iscol_klang Publish time 23-6-2007 01:53 AM

sultan2 yg tak sempat jadik agong sewaktu masih hidup (setelah jawatan agong diwujudkan)
- sultan ismail (johor) 1959-1981 (giliran johor:1984-1989)
- sultan mahmud (terengganu) 1979-1998 (giliran terengganu: 1965-1970)

sultan2 yg menolak utk jadik agong:
- sultan ibrahim (johor) - mengikut senioriti sepatutnya sultan ibrahim jadik agong pertama sebab sultan ibrahim jadik sultan tahun 1895...tapi waktu pemilihan agong kali pertama sultan menarik diri atas alasan uzur (umur waktu tu 84 tahun)...baginda mangkat tahun 1959 sewaktu berumur 86 tahun
- sultan abu bakar (pahang) - mengikut senioriti, kedudukan sultan abu bakar adalah yg kedua selepas sultan ibrahim, baginda naik takhta tahun 1932...tak diketahui oleh aku sebab ape baginda menolak jawatan agong sampaila baginda mangkat pada 1974...disebabkan senioriti tuanku abdul rahman dari negeri sembilan adalah selepas sultan abu bakar (naik takhta 1933), tuanku abdul rahman dilantik sebagai agong pertama

sultan2 yg masih blom jadik agong:
- sultan ismail petra (kelantan) - dijangkakan akan menggantikan sultan mizan mengikut giliran kalo sultan kedah masih hidup..kalo sultan kedah mangkat waktu tuanku mizan jadik agong, maka pengganti sultan kedah (raja muda kedah: tunku malik) akan jadik agong
- sultan sharafuddin idris shah (selangor): rasanya tak sempat jadik agong sebab giliran negeri selangor menurut kira2nya 35 tahun lagi baru sampai


kawan aku anak orang kanan majlis raja2 melayu, kiranya dia pun selalu ikut bapak dia pegi istana negara kalo ada pape upacara...even si tua penyimpan mohor besar raja2 yg mukanye kite nampak time pengumuman puasa & raya pun kenal dia...jangan kite ingat raja2 melayu ni melangut takde kejer perabihkan duit jek (half of it btol la)..tapi mesyuarat majlis raja2 melayu ni la tempat kuasa eksekutif (baca: PM & MB) kena 'basuh' dgn raja2 melayu & segala masalah semasa dibentangkan kepada mereka...mesyuarat ni although 2,3 kali je setahun tapi cukupla nak 'kawal' perangai eksekutif dari buat tindakan yg melampau2...sama ada kite perasan atau tak, banyak sebenarnye masalah umat yg berjaya 'diselamatkan' oleh majlis raja2 melayu cuma tak heboh kat public je sebab fail meeting tu fail sulit...pasal skolah agama rakyat tuh, kalo bukan sebab raja2 melayu, abis semua skolah agama rakyat kerajaan nak tutup & tanak bagi bantuan kewangan, nasib baik skolah agama rakyat bawah kerajaan negeri still bernafas atas naungan raja2 melayu, ada yg jadik skolah angkat pun...itu baru 1 contohla, banyak lagi contoh lain..

kawan aku bagitau jugak, menurut bapak dia, raja2 melayu ni ada yg cerdik, ada yg tak :lol: yg tak cerdik tu paling senyapla dlm mesyuarat raja2 melayu...yg paling banyak bukak mulut & diskas hal rakyat ada 3 orang - sultan kedah, sultan perak & sultan terengganu agong skang...yg asik ponteng kite taula sape, tak lain tak bukan sultan johor, gamaknye nak bagi tengku mahkota serasi dgn tugas sultan...

dempol Publish time 23-6-2007 09:42 AM

Reply #21 iscol_klang's post

kebawah dulu tuanku sultan johor kan memang terkenal dengan "kesamsengannya"..tu yg selalu jarang nampak sewaktu "durbar"...asyik hantar TMJ je jadi wakil..

ijad_adiputera Publish time 23-6-2007 07:11 PM

Originally posted by iscol_klang at 23-6-2007 01:53 AM
yg paling banyak bukak mulut & diskas hal rakyat ada 3 orang -sultan kedah, sultan perak & sultan terengganu agong skang...


http://forum.cari.com.my/images/smilies/off2.gif tak tau la samada dh off topic ke x nih tp ijad cuma nk kasitau utk pengetahuan...

