Syd posted on 29-3-2007 10:31 AM

Pneumokokal

Kesihatan: Vaksin PCV7 elak kanak-kanak diserang Pneumokokal Oleh Halina Mohd Noor

Ramai tidak tahu penyakit sering menyerang si kecil boleh membawa maut

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/BHimages/29vaksin.jpg
BERBAHAYA: kanak-kanak yang menghidap demam panas
perlu pemerhatian teliti



http://avn.innity.com/avnvw.php?campaignid=1965&what=1408&n=7055476Tidak dapat dibayangkan apabila anak yang dilahirkan normal tiba-tiba bertukar cacat hanya disebabkan demam panas. Lebih trauma apabila anak yang awalnya diserang demam selsema terlantar di wad rawatan rapi dan akhirnya tanpa diduga meninggal dunia.

Pastinya ramai ibu bapa tertanya-tanya, bagaimana demam panas boleh menyebabkan sawan sehingga boleh berlaku cacat pendengaran, terencat akal atau mungkin membawa maut? Jawapannya, ia berpunca daripada penyakit pneumokokal.

Jangan salahkan diri anda kerana tidak tahu apa itu pneumokokal. Anda sebenarnya tidak keseorangan. Berdasarkan satu kajian yang dijalankan Wyeth Pharmaceuticals ke atas 2,000 ibu bapa di Asia mendapati, hampir separuh daripada responden tidak menyedari mengenai kewujudan penyakit itu.

Lebih menghampakan, ramai ibu bapa di Asia tidak menyedari bahawa penyakit yang meragut kebahagiaan anak kecil itu sebenarnya boleh dielakkan dengan sejenis vaksin yang dikenali sebagai Pneumococcal Conjugate Vaccine (PCV 7).

Pengarah Unit Penyakit Jangkitan Pediatrik Universiti Pusat Perubatan Soroka, Ron Dagan, berkata PCV7 adalah vaksin pertama dan satu-satunya yang mampu mencegah penyakit pneumokokal dikalangan bayi dan kanak-kanak berusia kurang daripada 24 bulan.

“Vaksin PCV7 membantu melawan penyakit melalui fenomena penggantian ke atas tujuh sterotaip kuman pneumokokus iaitu 4, 6B, 9V,14, 18C, 19F dan 23F. Ia memberikan memori kepada sistem imunisasi dalam tubuh untuk melawan bakteria ini apabila ia memasuki tubuh.

“Hasilnya, ia mampu mengurangkan serangan penyakit pneumokokal seperti otitis media, meningitis dan bakteria di dalam hidung dan tekak yang menyebabkan ia menjangkiti orang lain. Walaupun tidak diketahui sejauh mana kesannya dalam mengurangkan pneumonia, secara keseluruhannya ia menunjukkan penurunan risiko mengalami penyakit itu,

Syd posted on 6-5-2007 01:02 PM

Mengenai Penyakit Pneumokokal (PnD)

PnD menggambarkan sekumpulan penyakit yang disebabkan oleh bakteria Streptococcus (S.) pneumoniae, yang juga dikenali sebagai pneumokokus.

Patogen bakteria ini, yang menyerang kanak-kanak dan orang dewasa, ialah punca penyakit dan kematian utama di seluruh dunia.

Selepas bakteria pneumokokus menyerang dan ‘menakluki

Syd posted on 6-5-2007 01:02 PM

Gejala selesema, batuk, demam sering diabaikan - Kempen Perangi Penyakit Pneumokokal

PENYAKIT pneumokokal (PnD) merupakan punca penyakit dan kematian utama yang kini semakin disedari di seluruh dunia. Penyakit ini menjadi punca kematian lebih sejuta bayi dan kanak-kanak setahun.

Namun, dalam satu kajian yang dijalankan baru-baru ini mendapati, 70 peratus daripada ibu bapa Malaysia mengakui bahawa mereka masih tidak sedar tentang masalah ini, kaitannya kepada penyakit berbahaya seperti pneumonia dan pencegahan yang boleh dibuat menerusi vaksin.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) baru-baru ini mengumumkan bahawa vaksin yang sedia ada untuk mencegah PnD, iaitu Pneumcococcal Conjugate Vaccine (PCV7), harus diberi keutamaan dalam program imunisasi kebangsaan.

