maratussolehah posted on 12-5-2007 09:38 PM

MENU/RESEPI ANTARABANGSA :: TIMUR TENGAH ::

akum...

rasanya belum ada lagi thread nie.
saya nak ajak kawan2 kat fnr nie kongsi resepi masakan arab, tak kirala roti ke,
nasik ke, manisan ke....
sesapa yg ada resepi masakan arab yg best2...bolehla masukkan kat sini.

sy ada tgk sebelum ni ada resepi baklava...
tu pun salah satu manisan arab.

ok...saya start dulu.
tak pernah test lg  resepi nie.
tp suka sgt makan roti arab...
selalu beli yg siap je, kat sini SR1 (saudi riyal) ada 5 keping.murah sgt!!
kekadang tu sampai tak abis.


http://i175.photobucket.com/albums/w127/maratussolehah/cont_1_462_1.gif

Arabic Bread

Ingredients
4        cups flour
1        tablespoon milk powder
1        tablespoon dry yeast
1        tablespoon sugar
1        tablespoon salt
2        tablespoons soft butter
1

maratussolehah posted on 12-5-2007 10:04 PM

kufta wrapped in eggplants


kufta nie boleh jugak di makan dengan roti arab tu...
biasanya kalau makan kat restoran sini, roti arab tu dia bg free je dalam 4 keping.
biasanya makan dengan mixed grill...meat kufta, chicken kufta, homous eggplant/chickpeas (resepi dr lebanese) dll.
kalau ada resepi homous tu nanti, sy akan masukkan.

http://i175.photobucket.com/albums/w127/maratussolehah/cont_1_439_1.jpg

Kufta Wrapped in Eggplants

Ingredients
1- Kufta
2 eggplants
Salt and pepper
2 tablespoons olive oil

pinatbate posted on 13-5-2007 12:43 AM

Maratussolehah...

kakpinat biasa gak makan kuftah kepit dalam  isyy ...
lagi satu kakpinat suka KIBDAH...hati lembu diorang masak lebih kurang macam kuftah gak kot...makan dengan roti arab..
cuba tolong siasat resepi dia yer...kalau ada terjumpa lah...;P

bebaru ni kakpinat makan kat rumah kawan Mesir...dia masak Arruz Ahmar with onion...
resepinya senang jer...main agak-agak jer sukatannya....

Tumis bawang merah dan bawang putih kisar dgn minyak sapi..
Pastu masukkan beras dan air rebusan karkadeh utk dapatkan warna merah dan bau wangi..
boh garam sikit..

Pas tu makan lak dengan hamam masywi...mana ntah dia tangkap burung merpati...;P
sedap wa cakap....:D

pinatbate posted on 13-5-2007 12:47 AM

Baklava banyak jual kat sini...
kakpinat dah pernah jumpa kat Mid valley, Alamanda Putrajaya,The Curve...biasanya kat kiosk yang jual kacang-kacang dan kurma Arab...kalau nampak mesti beli...tapi mahal siot...tak apalah...bukan makan banyak pun,makan sikit-sikit jer...takut kencing manis....;P

maratussolehah posted on 13-5-2007 08:30 PM

kak pinat...
nanti sy cuba cari resepi tu...

sy pun tak pernah jumpa lg hati lembu yg dorang masak cam kufta tu.
karkadeh tu apa yek??
sy pun taktau sgt nama2 masakan arab nie :D

kalau gi restoran tu...tanya waiter tu macam2 :lol:
sbb suma menu dalam bahasa arab.....

pinatbate posted on 13-5-2007 08:54 PM

Reply #5 maratussolehah's post

karkadeh tu kalau kat Malaysia orang panggil hibiscus..
rupa macam bunga raya merah tapi kelopak keras ...
orang keringkan dan rebus air dia minum..rasa macam ribena....:loveliness:

insignia posted on 14-5-2007 02:16 PM

Reply #6 pinatbate's post

karkadeh nie kalau kt tempat kita ialah roselle...

