sayna posted on 9-2-2007 04:10 PM

Isteri dan Penceraian

Saja nak bertanya... setakat ini saya tiada masalah denga suami.... tapi sekadar nak tau.. kalu misalnya seorg wanita ingin bercerai dgn suami dia... apa yang harus dia buat... apa benda yang tak patut dia buat... dalam situasi mcm mana dia boleh bercerai...

Saya tengok lelaki sungguh senang nak cerai/kahwin lagi... perempuan sungguh payah... dlm apa keaadaan pun.. biasanya perempuan ajer yang salah... memang saya tau.. lelaki ada hak untuk mencerai isteri.. tapi dimanakah hak sebagai isteri...  

Kalu misalnya dah nak berceraikan... kan diadakan kaunseling kan org pejabat agama islam.. dari yang saya dengar... org dari pejabat agama akan selalu menyalahkan si isteri.. apa kah hak isteri ni dari segi undang2...

[ Last edited by  fairy_hobbit at 14-2-2007 11:37 PM ]

fairy_hobbit posted on 9-2-2007 10:13 PM

harap those in the know abt the above situation bantu :)

uzisyaziha posted on 11-2-2007 10:56 AM

Reply #1 sayna's post

Originally posted by sayna
Kalu misalnya dah nak berceraikan... kan diadakan kaunseling kan org pejabat agama islam.. dari yang saya dengar... org dari pejabat agama akan selalu menyalahkan si isteri.. apa kah hak isteri ni dari segi undang2...


Allah itu maha besar dan maha kaya... so... back to the basic...

Perceraian yang buleh dituntut dalam Islam:

1. Persetujuan bersama - kalau dua2 nak bercerai...

2. Fasakh - Hak isteri menuntut cerai. Terdapat beberapa syarat yang membulehkan isteri menuntut cerai... antaranya ialah suami mati pucuk... suami dipenjarakan... suami giler... suami berpoligami tetapi berlaku tidak adil... suami tidak beri nafkah...suami memaksa isteri melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran agama islam... dan banyak lagi...

3. Taklik - masa selesai nikah... suami ada bertaklik bahawa kalau suami tidak beri nafkah zahir dan batin selama beberapa tempoh... maka... isteri buleh menuntut cerai... gunakan alasan itu kalau suami tidak mampu beri nafkah zahir dan batin dan dalam masa yang sama tak nak lepaskan isteri...

4. Khuluq - tebus talak... iaitu isteri beri sejumlah wang yang dipersetujui oleh suami untuk melepaskan diri dari ikatan perkahwinan... ada pendapat yang mangatakan bahawa jumlah tersebut mestilah tidak lebih daripada jumlah mas kahwin... tapi ada gak kes yang mana isteri beri 50k sebagai syarat suapaya suami lepaskan isteri...

apa yang saya terangkan di atas bukanlah bertujuan untuk galakkan kaum wanita ni tuntut cerai daripada suami masing2... tetapi saya harap agar semua wanita tahun dan faham tentang hak2 mereka di dalam perkahwinan...

tentang sikap pegawai kat pej agama tu sendiri... ntahlah... memang ada isteri yang tak puas hati dengan sikap depa... tapi rasanya sekarang ni dah ok kot... anggap sahaja depa nak membantu kita... iyalah... depa pun tak nak lihat masjid runtuh sesuka hati kan...

harap ianya dapat membantu...

[ Last edited by  uzisyaziha at 11-2-2007 11:09 AM ]

elbecks posted on 12-2-2007 12:24 PM

cerita pasal kaunseling, memang leceh.. especially kalau suami/isteri tak nak dtg.. pengadu je yg dtg.

itu belum masuk lagi bab penjagaan anak.kalau cerai dua2 setuju senang sikit, tapi kalau sebelah pihak je susah,,, sbb ustaz/ah kaunseling tu akan panggil kaunseling beberapa kali konon2 mana tahu boleh berbaikkan pasangan suami isteri.

dah ada report kaunseling ni baru mahkamah syariah boleh take action , itu pun kalau nak tetapkan tarikh, hantar saman lagi semua ambik masa...

senang cerita memang leceh

sayna posted on 12-2-2007 12:47 PM

Originally posted by uzisyaziha at 11-2-2007 10:56 AM


...
3. Taklik - masa selesai nikah... suami ada bertaklik bahawa kalau suami tidak beri nafkah zahir dan batin selama beberapa tempoh... maka... isteri buleh menuntut cerai... gunakan alasan itu kalau suami tidak mampu beri nafkah zahir dan batin dan dalam masa yang sama tak nak lepaskan isteri...
...

