dexa posted on 27-1-2007 02:42 PM

Bidang Psikologi

ini adalah satu bidang yang mencabar tetapi bagus untuk
motivation diri dan keluarga -

kepada pelajar2 lepasan universiti yang berminat bidang psikologi
ini,  bidang kaunselling dan even di dalam bidang social science -
psikologi adalah satu2nya bidang yang dapat memberi kepuasan
kepada mereka --

pada yang ingin menjadi guru juga, psychology courses
are compulsory to take di dalam peringkat ijazah -


di sini saya nak share dengan forumers article mengenai
melanjutkan pelajaran di dalam bidang psikologi


have a good read ! -

[ Last edited by  dexa at 3-5-2008 10:41 PM ]

dexa posted on 27-1-2007 02:43 PM

Psikologi bidang mencabar
Oleh Siti Fatimah Hassan

ANTARA cabang pengajian sosial yang boleh diterokai lepasan pelajar sekiranya mempunyai potensi ke arah itu ialah bidang psikologi.


Mereka yang menceburi bidang ini sememangnya mempunyai kebolehan dan kemahiran dalam menganalisis kelakuan serta tingkah laku manusia.

Sebagai contoh, ahli psikologi menyelidik dan membuat kajian dalam pengurusan saintifik berkaitan kelakuan manusia.

Penemuan yang dilakukan seterusnya digunakan untuk mempertingkatkan penyesuaian dan perkembangan peribadi, sosial, pendidikan atau pekerjaan.

Pekerjaan yang dikelaskan dalam bidang berkenaan termasuk ahli psikologi klinikal, pendidikan serta pekerjaan.

Kerjaya itu dianggap mencabar berbanding bidang profesional lain kerana ia memerlukan seseorang menangani krisis manusia sama ada dari segi mental atau emosi.

Ia lebih rumit jika dibandingkan dengan tugas lain seperti mencipta sistem komputer atau menggunakan mesin yang tidak memerlukan kemahiran berkenaan.

Kelakuan dan tingkah laku manusia sentiasa menjadi tumpuan kepada ahli psikologi dalam kerjaya mereka bagi menambah pengetahuan saintifik dalam kepakaran masing-masing.

Selain itu, tugas mereka termasuk merancang dan menjalankan ujian untuk mengukur sifat mental, fizikal, mentafsir dan menilai keputusan serta memberi nasihat.

Mereka juga menganalisis kesan faktor keturunan, sosial, pekerjaan dan faktor lain ke atas pemikiran dan kelakuan individu selain turut mengadakan sesi kaunseling atau rawatan teraputik dan memberikan perkhidmatan susulan.

Terdapat juga pengkhususan tertentu dalam bidang psikologi yang boleh diceburi lepasan jurusan itu sebagai kerjaya tetap berdasarkan kemahiran sendiri.

Bagi mereka yang peka terhadap hubungan perseorangan, boleh bekerja secara langsung dengan klien yang menghadapi masalah emosi.

Sekiranya digabungkan kemahiran pertimbangan dan pemerhatian dengan minat terhadap kanak-kanak, kerjaya sebagai penyelidik dalam cabang psikologi pembangunan mungkin terbuka.

Bagaimanapun, pelajar yang ingin menyertai bidang ini mesti mempunyai ciri-ciri tertentu seperti minat terhadap kelakuan manusia, mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dan paling penting ialah boleh menghormati prinsip kerahsiaan klien yang amat ditekankan dalam bidang itu.

Pelajar yang berminat untuk bergelar sebagai ahli psikologi perlu mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Psikologi atau kelayakan setaraf. Kursus dalam bidang psikologi juga ditawarkan di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan dan swasta seperti Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaysia Sabah, Help University dan Universiti Tunku Abdul Rahman (Utar).

Tip Hormati prinsip kerahsiaan pelanggan amat ditekankan

- ANTARA cabang pengajian sosial yang boleh diterokai lepasan pelajar sekiranya mempunyai potensi ke arah itu ialah bidang psikologi.

