razifah posted on 1-2-2007 04:23 PM

------(@ Bunga-bunga Wangi

Sajer untuk menambah info di sini....Ifa sukalah dengan bunga-bunga yang wangi. Ifa ade carikan dari web2 lain untuk tatapan semua. Ingat dulu arwah nenek cukup suka letak bunga cempaka n bunga kesidang letak di sanggul....:loveliness:

[ Last edited by  razifah at 1-2-2007 04:53 PM ]

nazurah posted on 26-9-2006 03:03 PM

Fragrant Plants

Tadi jenjalan kat website Singapore National Park....jumpa plak gambo2 menarik dari spesis pokok berbau (tak kira wangi ke tidak...asal ada bau)

Ini bunga kenanga atau ylang ylang
http://i95.photobucket.com/albums/l137/NazurahLily/Fragrant%20Plants/canangaodorata02flo.jpg

ini plak nama dia Yesterday Today & Tomorrow. Opismate i kata bau dia kuat...wangi2 busuk...
http://i95.photobucket.com/albums/l137/NazurahLily/Fragrant%20Plants/brunfelsiacalycina02flo.jpg

Amazon Lily...kat umah mama i melambak..
http://i95.photobucket.com/albums/l137/NazurahLily/Fragrant%20Plants/eucharisgrandiflora01.jpg

Grand Duke Jasmine
http://i95.photobucket.com/albums/l137/NazurahLily/Fragrant%20Plants/jasminum20sambac20grand20duke20of20.jpg

nazurah posted on 26-9-2006 03:09 PM

stephanotis
http://i95.photobucket.com/albums/l137/NazurahLily/Fragrant%20Plants/Stephanotis.jpg


tak tahu apa common name pokok ni...sape tahu sila lah tepek nama dia
http://i95.photobucket.com/albums/l137/NazurahLily/Fragrant%20Plants/angeloniasalicaraefoliarosepink01wh.jpg

pokok pandan
http://i95.photobucket.com/albums/l137/NazurahLily/Fragrant%20Plants/PokokPandan.jpg

pokok selasih aka sweet basil
http://i95.photobucket.com/albums/l137/NazurahLily/Fragrant%20Plants/SweetBasilakaselasih.jpg

[ Last edited by  nazurah at 26-9-2006 03:13 PM ]

nazurah posted on 26-9-2006 03:20 PM

Garlic Vine
http://i95.photobucket.com/albums/l137/NazurahLily/Fragrant%20Plants/GarlicVine.jpg

cempaka putih
http://i95.photobucket.com/albums/l137/NazurahLily/Fragrant%20Plants/cempakaputih.jpg

Pelik nama pokok ni : Tree of Sadness
http://i95.photobucket.com/albums/l137/NazurahLily/Fragrant%20Plants/Treeofsadness.jpg

tidak lupa juga...Pokok Kari...
http://i95.photobucket.com/albums/l137/NazurahLily/Fragrant%20Plants/PokokKari.jpg

haniman posted on 26-9-2006 04:10 PM

http://i10.tinypic.com/2ekj9f7.jpg


Ini kak iman tak tahu aper namanya.  Jiran kak iman yang tanam dan bunganya menjalar ke rumah.

Baunya sangat wangi dan bunganya pun banyak serta tahan agak lama.

[ Last edited by  haniman at 26-9-2006 04:12 PM ]

haniman posted on 26-9-2006 04:39 PM

http://i10.tinypic.com/35bts0z.jpg

Ini orang kita panggil bunga kerak nasi.  Sayang nya masa saya ambil gambar ni terlalu dekat agaknya.  Blur sikit

haniman posted on 26-9-2006 04:41 PM

http://i95.photobucket.com/albums/l137/NazurahLily/Fragrant%20Plants/cempakaputih.jpg

Cantinya bunga ni.  Kata orang lagi tinggi pokoknya, lagi wangi bau dia.

razifah posted on 26-9-2006 04:47 PM

http://www.melur.com/images/myherba/sundal_malam.jpg

Bunga Sundal Malam....

nazurah posted on 26-9-2006 04:50 PM

org tetua ckp...kak pon dgn kak lang suka singgah kat pokok cempaka putih ni. sememangnya harum semacam! depan umah i ada cempaka kuning,....tak seharum cempaka putih ni...takut gak kalo ada kak lang dgn kak pon singgah...