Keputusan ini menyusuli cadangan Kumpulan Pakar Penasihat Strategik (SAGE), yang menyokong langkah memperkenalkan vaksin.

PnD merangkumi pelbagai penyakit yang berpunca daripada bakteria Streptococcus pneumoniae yang turut dikenali sebagai pneumokokus.

Ini termasuk beberapa penyakit serius dan invasif seperti meningitis (radang lapisan membran korda spina dan otak), bakteremia (jangkitan bakteria dalam darah), pneumonia bakteremia dan jangkitan bukan invasif seperti otitis media (radang telinga tengah) dan sinusitis akut (radang sinus).

Presiden Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA), Dr. Zulkifli Ismail menyuarakan kebimbangannya tentang tahap kesedaran yang rendah mengenai PnD di negara ini, berbanding perhatian lebih ketara terhadap penyakit yang diberikan oleh pemimpin kesihatan global.

“Sebahagian besar daripada ibu bapa Malaysia tidak sedar bahawa jangkitan pneumokokus boleh menyebabkan kerumitan seperti kehilangan pendengaran, masalah pembelajaran, gangguan pertuturan, palsi serebrum, kecacatan otak dan kadangkala membawa maut,

Syd posted on 7-5-2007 09:52 AM

Pneumokokal ancam nyawa kanak-kanak
Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof


PENYAKIT pneumokokal ialah punca penyakit dan kematian utama yang semakin disedari di seluruh dunia. Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mendapati hingga kini ia menjadi menjadi punca kematian lebih sejuta bayi dan kanak-kanak dalam tempoh hanya setahun.

Walaupun vaksin mencegah, Pneumcococcal Conjugate Vaccine (PCV7) sudah diperkenalkan namun kajian dikalangan ibu bapa menunjukkan hampir 70 peratus masih belum begitu arif mengenainya termasuk bahaya menunggu anak yang dijangkiti sehingga boleh membawa kepada kematian dan pencegahan yang boleh didapati menerusi PCV7.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) baru-baru ini mengumumkan bahawa vaksin yang sedia ada untuk mencegah iaitu PCV7, harus diberi keutamaan dalam program imunisasi kebangsaan. Keputusan ini menyusuli cadangan Kumpulan Pakar Penasihat Strategik (Sage) yang menyokong langkah memperkenalkan vaksin.

Presiden Persatuan Pediatrik Malaysia, Dr Zulkifli Ismail, berkata sungguhpun kesedaran terhadap penyakit dan bahaya vaksin itu semakin meningkat berbanding pada 2005, masih ramai yang belum tampil mendapatkannya, sekali gus menyukarkan usaha memerangi pneumokokal.

“Sebahagian besar daripada ibu bapa Malaysia tidak sedar bahawa jangkitan pneumokokus boleh menyebabkan kerumitan seperti kehilangan pendengaran, masalah pembelajaran, gangguan pertuturan, palsi serebrum, kecacatan otak dan kadangkala membawa maut.

“Masalah mengenai penyakit ini ialah kesukaran mengesannya. Dalam kes keluar cecair daripada telinga, pegawai perubatan tidak akan mengesan penyakit andai tidak memeriksa secara terperinci, malah kemampuan ubat merawat pengeluaran cecair yang keluar itu umpamanya turut menyulitkan proses mengenalpasti jangkitan pneumokokal,

G-ha posted on 11-5-2007 09:20 PM

Info yang sangat baik..:) baru bercadang nak amik tuk bebi...

kismis posted on 12-5-2007 01:47 AM

paed pun ada suggst ... mahal tau.. RM300++ per jab.. untuk baby less than a yr, 3 jabs... so dekat seribu lah habis...

kuis2 cari duit lah nampaknya..

Syd posted on 14-5-2007 09:13 AM

itu lah...mahal
tapi rasanya mak bapak kena usaha gak lah

mcm2 bahaya sakit budak2 ni

pokokbunga posted on 14-5-2007 11:28 PM

a'ah, mahal betul, tapi kat bangi ni murah sikit, rm240 per jap kalu tak silap,ni kat klinik pakar an-nur, my bb nak masuk 2 bulan, ni tgh pikir, nak amik ke tak nak??? mahal nyer cost utk bebudak skrg ni yek....:'(

harizariel posted on 30-6-2007 12:13 AM

Reply #8 pokokbunga's post

kat annur murah sikit dr SMC..situ RM280, kalau x NP 300 katanya..SMC dapat special price kata Dr. Zul...hehehe rupanya kat annur lagii murah kalau 3 jabs dah boleh save 120 tuh....!!!tapi dah jumpa ngan dialah..x sedap kalau nak p annur lak...my baby kimi is scheduled to get his 1st dose of pneumococcus next month...masa 4 bulan...