If si suami bagi nafkah zahir tapi kurang mencukupi... tak bagi nafkah batin kerana dia dah ada isteri kedua... boleh jadi alasan untuk cerai tak... mcm mana nak bukti kan suami tak bagi nafkah batin...

Nak tanya pasal larangan... betul ker isteri tak boleh lari dari rumah pasal tak tahan dgn suami... sama ada bawa anak2 atau pun tinggal kan... atas alasan aper tak boleh lari rumah.. dan aper lagi larangan tak boleh buat....

uzisyaziha posted on 12-2-2007 03:08 PM

Reply #5 sayna's post

kalau suami tak bagi nafkah samada zahir atau batin... isteri memang buleh tuntut cerai dengan alasan suami tak beri nafkah contohnya nafkah batin selama sekian... sekian... sekian... ada tempoh masa yang telah ditetapkan... cuba tengok balik surat nikah... kat belakang tu ada ditulis lafaz taklik oleh suami... kalau tak nak guna taklik... gunakan fasakh... tapi tak pasti tempoh masanya... tak ingatlah... nak tahu lebih lanjut... cuba call SIS ataupun AWAM... tak pun BBG... cakap nak tahu tentang hak isteri tentang perceraian dalam Islam... kalau saya nak tulis kat sini pun... panjang lebar karang... plak tu kena bukak semula kitab yang dah lama ditinggalkan... tak pun... cuba taip cerai fasakh kat google... sure banyak maklumat yang dapat...

tentang larangan meninggalkan rumah plak... seorang isteri dianggap nusyuz sekiranya ingkar dengan perintah suami... contohnya kalau suami tak kasi kuar rumah... tapi isteri lari gak... itu memang akan dikira nusyuz... macam mana nak buktikan isteri nusyuz? suami kena bawak kes ke mahkamah dan bila mahkamah dapat buktikan isteri nusyuz... maka... hak jagaan anak akan mudah diperolehi oleh suami...

walaubagaimanapun... nusyuz tu tengok pada tempat gak... contohnya kalau isteri tu didera atau tak tahan dengan sikap suami... maka... isteri buleh kuar daripada rumah... asalkan masa kuar tu...buat laporan polis dan cakap yang isteri kuar daripada rumah sebab tak tahan dengan sikap suami yang kaki pukul. Sila berikan alasan yang munasabah... Polis report tu memang penting sekali...

DARSITA posted on 17-2-2007 06:22 AM

Originally posted by sayna at 2/9/07 00:10
Saja nak bertanya... setakat ini saya tiada masalah denga suami.... tapi sekadar nak tau.. kalu misalnya seorg wanita ingin bercerai dgn suami dia... apa yang harus dia buat... apa benda yang tak ...

Suami Puan hendak ceraikan Puan ke tidak? Kalau dia nak cerai tak ada prob lah kan register sahaja dkt pejabt ugama .. Kalau dia tak nak ceraikan, mula mula sekali report dkt pejabat ugama. Jangan pergi seorang diri nanti kena buli (diperlekehkan). Pergi dgn ayah atau abang. Ckplah apa yang Puan tidak puas hati. Bila dia orang set date utk kaunseling suruh suami puan datang sekali.

Hak penjagaan anak pulak - tunjukkan yang suami puan ini tak bayar makan minum anak, pakaian dll. Kalau dia spend most of his time dkt rumah isteri muda, ini pun boleh diberikan kpd Makamah.

eidajj1 posted on 19-2-2007 01:46 PM

i dah failkn di Mahk. Syariah....cerai fasakh....sbb hb pukul saya (ada polis report & report perubatan), dia ada affairs & tak pernah bagi nafkah zahir selama kita kahwin.

Tapi masalahnya, lawyer suruh i cari saksi....masa i kena pukul....

