nazzad Publish time 10-6-2004 04:13 PM

Originally posted by gaban_spacecop at 10-6-2004 03:50 PM:
aik.... takkan takde org yg tahu cam na nak at least kurangkan kelumumur ni....

alahai kesiannya...cuma try masuk board beauty & fashion tips....

uda Publish time 10-6-2004 05:02 PM

Dah cuba Selson Blue ke? Kak uda dulu pun banyak kelomumur dan gugur rambut.Dah bermacam-macam shampoo pakai,last-last cuba selson blue. Lepas pakai shampoo ni,dah tak ada kelumumur,rambut tak gugur dan rambut jadi lembut.

Reign Publish time 11-6-2004 01:08 AM

cikgu aku cakap klu nk hilangkanye perahkan limau nipis kerambut masa mandi.

Nasreen Publish time 11-6-2004 10:30 PM

salam.

mmg mujarab guna limau nipis tapi ada yg tak tahan sbb pedih.alternatif kalau masih tak jumpa cara lain:
1. petua CAP: pukul 2 biji kuning telur dlm 1/4 cawan air suam.urutkan campuran tersebut ke kulit kepala dan rambut selama 5-10 minit.bilas (jgn guna air panas).untuk bilasan terakhir, campurkan air dgn +-1 sudu teh cuka.
2. saya pernah gunakan mayonaise yg dibuat sendiri.mmg mujarab tapi agak berbau dan rambut berminyak.resepinya saya dah lupa (boleh cari di internet).bahan2 yg digunakan cuma kuning telur, lemon dan minyak sayuran.saya belum pernah cuba menggunakan mayonaise di pasaran.kuning telur digunakan di sini sbb kandungan sulfurnya.

gaban_spacecop Publish time 13-6-2004 01:12 PM

thanks...

thanks kak uda , nasreen n nazzad....tapi satu lagi pertanyaan...kak uda pakai lagi ke selsun blue tu...pas tu saya dengar citer kandungan selsun blue tu yg ada bled menyebabkan kanser....

balqis_alleesya Publish time 14-6-2004 02:53 PM

pakai syampoo luxor...okey gak...

saayang79 Publish time 16-6-2004 11:46 AM

ade gak i gune selson blue...tapi kelumumur i same je...tak ilang pun...emmm..tak taunak gune apa lagi

NagaVillage Publish time 22-8-2004 07:02 AM

kalo kos kat Yun Nam.. smua full treatment RM 4000.... insya-Allah,berkesan... so.. tepuk poket.. tanya duit lerrr:p

Ekka Publish time 22-8-2004 10:54 AM

Kalau yang botak , boleh tak bagi tumbuh rambut ?

Selalu tengok iklan pasalrawatan untuk kepala botak di akhbar .

Tapi saya ragu-ragu keberkesannya sebab tengok banyak orang besar atau kaya

masih lagi dengan kepala sebahagiannya botak

contoh Menteri Luar MalaysiaTan Sri Hamid Albar tu.

rani Publish time 22-8-2004 02:00 PM

SEbagai supplemnt harian, ambil Coenzyme Q10, VItB dgn Zink, dan juga evening primrose oil. EPO bukan shj utk pompuan tapi lelaki pun boleh.

Dinasihatkan jangan cuba menggunakan atau campuran shampoo or hair tonic secara suka hati. Jika anda pasti hendak membeli suatu brand sila guna series dalam brand itu. example Hair Pro shampoo and Tonic. Tapi hair pro memang highly recommended. Disebabkan ubat tradisionalnya.

:setuju::setuju:

i cuma ambil B Complex dengan EPO je. memang keguguran rambut dah
tak macam dulu. sebelum ni, tiap2 pagi bangun tido penuh rambut atas
bantal. sekarang ....haaa.....legaaaa !

syampoo, pakai syampoo baby yg tak banyak sabun. tak pedihkan mater :nerd:

rani Publish time 22-8-2004 02:02 PM

Originally posted by Ekka at 22-8-2004 10:54 AM:
Kalau yang botak , boleh tak bagi tumbuh rambut ?

