winamp05 posted on 4-1-2007 07:38 PM

Kelebihan menamakan anak lelaki 'Muhamad'

Beberapa hadis telah diriwayatkan untuk menyatakan beberapa kelebihan bagi Anak-anak yang dinamakan Muhammad atau Ahmad mudah-mudahan menggalakkan orang-orang menamakan anak mereka dengan salah satu nama-nama itu.

Daripada Anas bin Malik lah.a. bahawa Rasulullah saw telah bersabda :
"Akan berdiri dua orang hamba Allah di hadapan Allah Ta'ala di padang Mahsyar lalu Allah Ta'ala memerintahkan kedua-dua mereka masuk syurga maka berkatalah mereka berdua : "Hai Tuhan kami bagaimanakah kami berhak masuk syurga?

Lalu berfirman Allah Ta'ala : "Hai hambaKu berdua, masuklah kedua-dua kamu ke dalam Syurga kerana saya telah bersumpah kepada diriKu bahawa orang yang namanya Ahmad atau Muhammad itu tidak akan masuk Neraka." Dan telah diriwayatkan daripada saja'far bin Muhammad bahawa apabila berlaku Hari Kiamat maka akan berteriak satu teriakan. "Bangunlah hai sesiapa yang namanya Muhammad dan masuklah ke dalam syurga sebagai penghormatan agung kepada Nabi Muhammad saw." Dan pada suatu riwayat yang lain pula bahawa akan berteriaklah
suatu yang berteriak pada Hari Kiamat: "Hai Muhammad," lalu Nabi saw pun mengangkat kepalanya pada tempat itu maka Allah Ta'ala pun berfirman

"Saksikanlah bahawa saya mengampunkan tiap-tiap sesiapa yang namanya sama dengan nama Muhammad" Dan daripada Ali bin Abu Talib ok.w. bahawa ia telah berkata "Tidak ada suatu hidangan makanan yang disimpan lalu datang hadir padanya seorang yang namanya Ahmad atau Muhammad melainkan Allah Ta'ala memuliakan rumah itu dua kali ganda."

Telah diriwayatkan oleh Ibnu Abi Malikah daripada Ibnu Juraij daripada Nabi saw yang telah bersabda : "Barangsiapa ada isteri yang sedang mengandung dan bercita-cita hendak menamakan anak yang masih di dalam rahim itu Muhammad maka Allah Ta'ala akan mengurniakan kepadanya anak lelaki dan jika ada seorang yang bernama Muhammad di dalam sebuah rumah nescaya Allah Ta'ala mengurniakan berkat di dalam rumah itu"

Telah bersabda Nabi saw lagi : "Apabila kamu namakan seseorang itu Muhammad maka hendaklah kamu hormatkan dia dan lapangkan tempat baginya di dalam sesuatu majlis dan jangan masamkan atau hodohkan mukamu kepadanya...

audioslavefan posted on 4-1-2007 08:43 PM

yer aku dah terbaca pasal ni.. tapi apa yg aku musykil.. kalau org yg bernama muhammad ni kelakuan dia buruk sgt.. byk buat dosa.. mcm mana yer? msk syurga juge ker?

winamp05 posted on 4-1-2007 09:46 PM

kot mana pun kalo dia islam selagi tak murtad, last last skali akan masuk juga ke syurga, cuma diberi kan siksa yg tak tertahan dahulu padanya.........

Gravedigger posted on 4-1-2007 10:07 PM

Originally posted by audioslavefan at 4-1-2007 08:43 PM
yer aku dah terbaca pasal ni.. tapi apa yg aku musykil.. kalau org yg bernama muhammad ni kelakuan dia buruk sgt.. byk buat dosa.. mcm mana yer? msk syurga juge ker?




