dasiza Publish time 7-3-2008 11:14 PM

saya sekarang nie tengah meroyan nak cari novel KETIKA CINTA BERTASBIH 2....sesiapa boleh tlg saya,...ini dsbbkan faktor geografi membuat saya tak dapat membeli nye di KL...saya sekarang nie stay kat sarawak.....:'( :'( ........saya baru je abis membaca KETIKA CINTA BERTASBIH 1... jd sekarang nie betul2 meroyan nak baca sambungan nye...plzzzz....sesiapa..semoga ALLAH SWT mbuka kanhati anda utk menolong saya......:( ..kalo terpaksa membeli versi indo pun saya tak kisah...betul2 tgh meroyan sekarang nie...:$

evita_ina Publish time 10-3-2008 01:22 PM

bila nak kuar pilem ni...sedih lama ngat kene tuggu!!!!!waa!!!!:( :( :'( :'( :'( :'( :'( :'(

nenektua Publish time 10-3-2008 03:35 PM

Reply #342 evita_ina's post

cari kat youtiub...
dah ada dah

limau_nipis Publish time 11-3-2008 09:49 AM

Reply #343 nenektua's post

from www.diori.multiply.com

AAC Youtube vs AAC Bioskop

Oalaaah..Indonesia lagi demam film Ayat-Ayat Cinta. Film religi inibener2 sedang laris manis dimana2, antreannya puanjaaaang,semua studio full booked. Cuman yang bikin gw sedih adalah maraknyaperedaran filem AAC bajakan yang beredar di internet. Kalo bagus siyokey, ini mah busuk (ga jelek2 amat siy, tapi tetep aja ga puasliatnya), versi bajakannya adalah AAC yang belum selesai diedit,musiknya masih ala kadarnya, dialognya belum didubbing, tatasuaranyamasih jelek, pokoknya bener2 mentah dan kasar.

Berikut beberapa kekurangan AAC versi youtube dibanding AAC versi bioskop

1. Tata suara dan musik di versi youtube belum selesai diedit.Hampir seluruhnya berbeda dengan versi bioskop. Kalo versi youtubesemuanya menggunakan piano dan diputar berulang2 disemuaadegan,sedangkan di versi bioskop lebih bervariasi namun sebagian besarmenggunakan scoring lagu rossa (ayat2 cinta) dan sherina (takdircinta). Bahkan di versi youtube masih banyak adegan2 yang belum diisimusiknya, alias masih kosong.

2. Banyak dialog yang belum selesai didubbing.Contohnyata adalah adegan ketika di kereta, saat fahri menegur orangArab yangmemarahi Aisha. Disitu suara Fedi Nuril terdengar serak (fedi sedangsakit), sedangkan di versi bioskop suara fedi nuril terdengar lantangdan jelas tanpa serak.

3. Beberapa dialog bahasa Indonesia belum didubbing ke bahasa arab.Contohpaling jelas adalah adegan ketika Aisha bertanya ke paman Ekbal apakahdia mengenal fahri, kemudian paman Ekbal balik bertanya ke Aisha 慹mangada apa?

aisyah_putri Publish time 11-3-2008 02:16 PM

oot :P
after filem Ayat-Ayat Cinta, indonesia is waiting for filem LASKAR PELANGI (pengarah Mira Lesmana, filem Gie), based on novel Laskar Pelangi by Andrea Hirata

http://pts.com.my/script/phpthumb/phpThumb.php?src=/images/uploads/books/latest..gif&w=250&q=100

Sinopsis :
Sebuah kisah keajaiban masa kecil 11 anggota Laskar Pelangi yang luarbiasa dan menghiburkan. Pengembaraan anak-anak Melayu Belitong yangmenyentuh dan sukar dilupakan. Kecintaan terhadap pendidikan,keunggulan nilai persahabatan dalam menempuh kesukaran hidup dankemurnian prinsip menghiasi perjalanan Laskar Pelangi. Novel inidipersembahkan untuk mereka yang meyakini the magic of childhoodmemories, dan untuk mereka yang masih percaya akan adanya pintukeajaiban lain untuk mengubah dunia pendidikan.