kibdah tu senang jer...

hati lembu di potong halus...letak dlm periuk masuk sedikit stok /air + tomato pure + lada hitam + bawang besar...bila dah mendidih masuk garam secukup rasa...:bgrin:

p/s: kalau versi tumis tumis bawang puteh terlebih dahulu..boleh juga dicampur cili hijau dihiris halus...

mushimushimushi posted on 14-5-2007 02:28 PM

sesapa ade resepi untuk buat baklava tak...atau tau kat mana nak carik?

cikwawi posted on 14-5-2007 02:51 PM

BAMIA

Resepi taken from Mesra.net


1 kg daging (saya prefer kambing)
1 tin susu cair
100 gram jintan manis
100 gram jintan putih
10 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
3 cm halia
serbuk lada putih
kacang bendi
4 biji bawang besar, potong empat (saya selalu boh 2 je)
4 sudu besar sos tomato (boleh ganti puree tomato)
sedikit daun ketumbar (saya omit sebab allergic dgn daun ni ;P )
sedikit garam
sedikit serbuk perasa (saya omit)

cara2

- Daging dibersihkan dan potong nipis
- Kisar jintan manis, jintan putih, bawang merah, bawang putih dan halia.
- Gaul daging bersama bahan kisar.
- Masuk dalam periuk bersama segelas air. Masak daging hingga empuk.
- Kemudian masukkan serbuk lada putih, susu cair, kacang bendi, bawang besar, daun ketumbar, garam dan serbuk perasa. Kacau hingga masak.

1st time makan daging bamia ni masa open house raya few years back. sedap sangat makan dgn roti perancis. saya da try resepi atas tu 2 kali memang best!

seri06 posted on 14-5-2007 09:56 PM

Originally posted by pinatbate at 13-5-2007 08:54 PM
karkadeh tu kalau kat Malaysia orang panggil hibiscus..
rupa macam bunga raya merah tapi kelopak keras ...
orang keringkan dan rebus air dia minum..rasa macam ribena....:loveliness:

dulu masa dok egypt..selalu minum air nie..sedap nye..dah tu murah..jual mcm kotak teh tu..
saya suka minum letak ais..teringat mcm minum ribena..
kat msia ada jual ker? ada masa nak cari kat supermarket sini lah..mana tau ada..

zuraini posted on 14-5-2007 10:20 PM

Khudhar (Masakan Arab)(mesra.net resipi)

Bahan-Bahan:
1 biji bawang besar atau 3 biji bawang kecil
3 ulas bawang putih
8 biji tomato masak yg lembik-lembik - diblender dengan air sehingga hancur (1 jag blender sja.)
5 biji kentang dipotong besar besar
4 batang carrot dipotong dadu
2 sudu teh lada hitam
1 ekor ayam dipotong 8 atau 1 kg daging dipotong besar besar - di goreng 5 minit
garam secukup rasa
  
Cara:
Tumis bawang putih dan merah sehingga kekuningan

Masukan tomato yang telah diblender Biarkan mendidih seketika masukan kentang dan carrot setelah hampir empuk masukan ayam tutup periuk reneh seketika sehingga kentang betul betul empuk masukan lada hitam dan garam secukup rasa biarkan seketika tutup api.

Siap untuk dihidangkan dengan nasi arab dua warna.

Tambahan:
Masakan ini boleh dibuat tanpa menggunakan ayam atau daging.

soulha posted on 15-5-2007 06:45 AM

http://photos1.blogger.com/blogger/6319/2008/320/daging%20mesir1.0.jpg

DAGING /KIBDAH TUMIS ala Mesir(Gambar Internet)

Ingredients:

1/2 kg daging potong strips @ Hati lembu (Kibdah)

Bahan Perap :
Dark soy sauce/ mushroom sauce
Gula ( hanya untuk mem balance kan rasa, sedikit saja )
Lada hitam
1 sdb bawang putih cincang
2 sdb jus limau nipis
Campur semua bahan dan dimarinade selama  2 jam.

