ummiauni posted on 7-3-2007 08:25 PM

SEK REN AGAMA INTEGRASI (SRAI)

Assalamualaikum..
Ader sesiapa ahli forum di sini yang menghantar anak2 ke sek ren agama integrasi? Samaada di seksyen 19 shah alam atau mana2 lah. Sekolah ini paginya belajar akademik dan th sambung utk KAFA. Saya nak tahu prosedur kemasukan pelajar ke sekolah tersebut. Kalau ade apa2 info tolong bagaitau yee...

[ Last edited by  ummiauni at 12-3-2007 06:06 PM ]

mamalija posted on 12-3-2007 02:23 PM

sebelum tuh ..sek intergrasi ni yang swasta kan ..  bukan sekolah agama kerajaan biasa kaan...

mama hantar sekolah intergrasi kat Kota Kemuning....Kalau tak masuk Qiraati yuran dia RM70, kalau masuk Qiraati Rm100. Tak de prosedure khusus ..just register nama n bayar yuran. mama pilih intergrasi dan bukan kerajaan biasa,kerana di sini student tak lah ramai sesangat mcm sekolah agama kerajaan tuh which macam sekolah kebangsaan biasa... jadi tumpuan tuh lebih kerana bil student per kelas lebih kurang 15-20 jer. tu pun kira dah ramai sangat.  Alhamdulillah, 3 bulan pertama dah boleh hafal beberapa doa. dia ada subject hafazan di mana ayat ayat untuk solat di suruh hafal. Untuk mengenal, di ajar dalam Qiraati

ummiauni posted on 12-3-2007 06:05 PM

Originally posted by mamalija at 12-3-2007 02:23 PM
sebelum tuh ..sek intergrasi ni yang swasta kan ..  bukan sekolah agama kerajaan biasa kaan...

mama hantar sekolah intergrasi kat Kota Kemuning....Kalau tak masuk Qiraati yuran dia RM70, kalau ...

Thakns mama. Tapi yang ummi maksudkan (SRAI) tu sekolah di bawah kelolaan JAIS dan guru2nya adalah guru dari kementerian pelajaran. Pagi sekolah rendah (akademik) dan lepas zohor dia org akan sambung sekolah agama KAFa. Tapi apa2 pun terima kasih di atas info dr mama.

mamalija posted on 14-3-2007 05:06 PM

hmm... Sekolah Intergrasi ni org panggil KAFA lah kan... mama tak tahu lah ustaz n ustazah dr kementerian tp buku2 teks dan rujukan memang r jabatan agama islam selangor.........

KAFA ni ada yg dia buat kat sekolah rendah biasa which dia tumpang sekolah... ada yg dibuat kat surau2... dan ada yg di buat di bangunan tertentu macam kawasan shop lots...hr tuh ada dgr yg KAFA nak tumpang kat sekolah ren Bukit Rimau tp pengetuanya cakap belum ada balck n white...tu sebab mama hantar kat K. Keminuning.......

Ummi belum hantar anak ke KAFA ker?  Better hantar.. maybe penat skit pada budak but tk rugi kalau hantar .. mula2 memang budak kompen penat, tp lama they get used

ThousandIsland posted on 16-3-2007 10:19 AM

setau aku kalau sekolah yg kat 19 shah alam tu ada test nak tentukan tempat cos ramai sgt org nak register kat situ. tu yg derang terpaksa buat pemilihan.
kalau anak memang islamic kindi rasanya boleh buat kot test dia..
rasanya kat situ pun ada tadika sekali. Taski ABIM namanya..

ummiauni posted on 16-3-2007 09:16 PM

Originally posted by mamalija at 14-3-2007 05:06 PM
hmm... Sekolah Intergrasi ni org panggil KAFA lah kan... mama tak tahu lah ustaz n ustazah dr kementerian tp buku2 teks dan rujukan memang r jabatan agama islam selangor.........

KAFA ni ada y ...

mama..anak ummi tahun nih baru 6 tahun. Survey utk next year. Tq 4 that info.

ummiauni posted on 16-3-2007 09:17 PM

Originally posted by ThousandIsland at 16-3-2007 10:19 AM
setau aku kalau sekolah yg kat 19 shah alam tu ada test nak tentukan tempat cos ramai sgt org nak register kat situ. tu yg derang terpaksa buat pemilihan.
kalau anak memang islamic kindi rasanya ...

