ryo_takahashi1 Publish time 2-5-2013 08:46 AM

genchi posted on 2-5-2013 08:40 AM static/image/common/back.gif
apakah arti smer neh??? mohtip pujian?

dah kena puji kena buast keje lebih la..... :P

genchi Publish time 2-5-2013 08:49 AM

ryo_takahashi1 posted on 2-5-2013 08:46 AM static/image/common/back.gif
dah kena puji kena buast keje lebih la.....

inilah yg dinamakan ada sotong disebalik nasik lemak{:bloodyo

keje leibh kene la upah lebih.. {:mlbanana:}

ryo_takahashi1 Publish time 2-5-2013 09:49 AM

genchi posted on 2-5-2013 08:49 AM static/image/common/back.gif
inilah yg dinamakan ada sotong disebalik nasik lemak

keje leibh kene la upah lebih.. { ...

sori.. sotong takde... nasik lemak paru sambal bungkus satupppppp... teh o ais satuuuuppp... ikat tepi yaa.... :lol:

genchi Publish time 2-5-2013 09:58 AM

ryo_takahashi1 posted on 2-5-2013 09:49 AM static/image/common/back.gif
sori.. sotong takde... nasik lemak paru sambal bungkus satupppppp... teh o ais satuuuuppp... ikat...

wahhh nasik lemak paruu... :lol: gen pun mkn paru smbl pagi neh.. mujorlahh tak la kempunan gen;P
pepagi dah minom air ais?? ape nak jadik neh? :huffy

badankecik Publish time 24-5-2013 02:50 PM

Saya nak tanya kat sini saya dah sign appoinment letter tapi saya tak jadi join company,adakah saya akan dikenakan apa apa tindakan dari company baru ini.Saya ada tgk dalam perjanjian yang saya sign tiada apa apa,tapi company baru saya ada bayar seminggu gaji adakahsaya hanya akan bayar gaji seminggu itu sahaja.Ini kali kedua saya tak jadi join company ini.Harap dapat kepastian dari anda semua.

genchi Publish time 29-5-2013 09:09 AM

badankecik posted on 24-5-2013 02:50 PM static/image/common/back.gif
Saya nak tanya kat sini saya dah sign appoinment letter tapi saya tak jadi join company,adakah saya...

masa masok keja neh msti ada buat surat sumpah medical checkup.. surat penerimaan jawatan.. ada tak buat smer neh?? sign kontrak kerja terma n syarat2.. cuba baca balek clause by clause.. apa tindakan yg akan diambil jika berhenti kerja?
perlu notis ke atau apa2?

n nape dua kali mintak n dua kali benti? huhuhu :lol:

badankecik Publish time 29-5-2013 01:05 PM

so far tak ada pulak dia cakap kalau tolak offer kena bayar apa apa.saya nak kan kepastian sahaja.dua kali tolak sebab tempat keja lama byk sgt masalah tu kepala tak betul terima offer baru lepas beberapa minggu fikir balik tak berbaloi keja tempat baru dan tolak offer kali kedua.marah jugak org hr tempat baru tu tapi saya tolak supaya saya tak menyesal kemudian hari.

badankecik Publish time 3-6-2013 05:35 PM

badankecik posted on 29-5-2013 01:05 PM static/image/common/back.gif
so far tak ada pulak dia cakap kalau tolak offer kena bayar apa apa.saya nak kan kepastian sahaja.du ...

thankss atas nasihatt ituuu

zairi Publish time 4-7-2013 05:46 PM

Hak Pekerja Muslim di syarikat bangsa asing

saya ada enquiry ttg hak pekerja Muslim di syarikat swasta bangsa asing. Saya satu-satunya pekerja Islam@melayu di sebuah syarikat swasta Jepun. Staf lain berbangsa cina. Sy telah bekerja disana hampir 14thn dan sy juga adalah staf pertama syarikat. Syarikat ini tidak pernah menggaji bangsa India atau Melayu lain selain sy.
CEO sy adalah warga Jepun namun syarikat saya diurus oleh seorang manager berbangsa cina. Sy tidak diberi hak untk beribadah@tidak disediakan tempat solat sedangkan pejabat saya cukup luas. Bukan sy tidak mencari pekerjaan lain tp nasib tidak menyebelahi sy yg berkelulusan Graphic Design, mungkin peluang untk org Melayu di Penang dlm bidang ni terlalu terhad.
Sy merasakan sy ditindas oleh majikan saya, kerana selain tidak menyediakan tempat solat, cuti Hari Raya juga kurang dr cuti CNY. Pemberian bonus pulak adalah pada setiap CNY tiap2 tahun selama hampir 14 tahun. Sy rasa ada isu diskriminasi kerana byk perkara yang sy selalu di ketepikan. Dari segi kenaikan gaji, bonus, saya selalu mendapat kenaikan paling sedikit. Banyak perkara yg terjadi pada saya selama 14thn disini yg sy rasa saya perlu mendapatkan keadilan untuk saya..

