Syd Publish time 7-3-2007 11:05 AM

Kesihatan Lelaki : Artikel (Pelbagai)

Macam-macam: Lelaki tidak subur berendam air panas

LONDON: Lelaki yang ingin menjadi bapa perlu mengelak daripada berendam dalam air panas, menurut kajian mengenai kesuburan lelaki.

Projek tiga tahun membabitkan 11 responden mendapati bahawa terdapat kebenaran dalam pandangan lama mengenai mandi air panas bagi prospek kesuburan lelaki.

Lelaki didedahkan kepada keadaan 憄anas basah

Syd Publish time 7-3-2007 11:06 AM

Lelaki dengan Azoospermia ada harapan punyai zuriat
01-03-2007 03:15:25 PM

Oleh IBNU KHUSAIRI IBNU ARIS


KUALA LUMPUR: Pelbagai masalah pada sistem reproduktif lelaki boleh membawa kepada kegagalan menghasilkan zuriat dan salah satu daripadanya ialah Azoospermia.
Azoospermia ialah satu keadaan jarang di mana air mani langsung tidak mengandungi sperma yang perlu bagi persenyawaan. Kira-kira 10 hingga 15 peratus lelaki di dunia dan satu peratus lelaki di Malaysia mengalaminya.

Ia merupakan salah satu daripada masalah kaum lelaki yang menghalang penghasilan zuriat selain daripada masalah lain yang lebih lazim seperti kegagalan ereksi atau mati pucuk, kekurangan sperma, sperma tidak subur dan kekurangan hormon kesuburan.

Keadaan ini amat sukar diterima terutama bagi lelaki yang baru berumahtangga tetapi ramai mungkin tidak mengetahui punca masalah itu dan sama ada ia boleh dirawat, kata Pakar Obstetrik dan Ginekologi Pusat Pakar Wanita Srivari Dr K. Thanikasalam.

      JANGAN SALAHKAN ISTERI
      
Apabila isteri tidak mengandung, biasanya suami akan menyalahkan isteri mereka mandul atau tidak subur tanpa menjalani pemeriksaan doktor terlebih dahulu, katanya.

Lazimnya 30 peratus daripada kegagalan mendapatkan cahaya mata berpunca kerana masalah pada suami dan selebihnya disebabkan masalah pada sistem reproduktif isteri.

Menurut Thanikasalam, pasangan yang gagal mendapatkan cahaya mata sekurang-kurangnya setahun selepas berkahwin boleh merujuk masalah mereka ke Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) atau pakar-pakar ginekologi swasta di mana pasangan suami isteri dikehendaki menjalani beberapa ujian untuk mengetahui siapa yang bermasalah dan rawatan baginya.

Dr Thanikasalam berkata lelaki biasanya susah untuk menerima hakikat yang mereka alami Azoospermia dan ini adalah kerana kurangnya pendedahan dan penjelasan tentang keadaan ini.

"Kaum lelaki boleh mengalami tekanan emosi yang teruk apabila mendapat tahu yang mereka mengalaminya namun jika mereka mengetahui lebih banyak maklumat tentang Azoospermia, pasti ia dapat membantu menguatkan semangat mereka," katanya.

Jika anda disahkan mengalami Azoospermia ini, apa yang sebaiksebaiknya perlu dilakukan ialah terus berusaha untuk mendapatkan rawatan melalui pakarpakar di hospital kerajaan dan swasta serta janganlah berasa tertekan.

      PUNCA-PUNCA AZOOSPERMIA
      
Azoospermia berlaku disebabkan oleh dua faktor, faktor pertama ialah kemalangan dan jangkitan kuman manakala faktor kedua pula disebabkan keturunan.

"Faktor pertama biasa berlaku sekiranya seseorang lelaki itu mengalami kemalangan atau terjatuh sehingga menyebabkan testis yang menghasilkan sperma gagal menghasilkan sperma seperti sebelumnya.

"Jangkitan virus jika lambat dirawat akan menyebabkan ia merebak ke spermatogenesis (sel yang menghasilkan sperma) dan menjejaskan fungsinya," kata beliau.

Beliau berkata faktor kedua adalah apabila Azoospermia disebabkan oleh faktor genetik iaitu keturunan di mana biasanya ia disebabkan gen ibu dan bapa yang membawa masalah itu.

"Jika faktor kedua dikenalpasti sebagai puncanya, maka lelaki yang mengalami Azoospermia ini tidak mempunyai sebarang harapan atau peluang untuk mendapat anak dan hanya kuasa tuhan yang boleh membantunya," kata beliau.

      RAWATAN UNTUK AZOOSPERMIA
      
Pertamanya lelaki terbabit perlu menjalani ujian untuk menentukan sama ada air maninya mengandungi sperma.

"Kemudian kita akan berikan dia ubat dan vitamin yang merangsang pengeluaran hormon yang bertindak menghasilkan sperma," katanya.

Selepas mengambil ubat itu lelaki terbabit perlu menjalani ujian air mani sekali lagi dan jika testis dalam keadaan normal biasanya keputusan ujian air mani kedua akan menunjukkan adanya kandungan sperma walaupun sedikit.

Namun begitu, menurut Dr Thanikasalam jika testis suami itu bermasalah keputusan ujian kedua biasanya akan tetap sama iaitu masih tiada sperma dikesan dalam air maninya.

"Jika ini berlaku, biasanya suami akan dikehendaki menjalani satu pembedahan kecil di testisnya iaitu sedikit tisu akan diambil dari testisnya untuk diuji di makmal sama ada sperma dihasilkan atau tidak oleh testis si suami tadi," katanya.

Menurut beliau, jika sperma dapat dikesan dalam tisu testis suami, maka Azoospermia mungkin berlaku disebabkan saluran yang membawa sperma untuk dicampur dengan air mani itu tersumbat atau rosak.

"Kita akan lakukan pembedahan untuk membetulkan kembali saluran itu dan selepas pembedahan dilakukan, biasanya penghasilan sperma akan kembali normal," katanya.

Jika hasil daripada pembedahan biopsi ini tidak dapat mengesan sebarang kewujudan sperma, biasanya tiada apa rawatan yang boleh dilakukan untuk membetulkannya.

Menurut Dr Thanikasalam saintis perubatan di seluruh dunia masih menjalankan kajian untuk mengenalpasti punca kerosakan kekal pada testis namun ia masih belum ditemui.

      APA YANG PERLU DIELAKKAN
      
Selain itu, golongan lelaki juga harus mengelak daripada memakai seluar yang ketat kerana ini akan menganggu proses semulajadi penghasilan sperma dalam testis.

"Testis memerlukan suhu sesuai iaitu 3 hingga 5 celcius kurang daripada suhu badan normal untuk menghasilkan sperma yang baik dan mampu bersenyawa dengan ovum," katanya.

Selain itu, menurut beliau amalan pemakanan yang sihat dan tidak merokok pasti menjadikan seseorang lelaki itu sihat secara seimbang daripada segi fizikal dan seksual.

