Syd posted on 5-2-2007 03:05 PM

Batu hiasan landskap semula jadi

Batu hiasan landskap semula jadi
http://www.bharian.com.my/m/BHarian/BHimages/BMinggu/28batu.jpg


BATU, elemen semula jadi yang wujud sejak dulu tidak dinafikan berperanan besar dalam kehidupan. Kini, penggunaan batu semakin meluas dan menjadi elemen hiasan penyeri taman serta landskap buatan.

Sama ada konsep Jepun atau Zen, Bali, Tropika, moden dan juga kontemporari, batu menjadi penting pelengkap kepada konsep berkenaan. Menghiasi taman menggunakan batu sudah menjadi sebagai satu ikutan masyarakat bandar.

Selain berupaya menjadikan taman cantik, batu juga adalah bahan yang tahan lama, kuat, senang diselenggarakan dan tampak lebih semula jadi. Justeru, tidak hairan jika ia penting dalam seni taman.

Batu boleh dijadikan pelbagai fungsi dalam menghias taman, selain menjadi penyudah dalam gubahan taman untuk kelihatan lebih semula jadi dan bersahaja, batu juga boleh disusun untuk membina kolam serta air terjun.

Selain itu, batu yang diletakkan dalam kolam pula boleh menyejukkan air sekali gus menenangkan mata memandang. Terdapat pelbagai saiz batu boleh digunakan, bergantung saiz taman yang ingin dicipta pemiliknya.

Ada pelbagai jenis batu sungai semula jadi, buatan daripada simen ferro atau batu yang berasal dari gunung berapi boleh digunakan untuk taman. Namun, ada juga batu boleh diperoleh secara percuma di sekitar rumah.

Terdapat juga bahan ornamen atau hiasan taman yang diukir daripada batu untuk menyerikan taman seperti set kerusi taman, pasu atau bekas tanaman, ukiran atau arca batu dan tidak ketinggalan juga jubin hiasan dinding kolam serta kediaman.

Batu dengan sifatnya yang kuat, teguh, serta tahan lama akan terus kekal popular sebagai elemen hiasan taman sejak dulu hingga sekarang dan pada masa akan datang.

Bagi mendapatkan idea mengenai kaedah hiasan taman, boleh berkunjung ke pusat tanaman yang menyediakan contoh taman dengan elemen batu untuk diaplikasikan sendiri di rumah atau mengupah pakar melakukannya.

razifah posted on 5-2-2007 03:10 PM

kat melaka mahal..................:'(

BeeComeL posted on 6-2-2007 10:47 AM

Minggu lepas baru bershopping pasu2 batu2 pokok2 kat Sg Buloh. Harga satu paket beso tuh dlm RM20-28.. Beza dari segi saiz n jenis batu..
Yang putih lebih murah.. satu lagi ader jenis yg kilat n tak kilat. Yg kilat tuh cantik ler skeet.. yg tak kilat macam batu sungai tuh.. Bee beli yg kilat campur2 warna.. RM20.. Tapi kena pandai tawar harga n survey tempat. berpeluh la jugak las week.. :L  hehehe

razifah posted on 6-2-2007 12:33 PM

memang dengar cite kat sg buluh lagi murah....:P

haizan5479 posted on 6-2-2007 12:35 PM

saya duduk kat sg. buloh.. mmg kalau nak beli tu kena pandai tawar... buat2 cam dah lama stay kat sg. buloh.. jgn cakap u org luar ...kalau x .. depa cekik darah:@

razifah posted on 6-2-2007 01:05 PM

Originally posted by haizan5479 at 6-2-2007 12:35 PM
saya duduk kat sg. buloh.. mmg kalau nak beli tu kena pandai tawar... buat2 cam dah lama stay kat sg. buloh.. jgn cakap u org luar ...kalau x .. depa cekik darah:@