Directions:
Bahan lain :
1 bhg bawang besar potong memanjang
1 sdt ketumbar halus
1 sdt cumin (jintan)
1/2 sdt lada hitam

caranya :
Basuh daging /hati lembu sebersihnya..
Tumis daging/hati lembu dengan minyak olive secukupnya, lalu tambahkan air sebanyak 200 cc, kemudian masukkan bahan perap tadi, masak sampai daging empuk, dan airnya kering, masukkankan bawang besar dan ketumbar halus, jintan dan lada hitam.
Masak sebentar asal bawang layu, angkat dan sajikan panas2.

Biasanya disajikan dengan vegetarian mousaka..Orang Arab nie klu hati lembu dia nak yg bau2 kuat skit..baru terasa ummppp

[ Last edited by  soulha at 15-5-2007 07:03 AM ]

hairanaz posted on 15-5-2007 10:13 AM

baklava ni tak silap saya dia pakai sejenis pastry philo (betul ker eja tu?)...pastry nipis gitu.....saya tak pasti la ada jual ker tak kat pasaraya ....

yang saya tgk dia way camni:
bahan :
pastry philo
1 mangkuk kekacang yang di cincang (almonds,pistachio,walnuts dan lain2)-  saya suker byk kacang
melted butter (utk di sapu)
1 cawan air gula pekat (boleh campur perahan lemon kalau suka)
serbuk kulit kayu manis (jika suker spicy,tak sker boleh ommit)

cara:

-dalam loyang,lapiskan dengan pastry philo sehingap menutupi dasar loyang,kemudian sapukan dengan butter cair,tabur kekacang (dan serbuk kulit kayu manis), dan lapiskan lagi dengan pastry

-ulang proses yang sama sehingga penuh loyang
-sapu permukaan pastry yang paling atas dengan butter
-sebelum di bakar di dalam oven, potong baklava kepada beberapa bahagian (macam potong pizza gitu...potong kiub pon bulih gak....err...paham ker saya explain nie),kemudian barulah bakar di dalam oven pada suhu 180'C sehingga pastry nampak garing dan keemasan.

-setelah masak keluarkan dari oven dan curahkan air gula pekat ke atas baklava. biarkan sejuk baru lah makan.

maisya posted on 15-5-2007 10:34 AM

Nie ada thread pasal Bakhlava
http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=224843&page=1

maratussolehah posted on 15-5-2007 06:31 PM

oo karkadeh tu hibiscus ke :)
sy ada beli ...ada lagi dalam kabinet kt dapur tu :)
suka gak minum..dah lama tak buat.
rasa cam masam2 skit.
dah ambik pic box karkadeh tu td tp tak upload lg pic tu.
yg sy punya dalam sachet cam teh tu.
dalam satu box tu ada 25 sachet.
nanti sy masukkan kt sini pic nya.

ada sesapa nak kirim ke?
sy blk mesia..insyaAllah bulan puasa nti :)
selain karkadeh tu, ada gak teh yg perisa mint, anise, cinnamon, dll.
brand sama....

maratussolehah posted on 15-5-2007 06:34 PM

kak pinat...
insignia tu dah bg resepi hati lembu yg akak mintak tu.

pinatbate posted on 15-5-2007 06:53 PM

Reply #16 maratussolehah's post

hehehe....

dan kakpinat pun dah beli hati lembu...
cuma tak sempat nak buat lagi..
semalam layan biryani kambing la pulak....:loveliness:

soulha posted on 15-5-2007 07:36 PM

Originally posted by pinatbate at 15-5-2007 06:53 PM
hehehe....

