easy81 Publish time 2-11-2007 10:35 AM

Reply #20 Syd's post

bodoh betullah. kang dah high2..silap2 anak pun dirogolnye..selisihla..

sedih betullah...bodoh nye org

Sasha Publish time 2-11-2007 10:43 AM

Speechless....

dunia makin canggih...tp masih ada segelintir masyarakat begini...nak kata takde akal..Tuhan dah kasi semuanya..tp ada juga manusia yg masih tak reti guna..

D'Salvia Publish time 3-11-2007 11:37 AM

Anak2 lembut hati/ elak panas baran

Surah Al Anbiyaa - Ayat 69

قُلۡنَا يَـٰنَارُ كُونِى بَرۡدً۬ا وَسَلَـٰمًا عَلَىٰٓ إِبۡرَٲهِيمَ (٦٩ وَأَرَادُواْ بِهِۦ كَيۡدً۬ا فَجَعَلۡنَـٰهُمُ ٱلۡأَخۡسَرِينَ (٧٠

Kami berfirman: "Hai api menjadi dinginlah, dan menjadi keselamatanlah bagi Ibrahim".

dan Surah Al Hasyr - Ayat 22-24

هُوَ ٱللَّهُ ٱلَّذِى لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ‌ۖ عَـٰلِمُ ٱلۡغَيۡبِ وَٱلشَّهَـٰدَةِ‌ۖ هُوَ ٱلرَّحۡمَـٰنُ ٱلرَّحِيمُ (٢٢ هُوَ ٱللَّهُ ٱلَّذِى لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡمَلِكُ ٱلۡقُدُّوسُ ٱلسَّلَـٰمُ ٱلۡمُؤۡمِنُ ٱلۡمُهَيۡمِنُ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡجَبَّارُ ٱلۡمُتَڪَبِّرُ‌ۚ سُبۡحَـٰنَ ٱللَّهِ عَمَّا يُشۡرِڪُونَ (٢٣ هُوَ ٱللَّهُ ٱلۡخَـٰلِقُ ٱلۡبَارِئُ ٱلۡمُصَوِّرُ‌ۖ لَهُ ٱلۡأَسۡمَآءُ ٱلۡحُسۡنَىٰ‌ۚ يُسَبِّحُ لَهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ‌ۖ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ (٢٤

22.Dia-lah Allah Yang tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Yang Mengetahui yang gaib dan yang nyata, Dia-lah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

23.Dia-lah Allah Yang tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengaruniakan keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki segala keagungan, Maha Suci, Allah dari apa yang mereka persekutukan.

24.Dia-lah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai Nama-Nama Yang Paling baik. Bertasbih kepada-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Dan Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

D'Salvia Publish time 3-11-2007 11:37 AM

Anak2 lembut hati/ elak panas baran

Surah Al Anbiyaa - Ayat 69

قُلۡنَا يَـٰنَارُ كُونِى بَرۡدً۬ا وَسَلَـٰمًا عَلَىٰٓ إِبۡرَٲهِيمَ (٦٩ وَأَرَادُواْ بِهِۦ كَيۡدً۬ا فَجَعَلۡنَـٰهُمُ ٱلۡأَخۡسَرِينَ (٧٠

Kami berfirman: "Hai api menjadi dinginlah, dan menjadi keselamatanlah bagi Ibrahim".

dan Surah Al Hasyr - Ayat 22-24

هُوَ ٱللَّهُ ٱلَّذِى لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ‌ۖ عَـٰلِمُ ٱلۡغَيۡبِ وَٱلشَّهَـٰدَةِ‌ۖ هُوَ ٱلرَّحۡمَـٰنُ ٱلرَّحِيمُ (٢٢ هُوَ ٱللَّهُ ٱلَّذِى لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡمَلِكُ ٱلۡقُدُّوسُ ٱلسَّلَـٰمُ ٱلۡمُؤۡمِنُ ٱلۡمُهَيۡمِنُ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡجَبَّارُ ٱلۡمُتَڪَبِّرُ‌ۚ سُبۡحَـٰنَ ٱللَّهِ عَمَّا يُشۡرِڪُونَ (٢٣ هُوَ ٱللَّهُ ٱلۡخَـٰلِقُ ٱلۡبَارِئُ ٱلۡمُصَوِّرُ‌ۖ لَهُ ٱلۡأَسۡمَآءُ ٱلۡحُسۡنَىٰ‌ۚ يُسَبِّحُ لَهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ‌ۖ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ (٢٤