razifah posted on 26-9-2006 04:51 PM

http://www.melur.com/images/myherba/citronella.JPG

Nama Tempatan: Serai Wangi
Nama Saintifik: Cymbopogon nardus
Nama Lain: citronella
Famili: Poaceae
Lokasi dijumpai:  
Asal:  

keterangan:
Famili: Poaceae/Gramineae  
kegunaan:
daun serai yang dibalut dengan besi atau batu panas digunakan untuk tuaman yang bertungku pada kawasan urat saraf yang lemah,penyakit bisa otot-otot,sendi,mengecutkan rahim yang bengkak,memecahkan lendir,darah dan angin.daun serai dan jintan hitam digiling menjadi pes dan ditampal di dahi untuk untuk melegakan sakit kepala seperti angin meroyan dalam pantang bersalin. Campuran pada rempah ratus dijadikan pes bagi merawat bengkak-bengkak sendi dan otot.air rebusan daun serai (lebih baik jika dicampurkan dengan daun sirih dan gandarusa) digunakan bagi mandian ibu dalam pantang selepas bersalin dan untuk penyakit lemah otot dan sendi.membantu mengubati masalah sakit perut dan memecahkan gumpalan angin serta melepaskan angin melalui dubur (kentut) dan mulut (sendawa).dapat membantu mengimbangkan kestabilan hormon.menambahkan aroma hidangan serta membantu meringankan keadaan keracunan makanan.campuran dengan rempah ratus mempunyai khasiat bagi merawat kesihatansistem dalaman badan.membantu melawaskan dan melancarkan pembuangan air kecil.

razifah posted on 26-9-2006 04:59 PM

http://www.melur.com/images/myherba/bunga_tanjung.JPG

Nama Tempatan: Bunga Tanjung
Nama Saintifik: Mimusops elengi
Nama Lain: Baula(oriya),indian meddaler, bulletwood tree,Bakula,Spanish cherry,
Famili: Sapotaceae
Lokasi dijumpai:  
Asal:  

keterangan:
Tanjung ialah sejenis pokok yang bersaiz sederhana.Ia biasa dijumpai ditanam ditepi-tepi jalan kerana bentuknya yang rendang dan dapat memberikan teduhan dari cahaya matahari yang terik. Bunga tanjung berbau sangat wangi dan biasa digunakan sebagai hiasan kepala masyarakat melayu tradisional dan kaum india.Bunga tanjung juga tahan lama dan boleh direndam dalam minyak kelapa setelah kering untuk mengembalikan harumannya.Biasanya bunga tanjung yang direndam dalam minyakm kelapa ini digunakan sebagai bunga hiasan kepala untuk mewangikan rambut. Daun tanjung berwarna hijau tua, agak keras dan mempunyai permukaan yang berkilat. Buahnya berbentuk bujur,berwarna hijau ketika muda dan jingga setelah masak.Buahnya boleh dimakan dan mempunyai rasa yang sedikit manis.Tumbuhan ini membiak dari keratan batang dan biji benih.
kegunaan:
Rawatan ruam yang bernanah
Beberapa tangkai bunga tanjung direbus bersama 2 sudu besar jintan hitam. Air rebusan ini diembunkan selama semalam. Setelah itu airnya ditapis dan digunakan untuk mandi oleh pesakit.
sakit Gigi dan luka
Kulit batang pokok tanjung direbus bersama air. tapis rebusan ini dan gunakan sebagai ubat kumur sekali sehari selama empat hari.Ia juga dapat menghilangkan nafas berbau.Rebusan ini juga boleh digunakan untuk mencuci luka. Lakukan setiap hari hingga luka sembuh
selain daripada itu bunga tanjung juga mempunyai minyak sari dan minyak sari yang dihasilkan berwarna kuning muda kehijauan.Ia boleh digunakan dalam perawatan aromaterapi.Sila rujuk
http://members.aol.com/parijata/bakula.html

ct_og posted on 26-9-2006 10:21 PM

Saya dapati kebanyak orang Melayu suka tanaman yang berbau ni... begitu jua orang India... Bangsa Cina mereka lebih menumpu kepada warna dan bentuk tanaman yang dikatakan dapat memberi keuntungan/tuah... pernah bertanya pada rakan cina kenapa mereka kurang tanam tanaman yang berbau... tapi sampai sekarang masih tak dapat jawapan yang memuaskan... Mereka kata mereka suka bau wangi, tapi kenapa mereka tak tanam ... Entah lah...

