leaika posted on 20-12-2006 09:06 AM

MENU UTK PERKELAHAN & PERKHEMAHAN

:) Selamat Pagi

Tak tau topik ni dah ada ke tak..cari x jumpa..kalu dah ada mod tolong delete la ye :tq:

Actually this wekend nak bawak anak2 g piknik, tengah pk nak masak ape, cadang nak goreng mihun je tapi anak2 dah jemu..balik2 mihun je kalu g piknik..so kalu kawan2 ada idea/cadangan kat kite nak masak ape untuk bawak bekal nanti..jasamu kukenang...:hatdown: :tq:

[ Last edited by  Kacip_Fatimah at 24-7-2008 03:47 PM ]

ribena_beri posted on 20-12-2006 09:13 AM

mungkin boleh bawa sandwich, cucur, nuget, sosej, kuih goreng2 mcm popiah@karipap, mee pun boleh jugak sebagai tambahan.. maklumlah org kita biasanya nak  makan makanan berat juga..:nerd:

aza4ever posted on 20-12-2006 09:45 AM

sardin roll atau sosej roll pun ok gak.. simple n sedap hehe...:love:

mallanhead posted on 20-12-2006 10:05 AM

We all kat Perth ni kalau berkelah selalu cari tempat yang ada public BBQ area. Boleh bbq dan masak2 kat situ. Menu yang selalu kitaorang buat sausages, beef bacon, telor, saute onion, tomato dan capsicum, seafood dan bbq chicken wing. Selalunye we all bawak semua ni dlm esky (kotak ice). Kalau tak de public BBQ, we all memang ada our own portable bbq . Boleh masak kat situ. Kalau nak menu asian, pagi2 masak meehoon goreng or nasi lemak. Yummmy.......

http://i49.photobucket.com/albums/f285/mallanhead/OurnewBBQ.jpg
Our portable BBQ and stove

Meja makan di Dwellingup
http://i49.photobucket.com/albums/f285/mallanhead/Ourtable.jpg

Masa baru sampai, dengan esky merah
http://i49.photobucket.com/albums/f285/mallanhead/Dwellingup-ourbench.jpg

Ni pulak masa Raya dan Deepavali picnic ngan kekawan kat Shelley Foreshore, Perth
Menu dia, fried wanton, mee goreng mamak, nasi impit, rendang dan kuah kacang, kari ayam, trifle, chocolate cake dan rojak.
http://i49.photobucket.com/albums/f285/mallanhead/Food2.jpg

http://i49.photobucket.com/albums/f285/mallanhead/Food.jpg

in2eryn posted on 20-12-2006 10:16 AM

keluarga eryn kalau takde nasi tak sah. mesti ada. pegi tempat yg boleh bakar2.
malam sblm pergi perap la ayam/daging/sosej.. atau apa2 makanan laut utk di bakar.
makanan sampingan sandwich, nugget, cucur.
kalau tak salah majalah saji keluaran Dis @ Jan (tak ingat) cover pengacara2 TV3, khas utk menu2 utk dibawa berkelah..

mizelly posted on 20-12-2006 10:16 AM

Menu saya..

Sandwiches
nugget
chicken ball
ayam goreng
nasi goreng
keropok keping
air mineral
orange juice

lilo1979 posted on 20-12-2006 10:26 AM

Wahh..mallanhead..bestnyaa!!! Sedap mata memandang tempat picnic kat sana. Kalau kat sini, susah la nak carik tempat picnic yang sedap mata memandang.Anyway to leaika, for menu berkelah I recommend :

Pagi

Nasi Goreng
Sosej Kukus/Rebus (sedappp..cuba try)
Drummet Ayamas
Scramble/OmelleteEgg (Yang ni campur susu, carrot dihiris halus or red/green capsicum or cheese!!)
Kuih2

Petang

Spaghetti Bolognaise or Macaroni Bakar
Roasted Chicken Wings (Kalau nak mainain ayam tu panas, wrap in aluminum foil, insya-allah tahan panas)
Nugget/ Sotong Ball
Triffle (Sedap makan in hot weather)

leaika posted on 20-12-2006 10:45 AM

ok gak menu kat atas tu...mallanhead..banyaknyer makanan pegi piknik..kalu kite x muat kete tu..hehehhe..sapa2 nak tambah menu lagi silakan :tq:

mallanhead posted on 20-12-2006 10:57 AM

Originally posted by leaika at 20-12-2006 11:45 AM
ok gak menu kat atas tu...mallanhead..banyaknyer makanan pegi piknik..kalu kite x muat kete tu..hehehhe..sapa2 nak tambah menu lagi silakan :tq:

Leaika
Yang banyak tu sebab kitaorang 4 family. Jadi satu sorang bawak 2-3 makanan. Tu sebab penuh meja. Masa tu kiranya 1st time jumpa forumer dari forum GMN. Kiranye majlis suai kenal, gathering raya deepavali.

mallanhead posted on 20-12-2006 11:00 AM

Reply #7 lilo1979's post

Bukan je tempat dia senang mata memandang, tapi public toilet dia bersih yang amat. Kalau tengok mcm boleh duduk kat lantai. Tak de bau  langsung.