22.Dia-lah Allah Yang tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Yang Mengetahui yang gaib dan yang nyata, Dia-lah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

23.Dia-lah Allah Yang tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengaruniakan keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki segala keagungan, Maha Suci, Allah dari apa yang mereka persekutukan.

24.Dia-lah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai Nama-Nama Yang Paling baik. Bertasbih kepada-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Dan Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

D'Salvia Publish time 3-11-2007 11:38 AM

Anak2 lembut hati/ elak panas baran

Surah Al Anbiyaa - Ayat 69

قُلۡنَا يَـٰنَارُ كُونِى بَرۡدً۬ا وَسَلَـٰمًا عَلَىٰٓ إِبۡرَٲهِيمَ (٦٩ وَأَرَادُواْ بِهِۦ كَيۡدً۬ا فَجَعَلۡنَـٰهُمُ ٱلۡأَخۡسَرِينَ (٧٠

Kami berfirman: "Hai api menjadi dinginlah, dan menjadi keselamatanlah bagi Ibrahim".

dan Surah Al Hasyr - Ayat 22-24

هُوَ ٱللَّهُ ٱلَّذِى لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ‌ۖ عَـٰلِمُ ٱلۡغَيۡبِ وَٱلشَّهَـٰدَةِ‌ۖ هُوَ ٱلرَّحۡمَـٰنُ ٱلرَّحِيمُ (٢٢ هُوَ ٱللَّهُ ٱلَّذِى لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡمَلِكُ ٱلۡقُدُّوسُ ٱلسَّلَـٰمُ ٱلۡمُؤۡمِنُ ٱلۡمُهَيۡمِنُ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡجَبَّارُ ٱلۡمُتَڪَبِّرُ‌ۚ سُبۡحَـٰنَ ٱللَّهِ عَمَّا يُشۡرِڪُونَ (٢٣ هُوَ ٱللَّهُ ٱلۡخَـٰلِقُ ٱلۡبَارِئُ ٱلۡمُصَوِّرُ‌ۖ لَهُ ٱلۡأَسۡمَآءُ ٱلۡحُسۡنَىٰ‌ۚ يُسَبِّحُ لَهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ‌ۖ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَكِيمُ (٢٤

22.Dia-lah Allah Yang tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Yang Mengetahui yang gaib dan yang nyata, Dia-lah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

23.Dia-lah Allah Yang tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengaruniakan keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki segala keagungan, Maha Suci, Allah dari apa yang mereka persekutukan.

24.Dia-lah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai Nama-Nama Yang Paling baik. Bertasbih kepada-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Dan Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

HOTlips Publish time 3-11-2007 11:42 AM

Reply #24 D'Salvia's post

weh, tolong edit skit. susah nak baca. tertarik dgn doa2 tu. tq

veitchac Publish time 3-11-2007 03:21 PM

ganas ganas....

skolah asrama byk budak isap gam nie...

budak skolah aku dulu, junior ah byk isap gam, baper kali nak kene lecture x makan nasihat..

ganja camne lak penawar nye?

Syd Publish time 17-12-2007 01:44 PM

Bahaya dadah di kalangan remaja

Doktor menulis Dr. Tam Cai LianPensyarah di Jabatan Psikologi, Fakulti Kesihatan dan Sains Semulajadi,Kolej Universiti Sunway,Bandar Sunway, Petaling Jaya.

