iblismerah Publish time 16-12-2007 01:59 PM

kau taip pakai keyboard ke keypad? bodo

hasry019 Publish time 16-12-2007 02:10 PM

Balas #4 iblismerah\ catat

mksud ko? ak ade silap type ke bro?:L

BateriKOng Publish time 16-12-2007 02:20 PM

Reply #4 iblismerah's post

xmaule bodo2 kan dier.. dah terbiasa taip camtu kot

BateriKOng Publish time 16-12-2007 02:24 PM

Originally posted by hasry019 at 16-12-2007 01:07 PM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
aku student local Universiti n amik subjek yang banyak berkaitan ngan psikologi..
macam2 la aku blaja.. tentang kanak2, dewasa n org tua.. musti korang ade
membe2 or korang sendiri yang amik c ...

ko jgn risau sgt.. ramai member aku yg amek kaunseling skang ni dah dapat keje.. even before konvo dah start keje. byk peluang utk bidang ni.. ko bleh masuk bhgn admin, jadi kaunselor.. even masuk polis pun satu kelebihan.. maybe ko bleh jadi negotiator sebab ko tau psikologi.. bykle peluang klu nak citer.. just kene pandai carik je.. klu ko nak jadi kaunselor pun boley.. jadi pensyarah pun byk peluang sebab skang ni byk uni yg baru dibukak..

tarabas_796 Publish time 17-12-2007 10:49 AM

byk sebenarnya yg bleh jd, kalu minta kpli pun mudah gak sb ada bimbingan & kaunseling. Mcm saya amik psyc gak tp keja dlm bhgn yg xde kena mengena langsung. tp. at least sbg pegawai kite leh apply camne nak deal ngan org bawahan kita. Very useful la... help us understand others better.

uzisyaziha Publish time 17-12-2007 11:18 AM

bidang kaunseling dan psikologi kat mesia ni masih baru lagi...
walaupun ianya telah wujud lebih lama dulu...

selalunya...
keje yang ditawarkan untuk mereka yang ambik bidang kaunseling dan psikologi ialah di:-

KERAJAAN
1. Jabatan Kebajikan Masyarakat - Pegawai pembangunan Masyarakatatau kaunselor
2. Kementerian kesihatanatau hospital- Pegawai pembangunan masyarakat atau kaunselor
3. Kmenterian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat - kaunselor
4. IPTA atau IPTS - kaunselor atau peg bimbingan dan nasihatatau peg psikologi (refer pekeliling jpa yang terkini)
5. Sekolah rendah dan menengah (kene ambik KPLI) - Guru kaunselor Sekolah - di bawah kementerian pelajaran ataupun mara
6. IPTA - Pensyarah - tu pun kene ambik master
7. Pegawai Penyelidik Sosial
8. Polis & Tentera -


SWASTA
1. HR
2. NGO - Social worker
3. Research Assistant

Itu lah bidang keje untuk mereka yang ada degree adalam kaunseling atau psikologi...
nak paling selamat... lepas je habis study... terus ambik skim latihan akademik bumiputera... iaitu terus sambung master...
bila kuar je... buleh terus jadi pensyarah...

[ Last edited byuzisyaziha at 17-12-2007 11:24 AM ]

uzisyaziha Publish time 17-12-2007 11:26 AM

satu lagi...
ada gak member2 yang ambik kaunseling dan psikologi yang jadi pegawai tadbir...

generasi2 Publish time 17-12-2007 12:18 PM

banyak peluang ader..

mbhcsf Publish time 17-12-2007 01:49 PM

skim latihan akademik Bumiputra ? i never heard of this...hmm.. kat mana nak dapat more info..tentulah internet.hmm..interesting

uzisyaziha Publish time 17-12-2007 04:47 PM

Originally posted by mbhcsf at 17-12-2007 01:49 PM http://forum4.cari.com.my/images/common/back.gif
skim latihan akademik Bumiputra ? i never heard of this...hmm.. kat mana nak dapat more info..tentulah internet.hmm..interesting

Skim Latihan Akadmik Bumiputera ni sama macam Tenaga Pengajar Muda (TPM)...
Rasanya ada kat kat beberapa IPTA macam UM serta UiTM... bergantung pada course yang ditawarkan. Rasanya pernah dibincangkan kat sini sebelum ni.