[ Last edited by  mallanhead at 20-12-2006 12:05 PM ]

leaika posted on 20-12-2006 12:12 PM

Originally posted by mallanhead at 20-12-2006 11:00 AM
Bukan je tempat dia senang mata memandang, tapi public toilet dia bersih yang amat. Kalau tengok mcm boleh duduk kat lantai. Tak de bau  langsung.

best kan kalu tempat picnic kat sini pun mcm sana..kat sini nak cari toilet bersih..susah yg amat...tadi anak2 request suh buat sate je tapi bakar siap kat rumah la...adoii..pukul bapela nak kena bangun bakar sate

mallanhead posted on 20-12-2006 12:14 PM

Originally posted by leaika at 20-12-2006 01:12 PM


best kan kalu tempat picnic kat sini pun mcm sana..kat sini nak cari toilet bersih..susah yg amat...tadi anak2 request suh buat sate je tapi bakar siap kat rumah la...adoii..pukul bapela nak ke ...

Bakar je dlm oven. I pun pernah buat satay utk picnic. I bakar setengah masak, lepas tu panaskan kat tempat picnic.

leaika posted on 20-12-2006 12:22 PM

rasanya gitu la....harap2 cuaca mengizinkan la jumaat ni..sian budak2 tu nak gi air terjun..
menu yg ada dlm pale skrang ni

sate
nasi impit
mihun or nasi goreng
sandwich
sosej bakar
ayam segera goreng
nugget goreng

banyak dah tu rasanya..hehehe

mallanhead posted on 20-12-2006 04:14 PM

Wokeh lah tu. Kat sini weather forecast untuk coming weekend 38deg. C. Biasalah tu bila nak xmas. Kekdang sampai 40 deg. C. lebih. So biasalah masa Boxing day, day after xmas we all BBQ kat rumah in law. Yang lelaki tengok criket dan yang pompuan gossip.

Lagi satu nak tambah, why dont you buat fruit salad. Letak dlm bekas kecik siang2. Sedap tu.

pinatbate posted on 20-12-2006 05:08 PM

asben saya melayu jati ....jadi walau ada segala makanan pun dia tetap cari nasi.. saya selalu bawa nasi lemak atau nasi tomato serta lauknya..
sampingan yang lain ialah kuih jenis berkukus/bakar  yang boleh dibuat malam sebelum bertolak spt kuih lapis,bingka ,agar-agar atau kek coklat..

dianaris posted on 20-12-2006 05:17 PM

i kalo berkelah tak sah kalo takde mihun goreng..

xette posted on 20-12-2006 05:25 PM

salah plak

[ Last edited by  xette at 20-12-2006 05:26 PM ]

Qurnia posted on 20-12-2006 06:07 PM

minggu lepas saya ke Pangsoon anak beranak ....

menu nya

ayam perap : bakar kat situ gak
tuna sandwich : roti ngan isi asing nak makan baru buat
goreng pisang: goreng sesiap
karipap goreng
air kopi panas isi dalam termos...
nasi kosong
buah epal + limau sunkist

mallanhead posted on 20-12-2006 07:15 PM

Dulu2 selalu pergi ke Pangsoon. Nanti kalau balik mesia nak try pergi lagi. Tapi tak tau lah bila pulak nak balik ni.

apple_pie posted on 20-12-2006 07:47 PM

last weekend gi berkelah wif sedara2 my mom's side, so masing2 bawak makan masing2 antaranya:

1) Sandwich Tuna

2) Marinated ayam from Tesco for BBQ

3) Sosej for BBQ

4) Nasi goreng

5) Hawaiian Salad

6) Fried wantan

7) Air sirap /kotak

Fuhh..kenyang..kenyang...asyik makannnn jerk...hehehhehe..tp yg plg best ialah ayam BBQ Tesco, soooo delicious!!

Ustaz_SUFI posted on 20-12-2006 08:00 PM

KALAU USTAZ BIASE USTAZ BWK YG SIMPLE JE CM SANDWICH ...:rf:

PERNAH GAK BWK NASIK GORENG AND MEE GORENG ...:rf:

LAME DH X GI PICNIC ..
:rf:

Qurnia posted on 20-12-2006 10:00 PM

Originally posted by mallanhead at 20-12-2006 07:15 PM
Dulu2 selalu pergi ke Pangsoon. Nanti kalau balik mesia nak try pergi lagi. Tapi tak tau lah bila pulak nak balik ni.


oh ya? mmg masih begitu tempatnya.....tak sekomersil sg tekala.....tapi masih best....air jenih dan besih....serta laju....tapi prasarana nya masih menghampakan.....nak pi toilet pun tak jadi sbb terkejut :)

pinatbate posted on 20-12-2006 10:03 PM

Toilet awam memang bermasaalah..kerajaan kempen  pun tak jalan..

mallanhead posted on 21-12-2006 09:35 AM

Kat Perth ni kita boleh berkelah kat mana2 pun. Dlm Park, tepi sungai  atau tepi laut. Kekadang tak plan pun. So bila tak plan dan terasa nak berpicnic, kitaorang beli je fish and chips atau kebab dan makan2 kat tepi sungai atau laut. Syok gak. Anak2 pulak boleh main air atau main kat playground.

faraway posted on 21-12-2006 12:18 PM

dulu sekali kami pegi berkelah me siap bawka nasi dnegan kari lagi..
dah masa bukak tupperware, sekali angin lalu, bau terbang dah omputih duk teleng..
hhaha so kami selalu bawak finger foods aje... sandwish, carrot yang kecik tu, olives, timun kecik jeruk...
ni selalu kami bawak kalau trekking... kelah..
Page: [1] 2 3
View full: MENU UTK PERKELAHAN & PERKHEMAHAN