"Setiap orang harus mendapatkan pemakanan yang cukup, tidur yang cukup dan senaman yang cukup bukan sahaja untuk memastikan kesihatan sistem seksual malah sistem badan mereka supaya berfungsi dengan baik," katanya. BERNAMA

lows^man^lyrics Publish time 7-3-2007 11:09 AM

thanx good info:)

kip Publish time 7-3-2007 11:41 AM

``thanks syd..
``kena mandi air sejuk je la lps ni... ;P

Syd Publish time 8-3-2007 01:49 PM

HPV jangkiti lelaki

Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN


Boleh menyebabkan pelbagai jenis kanser di kawasan kemaluan


VIRUS Human Papiloma (HPV) yang menyebabkan kanser rahim bukan milik mutlak wanita kerana virus ini juga boleh menjangkiti lelaki, terutama yang kerap bertukar pasangan, dan menimbulkan pelbagai masalah pada dubur atau kemaluan.

Sehingga kini lebih 100 jenis HPV dikenal pasti, tetapi kebanyakannya tidak berbahaya dan hanya 30 jenis boleh menyebabkan jangkitan pada kawasan kemaluan.

Kajian mendapati hampir 50 peratus penduduk dunia yang aktif seks mendapat jangkitan HPV pada satu-satu masa dalam jangka hayat mereka.

Kebanyakan jangkitan HPV boleh hilang dalam masa satu hingga dua tahun melalui tindak balas sistem imun badan tetapi jika ia tidak dapat dihapuskan, virus ini, terutama HPV 16, 18, 31 dan 45, boleh menyebabkan pelbagai jenis kanser di kawasan kemaluan, termasuk kanser serviks pada wanita.

Pada wanita, HPV mengambil masa lama untuk menyebabkan perubahan sel dan membentuk sel kanser pada pangkal rahim; yang biasanya hanya berlaku apabila seseorang itu menjangkau umur 40 tahun ke atas.

Kajian yang dijalankan di United Kingdom mendapati kebanyakan jangkitan berlaku pada wanita dalam lingkungan umur 18 hingga 28 tahun melalui hubungan seks.

Menurut Pensyarah Jabatan Patologi Universiti Cambridge, Profesor Margaret Stanley, bukan semua jangkitan HPV berakhir dengan kanser kerana ia juga boleh menyebabkan kutil genital seperti yang berlaku pada lelaki.

Berdasarkan kajian hampir 90 peratus kes kutil atau ketuat genital yang berlaku pada lelaki dan wanita disebabkan jangkitan HPV 6 dan 11, manakala HPV 16 dan 18 (penyebab utama kanser pangkal rahim) boleh mengakibatkan lelaki mengalami kanser dubur.

Berbanding kanser, baik lelaki mahupun wanita ramai lebih bimbang dan malu jika mendapat kutil genital kerana ia boleh dilihat dengan jelas. Kutil ini ada bermacam bentuk. Ada yang rata, berbintil atau berbentuk seperti bunga kobis.

Kehadiran kutil genital kerap membuatkan individu yang dijangkiti berasa malu, rendah diri dan mengalami tekanan psikologi. Bagaimanapun, kebanyakan lelaki yang mendapat jangkitan HPV tidak mengalami sebarang gejala.

Kutil genital pada lelaki boleh berlaku pada dubur, di atas zakar, buah zakar (testis), pangkal paha atau di celah kangkang. Bahkan, lelaki yang tidak pernah melakukan hubungan seks melalui dubur juga boleh mendapat kutil di sekitar dubur.

Kutil ini boleh muncul dalam masa beberapa minggu atau bulan selepas seseorang itu mengadakan hubungan seks dengan individu dijangkiti. Namun dalam kebanyakan kes, lelaki tidak mengalami sebarang masalah walaupun dijangkiti HPV 6 dan 11.

HPV penyebab kutil genital boleh berjangkit melalui sentuhan dan biasanya hubungan seks biasa atau 憀uar biasa

mahathirGX Publish time 8-3-2007 04:56 PM

Kekadang   bukan   bolehpercaya   terhadap   kajian   inisemua ....sampel2    kajiantudiambildari   mana?

Syd Publish time 13-3-2007 01:38 PM

Mana prostat anda?

MULAI minggu ini, Kesihatan dengan kerjasama MayFirst Gold Sdn. Bhd., akan menyiarkan sebanyak 10 siri artikel setiap dua minggu sekali mengenai kesihatan prostat amnya dan kanser prostat khasnya

Syd Publish time 23-3-2007 09:57 AM

Gaya hidup dan kemerosotan kesihatan seksual

MASALAH lemah syahwat atau disfungsi erektil (mati pucuk) sering dianggap sebahagian daripada proses penuaan.

Namun, ketahuilah bahawa ia bukanlah sesuatu yang mustahil sekiranya turut terjadi kepada golongan muda. Fahamilah permasalahan ini sebelum ia menjadi sebahagian dari masalah hidup anda.

Disfungsi erektil merujuk kepada ketidakupayaan untuk mendapat atau mengekalkan ereksi untuk melakukan hubungan kelamin.

Ia juga boleh digunakan untuk menerangkan lain-

lain masalah yang berkaitan, yang mengganggu hubungan intim dan sistem reproduktif, termasuk kurangnya keinginan seks dan masalah ejakulasi.

Bagi kebanyakan kes, gangguan disfungsi erektil sering kali terjadi akibat masalah kesihatan seperti diabetes, masalah buah pinggang, masalah vaskular, saraf, komplikasi pembedahan terutamanya pembedahan prostat dan kesan pengambilan sesetengah ubat.

Menurut Massachusetts Male Aging Study, disfungsi erektil tetap atau kronik bertambah dari lima peratus di kalangan lelaki berusia 40 tahun kepada 15 peratus di kalangan mereka yang berusia 70 tahun ke atas.

Di kalangan golongan muda atau pertengahan usia, kemerosotan kesihatan seksual yang berlaku lebih berkait rapat dengan faktor pemakanan, gaya hidup yang tidak sihat dan faktor psikologi.

Merokok menggalakkan kejadian aterosklerosis iaitu penyakit pada arteri apabila plak-plak lemak berkembang pada dinding dalam menyebabkan penyekatan aliran darah dan dengan itu, akan meningkatkan risiko disfungsi erektil.

Para pengkaji turut menyatakan bahawa merokok sebanyak satu kotak atau lebih setiap hari mempunyai risiko sehingga 40 peratus untuk mendapat masalah lemah syahwat berbanding dengan bukan perokok.

Manakala, pengambilan alkohol berlebihan juga turut menjejaskan kesihatan saraf dan seterusnya mengehadkan pengaliran ke bahagian zakar yang boleh menyumbang kepada masalah ereksi.

Faktor psikologi seperti stres, kemurungan, keyakinan diri yang rendah dan kerisauan mengenai prestasi seksual boleh menyumbang antara 10 hingga 20 peratus kepada masalah disfungsi erektil terutamanya di kalangan golongan muda.

