karamel posted on 2-2-2007 02:55 PM

Homemade Cincau

karamel cari psl cincau, tapi x jumpe. kalau ade, tolong mergekn ye mod.

nak kongsi, cara2 buat homemade cincau. resipi makcik.

Cincau

1 packet agar2 serbuk
500g gula
3.75 liter air
Segenggam daun cincau (beli dari kedai sinseh)
2 atau 3 helai daun pandan

Cara:
1. Masukkan air dalam periuk besar, tambahkan serbuk agar2 dan kacau rata.
2. Jerangkan atas api yg sederhana dan masukkan gula, daun cincau dan daun pandan.
3. Masak hingga mendidih. Kecilkan api
4. biarkan merenih selama 10-15 minit
5. Matikan api dan tapis.
6. Masukkan dalam bekas, biarkan sejuk baru simpan dlaam peti sejuk utk 3-4 jam. Overnite lagi better

Inilah rupenye daun cincau tu. Kalau org tak tau igt rumput kering kt laman rumah je. ;P

http://i29.photobucket.com/albums/c263/syanaraqi/akarcincau.jpg

yang bawah ni gambar semasa cincau tu dimasak. gmbr kiri, cincau separa jadi. sbb karamel ni x tahan dgn godaan bau cincau tu. wangiii.. belum keras sgt, dah mencedok, tu yg lembik2 skit. cincau ni campur dgn cocktail dlm tin tu sedap. perahkan dlm 2-3 biji limau kasturi. best lagi2 cuaca yg da panas ni.

http://i29.photobucket.com/albums/c263/syanaraqi/cincau.jpg

pinKy180 posted on 2-2-2007 03:24 PM

Reply #1 karamel's post

wah sedapnya cincau ni....my feveret nih...:loveliness:
daun cincau selalunya ada jual kat kedai mana?kedai ubat2 cina tu ker?
skali tgk daun cincau ni mcm akar2 kayu yg ada jual kat pasar mlm jer...:C
thanks ye sudi syer recipe ni:tq:

karamel posted on 2-2-2007 03:52 PM

Reply #2 pinKy180's post

pinky

daun cincau ni my makcik yg belikan. mmg dpt dr kedai ubat cina. kt s'pore la tapi. die beli dalam $3. byk jugak dapat bleh 3 kali masak..

bau cincau buat sendri ni.. mak aiii godaaaaaan.. ;P

epal_hijau2429 posted on 4-2-2007 03:54 PM

gitu rupanya daun cincau.....
sedap tu cincau fresh..... yum.. yum...

roxana posted on 4-2-2007 04:02 PM

kalau kat negara omputih ni...ada gak kedai singseh...
tapi nak panggil apa ye kat daun cincau nih???

minat sgt ngan cincau nih...

cguct1970 posted on 4-2-2007 06:01 PM

Meh kita syer sikit info tentang Cincau yang ct dapat masa attend lecture Tek. Pemprosesan Makanan.

Cincau atau lengkong (panggilan di Utara) atau beleda hitam (panggilan di sebelah Timor) merupakan sejenis makanan yang biasanya digunakan dalam campuran membuat minuman .Keadaan fizikal hasil ini merupai jeli berwarna hitam, jaringannya kenyal dan tidak mudah pecah.Tumbuhan ini boleh didapati di hutan Malaysia dan di Asia Tenggara. pemprosesan cincau dipercayai telah diterokai oleh bangsa cina, tapi kini penggunaan yang meluas dikalangan bangsa2 lain.

Untuk menghasilkan cincau, bahan utama yang diperlukan ialah daun sejenis tumbuhan cyclea barbata atau panggilan umum 'jelly gras'  yang mengandungi bahan alkaloid 'cyclein' yang dipercayai dapat menyejukkan badan dan mengubati demam .

Pemprosesan cincau secara komersial masa kini dilakukan dengan menggunkan daun dan batang yang telah dikeringkan dan diimport dari China dan Hong Kong. Kajian yang dijalankan mendapati bungkusan yang mengandungi daun yang lebih banyak dari batang akan menghasilkan cincau yang lebih baik dan memuaskan.


.


