pokokbunga Publish time 8-2-2007 01:47 PM

aku mmg niat dari zaman anak dara lagi, kalu ade anak lelaki mmg nak letak nama Muhammad sbb aku mmg menyanjungi Nabi Muhammad saw, Alhamdulilah, niat aku nih termakbul jugak...

ussopp Publish time 9-2-2007 09:51 PM

Originally posted by AniSani at 7-2-2007 07:45 PM
Nama ialah nama lah , ia tidak menggambarkan apa-apa
Bukan semua arab beragama islam , tapi kita masih mengagung-agungkan nama arab
Macamlah nama arab tu wajib untuk menunjukkan kita orang isla ...


nama bukan setakat nama....pada sy ia ada effect yg sangat besar...

memang laa kdg2ada org nama baik pun perangai buruk, tapi kalo berkelapangan cubalah saudara perati tengok org2 baik dan nama mereka...cuba try...

saudara cuba try tengok kalau seseorg diberi nick name yg pelik2 dan cube tengok perangai mereka...

kalau nick name depa cam pelik2 and selambe je , orangnye akan jadi selambe...

tapi kalau seseorg dapat nick name indah(jarang ade, sebab nick name melayu mmg slambe sket bunyinyer).......dia pasti akan jadi seseorg yg susah nak buat jahat sebarangan...biasenye laaa....tapi memang ade la yg nama baik perangai buruk...

ini pandangan peribadi sy...nama ada efect...sy tak setuju nama hanya sekadar nama...

Bateesta Publish time 9-2-2007 09:56 PM

Originally posted by ussopp at 9-2-2007 09:51 PM



nama bukan setakat nama....pada sy ia ada effect yg sangat besar...

memang laa kdg2ada org nama baik pun perangai buruk, tapi kalo berkelapangan cubalah saudara perati tengok org2 ba ...

Jd seolah2 yg kau ckp psl kesah nama tu kan , nama tu mcm dah jd MACAM TUHAN lak ya , psl boleh mencorakkan ciptaannya;P

Sdgkan nama hanyalah nama , ia jg trtulis sbg sbhg dr takdir manusia :D

ussopp Publish time 9-2-2007 10:10 PM

Reply #43 Bateesta's post

hehe..janganlah sampai jadi Tuhan...

dalam dunia ni ada benda penting, sape boleh deny, tapi takperlu sampai dianggap Tuhan...

[ Last edited byussopp at 9-2-2007 10:21 PM ]

AniSani Publish time 10-2-2007 07:49 AM

Originally posted by ussopp at 9-2-2007 09:51 PM



nama bukan setakat nama....pada sy ia ada effect yg sangat besar...

memang laa kdg2ada org nama baik pun perangai buruk, tapi kalo berkelapangan cubalah saudara perati tengok org2 ba ...
Kita bercerita tentang nama saudara dan bukan nick atau nama samaran , ceritanya disini ialah nama betul
Allah tidak melihat rupamyu atau namamu tetapi melihat hatimu:D

sitilina Publish time 10-2-2007 09:41 AM

budak2 kecik lahir sbg kain putih & makbapak yg mencorakkan menjadi Muslim, Majusi, Nasrani.. bukan namanya yg mencorakkan ;P

ussopp Publish time 10-2-2007 04:04 PM

Originally posted by AniSani at 10-2-2007 07:49 AM

Kita bercerita tentang nama saudara dan bukan nick atau nama samaran , ceritanya disini ialah nama betul
Allah tidak melihat rupamyu atau namamu tetapi melihat hatimu:D

wahai Anisani...

sedangkan nickname pun ada effect,

apatah lagi nama yg dipanggil selalu...ia adalah gelaran...

so bubuhlah nama yg baik2... sy tau pembentukkan akhlak anak adalah jauh lebih penting dari memberi nama...

tapi kan elok kalau bubuh nama elok2...mak nak panggil pun sedap, anak yang terasa namanya dipanggil pun seronok nak menyahut...
dari telinga yg mendengar sebutan nama yg baik2 akhirnya terniat untuk jadi baik jugak...
kalo panggil nama yg baik2banyak kali last dah jadi doa untuk anak...
contoh...
"MUHAMMAD(yg terpuji) oh MUHAMMAD oi bertuah nye anak aku ni...

