seribulan posted on 1-4-2007 08:43 PM

apa itu BIROKRASI?

apa itu BIROKRASI?

oobi posted on 2-4-2007 04:00 AM

Originally posted by seribulan at 1-4-2007 08:43 PM
apa itu BIROKRASI?





sistem pentabiran atau pengurusan yang melibatkan pelbagai peringkat dan mengandungi banyak peraturan

seribulan posted on 7-4-2007 05:41 PM

prosedur yang rumit.

journey7148 posted on 7-4-2007 11:58 PM

Prosedur, aturan yang asal tujuannya untuk memudahkan yang kompleks - pelaksnaan kadang-kadang menjadikan ia seperti begitu susah dan sukar.

ct_og posted on 8-4-2007 10:09 AM

Tujuan diadakan adalah untuk menjelaskan tanggung jawab seseorang.

sitilina posted on 8-4-2007 10:28 AM

Reply #1 seribulan's post

bila kau nak duit, kau mintak dengan mak kau, mak kau kene mintak dengan bapak kau, bapak kau kene mintak dgn ketua kampung kau, ketua kampung kau kene mintak dengan wakil rakyat kau, wakil rakyat kau kene mintak dengan menteri besar kau.

menteri besar kau kene kaji utk luluskan, wakil rakyat kau kene kaji utk luluskan, ketua kampung kau kene kaji utk luluskan, bapak kau kene kaji utk luluskan, mak kau kene kaji utk luluskan, barula ko dpt dua ringgit yg ko mintak tu.

ruryelle posted on 8-4-2007 02:27 PM

birokrasi ialah konsep atau cara bagaimana sesuatu pentadbiran dijalankn.

ct_og posted on 9-4-2007 11:59 AM

Organisasi lebih cekap jika birokrasi tidak menyusahkan...

exinco posted on 13-5-2007 11:59 PM

birokrasi

suatu hirarki pentadbiran dimana setiap peringkat mempunyai kuasa masing-msing. walau bagaimanapun peringkat bahagian ini saling berkaitan.

dengan itu jika seseorang membuat permohonan atau meminta kelulusan harus melepasi bahagian tertentu dahulu sehinggalah ke final result.

cabarannya ialah bagaimana kita nak "short cut" (bukan rasuah), supaya sesuatu perjalanan kuasa boleh dipendekkan.

redsinner posted on 14-5-2007 02:31 AM

bureaucracy involves a hierarchy that administer a system that is needed to get things done and be in place...
without bureaucracy we will never learn the seniority system of a society and to treat each other with respect, also uphold honesty pertaining to job they are doing...

Agul posted on 15-5-2007 02:47 AM

Originally posted by redsinner at 14-5-2007 02:31 AM
bureaucracy involves a hierarchy that administer a system that is needed to get things done and be in place...
without bureaucracy we will never learn the seniority system of a society and to tr ...

Sometime we have to burn bureaucracy in order to save lives...

cakciboojaki posted on 15-5-2007 04:42 PM

rules & procedure esp dlm kerajaan,, ikut susah, tak ikut pun susah

peace posted on 16-5-2007 09:27 PM

Kesemua organisasi yang teramat besar seperti sektor kerajaan perlukan Birokrasi, utk memudahkan pengawalan......

Kalau tak lesap berterabur semuanya duit rakyat..

bbdd posted on 19-5-2007 09:31 AM

Birokrasi ialah sebuah konsep sosiologi dan sains politik yang merujuk kepada cara bagaimanapun pentadbiran melaksanakan dan menguatkuasakan peraturan-peraturan yang sah secara sosial. Pengurusan ini disifatkan dengan tatacara piawai, pembahagian tanggungjawab yang formal, hierarki, dan hubungan tidak peribadi.

Contoh birokrasi-birokrasi harian termasuk kerajaan, angkatan bersenjata, perbadanan, hospital, mahkamah, kementerian, dan sekolah.

bbdd posted on 19-5-2007 09:32 AM

Perkataan "birokrasi" berasal daripada perkataan "biro" yang digunakan pada awal abad ke-18 di Eropah Barat, bukan untuk merujuk kepada meja tulis tetapi untuk pejabat, iaitu tempat bekerja. Maksud bahasa Perancis yang asal bagi perkataan biro ialah baize yang digunakan untuk melitupi meja-meja. Istilah "birokrasi" bermula digunakan tidak lama sebelum Revolusi Perancis pada tahun 1789 dan dari sini, tersebar dengan pantas ke negara-negara yang lain. Akhiran bahasa Greek — kratia atau kratos — bermaksud "kuasa" atau "pemerintahan". Oleh itu, "birokrasi" pada dasarnya bermaksud kuasa pejabat atau pemerintahan pejabat, iaitu pemerintahan golongan pegawai.