Masa kejadian....ada lah beberapa orang dari keluarga nya....dan i dah approach salah seorang....tapi malang nya...tiada orang sanggup jadi saksi i....sbb masing2 takut bermasam muka di kemudian hari dan masing2 adalah saudara-mara.....

so apa kah yg boleh saya buat......adalah masih boleh saya menang dalam kes ini....

sayna posted on 21-2-2007 10:10 AM

Originally posted by DARSITA at 17-2-2007 06:22 AM


Suami Puan hendak ceraikan Puan ke tidak? Kalau dia nak cerai tak ada prob lah kan register sahaja dkt pejabt ugama .. Kalau dia tak nak ceraikan, mula mula sekali report dkt pejabat ugama. J ...

hehheh... saya tak ada masalah dgn suami dan suami pun tak ada masalah... ni masalah org lain yang crite kat saya... saya tak tau aper nak respon.. so saya tanya kat sini... dari respon tuan/puan... saya inform balik dkat source saya....

Dilto posted on 22-2-2007 12:16 PM

Teringat kes my friend nak bercerai last year....3 4 kali naik kaunseling kat jln othman nun mmg tension siut sbb dah le kaunselor tu muda pahtu kata2 mcm ada double meaning yang my friend ni yang salah...

tapi kes cerai dia kejap je...sbb husband had no objection...

tapi kejadian yang tak dapat dilupakan lepas dia attend hearing for perceraian tu dia dpt col dr 'somebody' dr mahkamah syariah..Hairan gak dia mana pernah bg no phone kat sapa2 kat mahkamah tu..Rope2nya Tuan hakim da yang col...;P ;P .My friend ni mmg cun....Janda berhias la katakan:lol:

eidajj1 posted on 23-2-2007 01:17 PM

LAW IN COURT SYARIAH

ASS'KUM

i ingin tahu the "basic" undang2 in court syariah.....

1)Wht my right in tuntut cerai ?
2) prosess of tuntut cerai?
3) precedure ....
4) saksi
5) dll

fairy_hobbit posted on 23-2-2007 05:56 PM

jap.. tunggu pakar2 syariah post reply yer... :loveliness:

Arwen posted on 24-2-2007 01:24 AM

ini arwen copy dari thread arwen kat family discussion..year ago..

penjelasan dari seorang forumer iaitu anwar66 mengenai proses perceraian...
harap2 boleh membantu...

Proses perceraian berlaku di MS bukan di Pejabat Agama..apabila difailkan permohonan cerai, tiada lagi sesi kaunseling.Kaunseling hanya diadakan jika pihak2 merujuk masalah mereka di Pejabat Agama.Proses perceraian bermula di Mahkamah dimana apabila borang cerai diisi(contoh disini S 47-cerai biasa/lafaz) pegawai kaunter akan masukan dalam sistem(e-syariah) Kes tersebut mesti disebut dalam tempoh 21 hari dari tarikh daftar.Biasanya pada tarikh/hari permohonan difailkan,pemohon akan dapat tarikh sebutan kes. Saman akan dikeluarkan kepada pihak yang satu lagi.

stage 2..jika lawyer dah ada/atau tiada(jika pandai goreng takyah buang duit sewa loyer..tapi kene tahulah sikit proviso yang ada../...jika ada lawyer sudah tentu satu penyataan pembelaan difailakan ..maka Hakim dah tahu arah mana bicara ni nanti../dalam kontek prosiding cerai lafaz ni..jika salah satu enggan bercerai..maka rujukan terus pada S 47 (5)..perlantikan jawatankuasa pendamai..JKP ni dipengerusikan oleh  Peg di Jab Agama ,ahlinya wakil pihak lelak/wkil pihak perempuan.Lawyer tidak dibenarkan campurtgn dalam hal ini.JKP akan mencari sebab dan segala punca masalah perceraian..terpulang pd pengerusi bape kali nak berjumpa...setelah selesai satu perakua dibuat dan dihantar pada Hakim..perakuan berbunyi...pasangan ini wajar bercerai.@ pasangan ini ada harapan/boleh/telah berbaik semual/dapat didamaikan.Jika wajar bercerai...Hakim akan nasihatkan Si suami lafazkan satu talak.suami pun lafazkan talak maka.berakhairlah hubungan keduanya disana........(kes diatas jika suami yg failkan cera/dan isteri enggan berceraii).Banyak juga suami amik jln mudah..kasi cerai.balik busut.ke belakang tiang ke..tepi longkang..ke.laki yg spesis seperti ini mmg ramai..kat luar sana..dia ingat..bila akad je otomotik isteri jdi hamba..jik berlaku sedemikian..lain sikit jln penyelesaian.

