polaris_girlz posted on 16-2-2007 10:19 AM

Kesan makan JAMU

Aku nak tanya korang...dari sudut kesihatan...
Apa kesan mgamalkan makan Jamu ni...? ada kesan negatif ker?
Sbb ada yg kata Jamu ni leh myebabkan seseorg tu cepat monopos @ dpt kanser rahim...

bubpallo posted on 16-2-2007 10:26 AM

Originally posted by polaris_girlz at 16-2-2007 10:19 AM
Aku nak tanya korang...dari sudut kesihatan...
Apa kesan mgamalkan makan Jamu ni...? ada kesan negatif ker?
Sbb ada yg kata Jamu ni leh myebabkan seseorg tu cepat monopos @ dpt kanser rahim...


jamu yg betul2 mayb ok kot...kalu yg campur ngan chemical tu sure sakit nyer.....

audioslavefan posted on 16-2-2007 10:27 AM

Reply #1 polaris_girlz's post

aku rasa jamu ni ikot keserasian/kesesuaian badan individu.. result might differ.. tulah payah.. senang2 bawak jamu tu ke doktor.. dan tanya

fatinkhadija posted on 22-2-2007 03:50 PM

Saya memang makan jamu sejak dari anak dara lagi.. so far ok la .. kalu tak makan rasa badan berat jer. :loveliness:

azaleena posted on 22-2-2007 06:35 PM

i tak leh makan jamu .. terlampau panas ...

sama gak dgn minyak ikan .. terlampau panas ..

kacang^soya posted on 22-2-2007 09:10 PM

Jamu not so good la...mgkn tak brp sesuai ngn org mesia kot org indon lain la gaknya depa keja keras...banting tulang bagai..tak tau la aku...

Kawan aku dari anak dara makan jamu skang dah kawen kulit kering, badan cepat berbau bila dah tak makan...bila makan mmg power...bila tggl jap...haru .... badan naik macam kena pump....so dia kena menten makan...tapi masalah dia kompelin kulit dia kering....dia makan jamu kat pasar malam tu yg banyak brand2 indon tu....and xxx pun cam kering gaks...dan susah nak peknen....tgk jamu la kot...aku rasa yg establish ok la....kita elok la makan jamu buatan mesia macam nona roguy ker....pak tani ker....bleh tau ingredient dia selamat ke tak  dpd jamu semberono tuh...mana kita tau cara dia wat camana....

[ Last edited by  kacang^soya at 22-2-2007 09:11 PM ]

suhaila1974 posted on 22-2-2007 09:38 PM

Kalau makan jamu, badan naik... tu kena pastikan betul-betul. Ditakuti ia mengandungi steroid.... Pastikan berdaftar dengan KKM...

sayang_papa posted on 25-2-2007 12:02 PM

sejak dapat anak first, sampai sekarang tak leh berenti jamu.

Jamu i ni ambik dari mak bidan.i rasa yg bagusnya jamu terhadap diri i:

1. rasa bertenaga
2. kesihatan dalaman perempuan sangat baik. hubby kata macam sebelum dapat anak:$ .
3. senggugut kurang sangat2.... the first & second day period banyak sangat, lepas tu ok. ... kalau period memang i
makan jamu. kalau tak, terlentang sebab angin.
4. Badan i berangin, jadi bila pakai jamu, proses membuang angin ni no problem. tak de rasa sebu perut, pening kepala..etc..
5. I punya proses membuang najis jadi teratur.

yg tak bagus:
1. kulit jari kering- so, i pakai krim -selalu kena pakai, kalau tak memang nipis sangat kulit jari

sayang_papa posted on 25-2-2007 12:08 PM

satu lagi,  mesti banyak minum air kalau makan jamu. kalau tak, senang sakit tekak, pening,

kulit tersangat kering. Bagi i la, jamu memang sangat sesuai ngan i.

