mardhiah12 Publish time 22-2-2007 09:56 AM

Sedang menguliti buku Ayat-ayat Cinta tulisan Habiburrahman El Shirazy.

Sudah lama rasanya saya tidak merasa sebegini, ingin terus habis membaca at one sitting. Benar-benar teruja membaca novel ini. Malam tadi, hampir saya tidak tidur malam kerana ingin menyudahkan novel ini. Kemahuan tersebut terpaksa ditolak tepi kerana memikirkan perlu kerja hari ini.

350 mukasurat dalam masa satu hari, not bad. Masih ada 150 mukasurat perlu dihabiskan.

Jangan terpedaya dengan tajuknya ataupun kulit hadapannya, Ayat-ayat Cinta merupakan novel pembangun jiwa. Bukan novel biasa-biasa. Bukan novel picisan yang berlambakan di pasaran. Novel ini sudah memenangi beberapa anugerah 'Pena Award Novel Terpuji Nasional 2005', 'Anugerah Penghargaan The Most Favourite Book 2005'

Permulaan novel ini dimulakan dengan tulisan penulis,


    kutulis novel ini
    dengan cahaya cinta
    untuk mahar menyunting belahan jiwa
    Muyasaratun Sa`idah binti KH. Muslim Djawahir, alm.
    Rabbanaa hab lanna min azwaajinaaa wa
    dzurriyatinasa qurrata a'yuni naj'alnaa



Cerita yang diperhalusi dengan baik sekali. Tentang kehidupan Fahri, seorang pelajar sarjana di bumi Mesir, tentang permainan cinta yang dibawa tanpa mengatasi batas-batas hubungan bukan muhrim, tentang penerangan apa itu Islam dan adabnya secara menyeluruh. Lenggok bahasa yang sangat menarik, pemandangan di Mesir yang digambarkan sebaiknya. Penggunaan bahasa-bahasa Arab, Jerman dan sebagainya. Sungguh-sungguh terpesona saya membacanya.

Oh, saya bisa terpesona dengan lagak Fahri. Berhujah menggunakan ayat Al-Qur`an dan hadis. Tekun dan taat mentelaah. Kalau lelaki sesempurna itu wujud di hadapan mata, mahu terus terangan saya meminangnya. Haha, ini impian sahaja, saya sendiri sudah berkahwin, maka seharusnya saya meminang Fahri untuk adik perempuan saya atau jadikan menantu sahaja :D

Mahu gugur rasa hati, jikalau dahulu suami saya menghadiahkan buku seperti ini untuk menyunting hati saya. Sungguh-sungguh terkesan dengan novel ini. Benar-benar saya rasa novel ini sewajarnya dimiliki sesiapa sahaja, sungguh-sungguh penulis menggambarkan segalanya. Pelbagai aspek turut disentuh, agama, cinta, keluarga.

Jikan anda berat pada agama, ini buku untuk anda.
Jika anda suka dengan kisah cinta, ini juga untuk anda.
Jika anda pentingkan keluarga, ini juga untuk anda.
Jika rasa ingin menjelajah Mesir, ini buku untuk anda.

Pendek kata, buku ini sesuai untuk semua golongan.

Ups, saya rasa saya perlu menyudahkan pembacaan, baru boleh komen dengan lebih lanjut.

Mungkin anda akan teruja dengan komentar A Samad Said mengenai novel ini:


    Sesekali dalam ketenangan sastera Indonesia, datang mengejut gelora seni yang tidak tersangkakan. Jika dulu pernah hadir 'Ateist', 'Perburuan', 'Pulang', 'Merahnya Merah' dan 'Bumi Manusia', kini tampak geloranya datang dengan 'Ayat-ayat Cinta' pula. Ternyata ia adalah sebuah novel yang memujuk dan menghiburkan. Dengan bahasa yang sederhana mengalir, ini menghadapkan kita kepada sekelompok mahasiwa Indonesia yang tidak saja tegkun menangguk ilmu, malah berupaya mengisi kehidupan dengan penuh sabar.

    'Ayat-ayat Cinta' memangnya pintar mengheret kita menjejaki - malah menghidu - perhubungan Fahri (Indonesia) dan Maria (Mesir) secara penuh mengajar, menghantar isyarat dan kebijaksanaan baru melalui perhubungan sopan antara insan dua negara.

    Rasanya memang sesekali kisah cinta yang Islami begini sempat disampaikan dengan penuh tertib.

    Maka itu, tidak membacanya seperti sengaja melepaskan peluang untuk mencium bau, merasa lelah dan memahami gerak hidup insan Indonesia baru di luar dan di dalam negaranya.



Benar, 'Ayat-ayat Cinta', saya kira bakal menjadi koleksi khazanah berharga.

