tidur.

Haiwan kesayangan
Tema sesuai untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan. Susun patung haiwan di penjuru bilik, dinding ditampal poster haiwan begitu juga cadar dan langsir diberi motif serupa. Corak tapak kaki haiwan dibentuk menggunakan teknik stensil ditampilkan di kepala katil.

Nautika dan dasar laut
Kanak-kanak lelaki cenderung memilih hiasan kapal layar dan rumah api manakala perempuan yang berjiwa lembut dan perasa, elok ditampilkan tema hiasan berasas cengkerang, kulit siput dan segala yang berkait pantai.

Gaya penataan menyamankan mata dijelmakan dengan mural dan hiasan dinding bertema pengembaraan dasar laut, kertas dinding sempadan corak ombak di samping hiasan tambahan gambar ikan duyung, tapak sulaiman dan kuda laut.

Bagi menampakkan kelainan, bilik dilengkapi lampu tidur bentuk kendi dan jala ikan dijadikan hiasan dinding.

lady_lily Publish time 8-9-2008 03:00 PM

Originally posted by bayam at 23-8-2008 12:28 PM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
ni bilik my son..simple jer.. color pun campur2..anak lelaki takpa kot...

http://farm4.static.flickr.com/3142/2788313323_6009668d55.jpg?v=0

Bayam....

Mana you beli toy storage tuh? Saya plan nak beli dan dah tengok kat Ikea. Mahal gilerr....Ingat nak cari yg murah2 jer. Mainan anak dah bersepah2.

geng_tx Publish time 10-9-2008 11:17 AM

http://img34.picoodle.com/data/img34/3/9/9/f_Picture33m_33bc7c7.jpg

kebetulan ada dalam enset... ni mural yg lukis sendiri..

junior aku neh memang minat thomas and friends...

so theme bilik dia adalah semua keretapi...

katil yg paling susah nak dapat... katil keta banyak lah...
last last beli dari internet dengan satu kompeni di singapore sana.. 3 bulan baru dapat.

menda menda lain banyak amik kat ikea ... kena sewa van aku nak wat balik barang barang tu semua...


tips dari aku,

pilih satu theme..

dah pilih, carilah barang bertemakan menda tu...

elakkan pilih warna yg terang2... mcm merah dan kuning, oren dsb.... nanti mental state budak leh jadik hyper... tak tenang..
gambar mural tu, base dia putih... tapi dinding lain semua kaler biru thomas... atau biru muda...

so enjoy ....

mama_rock Publish time 10-9-2008 12:31 PM

bagosnye..byk idea.:)

gorgonz Publish time 6-7-2009 11:25 AM

up

fauzana7 Publish time 30-9-2009 04:38 PM

cantekknya... mana nak dapat khidmat runding utk bilik tidur kanak2....

dee4ellese Publish time 27-10-2009 09:46 AM

Bilik tido anak2ku...
Cat sendiri. Awan pun lukis sendiri.

http://farm3.static.flickr.com/2539/4048764110_ae913e41be_o.jpg


http://farm4.static.flickr.com/3525/4048763952_cf1e62c160_o.jpg


http://farm3.static.flickr.com/2537/4048763754_d6d51935cf_o.jpg

goldfish77 Publish time 27-10-2009 11:18 AM

Bilik tido anak2ku...
Cat sendiri. Awan pun lukis sendiri.

http://farm3.static.flickr.com/2539/4048764110_ae913e41be_o.jpg


http://farm4.static.flickr.com/3525/4048763952_cf1e62c160_o.jpg


...
dee4ellese Post at 27-10-2009 09:46 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
cun cun....

hunney_bunney Publish time 2-11-2009 09:44 AM

Post Last Edit by hunney_bunney at 2-11-2009 10:19

Post Last Edit by hunney_bunney at 2-11-2009 09:45

Post Last Edit by hunney_bunney at 2-11-2009 09:45

saje nk letak..
dpt dr email..
boleh bg idea utk sume...n praktical jugak...

http://img254.imageshack.us/img254/5894/13tn8.png

rimbun1 Publish time 2-11-2009 12:24 PM

wahhh cantik2 bilik tidur anak kat sini eks... ada idea skit rimbun nak hias bilik anak.. pst pst baru this week nak tidur bilik sendiri.. so nak hias skit bg dia excited skit kekeke

PremierMum Publish time 2-11-2009 12:41 PM

I pulak ada anak bujang 3 orang. New hse nanti, yg sulung dpt satu bilik and dia nak color brown for his room. Maklum..dah bujang! Abg Ngah dan Abg Lang kena kongsi satu bilik..and sorang nak hijau sorang nak biru. So, plan nak combinekan hijau dan biru tu. Kalau ada cadar Naruto lagi cantik sebab dua2 gila cartoon Naruto.:lol: Seluar kecik pon ada gambar Naruto:lol:

bspotgurl Publish time 7-12-2009 12:05 PM

75# goldfish77

cantiknya bilik anak
walau buat sendiri pun
still nampak kemas :loveliness:
sukalahh
Pages: 1 2 3 [4]
View full version: MENGHIAS BILIK TIDUR ANAK


ADVERTISEMENT