Jika keduanya setuju cerai..senang cite..hari mention tu pun boleh settle...sebaliknya jika suami pulak enggan dan isteri yg mohon..haa yg ni agak berat dan panjang cite...sekalipun setelah JKP bagi perakuan wajar cerai /suami tetap enggan..maka proses Hakam pun bermula...Hakam ni tiada pengerusi..malah Hakim tu sendiri yg jalankan peranan..pihak2 kena lantik wakil(sebolehnya yang rapat dgn pihak2 dan lebih berpengetahuan ttg agama dan U2).Hakam mestilah diberi kuasa penuh oleh prinsipalnya didepan Hakim dalam Mahkamah.Hakam ni akan menemui suami dan isteri secara berasingan dan mencari punca masalah...setelah itu kedua hakam(tanpa kehadiran pihak2) akan berunding menentukan samada wajar cerai atau tidak...jika wajar..hakam lelaki akan melafazkan cerai keatasa wanita itu dalam mahkamah dihdapan Hakim.harap boleh faham setakat ni>

honeyling posted on 25-2-2007 09:28 AM

kalau ur husband taknak ceraikan u, mmg sgt2 bermasalah untuk mintak cerai...kena bawak masuk court, buktikan macam2, baru leh cerai..

tapi bukan leh terus masuk court..cam u tulis tu..mula2 kena sessi kauseling...mmg la pompuan disalahkan kalau ur hubby cerita yg baik2 pesal dia sb mmg salah isteri meminta cerai dari suami...

kesimpualannya..kalau nak bawak ke pejabat agama, sgt2 susah pompuan nak mintak cerai...lebih baik u bincang dgn ur hubby, mintak dia ceraikan u...kalau dua agree, baru la urusan di pejabat agama senang..

bayi posted on 29-4-2007 10:30 AM

maaf saya mencelah...

Camne pulak kalau dah beli rumah atas nama isteri... tapi suami byr 50% dan isteri byr 50 % pinjaman rumah tersebut sama ada pinjaman bank @ kerajaan... siaipa dapat harta tu.... suami ada hak ke ?

minta yg arif tentang undang-undang bagi komen sikit..

rurouni_khairul posted on 30-4-2007 09:25 AM

Reply #15 bayi's post

Kalau tak silap aku itu akan dikire sebagai harta sepencarian..akan bahagian sama rata...tapi entah laa..aku bukan pakar dalam syariah atau civil family law...harap yang pakar-pakar di sini bole jawab. :D

rurouni_khairul posted on 30-4-2007 09:26 AM

Originally posted by Dilto at 22-2-2007 12:16 PM
tapi kejadian yang tak dapat dilupakan lepas dia attend hearing for perceraian tu dia dpt col dr 'somebody' dr mahkamah syariah..Hairan gak dia mana pernah bg no phone kat sapa2 kat mahkamah tu..Rope2nya Tuan hakim da yang col...;P ;P .My friend ni mmg cun....Janda berhias la katakan:lol:

:off: Agak menggatal jugak hakim mahkamah syariah nie ek? :P

Kawan ko tuh baru ajer bercerai, si hakim tuh la dah nak approach...gelojoh betul la orang tua tuh...sabar2 la sket kalau dah naik miang pun...:lol:

sayna posted on 30-4-2007 10:51 AM

Saja nak tanya???... If suami beli rumah sebelum kahwin.. tapi lepas kahwin masih bayar bulan2... ada kah boleh dijadikan harta sepencarian juga???

elbecks posted on 2-5-2007 10:14 AM

Reply #18 sayna's post

setahu aku harta sepencarian tu -: apa -apa harta yang didapati masa dalam perkahwinan atau dikembangkan dalam masa perkahwinan... so dalam kes ko ni aku raa itu bukan harta sepencarian...

elbecks posted on 2-5-2007 10:25 AM

Reply #8 eidajj1's post

normally medical record dah cukup.. tapi kalau saksi tak mo jadi saksi mahkamah boleh keluarkan waran...samaada laporan polis dan medical report tu mahkamah akan ambil kira atau tidak bergantung pada bila u buat report,kesan kecederaan dll...

sbb tu its very important pada mrk yg hadapi keganasan rumahtangga utk buat laporan polis secepat yg boleh...

anywhere u boleh buat tebus talak... bagi la alasan dah menyampah sangat ke atau apa disamping sbb kene pukul nih

Airis posted on 4-5-2007 06:02 PM

Originally posted by elbecks at 2-5-2007 10:14 AM
setahu aku harta sepencarian tu -: apa -apa harta yang didapati masa dalam perkahwinan atau dikembangkan dalam masa perkahwinan... so dalam kes ko ni aku raa itu bukan harta sepencarian...

betul kata elbecks, harta sepencarian tu harta yg di beli masa dlm perkahwinan.. kalau yg di beli sebelum tu tak kira.. tu hak org yg beli sebelum dia kawin..

nazurah posted on 4-5-2007 08:38 PM

Originally posted by eidajj1 at 19-2-2007 01:46 PM
i dah failkn di Mahk. Syariah....cerai fasakh....sbb hb pukul saya (ada polis report & report perubatan), dia ada affairs & tak pernah bagi nafkah zahir selama kita kahwin.