Ni contoh SKIM TENAGA PENGAJAR MUDA UiTM

TAWARAN BIASISWA SKIM TENAGA PENGAJAR MUDA UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA TAHUN 2008 Permohonan adalah dipelawa daripada bumiputera warganegara Malaysia yang dinamis dan ingin membina kerjaya dalam bidang pengajaran dan penyelidikan serta mempunyai kelayakan yang diperlukan untuk memohon biasiswa di bawah Skim Tenaga Pengajar Muda Universiti Teknologi MARA Tahun 2008 bagi mengikuti kursus-kursus Ijazah Kedoktoran/Profesional/Sarjana dalam bidang-bidang sepertimana yang diiklankan.

KELAYAKAN MEMOHON
1. Calon-calon mestilah mempunyai
a. Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dan Sarjana yang diiktiraf (untuk permohonan pengajian peringkat Ph.D)
b. Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dari Universiti yang diiktiraf (untuk permohonan pengajian peringkat Sarjana)
2. Calon-calon lulusan Sarjana Muda (Kepujian) mestilah memperolehi sekurang-kurangnya Kelas Dua Atas dan CGPA 3.00.
3. Bagi kursus-kursus Perubatan dan Pergigian, calon-calon mestilah mempunyai kelulusan Ijazah Perubatan (MBBS/M.D), Ijazah Pergigian dari Universiti Yang diiktiraf.
4. Mendapat kepujian Bahasa Malaysia di peringkat SPM/MCE.
5. Bebas dari ikatan kontrak sama ada dari Kerajaan, Badan-badan Berkanun, Firma a tau badan-badan lain.
6. Calon-calon mestilah benar-benar berminat dalam bidang pengajaran dan penyelidikan
7. -Berumur tidak lebih dari 30 tahun pada 31 Disember 2007 bagi pengajian peringkat Ph.D.
-Berumur tidak lebih dari 30 tahun pada 31 Disember 2007 bagi pengajian peringkat Sarjana.
-Bagi kursus Perubatan/Pergigian, calon-calon hendaklah berumur tidak lebih daripada 35 tahun pada 31 Disember 2007.

Ketua Timbalan Pendaftar
Jabatan Pembangunan Sumber Manusia
Pejabat Pendaftar
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
SELANGOR DARUL EHSAN
Sila tandakan 慣PM/UiTM tahun 2008

uzisyaziha Publish time 17-12-2007 04:51 PM

Originally posted by mbhcsf at 17-12-2007 01:49 PM http://forum4.cari.com.my/images/common/back.gif
skim latihan akademik Bumiputra ? i never heard of this...hmm.. kat mana nak dapat more info..tentulah internet.hmm..interesting

Ni contoh SKIM LATIHAN AKADEMIK BUMIPUTERA KAT UM

UNIVERSITI MALAYA
SKIM LATIHAN AKADEMIK BUMIPUTERA (SLAB)
Calon-calon yang berminat adalah dipelawa untuk memohon Skim Latihan Akademik Bumiputera yang ditawarkan oleh Universiti Malaya.
Mereka yang berjaya dipilih akan ditaja untuk mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran di dalam negeri dan luar negara.


1.         KELAYAKAN MEMOHON


(1)
Bertaraf Bumiputera dan berumur tidak melebihi 40 tahun pada tarikh tutup permohonan;


(2)
Mempunyai Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) yang baik dalam bidang berkenaan sekurang-kurangnya CGPA 3.00 atau kelayakan lain yang setaraf dengannya atau Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan.
.