  



cguct1970 posted on 4-2-2007 06:16 PM

Cincau

Bahan untuk ekstrak cincau
25 gm daun dan batang pokok cincau
5 ml air abu
1.2 liter air untuk merendam/ merebus cincau

Cara :
1. Cuci batang dan daun cincau beberapa. Buang bendasing dan  rendam batang dan daun cincau
    selama 15 minit.
2. Dengan menggunakan air rendaman, rebus daun dan batang cincau sehingga mendidih selama
    1 - 1/2 jam. Air rebusan hendaklah dikacau selalu untuk menggelakan ia meruap.
3. Sejukkan rebusan sebentar , tapiskan rebusan ini dengan menggunakan kain maslin
    (lembabkan terlebih dahulu) . Baki tapisan siran dengan sedikit air panas dan kacau rata2 dan
    tapis sekali lagi sehingga mendapat 500 ml ekstrak cincau.

Bahan untuk memekatkan cincau
500 ml ekstrak cincau
25 gm tepung keledek / tepung jagung
50 ml air biasa

1. Masukan ekstrak ke dalam periuk dan jerang dengan api yang sederhana.
2. Bancuh tepung keledek/tepung jagung dengan air dan kacau rata.
3. Tuang bancuhan tepung ke dalam ekstrak dan kacau rata. Pada ketika ini biar bancuhan mendidih,
    memekat dan menjadi kilat. Kacau rata.
4. Bancuhan akan kelihatan mencair semula. Matikan api dan tuangkan adunan dalam bekas yang disukai sejukkan. bila telah benar2 sejuk, bolehkan digunakan untuk membuat minuman atau campuran ABC.

Resepi ini telah banyak kali dicuba dan memang menjadi...:)


[ Last edited by  cguct1970 at 7-2-2007 01:39 PM ]

sunshine05 posted on 4-2-2007 06:35 PM

cincau yg kita biasa beli dalam plastik kat supermarket tu, leh frozenkan ke?

cguct1970 posted on 4-2-2007 06:57 PM

Reply #8 sunshine05's post

Boleh , kalau simpan bawah suhu 4'c boleh tahan lebih seminggu
kalau yang ditinkan lagi tahan lama
oleh kerana ia bersifat alkali maka bahan pengawet tidak diperlukan untuk penyimpanan
..yang tu dema jual dah siap boh gula masa masaknya.

karamel posted on 4-2-2007 08:49 PM

Originally posted by cguct1970 at 4-2-2007 06:01 PM
Meh kita syer sikit info tentang Cincau yang ct dapat masa attend lecture Tek. Pemprosesan Makanan.

Cincau atau lengkong (panggilan di Utara) atau beleda hitam (panggilan di sebelah Timor) m ...

wah! inilah yang ditunggu2.. the science behind the food itself.. so that we know what inside our food, and the purpose of each ingredient.

thank you cguct for the info.. sgt berguna. maybe karamel akan cube use ur recipe plak. thank you agn! :)

sunsuria33 posted on 4-2-2007 08:52 PM

Reply #7 cguct1970's post

kat kedai senseh tu batang cincau ni dia orang panggil apa? teringin gak nak buat ni
kat supermarket sekarang ada cincau perasa laici, mango etc etc penah beli yang perasa laici anak makan gitu aja tak sempat buat air

holmes posted on 4-2-2007 09:21 PM

Reply #1 karamel's post

woo...interesting..tengkiu..

baru tau ropenya cincau ni asal dia dari daun...:D

tak tau le..tmpt hom ni ada ke tak org jual daun cincau..teringin lak nak cuba buat sendirikk..

cguct1970 posted on 4-2-2007 10:59 PM

Reply #11 sunsuria33's post

Biasanya kalau kita cakap beli pokok cincau depa tau..
dan itu memang nama dia pun...
kalau x silap 500gm rm 10.00..
ct ada simpan sebab benda ni kering dan tahan lama...

act, keadaan berjelly ni kita memang boleh rasa..
bila kita sentuh daun dan batang yang dah direbus..
licin dan hitam je..
kita buat 25 gm daun +btgnya dapat kira2 1 acuan 6"x6"..
cubalah..dan bg feedback kat sini..

sunsuria33 posted on 4-2-2007 11:11 PM

Reply #13 cguct1970's post

kena beli daun lain batang lain ye..ke dah siap pack ada dua2 bahan ni?