Dalam sepucuk surat pada 1 Julai 1764, Baron de Grimm dari Perancis mengisytiharkan: "Kita terlalu memikirkan idea pengawalan, dan Pengetua-pengetua Permintaan (Masters of Requests) kita enggan memahami bahawa terdapat banyak perkara di dalam sebuah negara yang kerajaannya harus tidak melibatkan diri." Jean Claude Marie Vincent de Gournay kekadang mengatakan: "Kita mempunyai sejenis penyakit di Perancis yang mengucar-ngacirkan kita; penyakit ini dipanggil biromania". Kekadang, beliau menciptakan bentuk kerajaan yang keempat atau kelima di bawah nama "birokrasi".

Dalam lagi sepucuk surat pada 15 Julai 1765, Baron Grimm menulis juga: "Maksud yang tersirat dalam undang-undang di Perancis ialah birokrasi yang selalu disungut oleh mendiang Monsieur de Gournay; di sini, pejabat, kerani, setiausaha, pemeriksa, dan intendan tidak dilantik untuk memanfaatkan kepentingan awam, tetapi sebaliknya kepentingan awam diasaskan supaya pejabat-pejabat itu dapat mewujud." (Baron de Grimm dan Diderot, Correspondance littéraire, philosophique et critique, 1753-69, edisi 1813, Jilid 4, m.s. 146 & 508 - dipetik oleh Martin Albrow, Birokrasi. London: Percetakan Pall Mall, 1970, m.s. 16).

Petikan ini merujuk kepada perbalahan tradisional terhadap birokrasi, iaitu peputarbelitan antara cara dan hasil sehingga cara menjadi hasil pada dirinya, dan kebaikan birokrasi dilupakan; sebagai natijah, ini merupakan penggantian kepentingan bahagian dengan kepentingan am. Cadangan di sini ialah bahawa jika birokasi dibiarkan sahaja dan tidak dikawal, ia semakin akan mementingkan diri dan menjadi korup, berbanding memberikan perkhidmatan kepada masyarakat.

Bagaimanapun, birokrasi telah lama wujud sebelum perkataan-perkataan dan teori-teori ini direka untuk memberikan pemerihalan yang terperinci. Umpamanya, Dinasti Song China (960) membina sebuah birokrasi terpusat yang dianggotai oleh pegawai-pegawai awam daripada golongan cendekiawan. Sistem pemerintahan ini menyebabkan penumpuan kuasa yang lebih berkesan di tangan maharaja dan birokrasi istana berbanding yang dapat dicapai oleh dinasti-dinasti terdahulu.

Agul posted on 19-5-2007 09:43 PM

Originally posted by Agul at 15-5-2007 02:47 AM


Sometime we have to burn bureaucracy in order to save lives...

Actually this is what my brave and principled friends do to his superior. To protect lives, he told off his superior.

generasi2 posted on 29-5-2007 02:47 PM

mungkin birokrasi tidak sesusah yg digambar kan bilamana setiap yang bertanggungjawab :
1) buat kerja dengan telus (x ada penyelewengan)
2) buat kerja
3) sistematik (in term of perancangan dan pelaksanaan)

prosedur menjadi susah bila setiap pegawai dan kakitangan
- mempunyai kepentingan sendiri bila melaksanakan tugas..
- mempunyai agenda peribadi
- mempunyai matlamat berbeza dengan objektif asal.

tudung_bawal posted on 6-6-2007 05:14 PM

bagi aku birokrasi a.k.a redtape...tu betul2 menyusahkan...
x suke betul....boleh sebabkan sume kije x jadi efisien...
bile ler sistem ni nak berkubur? rasenye da x sesuwai...untuk diamalkan pada
zaman it ni....:lol: :lol:

dutchy posted on 11-6-2007 08:32 PM

Originally posted by seribulan at 1-4-2007 08:43 PM
apa itu BIROKRASI?
a system that is put in place to confuse you with the way politician evil minds works
and it benefits only if u got mega cables down the wire  :P

reenz013 posted on 14-6-2007 03:38 PM

Originally posted by journey7148 at 7-4-2007 11:58 PM
Prosedur, aturan yang asal tujuannya untuk memudahkan yang kompleks - pelaksnaan kadang-kadang menjadikan ia seperti begitu susah dan sukar.

betultu..tp yang sebenarnya birokrasi ni bukannya memudahkan tp menyusahkan lagi adalah...
(reen handle mesyuarat birokrasi kat opis reen...leceh dan merumitkan...)
Page: [1]
View full: apa itu BIROKRASI?