cik_kaer Publish time 17-3-2008 09:21 PM

Originally posted by pinKy180 at 7-3-2008 10:51 PM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif


salam kak sha :bye:
bestkan tautan hati....:loveliness:

alhamdulillah skrg dah banyak novel2 mcm ni..seronok sgt....:D

kali terakhir baca novel cinta cintun tu tiga tahun lepas.... p ...

eiiii kite baru je abis bace tautan hati....mmg slow starting die...pastu dah tengah2 best...pastu puisi2 before start each chapter pon best..in fact kite tgh retype back few puisi to be forwarded to friends..

bykkkk iktibar bole amik dr cite nih:loveliness:

sixret Publish time 17-3-2008 09:48 PM

Originally posted by aisyah_putri at 11-3-2008 02:16 PM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
oot :P
after filem Ayat-Ayat Cinta, indonesia is waiting for filem LASKAR PELANGI (pengarah Mira Lesmana, filem Gie), based on novel Laskar Pelangi by Andrea Hirata

http://pts.com.my/script/p ...


eh...tertarik lah ngan buku laskar pelangi ni...dah de jual ke kat malaysia? mak aih kopak lagi duit aku:'(

limau_nipis Publish time 18-3-2008 09:14 AM

Reply #347 sixret's post

buku sambungan laskar pelangi pun dah ada.. aku nak cari buku laskar pelangi tak jumpe pulak

mardhiah12 Publish time 18-3-2008 11:12 AM

Reply #348 limau_nipis's post

pustaka mukmin ada rasanya
cuba check

NickyAzrai Publish time 18-3-2008 11:55 AM

Reply #348 limau_nipis's post

kat markas pun dah ade gak
:loveliness:

cik_kaer Publish time 18-3-2008 12:56 PM

Reply #340 pinKy180's post

kite dok search soundtrack ayat2 cinta..sedih seyyyyy....tp fahri mmg comei...buku aac kite tu pon dah ada org nak pinjam

as for tautan hati kite paste kat sini la..kot2 yg blom bace..bule bace:$ ..

puisi yg paling kite suke ->

Ramai orang berpandangan
Kita perlu bercinta untuk mengenal pasangan
Tanpa perkenalan mustahil keserasian dikesan
Mereka sebenarnya terlepas pandang
Dalam islam ada tempoh

Risik
dan bertunang
Yang melibatkan mahram bukan berdua-duaan
Taaruf itulah mendedahkan keserasian
Cuma takrif’ taaruf’ dan ‘serasi’dalam fikiran manusian berlainan
Islam mengajar manusia taaruf yang ada sempadan
Terpelihara dan terjaga dari kemaksiatan
Bukan taaruf melalui cinta sakan
Islam mengajar serasi dengan ajaran tuhan
Bukan serasi dengan kehendak pasangan
Cinta al rahman menjana kebahagiaan
Lantaran itu lah batasannya tidak boleh dipermainkan
Jauh ku berlari
Mencari erti cinta
Yang ku temui
Hanyalah jauh dari-nya
Cukup lah

Cukuplah dengan kealpaan semalam
Takkan kuulangi dosa-dosa silam
Hanya bersama-mu cinta sejati bersulam
Akan kudamba-mu siang dan malam

-monolog asiah yusra-
:$ :$ :$ :$

Sering kuterdengar
Usikan nakal
Si lelaki pada wanita
Feuwit, cunnya!
Buatku keliru sendiri
Apakah erti kecantikan wanita
Di mata lelaki

Adakah pada susuk tubuh yang mengiurkan?
Atau pada akhlak yang menawan?
Biar apa pun jawapannya
Aku tetap aku
Apa yang kutahu
Aku seorang wanita
Fitrahku sukakan diri cantik jelita
Namun bukan kecantikan di mata manusia
Sebaliknya
Ku mencari kecantikan yang diiktiraf tuhan