SEJAK beberapa tahun kebelakangan ini, 揇esigner Drugs

Syd Publish time 17-12-2007 01:44 PM

Artikel ini adalah hasil ilham daripada penulis yang pernah menghadiri Simposium Antarabangsa bertajuk 揚encegahan dan Pemulihan Dadah: Usaha Global demi Kedamaian Global

Syd Publish time 1-12-2008 10:06 AM

Anak anda mengambil dadah?

MASALAH penagihan merupakan penyakit yang dihadapi oleh semua golongan masyarakat, tidak kira bangsa, kekayaan atau agama. Artikel ini membincangkan kaedah untuk mengenal pasti sama ada anak anda terbabit dalam najis dadah.

Anda duduk sendirian di ruang tamu, melihat masa berlalu begitu sahaja, menunggu dengan resah di depan pintu kerana anak remaja masih tiada di rumah sedangkan jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi.

Akhirnya, selepas dua jam, barulah kelibat anak anda kelihatan, anda berasa marah dan pada masa sama berasa lega. Hati anda berdegup kencang apabila menyedari anak matanya kelihatan membesar dan percakapannya yang tidak teratur. Anda tersentak dan terperanjat apabila menyedari bahawa anak remaja mengambil najis dadah! Apa yang anda ingin lakukan?

Mungkin mimpi ngeri dalam kehidupan ibu bapa apabila mengetahui anak-anak mereka mengambil najis dadah. Pelbagai emosi timbul, sedih, menyesal, malu, tidak percaya, marah dan sengsara. Sebagai ibu bapa, adalah tanggungjawab anda untuk melindungi anak daripada sebarang masalah, tetapi masalah ketagihan dan penggunaan najis dadah sesuatu yang berat dan sukar ditangani.

Presiden Persatuan Ketagihan Ubat Malaysia (AMAM), Dr. Steven Chow menjelaskan sudah tiba masanya untuk bersikap proaktif jika terdapat tanda amaran kemungkinan anak perempuan atau lelaki anda mengambil atau mencuba dadah.

揓ika anda berhadapan dengan penggunaan najis dadah, terdapat peluang baik untuk anda membantu anak. Jangan membuang masa dengan menyembunyikan masalah ini,

JWA Publish time 1-12-2008 11:45 AM

sedih la tengok gambar page 1 tu... tambah

Syd Publish time 9-12-2008 10:56 AM

Mengenal pasti jika anak anda mengambil dadah

IBU bapa kadang-kala berkata, mereka langsung tidak menyedari anak mula mengambil minuman beralkohol dan najis dadah.

Ini adalah kerana mereka tidak menyedari petunjuk yang ada di sekitar mereka. Jangan biarkan ini berlaku kepada anda.

Berikut merupakan beberapa tanda yang anda perlu cari:

1. Kesan melalui deria bau

Anak remaja anda masuk ke dalam rumah pada malam hujung minggu selepas menghabiskan masa dengan rakan-rakan. Bagaimana anda mengenal pasti sama ada dia telah minum atau menghisap rokok?

Cuba memulakan perbualan dengan anak anda tetapi bukan dengan menjerit dari jauh (menerusi beberapa bilik) atau dalam bilik tertutup, tetapi dengan perbualan secara langsung.

Anda juga perlu berasa sangsi jika anak anda masuk ke dalam rumah dengan mengunyah gula-gula getah, nafas berbau pudina, ataupun anda mencium bau losyen yang baru sahaja digunakan. Anak anda mungkin cuba menyembunyikannya dengan haruman tersebut.

2. Teliti lebih dekat

Jika anak remaja anda menggunakan atau menyalahgunakan bahan haram, terdapat bukti visual yang boleh dikesan.

Cuba teliti mata anak anda, ia boleh menunjukkan tanda sebarang penggunaan bahan dadah.

Jika anak anda mengambil ganja, matanya akan menjadi merah dan anak mata akan mengecil.