Cuma kena pandai cari jamu yg sesuai kot... i bidan kampung yg buat.
bukan komersial punya. my friend takut nak makan sebab dia kata tak ada kelulusan KKM.
depends, bagi i bidan ni umur dia dah 70++.. ubat dia pun dah ramai org makan.

ikut fikiran sendiri kot. i pernah try yg dia orang komersialkan, ntah le..
mahal je lebih..bagi i la...

azsagi posted on 28-2-2007 04:13 PM

Mudarat minuman ekstrak akar, daun
Oleh Mary Victoria Dass
maryvictoria@hmetro.com.my

JOHOR BAHRU: Habuk tumbuhan seperti akar dan daun yang dijadikan pelaris sesuatu minuman kesihatan, mahupun dicampur ke dalam kopi atau teh, dikenal pasti boleh memudaratkan kesihatan pengguna termasuk menyumbang kepada penyakit buah pinggang.


Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Negeri, Ahmad Zahri Jamil, berkata amalan pengambilan minuman kesihatan kini menjadi rutin pelbagai lapisan masyarakat zaman moden.

Beliau berkata, amalan itu mendorong ratusan produk minuman kesihatan baru buatan tempatan mahupun diimport dijual di pasaran bagi menampung permintaan pelanggan.

Bagaimanapun, katanya, walaupun budaya pengambilan minuman itu bertujuan meningkatkan tahap kesihatan, ramai tidak menyedari ia turut menyumbang penyakit kronik seperti buah pinggang kebelakangan ini.

Menurutnya, tahap keselamatan pengambilan sesuatu minuman yang mempunyai ekstrak tumbuh-tumbuhan bergantung kepada kaedah pemprosesannya.

“Memang kita akui, akar serta daun tumbuhan herba berkesan untuk mengubati pelbagai penyakit, tetapi mengikut amalan nenek moyang kita dulu, ramuan akar atau daun itu direbus dan hanya airnya diminum.

“Tetapi apa yang berlaku sekarang akar kayu itu dihancurkan sehingga menjadi tepung dan dicampur pula dengan kopi atau teh, kemudian kita minum dengan habuk akar itu sekali.

“Bayangkan apa yang berlaku apabila organ dalaman badan sentiasa terdedah dengan habuk minuman kesihatan itu setiap hari,

miehensem posted on 5-3-2007 02:11 AM

jamu ni bergantung jugak

bukan semua jamu tu bawak kesan negatif pada tubuh..

wife aku pun telan jamu drpd anak dara smpai skang la.. maintain je.. kulit elok ( tak kering ) .. bertenaga.. sengugut pun takde.. badan pun sempoi ( chubby2 sikit ) .. haid pun teratur..

so far okey lah.. cuma aku nak nasihatkan korang.. jangan la telan jamu ntah  hapa2 yg juai kat pasar malam tu.. apa2 pun cari jamu yg ada kelulusan KKM..

tu lebih pasti elok drpd jamu2 yg tak ketahuuan punca..

:lol:

nuha posted on 5-3-2007 02:36 AM

OK jer takda masalah makan jamu nie
kebetulan makcik buat sendiri
so far tau lah apa isi kandungannya
makan jamu nie sejak umur 13 tahun
korang bayangkan more than 10 years makan jamu :P

salimrock posted on 5-3-2007 11:37 AM

ada org cakap makan jamu selalu buleh kena darah tinggi , pasal jamu ni bersifat panas.....betul ke?

ctsueraya posted on 6-3-2007 10:52 AM

baru nak try makan jamu..
sesaper yg memang ratu jamu tue mehlah kongsi tips
please...
sumbangan nada amat dialu alukan:loveliness:

mix_chinese posted on 6-3-2007 01:07 PM

ye la. takde itam putih pasal jamu nie. liz pernah few times beli tapi tak leh jalan. sbb badan tumbuh ruam. panas sgt. Dan tekak sakit pula.


kawan liz rekomen JMD .. ingat nak beli. Tapi hubby kata hold dulu sbb liz under treatment dgn Dr.

kupay posted on 7-3-2007 10:21 PM

Reply #14 ctsueraya's post

klu nak try...pilih elok2...takut klu tersilap boleh efek...baca n teliti dulu...klu nak tau by personal pm la.hehehhe

picme posted on 8-3-2007 09:21 AM

artikel nih saya dapat dari harian metro...