Sultan Perak kini adalah satu2nya keturunan sah dari Kesultanan Melaka yg masih wujud memandangkan Sultan Johor & Pahang kini masing2 adalah dari keturunan keluarga bendahara & temenggung...

Kesultanan Melaka yg diasaskan oleh Parameswara adalah kesinambungan dari kerajaan Palembang kerana Parameswara adalah putera raja Palembang yg terakhir....

Kerajaan Palembang pula adalah kesinambungan dari empayar Srivijaya yg suatu ketika dahulu pernah menguasai sebahagian besar Kepulauan Melayu....

pendek kata, Malaysia kini memiliki sesuatu yg sgt berharga iaitu raja/sultan yg asal keturunannya dari dinasti Srivijaya...:lol::lol:
sbb tu ada sesetgh org kata, kuasa politik org Melayu telah berpindah dari Sumatera ke Tanah Melayu...
Indonesia pun sudah tak ada raja lg skrg...
kita kena la kekalkan kerana kesultanan Perak adalah harta negara yg x ternilai skali & ia melambangkan keagungan bangsa Melayu sejak sekian lama....

dempol Publish time 23-6-2007 08:17 PM

Reply #23 ijad_adiputera's post

betul tu..bangsa melayu mesti mempunyai sultan..kerana itu melambangkan kita bangsa berdaulat...daulat tuanku..

ijad_adiputera Publish time 23-6-2007 09:09 PM

Originally posted by dempol at 23-6-2007 08:17 PM
betul tu..bangsa melayu mesti mempunyai sultan..kerana itu melambangkan kita bangsa berdaulat...daulat tuanku..

images/smilies/sepanduk2.gif Aku setuju. Bangsa Melayu mesti mempunyai raja kerana setiap bangsa yg mempunyai raja menandakan bangsa tu berdaulat.

Dari segi Islam pula, sesebuah bangsa beragama Islam yg memiliki raja menandakan bangsa itu bukan sahaja berdaulat malah raja tersebut menjadi simbol keagungan Islam (kerana raja adalah ketua agama Islam) & mampu menggerunkan musuh2 Islam.

Sekadar amik contoh, Kesultanan Turki yg telah dimansuhkan oleh Mustafa Kamal Attaturk. Bg Mustafa, beliau mungkin beranggapan bangsa Turki tidak perlukan raja tp adakah beliau sedar bahawa Kesultanan Turki sangat digeruni oleh musuh2 Islam di Eropah? Umat Islam di seluruh dunia menganggap tindakan Mustafa itu sangat merugikan umat Islam kerana Kesultanan Turki adalah empayar Islam terakhir di dunia. Runtuhnya Kesultanan Turki menandakan hilangnya 'taring' Islam.

jadi, pada sesapa je yg beranggapan sistem beraja ni sesuatu yg membazir, baik korg pkir balik....

dempol Publish time 24-6-2007 01:42 AM

Reply #25 ijad_adiputera's post

dan juga raja/sultan dikenali sebagai ("zulillah fil alam)..wakil allah di muka bumi..tapi sayang..sekarang bangsa melayu sudah mula melupakan stitusi beraja di tanah melayu ni..banyak anak muda kita yg mula lupa asal usul dan tatacara serta adat istiadat melayu berkenaan hal istana..:'( :'( :'(

p/s...teringin melihat malaysia menjadi seperti KINGdom of thailand....dimana raja bhumibol ayudayev(raja bagi thai dan jajahan takluknya)...dihormati sebegitu rupa...:D :D ..sesungguhnya mereka menghormati institusi beraja lebih dari kita..bangsa melayu yg beraja dan berdaulat..dan penuh dengan adat istiadat.

ijad_adiputera Publish time 24-6-2007 02:42 AM

Originally posted by dempol at 24-6-2007 01:42 AM
p/s...teringin melihat malaysia menjadi seperti KINGdom ofthailand....dimana raja bhumibol ayudayev(raja bagi thai dan jajahantakluknya)...dihormati sebegitu rupa...:D :D..sesungguhnya mereka menghormati institusi beraja lebih darikita..

http://forum.cari.com.my/images/smilies/off2.gif ada beberapa faktor kenapa Raja Thai dihormati sedemikian rupa:-

1) Rakyat Thai beranggapan bahawa raja mereka spt tuhan. Mereka sembah raja mereka umpama menyembah dewa. kalau raja kata tidak, maka rakyat pun kata tidak la. <--- ini sesuatu yg haram dilakukan oleh umat Islam.

