edmundo Publish time 24-6-2008 02:49 PM

Reply #190 Syd's post

Aku rasa mmg kak pah tu ikut modus si khartigesu nih..

Si kartigesu ni plk kononnya pensyarah psikology, sure tak sedikit sbnyk ttg criminal minds dgn cara2 utk elak kna suspek.

Aku prnah knl sorang abg nih...dia study psiokologi dlm suicidal kt university kt US..
Tgk gaya dia pun dh semacam...tp ok la. Mgkn luaran je kot.

Syd Publish time 25-6-2008 10:07 AM

senarai pendakwaan kes paling lama (bunuh-bunuh)

1)Altantuya - 124 hari

2)Mona Fendy & Gang - 69 hari

3)bini ke dua, raja dihilir perak Hasleza Ishak - 41 hari

4)bekas menteri belia & sukan, mokhtar hashim p bunuh datuk taha talib - 75 hari

5)karthigesu bunuh Jean Sinnapa - 34 hari

Syd Publish time 25-6-2008 11:36 AM

kes altantuya;


http://img262.imageshack.us/img262/7255/razakmongoliapm3.jpg

http://img261.imageshack.us/img261/7042/sirulazilahcz4.jpg

Syd Publish time 25-6-2008 11:54 AM

3)bini ke dua, raja dihilir perak Hasleza Ishak - 41 hari


Oleh: NOR ZAINAH NORDIN
http://www.utusan.com.my/pix/2003/0426/utusan_malaysia/muka_hadapan/mh_01_big.jpg
SABARUDIN NON (baju putih) bergari bersama J. Manimaran manakala gambar kanan di hadapan ialah Tengku Aristonsjah Tengku Ansary digari dengan Rahim Ismail berjalan keluar dari Mahkamah Tinggi Taiping semalam selepas keempat-empatnya dihukum penjara 20 tahun kerana didapati bersalah menyebabkan kematian Hasleza Ishak. - Gambar M. NAZUDEEN MAHMUD.

TAIPING 25 April - Empat lelaki masing-masing dijatuhi hukuman penjara maksimum 20 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini setelah mereka didapati bersalah atas tuduhan pindaan menyebabkan kematian tanpa niat membunuh isteri kedua Raja Di-Hilir Perak, Hasleza Ishak.

Tukang kayu, Sabarudin Non, 34, dan nelayan, J. Manimaran, 26, didapati bersalah menyebabkan kematian Hasleza antara pukul 6 petang hingga 11 malam, 6 Oktober tahun lalu, di Kilometer 63, Jalan Sumpitan, Daerah Larut Matang dan Selama.

Seorang bomoh, Rahim Ismail, 47, dan Bentara di Istana Raja Di-Hilir Perak, Tengku Aristonsjah Tengku Ansary, 41, juga dijatuhi hukuman penjara 20 tahun setelah didapati bersalah terhadap tuduhan pindaan menyebabkan kematian tanpa niat terhadap Hasleza.

Mereka didapati melakukan perbuatan itu bersama-sama seorang tertuduh lain, Mat Saad Mat Isa, 50, yang kini menjalani hukuman penjara 14 tahun setelah mengaku bersalah atas tuduhan pindaan di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan.

Hakim Mohamed Noor memerintahkan Sabarudin, Manimaran, Rahim dan Tengku Aristonsjah menjalani hukuman dari tarikh mereka ditangkap.

Sabarudin, Manimaran dan Rahim ditangkap pada 11 Oktober tahun lepas manakala Tengku Aristonsjah ditangkap pada 14 Oktober tahun lepas.

Sebelum ini Rahim dan Tengku Aristonsjah dituduh bersubahat dengan Mat Saad dalam melakukan perbuatan yang membawa kepada kematian Hasleza, 26.

Sabarudin dan Manimaran pula dibicarakan atas tuduhan asal membunuh Hasleza mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibacakan dengan Seksyen 34 kanun yang sama. Jika disabitkan kesalahan ia memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Rahim dan Tengku Aristonsjah pula dituduh bersubahat dengan Mat Saad, Sabarudin dan Manimaran dalam melakukan pembunuhan itu dan dituduh mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan Seksyen 302 kanun yang sama.

Dalam penghakimannya, Hakim Datuk Mohd. Noor Abdullah berkata, pihak pembela telah gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwa sepanjang perbicaraan dan ketika memberi keterangan membela diri.