Masalah psikologi boleh menjadi penyebab sama ada sebagai faktor yang memulakan atau sebagai kesan daripada disfungsi erektil.

Apabila seseorang itu tidak yakin dengan keupayaannya, tingkah laku dan minatnya juga akan semakin berkurangan dan semakin malap, sekali gus menjejaskan keupayaannya dan mengekalkan ereksi apabila mendapat rangsangan seksual.

Sekiranya anda mendapati stres menjadi antara faktor utama yang menjejaskan kesihatan, beberapa panduan berikut mungkin boleh membantu anda.

1. Kenali faktor yang membuat anda stres. Sekiranya stres berpunca daripada terlalu banyak kerja, dahulukan mengikut keutamaan atau berbincanglah dengan bos anda untuk penyelesaian terbaik seperti kelonggaran masa dan sebagainya.

2. Luaskan perhubungan sosial anda. Sekiranya anda dalam keadaan stres, elakkan daripada bersendirian. Carilah seseorang yang boleh dipercayai untuk meluahkan perasaan atau bertanyakan pendapat.

3. Hargai diri sendiri. Terima keadaan diri anda seadanya. Jangan memaksa diri sendiri untuk menjadi orang lain. Kekalkan kelebihan sedia ada dan cuba perbaiki kelemahan dari semasa ke semasa.

4. Ubah cara pemakanan dengan mengurangkan pengambilan makanan berlemak sebaliknya, tingkatkan pengambilan makanan tinggi serat, buah- buahan dan sayur-sayuran segar.

5. Sekali sekala manjakan diri anda dengan membuat urutan badan di spa atau pergilah bercuti ke tempat-tempat menarik untuk menenangkan fikiran.

6. Selalulah berfikiran positif dan pilihlah kawan yang juga berfikiran positif kerana mereka mampu mendorong, bukannya melemahkan anda.

7. Rehat secukupnya.

8. Pelajari teknik-teknik melegakan stres. Setiap orang mungkin memerlukan teknik yang berlainan. Libatkan diri dengan aktiviti yang digemari seperti berkebun, aktiviti kemasyarakatan dan sebagainya.

Mereka yang tidak aktif atau gemar mengamalkan gaya hidup sedentari lebih berisiko untuk mengalami disfungsi erektil. Senaman bermanfaat kepada sistem kardiovaskular, mengawal kandungan gula dalam darah dan juga merendahkan risiko disfungsi erektil.

Amalan senaman penting bukan sahaja bagi mereka yang mempunyai berat badan berlebihan dan obes, tetapi juga membantu meningkatkan pengaliran darah, berperanan dalam meringankan stres dan membantu kecerdasan minda.

Amalan senaman selama 30 hingga 45 minit, lima kali seminggu tentunya memberi manfaat untuk anda

Syd Publish time 26-3-2007 12:29 PM

Kanser prostat: Tanda, keadaan dan rawatan
Oleh: DR. SULAIMAN TAMANANG

Pengenalan

Tahap keseriusan kanser prostat boleh menentukan sejauh mana kanser tersebut telah merebak. Pengetahuan tentang tahap keseriusan kanser ini membolehkan doktor pakar menentukan rawatan yang sepatutnya dijalani oleh pesakit tersebut.

Tanda-tanda awal kanser prostat

Kanser prostat di peringkat awal sering kali tidak menunjukkan apa-apa gejala. Apabila tanda-tandanya muncul, ia mungkin melibatkan beberapa masalah berikut:

* Sering membuang air kecil terutamanya pada waktu malam

* Kesukaran sewaktu mula membuang air kecil atau air kencing yang tertahan

* Tidak boleh mengeluarkan air kencing

* Aliran air kencing yang lemah atau tersekat-sekat

* Kesakitan atau kepanasan semasa mengeluarkan air kencing

* Terasa sakit ketika air kencing keluar

* Terdapat darah dalam air kencing atau air mani

* Sering mengalami kesakitan atau ketegangan di bahagian belakang, pinggang, atau paha.

Bagaimana cara mengesan kanser prostat:

Kanser prostat dapat dikesan dengan menjalani pemeriksaan prostat melalui rektum dan membuat ujian PSA dalam darah. Sekiranya tahap PSA tinggi, ujian biopsi dilaksanakan olek pakar urologi untuk memastikan kehadiran kanser. Semasa ujian biopsi pakar urologi akan mengambil contoh sel-sel prostat menggunakan jarum melalui rektum setelah diberi ubat kebas. Contoh sel-sel ini akan dikaji oleh ahli patologi, iaitu seorang doktor yang pakar dalan kaji penyakit. Pakar patologi akan mengesahkan sama ada seseorang itu mempunyai kanser atau tidak.

Kanser prostat boleh dihuraikan dari segi gred dan tahap.

Gred menerangkan bagaimana tumor itu menyerupai tisu-tisu prostat yang normal. Berasaskan dapatan kajian biopsi melalui mikroskop, pakar patologi melaporkan kanser prostat sebagai gred rendah, sederhana atau tinggi. Salah satu sistem yang digunakan untuk menyalurkan gred kanser prostat ialah sistem Gleason. Ia menggunakan skor dari 2 hingga 10. Skor yang tinggi menunjukkan gred yang tinggi. Tumor gred tinggi biasanya membiak lebih cepat dan mempunyai besar kemungkinan untuk merebak jika dibandingkan dengan tumor gred rendah.

Tahap pula menunjukkan sejauh mana kanser itu telah merebak.

Empat tahap dalam kanser prostat

Tahap ini diambil kira dari segi saiz tumor tersebut, sama ada nod limfa telah dijangkiti atau sama ada tumor tersebut telah merebak ke bahagian badan yang lain.

* Tahap 1: Kanser adalah kecil dan terletak di bahagian dalam kelenjar prostat dan tiada simptom apabila pemeriksaan rektal dijalankan.

* Tahap 2: Kanser masih berada dalam kelenjar prostat, tetapi kebengkakan boleh dirasai apabila pemeriksaan rektal dijalankan.

* Tahap 3: Kanser telah pecah melalui selaput prostat dan kemungkinan besar telah merebak ke bahagian seminal.

* Tahap 4: Kanser telah merebak ke bahagian pelvis (tulang pinggul), atau telah merebak ke nod limfa atau bahagian-bahagian badan yang lain, seperti tulang, hati atau paru-paru.

Bagaimana kanser prostat merebak

Kanser prostat merebak melalui saluran limfa dan darah. Kanser prostat kerap merebak ke tulang berbanding bahagian-bahagian tubuh yang lain.

Untuk mengenal pasti tahap kanser ujian ultrasound, skan tulang dan skan berkomputer untuk paru-paru, abdomen dan pelvis dijalankan.

Peringkat TNM dalam kanser prostat

Para pakar dan doktor menggunakan sistem berperingkat yang rumit yang juga dikenali sebagai sistem TNM. Kaedah ini digunakan di seluruh dunia.

Ia mengimbas 3 bahagian iaitu:

* Tumor (T)

* Nod Limfa (N)

* Kanser peringkat kedua atau Metastises (M).

