Airis Publish time 4-5-2007 06:02 PM

Originally posted by elbecks at 2-5-2007 10:14 AM
setahu aku harta sepencarian tu -: apa -apa harta yang didapati masa dalam perkahwinan atau dikembangkan dalam masa perkahwinan... so dalam kes ko ni aku raa itu bukan harta sepencarian...

betul kata elbecks, harta sepencarian tu harta yg di beli masa dlm perkahwinan.. kalau yg di beli sebelum tu tak kira.. tu hak org yg beli sebelum dia kawin..

nazurah Publish time 4-5-2007 08:38 PM

Originally posted by eidajj1 at 19-2-2007 01:46 PM
i dah failkn di Mahk. Syariah....cerai fasakh....sbb hb pukul saya (ada polis report & report perubatan), dia ada affairs & tak pernah bagi nafkah zahir selama kita kahwin.

Tapi masala ...

eida,

kes cerai paling senang settle ialah bila kedua2 pihak bersetuju untuk bercerai dengan cara baik. silap2...lepas sesi kaunseling 2-3 kali pastu trus masuk court, dan kalau time tu u tgh suci...hari tu jugak bleh lafaz talak. jimat duit, takyah bayar loyer ribu riban!


dlm kes u ni...u carilah saksi antara org yang u percayai...mcm teman pejabat ke, kawan rapat ke...jiran ke... insya Allah pasti ada sudi yang membantu. hubby u mmg takmo ceraikan u ke?

nazurah Publish time 4-5-2007 08:56 PM

ini kisah ex classmate aku... dia tak kerja, dalam usia akhir 20an...percaya atau tidak, dia ada anak 6 org! aku nak share dengan korang...semoga jadi panduan dalam hidup...

ida dan hubby bercinta sejak zaman skola lagi. pernah lari dari rumah bila both parents takmo kawinkan dorg. tp bosan sik lari dari rumah jek...suka tak suka mak bapak dorg kawinkan gak. berkahwin dalam usia muda, mereka dikurniakan anak yg agak ramai. sungguhpun sudah beranak 6, ida masih cantik dan kelihatan seperti remaja 20 tahun.

bila ada anak 3, hubby ida ni mula main kayu tiga...ida pulak tgh boyot anak no4. kaki tangan hubby ni mula lah singgah kat badan ida. kalo dulu mak tak kasi kawin...ajak ida lari. tp bila anak dah nak masuk 4...kaki tangan dia naik atas badan ida.

hubby dia...keje tiap hari. weekend, public holiday pun keje... pelik, keje tiap hari tapi sumer tak cukup. bila anak masuk 5, hubby ida ni mula buka mulut nak kahwin lagi satu... ida masih sabar lagi. kesian, ida anak yatim...harapkan pakcik, pakcik sibuk... bapak ngn mak mertua plak tak suka dia. dia takde tempat mengadu...selain drpd mak aku...

recently ida mengadu pada mak aku...dia kata hubby dia suruh dia keluar dr rumah tu. hubby dia nk kawin lain tp suruh ida keluar (dalam erti kata lain...dia nk ceraikan ida)

untuk perempuan yang tak berkelulusan macam ida, manalah dia nak pergi. dahlah tak kerja...anak 6 org. yg hubby ni plak jenis JANTAN TAKDE HOTAK... kalau aku...aku tak suka depa cerai...sbb anak ramai, semua perempuan pulak tu. tp...apalah sgt yg ida bleh buat...coz talak itu hak suami.

apa pendapat korang??

elbecks Publish time 7-5-2007 10:30 AM

kalau laki dia nak ceraikan kawan ko tu aku rasa bagus jugak daripada kawan ko tu terus duduk ngan laki takde akal tu...ala ramai je ibu tunggal yg takde pelajaran boleh besarkan anak walaupun tak de sijil...

aku rasa laki mcm ni kalau kawan ko tunggu pun takde faedahnya lagi2 dia nak kahwin lagi... esok2 tau2 gantung tak bertali je.

10S10L Publish time 7-5-2007 10:42 PM

Originally posted by sayna at 9-2-2007 04:10 PM
Saja nak bertanya... setakat ini saya tiada masalah denga suami....
tapi sekadar nak tau.. kalu misalnya seorg wanita ingin bercerai dgn suami dia...
apa yang harus dia buat... apa benda yang tak ...


