adk posted on 7-1-2007 01:01 AM

MEMBUAT JERUK BUAH-BUAHAN SENDIRI

Ada sapa2 tahu mcm mana nak buat jeruk mangga yg homemade.... Klu beli kat kedai byk sgt chemical dia... Org2 dulu, selalu buat sendiri je... klu dah start makan.. susah nak berhenti.. ehehe

[ Last edited by  Kacip_Fatimah at 14-6-2009 10:25 ]

sunsuria33 posted on 7-1-2007 01:07 AM

Reply #1 adk's post

ada banyak cara
1- rendam mangga ( terliur orang cite ni) yang dah siap potong kecik2 tu semalaman dgn air garam....esok tu you boleh toskan
- masak air gula bagi pekat...dah sejuk curah dlm mangga tadi boleh simpan dlm peti ais..pastu makan kruk krak...

2- ni raya baru ni singgah umah cousin kat ipoh depa hidang jeruk mangga dan jeruk kedondong
cara sama jer dgn mangga tu rendam dgn air garam semalaman
-pastu masak gula dgn ice cream soda...pastu dah sejuk curahlah atas mangga tadi....ni pun sodap..lagi sodap dari resepi no 1 tadi....

chempaka_ku posted on 7-1-2007 01:29 AM

ada kawan buat campur asam boi......

hairanaz posted on 7-1-2007 02:07 AM

saya pernah buat cara sunsuria tu...cara yg nombor 1 tu....tp biasala...yg guna cara ni tak berapa tahan laa.....pasal tader pengawet kan


lagi satu saya  wat macam ni....saya masakkan air gula dgn guna gula melaka, pehtu saya campur sikit dgn lada giling......so rasa nyer nanti akan ada rasa manis,masam dan pedas gitu....
cuber la!

hanieliza posted on 7-1-2007 02:12 AM

http://www.filehive.com/files/0106/SentuiManis03a.jpg

JERUK MANIS

Bahan
Mangga/buah Sentul/Kedondong
garam
gula
air

Cara
1. Buah dipotong kecil.
2. Rendamkan dalam air garam sehingga tenggelam selama 1 malam.
3. Toskan sehinga kering.
4. Masakkan air dan gula secukup manis dan sejukkan.
5. Masukkan buah yg telah ditoskan.
6. Biarkan 1 malam dan boleh dimakan.

http://www.filehive.com/files/0106/SentuiPedas03a.jpg

JERUK PEDAS

Bahan
Mangga/kedongdong/buah sentul
garam
gula air
cili mesin

Cara
1. Buah dipotong dan rendam  sama saperti jeruk manis.
2. Masakkan gula, air dan cili secukupnya sampai mendideh. Sejukkan
3. Masukkan buah yg ditoskan dn biarkan1 malam.

yantisa posted on 7-1-2007 07:27 AM

Reply #5 hanieliza's post

Dulu masa budak2 suka makan buah setoi ni..cicah kicap je..Tapi sekarang ni susah nak dapat buah ni. Emmmm sedapnya..:mll:

cenggitu posted on 7-1-2007 10:52 AM

My Jeruk pulak senang

Buah belimbing/kedondong/mangga muda - bersihkan
bubuh dlm bekas kaca
add garam + gula (gula lebih)
cuka sikit - boleh omit kalau x suka
air - air ni agak2 tenggelam bahan2 ajer- nanti air buah akan keluar

kat bahagian atas letak cili merah/cili padi - put seketul2 (ni nak kasi hawa pedas ajer & petua org tua)

simpan dlm jar utk 2 mlm- & boleh ngap dah....

adk posted on 7-1-2007 01:21 PM

sodapnya.... :love:

pasti kena cuba...
ada specific mangga ke klu nak buat jeruk ni... the mangga kena muda kan?

tapi yg bubuh ice creamsoda tu pun nampak menarik... yum yum... thank you!!!

hairanaz posted on 7-1-2007 02:07 PM

mangga muda la sedap....dan senang nak potong.......dan lebih crunchy

sunsuria33 posted on 7-1-2007 02:41 PM

Reply #8 adk's post

memang menarik huby yang tak penah makan jeruk2 ni boleh bertambah makan....dia lagi particular about food ni...
cuba jgn tak cuba...saya tak berkesempatan nak cuba, malas nak kopek mangga kecik2 pas kat kawan dia buatkan bagi saya sebekas jadi lah

hanieliza posted on 7-1-2007 03:29 PM

selain dari buah mangga..sentul..
buah kedondong pun sedap jugak..

http://www.malaysia.or.kr/national/images/Kedondong.jpg

dan juga buah cermai...kakliza pernah buat masa jaman muda ranggi dulu..

http://www.filehive.com/files/0107/cermai.jpg

[ Last edited by  hanieliza at 7-1-2007 03:31 PM ]

shidaaziz posted on 7-1-2007 08:35 PM

Aduhh........ buah cermai masam :geram:

Tapi arwah opah dulu ada buat jeruk cermai yang manis punya. sedap.

hairanaz posted on 7-1-2007 09:25 PM

grr.....kecur air liur gue kak lizaaaaa...... :geram:

hannan6d posted on 7-1-2007 09:49 PM

Originally posted by hanieliza at 7-1-2007 02:12 AM
http://www.filehive.com/files/0106/SentuiManis03a.jpg

JERUK MANIS

jeruk sentol pedas...yang kuah dia ada isi ikan sikit...sedaaapppppnya:love: :love: rasanya kat tranung je dapat kot....

cguct1970 posted on 7-1-2007 09:57 PM

Ok..meh kita syer ek..jeruk ni ct pernah buat jual 1 kg rm 6.00..