'HAMKA kecil telah lahir!' - Prie GS

captain_scubby Publish time 23-2-2007 08:44 AM

Originally posted by mardhiah12 at 22-2-2007 09:56 AM
Jangan terpedaya dengan tajuknya ataupun kulit hadapannya, Ayat-ayat Cinta merupakan novel pembangun jiwa. Bukan novel biasa-biasa. Bukan novel picisan yang berlambakan di pasaran.

ada ketika..masa aku balik kerja...aku baca buku tu kat dalam bas.. aku dapat rasa yg sume org tgh perati buku yg aku baca... mungkin sbb tajuk dia.."ayat-ayat cinta"... aku tak taulah apa yg dorg pikir ngan tajuk tu...;P ..mungkin sbb tajuk dia yg terlau direct.. hingga org akan ingat buku tu adalah buku motivasi cinta..;P ;P

mardhiah12 Publish time 26-2-2007 10:20 AM

Originally posted by captain_scubby at 23-2-2007 08:44 AM


ada ketika..masa aku balik kerja...aku baca buku tu kat dalam bas.. aku dapat rasa yg sume org tgh perati buku yg aku baca... mungkin sbb tajuk dia.."ayat-ayat cinta"... aku tak tau ...

captain scubby, tu la, bila bawa buku ni pergi office, ada sorang officemate tu dah jeling dah..terkejut dia sbb tahu saya selalu baca buku serius sikit, hehe...mana taknya tajuk ayat-ayat cinta :P

QueenLove Publish time 18-3-2007 07:18 PM

hehe baru beli buku smlm, hari ni dah habis baca... beli yg cover pink tu.. perkataan melayu + indon,rasa mcm kelakar je baca.. cerita dia best.. nangis aku masa part maria tak dpt masuk syurga tu :'(

NonaNaga Publish time 23-3-2007 02:02 PM

housemate ku yg mengenalkan novel ni pada aku awal Mac ini.....
setulus hati ku katakan ia sememangnya novel pembangun jiwa...
segalanya ada dlm novel itu....islam, cinta...persahabatan..cukup ramuannya...
housemat ku beli diMPH..tak silap Rm22 somting......
nanti nak dptkan koleksi untuk diri sendiri...sbb mmg tak rugi memilikinya pun....
terlalu indah....
Verses of Love...tu merujuk kepada ayat-ayat cinta al - Quran itu sendiri.....

NonaNaga Publish time 23-3-2007 02:05 PM

http://i41.photobucket.com/albums/e293/zarea106/NonaNaga/P3120043.jpg

dua novel yg diusahakan nona untuk baca sepanjang Mac ini....

[ Last edited byNonaNaga at 23-3-2007 06:02 PM ]

zLa Publish time 24-3-2007 03:27 AM

Reply #42 captain_scubby's post

mase 1st time aku tgk kt kedai pon aku igt buku motivasi cinta..siap ckp ngan member "ade ke org nk beli buku ni"?.. last2 aku la salah sorg yg membelinya..;P ;Pso lenkali dont judge a book by its title..hehe

Jiddin Publish time 26-3-2007 05:59 PM

Reply #29 polaris_girlz's post

Buku ni ni novel.
Kalau ikut konteks Indon, ayat-ayat tu bukan bermakna ayat-ayat yang kita faham.
Di Malaysia; ayat=sentence
Kat Indon; ayat=hanyalah untuk ayat2 Quran

Pernah aku suruh kawan Indon construct ayat dalam BI dan pandang pelik kat aku. Rupanya bagi dia ayat hanyalah digunakan untuk ayat Quran

romashikin Publish time 26-3-2007 06:01 PM

Novel nie memang menarik.   Dah dah habis baca.   Buku yang bagus, jalan cerita yang indah.Kalau sesiapa yang tak pernah pergi Negara Mesir pun dapat menghayati betapa keadaan di negara itu.   Budaya dan orang-orangnya.Betapa tak berharganya bangsa Indonesia di mata masyarakat mesir.Betapa mereka-mereka itu takut dengan orang-orang barat.Memang bangsa arab ni kadang-kadang bodoh...........

Jiddin Publish time 26-3-2007 06:07 PM

Reply #33 captain_scubby's post

Novel Maria ada diterjemah ke BM oleh seorang mahasiswa Malaysia yang belajar di Mesir.

Sesiapa yang berminat nak membeli, boleh contact orang kat bawah ni tapi tak sure ada tak lagi sebab orang ni iklankan buku ni dah setahun lepas.

Novel Maria ni kalau tak salah mmg tak available langsung kat kedai2 buku at time being.

Tajuk : MARIA
Penulis : Emine Senlikoglu
Terjemahan : Ust Rofizi Dollah
Penerbit : Badan Penerbitan, Persekutuan Melayu Republic Arab Mesir
Harga : RM 13
Berminat Hubungi : khyrul1@yahoo.com

Maria merupakan kisah benar yang diceritakan kembali kepada penulis
yang berasal dari Turki. Maria mengungkap kisah seorang gadis Jerman
bernama Mary(Maria) yang menghadapi konflik 3 penjuru antara Kristian (yang
dianuti oleh diri dan ibunya), Aties (ideologi yang dipegang oleh ayah,
adik dan kekasihnya) dan Islam (yang diperkenalkan oleh Abdul Wahab dan
kekasih barunya Muhammad).