Baru-baru ini, saya telah membuat report pada Jabatan Buruh untuk membuat siasatan dengan merahsiakan identiti saya. Namun sy diberitahu yang syarikat saya telah melantik peguam bagi kes ini sedangkan siasatan bg kes ini belum lagi bermula. Syarikat hany diberitahu tentang aduan yang diterima saja.

Soalan saya, apakah chances saya andai perkara ini dibawa ke mahkamah? Saya sah2 seorang saja staf melayu di syarikat. Sy pasti tidak akan mendapat sebarang sokongan dari staf2 lain.

Harap bantu saya

Terima Kasih

natberry Publish time 5-7-2013 09:22 PM

Syd posted on 15-11-2007 09:05 AM
ada

selalu deal ngan Muhendran Sri

syd... ada fon no muhendran sri tak?

Syd Publish time 7-7-2013 06:37 PM

natberry posted on 5-7-2013 09:22 PM static/image/common/back.gif
syd... ada fon no muhendran sri tak?

ada.

pm saya nanti.

saya bagi no office dulu.

no hp saya tak bagi dulu tao.

no office dan address je.

nice_72 Publish time 29-8-2013 11:18 PM

Assalamualaikum...

Saya pekerja sektor swasta telah mengalami kemalangan dan mendapat kecederaan. Seterusnya saya membuat pemeriksaan dan rawatan di hospital kerajaan.

Cuti sakit telah dikeluarkan saya masih menanggung masalah tersebut sehingga minggu ke-2. Saya memohon untuk membuat pemeriksaan lanjutan di hospital swasta... dan mendapati pembedahan perlu dilakukan oleh menyelesaikan masalah tersebut.

Saya kembali ke hospital kerajaan utk pandangan ke-2. Pihak Hospital Kerajaan telah memberi pilihan untuk melakukan pembedahan atau melakukan fisioterapi utk menyelesaikan masalah tersebut. Saya memilih untuk melakukan fisioterapi dan menyambung cuti sakit. Jumlah cuti hospital dan cuti sakit lebih kurang 49 hari.

Masalah saya ialah...
- adakah pihak majikan berhak mendesak saya utk melakukan pembedahan
- adakah pihak majikan berhak memaksa saya melakukan pembedahan dengan serta merta atas alasan kekurangan kakitangan di tempat kerja
- adakah majikan boleh mengambil tindakan terhadap saya jika saya memilih untuk melakukan rawatan fisioterapi
- adakah majikan berhak untuk tidak menerima cuti sakit tersebut


Terima kasih

ms_dd Publish time 14-5-2014 12:41 PM

as salam,
Nak minta pandangan yg arif tentang hak pekerja berkenaan isu bonding.
Suami saya telah mendapat offer bekerja di satu company (Company A). Company A tersebut sanggup membayar 1 month notice kepada majikan terdahulu (Company B) utk mendapatkan perkhidmatan suami saya dgn segera. Jadinya suami saya pun terima offer berkenaan & start kerja di Company A. Company A telah membayar 1 month salary kepada Company B. Tetapi semasa sign offer letter dgn Company A, Company A tidak pernah langsung memberitahu tentang bonding issue. Selepas beberapa hari kerja, barulah HR memanggil suami saya utk sign surat bonding. Katanya kerana Company A telah membeli suami saya. Disebabkan tidak ada option lain, suami terpaksa sign surat bonding. Di dalam boning letter tertulis seperti ini " With refer to you roffer letter, .... " tetapi di dalam offer letter memang tidak ada tertulis berkenaan bonding.
Suami sempat bekerja kurang dari setahun dgn Company A, disebabkan micro manage & internal problem, suami mengambil keputusan utk berhenti/resign. Tetapi Company A tidak mahu release last salary suami kerana mengkehendaki suami utk membayar bonding value dahulu barulah Company A akan membayar gaji terakhir. Suami dah check ngan kawannya, bonding letter tak valid sebab dlm offer letter memang tak tulis pasal ni. Tapi tadi suami ke pejabat buruh utk buat aduan tetapi staff pejabat buruh kata valid sebab dekat last page offer letter tu ada tulis mcm ni "Segala perubahan selepas ini akan diterima pakai". Bukankah ni salah.
Mohon bantuan yang pakar, apa patut saya & suami buat.