Doktor boleh mengulas lanjut tentang kaedah pengesanan kanser dan peringkat-peringkat/tahap keseriusan kanser dengan lebih mendalam.


Jika mempunyai sebarang masalah mengenai kanser prostat hantarkan menerusi e-mel kesihatan@utusan.com.my

Syd Publish time 6-4-2007 11:09 AM

Biji labu rawat prostat


KELENJAR prostat memainkan peranan penting dalam proses pembuangan air kencing dan juga kesihatan seksual. Kejadian pembesaran kelenjar prostat cenderung mengalami peningkatan seiring dengan peningkatan usia dan juga jangka hayat masyarakat kini yang semakin meningkat.

Sekiranya ada sebarang pembengkakan pada kelenjar prostat sila dapatkan pemeriksaan doktor untuk menentukan apakah masalah sebenar, walaupun ia belum lagi mendatangkan sebarang kemudaratan atau kesakitan.

Apabila usia seseorang lelaki itu meningkat, prostat akan cenderung untuk membesar akibat perubahan paras hormon. Peningkatan usia memungkinkan penurunan paras hormon testosteron dan peningkatan hormon lain seperti prolaktin dan oestradiol.

Prostat yang membesar akan mengganggu pembuangan air kencing kerana ia menekan dan menyempitkan uretra dan seterusnya menyekat pengaliran air kencing daripada pundi.

Gejala biasa akibat pembesaran kelenjar prostat termasuklah kerap kencing (setiap 30 minit atau lebih) terutama pada waktu malam dengan jumlah air kencing yang sedikit. Keinginan untuk kencing sering dirasai secara tiba-tiba, tetapi sukar untuk memulakan kencing.

Ada kalanya seseorang itu terpaksa meneran untuk memulakan kencing. Mereka juga sering merasai bahawa aliran kencing adalah lemah. Bagi masalah yang agak serius, mereka tidak mampu untuk mengawal kencing sehingga air kencing boleh menitis walaupun baru saja membuang air kencing.

Ketidakselesaan ini akan menjejaskan kualiti kehidupan seseorang itu seperti mereka tidak lagi selesa untuk keluar rumah dan tidak dapat menjalani kegiatan harian seperti dulu, selain menjejaskan keyakinan diri.

Sekiranya anda mengalami tanda seperti yang dinyatakan di atas, jangan dibiarkan tanpa rawatan. Masalah ini dikenali sebagai benign prostatic hyperplasia (BPH), iaitu pembesaran kalenjar prostat yang bukan kanser.

Saw Palmetto kaya dengan kandungan asid lemak dan sterol dan ia adalah herba popular untuk melegakan gejala yang berkaitan dengan pembesaran kelenjar prostat. Herba itu memberi kesan terapeutik untuk menghalang aktiviti penukaran enzim 5 a reduktase dan menghalang pengangkutan serta pengikatan dihidrotestosteron (DHT) dalam sel.

Cara itu mungkin boleh mengelakkan pembesaran prostat daripada menjadi lebih serius. DHT adalah lima kali lebih kuat berbanding testosteron dalam merangsang pertumbuhan sel kelenjar prostat. Saw palmetto mengandungi fitosterol yang merencatkan perkembangan sel. Kesan itu memungkinkan ia menyamai kesan yang diperoleh daripada pengambilan finasteride dan ubat lain.

Percubaan klinikal yang diterbitkan dalam The Journal of the American Medical Association mendapati lelaki yang diberikan saw palmetto melaporkan mengalami pengurangan gejala dua kali lebih rendah berbanding dengan kumpulan yang diberikan placebo.

Prostat yang membesar didapati mengandungi paras zink yang rendah berbanding biasa. Kekurangan zink dikaitkan dengan keradangan dan pembesaran prostat. Dengan pengambilan zink mungkin boleh mengelak dan mengurangkan gejala pembesaran kalenjar prostat.

Biji labu juga sudah lama digunakan oleh pakar herba dan ahli naturopati untuk merawat masalah prostat. Keberkesanan herba itu dipercayai akibat kandungan asid lemak perlu yang tinggi, zink dan sterol tumbuhan. Gabungan kedua-dua herba ini iaitu saw palmetto dan biji labu menghasilkan kesan yang baik, iaitu melegakan gejala yang dihadapi disebabkan oleh kesan sinergistiknya.

Antara panduan kesihatan yang boleh diamalkan untuk kesihatan prostat adalah seperti meningkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran segar yang kaya dengan vitamin, mineral, pigmen tumbuhan serta fiber yang boleh membantu tubuh menyembuh secara semula jadi.

Syd Publish time 9-4-2007 10:55 AM

Rawatan kanser prostat
Oleh: DR. SULAIMAN TAMANANG

RAWATAN kanser prostat dikendalikan oleh gabungan dua doktor pakar, iaitu pakar urologi dan pakar kanser. Tidak semua pesakit kanser prostat mendapat rawatan yang sama.

Seseorang pesakit kanser prostat perlu memahami beberapa pilihan rawatan. Dengan dibantu oleh doktor pakar, pesakit perlu membuat pilihan rawatan yang sesuai dan paling baik untuk diri mereka.

Pilihan rawatan bergantung kepada dua faktor, iaitu faktor klinikal dan faktor psikologi. Para pesakit boleh berunding dengan pakar urologi, pakar onkologi dan pakar radioterapi.

Mereka boleh membantu pesakit untuk memilih cara rawatan yang sesuai. Berikut adalah pilihan rawatan kanser prostat:

1. Pengawasan yang aktif

Konsep pengawasan yang aktif atau tunggu dan lihat merupakan salah satu pilihan rawatan bagi mereka yang enggan membuat pembedahan atau radioterapi awal.

Ujian darah PSA setiap enam bulan dan membuat biopsi prostat setahun sekali. Sekiranya ada gejala atau ujian yang menunjukkan pembiakan kanser, rawatan mesti dilaksanakan.

Rawatan ini sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai kanser prostat yang membiak secara perlahan ataupun kanser yang dikesan di peringkat awal. Ia juga sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah perubatan lain yang teruk.

2. Surgeri atau pembedahan

Rawatan ini boleh membuang kesemua atau sebahagian daripada kelenjar prostat. Pada amnya, bagi penyakit kanser prostat di peringkat awal, pakar urologi akan membuat prostatektomi radikal di mana keseluruhan kelenjar prostat dan sebahagian daripada tisu di sekeliling prostat akan dikeluarkan.

3. Terapi radiasi

Kaedah rawatan ini adalah membunuh sel-sel kanser menggunakan sinaran radiasi. Jenis terapi radiasi yang selalu digunakan adalah radioterapi sinar luaran.

Skan berkomputer (CT) dan pengimejan resonans magnetik (MRI) digunakan untuk menentukan kedudukan kanser tersebut. Kemudian sinar-x ditujukan ke arah kanser yang sudah dikenal pasti.

