bbalik Publish time 29-3-2011 03:15 PM

kat jepun abih semua ranap ker? kat aceh ada masjid yang tak ranap...

ruffleen Publish time 11-5-2011 02:22 PM

cepat jugak diorg membangun semula yer. Alhamdulillah

koboi Publish time 30-10-2011 01:32 AM

BERUBAH WAJAH...



KOMBINASI gambar menunjukkan perubahan ketara yang wujud di Aceh Besar dari...
Syd Post at 19-12-2006 09:47 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif


sekali air bahsekali bandar berubah

prairehell Publish time 8-12-2011 01:58 AM

igt lg masa tu tgh tnggu result pmr....tp tiba2 ad tsunami....so kitorg pn trtunggu2 pengumuman ble result kua...tp xde pape pn...smpai kne call sekolah berkali2 tanye ble rsult kua sbb masa tu, smua org tgh terkejut ngan tsunami ni...

teha86 Publish time 16-12-2011 04:44 PM

wah.. byk nye rumah dekat masjid tuh. kang kalo tsunami lagi.. senang sket nak lari masuk masjid ...
adieha Post at 19-12-2006 21:57 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif


    yg aku baca...tol ke...masjid tu dikelilingi umah banglo..sampai masjid pun tak nampak..sekali kena tsunami..sume..umah banglo tu pun lesapp..yg tinggal masjid je...tulah bukti kekuasaan Allah SWT...

Syd Publish time 27-12-2013 09:34 AM

Tangisan iringi tahlil peringati tsunami


http://www.utusan.com.my/pix/2013/1227/Utusan_Malaysia/Luar_Negara/lu_06.1.jpg
Seorang wanita tidak dapat menahan kesedihan di majlis tahlil sempena memperingati ulang tahun kesembilan tragedi tsunami di Banda Aceh, Aceh, semalam. - AP

JAKARTA 26 Dis. - Tangisan dan esakan anggota keluarga dan saudara-mara mangsa tragedi tsunami yang berlaku sembilan tahun lalu mengiringi majlis tahlil dan berzikir yang diadakan di pelbagai tempat di wilayah Aceh hari ini.

Mereka menyertai ratusan warga yang berhimpun di tanah perkuburan mangsa-mangsa tsunami di Gampong Pie, daerah Meuraxa, Banda Aceh sempena ulang tahun kesembilan tragedi tsunami melanda wilayah tersebut..

Selain penduduk tempatan, warga asing dan penduduk dari wilayah lain turut menghadiri majlis-majlis tersebut.

Menurut seorang warga Medan, Sumatera Utara, Suherman, dia mengunjungi Aceh hari ini untuk memperingati keluarganya yang terkorban dalam tragedi tersebut.

"Hampir setiap tahun saya berkunjung ke tanah perkuburan mangsa tsunami walaupun saya tidak tahu di mana ahli keluarga saya dikebumikan," katanya.

Bagi penduduk Banda Aceh, Zamzami, dia yakin anak-anaknya yang menjadi mangsa bencana alam tersebut dikebumikan di Gampong Pie.

"Walaupun ada beberapa tanah perkuburan mangsa korban tsunami, tetapi saya yakin mereka dikebumikan di tempat ini (Gampong Pie)," kata bekas kakitangan kerajaan ini.

Menurut Zamzami, ketika kejadian yang berlaku pada 26 Disember 2004 itu, dia sedang menunaikan ibadah haji di Tanah Suci, Mekah.

Majlis tahlil turut diadakan di beberapa tanah perkuburan mangsa tsunami di kawasan Lambaro Sukon, daerah Aceh Besar, masjid-masjid dan madrasah-madrasah. - UTUSAN

Syd Publish time 27-12-2013 09:37 AM

Bayi tsunami kenang dihanyut ombak


Oleh Malinda Abdul Malik

Georgetown: “Sukar untuk mempercayai apa yang terjadi, namun pengunjung yang datang ke kedai minum bapa menggelarkan saya bayi tsunami,” kata S Tulaashi, yang berusia 22 hari ketika dihanyutkan ombak besar tsunami yang melanda Malaysia termasuk pantai Miami di Pulau Pinang pada 26 Disember 2004 dan kini berusia sembilan tahun.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.15 tengah hari itu, Tulaashi ketika itu tidur di atas tilam dalam sebuah bilik di kedai milik bapanya manakala ibunya yang masih dalam pantang, berada di bilik bersebelahan.