nazurah posted on 27-9-2006 08:21 AM

org cina kdg terlalu taksub pada pokok yg dorg kata membawa tuah, macam money plant, pokok buddha, pokok bakawali...pokok delima dsbnya.

money plant tu dorg kata, lagi lebat daunnya maka lagi lebatlah poket mereka dgn duit, pokok buddha plak dorg percaya sekiranya pokok itu tumbuh segar, maka kehidupan mereka akan berjalan dengan lancar...info ni i dpt dr opismate i...

org india dan melayu plak tanam pokok-pokok yg mendatangkan manfaat secara terus. mcm pokok kari, bunga-bungaan yg wangi, pandan...pokok mapley, pokok kelo...dsbnya. pokok2 tersebut bleh digunakan utk memasak atau hiasan dikepala dan juga digunakan utk upacara ritual. halau hantu!

jati posted on 27-9-2006 08:26 AM

nazurah
apa nama web singapore tu

nazurah posted on 27-9-2006 08:38 AM

Originally posted by jati at 27-9-2006 08:26 AM
nazurah
apa nama web singapore tu

www.nparks.gov.sg

jati posted on 27-9-2006 09:07 AM

thanks...nazurah

gucci posted on 27-9-2006 10:18 AM

Gucci ada tanam pokok bunga grand duke jasmine dan yesterday, today & tomorrow (siang & malam) nih.  memang wangi..

nazurah posted on 27-9-2006 11:03 AM

tanam atas tanah or dlm pasu gucci?

haniman posted on 27-9-2006 05:04 PM

Originally posted by gucci at 27-9-2006 10:18 AM
Gucci ada tanam pokok bunga grand duke jasmine dan yesterday, today & tomorrow (siang & malam) nih.  memang wangi..

Gucci, kak iman ada juga pokok  yesterday, today & tomorrow (siang & malam, nama melayunya bunga pekan.  Pokok bunga melur pula (jasmine) ada 3 jenis, 1 jenis berlapis, jasmin indonesia (tak ada baunya) dan bunga melur biasa.  Gambarnya ada kak iman ambik tapi blur.   Hee -hee tak pandai.......

nazurah posted on 27-9-2006 05:07 PM

oo..nama dia bunga pekan ya kak iman...

my chinese fren pun tatau apa nama pokok ni. pelik betul nama dia yesterday-today-tomorrow...

bunga dia tahan lama tak?

Arwen posted on 27-9-2006 08:52 PM

http://i10.tinypic.com/2ekj9f7.jpg

ni namanya rangoon creepers kan..

Arwen posted on 27-9-2006 08:54 PM

arwen pun ada tanam yesterday, today, tomorrow tu..bau dia wangi seakan2 bunga melur tapi takdelah sekuat bunga melur..
bunga ni ada 3 color dlm satu pokok...purple, putih dgn purple+putih..

haniman posted on 27-9-2006 09:27 PM

Originally posted by nazurah at 27-9-2006 05:07 PM
oo..nama dia bunga pekan ya kak iman...

my chinese fren pun tatau apa nama pokok ni. pelik betul nama dia yesterday-today-tomorrow...

bunga dia tahan lama tak?


Bunga ni tahanlah dalam 2, 3 hari rasanya

ct_og posted on 27-9-2006 10:19 PM

Originally posted by haniman at 27-9-2006 05:04 PM


Gucci, kak iman ada juga pokok  yesterday, today & tomorrow (siang & malam, nama melayunya bunga pekan.  Pokok bunga melur pula (jasmine) ada 3 jenis, 1 jenis berlapis, jasmin indonesia ...


OOO... Baru saya tahu nama biasa bagi Yesterday, today dan tomorrow ni... selama ni saya panggil YTT aje... so lepas ni boleh le saya start panggil dia Bunga Pekan... terima kasih sebab beritahu.... :)

afyyzuul posted on 28-9-2006 09:53 AM

Originally posted by nazurah at 27-9-2006 08:21 AM
org cina kdg terlalu taksub pada pokok yg dorg kata membawa tuah, macam money plant, pokok buddha, pokok bakawali...pokok delima dsbnya.

money plant tu dorg kata, lagi lebat daunnya maka lagi le ...

Nak tanya sikit....macam mana rupa pokok yg org cina panggil pokok buddha ni?
Page: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full: ------(@ Bunga-bunga Wangi