Satu lagi kaedah terapi radiasi adalah Terapi Radiasi Bermodulkan Intensiti (IMRT). Kaedah ini membolehkan pakar onkologi mempelbagaikan atau mengubah kekuatan radiasi pada kanser prostat dan juga organ- organ yang berhampiran dengan prostat. Ini boleh mengurangkan kerosakan pada tisu- tisu di sekitar prostat.

Brachytherapy merupakan salah satu cara terapi radiasi. Peluru kecil halus yang mengandungi bahan radioaktif iodin atau paladium dimasukkan ke dalam prostat melalui jarum. Radioaktif ini akan memusnahkan sel-sel kanser.

4. Terapi hormon

Sel-sel kanser prostat memerlukan testosteron untuk terus hidup dan membiak. Tujuan rawatan hormon adalah untuk mengurangkan tahap testosteron yang dikeluarkan oleh testis. Testosteron membantu pembiakan sel kanser prostat.

Tidak semua sel-sel prostat bergantung pada testosteron. Dalam kes ini, rawatan hormon tidak memberikan kesan. Oleh yang demikian, rawatan hormon bukan sesuatu langkah yang sempurna untuk merawat kanser prostat, tetapi ia merupakan satu langkah penting dalam rawatan kanser prostat yang sudah teruk.

5. Rawatan kemoterapi

Menggunakan bahan kimia untuk memusnahkan atau menghentikan pertumbuhan sel-sel kanser. Ia menahan sel-sel daripada membiak dan ini memberhentikan ketumbuhan dan menahan dari merebak.

Rawatan kemoterapi mempunyai banyak kesan sampingan jika dibandingkan dengan terapi hormon. Oleh yang demikian, kemoterapi hanya ditawarkan kepada pesakit kanser prostat yang tidak bergantung kepada hormon untuk membiak.

- Dr. Sulaiman Tamanang ialah Pakar Radiologi dan Perubatan Nuklear di Pusat Kebangsaan Kanser, Kuala Lumpur. Beliau juga merupakan salah seorang daripada ahli MayFirst Health and Wellness Council (MHWC), panel pakar yang ditubuhkan oleh syarikat MayFirst Gold Sdn. Bhd., dengan matlamat meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kanser prostat, melalui kempen CEgah KAnser Prostat (CEKAP).

Sebarang soalan mengenai kesihatan prostat anda dan juga kanser prostat bolehlah dihantarkan melalui e-mel ke alamat: kesihatan@utusan.com.my.

Syd Publish time 9-4-2007 10:56 AM

Soal jawab pembaca

Kerap kencing malam, tersekat-sekat

Doktor,
SAYA berumur 25 tahun mempunyai beberapa kemusykilan berkaitan kesihatan prostat saya. Saya tidak pasti adakah saya sihat atau sebaliknya. Antara masalah-masalah saya itu adalah seperti sukar kencing, kencing tersekat-sekat dan kerap kencing malam. Kadangkala semasa membuang air kecil, saya terasa sakit dan terpaksa mengambil masa yang lama untuk membuang air kecil.

Selain itu, paha hingga kaki ada ketikanya mengalami kejang atau seperti sakit urat. Pinggang saya juga terasa sakit termasuklah kadangkala sakit semasa berjalan. Saya juga mengalami sakit leher, bahu dan seluruh pergelangan sendi.

Saya pernah membaca berkaitan masalah kanser prostat dan daripada apa yang saya fahami, tanda-tanda awalnya adalah seperti yang saya alami. Apakah langkah- langkah yang saya perlu ambil dan di manakah saya boleh mendapat rawatan.

Untuk makluman pihak tuan, saya datang daripada keluarga yang miskin dan tidak mampu membayar kos perubatan yang tinggi. Adakah kerajaan mempunyai sistem perubatan yang meliputi kanser prostat secara percuma? Kalau ada, bagaimanakah caranya? Perlukah saya membuat sebarang temu janji? Sekian, terima kasih.

Syd Publish time 11-4-2007 03:45 PM

Rawatan berbeza

Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN

Bergantung kepada punca masalah dan peringkat ED


LELAKI memang susah hendak dipujuk untuk menjalani pemeriksaan kesihatan, terutama apabila membabitkan soal 慿elelakian

Syd Publish time 12-4-2007 10:44 AM

Tidur siang boleh elak sakit jantung


LONDON: Sekumpulan penyelidik Greece mendakwa amalan tidur siang sekurang-kurangnya 30 minit, berkemungkinan besar dapat mengurangkan risiko kematian akibat penyakit jantung, terutamanya di kalangan lelaki muda.

Mereka mendakwa, tidur pada waktu tengah hari itu membantu individu lebih relaks dan sekali gus mengurangkan tahap tekanan mereka.

Kajian selama enam tahun itu mendapati, mereka yang tidur sekurang-kurangnya setengah jam tiga kali seminggu mencatat penurunan risiko sebanyak 37 peratus untuk kemungkinan mati akibat masalah jantung.

揟erbukti, tidur siang itu mengurangkan tekanan dengan keputusan lebih ketara di kalangan lelaki yang bekerja,

Syd Publish time 12-4-2007 10:45 AM

Yang ni plak, artikel ttg Ungku Aziz jaga kesihatan dia

Petua Ungku Aziz jaga kesihatan


PROFESOR Diraja Ungku Aziz sentiasa dihormati sebagai tokoh akademik terulung negara dan tidak hairanlah pelbagai pihak mendapatkan pandangannya mengenai isu seperti pembangunan ekonomi dan kecemerlangan universiti.

Pada usia 84 tahun, beliau yang lebih dikenali sebagai Pak Ungku, terus mengekalkan stamina fizikal dan minda, sesuatu yang jarang dimiliki orang sebaya umurnya.

Pemikiran Pak Ungku bukan hanya terhadap kepada isu ilmiah dan akademik, malah bekas Naib Canselor Universiti Malaya ini mempunyai gaya hidup sihat dan pandangan unik mengenai tabiat pemakanan orang Melayu.

Ikuti beberapa pandangan Pak Ungku mengenai senaman dan pemakanan yang bukan sekadar untuk ditatapi, malah boleh diamalkan mengikut kemampuan masing-masing.

Senaman

Pak Ungku berpendapat bahawa senaman mesti mengeluarkan peluh. Bersenam atau beriadah adalah rutin hidupnya. Ketika usia muda, beliau menjadikan angkat berat sebagai senaman dan kemudian berjoging satu atau dua jam. Kini sesuai dengan peningkatan usia, aktiviti berjoging digantikan dengan berjalan laju selama sejam setiap pagi.

Pemakanan

Aspek ini cukup dijaga oleh Pak Ungku. Beliau menyifatkan corak pemakanannya amat ringkas, iaitu tidak banyak makan gula, karbohidrat dan makanan berlemak. Apakah menu makanan Pak Ungku?

Sarapan - Cuma empat biji kurma dan ketika musim jambu air, buah tempatan ini menjadi pilihannya. Beliau juga makan epal dan cider epal yang disifatkannya amat baik untuk mengelakkan arthritis.