yesterday, amik rotavirus...alahai cinoet nyerr ubat..about 5 ml....RM180...DR.zul yang kasi sendiri..bagus!!!setitik pun x tumpah...

mmg kalau ikutkan, nowadays, memacam penyakit baru yang muncul, memacam wabak unlike masa kita kecik2 dulu..sbb tu mcm2 new vaccin yang baby kena amik skrg...vaccin baru mestilah mahal...agak2nya lama2 esok murahlah tuh....

harizariel posted on 2-7-2007 09:39 AM

mommies....sharelah kat sini how much you kena utk ambil pneumococcus & rotavirus...so bg mummy2 yang lain yg baru nak amik dose nih boleh pilih tmpt yang murah....

Kat SMC...

Pneumococcus - RM280/dose
Rotavirus - RM180/dose

Syd posted on 2-7-2007 10:19 AM

Permata Hati: Pneumokokal ragut keceriaan hidup Rebecca
Oleh Hidayah Mohammad


Leona belanja RM22,000 untuk pastikan anak dapat rawatan sempurna

“SIAPALAH yang ingin melihat anak membesar dengan pelbagai jenis penyakit. Walaupun hanya sekadar selsema atau batuk ia sudah membimbangkan. Memang kita menjaga mereka siang dan malam bagi memastikan si kecil mendapat keselesaan, sekali gus mengharapkan berada dalam keadaan sihat, namun, penyakit sama ada teruk atau tidak tetap menghantui kita.

“Tiada sapa yang boleh mengelak daripada terkena jangkitan penyakit. Bagaimanapun, sebagai ibu, kita perlu pasrah dan terima dengan positif. Tuhan mengurniakan kita dengan akal fikiran, maka kita perlu bijak mencari jalan penyelesaian untuk mengubati penyakit itu,

harizariel posted on 2-7-2007 01:03 PM

Reply #11 Syd's post

thnx syd...very informative articles!!!

phoenix posted on 2-7-2007 08:23 PM

phoenix dtg england mase baby 19 bulan..sampai2 je..pastu wajib drg suntik pneumococol and meningitis...huhu..cucuk sekali 2 plak tu...siann my baby..kalau ikut schedulu yg kat mesia tak kena pun injek ape lepas 18 bulan ..sbb next inject kalau ikut schedule mesia umo 6 thn..tapi sini nanti 3 thn kena ade booster dose plak...tapi free je sume..selamat:lol:

sha_n posted on 3-7-2007 09:14 AM

Reply #11 Syd's post

22k????huhuhu..besa blanje anak2 zaman skrg...tp bende ni bagus nih...sha pon planning nak amik gak..bb br 5 month..planning nak amik b4 1 year la...skrg duk tgh sebey klinik/hosp yg bagus..

harizariel posted on 3-7-2007 10:16 AM

Reply #14 sha_n's post

sha..22K tu kos yang ditanggung bila anak kena pneumokokal disease ni....:funk: :funk: banyakkkan..adusss...

tulahkan...better amik dos pneumokokal yang <RM300/dose or <1K/3 doses  daripada kena spend >22K!!!kalau dgr cerita Dr. Zul..mmg takut..mmg nak amiklah dose nih..no doubt!

sha_n posted on 3-7-2007 10:25 AM

Originally posted by harizariel at 3-7-2007 10:16 AM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
sha..22K tu kos yang ditanggung bila anak kena pneumokokal disease ni....:funk: :funk: banyakkkan..adusss...

tulahkan...better amik dos pneumokokal yang  

tu la sal..baik prevent dulu dr treatment...
huhuhu..risau...bende2 nih mmg perlu..

kikilalat posted on 12-7-2007 12:08 AM

Originally posted by harizariel at 2-7-2007 09:39 AM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
mommies....sharelah kat sini how much you kena utk ambil pneumococcus & rotavirus...so bg mummy2 yang lain yg baru nak amik dose nih boleh pilih tmpt yang murah....

Kat SMC...