- MEREKA yang bergiat dalam bidang ini sememangnya mempunyai kebolehan dan kemahiran dalam menganalisis kelakuan serta tingkah laku manusia.

- PEKERJAAN yang dikelaskan dalam bidang berkenaan termasuk ahli psikologi klinikal, pendidikan serta pekerjaan.

- KERJAYA itu dianggap mencabar berbanding bidang profesional lain kerana ia memerlukan seseorang menangani krisis manusia sama ada dari segi mental atau emosi.

- PELAJAR yang ingin menyertai bidang ini mesti mempunyai ciri-ciri tertentu seperti minat terhadap kelakuan manusia, mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dan paling penting ialah boleh menghormati prinsip kerahsiaan klien yang amat ditekankan dalam bidang itu.

- PELAJAR yang berminat untuk bergelar sebagai ahli psikologi perlu mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Psikologi atau kelayakan setaraf.

- KURSUS dalam bidang psikologi juga ditawarkan di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan dan swasta seperti Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaysia Sabah, Help University dan Universiti Tunku Abdul Rahman (Utar).

uzisyaziha posted on 29-1-2007 11:47 AM

hmmm...

UM ada ker tawarkan kursus psikologi...
rasanya UM hanya tawarkan Degre in Counseling jer...
tak pernah lak plak dengar tentang psikologi kat UM

Kalau nak belajar psikologi... Antara Uni yang tawarkan course tersebut ialah UIAM dan UKM... Kalau kat Sabah n Sarawak tak pasti ada ker tak...

forfavor posted on 23-2-2007 06:08 PM

psychology is a field of study that concerned with human behavior and mental processes...so,in this case what is interesting about psychology is that,when u r in a work setting, u would know how to delegate with people effectively...lg 1,how to maintain a good relationship with people...if i want to say,fields like clinical psychology,industrial psychology and counseling psychology are the most prominent and established fields in psychology...kalo clinical psyc.tu,psl camane kite nk deal ngn abnormal behavior problem(more or less like psychiatry laa...tp clinical psychologists don't prescribe medication,only the psychiatrists are allowed to prescribe medication....clinical psyc.ists only use techniques such as psychotherapy in curing the abnormal behavior problems such as schizophrenia,anxiety disorder and obsessive compulsive disorder).industrial psychology...practically it is more like human resource management field,but it adds certain aspects such as work motivation,ergonomics and effective working relationship. counseling psychology lak...more on relatively normal problems such as family problems,marital relationship...anything yg tak berkaitan ngn abnormal problem...

kupay posted on 27-2-2007 08:47 PM

Reply #1 dexa's post

sy tgh bt degree dlm bidang engineering...tp sy sebenarnya minat sgt dlm bidang psycology ni...sbb byk benda yg saya nak kai tentang perlakuan manusia...esp berkaitan dgn tekanan...sy igt lps hbs bt degree dlm ee ni...sy nak bt pjj dlm bidang kaunseling...pendapat abg dexa la kan...sy kene amek degree dulu or trs bt master?tp bidang sy kan lain...mesti kene amek degree dulukan?klu amek degree pj dlm bidang ni bape thn ek?lame tak?ade capai 5 thn tak mcm degree yg sy wat skang?klu cm tu letih r...hehehhe

kupay posted on 27-2-2007 08:51 PM

Reply #2 dexa's post

ape lagi syarat2 nak wat psycology?sy ade spm je...takde sijil matrix or stpm...muet pun takde...boleh ke nnt continue lps hbs degree nnt?sibuk je nak tau...mntk maafye abg dexa

nuha posted on 28-2-2007 08:55 AM

Reply #3 uzisyaziha's post

Di Sabah ada bidang psikologi diletakkan di bawah School of Psychology and Social Work. OK nie bidang2 yang ditawarkan oleh UMS:

Bachelor of Psychology (Industrial and organizational Psychology); Bachelor of Psychology (Youth and Community Psychology); Bachelor of Psychology (Counselling); Bachelor of Psychology (Child and Family Studies) and Bachelor of Social Work

Di Sarawak pula diletakkan di bawah Faculty of Cognitive Sciences and Human Development. Bidang pula, cognitive science, counseling, and human resource development.