Makan tengah hari - Pak Ungku hanya makan sekali sehari. Beliau memilih hidangan ikan atau ayam dan sayur-sayuran, salad serta buah-buahan. Beliau cukup suka buah-buahan dan hingga kini, nanas yang sesetengah orang anggap sebagai 憈ajam

Syd Publish time 12-4-2007 10:48 AM

Kenapa lelaki mandul?
Oleh SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN

BERBULAN lamanya anda dan isteri mencuba, malah mungkin telah lebih setahun berlalu. Namun, sekali pun anda melakukan hubungan kelamin tanpa sebarang langkah kontrasepsi, pasangan anda tidak hamil juga.

Di manakah silapnya? Kemungkinan besar, ada sesuatu yang mengganggu usaha anda untuk mendapatkan zuriat.

Ketidaksuburan atau kemandulan bermaksud ketidakbolehan seorang wanita mengandung atau pada seorang lelaki, memulakan penghamilan dalam tempoh setahun.

Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Shah Alam, Selangor, Dr. Zamri Abdul Rahim berkata, kira-kira 60 peratus daripada kes pasangan yang mengalami masalah ini membabitkan faktor lelaki.

揝ebanyak 40 peratus daripada keseluruhan masalah kesuburan berpunca daripada lelaki manakala 20 peratus lagi adalah gabungan faktor lelaki dan wanita.

揔erana itulah apabila satu-satu pasangan itu mengalami masalah untuk mendapatkan anak, orang lelaki juga perlu menjalani pemeriksaan dan bukannya wanita sahaja,拻 katanya.

Menurutnya, kebanyakan lelaki yang mengalami masalah kemandulan tidak menunjukkan apa-apa tanda.

Sesetengah daripada mereka yang mempunyai gangguan hormon mungkin mendapat isyarat dari segi perubahan suara, pertumbuhan rambut yang ketara, pembesaran buah dada mahupun menghadapi kesukaran fungsi seksual.

Punca ketidaksuburan lelaki

- Kesukaran ereksi dan ejakulasi. Kira-kira lima peratus pasangan tidak subur berhubung rapat dengan faktor hubungan kelamin seperti gagal memperoleh atau mengekalkan ketegangan zakar, pancutan air mani pramatang, dalam jumlah yang kurang dan ke arah belakang serta, kerap melancap.

Kekerapan dalam melakukan hubungan seks memainkan peranan yang penting. Kajian mendapati, pasangan yang bersetubuh purata empat kali seminggu akan mengandung selepas enam bulan.

- Air mani yang tidak normal. Air mani yang terlalu tebal boleh menyukarkan sperma untuk bergerak ke trek reproduktif wanita.

- Varikosele. Kumpulan vena (pembuluh darah) yang mengembang dan bergumpal-gumpal (seperti vena varikos yang berbelit-belit pada kaki) di dalam skrotum (kantung zakar) disebabkan oleh darah yang tidak mengalir keluar dengan betul dari skrotum.

揂kibatnya - lebihan darah bertakung di dalam skrotum. Ini memberikan kesan yang negatif terhadap pengeluaran sperma.

揃agaimanapun, keadaan ini merupakan punca ketidaksuburan lelaki yang paling berpotensi untuk dirawat melalui pembedahan kecil pesakit luar,拻 kata Dr. Zamri.

Adalah dipercayai, hawa panas yang bertindak terhadap buah zakar dan saluran mani menyebabkan pembentukan benih tertindas.

Hawa panas boleh menindas pembentukan benih-benih khususnya bagi lelaki yang bekerja sebagai pemandu lori atau mereka yang perlu memandu beratus-ratus kilometer dalam cuaca panas.

Lelaki yang terdedah kepada radiasi misalnya seseorang yang mendapat rawatan kanser buah zakar juga boleh menjadi mandul ataupun menjejaskan kesuburannya.

- Kriptokidisme. Buah zakar yang gagal menurun ke dalam kantungnya, satu atau kedua buah zakar mungkin terletak di dalam perut.

Keadaan ini sering dikaitkan dengan kemandulan tetapi lebih penting lagi adalah kaitannya dengan kanser buah zakar.

- Penyakit-penyakit semulajadi seperti Sindrom Klinefelters di mana lelaki mempunyai buah zakar yang amat kecil dan tidak mampu mengeluarkan benih.

Terdapat juga penyakit yang menyekat saluran dan karung air mani atau pun saluran air kencing. Kerana itulah sesetengah lelaki dilahirkan dengan saluran air kencing yang terbuka pada sisi bawah zakar (hipospadias) atau atas (epispadias) sedangkan bukaan sepatutnya pada hujung zakar.

- Jangkitan yang terjadi ke atas buah zakar dan saluran air mani seperti beguk, tibi, penyakit-penyakit alat kelamin seperti gonorea dan siflis yang menyekat perjalanan benih daripada buah zakar ke karung air mani

- Ubat-ubatan tertentu juga boleh menjejaskan penghasilan sperma serta fungsinya. Sesetengah ubat boleh menyebabkan disfungsi ejakulasi.

Contohnya, ubat antikulat Ketoconazole, Sulfasalazine untuk merawat penyakit keradangan usus, Spironolactone (antihipertensi) dan Allopurinol, colchicine (gout).

Diagnosis

Seseorang lelaki itu dikatakan subur apabila buah zakarnya mengeluarkan sperma sihat yang mencukupi.

Sperma juga hendaklah dipancutkan dengan baik, terus ke dalam faraj wanita. Ujian ketidaksuburan lelaki bertujuan menentukan jika ada di antara proses-proses ini yang rosak atau lemah.

- Pemeriksaan fizikal meliputi pemeriksaan alat kelamin dan soalan-soalan berkaitan sejarah perubatan dan tabiat seksual

- Analisis air mani adalah penyiasatan terpenting bila bercakap mengenai kemandulan lelaki.

Doktor akan meminta contoh air mani untuk diperiksa, sebaik-baiknya didapati hasil pengeluaran sendiri (onani).

Air mani tersebut kemudiannya akan dianalisis di makmal dari segi kuantiti, warna, kehadiran jangkitan atau darah, sebarang kejanggalan rupa bentuk atau struktur serta pergerakan sperma.

Pengambilan contoh air mani mungkin perlu diulang terutamanya jika ia langsung tidak mempunyai benih, satu keadaan yang dikenali sebagai azospermia.

- Pemeriksaan lanjut biopsi buah zakar akan dilakukan sekiranya timbul keadaan ini (azospermia) di mana secebis tisu buah zakar akan diambil untuk kajian mikroskop. Pesakit akan dibius setempat.

- Ujian hormon, di mana darah pesakit akan diuji bagi menentukan tahap testostero serta lain-lain hormon lelaki.

Rawatan

揔ualiti air mani pesakit selalunya menunjukkan peningkatan selepas melalui rawatan ubat-ubatan seperti hormon dan antibiotik atau, prosedur pembedahan.