Yesss..sekolah inilah yang daku maksudkan....memang kena exam sebelum masuk sekolah nih. Cuma nak tahu apa lee diaorng punye soklan...:C

nurkasih74 posted on 18-3-2007 03:09 AM

selalunya nak masuk sekolah agama integrasi yang dimaksudkan tu..exam dia mcm baca surah2 lazim...al-fatihah of course n a few others..pastu test tulisan jawi gak kot....kata kawan saya, bukan takat anak jek di interview..mak bapak pun sekali..i wish i blh hantar ke sekolah camtu...tgh dilemma ni sbb sekolah mcm tu kat my area takde..plg dekat kat gombak..kalo nak hantar pagi2..aduhlaaa...dgn jemnya...tapi kalo betul nak memang bole kot..sapa2 tau psl sek integrated islamic school kat kota damansara tu? bape ye fees dia?

ummiauni posted on 19-3-2007 06:03 PM

Originally posted by nurkasih74 at 18-3-2007 03:09 AM
selalunya nak masuk sekolah agama integrasi yang dimaksudkan tu..exam dia mcm baca surah2 lazim...al-fatihah of course n a few others..pastu test tulisan jawi gak kot....kata kawan saya, bukan ta ...

Ohh iye ker? Nampak gayanya mak n ayahnye pun nak kena standby gak leee...nanti malu company oiii...anak lulus interview, mak bapak fail :lol:

nur, sek kat kota damansara tu apa napenya? Sekolah Agama Al Faizin ker? Kalau iye nanti kite bagi info. Sebab ader kawan hantar anak kat situ.

[ Last edited by  ummiauni at 19-3-2007 06:05 PM ]

adnil posted on 20-3-2007 11:32 AM

i dok kat kota damansara, a couple of our friends sent his kids kat iiskd tuh, but recently, they withdrew their kids and enrolled them in normal national school.  the reason is mutual .. tak berbaloi bayar memahal kat situ and no good result on the kids education.
dulu i hantar anak kat setiabudi uia tak yah interview bagai ... i think same goes to adni, tapi there is one islamic school (yg ada kat gombak & keramat) tu memang kena buat placement test, iqra' kena dah habis, tau jawi, mak pak kena interview... sampai aku cakap kat dia, so yg kurang pengetahuan nih kira tak de peluang ler nak masuk yea???

ummiauni posted on 23-3-2007 05:39 PM

Originally posted by <i>adnil</i> at 20-3-2007 11:32 AM<br />
i dok kat kota damansara, a couple of our friends sent his kids kat iiskd tuh, but recently, they withdrew their kids and enrolled them in normal national school.  the reason is mutual .. tak ber ... <br />

Setahu ummi lah, kalau mana2 sekolah yg nak interview biasanya sekolah nih nak jaga pretasi akademik. Bukannya peluang ke sek begitu utk yg tak ader pengetahuan. Semalam pergi survey kat SRAI Shah Alam tu...tengok diaorg punye results UPSR 2006 drp 124 org pelajar, 24 org yg dapat 5A. Yang paling teruk 1 org dapat 1A...Macam nak masuk ke MRSM / Sek Sains lee...pelajar2 perlu menghadiri exam dulu. Betul tak....

Shahir posted on 3-4-2007 10:05 AM

Originally posted by ummiauni at 12-3-2007 06:05 PM


Thakns mama. Tapi yang ummi maksudkan (SRAI) tu sekolah di bawah kelolaan JAIS dan guru2nya adalah guru dari kementerian pelajaran. Pagi sekolah rendah (akademik) dan lepas zohor dia org aka ...

Anak saudara saya gi SRAI ni. Yg kat Sg Cincin, Gombak tu.
Dan mmg kena gi exam sblm dapat masuk ke sklh ni.

mix_chinese posted on 4-4-2007 11:10 AM

Anak kawan liz ada. Mahal gak kosnya.

hasmania posted on 12-4-2007 10:22 AM

aku dok kat Putrajaya ada Sek Ren Agama Intergrasi............atau KAFA tapi tumpang kat sebuah surau......memanglah masa memula tu ada test....baca alfatihah, doa, tulisan jawi sebab nak tentukan kelas mana yang sesuai.....pendaftaran RM 170.00 bulanan plak Rm 30.00 sebulan bayaran mengaji plak lain Rm 20.00..........yang aku tak suka dengan KAFA ni cuma tahun satu sahaja ada tempat duduk dan meja  yang lain-lain tu kena duk atas lantai simen....dah le lantai simen kalau leltak tikar tak apa lah jugak ini lantai kering tu jek... dan pakai meja lipat gitu.....lepas tu plak disebabkan tumpang surau guna dinding plastik je kiri kanan...kalau time hujan kasihan bebudak basah kena hujan..............ingat tahun depan nak tukar lah dia masuk KAFA kat sekolah...tapi tu masalahnya plak KAFA tu plak hanya ada dua hari jek seminggu !!!!!!!!

!!!!!!!!!!:mad: :mad: aku lagi pelik duduk kat Putjaya yang cangih begini kat sini tak ada sebuah sekolah agama kerajaan..........yg ada cuma sek ugama swasta dan KAFA INTERGRASI yang tadi

cubajaya posted on 11-11-2007 09:29 AM

Ada ke sesiapa lagi yg ada experience dgn SRAI ni. Saya pun ingat nak masukkan anak kat SRAI shah alam nanti tapi tulah risau apa exam dia nak bg. next year my son 5 tahun so nak prepare awal2. Kat rumah tu dahlah xde islamic kindy sbb tpt baru, yg ada krista jek...risau jugak. Tp ada jugak ajar agama, cuma x sure nak masuk SRAI ni ke khatam iqra ke. Kalau ada sesapa yg ada experience lagi bolehlah share. TQ TQ

ThousandIsland posted on 12-11-2007 03:27 PM

Reply #15 cubajaya's post

kalau dah cam tu tadikakan anak kat situ.
kat situ rasanya ada taski ABIM.
cuba pi tanya..