cguct1970 posted on 4-2-2007 11:42 PM

Reply #14 sunsuria33's post

:) dia dah siap2 pack lah cik suria..
x de pilihan...

sunsuria33 posted on 5-2-2007 12:12 AM

Reply #15 cguct1970's post

oh ok thanks...kena tunggu weekend baru boleh cari..kedai ubat cina tu banyak kat area rumah ni...biasalah weekdays busy sikit..

pinKy180 posted on 6-2-2007 09:05 PM

Reply #7 cguct1970's post

kak ct air abu tu air apa?

hannan6d posted on 6-2-2007 09:22 PM

tak pernah terfikir cincau boleh buat sendiri kat umah..thanks banyak banyak cikguct...karemel...

cguct1970 posted on 6-2-2007 10:08 PM

Reply #17 pinKy180's post

air abu tu sejenis air jernih (bahan kimia) yang digunakan juga dalam pembuatan mee kuning.
fungsinya untuk mengeluarkan bhan cycline yang ada pada batang dan daun pokok cincau.
kalau tak bubuh, ekstrak yang dihasilkan kurang pekat dan tidak banyak.
dalam membuat cincau ni, kita hanya guna sikit je.

Di bakery supplier , ia dijual dalam botol2..harganya dalam rm 1.20 (100ml)
dari apa yang ct pernah baca..ia dihasilkan dari abu jerami padi
yang ditapis berkali2..sehingga jernih.

karamel posted on 7-2-2007 08:10 AM

hannan - welkam. nnti jd posla gambar ye. eheh

ct - air abu is known as lye water jugak kn? nnti karamel nk cube la beli duan cincau ni sendiri. b4 this dpt stok dr makcik je.

kak_nah posted on 7-2-2007 08:42 AM

Reply #1 karamel's post

karamel,  akak nak tanya agar-agar serbuk tu brapa gram?  sori ek...sebab akak tengok kat kedai berat nye lain-lain..

knolly posted on 7-2-2007 01:06 PM

selama hari ni tak pernah akak terfikir yang cincau ni bleh buat sendiri di rumah.
terima kasih le pada yg memberi resepi ni.  Selalu p supermarket teragak nak
minum cincau tapi bila nengok alamat tempat memprosesnya tu akak jadi
was-was......almaklum le alamat tu kwasan cina....kilangnye pon kilang cina
so kebersihan dan tahap kehalaklannya tu boleh dipertikaikan.....jadi akak
lupekan aje hajat nak minum cincau ni.......ni dah ada recepi weekend ni bleh
le menerai........:loveliness:

cguct1970 posted on 7-2-2007 01:36 PM

Originally posted by karamel at 7-2-2007 08:10 AM
hannan - welkam. nnti jd posla gambar ye. eheh

ct - air abu is known as lye water jugak kn? nnti karamel nk cube la beli duan cincau ni sendiri. b4 this dpt stok dr makcik je.

Nama lain x pastilah..air akaline tak? kalo x silap la...tapi kat bakery supplier ni derg tau je..

cguct1970 posted on 7-2-2007 01:44 PM

Hai karemel..
first time akak dengar cincau kena kasi agar-agar...ini mesti untuk membantu pembekuannyakan..
atau boleh gak gantikan dengan serbuk carageenan, sebab base untuk agar2 dan carageenan ni sama..
iaitu red sea weed..

Macam juga fungsi tepung keledek/tepung jagung dalam resepi akak...
untuk bantu pembekuan, dapatkan teksture kenyal dan keadaan berkilat..
dari pengalaman akak, cincau tepung keledek rasanya agak kureng sikit..
dia ada sikit bau..jika dibandingkan dengan cincau tepung jagung ..
hasilnya lebih anjal dan berkilat...

apapun..terpulanglah kepada kesukaan masing2..selamat mencuba.

kak_nah posted on 7-2-2007 03:08 PM

Reply #7 cguct1970's post

Aslm .. CGUTT,  nak tanyer kalau tak pakai air abu tu boleh tak?  cincaunyer masih jadik ke?  ingat nak cuba...
Page: [1] 2
View full: Homemade Cincau