-monolog layyinul harir-
:loveliness: :loveliness: :loveliness:

few others->
Aku hanya merancang
Allah jua yg menentukan
Kupasrah pada ujian
Biarpun datang menghujan
Hikmah seiringan
Untuk kufikirkan
Biar segetir mana ujian melanda
Baik berjaya atau kecewa
Baik suka atau terluka
Kuterima denga hati terbuka
Kerana memang
Begitu kehendaknya
Kuyakini itulah terbaik darinya
Buatku seorang hamba
Hanya dia mengetahui segalanya

-monolog umar al-mujahid-
:L :L :L :L :L

Pernah kupujuk diri
Di sebalik derita ini
Pasti ada yang menanti
Namun apa yg kudapati
Hanya
Derita
demi derita
Yang terus terusan menimpa
Entah bile penghujungnya
Apakah ini rahmat penghapus dosa?
Atau bala yg bertimpa-timpa?
Oh tuhan berikanlah aku jawapannya

-monolog imtisal-
:funk: :funk: :funk: :funk:

Aku dan dia
Diintai sang kumbang sentiasa
Kerana lumrah menjadi sang bunga menarik, mempersona

Antara dua bunga rebutan
Inginku menjadi sang mawar di taman
Cantik menawan.
Duri bercerakan.
Bukan sang dedap di牋hutan
Meskipun indah luaran
Baunya tidak tertahan

-monolog layyinul harir-
:shakehead3: :shakehead3: :shakehead3:

Percaya redanya bersama reda ayah bonda
Kucuba membahagiakan mereka
Hajat mereka kuusaha menggapainya
Namun mmapukah aku terus terseksa
Menantinya yang tidak kuyakini masih ada
Wujudnya semata-mata dalam
Firasat bonda
Bingung kusendiri
Sampai bila harus begini
Tidakkah kuberhak mempunyai pikiran hati?
Perlukah kuterus menanti
Pada firasat bonda yang belum pasti

-monolog layyinul harir-
:o :o :o :o :o


tu je mampu kite type...puisi2 yg kite cam nak relate ngan bende yg kite tgh buat:loveliness: :loveliness: :loveliness:

pinKy180 Publish time 18-3-2008 02:02 PM

Reply #351 cik_kaer's post

cik kaer, knapa tak taip sama tajuk besar kat setiap puisi tu...?

pastu awat tak nyatakan puisi tu monolog dari sapa2...?

sorry ya cik kaer banyak songeh plak sy:$ ..... oklah yg ni pun dah kira cukup bagus.....tenkiu....:pompom:

nanti klau ada lg jgn lupa uptade tau....sy minta izin utk copy ya...:)

[ Last edited bypinKy180 at 18-3-2008 02:06 PM ]

limau_nipis Publish time 18-3-2008 03:14 PM

Originally posted by NickyAzrai at 18/3/08 11:55 AM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
kat markas pun dah ade gak
:loveliness:

kau kalau bab markas markas ni.. laju je update ;P

shachihata33 Publish time 19-3-2008 09:42 PM

Originally posted by dasiza at 7-3-2008 11:14 PM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
saya sekarang nie tengah meroyan nak cari novel KETIKA CINTA BERTASBIH 2....sesiapa boleh tlg saya,...ini dsbbkan faktor geografi membuat saya tak dapat membeli nye di KL...saya sekarang nie stay ...

siannya dasiza. sha pun belum beli ketika cinta bertasbih 2. ingat nk beli, tp ada kwn nk hadiahkn utk
besday hujung bulan nnt. hehe..jimat duit.

dasiza mmg nk sgt novel ni ya. alangkah bertuah kalau sha dpt bantu.
kalau nk sha beli, mmg rumah sha dekat je dgn MPH alamanda. 15mnt dh sampai.
abg ckp, courier rm 15. tp sha boleh bagi free je utk courier.
amacam??....demi menolong dasiza nih

shachihata33 Publish time 19-3-2008 10:01 PM

Originally posted by pinKy180 at 6-3-2008 12:06 AM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif
teringin jugak nak tengok tp tak reti nak donload...:(

serius sebenarnya sy risau sgt tentang filem AAC ni...sudah tentu filem ni tak sama dgn novel asal....ermm apa ya reaksi habiburahman bila tonton filem ni...?