Tulaashi dihanyutkan ke laut bersama-sama tilam berkenaan selama kira-kira 15 minit sebelum ditolak semula ke pantai tanpa sebarang kecederaan.

Kanak-kanak itu yang kini bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Azad di Kebun Bunga berkata, dia sering terpinga-pinga apabila pengunjung dari luar negara datang semata-mata mahu melihatnya walaupun kejadian hitam yang menimpa keluarganya itu sudah hampir sembilan tahun berlalu.

“Saya lebih banyak habiskan masa di kedai ayah dan boleh dikatakan setiap tahun ada pelancong luar serta orang tempatan datang untuk melihat serta bergambar bersama saya, kononnya saya bayi ajaib yang terselamat daripada tsunami.

“Saya bersyukur kerana tuhan menyelamatkan saya tanpa kecederaan dan ia menjadi pengajaran buat saya setiap kali ayah menceritakan kejadian itu,” katanya ketika ditemui di Batu Ferringhi, di sini, semalam.

Sementara itu, bapanya, A Suppiah, 64, berkata walaupun kejadian yang menimpa anak bongsunya itu berlaku sekelip mata, namun dia masih ingat dengan jelas terutama tarikh dan masa kejadian setiap tahun.

Suppiah berkata, dia dan isteri, L Annalmary, 51, mengambil masa lebih sebulan untuk pulih daripada igauan ngeri yang menimpa mereka sekeluarga.

“Saya tidak sedar Tulaashi di bawa arus dan hanya sedar apabila nampak dia bersama tilam ditolak ke tepi pantai.

“Tragedi hitam yang menimpa keluarga tidak mematahkan semangat kami untuk meneruskan kehidupan,” katanya.

Menurutnya, selepas kejadian itu, dia hilang punca pendapatan apabila kedainya musnah dan perniagaannya beberapa tahun kebelakangan ini tidak begitu baik, namun terpaksa meneruskannya kerana tidak mempunyai sumber pendapatan lain.

“Saya usahakan kedai ini sejak 1990 dan selepas kejadian itu saya kerugian lebih RM60,000, malah terpaksa berhutang dengan kawan sebanyak RM40,000 kerana tiada bantuan perniagaan kami terima selepas kejadian, ” katanya dengan nada sedih.


Foto


http://w1.hmetro.com.my/myMetro/articles/Bayitsunamikenangdihanyutombak/pix_gal1
SUPPIAH (kanan) dan Annalmary serta Tulaashi melihat laporan akhbar tempatan mengenainya ketika dihanyut tsunami.

ginatailor Publish time 28-12-2013 06:40 PM

aku ingat lagi time tu kol 9pagi..aku dok tido lagi..tetiba bilik aku bergoncang..aku ingatkan lori kontena kat highway berlanggar batu besar..

tengok air dalam baldi bergoyang sama..saat tu memang aku takut sangat..dah lah dok tingkat 5..kalo terjadi apa2,sempat ke nak lari

Al Fatihah

reddots Publish time 30-12-2013 03:55 PM

x terasa dah dekat 10 tahun terjadi..

bermakna, 9 tahun lepas, pada 26/12... pukul 1.30ptg aku bersiap nak kuar makan ngan kawan.. sempat tengok bulletin 1.30 kat tv3...tengok air naik kat jalan kat Penang n kat kedah... pastu aku tutup tv..teros jalan...

pastu kat park dlm pukul 9mlm,, kecoh org ckp tsunami..tsunami.. blur sgt2... esok pagi tgk tv indon..berita tsunami kat semua station tv..

aku siap rekod lagi berita2 tsunami esp yg kat Acheh tu..yg ada tayang speaker besar jatuh....org ramai bertempiaran lari..huhuhu...

suzilah Publish time 31-12-2013 04:04 AM

Pernah pegi acheh tahun lepas. Sayu je hati tgk rumah2 yg ditinggalkan x berpenghuni

sayapghaib Publish time 31-12-2013 02:54 PM

Pengantin perempuan kat Kuala Muda yg kenduri mereka dilanda Tsunami pun dah meninggal akibat kanser.

Syd Publish time 3-1-2014 08:21 AM

sayapghaib posted on 31-12-2013 02:54 PM static/image/common/back.gif
Pengantin perempuan kat Kuala Muda yg kenduri mereka dilanda Tsunami pun dah meninggal akibat kanser ...

dapat skit je citer pasal kenduri time tsunami tuh...