(3)
Mempunyai kepujian dalam Bahasa Malaysia (termasuk Lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;


2.         BIDANG/PERINGKAT PENGAJIAN


Calon hendaklah mengikuti kursus lepas ijazah yang ditentukan oleh pihak Universiti dalam bidang-bidang berikut bagi Akademi/Fakulti/Pusat yang berkenaan:


4.         CARA MEMOHON


Borang permohonan boleh didapati sama ada dengan datang sediri atau melalui pos dengan menyertakan sekeping sampul surat berukuran 26sm X 18sm, bersetem 30 sen dengan beralamat sendiri dan dihantar kepada:


Ketua Penolong PendaftarSeksyen Latihan dan Perkembangan StafBahagian Sumber ManusiaUniversiti Malaya50603 KUALA LUMPUR

hasry019 Publish time 17-12-2007 09:26 PM

Balas #14 uzisyaziha\ catat

thanks uzi n semua.. have a nice day:)

naden Publish time 20-12-2007 06:13 AM

juz nak share.. utk tuan rumah, rasanya xperlu risau sangat pasal nak cari kerja yg macamana - sume tu ikut rezeki & nasib la kan.. tapi kalau student yg grad dari bidang psikologi ni xsemestinya end up sebagai kaunselor semata2 - maybe masih ramai yg salah faham pasal ni..

rasanya kat Malaysia ni, orang masih fikir kalau amek bidang psikologi = nak jadi kaunselor.. err secara asasnya begitu la.. tapi psikologi ni sendiri banyak cabang bidang yg spesifik - awak sendiri pun tau kan.. psikologi pendidikan, kaunseling, psikologi klinikal, psikologi perkembangan kanak2, psikologi abnormal, psikologi sosial, psikologi jenayah, psikologi kognitif, etc.. bergantung kpd bidang mana yg kita amek & selalunya permintaan akan ada.. permintaan (peluang kerja) bagi graduan psikologi (dgn bidang spesifik yg tertentu) pasti akan ada, sbb ikut pada research yg nad buat last year, dalam masa 5 - 15thn yg akan datang, suicide mungkin akan jadi 'pembunuh' no.2 utama kat negara ni (no.1 is sakit jantung).. so memang pembangunan insan (mental+emosi) akan jadi penekanan xlama lagi..

pasal peluang kerja tu, selain dari kaunselor biasa (dari bidang psikologi pendidikan/kaunseling) & kaunselor yg boleh bagi preskripsi/ubat (psikologi klinikal), err.. kat sini nad list kan peluang kerja yg ada bagi graduan bidang ni : Industrial Psychologist, Forensic Psychologist,Child Psychologist, Conflict Resolution and Mediation, Human Resource Management, Corporate Training and Consulting, Management Executive, Marketing Executive, Market Research Analyst, Advertising Consultant, Consultant, Crises Counsellor, Social worker, Youth worker, Family worker, Religious worker, Director of Volunteer Service, Sports Psychologist, Ergonomist, Occupational Health Consultant, Newspaper Reporter, Opinion Survey Researcher, Personnel Administrator, Public Relations Manager, Public Statistician, Research Assistant, Customer Relationship Management, etc..

bukan semata2 kaunseling la kan.. sbb dalam psikologi, kita ada belajar banyak benda.. mcm sosiologi, statistik, komunikasi, pembangunan sumber manusia, management, marketing, research.. nak jadi penceramah bebas pun boleh.. ingat x dulu ada one police-guy yg pusing satu Malaysia bagi ceramah pasal jenayah ragut tu? dia tu kiranya mcm bahagian psikologi jenayah la..

kalau berminat, leh cuba2 usha kat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).. leh keje bawah Dato' Shahrizat Jalil!! sanggup? ;P

p/s : kat KAJANG ada satu kolej Islam yg ada wat course psikologi.. sesapa yg berminat, leh la gi usha.. kot2 nak cuba psikologi yg ada asas2 ke-Islam-an kan :)


[ Last edited bynaden at 20-12-2007 06:14 AM ]

hasry019 Publish time 20-12-2007 12:25 PM

thanks nad dan semua yang da banyak membantu..:)

maksimrvica Publish time 20-12-2007 05:48 PM

baru ku tahu byk gak yang leh keje kalau amik bidang psikologi nie. hmmm. tgh tunggu result spm. anyone tau ape requirement nak amik course psikologi ni?

hasry019 Publish time 20-12-2007 09:26 PM

Balas #18 maksimrvica\ catat

bachelor sains pembangunan manusia...