Cintailah sungguh2 Muhammad beserta ahlul-baitnya dan semoga syafaat mereka diberikannya pada kita.

haniman posted on 4-1-2007 10:48 PM

Saya pernah dengar satu ceramah, penceramah tu kata, rumah yang ada penghuninya bernama Muhammad akan diberi berkat.

metalique posted on 5-1-2007 01:17 AM

yg aku penah denga.. lelaki yang bernama muhammad & perempuan yg nama siti akn masyuk syurga dulu banding ngan nama lain.. wallahualam...

lanun_darat posted on 5-1-2007 02:51 AM

apo apo lah, asal bahagia .

akmala posted on 5-1-2007 02:51 AM

Shalawat dan salam kepada Nabi SAW

ExAvantz155 posted on 5-1-2007 12:07 PM

Selawat dan salam kepada junjungan Nabi SAW

audioslavefan posted on 5-1-2007 12:29 PM

Originally posted by winamp05 at 4-1-2007 09:46 PM
kot mana pun kalo dia islam selagi tak murtad, last last skali akan masuk juga ke syurga, cuma diberi kan siksa yg tak tertahan dahulu padanya.........

Originally posted by winamp05 at 4-1-2007 07:38 PM
Lalu berfirman Allah Ta'ala : "Hai hambaKu berdua, masuklah kedua-dua kamu ke dalam Syurga kerana saya telah bersumpah kepada diriKu bahawa orang yang namanya Ahmad atau Muhammad itu tidak akan masuk Neraka."

aku still kompius.. sorry yer.. leh terangkan lagi tak?  sebab Allah dah bersumpah org tersebut tidak akan masok neraka..

[ Last edited by  audioslavefan at 5-1-2007 12:31 PM ]

rurouni_khairul posted on 5-1-2007 02:53 PM

Reply #10 audioslavefan's post

Tuh laa..aku pun perlukan explaination yang detail..sebab dah banyak sangat kawan-kawan aku yang namenye Mohammad atau Mohd atau Muhd nie nakal Nauzubillah...takleh dibayangkan!

salimrock posted on 5-1-2007 03:03 PM

mungkin maksud tersirat ialah, orang yg nama muhammad nie, mungkin akan diberikan hidayah dan dibukakan pintu hati nyer daripada membuat dosa,

jadi kalo tak buat dosa, tak masuk neraka,

rurouni_khairul posted on 5-1-2007 03:10 PM

Originally posted by salimrock at 5-1-2007 03:03 PM
mungkin maksud tersirat ialah, orang yg nama muhammad nie, mungkin akan diberikan hidayah dan dibukakan pintu hati nyer daripada membuat dosa,

jadi kalo tak buat dosa, tak masuk neraka,

Kalau camtuh maksudnya, aku doakan kawan-kawan aku yang Namanya Muhammad atau Ahmad yang memang aku sedia maklum nakal dan penuh Hedonisme tuh semua bertaubat sebab nama yang mereka bawa tuh mulia so, mereka kena bawak akhlak yang terpuji.

winamp05 posted on 7-1-2007 12:16 AM

Manusia ni ade bahagian dia........

Awal baik akhir Buruk,
Awal Jahat akhir Baik,
Awal Baik Akhir Pun Baik.
Awal Buruk Akhir Pun Buruk.

Pilih yg mana nak.......... Man hasuna bidayatuhu hasuna......................

Muntz posted on 7-1-2007 01:25 AM

apa ada pada nama... bagi aku, Allah lebih lihat amal perbuatan kita, dia tak pandang pun nama kita nie apa.

yusrin posted on 9-1-2007 11:48 AM

assalamualaikum
bagi saya nama yg baik dipilih adalah ikhtiar
iktiar dari ibubapa yg mahukan anaknya menjadi insan soleh,
baik dan berguna
jika diberi nama baik dan dididik dgn baik tapi
akhirnya si anak jadi jahat/nakal juga...that's beyond our
control and limit
kalo beri namapun suka ati je nak letak..
bermakna ibubapatu tak ambik kisah...
jika si anak jadi baik..Alhamdulillah
jika sebaliknya?....haa tula.. letak namapun dah tak elok
smi

SPACE COP GABAN posted on 9-1-2007 12:09 PM

Nama tu biarlah nama yang baik sebab nama tu adalah doa. Kalau ko letak nama baik pun..tapi ko dah potong nama tu masa panggilan sehari2..camne nak dpt berkat nama tu?