I tak ader pgamlaman lagi, so tak dpt nak cerita
maap yee




i edited ur siggy.. tak sesuai untuk board ni


http://forum.cari.com.my/images/common/sigline.gif

[ Last edited byfairy_hobbit at 8-5-2007 02:55 AM ]

fairy_hobbit Publish time 8-5-2007 09:48 PM

Reply #23 nazurah's post

memandangkan bak kata ko husband ida tu jenis "takde otak" aku rasa kalau dia stay in the marriage hanya akan makin menyusahkan ida tu adala.. unless la husband tu betul2 caring boleh bagi support kat ida dan 6 org anak tu... bcz kahwin lagi sorang, beban lelaki tu makin bertambah..

Syd Publish time 11-5-2007 01:19 PM

Masalah:

Saya berkahwin atas dasar suka sama suka. Bagaimanapun selepas berkahwin, barulah saya tahu sifat sebenar beliau. Beliau tidak mempunyai pekerjaan tetap dan mengharapkan gaji saya untuk menanggung dia. Bukan itu saja, beliau gemar berjudi dan apabila kekurangan wang, gaji saya menjadi mangsa.

Sebaik berkahwin, beliau menggadai semua barang kemas saya yang dibeli keluarga. Malah, selepas kami mempunyai tiga anak beliau masih tidak berubah. Keluarganya pula enggan masuk campur dan turut berpihak kepada suami walaupun mereka tahu anak mereka yang bersalah.

Sepanjang perkahwinan kami, hidup saya sengsara kerana suami terlalu mengongkong, tidak mempercayai saya dan sering mendera saya sama ada fizikal mahupun emosi. Beliau juga seorang yang cemburu. Saya tidak dibenarkan bergaya mahupun bersolek, walaupun bidang tugas saya memerlukan penampilan yang kemas.

Jika tidak mengikut kehendak suami, beliau akan memaki hamun saya dan sering membandingkan saya dengan deretan teman wanitanya. Saya ingin keluar daripada perkahwinan ini, tetapi suami enggan menceraikan saya dan mengugut akan membunuh saya. Apa yang boleh saya lakukan?

Isteri teraniaya.

Jawapan:

Saya amat bersimpati dengan permasalahan yang puan hadapi. Anggap ia satu cabaran puan sebagai hamba Allah dan berbaik sangka bahawa Allah ingin menguji untuk menaikkan darjat kecintaan dan keimanan puan padaNya.

Nyata puan adalah seorang yang sabar dan tabah. Buktinya puan bertahan dalam perkahwinan puan dalam tempoh yang lama meskipun terpaksa menelan pelbagai onak duri perkahwinan dan saya amat yakin bahawa puan sudah cukup teraniaya dan tertekan dengan perkahwinan puan.

Bagaimanapun, Islam mempunyai jalan keluar dalam setiap masalah yang berlaku. Perceraian walaupun adalah perkara yang dibenci Allah, adalah jalan terbaik bagi perkahwinan yang bermasalah seperti yang puan alami.

Berkaitan dengan hasrat puan untuk keluar daripada perkahwinan dan juga keengganan suami puan untuk menceraikan puan; secara khususnya saya merujuk kepada peruntukan di dalam undang-undang keluarga Islam iaitu puan boleh memohon satu perintah dalam kes untuk fasakh perkahwinan atas sebab yang munasabah yang diiktiraf hukum syarak seperti yang puan nyatakan itu walaupun suami puan tidak bersetuju dengan hasrat puan bercerai dengannya.

Berdasarkan alasan yang dinyatakan di dalam peruntukan fasakh itu, Hakim selepas berpuashati dengan alasan yang diberikan boleh memfasakhkan perkahwinan puan selepas melalui proses dan prosiding tertentu.

Selain perceraian secara fasakh, sebagai pilihan Islam juga memperuntukkan perceraian secara taaliq yang mana perceraian ini berdasarkan kepada lafaz taaliq yang kebiasaannya dibaca oleh suami ketika upacara pernikahan.

Si isteri boleh menuntut perceraian secara taaliq apabila berlaku perlanggaran terhadap lafaz yang diikrarkan semasa akad nikah tersebut dengan memfailkan tuntutan di Mahkamah Syariah.

Seterusnya antara lain puan boleh menuntut khul' iaitu perceraian yang mana perlu kepada persetujuan daripada suami dan isteri dikehendaki membayar kepada suaminya suatu bayaran bagi tuntutan itu.

Ugutan bunuh yang puan terima adalah satu perkara yang amat serius dan puan hendaklah mengambil langkah segera demi keselamatan puan dan juga anak. Dalam undang-undang syariah di Malaysia ada diperuntukkan berkaitan dengan perintah tegahan kacau ganggu yang mana Mahkamah Syariah akan mengeluarkan satu perintah bagi menghalang suami puan daripada melakukan perkara yang membahayakan pihak puan di dalam prosiding perceraian puan. Pihak berkuasa juga akan memberikan kerjasama sepenuhnya bagi menjaga keselamatan diri puan dan anak puan.