``Kesimpulan saya ialah percakapan Mat Saad (melalui telefon pada 6 Oktober 2002) adalah benar dan versi Rahim adalah bohong, direka-reka dan telah diubahsuai. Ia tidak munasabah, tak mungkin benar dan tidak menimbulkan keraguan yang munasabah,'' katanya.

Menurutnya, adalah tidak munasabah kerja santau seperti yang dikatakan oleh Rahim dan Tengku Aristonsjah dibincangkan oleh Mat Saad sedangkan pada ketika itu, dia telah menculik Hasleza dan melarikannya dengan kereta yang dipandu oleh Sabarudin.

Katanya, bagaimanapun, berdasarkan keterangan dan bukti yang dikemukakan, mahkamah mendapati tertuduh telah melakukan perbuatan jenayah iaitu menyebabkan kematian Hasleza.

``Sabarudin dan Manimaran, mahkamah dapati kamu bersalah menyebabkan kematian Hasleza mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan, serupa dengan tuduhan pindaan yang ditawarkan kepada Mat Saad. Rahim dan Tengku Aristonsjah, kamu berdua didapati bersalah bersubahat dengan Mat Saad, bukan dengan Sabarudin dan Manimaran dalam melakukan perbuatan ini dan saya sabitkan kesemua kamu dengan tuduhan menyebabkan kematian mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan,'' jelasnya.

Setelah mendengar rayuan untuk meringankan hukuman penjara daripada peguam-peguam tertuduh, Mohd. Noor berkata, beliau perlu bertegas dalam memutuskan hukuman demi mencapai maksud kepentingan awam.

Katanya, selain itu, hukuman yang diputuskan perlu menjadi pengajaran untuk menghindarkan orang lain daripada melakukan kesalahan yang sama.

``Hukuman sukar dibeza-bezakan, kalau menghukum ikut peranan seperti yang dihujahkan oleh peguam, maka ia tidak mencapai keadilan kerana setiap tertuduh menyumbang kepada kematian Hasleza,'' katanya.

Mohd. Noor yang membacakan penghakiman bertulis hampir tiga jam berkata, perbuatan Sabarudin dan Manimaran yang mencampakkan Hasleza dari atas jambatan bersama-sama Mat Saad adalah satu perbuatan yang kejam.

Katanya, tidak kira sama ada pada ketika itu Hasleza masih bernyawa atau telah mati, tidak dapat dinafikan lagi bahawa perbuatan mencampak itu adalah kejam.

``Hati apakah ini yang tidak ada belas kasihan melihat keadaan Hasleza yang terkapai-terkapai setelah ditampar, dicekup dan ditetak? Ini mesti perbuatan kejam,'' tegasnya.

Ketika Mohd. Noor melafazkan hukuman penjara 20 tahun, galeri awam yang penuh sesak dengan ahli keluarga dan saudara mara keempat-empat tertuduh hingar-bingar dengan suara tangisan sehingga polis terpaksa meminta mereka diam.

Sabarudin, Manimaran, Rahim dan Tengku Aristonsjah yang duduk di kandang salah juga dilihat menitiskan air mata apabila mendengar hukuman yang diputuskan terhadapnya.

Isteri Tengku Aristonsjah, Jarina Mat Yusof yang hadir bersama tiga orang anak lelakinya, nampak terkejut dan hiba serta gagal mengawal perasaannya sehingga terpaksa ditenteramkan oleh iparnya yang turut berada dalam mahkamah. Prosiding mahkamah hari ini menarik perhatian orang ramai selain ahli keluarga, saudara mara dan orang kampung tertuduh, menyebabkan galeri awam sesak malah separuh daripadanya terpaksa berdiri sehingga sidang mahkamah selesai.

Menurut fakta, Hasleza telah diculik daripada keretanya di Taman Pinji Perdana, Ipoh pada 6 Oktober tahun lalu dan mayatnya ditemui di bawah jambatan di KM63, Jalan Sumpitan, dekat kawasan air terjun Sungai Ibol, lima hari selepas itu.

Perbicaraan kes bunuh itu yang berlarutan selama 41 hari amat menarik perhatian orang awam; keempat-empat tertuduh dipanggil membela diri setelah mahkamah mendengar keterangan 55 saksi pihak pendakwa dan meneliti lebih 100 bahan bukti.

Pihak pembela telah mengemukakan lapan orang saksi termasuk madu Hasleza iaitu isteri pertama Raja Di-Hilir Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah yang memberi keterangan sebagai saksi memihak anak saudaranya, Tengku Aristonsjah.