AniSani Publish time 10-2-2007 07:37 PM

Originally posted by ussopp at 10-2-2007 04:04 PM


wahai Anisani...

sedangkan nickname pun ada effect,

apatah lagi nama yg dipanggil selalu...ia adalah gelaran...

so bubuhlah nama yg baik2... sy tau pembentukkan akhlak anak adala ...

Nampak sangat saudara tak membaca post saya sebelum ini berkaitan maksud nama tu
Kan saya dah cakap macam allah tu faham bahasa melayu atau bahasa arab je:P
Bodoh dalam bahasa melayu mungkin bermaksud raja dalam bahasa lain , jadi apa nama pun , ia membawa pengertian yang berbeza-beza dalambahasa yang lain dan allah mengetahuinya , jangan risua saudara:D

ibnur Publish time 10-2-2007 10:49 PM

http://ii.islam.gov.my/hadith/hadith1.asp?keyID=450



HIMPUNAN HADITH HARIAN JAKIM


Kategori : AKIDAH Akhlak   
Tajuk :   Memberikan Nama Yang Baik

Hadith :    Daripada Ibnu Abbas r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w: "Tanggungjawab bapa kepada anaknya ialah memberikan nama yang baik dan memperelokkan adabnya."   Hadith riiwayat al-Baihaqi


Huraian
1. Nama umpama doa ibu bapa kepada anak-anak kerana ia boleh memberikan kesan psikologi kepada orang yang dipanggil.
2. Rasulullah SAW amat mengambil berat tentang penggunaan nama sehinggakan apabila baginda berjumpa dengan para sahabat yang mempunyai nama yang kurang baik, baginda akan segera menukarkannya dengan nama yang baik.
3. Seseorang yang mempunyai nama yang baik dan faham tentang makna nama nya sewajarnya merasa malu untuk melakukan perbuatan yang buruk yang tidak sesuai dengan namanya. Contohnya orang yang bernama Muhammad sewajarnya merasa malu untuk melakukan perbuatan yang terkutuk memandangkan maksud namanya ialah insan yang terpuji. Begitulah sepatutnya.
4. Oleh itu disarankan agar para ibu bapa berhati-hati memilih nama untuk anak-anak agar terserlah peribadi yang mulia di sebalik maksud nama yang tersurat.

rainbows Publish time 11-2-2007 12:16 PM

aku teringat nenek aku bercerita, masa ayah aku lahir, dia nak bagi nama MUHAMMAD sahaja...jadi bila sampai report kat polis, datuk aku bila ditanyakan nak beri nama apa, datuk aku kata, MUHAMMAD SAHAJA....

huhuhu....

nasib baik pak polisi bagi komen, akhirnya tukar nama lain on the spot...

ussopp Publish time 11-2-2007 03:07 PM

Reply #50 rainbows's post

hahaha...:lol:

nasib baik ubah...

mix_chinese Publish time 15-2-2007 12:58 PM

mcm laki aku.. nama latif. lemah lembut. tapi panas baran:mad:

rainbows Publish time 15-2-2007 05:17 PM

Originally posted by mix_chinese at 15-2-2007 12:58 PM
mcm laki aku.. nama latif. lemah lembut. tapi panas baran:mad:


tak baik ckp pasal somi ....huhuhu....

ussopp Publish time 16-2-2007 06:51 PM

Originally posted by mix_chinese at 15-2-2007 12:58 PM
mcm laki aku.. nama latif. lemah lembut. tapi panas baran:mad:


cubalah puan panggil suami puan tu dengan gelaran = abang yang lemah lembut...

cubala kalo tak try tak tau...kalo dia marah relax dulu...panggil time dia happy...

InsyaAllah gelaran akan buat Tuan kpd gelaran tu ingin menjadi apa yg digelar tu...terutama gelaran yg baik2...:P

Pages: 1 2 [3]
View full version: Kelebihan menamakan anak lelaki 'Muhamad'


ADVERTISEMENT