dan kakpinat pun dah beli hati lembu...
cuma tak sempat nak buat lagi..
semalam layan biryani kambing la pulak....:loveliness:

sedapnya kak pinat..hulur sepinggan...sy pun nk pie cari kibdah gak aarr..resepi isignia tu rasanya dh betoi dh...mkn dng isyh...sedap2 klu sekali dng mukhally (acar timun arab/zaitun jeruk)....:loveliness:

pinatbate posted on 15-5-2007 08:15 PM

Reply #18 soulha's post

soulha...
anak dara kakpinat suka sgt makan jeruk zaitun ni...
dia ratah jer makan depan tv...macam makan kacang tu..:mad:
sat yang warna  itam,sat yang ijau,sat yang inti carot kat dalam tu...

bangkrap woo...kat sini sebotol kecik dah RM 4.00...yang botol besar berbelas ringgit..
mana ada jual pakai kilo.....:P

soulha posted on 15-5-2007 10:43 PM

Originally posted by pinatbate at 15-5-2007 08:15 PM
soulha...
anak dara kakpinat suka sgt makan jeruk zaitun ni...
dia ratah jer makan depan tv...macam makan kacang tu..:mad:
sat yang warna  itam,sat yang ijau,sat yang inti carot kat dalam tu. ...

dulu soulha tk reti nk makan gak..tambah yg timbang kilo bau mcm minyak gas jer..ntah apa2 yg aku baunya:mad:...tp bila dh mula pandai makan,ratah cam timun jer..tp yg hijau tu sorrylahh..pahit....klu rajin dan ada orng balik boleh jer klu nak..

maratussolehah posted on 15-5-2007 11:21 PM

kat tempat sy ada jual pakai kilo.
biasanya kt pasaraya besar la cam cfour ke, giant ke, geant ke...
aritu ada beli gak wat balik mesia bg kat mother in law.
taktaula dorang makan ke tidak.

anak dara kak pinat boleh ratah cenggitu jer ek.
tak masam ke??
mesti suka makan jeruk2 nie:)
sy tak pernah makan cenggitu plak...
klu letak kt pizza tu okla....
rasa masam2 best gak.

pinatbate posted on 15-5-2007 11:32 PM

Reply #21 maratussolehah's post

tak masam lah...
lagi pun diaorang buat jeruk zaitun bukan pakai cuka macam kita buat jeruk mangga...hanya pakai air,garam dan stabilizer..

yang warna itam tu lemak sungguh..yang hijau tu ada rasa kelat sikit tapi kalau dah makan banyak dia pun jadi rasa lemak...tu yang anak kakpinat makan berhantu tu...;P

selalu kakpinat beli jenama Borges dari Spain sbb yg tu murah berbanding yang lain...saiznya kecil sikit dan lebih lonjong tak macam buah zaitun orang Arab...:)

maratussolehah posted on 15-5-2007 11:40 PM

kak pinat dan soulha stay kat mana skrg??
dua2 kat mesir ke??
nape duk sana, study lg atau husband keje sana?
tentu anak2 kak pinat fasih speaking arab kan :)

pinatbate posted on 15-5-2007 11:46 PM

Reply #23 maratussolehah's post

Soulha dekat Mesir,kakpinat di Malaysia sekarang...:loveliness:

Dah lama kat sana nanti tentu Ammar dan Balqis pun pandai ckp Arab..:loveliness:

pinatbate posted on 15-5-2007 11:56 PM

Reply #10 seri06's post

kakpinat selalu jumpa karkadeh ni kat kios kacang dan kurma Arab kat Mid Valley, Alamanda dan The Curve...Baklava pun ada jual tapi biasa lah...dah sampai Malaysia mahal lah kan...tengok lah tempat dia jual pun....:P

Sepeket kecil karkadeh (tak tengok pulak berapa gm) harganya RM 8..yang tu kena rebus dulu..
kalau banding dengan harga kat Mesir dan terbayang Arab jual berbuntil- buntil tu memang lah terasa mahal sangat....tapi kalau kira kos karkadeh tu naik kapal terbang nak sampai Malaysia...ok lah kut harga tu..;P
Page: [1] 2 3 4 5
View full: MENU/RESEPI ANTARABANGSA :: TIMUR TENGAH ::