Sementara itu, peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah memfailkan serta merta notis rayuan bagi sabitan dan hukuman terhadap anak guamnya, Tengku Aristonsjah ke Mahkamah Rayuan.

Beliau turut memfailkan notis rayuan bagi pihak peguam tertuduh keempat, Gurbachan Singh yang juga merayu terhadap sabitan dan hukuman anak guamnya, Rahim.

Peguam A. Tanasekharan dan N. Ahilan juga akan memfailkan notis rayuan bagi merayu sabitan dan hukuman terhadap Sabarudin dan Manimaran dalam tempoh 14 hari.

Syd Publish time 25-6-2008 12:26 PM

Reply #199 Syd's post

last...last...

2 bebas tuduhan subahat sebab kematian Hasleza

Oleh NOR ZAINAH NORDIN


PUTRAJAYA 17 Ogos

Syd Publish time 30-6-2008 03:54 PM

Bekas pesakit mental bunuh kekasih kekal ke tali gantung
30/06/2008 2:23pm

PUTRAJAYA 30 Jun - Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang bekas pesakit mental atas kesalahan membunuh dan membakar teman wanitanya dalam satu kejadian amuk, lapan tahun lalu.

Adnan Mat Jusoh, 43, didapati bersalah membunuh Mastura Kamarul Jamal ketika itu berusia 28 tahun kira-kira pukul 11.30 malam, 6 Januari 2000 di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Pasir Jelatang, Kubang Kerian, Kelantan.

Laporan perubatan menunjukkan mangsa ketika itu sedang mengandung 10 minggu menemui ajal akibat tikaman menembusi paru-paru dan jantung kiri.

Mayatnya ditemui dalam keadaan terbakar dengan kesan retakan di bahagian kiri dan kanan tempurung kepala, berhampiran tangga pintu rumah tersebut yang dibakar oleh Adnan yang ketika itu dilaporkan sedang mengamuk.

Terdapat keterangan bahawa sebelum kejadian, kedua-duanya yang merupakan pasangan kekasih berbuka puasa bersama sebelum menghisap pil kuda dan heroin.

Panel tiga hakim diketuai oleh Hakim Datuk Tengku Baharudin Shah Tengku Mahmud memutuskan demikian setelah menolak rayuannya secara sebulat suara.

- Utusan

pengimbas Publish time 1-7-2008 03:28 AM

syd,

ada info pasal pembunuh jalil ibrahim

satu lagi pembunuhan mustakizah jaafar

Syd Publish time 2-7-2008 09:27 AM

Pasal Jalil Ibrahim;

http://eforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=235890&highlight=Jalil%2BSyd

Syd Publish time 2-7-2008 09:34 AM

Mustakizah Jaafar;

Berita Hairan, Sabtu 8hb November, 2003

Fail Aktif: Kronologi kes bunuh Mustakizah Jaafar

14 November 1988: Kira-kira jam 9 pagi seorang eksekutif wanita syarikat pengedar video, Mustakizah Jaafar, 35, ditemui mati di hadapan rumahnya dengan beberapa liang luka kesan tetakan di tengkuk, manakala bahu kirinya ditembusi peluru.

15 November 1988: Jam 2.30 pagi, polis peronda menemui sebuah kereta Datsun Sunny berwarna putih bernombor pendaftaran WR 6929 yang disyaki digunakan pembunuh upahan untuk membunuh Mustakizah.

Jam 3 pagi jenazah Mustakizah dibawa pulang ke kampung halamannya di Muar dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bakri pada jam 9.30 pagi.

Ketua Siasatan Jenayah Bandaraya, Penolong Pesuruhjaya Mohd Bakri Omar mengesahkan kematian Mustakizah dilakukan pembunuh upahan. Mangsa disahkan dibunuh menggunakan kapak dan ditembak dari jarak dekat.

17 November 1988: Polis Bandaraya mengumumkan pembunuhan seorang lelaki yang tidak dikenali di Jalan Kelapa, Taman Sri Segambut, Kuala Lumpur, juga dilakukan orang yang sama membunuh Mustakizah Jaafar. Ini berdasarkan cara pembunuhan hampir sama dengan pembunuhan Mustakizah. Mangsa berusia 30-an mati ditembak dan ditetak dengan senjata tajam.