2) Ideologi negara Thai berlainan dari M'sia. Aku sendiri pun x pasti ideologi kt M'sia ni mcmana tp kalau di Thailand, ideologi di negara mereka telah mendidik rakyat agar menghormati raja. Siap smpai kena tunduk sujud sembah lg. Di M'sia, Siti Nurhaliza boleh duduk di sebelah Sultan Pahang tp di Thailand, ia sgt mustahil!!! :o:o

Aku mmg kagum la dgn cara org Thai yg begitu hormat pd raja mereka. Aku rasa M'sia pun boleh buat mcm tu gak tp x der la smpai kena sujud sembah. Cukup la dgn sekadar salam sembah takzim dan mencium tgn raja... ini bertujuan utk mendidik rakyat agar hormat raja sebagai ketua negeri/negara, lambang perpaduan & ketua agama Islam...

dempol Publish time 24-6-2007 09:49 PM

Reply #27 ijad_adiputera's post

betul tu..kita de adat kita sendiri yg diwarisi turun temurun..kita hanya perlu memeprtahankannya aje..dengan cara mempraktikkannya....

jkkkj Publish time 26-6-2007 01:54 AM

Originally posted by homer_simpson at 21-6-2007 06:03 PM
sistem beraja ni amat merugikan. patut kite dh jadi republik. tak yah susah2 nk byr duit elaun kat raja. diorg bukan wat ape2 pon. sibuk duk rasmi tu rasmi ni je.. ape daa..

Aku berani katakan di sini bahawa cakap-cakap macam kau ni boleh didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 kerana kau dah
mempertikaikan perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Baik kau fikir balik bro...

dempol Publish time 26-6-2007 03:55 PM

Reply #29 jkkkj's post

kata2 seorang pengkhianat negara..boleh dihukum gantung sampai mati tau..

huskers Publish time 28-6-2007 12:02 PM

sistem beraja kite mmg unik. org asing mmg kagum tgk sistem penggiliran raja yg mmg tempat lain takde dipraktikkan. mekam mekan ni respek sebab tidak ada perebutan kuasa utk menjadik agong tidak seperti parti2 politik.

cuma kite kena ubah skit sesetengah perkara seperti pemberian pingat. yg ni mmg perlu dihalusi sebab zaman la ni hampir semua org boleh dpt dato' dan boleh beli dato sampai dah takde value/prestige apabila seseorang menerima anugerha tersebut esp dari sesetengah negeri yg mmg diketahui suka sgt bg darjah ni samai berdozen dozen.

bab perangai pun kena jaga dari bapak sampai ke cucu dan saudara sebab raja ni ketua agama. kena jadik contoh yg elok utk diikuti. jgn dok buat show dgn artis2 sebab artis2 ni mmg tak lari dari cerita2 yg tak elok.

lagi satu....kalau nak berniaga tu saya tak kisah tapi jgn sampai menjual negeri - u get my drift.......

daulat tuanku -- sembah patik harap diampun

jkkkj Publish time 2-7-2007 01:19 PM

Sebagai anak Melayu,adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk mempertahankan institusi raja berperlembagaan di negara ini selagi ada bulan,          bintang dan matahari.

Kalau pun ada rasa tak puas hati kepada institusi beraja,saya harap jangan la kita semua cerca mereka di hadapan kaum bukan Melayu.

jkkkj Publish time 25-1-2008 02:02 AM

Institusi raja Melayu mestilah kita pertahankan kerana ia adalah sebahagian keagungan atau legasi budaya Melayu yang unggul.Saya kira ia perlu dimartabatkan dengan mengikut ajaran Islam yang sebenar.

