ariesgirlz81 posted on 14-10-2003 01:16 PM

[MERGED] -- Hair loss/kelemumur/kulat/beruban/rambut luruh

how to prevent and treatment.....

[ Last edited by  amazed at 4-1-2009 03:30 PM ]

azaleena posted on 14-10-2003 02:36 PM

seminggu sekali pakai santan ..selama 2-3 jam .. pastu syampoo

glump posted on 15-10-2003 01:55 PM

cara simple :jumpa doctor..nanti dpt ubat kena pakai seminggu 2x jer sbb ubat nie kalau pakai hari2 rambut jadi keras.atau gi farmasi..utk special syampoo for dandruff..harga dia RM26.20 kat Gurdian.
atau cara traditional pakai santan atau limau nipis.

Acong posted on 15-10-2003 02:03 PM

terlampau kerap cuci rambut pung boleh sebabkan kelumumur. kekurangan garam mineral zinc pung boleh sebabkan rambut mudah putus atau gugur. :D

liessa posted on 15-10-2003 02:48 PM

er..nak menyelit ni..
rambut liessa kalau tak dicuci hari2 mesti gatal giler la..pastu effectnyer rambut byk gugur....camner yerk!!:re:

DARSITA posted on 16-10-2003 07:33 AM

buat macam ni ..

ambil daun bunga raya .. basuh bersih lepas tu ramas ramas dalam air. Sapu atas kepala rata rata. biarkan 15 min lepas tu cuci. Ada kawan sekolah saya rambut dia menipis sebab banyak gugur .. tapi lepas buat air daun bunga raya ni, rambut dia tebal dan hitam sangat.
================

Kalau rajin masa pakai coditioner tu urut kulit kepala kita. Sikat rambut jangan
pakai plastik biasa (yang mata dia rapat) pakai yang jarak gigi dia jarang sikit (sebab tak lukakan kulit kepala) kalau boleh beli sikat yang lembut gigi dia.

Ada vitamin utk rambut ..tapi saya tak pernah try (mungkin bagus utk orang lain).

=====
dulu masa di Malaysia saya pakai minyak santan keluaran mustika ratu. Sebelum tidur saya sapu rambut saya dengan minyak ni lepastu pakai penutup kepala (shower cap)  .. paginya saya cuci bersih bersih.

=====

Itu sahaja.

=====

niceaniesz posted on 16-10-2003 12:04 PM

santan is d bes remedy so far that ive tried, guna conditioner meks my hair gugur...n kelemumur betambah....to moisten it plak, olive oil pun okies....
tapi kalu da guna santan, rambut sure moisten n bekilat minyak nya......tapi takut tak tahan baula kan...jgn luper rinse it w air suam....

mustika ratu tu minyak cencemen ke...kalu meinyak cencemen tuh, wangi

Isaura posted on 16-10-2003 03:29 PM

Originally posted by azaleena at 14-10-2003 02:36 PM:
seminggu sekali pakai santan ..selama 2-3 jam .. pastu syampoo
betul ke.. boleh cuba..:2lol:

DARSITA posted on 17-10-2003 01:22 AM

Originally posted by azaleena at 14-10-03 03:36 AM:
seminggu sekali pakai santan ..selama 2-3 jam .. pastu syampoo


Azaleena kalau santan yang dalam tin tu boleh tak?
Dekat sini tak ada santan fresh. Dalam tin tu banyaklah, made in Thailand. Satu tin baru $0.70 ..

ronnie posted on 17-10-2003 09:02 AM

Ronnie dapat tahu yang, kadang-kadang menginai rambut pun boleh menolong mengurangkan keguguran rambut....

ronnie posted on 12-11-2003 10:25 AM

Rambut gugur - ubat natural / tradisional ?

Kawan Ronnie minta tolong kalau sesiapa tau ubat semulajadi / tradisional untuk rambut gugur ? Dia umur 30 tahun, perempuan dan tak suka pakai ubat yang ada kimia sebab takut ada kesan sampingan. Dia takut jadi botak macam ====>:2cool: Terima Kasih banyak.

dewi posted on 13-11-2003 10:08 AM

guna ler aloe vera

tanam pokok lidah buaya /elovera tu peh tu tiap seminggu sekali / dua kali kalau rajin ... tenyeh kan jus2 aloe vera tu kat kulit kepala dan biar kan sampai kering kering elok nyer buh malam ler pagi leh ler basuh.

ronnie posted on 13-11-2003 01:30 PM

Thanks....nanti Ronnie cakap kat kawan...kesian, dia telah cuba macam2, tapi tak berjaya

ruhayah posted on 19-11-2003 01:59 PM

rambut gugur

Nak cuba cara aura healing.  Ianya ialah water therapy tak ada chemical.  Semua orang boleh minum.  Bagus untuk semua.  Sila hubungi saya ditalian 03-7727**** atau 012-224****.