ARKIB : 26/12/2011

Tsunami 2004 semakin dilupakanhttp://www.utusan.com.my/pix/2011/1226/Utusan_Malaysia/Dalam_Negeri/dn_10.1.jpg
ORANG ramai melawat memorial berupa timbunan bot yang dibina oleh Kerajaan Negeri Kedah berhampiran tempat kejadian sebagai memperingati peristiwa tsunami di Kuala Muda pada 26 Disember 2004.

SUNGAI PETANI 25 Dis. — Selepas tujuh tahun, bencana tsunami yang melanda rantau ini sehari selepas sambutan Krismas pada 2004 dan mengorbankan ratusan ribu nyawa termasuk hampir 70 di negara ini, kian dilupakan.


Di Kota Kuala Muda di sini, 12 nyawa terkorban akibat ombak gadang yang tercetus susulan gempa bumi berukuran 9 pada skala Richter di Banda Aceh, Indonesia itu.


Namun, selain pembinaan tugu peringatan serta tinggalan rangka beberapa buah rumah yang musnah akibat bencana itu, tidak ada sebarang acara diadakan terutama oleh pihak berkuasa bagi mengenang tragedi tersebut.


"Kami di sini hanya buat majlis bacaan Yassin dan tahlil bagi memperingati mangsa tragedi," kata Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Komuniti Taman Permatang Katong, Muhammad Hussain ketika ditemui pemberita.


Beliau berkata, sebaiknya satu sambutan khas diadakan pihak berkuasa pada ulang tahun kejadian itu sebagai ingatan kepada masyarakat.


Taman Permatang Katong dibina kerajaan pada 2006 bagi menempatkan lebih 100 keluarga dari Kampung Kepala Jalan, Kampung Masjid dan Kampung Keda di pesisir pantai Kota Kuala Muda yang musnah akibat tragedi tersebut.


Mengenang kembali kejadian, Muhammad, 45, berkata, pada hari tersebut terdapat tiga kenduri masing-masing di Kampung Kepala Jalan, Kampung Masjid dan Kampung Keda.


"Boleh dikatakan pada hari itu hampir semua penduduk yang rata-rata bekerja sebagai nelayan tidak turun ke laut bagi menghadiri kenduri dan saya sendiri menjadi tukang masak bagi kenduri Kampung Kepala Jalan," katanya yang mengusahakan bengkel besi.


Katanya, selesai memasak, beliau pulang ke rumah untuk menjaga pasangan anak lelaki kembarnya yang berusia setahun bagi membolehkan isterinya menghadiri kenduri.


"Kira-kira 1.45 tengah hari isteri saya balik ke rumah dan pada masa itu ombak besar melanda, menyebabkan saya menggendong kedua-dua anak dan lari menyelamatkan diri bersama isteri," katanya.


Beliau berkata, rumah dan bengkel besinya yang terletak di seberang jalan kira-kira 100 meter dari pantai musnah dalam kejadian itu.


Menurut Muhammad, apabila air mula surut, beliau kembali ke rumah yang mengadakan kenduri itu dan cuba membantu mangsa termasuk mengangkat dua mayat wanita yang terkorban dalam kejadian.


Sementara abang Muhammad, Idris yang juga Ketua Kampung Kepala Jalan, berkata, beliau mengalami trauma selama berbulan-bulan selepas tragedi itu.


"Dengar deruan ombak...malah bunyi kenderaan pun saya rasa takut," katanya yang masih meneruskan pekerjaan sebagai nelayan pantai.


Idris berkata, semasa kejadian, beliau menemani kira-kira 15 anggota keluarganya yang datang bercuti untuk berkelah di tepi pantai Kota Kuala Muda.


"Kami bawa makanan, tikar dan keperluan lain. Masa hendak hidang makanan saya lihat air sungai kering, air laut juga surut dengan banyak dari biasa. Masa tu kira-kira pukul 1 petang saya lihat ombak putih panjang," katanya.


Beliau berkata, tidak lama kemudian pantai dilimpahi air yang pantas menenggelami kawasan sekitar, menyebabkan mereka semua lari menyelamatkan diri ke tingkat dua rumahnya.


"Semua barang-barang di tingkat bawah musnah, namun saya bersyukur kami selamat kerana air kira-kira 1.5 meter tinggi tidak sampai ke tingkat atas," kata Idris yang kesal kerana tragedi itu semakin dilupakan, terutama golongan muda di kampung tersebut. — BERNAMA





Pages: 1 2 [3]
View full version: Tragedi Tsunami 26/12/2004 [dalam kenangan...]


ADVERTISEMENT