Di UKM ada tiga program di bawah School of Psychology and Human Development: Psychology, Human Development and Social Work.

Di UM, bachelor counselling diletakkan di bawah Fakulti Sastera. Few years back ada ura2 nak buka psikologi perkembangan (Developmental psychology) tetapi dengarnya tidak cukup tenaga pengajar. Memang ada tindanlapis program2 yg ditawarkan terutama dengan Fakulti Pendidikan.

Di bawah psychology itself ada byk pengkhususan: health psychology, IO atau ergonomics, counselling, human development: child, adult or elderly, clinical psychology, cognitive, personaliti, emosi, artificial intelligent, positive psychology, psikologi sosial dan juga termasuk psychometric. Bidang2 pengkhususan yg paling popular, Counseling, Industrial Organization (IO) dan Clinical psychology. Psikologi kanak-kanak dan remaja juga semakin popular. Bidang yg masih dianggap baru health psychology dan positive psychology. Bidang yang dianggap mencabar ialah ergonomics dan juga psychometric.

Psikologi nie juga ikut di mana ditawarkan. Kalau berada di Fakulti Sains Sosial, ia akan lebih menjurus kepada sains sosial, sekiranya diletakkan dibawah fakulti sains, end up dengan byk kursus2 sains tulen :L

nuha posted on 28-2-2007 08:59 AM

Reply #6 kupay's post

sesiapa yg ada degree dlm bidang lain
boleh buat postgrad diploma :loveliness:
kalau minat, ambik lah psikologi sebagai kursus elektif :P

nuha posted on 28-2-2007 09:06 AM

Reply #4 forfavor's post

:D betul tuh
recent news, APA bercadang sesiapa yg ada doctor of clinical psychology dibenarkan presciption. Mereka yg terlibat dalam penyelidikan dan pengajaran dalam bidang clinical psychology boleh dipanggil psychiatry epidemiologist :P

kupay posted on 28-2-2007 10:46 PM

Reply #8 nuha's post

thanks nuha...mcm2 tu la cadangnya...klu ade rezeki nak jadi consultant bahagian engineering...act psycology ni mmg best la

forfavor posted on 2-3-2007 09:24 AM

Reply #9 nuha's post

oo..really..???!!
as far as i concerned,we have to have at least diploma in medicine isn't it..??plus a doc.in clinical psychology

nuha posted on 2-3-2007 07:47 PM

Reply #11 forfavor's post

:D katanya sudah mencukupi
wajib ambil kursus2 yg berkaitan psychopharmacology dan yg berkaitan
Dulu ada baca kat Division 12 Society of Clinical Psychology

[ Last edited by  nuha at 2-3-2007 08:34 PM ]

nuha posted on 2-3-2007 08:46 PM

Petikan drp On Prescription Privileges for Psychologists

Prescribing authority is a natural, desirable and attainable extension of the practice of clinical and counseling psychology. Psychological science has long recognized the role of biological factors in psychological and behavioral functioning. Graduate programs in clinical psychology already offer at least some instruction in psychophysiology, behavior genetics and psychopharmacology. Research psychologists routinely work side-by-side with biomedical professionals in studying interactions among anatomy, physiology, psychological processes and behavior. We are no strangers to neurons and their workings.
  
Petikan di atas salah satu drp isu yg diketengahkan. Actually, medication is the last resort.