Selalu tengok iklan pasalrawatan untuk kepala botak di akhbar .

Tapi saya ragu-ragu keberkesannya sebab tengok banyak orang besar atau kaya ...

diaorg dah give-up kot. atau mungkin takde masa nak fikirkan semua tu.

meow_tompok Publish time 25-8-2004 01:29 PM

thank you for this info
many thanks also for forumer yg buka forum nie
mmg tercari-cari cara berkesan tuk mengubat rambut yg hampir botak
sib baik tak pergi yun nam, alamat makan ikan kering ler ....

Belimbing Publish time 25-8-2004 02:53 PM

Rambut nampak nipis aka semakin botak di depan mungkin ada faktor keturunan. Dari pengalaman sendiri, kalau rambut gugur bertompok, saya biasanya guna penyubur rambut Zindagi (mcm cerita hindi pulak), maklumlah jenis tak banyak duit nak gunakan yg mahal :cry: insyallah berkesan utk setakat ni.

jojack Publish time 30-8-2004 10:57 AM

Originally posted by Belimbing at 25-8-2004 02:53 PM:
Rambut nampak nipis aka semakin botak di depan mungkin ada faktor keturunan. Dari pengalaman sendiri, kalau rambut gugur bertompok, saya biasanya guna penyubur rambut Zindagi (mcm cerita hindi pula ...




Hi Belimbing.... Zindagi ni boleh dapat kat mana? harga berapa ya....

FadeD Publish time 30-8-2004 12:38 PM

Originally posted by NagaVillage at 2004-8-22 07:02 AM:
kalo kos kat Yun Nam.. smua full treatment RM 4000.... insya-Allah,berkesan... so.. tepuk poket.. tanya duit lerrr:p

dijamin berkesan ke??

Belimbingtm Publish time 1-9-2004 04:23 PM

Hai jojack,

sorry lambat jawab pasal ada masalah nak login :stp:(dah reg. lain)

Zindagi saya dapat kat Kelantan, harganya tak sampai RM30 utk dua jenis.

NagaVillage Publish time 5-9-2004 02:07 AM

Originally posted by FadeD at 30-8-2004 12:38 PM:


dijamin berkesan ke??

satu kes... adik saya sendiri try.. mmg berkesan.. tp adik saya prob rambut gugur&masalah kelemumur yg banyak.. alhamdulillah.. berkesan. cuma dia komplen rambut kering guna Yun Nam. kes kedua.. tanya Mutia (slh seorang dlm board cari.com nih juga), dia pun ada buat juga...TQ

jojack Publish time 14-9-2004 02:33 PM

hi Belimbing, tapi saya duduk kat Sabah.mana nak cari? minyak zam-zam tu boleh percaya ke?

Belimbingtm Publish time 14-9-2004 04:30 PM

Originally posted by jojack at 14-9-2004 02:33 PM:
hi Belimbing, tapi saya duduk kat Sabah.mana nak cari? minyak zam-zam tu boleh percaya ke?

Mungkin benda ni tak sampai ke Sabah, sebabnya kat KL pun tak jumpa nak cari. Minyak zam-zam? Kalau ditulisnya utk kesuburan rambut, tak salah rasanya utk dicuba (jangan ada rasa pening sudah)

jenab Publish time 16-9-2004 10:22 AM

Originally posted by rani at 16-3-2004 04:49 PM:


yes. tak rugi mencuba. macam Aily tonik tu cuma rm12 je. maybe ada lagi tonik2 jenama lain tapi so far i dah serasi dgn aily, malas la nak tukar2. kang botak balik kepala ni.
kintan, nak oder...


rani.. tanye skit bole? ape nama saloon yg jual aily tonik tu? saya pon ada masalah keguguran rambut yg mlampau jugak.. dah naik tensen memikirkan prambut nih... dan kebetulan saya dok kat segambut... boleh bagi nama saloon tu? nak pegi carik laa... tengkiu...
Pages: 1 2 3 [4] 5 6 7 8 9 10 11 12 13
View full version: [MERGED] -- Hair loss/kelemumur/kulat/beruban/rambut luruh


ADVERTISEMENT