risaubagaimana agaknya babak antara fahri dan aisya di malam pertama dan adegan seterusnya....dan adegan2 lain lagi.....adakah dilakunkan sebijik2 seperti dlm novel atau lebih lg...?bahaya dan keterlaluan...:mad: kat scene camni yg mematikan keinginan sy utk tonton filem ni....

sy amat takut nanti bila tengok filem ni jadi benci pulak walhal novelnya sgt bagus.....so tak excited sgt nak tengok wlaupun teringin jugak....hmmm....harap2 semua boleh beza baik buruk ya....

lebih excited dgn filem KCB...tak sabar nak tengok.......perjalanan hidup kang azzam....:loveliness:

[ Last edited bypinKy180 at 6-3-2008 12:10 AM ]



babak malam pertama tu xde lah mcm dlm novel tu. dlm filem ni, xde pulak
pegang2 or peluk melampau. masih di jaga perbatasannya. cuma yg sha kesalkan
adegan fahri dan maria berdua dlm rumah. fahri tidur (duduk) maria di PC nya fahri.
sedangkan dlm novel, mana ada mereka berdua saja.

then, adegan fahri dan maria berdua di hadapan sungai nil. sedangkan fahri mana
mungkin berdua dgn maria walaupun di tempat umum. fahri dlm filem
xsebaik fahri dlm novel.

seperkara lagi, kalau sha xpernah baca novel AAC, mungkin sha x dpt bayangkan fahri tu orgnya
mcm mana. baiknya mcm mana. jd, kalau nk tgk filem ni, bacalah novel dia dulu.
sbb aisha yg digambarkan dlm filem ni pd awl2 pernikahan, xsama dgnaisha dlm novel.
sbb aisha ni mcm suka mengarah je sedangkan aisha dlm novel menurut kata fahri...

ni hanya pandangan sha ttg filem AAC.....mungkin pandangan org lain berbeza.

pinKy180 Publish time 20-3-2008 11:47 AM

Ayat-ayat Cinta The Movie, Saya Sudah Tonton!March 14, 2008

Bagi yang mengikuti tulisan di laman web ini pasti sudah mengetahui mengenai kekecewaan saya tidak dapat menonton Ayat-ayat Cinta The Movie dalam artikel yang lalu.

Alhamdulillah semalam saya berjaya juga menonton filem tersebut. Bagaimana? Rahsia! Ayat-ayat Cinta The Movie, sebuah filem garapan Hanung Bramantyo berdasarkan novel fenomena Indonesia Ayat-ayat Cinta tulisan Habiburrahman El-Shirazy. Secara dasarnya bagi orang yang menonton filem ini selepas membaca novelnya pasti merasa kehilangan. Mengapa? Roh asal cerita daripada novel seakan-akan hilang di dalam filemnya.
Saya bukanlah seorang pengkritik ataupun penggiat dunia perfileman yang mampu memberikan kritikan kepada mutu pembuatan filem. Saya memberikan pandangan daripada perspektif orang buku yang menilai filem daripada kaca mata pembaca novel asalnya.

Karisma Watak Utama Hilang
Novel Ayat-ayat Cinta menonjolkan satu watak yang cukup dominan sepanjang penataannya iaitu Fahri. Wataknya di dalam novel digambarkan sebagai seorang lelaki Muslim baik, warak, tenang yang cukup karismatik dan menjaga nilai-nilai Islamnya. Fahri di kaca mata pembaca sebagai suatu role model lelaki Muslim hebat yang patut ada dalam diri lelaki-lelaki Islam yang lain. Para sahabat dan individu sekelilingnya amat menghormatinya dan menjadikan ia sebagai pakar rujuk hidup mereka. Ini menyebabkan dalam diam ramai wanita di sekeliling menjadikannya sebagai lelaki idaman.

