dexa Publish time 18-12-2006 06:32 PM

FAR EAST - HALAWATUL IMAN

ini ialah kumpulan nasyid yang telah ditubuhkan 2001 -
dan mereka adalah juara anugerah Nasyid Minggu Ini 2006
dengan laguNursyahadah.

kumpulan yang bernaung di bawah label Gurindam Entertainment
susuna muzik yang hebat oleh Greg Henderson serta harmoni yang
ditunjukkan menerusi lagu Nursyuhada berikan kelebihan untuk Far East
mencipta nama pada acara yang diadakan di Auditorium Dewan Bandaraya
Kuala Lumpur, Jalan Raja Laut.

kumpulanini dianggotai Shairiman Badzri, 29, Naemul Hilmi Mohd Napiah, 26,
Anas Tahir, 23, dan Azwan Ibrahim, 24. Dua album pertama mereka menggunakan
nama kumpulan itu sendiri sebagai judul, ( FAR EAST)
manakala album ketiga yang baru saja dipasarkan diberi tajuk Halawatul Iman.

mamak_kg_kastam Publish time 27-12-2006 03:32 AM

SETELAH puas dengan lagu-lagu yang berkonsepkan pop nasyid progresif, Far East kini muncul dengan album terbaru mereka berjudul Halawatul Iman yang bermaksud Kemanisan Iman.

Far East yang dianggotai oleh Anas Mohd. Tahir (Anas), Naimul Helmi Moh. Napiah (Naim), Ahmad Fadzli Bakar (Fadzli), Shairiman Badri (Man) dan Azwan Ibrahim (Azwan) mengakui mereka kini semakin matang dengan kemunculan album ketiga itu.

Lantaran dengan keyakinan kembali kepada kesenian Islam, Far East menaruh harapan pada Halawatul Iman yang berkonsepkan lagu-lagu taranum.

Jelas Naim, taranum adalah lagu-lagu al-Quran antaranya seperti Bayati, Soba, Hijjaz dan Nahwan.

揚ada awalnya kami risau juga untuk menerbitkan album seperti ini. Sebab selama ini masyarakat sudah biasa dengan konsep nasyid kontemporari. Namun alhamdulillah nampaknya sambutan yang diterima cukup baik sejak album ini berada di pasaran Ramadan lalu,

dexa Publish time 27-12-2006 06:24 AM

Far East muncul dengan lagu-lagu taranum
Oleh: MOHAMMAD ARIF NIZAM ABDULLAH

SETELAH puas dengan lagu-lagu yang berkonsepkan pop nasyid progresif, Far East kini muncul dengan album terbaru mereka berjudul Halawatul Iman yang bermaksud Kemanisan Iman.

Far East yang dianggotai oleh Anas Mohd. Tahir (Anas), Naimul Helmi Moh. Napiah (Naim), Ahmad Fadzli Bakar (Fadzli), Shairiman Badri (Man) dan Azwan Ibrahim (Azwan) mengakui mereka kini semakin matang dengan kemunculan album ketiga itu.

Lantaran dengan keyakinan kembali kepada kesenian Islam, Far East menaruh harapan pada Halawatul Iman yang berkonsepkan lagu-lagu taranum.

Jelas Naim, taranum adalah lagu-lagu al-Quran antaranya seperti Bayati, Soba, Hijjaz dan Nahwan.

揚ada awalnya kami risau juga untuk menerbitkan album seperti ini. Sebab selama ini masyarakat sudah biasa dengan konsep nasyid kontemporari. Namun alhamdulillah nampaknya sambutan yang diterima cukup baik sejak album ini berada di pasaran Ramadan lalu,
Pages: [1]
View full version: FAR EAST - HALAWATUL IMAN


ADVERTISEMENT