5 Disember 1988: Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Haniff Omar meminta orang ramai yang melihat kejadian itu memberi maklumat bagi membantu rakaman semula kejadian pembunuhan Mustakizah. Dengan cara ini, polis dapat mengesan dan memerangkap pembunuh terbabit.

Syd Publish time 2-7-2008 09:40 AM

Reply #204 Syd's post

in November 1988, there was a high-profile murder of a young woman by the name of Mustakizah Jaafar. 匰he was rumoured to have been pregnant at the time of her death and many believe she was having an affair with a VIP close to the very top echelons of power.

Syd Publish time 2-7-2008 02:39 PM

Balas #193 Syd\ catat

BHANDULANANDA JAYATILAKE
V.
PUBLIC PROSECUTOR
FEDERAL COURT
CRIMINAL APPEAL NO 33 OF 1981

RAJA AZLAN SHAH AG, LP, SALLEH ABAS, J & ABDUL HAMID, FJJ
23 SEPTEMBER 1981

Raja Azlan Shah Ag LP

(delivering the judgment of the Court): The appellant gave false testimony at the murder trial of Karthigesu who was convicted and sentenced to death. That case rested on the appellant's testimony which provided the main link in the largely circumstantial evidence tendered by the prosecution. The conviction and sentence were set aside by this court when the appellant confessed on oath that he had told lies at that murder trial. He was duly charged and convicted of 'giving false evidence with intent to procure Karthigesu's conviction of a capital offence' under section 194 of the Penal Code. That particular offence carries a maximum sentence of 20 years and a fine. The learned judge imposed a sentence of 10 years imprisonment.
It is now said before us that that sentence was wrong; that it was harsh and manifestly excessive. Therefore this court should interfere because every wrong sentence is as much a miscarriage of justice as a wrongful conviction or acquittal.

In our view to give false testimony in a capital case is a very serious thing to do because it can jeopardise the life of the accused. It is for that reason that the Penal Code has provided a separate section to deal with the matter. The learned judge has dealt with it, we think, admirably and incisively in these terms:
"Witnesses giving evidence in court must never underrate the importance of speaking the truth

nizam_syah82 Publish time 8-7-2008 08:42 AM

Originally posted by Syd at 11-7-2007 03:29 PM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
Jejak - Ribut Greg
Oleh Nasron Sira Rahim

PADA mulanya ia hanya desiran angin yang sesekali mengutuskan rasa nyaman di kalangan penduduk beberapa daerah terutama di Keningau, Sabah.

Kemudi ...
dalam mastika kata, malam sebelum ribut greg ni berlaku..ade berlaku pesta maksiat yang giler -giler...anybody boleh confirmkan???

nizam_syah82 Publish time 8-7-2008 08:43 AM

Pembunuhan paling dasyat..ADUN mana ntah..yang buat tu Mona Fendey..kerat 18 ke ape ntah..

Syd Publish time 8-7-2008 11:07 AM

Reply #127 nizam_syah82's post

ada kat awal2 page

Syd Publish time 8-7-2008 11:08 AM

Reply #126 nizam_syah82's post

pesta sambut krismas katanya

tukar2 pasangan bla bla bla

katanya laaaa

joey_mcintrye Publish time 8-7-2008 01:31 PM

Anyone cerita pasal penjenayah Kalimuthu? Aku tingkatan 1 waktu tu

putribatrisya Publish time 8-7-2008 03:31 PM

syd,

memandangkan hang byk info...aku nk minta tolong hang la...
aku nk sgt tau dulu2 ada x thread pasai noritta samsuddin....aku berminat sesangat la nk mengetahui siapakah si noritta ni yg sebenarnya...:loveliness:

Syd Publish time 9-7-2008 09:47 AM

Reply #208 putribatrisya's post

kisah awal norita ada kat page awal rasanya

nanti laa kang aku carik lagi info pasal norita nih

Syd Publish time 9-7-2008 09:47 AM

Reply #207 joey_mcintrye's post

pun ada jugak rasanya kat page depan

pun try gak carik citer lain pasal dia

Syd Publish time 9-7-2008 02:23 PM

Balas #208 putribatrisya\ catat

http://syahrilkadir.files.wordpress.com/2007/12/mh_01_big.jpg

Model dirogol, dibunuh
Pages: 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 [17] 18 19 20 21 22 23 24 25 26
View full version: Kisah-kisah pembunuhan & tragedi yang menggemparkan Malaysia


ADVERTISEMENT