Jika anak anda mengambil alkohol, anak mata akan membesar, dan dia mungkin menghadapi kesukaran untuk memberi tumpuan.

Selain daripada itu, alkohol turut memberi kesan dengan menyebabkan muka dan pipi menjadi merah.

Penggunaan suntikan dadah meninggalkan tanda, kebiasaannya di tangan, tetapi ia juga mungkin terdapat di kaki.

Menghidu kokain menyebabkan hidung berdarah dan lama-kelaman akan mengikis septum di dalam hidung.

Jika terdapat tanda terbakar di bibir atau jejari anak anda, dia mungkin menghisap bahan mengkhayalkan melalui kaca panas atau paip besi.

Lebam atau tanda di sekeliling mulut di samping tanda cat di badan atau pakaian, bau kimia atau hidung selesema juga menunjukkan penggunaan ubat sedut atau inhalan iaitu amalan menghidu asap daripada bahan kimia untuk khayal.

Pil ekstasi menyebabkan kesakitan gigi, meningkat rangsangan dan kehilangan kepekaan kepada persekitaran.

Cuba juga mengenal pasti tanda-tanda ketaksuban (peka) terhadap cahaya dan bunyi, pengambilan air berlebihan dan bertindak keanak-anakan.

3. Perubahan mood

Cuba lihat sebarang perubahan terhadap mood anak anda. Bagaimana keadaannya? Adakah anak anda membuat bising dan kecoh, atau ketawa mengilai tanpa sebab.

Adakah anak anda menunjukkan kemarahan, dan letih tanpa sebab sepanjang malam? Adakah dia kelihatan tidak sihat dan terjatuh dalam bilik air?

Ini merupakan tanda-tanda yang menunjukkan mereka berkemungkinan menggunakan bahan haram seperti alkohol, ganja, dan sebagainya.

Anda juga perlu memberi perhatian terhadap kelakuan anak remaja anda pada setiap masa.

Jika dia menjadi pendiam, marah, kurang berkomunikasi yang berlangsung selama lebih kurang beberapa minggu, kemungkinan sesuatu telah berlaku kepada anak anda.

Anak anda berkemungkinan menjadi marah jika anda cuba membantu dan dengan tegas meminta anda tidak mengganggu, tetapi anda perlu mengetahui apakah yang sedang berlaku.

Walaupun terdapat pelbagai alasan yang menyebabkan anak anda merasa naik angin, anda perlu mempertimbangkan kemungkinan yang dia telah menunjukkan tabiat penggunaan bahan larangan.

4. Kemalangan kereta

Bagi kebanyakan remaja yang lebih dewasa, kenderaan mereka adalah kehidupan mereka.

Jika anda mengesyaki bahawa anak anda menggunakan dadah, cuba periksa kereta mereka untuk sebarang petunjuk.

Jika anda berasa syak-wasangka, periksa dalam kenderaan mereka; kebanyakan anak remaja malas membersih dan mengemaskan kereta mereka.

Adakah bahagian dalaman kenderaan berbau asap ganja atau alkohol? Adakah terdapat sebarang botol, paip, paip air atau dadah jenis paraphernalia di lantai kereta dan disorokkan di dalam laci kereta?

Jika anda menjumpai sesuatu, bersemuka dengan anak anda dengan segera; berterus-teranglah dan beritahu anak anda apa yang anda temui dan kenapa anda berasa bimbang.

5. Penipuan atau berahsia

Tiba-tiba anda mendapati anak-anak yang jujur mula menipu setiap masa. Rancangan pada petang hari dan hari minggu mula kelihatan meragukan.

Anak anda sama ada tidak pasti ke mana hala tujunya atau alasan yang tidak kukuh (anak anda tidak mampu menceritakan wayang yang baru ditontoni, atau rakan yang sepatutnya keluar dengan anak anda telah menelefon dan mencari anak anda).

Malah, jika anda menemui sebarang penggunaan bahan mengkhayalkan (satu tin bir atau rokok ganja dalam bilik anak anda), anak anda mungkin mempunyai seseorang atau sesuatu yang lain untuk dipersalahkan.