Ada sesiapa lagi nak bagi pandangan?

ijad_adiputera Publish time 25-1-2008 05:02 AM

Originally posted by huskers at 28-6-2007 12:02 PM http://forum4.cari.com.my/images/common/back.gif
sistem beraja kite mmg unik. org asing mmg kagum tgk sistem penggiliran raja yg mmg tempat lain takde dipraktikkan. mekam mekan ni respek sebab tidak ada perebutan kuasa utk menjadik agong tidak seperti parti2 politik.

Sebab itulah kita kena kekalkan pemerintahan beraja dan sistem YDPA di Malaysia. Ia boleh dijadikan daya tarikan untuk menarik pelancong asing datang ke negara kita bagi melihat sendiri keunikan sistem beraja di Malaysia.

Teringat dulu ada sekumpulan pelancong asing yang sanggup tunggu berjam-jam di luar Istana Negara ketika pertabalan YDPA. Mereka kata Kerajaan Malaysia sepatutnya meletakkan skrin di luar Istana Negara agar orang ramai, khususnya pelancong asing dapat melihat bagaimana suasana ketika pertabalan YDPA. Aku setuju dengan cadangan mereka. Rasa tak berbaloi mereka tunggu di luar Istana Negara, tambah lagi mereka tu pelancong asing...

Originally posted by huskers at 28-6-2007 12:02 PM
cuma kite kena ubah skit sesetengah perkara seperti pemberian pingat. yg ni mmg perlu dihalusi sebab zaman la ni hampir semua org boleh dpt dato' dan boleh beli dato sampai dah takde value/prestige apabila seseorang menerima anugerha tersebut esp dari sesetengah negeri yg mmg diketahui suka sgt bg darjah ni sampai berdozen dozen.

Aku setuju!! Pingat dan darjah kebesaran tersebut akan hilang nilainya jika dah ramai sangat orang yang dapat pangkat Dato' atau Datuk...

Originally posted by huskers at 28-6-2007 12:02 PM
bab perangai pun kena jaga dari bapak sampai ke cucu dan saudara sebab raja ni ketua agama. kena jadik contoh yg elok utk diikuti. jgn dok buat show dgn artis2 sebab artis2 ni mmg tak lari dari cerita2 yg tak elok.

Lebih-lebih lagi Sultan Johor. Korang faham-fahamlah cemana perangai dan sikapnya. Disebabkan Sultan Johor buat hal, sistem imuniti terhadap Raja-Raja Melayu telah dimansuhkan oleh Tun Dr. Mahathir. Masuk nila setitik, rosak susu sebelanga:L:L:L.... Harap-harap Tunku Mahkota Johor tidak seperti ayahandanya...

Originally posted by jkkkj at 2-7-2007 01:19 PM
Kalau pun ada rasa tak puas hati kepada institusi beraja, saya harap jangan la kita semua cerca mereka di hadapan kaum bukan Melayu.

Ada segelintir orang Melayu yang boleh kutuk raja sendiri di depan kaum bukan Melayu. Nanti apa pula yang kaum bukan Melayu fikirkan. Malulah sikit. Buat malu bangsa jer... :L:L:L

[ Last edited byijad_adiputera at 25-1-2008 05:06 AM ]

zarul427 Publish time 25-1-2008 11:10 PM

kes org MELAYU hilang hormat kepada institusi raja kerana
tingkahlaku raja2 itu sendri yg tidak menghormati undang-undang
dan rakyat.


raja adil raja disembah
raja zalim raja di sanggah


regads

zarul427 Publish time 25-1-2008 11:13 PM

kes org MELAYU hilang hormat kepada institusi raja kerana
tingkahlaku raja2 itu sendri yg tidak menghormati undang-undang
dan rakyat.


raja adil raja disembah
raja zalim raja di sanggah


regads

ijad_adiputera Publish time 26-1-2008 11:03 AM

Originally posted by zarul427 at 25-1-2008 11:10 PM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
kes org MELAYU hilang hormat kepada institusi raja kerana
tingkahlaku raja2 itu sendri yg tidak menghormati undang-undang
dan rakyat.