Kekuatan watak ini dijelaskan dengan beberapa babak dalam novel yang menceritakan beliau seorang pemuda berwawasan dengan perancangan hidup sistematik. Perancangan 10 tahun hidupnya digagaskan bagi memastikan hidupnya berada pada landasan yang baik. Perjuangannya menyelamatkan pandangan orang terhadap Islam dengan membantu orang Amerika dalam bas amat membuka minda. Beliau menyelamatkan noura daripada seksaan Bahadur. Kemudian kesabarannya menghadapi cabaran penjara kerana fitnah menunjukkan kekuatan pada dirinya.

Namun begitu dalam filem, watak Fahri hilang karisma. Ia kelihatan sebagai watak lelaki mentah yang lemah. Tidak kelihatan ketenangan dan kekuatan pada watak tersebut. Sikapnya pada awal cerita bagaimana ia stress kerana fail proposal tesisnya diserang virus menunjukkan ia tidak kuat menghadapi cabaran. Kemudian muncul pula watak Maria sebagai pembantu dan pendukung Fahri dalam keadaan tersebut. Ini mengurangkan hormat saya kepada watak asalnya.

Kemudian bagaimana ia tidak menjaga tata pemuda Muslim bersama wanita bukan muhrim amat jelas dalam babak-babak seterusnya. Babak pergolakan rumah tangga beliau bersama Aisha dan babak dalam penjara yang menyesakkan, memberikan gambaran Fahri ini tidak kuat dan tabah menghadapi segala cabaran. Walaupun ia masih digambarkan sebagai seorang yang menjaga tata cara Syarak seperti masih bersolat dan tidak menyentuh wanita bukan muhrim. Ia masih tidak membuatkan watak itu sebagai dominan.

Aisha Yang Tabah
Ia berbeza dengan watak Aisha yang digambarkan sebagai wanita tabah. Pengembangan watak tersebut daripada novel asal menjadikan Aisha adalah watak yang lebih dominan. Usaha menyelamatkan suaminya daripada penjara, menghadapi konflik jiwa apabila mengetahui suaminya ramai peminat dan ingin berkahwin dengannya amat berkesan. Saya kagum dengan Aisha dalam filem ini.

Maria Yang Tidak Tertonjol
Dalam novel asal watak Maria ditonjolkan sebagai wanita Kristian koptik mencari makna hidup. Islam dilihat cantik cuma maSih takut untuk didekati. Pengkajian mendalam mengenai Islam menjadikan ia sudah melangkah satu kaki kepada hidayah Allah. Surah Maryam dijadikan hafalan hidupnya. Pencariannya berakhir dengan hidayah Allah yang agak tragis dan menginsafkan.

Maria dalam filem ternampak mabuk. Mengapa saya mengatakan ia mabuk? Watak itu tidak tentu halanya. Sekejap mahu mencari makna, sekejap terperangkap dengan perasaan. Watak ini lebih ditonjolkan sebagai watak wanita penagih cinta tidak kesampaian. Babak-babak mabuk cintanya amat tertonjol hinggakan orang tidak terlihat pencarian hidayah Ilahi padanya. Ini agak mengecewakan.

Nurul Wanita Karismatik Yang Hilang Hala Tuju
Watak Nurul ketua Muslimat Indonesia Al-Azhar, anak Pak Kiyai Pesantren hilang hala hidup dalam filem. Watak karismatik dalam novelnya seakan-akan hilang terus. Beliau yang pada watak asalnya tabah dan tenang, menjadi gila dan hilang dalam filem. Ini bagi saya satu perkara yang menyedihkan.

Watak Antagonis Noura Berjaya
Dalam semua watak bagi saya watak Noura yang agak berjaya dan tidak lari daripada asalnya. Ia seorang yang malang kerana diseksa oleh Bahadur, diperkosa dan kemudian diselamatkan oleh Fahri dan Maria. Bertemu dengan keluarga asal dan menjadi pemfitnah utama kepada Fahri. Ini amat terkesan.