Apabila sebarang alasan gagal, anak anda membalas pertanyaan dan kebimbangan anda dengan memberitahu ia bukan masalah anda.

Sesuatu pasti telah berlaku, dan anda perlu mengenal pasti apakah yang disembunyikan oleh anak anda.

6. Kurang motivasi

Gred anak anda semakin menurun dan tiada alasan jelas mengenai puncanya. Dia memberi penjelasan yang sukar dipercayai dan memberi jaminan kepada anda bahawa dia boleh mengendalikan situasi tersebut, tetapi gagal mengatasinya.

Dia mungkin ponteng kelas dan mengabaikan masa untuk menyiapkan kerja rumah. Dia juga kelihatan hilang minat terhadap aktiviti-aktiviti lain.

Anda menerima panggilan daripada guru, jurulatih, guru besar, kesemuanya menyatakan perkara yang sama iaitu anak remaja anda ponteng kelas, aktiviti atau latihan, dan apabila dia menghadiri kelas-kelas tersebut, dia langsung tidak menunjukkan sebarang usaha.

Ini boleh menunjukkan tanda masalah penyalahgunaan bahan larangan, di mana keinginan untuk mabuk atau khayal telah menjadi keutamaan dalam hidup anak anda.

7. Kehilangan alkohol, rokok, duit atau barang berharga

Bagi remaja yang ingin mabuk atau membeli dadah, rumah ibu bapa boleh menjadi sumber utama sebagai punca wang tunai.

Sesetengah ibu bapa menyimpan beberapa jenis minuman beralkohol dalam rumah, sama ada tin bir, botol wain, atau kabinet yang merupakan tempat meletak pelbagai jenis arak.

Jika mereka memerlukan duit untuk membeli dadah, mereka akan mula menyelongkar dompet ibu bapa, mencuri duit, atau mencuri barang-barang berharga seperti barang kemas untuk dipajak atau dijual.

Anda juga perlu memantau jumlah alkohol dalam rumah anda. Jika anda menyedari terdapat botol arak yang hilang atau arak yang dicairkan dengan air, anda perlu mengunci tempat tersebut supaya anak remaja anda tidak boleh mendapatkannya.

Maklumkan kepada anak anda bahawa anda mengetahui apa yang sedang berlaku dan anda tidak akan bertoleransi dalam tabiatnya mencuri daripada anda.

8. Masalah aliran tunai

Anda menyedari sesuatu berlaku apabila duit anda mula hilang. Terdapat kaedah berkaitan wang tunai yang boleh mengesan masalah ini.

Sudah tentunya, dadah dan alkohol membabitkan wang, malah dadah yang tidak begitu mahal juga lama-kelamaan akan menyebabkan kehilangan duit.

Kemungkinan anak anda menggunakan wangnya sendiri (elaun, gaji dan bantuan, apa sahaja) untuk membeli dadah tersebut.

Pada masa sama, jika dia tiba-tiba mempunyai lebih banyak duit untuk pakaian, cakera padat, atau barang-barang lain, menjangkaui apa yang mampu dimilikinya, beri pertimbangan bahawa anak anda mungkin mengedar dadah. Dalam situasi sebegini, memeriksa bilik anak anda mungkin dapat menjelaskannya.

9. Perubahan rakan taulan

Anda menyedari bahawa anak remaja anda melepak dengan kumpulan yang berbeza. Adalah perkara biasa bagi para remaja untuk mendapat kawan baru, tetapi malangnya rakan-rakan baru ini membimbangkan anda.

Kemungkinan rakan-rakan baru ini adalah lebih berumur dan kelihatan lebih nakal dan berdikari, dengan kurang pengawasan ibu bapa dan kurang berminat di sekolah.

Walau apapun kesnya, anak remaja anda berkemungkinan akan mempertahankan pilihan rakan sebaya mereka, dengan menyatakan kawan baru tersebut lebih menyeronokkan dan memahami.