NOTIS:
Sila jangan promote perkhidmatan atau barangan anda di sini! Sila gunakan bahagian classified CARI.com

[ Last edited by Acong on 19-11-2003 at 04:53 PM ]

ronnie posted on 20-11-2003 09:15 AM

Kawan saya sekarang sedang cuba minyak zaiton.

ctredzuan posted on 23-11-2003 06:13 PM

haaa.. minyak zaitun satu alternatif terbaik. lagi satu, orang tua cakap telur gondang, ntah pe ke gondang, yang duk dalam sungai. kena tanye org tue laa lagi detail hal telor ni,ok~!

Remy_3D posted on 22-2-2004 03:37 PM

Rambut luruh

Tuan Dr. Cheah yang dihormati,

boleh tak tuan doctor terangkan, apakah penyebab utama rambut luruh, dan apakah cara cara untuk mengelakkannya?

mbhcsf posted on 22-2-2004 04:29 PM

and ..

terangkan alopecia areata and alopecia totalis, please.TQ :bg:

ashy posted on 1-3-2004 11:05 PM

rambutku banyak gugur!

kepada ahli forumer dan doktor2 yang baik hati, sesiapa yg ada tips ke panduan ke, petua ke, cadangan produk berkesan yang boleh atasi masalah keguguran rambut, tolong la kongsi sikit dgn aku ....
plzzzzz aku bimbang semakin hari semakin botak!

kintan_too posted on 8-3-2004 12:11 PM

same le kite...

Originally posted by ashy at 19-02-2004 11:05 PM:
kepada ahli forumer dan doktor2 yang baik hati, sesiapa yg ada tips ke panduan ke, petua ke, cadangan produk berkesan yang boleh atasi masalah keguguran rambut, tolong la kongsi sikit dgn aku ....
...
kintan pun ada masalah yg sama, bila rambut dah panjang sikit, dah start gugur. banyak juga sampai takutlah kalau tengok.... risaulah. Dr. tolonglah kitaorang ni,...:(

widuri posted on 8-3-2004 04:36 PM

Originally posted by kintan_too at 8-3-2004 12:11 PM:

kintan pun ada masalah yg sama, bila rambut dah panjang sikit, dah start gugur. banyak juga sampai takutlah kalau tengok.... risaulah. Dr. tolonglah kitaorang ni,...:(


rambut aku pun sama.....tiap2 kali aku sikat...segengam rambut aku luruh....
risau gak aku....macam2 ubat dah makan...tak bleh gak....mcm2 syampu aku guna.....tak menjadik gak....skang nie rambut aku makin nipis....ader seksok botak gak aku nie...
bantu lah aku skali....

bherkk posted on 9-3-2004 09:47 AM

aku pun sama gak........

tp ada org kata kalau dah beranak pinak mmg mcm tu...nak-nak lagi masa time budak menyembur (lbh krg umur 1 thn laaa) nak tumbuh gigi lagilah rambut mak dia byk gugur....

boleh percaya ke teori tu????
atau sebab-sebab lain???

archilless posted on 9-3-2004 10:57 PM

rambut aku pun byk gugur.. aku rasa mungkin sebab 'male pattern baldness'.. kalau betul tak boleh nak buat apa.. harap2 bukan..

chempaka_ku posted on 11-3-2004 08:06 AM

semasa Chemp gunting rambut hari tu.....
tukang gunting tu bagi tau....kalau rambut terlalu panjang, akan berat.......
dan sudah cuci rambut atau steam, pores rambut terbuka jadi boleh simpan tonic dan prevent rambut dari gugur.....
dan satu lagi, jgn sikat dan belah rambut satu tempat saja, mesti tukar-tukar untuk avoid belah rambut tu nampak macam botak nanti....

ronnie posted on 11-3-2004 01:11 PM

Ronnie juga ada rambut gugur - sebagai perempuan, kadang2 nak tahu juga,

adakah disebabkan oleh hormon atau faktor lain ? Atau masalah kulit

kepala ? :malu:
Page: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full: [MERGED] -- Hair loss/kelemumur/kulat/beruban/rambut luruh