Banyak Babak Penting Hilang
Saya yang membaca berkali-kali novel Ayat-ayat Cinta amat kecewa apabila banyak babak penting dalam novel tidak dimasukkan ataupun diubah di dalam filem. Babak-babak ini yang menjadikan novelnya amat mengagumkan dan menghibakan. Antaranya :
[*]Babak Fahri berdebar ketika bertemu dengan bakal isteri tidak ditata dengan baik.[*]Babak ia membuka perancangan 10 tahun kepada Aisha dihilangkan.[*]Babak ia hiba dengan kekayaan Aisha tiada.[*]Babak beliau bertemu Abdullah Mas抲d.[*]Babak ia membeli Jip Cherokee hilang dengan wujud kereta mercedez hebat Aisha.[*]Keindahan malam pertama Aisha dan Fahri tidak digambarkan (bukan babak seks tetapi babak romantis pasangan isteri belum pernah bertemu dan bertemu kali pertama).[*]Babak bapa saudara Nurul bertemu Fahri menerangkan rasa hati Nurul kepada Fahri pada ketika sebelum majlis perkahwinan dilewatkan dan ditata mual dengan menyuruh Fahri berpoligami.[*]Babak Fahri bersama pada banduan tidak diwujudkan, hanya sekadar berkawan dengan seorang banduan gila yang akhirnya menyedarkan Fahri.[*]Babak Maria mendapat hidayah yang sepatutnya ditonjolkan juga tiada.Babak Baru Kurang Islami
Babak-babak baru yang agak mengelirukan dengan konflik pasangan berpoligami amat meng択opyor択an. Babak Maria yang bebas keluar masuk rumah Fahri juga menghilangkan rencah Islamnya. Ditambahkan lagi dengan Maria makan setalam bersama rakan serumah Fahri. Babak beliau berjalan berdua pulang dari universiti.
Barulah saya tahu mengapa Kang Abik amat tidak berpuas hati dengan filem ini.

Filem Berjaya Yang Hilang Rohnya
Secara keseluruhannya saya melihat filem ini sebagai sebuah filem yang berjaya yang hilang roh asal. Usaha Hanung Bramantyo mempersembahkan sebuah filem Islami boleh diucapkan tahniah. Sepatutnya lebih ramai penggiat filem Malaysia mencontohi usaha ini. Filem ini boleh ditingkatkan lagi dengan penelitian daripada aspek Islamnya.
Bagi yang ingin menontonnya, saya tetap galakkan kerana ia sebuah filem adaptasi novel yang menarik. Walau bagaimanapun apa yang boleh saya katakan, novelnya lebih menarik daripada filem. Bacalah novel untuk inspirasi, tontonlah filem untuk rasakan. Selamat menonton dan selamat membaca.
Hasil Tulisan :

Fauzul Na'im Ishak
Pengarah & Jurulatih
Akademi Penulis Karya Bestseller
fauzulnaim@fauzulnaim.com

http://www.akademipenulis.com/ayat-ayat-cinta-the-movie-saya-sudah-tonton.html

jf_pratama Publish time 21-3-2008 05:30 PM

This movie is good ...

Well yes, it抯 not 憄erfect

NickyAzrai Publish time 24-3-2008 11:39 AM

Originally posted by limau_nipis at 18-3-2008 03:14 PM http://forum3.cari.com.my/images/common/back.gif


kau kalau bab markas markas ni.. laju je update ;P


tempat jatuh lg dikenang
inikan pulak tempat perhabiskan duit

hehehe ;P ;P

aisyah_putri Publish time 24-3-2008 02:49 PM

Billboard Ayat-Ayat Cinta
http://www.akademipenulis.com/imej/artikel/billboardayatcintak.jpg

Fahri
http://www.akademipenulis.com/imej/artikel/gambarayatcinta/fahri.jpg

Aisha
http://www.akademipenulis.com/imej/artikel/gambarayatcinta/aisha.jpg

Maria
http://www.akademipenulis.com/imej/artikel/gambarayatcinta/maria.jpg

Nurul
http://www.akademipenulis.com/imej/artikel/gambarayatcinta/nurul.jpg

pinKy180 Publish time 24-3-2008 10:26 PM

baru habis baca PPC....

novel ni pun hebat tp tak boleh tandingi AAC dan KCB 1....:)
Pages: 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 [18] 19 20 21 22 23 24 25 26 27
View full version: Habiburrahman El-Shirazy (merged with bloop)


ADVERTISEMENT