Tetapi, jika anda berasa sangsi dengan apa yang mereka lakukan, pantau dan perhatikan mereka dan ikutlah naluri anda.

Syd Publish time 19-3-2009 07:23 PM

AADK S'wak Siasat Dakwaan Budak 10 Tahun Ketagih Hidu Gam

KUCHING, 19 Mac (Bernama) -- Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) akan menyiasat dakwaan menghidu gam yang semakin serius sehingga melibatkan kanak-kanak berusia 10 tahun di Sarawak seperti didedahkan oleh Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) baru-baru ini.

Pengarah AADK Sarawak Jasni Jubli berkata agak sukar untuk merumuskan masalah penyalahgunaan gam semakin serius di Sarawak kerana ia memerlukan siasatan mendalam membabitkan si pelaku dan punca kejadian.

"Kita akan buat tindakan susulan namun dakwaan ini tidak boleh memberi satu gambaran masalah menghidu gam di Sarawak semakin serius sehingga melibatkan pelajar sekolah rendah, mungkin yang melakukan kegiatan ini sudah berhenti atau bukan dalam kategori tegar," katanya kepada Bernama di sini Khamis.

Mengenai penyalahgunaan gam berpunca daripada mudahnya mendapat bahan itu di Sarawak, Jasni berkata buat masa ini tidak ada keperluan mendesak untuk memantau penjualan gam di negeri ini dengan menghadkan penjualan di premis perniagaan tertentu saja.

"Penjualan gam tidak boleh dihadkan di kedai-kedai tertentu saja kerana jumlah pengguna gam untuk tujuan yang positif lebih tinggi berbanding dengan pengguna untuk tujuan negatif," katanya.

Katanya satu strategi bakal dirangka bagi memerangi masalah ketagihan gam di kalangan remaja di Sarawak berdasarkan kajian yang sedang dibuat Universiti Malaysia Sarawak (Unimas).

"Kajian komprehensif akan memberi gambaran sebenar masalah ketagihan gam dan punca ia berlaku di negeri ini serta langkah yang boleh diambil untuk mencegah menjadi lebih serius," katanya.

Beliau berkata, pada tahun ini AADK akan lebih agresif mengadakan kempen pencegahan di peringkat sekolah supaya masalah ini tidak merebak selepas mereka berhenti mengikuti pendidikan formal di peringkat sekolah rendah dan menengah.

Naib Yang Dipertua Pemadam Kebangsaan Datuk Sharifah Mordiah Tuanku Fauzi sebelum ini dipetik berkata ramai penagih dadah di Sarawak, Labuan dan Sabah, termasuk berusia seawal 10 tahun kini melepaskan ketagihan dengan gam berikutan kesukaran memperoleh bekalan pil Ecstasy, ubat batuk dan syabu serta membabitkan remaja dan kanak-kanak berusia seawal 10 tahun.

Mordiah, yang juga Pengerusi Pemadam Sarawak, Sabah dan Labuan, berkata selain murah, gam mudah dibeli dari kebanyakan kedai di negeri ini, Sabah dan Labuan.

-- BERNAMA

manakautau Publish time 20-3-2009 06:08 PM

Originally posted by baju_merun at 6-8-2007 09:52 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif
ganas tul budak2 skang ni :(

bukan soal ganas....lack of guidance dan pemantauan dari ibu bapak....period.....:$

Syd Publish time 1-4-2009 12:20 PM

JENAYAH
Selasa Mac 31, 2009
Pelajar miliki dadah ditahan di Putrajaya

PUTRAJAYA: Seorang pelajar perempuan ditahan di sini Jumaat lepas kerana disyaki memiliki ketamin seberat 9.4 gram.

Pelajar berumur 15 tahun itu ditahan ketika ponteng sekolah bersama-sama dua pelajar lelaki berusia antara 15 hingga 17 tahun serta dua orang penganggur.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Supritendan Abdul Razak Abdul Majid berkata mereka ditahan di Fasa 7, Presint 9 kira-kira 10.30 pagi.