ThousandIsland posted on 12-11-2007 03:28 PM

Reply #15 cubajaya's post

kalau dah cam tu tadikakan anak kat situ.
kat situ rasanya ada taski ABIM.
cuba pi tanya..

toink77 posted on 3-1-2008 02:16 PM

Saya pun tengah mencarik info tentang sekolah integrasi agama sama ada yang JAIS punya atau private.  Cadang2 nak masukkan anak darjah satu ke situ tahun 2009.  Saya ada call Sekolah Integrasi Islam Masjid darul Ehsan (SRIIMDE), Subang Jaya.  Monthly fee RM280, registration fee RM560.  Waktu sekolah camni 8 am - 4 pm.  Pagi belajar ikut sistem KBSR, petang pulak ikut kurikulum JAIS.  Sekolah ni private. Entrance exam will be conducted in August / September. Exam termasuk BM, BI, maths, jawi, iqra'.  For more information visit http://www.simde.edu.my.  Exam UPSR baru2 ni, 22 orang dapat 5A, 14 orang dapat 4A 1B. tapi lupa lak nak tanya, out of berapa number of candidates..

kat Shah Alah, ada sekolah yang bagus dan ramai my colleagues hantar anak2 ke situ.  Nama sekolah tu Al-Hira'.  I tengok anak2 my colleagues mmg mengkagumkan.  Jenis yang hobi pegi buat performance nasyid, gi Qiyamullail dgn kawan2.  Sembahyang, akhlak semua mmg mengkagumkan.  Salah sorang tu anak dia dah habis sekolah dah dan dah Tahfiz pun.  Academic wise pun very good.

sribayu posted on 8-1-2008 02:25 PM

Reply #18 toink77's post

Toink77, sekolah Al-Hira' ni kat seksyen berapa ye? Ada full address tak?

toink77 posted on 8-1-2008 04:22 PM

Reply #19 sribayu's post

Sekolah Rendah Islam Hira' Shah Alam
No 8, 9, 10, 12, 14 Jalan Raja Kota Muda 27/M, Shah Alam
website http://iphira.tripod.com/hira_sa/srih/main.htm

Some additional info on Hira', monthly fee is RM 250. School hours, 7.45 am - 2.45 pm.

I pun nak gi sekolah Hira' ni tapi tak sempat2 lagi.  kalau Sribayu gi survey, sharelah information kat sini ek.

sribayu posted on 9-1-2008 08:50 AM

Reply #20 toink77's post

Thanks for the info. Insyaallah.. kalau i pergi tengok boleh share info kat sini.

aziiemy posted on 11-2-2008 03:24 PM

sekolah hira' ni memang bagus.. my fren mengajar kat hira.. tapi yg klang punya.. some parents prefer  yg kat klang pasal proper school..  yg kat sek 27 ni kalau tak silap still kat shop lot..

kalau rajin boleh tengok kat sini.. senarai SRI dan SMI
www.musleh.com.my

liya71a posted on 21-2-2008 03:10 PM

Sek Agama Tinggi Al-Rahman dekat Bandar Tun Hussein Onn, fully integrasi start from std 1 - form 5.
anak i hantar situ from std 2, now std 3. Consider as bagus sebab cikgu one to one, and ada hafazan plus academic. Dia dari corot dah jadi 2nd in class. Berkat doa guru2.

nor5014 posted on 18-3-2008 03:07 PM

Salam semua,


Nak tanya kepada sesapa yang tau@ada maklumat :

1. Apa perbezaan antara Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) dengan Sekolah Rendah Agama?

2. Apa syarat2 nak masuk sekolah2 ni? Kalau SRAI kena ambik test kemasukan kan? Test tu macam mana?

kalau ada info2 lain yang penting, boleh juga share erk.

Tqs.

OraNewID posted on 19-3-2008 12:54 PM

Originally posted by liya71a at 21-2-2008 03:10 PM http://forum6.cari.com.my/images/common/back.gif
Sek Agama Tinggi Al-Rahman dekat Bandar Tun Hussein Onn, fully integrasi start from std 1 - form 5.
anak i hantar situ from std 2, now std 3. Consider as bagus sebab cikgu one to one, and ada ha ...

Liya...

Boleh bg details of the subjek yg diajar di sana? And berapa fee nya? Nak masuk perlu test ke?
Page: [1] 2 3
View full: SEK REN AGAMA INTEGRASI (SRAI)