Bukan semua Raja-Raja Melayu begitu. Hanya segelintir saja yang begitu. Sepatutnya kita mendoakan semoga raja-raja yang bermasalah itu segera bertaubat kerana mereka adalah ketua agama Islam di negeri masing-masing. Mereka perlu menjadi contoh kepada rakyat...

dCrook Publish time 27-1-2008 12:35 AM

Originally posted by zarul427 at 25-1-2008 11:13 PM http://forum4.cari.com.my/images/common/back.gif
raja adil raja disembah
raja zalim raja di sanggah
...

aku suke pantun nih..kalau kite tgk citer Puteri Gunung Ledang versi black n white, Mahmud June kasi pantun ni kat ayah dia :

Raja yang adil anakanda junjung,
Raja yang zalim anakanda lambung!..

pastu dia trus buat revolution kat depan istana sultan :lol:

Sebenarnya,yang byk buat masalah sekarang ni bukanlah sultan..tetapianak2dia..kengkadang relative dia yang jauh pun (adetitletengku-tengki kat depan) selalu buat problem..jadi terpalit la kotorantu kat muke sultan.

Kalau ikut sejarah pon ade gaksultan-sultan yang bijak, yang cube bangunkan negeri masing-masing danbukannya makanduit 'pencen' british. Cthnya Sultan Abu Bakar.Aku pegi Muar dan tgk tinggalan2 baginda, terase kagum gak dengan wawasan beliau. Satu lagik lak sultan terengganu yang aku lupe ntahname dia.. dikatakan beliau menjadikan sultan abu bakar sebagai contoh,dan cube bangunkan terengganu tetapi akhirnya membuatkan terengganubankrup dan akhirnya terpakse menerima residen british. Oleh keranamalu dengan kejadian itu, beliaumeletakkan jawatan sebagai sultankerana tak sanggup tgk terengganu dijajah..

Aku rase, sultan-sultan zaman sekarang ni pon terpakse well behaved sbb anytime malaysia will go republic..hehehee

[ Last edited bydCrook at 27-1-2008 12:38 AM ]

ijad_adiputera Publish time 29-1-2008 05:12 AM

Originally posted by dCrook at 27-1-2008 12:35 AM http://forum4.cari.com.my/images/common/back.gif
Aku rase, sultan-sultan zaman sekarang ni pon terpakse well behaved sbb anytime malaysia will go republic..hehehee

Malaysia tak mungkin jadi sebuah republik. Seperti yang kita semua tahu, Yang DiPertuan Agong adalah ketua negara Malaysia. Baginda adalah seorang Melayu, beragama Islam dan hanya dipilih dari kalangan 9 Raja-Raja Melayu.

Dalam erti kata yang lain, YDPA adalah simbol bahawa Malaysia sebuah negara di mana majoriti penduduknya adalah orang Melayu-Islam. Biarpun ekonomi Malaysia dikuasai kaum Cina, ketua negara Malaysia tetap orang Melayu (YDPA)...

Lagipun, Raja-Raja Melayu adalah salah satu identiti dan maruah kaum Melayu di Malaysia (selain bahasa Melayu, agama Islam dan hak ketuanan Melayu). Menghapuskan kedaulatan Raja-Raja Melayu adalah sama seperti kita membenarkan kaum Cina atau India menjadi ketua negara nih...

Apa-apa sekalipun, diharap Raja-Raja Melayu mengambil iktibar terhadap apa yang berlaku kepada Raja Nepal. Nepal bakal menjadi sebuah negara republik pada bila-bila masa pada 2008....

*Orseas_Urusha Publish time 29-1-2008 06:27 AM

Setuju sesangat dgn ijad. Kita kena faham, biarpun bukan semua raja tu baik (mmg banyak yg hancur pun sebenarnya, pukul org sampai mati segala, bela anjing ;P ) - pepatah sendiri ada menyebut "Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah"; tapi INSTITUSI raja tu *mesti* dikekalkan sebagai lambang ketuanan Melayu kat negara ni. Ia juga menjadi lambang tamadun siasah bangsa Melayu, satu warisan berharga dari zaman dulu lagi yg wajar dipelihara sampai bila2.
Pages: 1 [2] 3 4 5
View full version: Raja berpelembagaan, #85 Krisis Perlembagaan 1993: Hilangnya imuniti raja-raja M


ADVERTISEMENT