Akhir sekali, bagi menjaga hak puan sebagai seorang isteri, tindakan untuk keluar daripada perkahwinan ini adalah jalan terbaik demi menjaga kemaslahatan dan kelangsungan kehidupan puan serta anak puan.

Jawapan disediakan oleh peguam syarie, Shanizah Ngatiman. Hubungi 012-269 9581 atau e-mel: shanizah@faizadnan.com.

Syd Publish time 18-5-2007 09:43 AM

Guaman: Lari dari rumah bukan jalan terbaik selesai masalah


SAYA seorang mualaf. Masuk Islam kerana ingin berkahwin dengan suami. Ketika mengenali suami, dia seorang yang baik. Tetapi tidak sangka, selepas berkahwin perangainya turut berubah terutama selepas dia dibuang kerja. Sikap panas barannya mulai terserlah. Pantang silap sikit, sering kali saya dipukulnya hanya kerana kesilapan kecil. Ketika hamil anak pertama, saya pernah menjadi sasaran pukulannya kerana meminta duit untuk rawatan di klinik. Akibatnya, saya dimasukkan ke hospital. Ketika itu ibu mentua merayu saya supaya tidak melaporkan kejadian kepada polis. Malah, suami merayu saya supaya memaafkannya. Melihatkan keadannya yang menangis sambil mencium tangan saya, saya jatuh simpati. Kepada doktor saya maklumkan saya jatuh tangga. Meskipun doktor yang merawat meragui cerita saya, kesungguhan saya mempertahankan cerita itu membuatkan dia berdiam diri. Sejak itu, suami berubah. Tetapi, sikap panas barannya kembali apabila saya melahirkan anak. Kerana kasihankan anak kami, saya bertahan sementelah ibu mentua merayu saya supaya memaafkan suami. Malangnya hingga masuk anak ketiga sikap suami tidak berubah. Teman sepejabat menasihatkan saya supaya bercerai, tetapi saya bimbang tidak mendapat hak penjagaan kerana saya seorang mualaf. Lebih-lebih lagi beberapa kes sebelum ini menunjukkan mahkamah akan menyerahkan hak penjagaan kepada suami kerana kedudukan isteri yang mualaf. Untuk makluman tuan, sepanjang berkahwin, suami tidak pernah mengajar saya bersembahyang, jauh sekali mengaji al-Quran. Saya bernasib baik kerana mendapat pendidikan Islam daripada teman sepejabat. Malah, tidak mungkin saya kembali ke agama asal kerana Islam sudah sebati dengan jiwa saya. Kini, saya hanya nampak satu saja penyelesaian, lari bersama anak. tetapi, saya masih berharap jika saluran undang-undang dapat membantu saya mendapatkan hak penjagaan anak jika bercerai.

may, Kuala Lumpur.

> JAWAPAN

Pertamanya, bersyukur kepada Allah SWT kerana puan telah diberi hidayah kerana tidak semua manusia diberikan petunjuk untuk kembali kepada Islam sungguhpun ramai di kalangan mereka yang telah lama mengenali Islam.

Kedua, tahniah kepada puan kerana masih mampu bertahan dan bersabar dengan kerenah suami bahkan bersyukur sekali lagi kerana Allah menyayangi puan dengan memilih puan untuk menghadapi situasi itu dan percayalah bahawa Allah lebih mengetahui kemampuan setiap hamba-Nya dalam menghadapi sebarang dugaan dan sesungguhnya sebaik-baik perbuatan adalah sabar.

Hak Penjagaan Anak

Bagaimanapun, hasrat puan untuk lari bersama anak puan itu bukanlah satu pilihan terbaik untuk keluar daripada kemelut yang puan hadapi. Bahkan sebenarnya, tindakan 憀ari daripada masalah

noomie Publish time 23-5-2007 07:47 AM

akum...mcm mana pulak dengan kes nih

saya dan suami xde masalah apa...malah kalau bukan sebab ibu bapanya kami la pasangan paling bahagia...br2 ni jatuh talak ke atas saya sbb keengganan saya mengikut suami ke rumah makciknya.bukan saya saja xnak ikut tp sbb makciknya sekepala dengan mak ayah dia.saya ada anak umur 9 bulan yang masih menyusu badan sepenuhnya.jadi saya nak tau hak penjagaan anak tu pada siapa?

alinorlina Publish time 23-5-2007 10:23 AM

Originally posted by noomie at 23-5-2007 07:47 AM
akum...mcm mana pulak dengan kes nih

saya dan suami xde masalah apa...malah kalau bukan sebab ibu bapanya kami la pasangan paling bahagia...br2 ni jatuh talak ke atas saya sbb keengganan saya...

w'salam.....adeh....senangnya jatuh talak...