Terima kasih.

banditzguy Publish time 17-7-2014 08:47 AM

jika pekerja bergaji hari dan pada bulan itu dia bekerja sebanyak 10hari..baki hari die tidak hadir dan die ada memberi mc 2hari..adakah mc itu dikira kedalam kehadirannya menjadikan 12hari?ade ke akta..minta tolong

intan_asmara Publish time 12-8-2014 10:52 AM

salam..

saya ada kemusykilan.

sekiranya saya tender resign syarikat swasta pada 1 september 2014 dengan 1 bulan notis maka sepatutnya hari terakhir saya bekerja ialan 30 september 2014.

persoalannya, jika saya masih ada cuti tahunan berbaki 10 hari,

1) jadi sepatutnya hari terakhir saya bekerja (setelah ditolak 10 hari baki cuti tadi) pada 15 september 2014, kan ? sebab 16 september tu adalah public holiday ?. dan adakah saya masih mendapat gaji penuh sebulan untuk september atau gaji selama 15 hari sahaja ?


2) jika kes seperti di atas, saya hanya mendapat gaji untul 15 hari sahaja, boleh tak saya buat begini :
   - tender resign 1 september 2014.
   - apply cuti selama 10 hari dalam bulan september tersebut
   - tarikh akhir bekerja 30 september 2014.
   - maka saya dapat gaji penuh pada bulan september 2014.

harap ada yang sudi membantu sebelum saya tender resign bulan hadapan.

terima kasih.

intan_asmara Publish time 12-8-2014 10:54 AM

salam..

saya ada kemusykilan.

sekiranya saya tender resign syarikat swasta pada 1 september 2014 dengan 1 bulan notis maka sepatutnya hari terakhir saya bekerja ialan 30 september 2014.

persoalannya, jika saya masih ada cuti tahunan berbaki 10 hari,

1) jadi sepatutnya hari terakhir saya bekerja (setelah ditolak 10 hari baki cuti tadi) pada 15 september 2014, kan ? sebab 16 september tu adalah public holiday ?. dan adakah saya masih mendapat gaji penuh sebulan untuk september atau gaji selama 15 hari sahaja ?


2) jika kes seperti di atas, saya hanya mendapat gaji untul 15 hari sahaja, boleh tak saya buat begini :
   - tender resign 1 september 2014.
   - apply cuti selama 10 hari dalam bulan september tersebut
   - tarikh akhir bekerja 30 september 2014.
   - maka saya dapat gaji penuh pada bulan september 2014.

harap ada yang sudi membantu sebelum saya tender resign bulan hadapan.

terima kasih.

cintasakti Publish time 1-9-2014 10:27 PM

genchi posted on 29-5-2013 09:09 AM
masa masok keja neh msti ada buat surat sumpah medical checkup.. surat penerimaan jawatan.. ada ta ...

Macam mana plak lau x de apa2 surat ke doc ke berkenaan syarat....offer kerja...masuk kerja...buat kerja....kerja nyabanyak.....gaji main cakap mulut je...rasis lagi....tetiba dapat keje lain yg jauh lagi baik...aku hantar notis 24 jam....memg aku x leh tuntut langsung ke gaji yg keje tunggang terbalik 3 minggu....
Ikut akta berhenti keje lau tak ada agreement ikut syarat notis 2 tahun kerja 4 minggu notis.. Macam x fair la....seriusly....sebab lau org tertekan dgn kerja tu...x kan nak tunggu dpt hypertension....

genchi Publish time 4-9-2014 11:59 AM

cintasakti posted on 1-9-2014 10:27 PM static/image/common/back.gif
Macam mana plak lau x de apa2 surat ke doc ke berkenaan syarat....offer kerja...masuk kerja...buat ...

kalo dah gitu benti jela.. cam something rong aje.. lagipun kalo bbtol msti ada smer yang gen ckp tu
basic tuk employ new employee

zaihanah Publish time 13-11-2014 12:28 PM

as salam..nak tanya boleh x...kalo boss tu cari pasal sampai kita staff ni berhenti boleh wataduan x...dia xnk bagi kerjasama dgn kita...harap boleh dpt pandangan dari kawan2

Syd Publish time 30-11-2014 02:59 PM

zaihanah posted on 13-11-2014 12:28 PM static/image/common/back.gif
as salam..nak tanya boleh x...kalo boss tu cari pasal sampai kita staff ni berhenti boleh wataduan x ...

boleh.
pegi pejabat buruh dan mintak pandangan dan nasihat.

kalau term IR plak,

http://peguam.blogspot.com/2013/12/the-concept-of-constructive-dismissal.html

Pages: 1 2 3 4 5 6 [7] 8 9
View full version: Hak Pekerja / Akta Kerja (Q & A)


ADVERTISEMENT