Itu baru cadangan APA. Result masih belum diketahui :P

lizawpl posted on 4-3-2007 12:10 AM

i dulu ambik degree psychology. sekarang ni i jadi guru bahasa inggeris. walaupun i bukan guru kaunseling, but pengalaman dan ilmu i belajar dulu banyak membantu i dalam embelajran bahasa inggeris. terutama bila berhadpan dgn pelajar-pelajar yang lemah dan bermasalah. bukan setakat kat dalam kelas, psychology juga banyak membantu i dalam pergaulan dengan rakan-rakan,pentadbiran, dan masyarakat. i rasa tindakan i dulu pilih bidang psykology satu keputusan yang bijak.walaupun bidang ni dikatakan tiada masa depan, tapi i rasa setiap orng mesti ada ilmu psychology ni.:loveliness:

kupay posted on 4-3-2007 08:39 PM

Reply #14 lizawpl's post

betul tu lizawpl....
semua org perlukan semangat...
klu takde ahli psycology...lg ramai la yg bunuh diri...tgk mcm skang...bape byk kes dah?

forfavor posted on 6-3-2007 01:17 PM

Reply #15 kupay's post

hahaha...there's quite a lot of suicidal cases reported...normally it's rooted from major depressive disorder....
but,the thing is... people out there still don't realize the importance of clinical psychologists and counselors to help them out...

forfavor posted on 6-3-2007 01:20 PM

Reply #14 lizawpl's post

ape lagi..???
bile lg nk jdk guru kaunseling..??
:P

hasry019 posted on 16-12-2007 01:07 PM

study psikologi bleh gie mane yea pas grade??

aku student local Universiti n amik subjek yang banyak berkaitan ngan psikologi..
macam2 la aku blaja.. tentang kanak2, dewasa n org tua.. musti korang ade
membe2 or korang sendiri yang amik coz macam aku. tolong aku k..:)

[ Last edited by  hasry019 at 16-12-2007 02:18 PM ]

mbhcsf posted on 16-12-2007 01:22 PM

okay not too panic

salam,
what you could do after this is to inform those students that they could pursue:

this field

counselling - as a counselor ada dpiloma kot
or  liase atau gabung dengan mana mana universiti yg ada post -grad clinical psychologist like UKM, or apa apa lagi lah.

boleh jadi
certified counselor after training
clinical psychologist
buat post - grad.

narcolepsy posted on 16-12-2007 01:49 PM

Semua jenis kompeni leh try. Mostly untuk mana2 kompeni yang ada counselling board. HR Department pun ada Psychologist gak tapi nama jawatan tu dia tukar sket.

iblismerah posted on 16-12-2007 01:59 PM

kau taip pakai keyboard ke keypad? bodo

hasry019 posted on 16-12-2007 02:10 PM

Balas #4 iblismerah\ catat

mksud ko? ak ade silap type ke bro?:L

BateriKOng posted on 16-12-2007 02:20 PM

Reply #4 iblismerah's post

xmaule bodo2 kan dier.. dah terbiasa taip camtu kot

BateriKOng posted on 16-12-2007 02:24 PM

Originally posted by hasry019 at 16-12-2007 01:07 PM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
aku student local Universiti n amik subjek yang banyak berkaitan ngan psikologi..
macam2 la aku blaja.. tentang kanak2, dewasa n org tua.. musti korang ade
membe2 or korang sendiri yang amik c ...

ko jgn risau sgt.. ramai member aku yg amek kaunseling skang ni dah dapat keje.. even before konvo dah start keje. byk peluang utk bidang ni.. ko bleh masuk bhgn admin, jadi kaunselor.. even masuk polis pun satu kelebihan.. maybe ko bleh jadi negotiator sebab ko tau psikologi.. bykle peluang klu nak citer.. just kene pandai carik je.. klu ko nak jadi kaunselor pun boley.. jadi pensyarah pun byk peluang sebab skang ni byk uni yg baru dibukak..

tarabas_796 posted on 17-12-2007 10:49 AM

byk sebenarnya yg bleh jd, kalu minta kpli pun mudah gak sb ada bimbingan & kaunseling. Mcm saya amik psyc gak tp keja dlm bhgn yg xde kena mengena langsung. tp. at least sbg pegawai kite leh apply camne nak deal ngan org bawahan kita. Very useful la... help us understand others better.
Page: [1] 2 3
View full: Bidang Psikologi