Pneumococcus - RM280/dose
Rotavirus - RM180/dose...

kalau harga murah... sama manufacturing company tak?




Kat PMC...

Wyeth's 'Prevnar' - RM280/ injection ... @ baby's age 2,3,4 and 18 months...

Rotavirus - RM 176/ dose ... amik 2 doses, 1 month apart... @ baby's age from 6 bweeks to 6 months...


Masa rainy season & bcoz baby premature, amik RSV vaccine - RM4k/ injection ... 1 injection lasts 1 month...


RSV = Respiratory Syncytial Virus >> http://www.synagis.com/what_is/what_is.aspx





ps: Also FREE sebab under medical coverage kompeni... :sweat3:

harizariel posted on 27-7-2007 09:38 AM

Reply #17 kikilalat's post

mahalnya RSV vaccine tuh:L :L :L :L :L :L 4K/dose..wow..berapa dose kena amik???

nasib baik co cover......bagus.

my co & hubby co x tanggung any vaccine so kenalah bayar sendiri..:funk: :funk: :funk: :funk: :funk:

spidernfly posted on 27-7-2007 12:43 PM

Reply #18 harizariel's post

to me , if its optional then tak yah la ambik if its too expensive

but if its covered, apa salahnye.....

Syd posted on 27-7-2007 01:10 PM

tu hari tanya lah doc yang kat bawah apartment nih

dia ckp benda nih apply kat budak sampai umo 9 tahun

4-9 tahun - sekali jerk

kalau newborn sampai umo 3-4 tahun tuh, ada lah kena sampai 3 kali

harizariel posted on 29-7-2007 12:22 AM

Originally posted by Syd at 27-7-2007 01:10 PM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
tu hari tanya lah doc yang kat bawah apartment nih

dia ckp benda nih apply kat budak sampai umo 9 tahun

4-9 tahun - sekali jerk

kalau newborn sampai umo 3-4 tahun tuh, ada lah kena sampa ...

betul tuh syd..

i igt lepas habis 3rd dose kimi, nak buat utk abangnya pulak, hariz 5yrs...dia x pernah amik pneumococcus...luckily dia kena amik 1 dose ajer...:P

harizariel posted on 29-7-2007 12:28 AM

Originally posted by spidernfly at 27-7-2007 12:43 PM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
to me , if its optional then tak yah la ambik if its too expensive

but if its covered, apa salahnye.....

base dgn apa yang i baca dan dengar...wp pun now in malaysia it is still optional vaccine mungkin sbb it's costly....digalakkan amik...baca artikel2 & dgr my pead cakap buatkan i rasa mmg nak amik....no doubt

for me, i usahakanlah jugak...wp mahal...

spidernfly posted on 29-7-2007 09:30 AM

Originally posted by harizariel at 29-7-2007 02:28 AM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif


base dgn apa yang i baca dan dengar...wp pun now in malaysia it is still optional vaccine mungkin sbb it's costly....digalakkan amik...baca artikel2 & dgr my pead cakap buatkan i rasa mmg nak ...

thats good if all parents think like you.....

but i know parents who are really really susah.... so apa yg gomen kasik free, tu je la yg diorang mampu.

mcm kat sini, all vaccines are free. altho vaccination mcm BCG yg takde dlm list OZ pun diorang will still give it free pasal we are on Temp Visa. (but temp resident pun kena bayar tax sini ye tak? so mmg patut FOC pun)

harizariel posted on 29-7-2007 12:17 PM

Originally posted by spidernfly at 29-7-2007 09:30 AM http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif


thats good if all parents think like you.....

but i know parents who are really really susah.... so apa yg gomen kasik free, tu je la yg diorang mampu.

mcm kat sini, all vaccines are fr ...

spid...kalau yang betul2 susah mmg apa gomen kasik depa amik ajelah...nak buat camner kan...

tapi kalau parent yang mampu pakai hp canggih manggih, baju branded2, handbag ribu riban, rumah besar mesti depa lebih dr mampu amik vaccine pneumococal ni kan...:P :P :P :P yang penting mesti ada kesedaran kan...yang sedihnya my pead cakap nowadays the awareness on this vaccine is still very low among malaysian parent....

luv_ma posted on 29-7-2007 08:43 PM

ma nk tanya paed lah..kos kat sini berapa..
Page: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9
View full: Pneumokokal