"Serbuk putih dipercayai dadah jenis ketamin ditemui dalam beg sekolah pelajar perempuan berkenaan. Polis sudah pun menghantar serbuk itu ke makmal untuk ujian," katanya.

Beliau berkata pelajar perempuan itu dibebaskan dengan jaminan polis pagi ini selepas tempoh tahanan remannya tamat semalam, manakala empat lelaki terbabit turut dibebaskan hari ini.

Sementara itu Abdul Razak berkata polis masih memburu tiga lelaki yang menyamar sebagai tukang cuci untuk mencuri komputer riba di pejabat sekitar Putrajaya.

Beliau berkata kes terbaru berlaku Ahad lepas di sebuah premis perniagaan di Presint 14, di mana enam komputer riba bernilai kira-kira RM 22,000 hilang.

Jenayah itu dipercayai dilakukan kumpulan yang sama yang mencuri sembilan komputer riba bernilai RM29,000 dalam dua kes berlainan pada Selasa lepas dan Ogos tahun lalu, katanya. BERNAMA

Syd Publish time 1-4-2009 12:20 PM

agak-agak kan
mak bapak zaman skrg nih

kenal tak rupa ketamin, syabu, ganja, heroin tu rupa lagu mana?

Syd Publish time 22-10-2009 03:44 PM

"Kenali Anak Kita" Kempen Cegah Dadah

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Persatuan Pengasih Malaysia dengan kerjasama Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan melancarkan kempen "Kenali Anak Kita" yang bertujuan mendidik ibu bapa membuat pencegahan awal mengesan penglibatan anak-anak mereka dengan dadah.

Presiden Pengasih Mohd Yunus Pathi berkata kempen ini disasarkan kepada golongan ibu bapa memandangkan mereka merupakan insan yang paling berpengaruh dalam pembentukan nilai, sikap dan tingkah laku anak-anak.

Justeru, katanya ibu bapa harus diberi maklumat tentang bagaimana untuk mengesan perubahan terhadap anak-anak mereka yang terlibat dengan dadah dan langkah terbaik untuk mencegahnya.

"Kita harap cara pencegahan yang bermula dari rumah ini dapat mengurangkan statistik penglibatan golongan remaja dengan dadah," katanya.

Yunus berkata kempen itu akan berlangsug selama dua tahun di seluruh negara.

Majlis pelancaran kempen akan disiarkan secara langsung pada 1 Nov depan melalui saluran TV1 pada pukul 8.30 hingga 10.30 malam, yang akan disempurnakan oleh isteri bekas Perdana Menteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Sementara itu, Pengarah Penerbitan Televisyen RTM Rokiah Norma Ramli berkata para penonton akan dihidangkan dengan slot "Kekasih Awal... Akhir" pada malam itu iaitu persembahan sketsa tentang remaja terlibat dengan dadah.

-- BERNAMA

dalmaz Publish time 22-10-2009 10:36 PM

gerun rasanya bila memikirkan hal ini,
anak2 yang masih bersekolah rendah tidak akan tahu bahaya/keburukan dadah. hanya ikut apa orang sekeliling buat..puncanya... persekitarannya begitu, mungkin ibubapa mereka juga penagih. atau masyarakat setempat ramai yang sebegitu.
anak2 remaja. terpengaruh dengan kawan2 dan persekitaran walaupun dia sedia maklum akan bahana yang akan dihadapi kelak. Namun sekali cuba... akan cuba lagi dan lagi sehingga menjadi ketagih.
orang dewasa menagih... puncanya dari remaja lagi... susah sudah hendak berhenti. kecuali pada yang benar2 kuat semangat dan insaf. tapi berapa lah sangat dalam seribu..
doakan anak2 kita jgn terpedaya/
Pages: 1 [2]
View full version: Anak & Dadah - Apa yang anda rasa?

ADVERTISEMENT