Contoh: Ko letak nama dia muhamad, tapi hari2 panggil mamat..mamat...sampai ada plak istilah mat rempit ^_^
Contoh lain: Letak nama dia daniel hafiz...tapi dok panggil apis..apis...
Kalau perempuan: nama khatijah panggil kathy...apa makna Cathy tu?

So pada aku nama tu biarlah pendek, ringkas dan mudah dipanggil supaya sampai maksudnya. Nama omputeh pun kalau baik maksudnya...why not?

eiyoei posted on 9-1-2007 12:39 PM

Originally posted by <i>rurouni_khairul</i> at 5-1-2007 02:53 PM
Tuh laa..aku pun perlukan explaination yang detail..sebab dah banyak sangat kawan-kawan aku yang namenye Mohammad atau Mohd atau Muhd nie nakal Nauzubillah...takleh dibayangkan!

setau aku sesiapa nama Mohd... bukan kategori Muhammad.. kecuali nama penuhnya Muhammad ataupun Mohd. (ada titik)

pipi posted on 9-1-2007 12:41 PM

Nama sama spt nama datuk, nama bapa sama seperti nama moyang. diulang2.
Hussein Ali b Muhammad bin Hussein b Muhammad Ali b Hassan b Hussein.

Cuma berbeza pada gelaran.

Untuk wanita pula... tak adalah letak Muhammad. Tapi, letak nama Ummu Abiha  iaitu Fathimah Az-Zahra.


p/s: teringat pula utk lelaki diberi Tongkat ALI, yang perempuannya Kacip FATHIMAH.


Selawat ke atas Baginda Rasulullah s.a.a.w. dan ke atas keluarga Baginda s.a.a.w

rurouni_khairul posted on 9-1-2007 02:44 PM

Originally posted by eiyoei at 9-1-2007 12:39 PM


setau aku sesiapa nama Mohd... bukan kategori Muhammad.. kecuali nama penuhnya Muhammad ataupun Mohd. (ada titik)

Mohd... tu same la dengan Mohd. Bezanya cuma ... sebab terlebih taip hehehe..

rotibakar2006 posted on 9-1-2007 03:01 PM

benda2 mcm ni kita takleh nak cakap...sebab Allah menilai hambanya bukan kerana nama, tp ketakwaan....sebab nama tu bukan diberi pilihan oleh orang yg bernama tersebut...ada yg ckp org yg nama Muhammad dan Siti dpt masuk syurga dulu dan dpt lebih berkat..abis kalau org takde mana Muhammad masuk syurga kemudian la...itu bukan salah dia kalau nama dia takde Muhammad...Kalau nama Muhammad sekali pun tp tak beriman pun tak guna...

rotibakar2006 posted on 9-1-2007 03:03 PM

Reply #18 eiyoei's post

Mohd tu bermaksud muhammad la...tp ejaan dia je pelik skit ssb nak ringkas...abis tu Mohd tu selama ni kau sebut apa? Bukan muhammad ke? Tak payah la nak berbincang benda2 dangkal spt ini sebab ia hanya menampakkan kedangkalan masing2....

rotibakar2006 posted on 9-1-2007 03:07 PM

Reply #17 SPACE COP GABAN's post

Betul nama omputih pun kalau baik pun why not..sebenarnya Islam tak menghalang utk kita bubuh nama yg bukan dari bhs arab...tgk org2 cina kat China, mereka masih duna nama cina walaupun Islam...

Kebanyakan org2 Melayu Malaysia ni nama bukan main panjang berjela berputeri putera semua ..tp panggil nye boboi, ayie, ayoi, yoe, yuyu, lala, lulu, nana, nini, jaja, juju, jiji, macam macam lagi lah...

eiyoei posted on 9-1-2007 04:53 PM

dlm pendaftaran skang nama mohd x dibenarkan.. kalau nak taruk nama Mohammad terus.. mesti ada sebabnye...

tp panggil nye boboi, ayie, ayoi, yoe, yuyu, lala..
yoe tu cam nama aku je.. huhuhu..:off:

sedondon posted on 11-1-2007 10:08 AM

Nama paling ramai digunakan didunia ini adalah Muhamad.
Page: [1] 2 3
View full: Kelebihan menamakan anak lelaki 'Muhamad'