Dilto Publish time 23-5-2007 11:23 AM

I have no knowledge about syarie law tapi just to share the info yg I br dapat semas bersembang2 ngan loyer syarie...

Application Islamic family law kat mesia ni berbeza ikut negeri....maksudnya bukan basic tapi implematation sbb akta kekeluargaan islam setiap negeri pun adalah berlainan...

oleh itu sesiapa yg ada masalah berkaitan isu perceraian ni better refer kat loyer syarie negeri masing2 yg tahu selok belok akta negeri berkenaan.

contohnya my fren quote berkaitan taklik....off course setiap negeri kat mesia ni mengamalkan ikrar taklik oleh pasangan yg berkahwin sewaktu sesi akad nikah tapi applicationnya adalah berbeza. Sekiranya si suami mmg ada memukul isteri dan suami tak mau ceraikan isteri dan isteri payah nak dapatkan fasakh sbb memerlukan beban pembuktian yang agak tinggi on the part of isteri, maka alternatifnya, si isteri boleh lah keluar dari rumah selama 4 bulan berturut2. Selepas 4 bulan, buat laporan kat mahkamah syariah bahawa suami dan isteri tidak tinggal bersama selama 4 bulan berturut2, maka jatuhlah taklik tersebut. Antara lafaz taklik ialah "apabila suami meninggalkan isteri atau isteri meninggalkan suami selama 4 bulan berturut2...." . Walaubagaimanapun my fren kata, ini hanyalah apply di negeri terengganu sahaja...dan so far negeri2 lain especially selangor dan wilayah tak apply mende ni...

itu saja la info yg leh saya share so far..tenkiu

yusrin Publish time 23-5-2007 12:11 PM

Reply #29 noomie's post

kesian ko
yg aku tau jatuh talak sekiranya isteri tak ikut perintah suami yg mana memang menjadi t/jawab si isteri
cth jika suami mengajak 'bersama' si isteri enggan tanpa alasan munasabah
atau jika suami melarang keluar rumah sbb menjadi t/jawab isteri menjaga harta/benda suami dan rumahtangga
tang boleh jatuh talak sekiranya isteri cuma tak nak ikut suami kemana2...aku rasa macam ada yg tak betul
suami tak boleh paksa kita kemana2...even ke rumah makcik dia
ke kedaipun suami tak bole suruh w/pun nak beli brg perlu sbb tu t/jawab dia
begitu jugak ke rumah makcik dia..t/jawab dia bukan isteri
macam mana bole jatuh talak?

elbecks Publish time 23-5-2007 09:37 PM

anak masih menyusu sure jatuh kat tangan isteri kecuali kalau suami dapat buktkan sisiteri tu berperangai tidak baik....tak keje pun takpe sbb suami masih kene jadi provider pada anak tu....

noomie Publish time 24-5-2007 07:55 AM

Reply #32 yusrin's post

jatuh talak tu sbb dia kata cenggini "kalau saya tak ikut dia..sebaik ajer kete dia lepas dr gate saya bukan isteri dia lagi" sanggup dia ceraikan saya semata2 nak mengejar masa untuk kerumah makcik dia sbb dh janji nak konvoi dgn lain2 jumpa kat tepi jalan sekian masa...itu pandangan saya la sbb dia tunggu tak lama pon..xsmp 1/2 jam...

noomie Publish time 24-5-2007 08:04 AM

Reply #33 elbecks's post

andaikata hak tu mmg jatuh mutlak kat saya..tp sekiranya saya dpt menyusukan dia smp setahun jer adakah selepas tu anak tu kene ke bapanya pulak...
sbb punca bercerai sbb saya engkar suami.punca saya engkar sbb saya malu nak mengadap sedara mara dia setelah apa yg berlaku sebelum tuh antara saya dan mertua.

Syd Publish time 24-5-2007 09:06 AM

Fasakh perlu disokong bukti lisan, dokumen
Mohamad Isa Abd Ralip


SAYA ingin bertanya berkaitan tuntutan fasakh kerana tidak memberi nafkah. Apabila suami memiliki harta atau pekerjaan tetapi tidak memberi nafkah kepada isterinya, haruskah bagi isteri itu menuntut fasakh atas alasan kegagalannya memberi nafkah kepada isteri. Jika dibenarkan, apakah prosedur yang perlu diambil dan dipatuhi oleh isteri? Kepada jabatan mana sepatutnya ditujukan permasalahan ini sama ada pejabat kadi, pejabat undang-undang syariah majlis agama, mahkamah syariah atau peguam syarie.