tq haizan atas info.....:D

razifah posted on 6-2-2007 01:57 PM

http://www.hmetro.com.my/m/BHarian/BHimages/BMinggu/4batu.jpg

razifah posted on 7-2-2007 02:09 PM

http://s143.photobucket.com/albums/r132/razifah/th_paad031.jpg

yg nie kat umah ayah ifa.....:P

amamiya5674 posted on 7-2-2007 07:02 PM

Originally posted by razifah at 7-2-2007 02:09 PM
http://s143.photobucket.com/albums/r132/razifah/th_paad031.jpg

yg nie kat umah ayah ifa.....:P

nice Ifa...leh jalan2x wat urut kaki ni...:loveliness:

blackpurple posted on 8-2-2007 01:20 PM

Mengikut pengalaman kami untuk projek yang besar-besar, batu-batu biasanya kami import dari luar contonnya pebble dari Indonesia. Batunya berkualiti, licin dan bentuknya agak homogenous tapi mahal sedikit.

Kalau batu-batu besar / boulder kami lebih suka mencari di kawasan air terjun eg di Hulu Langat. tapi tak boleh curi kena ada permit. Batu semulajadi lebih mahal berbanding batu artificial / simen ferro sebab 'handling'nya leceh sedikit....

Bagi batu-batu kecil yang macam chip tu. Biasanya di garden centre banyak yang diimport dari luar. Yang agak murah batu yg diimport dari Philiphine atupun China.. tapi kualitinya kurang...

Syd posted on 8-2-2007 01:46 PM

Impak batu elemen semula jadi
Oleh Norakmah Mat Youb


BATU yang dijadikan hamparan laluan perlu besar dan
sesuai dengan konsep taman diingini.


PENGGUNAAN batu dalam membentuk landskap taman akan memberi impak yang mendalam terhadap fungsi taman berkenaan.

Meletakkan batu pada taman akan menampilkan suasana berbeza, taman lebih hidup, bermaya dan menimbulkan suasana alam semula jadi.

Setiap orang ada cara tersendiri mendapatkan batu untuk menghias taman sama ada dijadikan tangga, tempat laluan atau diletak di keliling pokok hiasan.

Ada yang rajin mengutipnya dari segenap tempat seperti di sungai, tetapi cara itu memakan masa lama untuk dikumpulkan. Tambahan pula batu yang dikumpul mungkin saiznya tidak sama.

Bagi yang berkemampuan, anda boleh mendapatkannya daripada pembekal atau pengusaha landskap. Telefon beberapa pengusaha untuk mendapatkan senarai harga yang berpatutan.

Tanyakan juga jenis batu yang mereka miliki dan kesesuaiannya. Kebaikannya, batu tidak perlu disiram, dicantas, bentuknya kekal dan tidak akan mati.

“Bagi taman kecil, anda boleh memilih batu bulat kecil diletakkan di atas seketul batu bulat lebih besar. Untuk kesan lebih cantik, tanamkan pokok hiasan berdaun tirus panjang di sekelilingnya atau pada satu bahagian saja.

“Anda juga boleh meletakkan batu kecil dalam pasu bulat leper untuk menghias taman. Pastikan di sekeliling pasu itu ditanam pokok hiasan yang cantik, berbunga dan berwarna-warni,

Syd posted on 8-2-2007 01:48 PM

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/BHimages/BMinggu/18pancur3.jpg

razifah posted on 8-2-2007 03:24 PM

Originally posted by amamiya5674 at 7-2-2007 07:02 PM


nice Ifa...leh jalan2x wat urut kaki ni...:loveliness:

hai miya....dah lama tak nampak u.....ha'ah...mak ifa selalu buat..ifa taklah buat coz rase sakit heheheh;P ifa tak pastilah harga dia berapa...beli dah siap..beli n terus letak kat tanah....:D

alibnmat posted on 10-2-2007 05:14 PM

seriously speaking pebble putih yg utk design zen atau taman jepun ni kalu letalk kat (outdoors) taman luar cuaca panas lembap msia lelama boleh naik berlumut tak? kena cucilah ye? atau longgok lagi, beli baru? wah high mantenancelah ye?

hamizao posted on 11-2-2007 01:48 PM

Rajin Syd cari bahan............:)

Hami taklah berlanskap amat tapi ada mengguna batu2 di satu dua tempat.