Pengambilan jamu dorong kanser rahim

SOALAN



SAYA berusia 22 tahun dan belum mendirikan rumah tangga. Saya sering mengalami sakit lutut menyebabkan tidak boleh berdiri lama.

Saya kerap rasa sejuk hingga terpaksa mandi air panas. Bagi menghilangkan kesakitan ini, saya mengambil jamu dan minum air halia bercampur madu.

Selepas mengambil jamu, saya tidak rasa sakit lagi. Perkara yang menggusarkan saya biasanya produk seumpama itu tiada pengesahan Kementerian Kesihatan.

Rakan saya juga tidak menyokong pengambilan jamu kerana ia akan menjadikan seorang wanita itu mandul serta menjadi punca barah. Apakah nasihat doktor mengenai perkara ini?

RUBIYAH,
Selangor.

Jawapan

PENGAMBILAN ubat atau produk kesihatan seeloknya dibuat atas nasihat doktor terlebih dahulu. Ubat-ubatan moden pun tidak digalakkan diambil secara berterusan jika tidak perlu, memadailah diambil secara sederhana mengikut keperluan sahaja.

Kajian mendapati pengambilan jamu dikaitkan dengan peningkatan kes kanser rahim (kanser endometrium). Kajian berkenaan menjelaskan jamu mengandungi hormon yang merangsang pembahagian sel endometrium di luar kawalan sehingga menyebabkan kanser.

garlicOil posted on 8-3-2007 10:54 AM

garlic zaman anak dara dulu mcm2 jamu telan...tp one day tetiba kena bengkak cantik, sakitnyaa...terus mak suruh stop. pastu try pulak telan minuman kesihatan ekstrak herba2 utk wanita tu, bila kawen lambat pulak nak peknen. so, tak serasi kot dgn garlic.

tp, sejak brsalin, badan jd haywire...ade tak jamu yg sesuai utk ibu2 yg breastfeed?

gam_gajah posted on 9-3-2007 11:27 AM

saya mmg takleh mkn jamu. minum la air byk mana pun, bibir & kulit tetap kering walau letak vaselin, losyen bagai

mix_chinese posted on 9-3-2007 12:08 PM

maybe kita boleh ubah cara penjagaan kesihatan selain memakan jamu.. gantikan dgn sayur sayuran dan buah2an. serta minum air mineral ..
(betul ke ni? ) :o

sitizaharahmk posted on 9-3-2007 05:34 PM

kalau kita tak makan jamu, apa pula produk atau makanan yg boleh
menggantikan kebaikan jamu ni??

yang MK tahu, bila dah berumahtangga, kena lah makan jamu...
kalau tak, tak power pulak dlm hubungan suami isteri tu...

MsAjai posted on 9-3-2007 09:23 PM

Reply #21 sitizaharahmk's post

saya dh mkn jamu selama 6 bulan...jamu "dara semula"..beli online.....ader sesapa penah cuba?
mengikut testimonial dlm website..jamu ni bagus bg wanita lepas bersalin...even anak dara pun blh makan utk betul kan mslh period...
personal experience...saya rasa ok...

mata_bulat posted on 10-3-2007 05:49 PM

tak makan pun biasa mcm herba je.

ctsueraya posted on 11-3-2007 06:02 PM

baru start makan
rasa punyalah tak sedap wlpun i suka bau rempah ratus nya
papepun terpaksalah makan
hopefullu bleh lancarkan perjalanan darah
mula2 makan demam 2 hari
skunk dh ok
dr segi kekeringan tak terasa sangat cos mmg banyak minum air
hopefully berkesanler:D

tulip.purple posted on 16-3-2007 02:23 PM

my aunts pun pesan jgn makan jamu..
nnt badan panas n susah nak peknen..

tp i makan je..
baru dlm 3 bln try
so far tak rasa perbezaan pun..
sama ada positif atau pun negatif..

haha maybe sbb tak btul2 disiplin kot
Page: [1] 2
View full: Kesan makan JAMU