Ingin Tahu,

Selangor Darul Ehsan.


ISTILAH fasakh bolehlah ditakrifkan sebagai pembubaran atau pembatalan perkahwinan oleh perintah mahkamah. Jenis perceraian ini pada amnya berdasarkan kepada prinsip mengenai perceraian dengan cara baik.

Allah berfirman yang bermaksud:

noomie Publish time 24-5-2007 09:32 AM

seperkara lagi yg perlu saya pastikan

bekas suami menyuruh saya yang keluar dr rumah yang kami sewa skrg.katanya perjanjian rumah tu atas nama dia..saya tidak mahu keluar kerana tiada tempat lain utk duduk bersama anak.lgpun rumah tu bukan harta bekas suami tp rumah yang kami sama2 cari utk sewa setelah berkahwin 2thn lalu.
kakak dan ibu saya pula menasihati saya agar jgn keluar dr rumah tu sbb katanya bekas suami boleh membuat aduan bahawa saya lari dari rumah.kalau ikutkan menjadi tjwb dia utk menyediakan rumah dlm tempoh eddah.
soalannya boleh tak kalau saya berkeras jugatidak mahu keluar dr rumah itu wpon selepas tamat eddah kerana rumah tu byk kemudahan esp nursery dekat dgn rumah dan anak saya juga serasi dengan nursery tuh..
atau pon andaikata dia carikan saya rumah boleh ke saya minta dia cari rumah mengikut kehendak saya.kehendak ini bukan atas dasar utk kepentingan diri saya tetapi kerana anak..sbb saya mmg dpt rskan dia akan carikan saya rumah nonlanded.mslhnya saya ialah mcm mana saya nak bawak brg2 anak dan brg2 saya setiap hr.kerana sekrg ni setiap kali htr dan balik mesti amik barang 2trip utk masuk rumah...brg bb utk ke nursery jer dh 1beg kelengkapan + 1 beg susu badan dan bekalan makanan.yg saya nampak kepentingan tu dr segi itu la...sbb seandainya saya duduk rumah nonlanded mcm mana saya nak angkat barang 2 kali turun naik lift atau tangga dengan mengendong anak lg...

[ Last edited bynoomie at 24-5-2007 10:50 AM ]

noomie Publish time 25-5-2007 09:44 AM

saya perlukan kepastian
dr bacaan yg saya faham dlm tempoh eddah saya tidak boleh berhias, keluar rumah tanpa sebab dan tidak boleh tinggal bersama. sekarang ni suami seakan sdg perangkap saya.
1. dia suruh saya keluar dr rumah tu sebaik saja dia pulang dr kg nanti
    jika tidak dia akan tukar kunci rumah dan biarkan saya xboleh masuk
    kakak saya menasihati saya agar jgn keluar rumah kerana ia boleh jd bahan bukti di mahkamah nanti.kalau di kunci rumah, kakak saya minta saya cari saksi yg boleh membuktikan perbuatan dia.

2. smlm bekas suami tiba2 activated kan friend finder service yg boleh mengetahui lokasi kita. saya dpt rskan juga dia mmg sedang cuba perangkap saya sbb dlm tempoh eddah saya tidak boleh keluar rumah tanpa sebab. saya cuma keluar rumah pergi keje, pergi kedai.

benarkan apa yg saya baca, apa yg kakak saya nasihatkan dan apakah maksud sbnrnya tindakan suami saya.apa tujuan dia activatekan service tu selepas bercerai padahal semasa suami isteri kami saling mempercayai..

tomato75 Publish time 25-5-2007 10:54 AM

dik, friend finder service boleh dihentikan atau diunavailablekan dengan call service centre telco yang terlibat. Sebagai pelanggan, telco akan jaga kepentingan customer dia. Cuba call dan terangkan pd mereka, mereka akan HIDEkan position/ kedudukan adik.Trust me.

Dan, next time tolong lockkan atau put password hp adik supaya next time dia takleh activate friend finder dan beri permission bagi pihak adik. take care ye

yusrin Publish time 25-5-2007 11:23 AM

Reply #38 noomie's post

aku tak tau la nak kata apa....
just berhati2la.. solat dan doa
kesian dan menakutkan..
Pages: 1 [2] 3
View full version: Isteri dan Penceraian


ADVERTISEMENT