揝ementara itu, lelaki yang ketidasuburannya tidak diketahui punca (idiopatik) boleh melakukan beberapa perubahan gaya hidup bagi tujuan yang sama, meningkatkan analisis air mani,拻 kata Dr. Zamri.

Lelaki dengan analisis air mani yang lemah dan tidak boleh dirawat atau sebabnya tidak diketahui masih mempunyai pilihan untuk mendapatkan anak melalui teknologi reproduktif yang dibantu oleh makmal.

Antaranya, yang paling popular adalah persenyawaan in-vitro (IVF) atau suntikan sperma intrasitoplasmik (ICSI) dengan menyuntik sperma tunggal secara langsung ke dalam telur.

Perubahan gaya hidup dan saranan umum

- Pakailah seluar dalam atau pita untuk mengikat stoking (suspender) yang longgar sahaja kerana penggunaannya yang amat ketat juga boleh menindas pembentukan benih-benih lelaki.

Seluar dalam yang ketat menyebabkan buah zakar melekat pada badan, yang mana sukatan suhunya adalah lebih panas daripada buah zakar.

- Selepas pulang dari bekerja, rendam buah zakar dalam air sejuk sekurang-kurangnya 10 minit. Amalan ini dipercayai boleh meningkatkan bilangan benih

- Lakukan hubungan kelamin pada waktu isteri tengah subur adalah penting umumnya pada hari ke-14 selepas hari pertama datang bulan

- Berhenti merokok. Merokok menyebabkan 23 peratus penurunan dalam pekatan sperma dan 13 peratus kemerosotan dari segi pergerakan sperma

- Elakkan penggunaan pelincir faraj kerana kebanyakannya boleh menyebabkan keracunan sperma, terutamanya pada waktu-waktu subur wanita

- Bersenam. Senaman seperti aerobik membantu meningkatkan tahap testosteron, seterusnya mendorong kepada penghasilan sperma yang meningkat

- Hindari suhu panas yang boleh menyumbang kepada pengeluaran sperma terjejas

- Makan makanan berzat yang mengandungi pelbagai jenis vitamin. Sesetengah pakar berpendapat bahawa vitamin E boleh memperbaiki daya kesuburan seseorang lelaki walaupun belum terbukti kesahihannya.

Syd Publish time 24-4-2007 12:40 PM

Ramai lelaki tidak sedar andropaus
Oleh Hidayah Mohammad


MENOPAUS sering menjadi isu bagi wanita yang menginjak usia setengah abad. Malah, ada lelaki lelaki menjadikan masalah itu bahan jenaka bagi mengusik wanita. Hakikatnya, lelaki juga akan melalui fasa sama yang dikenali sebagai andropaus.

Bezanya, jika wanita mulai menunjukkan gejala menopaus pada penghujung usia 40-an, lelaki pula akan mengalami andropaus mulai usia 40 tahun, lebih awal daripada wanita. Meskipun ada pelbagai gejala dapat dilihat apabila lelaki mulai mengalami masalah itu, masih ramai yang tidak mengetahuinya kerana menganggap hanya wanita menghadapi masalah penuaan.

Pengarah Perubatan Organon AB, Prof Madya Dr Richard Lindgren, berkata antara gejala andropaus ialah keinginan seks yang semakin rendah, kurang bertenaga sehingga boleh menyebabkan kehilangan mood dan kehilangan kekuatan fizikal.

揔ajian mendapati tujuh peratus lelaki di dunia yang berusia antara 40 hingga 60 tahun berada pada bawah paras normal kandungan hormon atau hypogonadol, sementara pada peringkat usia 60-an hingga 80-an seramai 20 peratus akan mengalami masalah berkenaan,

Syd Publish time 21-5-2007 09:26 AM

Mitos kanser prostat
Oleh: DR. SULAIMAN TAMANANG

PELBAGAI mitos tentang penyakit prostat dan kanser prostat wujud akibat kurangnya kefahaman orang ramai terhadap gejala ini. Mitos-mitos ini bukan sahaja memberi gambaran yang tidak tepat tentang kanser prostat, malah juga berupaya mengelirukan orang ramai.

Artikel ini akan cuba memperbetulkan persepsi dan tanggapan orang ramai tentang kanser prostat dengan meneliti mitos-

mitos popular mengenai kanser prostat.

Mitos 1: Kanser prostat merupakan penyakit orang tua. Orang ramai beranggapan bahawa hanya orang lelaki yang berumur 65 tahun ke atas akan menghidapi kanser prostat.

Mitos ini tidak benar kerana walaupun mereka yang berusia 65 tahun ke atas lebih besar kebarangkalian akan menghidapi kanser prostat, ia juga pernah dikesan pada kaum lelaki yang lebih muda. Walau bagaimanapun, peratusan orang muda yang menghidapi kanser prostat adalah rendah.

Namun demikian, seandainya seseorang lelaki mengesyaki dirinya mempunyai gejala- gejala kanser prostat, adalah disyorkan supaya menjalani pemeriksaan agar dapat mengenal pasti masalah tersebut supaya tidak berlanjutan.

Masalah-masalah berkaitan dengan kelenjar prostat yang lain seperti pembengkakan kelenjar prostat boleh mengakibatkan kanser prostat pada hari tua nanti, oleh sebab yang demikian pemeriksaan yang rapi adalah perlu.

Mitos 2: Setiap kanser ada tanda-tandanya.

Jika anda telah mengikuti lima siri artikel terdahulu tentang kesihatan prostat ini, maka anda akan tahu bahawa simptom kanser prostat sering kali disalah anggap sebagai tanda usia tua.

Kanser prostat di peringkat awal selalunya tidak menunjukkan gejala-gejala yang ketara, dan hanya dapat dikesan atau disedari apabila sudah terlambat iaitu apabila kanser tersebut sudah memasuki tahap kritikal. Sekiranya anda berumur 50 tahun ke atas, anda digalakkan menjalani ujian antigen spesifik prostat (PSA) tiap-tiap tahun.

Mitos 3: Sekiranya saya menghidapi kanser prostat, saya mesti menjalani pembedahan atau rawatan kemoterapi.

Prostatektomi ataupun pembedahan untuk mengeluarkan kelenjar prostat merupakan salah satu rawatan popular untuk mengelakkan kanser prostat merebak ke bahagian-bahagian badan atau organ lain.

Namun begitu, bukan semua pesakit memerlukan pembedahan. Keputusan untuk membuat pembedahan bergantung kepada usia pesakit, tahap kanser dan sikap pesakit terhadap kesan sampingan pembedahan tersebut.

Contohnya, jika penghidap kanser prostat berumur 70 tahun juga merupakan penghidap penyakit kencing manis, kaedah pembedahan mungkin bukan penyelesaian terbaik. Ini kerana jangka hayat seseorang yang berusia 70 tahun hanya sepuluh tahun.

Sekiranya pesakit tersebut berumur 50 tahun dan kanser tersebut telah dikenal pasti hanya menjangkiti kelenjar prostat, prostatektomi mungkin menjadi pilihan rawatan terbaik. Lelaki 55 tahun dan sihat tubuh badan, pembedahan merupakan pilihan terbaik.