1. Kat fountain di porch yang Hami buat untuk menggantikan indoor garden. Konsep zen konon ....sebenarnya untuk menutupi kolamnya....kalautak anak2 buah akan sure masuk nye!. Itupun dah sekali pomen ...dema berenjut pula atasnya. La ni diorang dah besar2 ...tak ada masaalah lagi.;P

http://img220.imageshack.us/img220/540/dsc027231smalllz7.jpghttp://img142.imageshack.us/img142/473/dsc027221smallgn4.jpg


2. Hami buat island kat lampu taman dan taruk pokok2 cycus Hami............Sebenarnya tempat di luar dapur je..Hami taruk juga beberapa stepping stone buat pathway yang melengkong kat kawasan itu....kira kalau nak ke dapur dari gate depan tak payah pijak tanah sangatpun boleh...gitu;P

http://img142.imageshack.us/img142/7858/dsc026961smallvj3.jpghttp://img220.imageshack.us/img220/4200/dsc01737smalltb3.jpg

3. Kat pergola terus ke pathway ke sebelah dapur.....

http://img176.imageshack.us/img176/6199/dsc01901small2fz3.jpghttp://img176.imageshack.us/img176/9457/dsc01740smalleq6.jpg

[ Last edited by  hamizao at 11-2-2007 02:33 PM ]

hamizao posted on 11-2-2007 02:35 PM

Originally posted by alibnmat at 10-2-2007 05:14 PM
seriously speaking pebble putih yg utk design zen atau taman jepun ni kalu letalk kat (outdoors) taman luar cuaca panas lembap msia lelama boleh naik berlumut tak? kena cucilah ye? atau longgok l ...

Cari yang dah ada antimoss...Hami punya dah 3 tahun tak ada lumut....

alibnmat posted on 11-2-2007 03:20 PM

Originally posted by hamizao at 11-2-2007 02:35 PM


Cari yang dah ada antimoss...Hami punya dah 3 tahun tak ada lumut....

Wah dah ada chemical la plak. Tp canggih eh taman ko, tahniah!

Mas916 posted on 11-2-2007 03:30 PM

(tgh membayangkan umah hami):)

mok_nik posted on 12-2-2007 03:31 PM

Reply #15 hamizao's post

wahh hami cantiknya lanskap umah :solute:

mok_nik posted on 12-2-2007 03:32 PM

nie salah satu lanskap umah mok nik yg ada batu

http://img101.imageshack.us/img101/1008/img88270ivyn7.jpg

nanti ambil lagi yg lain ...tuh gambar lama :bgrin:

hamizao posted on 15-2-2007 01:06 PM

Originally posted by Mas916 at 11-2-2007 03:30 PM
(tgh membayangkan umah hami):)

Suke tengok avatar dik ;P Mas

hamizao posted on 15-2-2007 01:09 PM

Originally posted by mok_nik at 12-2-2007 03:32 PM
nie salah satu lanskap umah mok nik yg ada batu

http://img101.imageshack.us/img101/1008/img88270ivyn7.jpg

nanti ambil lagi yg lain ...tuh gambar lama :bgrin:

Sudut yang menarik mok nik.....................Nampak Elkhorn mok nik tuu...sungguh comel.

razifah posted on 23-2-2007 12:29 PM

Reply #21 hamizao's post

cantik design landskap umah hami:$

hamizao posted on 23-2-2007 03:04 PM

Thnx ifah, idea kecil2lan aje!

amamiya5674 posted on 23-2-2007 06:06 PM

Originally posted by hamizao at 23-2-2007 03:04 PM
Thnx ifah, idea kecil2lan aje!

klo la umah saya ado lama luas mcm hami...:'(

tapi mmg cantik landskap umah hami...:loveliness:
Page: [1] 2
View full: Batu hiasan landskap semula jadi