Tapi masala ...

eida,

kes cerai paling senang settle ialah bila kedua2 pihak bersetuju untuk bercerai dengan cara baik. silap2...lepas sesi kaunseling 2-3 kali pastu trus masuk court, dan kalau time tu u tgh suci...hari tu jugak bleh lafaz talak. jimat duit, takyah bayar loyer ribu riban!


dlm kes u ni...u carilah saksi antara org yang u percayai...mcm teman pejabat ke, kawan rapat ke...jiran ke... insya Allah pasti ada sudi yang membantu. hubby u mmg takmo ceraikan u ke?

nazurah posted on 4-5-2007 08:56 PM

ini kisah ex classmate aku... dia tak kerja, dalam usia akhir 20an...percaya atau tidak, dia ada anak 6 org! aku nak share dengan korang...semoga jadi panduan dalam hidup...

ida dan hubby bercinta sejak zaman skola lagi. pernah lari dari rumah bila both parents takmo kawinkan dorg. tp bosan sik lari dari rumah jek...suka tak suka mak bapak dorg kawinkan gak. berkahwin dalam usia muda, mereka dikurniakan anak yg agak ramai. sungguhpun sudah beranak 6, ida masih cantik dan kelihatan seperti remaja 20 tahun.

bila ada anak 3, hubby ida ni mula main kayu tiga...ida pulak tgh boyot anak no4. kaki tangan hubby ni mula lah singgah kat badan ida. kalo dulu mak tak kasi kawin...ajak ida lari. tp bila anak dah nak masuk 4...kaki tangan dia naik atas badan ida.

hubby dia...keje tiap hari. weekend, public holiday pun keje... pelik, keje tiap hari tapi sumer tak cukup. bila anak masuk 5, hubby ida ni mula buka mulut nak kahwin lagi satu... ida masih sabar lagi. kesian, ida anak yatim...harapkan pakcik, pakcik sibuk... bapak ngn mak mertua plak tak suka dia. dia takde tempat mengadu...selain drpd mak aku...

recently ida mengadu pada mak aku...dia kata hubby dia suruh dia keluar dr rumah tu. hubby dia nk kawin lain tp suruh ida keluar (dalam erti kata lain...dia nk ceraikan ida)

untuk perempuan yang tak berkelulusan macam ida, manalah dia nak pergi. dahlah tak kerja...anak 6 org. yg hubby ni plak jenis JANTAN TAKDE HOTAK... kalau aku...aku tak suka depa cerai...sbb anak ramai, semua perempuan pulak tu. tp...apalah sgt yg ida bleh buat...coz talak itu hak suami.

apa pendapat korang??

elbecks posted on 7-5-2007 10:30 AM

kalau laki dia nak ceraikan kawan ko tu aku rasa bagus jugak daripada kawan ko tu terus duduk ngan laki takde akal tu...ala ramai je ibu tunggal yg takde pelajaran boleh besarkan anak walaupun tak de sijil...

aku rasa laki mcm ni kalau kawan ko tunggu pun takde faedahnya lagi2 dia nak kahwin lagi... esok2 tau2 gantung tak bertali je.

10S10L posted on 7-5-2007 10:42 PM

Originally posted by sayna at 9-2-2007 04:10 PM
Saja nak bertanya... setakat ini saya tiada masalah denga suami....
tapi sekadar nak tau.. kalu misalnya seorg wanita ingin bercerai dgn suami dia...
apa yang harus dia buat... apa benda yang tak ...


I tak ader pgamlaman lagi, so tak dpt nak cerita
maap yee




i edited ur siggy.. tak sesuai untuk board ni


http://forum.cari.com.my/images/common/sigline.gif

[ Last edited by  fairy_hobbit at 8-5-2007 02:55 AM ]
Page: [1] 2
View full: Isteri dan Penceraian