: Syarat Kemasukan

Calon mestilah memenuhi syarat-syarat universiti di samping syarat-syarat khas fakulti seperti yang berikut:-

Syarat Am Universiti

i. Lulus SPM dengan baik.
ii. Lulus dengan kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia pada peringkat SPM.
iii. Lulus peperiksaan STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya:
a) Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am; dan
b) Gred C (NGMP 2.00) dalam dua mata pelajaran lain.
iv. Telah mengambil Malaysian University English Test (MUET).

Keperluan Khas Program

i. Sekurang-kurangnya mendapat Gred C (NGMP 2.00) dalam dua mata pelajaran berikut pada peringkat STPM: Biologi, Kimia, Fizik, Matematik, Ekonomi, Perakaunan, Geografi, Sejarah.
ii. Kepujian dalam mata pelajaran Matematik dan satu daripada mata pelajaran pada peringkat SPM: Fizik, Kimia, Biologi atau Sains.

Kelayakan Lain sebagai Ganti STPM

Calon yang mengemukakan kelayakan Diploma dalam bidang yang sesuai dari UPM atau institusi lain yang diiktiraf atau kelayakan setara yang diiktiraf oleh Senat sebagai ganti STPM boleh memohon untuk dipertimbangkan bagi mengikuti program bacelor. Calon mestilah juga memenuhi syarat di butiran di atas.

* Syarat kemasukkan ini hanya digunakan untuk program Bacelor Pembangunan Manusia & IT, Bacelor Pembangunan Manusia & Pengurusan, Bacelor Sains Pengguna dan Bacelor Pembangunan Manusia. Untuk Bacelor Muzik sila rujuk menu Bacelor Muzik untuk keterangan lanjut.


harap membantu..:)

die punye URL...http://www.eco1.upm.edu.my/index.php?option=com_content&task=category&id=19&Itemid=32&lang=Ms

[ Last edited byhasry019 at 20-12-2007 09:30 PM ]

maksimrvica Publish time 20-12-2007 10:40 PM

Reply #19 hasry019's post

oh nak subjek sc gk eks..huhuhuh. subjek sc ku dah ler lemah. so tak harap sgt utk spm.huhuhu

naden Publish time 21-12-2007 02:10 AM

Reply #18 maksimrvica's post

kalau ikut result SPM, rasanya at least 5 kredit - termasuk BM.. BI lak kena lulus..
lain ipta/ipts, lain2 requirements dia.. ada yg amek lulusan SPM.. ada yg nak lulusan STPM..
kalau ipta, rasanya kat UPM, UIA, UPSI ada kot - ada course psikologi pendidikan atau kaunseling
kalau ipts lak ada kat help institute, sunway, sedaya - yg bagus kat help, tapi mahal la..
cuba2 la search.. tgk course apa & apa lulusan/kelayakan yg diperlukan..

yg penting BI kena bagus la.. sbb buku rujukan sume dalam english - susah nak cari in malay..
bila belajar pun byk istilah, definasi, etc sume dalam english..
yg penting - bila belajar ni kena minat, rajin membaca & faham..

[ Last edited bynaden at 21-12-2007 02:12 AM ]

hasry019 Publish time 23-12-2007 02:02 PM

Balas #20 maksimrvica\ catat

taklah max.. kalo ko blaja psiko nnti xde sangat pasal sains.. mybe ko blaja skali dua jer.. lain sume kko bleh punyer.. pape pun.. gud luck k..:)

hasry019 Publish time 23-12-2007 02:03 PM

Balas #21 naden\ catat

yaeh naden.. aku sokong... ;P ;P
Pages: 1 [2] 3 4
View full version: Bidang Psikologi


ADVERTISEMENT