Doktor akan meneliti setiap kes secara individu dan memberi nasihat rawatan yang seharusnya dijalani oleh pesakit tersebut kerana setiap individu adalah berlainan.

Rawatan yang disyorkan oleh doktor bergantung kepada keseriusan kanser, bagaimana kesan kanser tersebut ke atas badan dan kesihatan individu, dan keadaan fizikal pesakit.

Mitos 4: Saya akan mati pucuk atau mengalami masalah ereksi jika menjalani rawatan kanser prostat.

Hal ini tidak selalunya benar, namun besar kemungkinannya. Hampir separuh daripada jumlah lelaki yang menjalani rawatan kanser prostat seperti kemoterapi mengalami masalah mati pucuk atau ereksi/disfungsi ereksi (ED).

Namun begitu, ada juga lelaki yang tidak mengalami apa-apa masalah langsung berikutan rawatan. Ada kalanya, masalah ereksi ini hanyalah sementara dan pesakit akan pulih seperti sediakala dalam masa setahun atau lebih, bergantung kepada individu.

Mitos 5: Sekiranya menghidapi kanser prostat, kehidupan sosial dan aktiviti seharian saya akan terjejas.

Jika seseorang sedang menjalani rawatan untuk kanser prostat, itu tidak bermakna individu tersebut tidak boleh menjalani kehidupan seperti biasa. Kebanyakan pesakit kanser prostat menerima rawatan secara pesakit luar di hospital atau klinik.

Penyelidikan juga telah bertambah maju khasnya dalam menghasilkan ubat-ubatan yang dapat membantu seseorang penghidap kanser mengawal kejadian loya semasa menjalani rawatan.

Hasilnya, ramai yang menjalani rawatan seperti kemoterapi mampu menjalankan aktiviti seharian tanpa gangguan. Walau bagaimanapun, aktiviti-aktiviti tertentu seperti pemakanan dan diet perlulah diberi perhatian yang lebih.

Mitos 6: Masalah pembesaran kelenjar prostat - Hiperplasia Prostatik Benigna (BPH) akan membawa kepada berlakunya kanser prostat.

BPH tidak selalunya mengakibatkan kanser prostat, walaupun simptom awalnya seperti kerap membuang air kecil adalah serupa dengan simptom kanser prostat.

Mitos 7: Hanya mereka yang mempunyai sejarah keluarga kanser prostat akan menghidapinya.

Hanya 15 peratus daripada pesakit kanser prostat mempunyai sejarah ahli keluarga yang pernah menghidap kanser prostat. Kajian menunjukkan bahawa kanser prostat mungkin diwarisi melalui kromosom X, iaitu melalui wanita.

Oleh yang demikian, anak-anak lelaki kepada ibu yang menghidapi kanser payudara ataupun adik beradik perempuan, mempunyai kebarangkalian menghidapi kanser prostat yang lebih tinggi. Namun begitu, kajian ini tidaklah konklusif kerana sejarah keluarga yang kuat.

Mitos 8: Onani meningkatkan kebarangkalian menghidapi kanser prostat.

Ada kajian yang dilakukan yang menyatakan bahawa aktiviti seksual yang kerap meningkatkan kebarangkalian menghidapi kanser prostat. Ada juga kajian yang menyatakan bahawa lelaki yang kerap memancutkan air mani/berejakulasi juga mempunyai risiko kanser prostat yang lebih tinggi.

Namun begitu, sehingga hari ini, tiada keputusan muktamad yang membuktikan dakwaan-dakwaan tersebut. Kaum lelaki seharusnya mengekalkan gaya hidup sihat dan mengamalkan diet tinggi serat di samping mengurangkan pemakanan daging merah yang berlebihan.

- Dr. Sulaiman Tamanang ialah pakar Radiologi dan Perubatan Nuklear di Pusat Kebangsaan Kanser, Kuala Lumpur. Beliau juga merupakan salah seorang daripada ahli MayFirst Health and Wellness Council (MHWC), panel pakar yang ditubuhkan oleh syarikat MayFirst Gold Sdn. Bhd. untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kanser prostat, melalui kempen CEgah KAnser Prostat (CEKAP).

Syd Publish time 13-6-2007 12:37 PM

50 peratus ketidaksuburan berpunca daripada lelaki
Oleh Hafizah Iszahanid (hafiza@nstp.com.my)


Pasangan berusia lebih 30 tahun perlu segera dapatkan nasihat doktor, jalani rawatan jika gagal dapat anak

DALAM kebanyakan kes ketidaksuburan, 50 peratus masalah berpunca daripada suami. Daripada 10 lelaki tidak subur yang mendapatkan rawatan, dua daripadanya langsung tidak memiliki sperma dalam air mani.

Pakar Perunding Urologi, Institut Urologi dan Nefrologi, Hospital Kuala Lumpur, Dr Murali Sundram, berkata biasanya 90 peratus pasangan yang baru berkahwin akan memperoleh zuriat dalam tempoh setahun, tetapi antara 10 hingga 15 peratus berhadapan dengan masalah ketidaksuburan.

揓ika umur kedua-dua pasangan kurang daripada 30 tahun, mereka tidak perlu dirawat, sebaliknya boleh terus mencuba untuk hamil dalam tempoh dua tahun selepas berkahwin. Bagaimanapun, kalau sudah berusia lebih 30 tahun dan selepas setahun tidak boleh hamil, cepatlah berjumpa doktor,

Syd Publish time 24-6-2007 04:49 PM

Lelaki! Awasi kanser payudara
Oleh: SHAFINAZ SHEIKH MAZNAN


http://www.utusan.com.my/pix/2007/0624/Utusan_Malaysia/Kesihatan/kn_01_big.jpg
BERJUMPALAH dengan doktor jika terdapat perubahan pada payudara seperti ketumbuhan yang membesar dari bawah puting susu.
--------------------------------------------------------------------------------

RAMAI orang berpendapat bahawa kanser payudara adalah penyakit eksklusif wanita. Tetapi, tahukah anda kanser di duktus susu itu turut menyerang kaum lelaki? Walaupun wanita adalah 100 kali lebih cenderung mengalami kanser payudara tetapi mana-mana lelaki sekalipun boleh menghidapinya.

憫Lelaki mempunyai tisu payudara yang jauh lebih sedikit berbanding wanita namun mereka juga mempunyai sel-sel payudara yang boleh mengalami perubahan berkanser. Yang berbeza cuma bilangan duktus dan lobul yang sedikit dan tidak membesar berbanding wanita.

憫Kebiasaannya kanser payudara lelaki ini lambat dikesan. Anggaran masa di antara simptom pertama dan diagnosis adalah 19 bulan atau lebih setahun setengah. Ini mungkin kerana orang tidak menyangka kanser payudara akan menyerang lelaki dan kerana itu sedikit atau tiada langsung pengesanan awal dibuat,
Pages: [1] 2
View full version: Kesihatan Lelaki : Artikel (Pelbagai)


ADVERTISEMENT