Bahan:
1 kg mangga muda - kupas kulit dan cuci bersih
1 kg gula pasir
1 c.m garam halus
sedikit cili padi

1. Hiris buah mangga mengikut saiz yang disukai  dan masukkan dalam besen.
2. Didihkan air dan curahkan pada buah mangga , kacau-kacau rata dan toskan.Sejukkan.
3. Ambil bekas bertutup yang bersih dan kering , masukan sebahagian buah mangga , tabur garam dan gula (contohnya 1/4 buah mangga + 1/4 gula pasir + 1/4 c.m. garam).
4. Lapiskan garam, gula dan mangga hingga habis. Tutup rapat. Biarkan dalam suhu bilik.
5. Selepas beberapa jam, gula akan mencair pada masa ini , gaulkan rata dan boleh tambahkan cili padi hiris jika suka.
6. Simpan jeruk dalam petiais (gunakan sudu bersih dan kering setiap kali mengambil jeruk). jeruk boleh tahan sebulan dalam petiais.

:love:  No chemical , no worry...ngeh3x..

hannan6d posted on 7-1-2007 10:01 PM

kalau jeruk mempelam tu..hannan selalu buat(dah lama tak buat ni)rendam dengan air garam dalam bekas kedap udara selama 10 hari (masa buat dulu siap tulis tarikh kat balang tu) ..garam tu biar lebih sikit...lepas tu toskan..jangan dibasuh...lepaskan gaul dengan gula dan masukkan dalam peti ais...esoknya baru boleh makan...memang sedap...tapi itulah sukatan tak ada...kadang-kadang terlebih masin pun ada...kalau kurang sangat garam pun nanti tak sedap jugak...

hanieliza posted on 10-1-2007 06:37 PM

saja nak kasi terliur..

http://www.filehive.com/files/0110/Jeruk-Kedongdong01.jpg

http://www.filehive.com/files/0110/Jeruk-Mangga01.jpg

http://www.filehive.com/files/0110/Jeruk-Setui.jpg

NoorMasri posted on 10-1-2007 09:36 PM

Reply #17 hanieliza's post

uwaaaaaaa...mau sebesen air liur meleleh tengok gambo jeruks nih...

hanieliza posted on 10-1-2007 09:47 PM

Reply  #18 NoorMasri's post

tak per..tak per.. kan nak balik mesia dah tuu..:hmm:
so nanti kita lepas dendam kat jeruk-jeruk tu semua...:2lol::2lol::2lol:

NoorMasri posted on 10-1-2007 09:58 PM

Originally posted by hanieliza at 10-1-2007 09:47 PM
Reply  #18 NoorMasri's post

tak per..tak per.. kan nak balik mesia dah tuu..:hmm:
so nanti kita lepas dendam kat jeruk-jeruk tu semua...:2lol::2lol::2lol:

tak pe...nanti lepas bersalin akan ku bedal sumer jeruk2 tuh hehehe

soulha posted on 10-1-2007 11:48 PM

nie yg malas nak masuk thread nie..tangan gatal nak petik gak..adoilahh..bukan sebesen dh kak noor...

sini nak menjeruk apa aarr?...agak2 epal boleh tk aarr...dulu2 ada kawan sugges..lobak merah pun boleh rasa cam betik katanya..nantilah rajin2 kita try...

soulha posted on 10-1-2007 11:51 PM

Originally posted by hanieliza at 7-1-2007 02:12 AM
http://www.filehive.com/files/0106/SentuiManis03a.jpg

JERUK MANIS

Bahan
Mangga/buah Sentul/Kedondong
garam
gula
air

Cara
1. Buah dipotong kecil.
2. Rendamkan dalam air garam  ...

adoiilahh..sttey plak..lamanya tk makn buah nie..harap2lah yg ada kt kpng tu tk ditebang lg...hehehe

hanieliza posted on 11-1-2007 12:26 AM

Originally posted by soulha at 10-1-2007 11:48 PM
nie yg malas nak masuk thread nie..tangan gatal nak petik gak..adoilahh..bukan sebesen dh kak noor...

sini nak menjeruk apa aarr?...agak2 epal boleh tk aarr...dulu2 ada kawan sugges..lobak mer ...

teringat masa kakliza dok Billingham/UK 24 thn dulu..
teringin nak makan mangga muda ..
so kakliza makan epal ngan kicap..:geram:

aura77 posted on 11-1-2007 08:32 AM

Originally posted by hanieliza at 11-1-2007 12:26 AM


teringat masa kakliza dok Billingham/UK 24 thn dulu..
teringin nak makan mangga muda ..
so kakliza makan epal ngan kicap..:geram:

makan epal hijau cicah kicap ok juga.kawan saya makan tembikai cicah garam ,pelik sungguh,

hanieliza posted on 11-1-2007 08:44 AM

Originally posted by aura77 at 11-1-2007 08:32 AM


makan epal hijau cicah kicap ok juga.kawan saya makan tembikai cicah garam ,pelik sungguh,

:off:
kak liza pernah buat kerabu tembikai yg bahagian putih tu..
sedap...:bgrin:
Page: [1] 2
View full: MEMBUAT JERUK BUAH-BUAHAN SENDIRI