Novel Maria akan menceritakan bagaimana ia menemui sebuah kebenaran
apabila berhadapan dengan ketiga-tiga pegangan tersebut. Buku ini serba
sedikit menyentuh bagaimana serangan licik yang dilakukan oleh Kristian dan
Aties dalam mempengaruhi masyarakat umumnya dan umat Islam khususnya.
Beliau menerima pelbagai cabaran dan dugaan yang amat perit. Orang yang
diharapkan membawa sinar Islam dalam hidupnya akhirnya mengkhianati
dirinya.

Bagaimanapun Maria berjaya menghadapi semua ini dalam sebuah dunia yang
realiti. Bukan satu imiginasi penulis atau garapan yang dicampur adukkan
untuk menarik minat pembaca untuk membacanya.

Sesungguhnya novel Maria bukan sekadar untuk bahan bacaan peminat novel
sahaja, malahan ianya perlu dibaca oleh segenap lapisan umat Islam. Kita
perlu sedar, gejala mengkafirkan umat Islam amat ketara sekarang ini. Dalam
sebulan sahaja telah berapa banyak yang berjaya dikafirkan. Semoga buku
Maria sedikit sebanyak dapat membantu umat Islam untuk menangkis serangan-
serangan yang akan digunakan oleh golongan kufar.


--- Boleh cari kat mana2 kedai buku kalau jumpa hehehe---
--- Bilangan terhad. Siapa cepat dia dapat---
--- Kalau stok habis, sendiri mau ingat---
---wassalam---

Berminat Hubungi : khyrul1@yahoo.com

Jiddin Publish time 26-3-2007 06:11 PM

Reply #46 NonaNaga's post

Chaiyok chaiyok cik Nona!
Kedua2 buku tu sangatlah unputable (ada ke word ni?)
Tapi saya lagi suka kombat tu:loveliness:

NonaNaga Publish time 27-3-2007 07:41 AM

Originally posted by Jiddin at 26-3-2007 06:11 PM
Chaiyok chaiyok cik Nona!
Kedua2 buku tu sangatlah unputable (ada ke word ni?)
Tapi saya lagi suka kombat tu:loveliness:

tq jiddin :)
sebelum ni nona followers novel2 RAM...cuma alhamdulillah dpt osmate yg share minat membaca novel2 berkualiti....
terbukak sket mata...

luv_boril Publish time 31-3-2007 04:44 PM

Ayat ayat cinta dalam proses pembikinan filem..tak sabar nak tgk..:loveliness:

limau_nipis Publish time 31-3-2007 10:54 PM

Reply #53 luv_boril's post

HAH? YE KE????
sape pelakonnya?

mardhiah12 Publish time 3-4-2007 11:58 AM

baru habis baca 'bila cinta berbuah surga'..versi indonesia tulisan habiburrahman. beli kat pustaka mukmin. harga dlm 18++. buku ni sebenarnya koleksi cerita2 pendek, cerita2 sahabat nabi ataupun org alim. best juga..sekejap je baca sebab nipis jer pun..

QueenLove Publish time 8-4-2007 05:17 PM

Originally posted by limau_nipis at 31-3-2007 10:54 PM
HAH? YE KE????
sape pelakonnya?

fedi nuril "garasi"
rianti "mtv vj, jomblo"

fa_stellar Publish time 14-4-2007 01:40 PM

Zaskia Mecca ...Sarah Kiamat Sudah Dekat .. die jadik aisha la kot..
tp...uwaa..aku rasa cm xde sape layak jd fahri.
tp aku dgr Fedi berusaha keras utk watak ni. Gdluck!

QueenLove Publish time 18-4-2007 06:45 AM

Originally posted by fa_stellar at 14-4-2007 01:40 PM
Zaskia Mecca ...Sarah Kiamat Sudah Dekat .. die jadik aisha la kot..
tp...uwaa..aku rasa cm xde sape layak jd fahri.
tp aku dgr Fedi berusaha keras utk watak ni. Gdluck!

katanya aisha tu org mesir betul yg belakon... ntah lah...

fa_stellar Publish time 18-4-2007 10:38 AM

Reply #58 QueenLove's post

ohh... jd Nurul plak kot?
tp aku rasa kalo die jd aisha pon pass gak. aisha tu kan Palestine+German.
...watak maria tu kalo bg kt orang mesir sgt la tepat.
hehehe..kalo je aku puan pengarah leh le aku wat cenggitu

QueenLove Publish time 1-5-2007 10:03 PM

"nadia" dlm filem Tak Biasa (oh dutaaaa) pun berlakon dm pilet AAC...
Pages: 1 2 [3] 4 5 6 7 8 9 10 11 12
View full version: Habiburrahman El-Shirazy (merged with bloop)


ADVERTISEMENT