pee3 Publish time 7-5-2007 12:15 PM

Originally posted by ~boolean at 7-5-2007 02:00 AM



Ala...ko tengok je lah kat Putrajaya tu..
Alamanda bukak kul 10 pagi, 10.05 pagi dah ada pekerja kerajaan datang shopping...:L
Siap dengan kot, tie, tag nama pelbagai....
pukul 10 namp ...


Alahai nak kerja ke nak bershopping
Banyak sangat duit kah asyik nak menempel aje kat shopping complex & kalau ya pun nak window shopping tak boleh ke tunggu after office hour
Tu lah segelintir yg ada attitude buruk habis semua goverment servant di pandang serong
Depa2 ni tak pernah serik kena hentam sana sini pasal attitude buruk depa tapi masih buat dek aje
Kesian kat staff lain terutama yg berpendapatan rendah & banyak tanggungan yang benar2 perlukan kenaikkan & penyelarasan gaji utk tampung kehidupan yg makin mencabar & mendesak ni
Sampaikan ada antara depa ni buat part time bawa teksi, ambil upah mesin rumput di rumah orang dll semata-mata nak tambah pendapatan sedangkan yg lain asyik bershopping & perabis duit lepas tu depa lah yg dok melolong minta gaji naik
Kekadang tu kerja yg boleh di siapkan dlm tempoh yg singkat boleh jadi memakan masa yg lama dek sebab banyak birokrasi yg sengal & attitude pekerja tu sendiri yg suka sambil lewa

[ Last edited bypee3 at 7-5-2007 01:58 PM ]

Login_ID Publish time 7-5-2007 12:38 PM

Reply #352 NURMIMIE's post

setuju ngan ko mimie. keja ngan gomen tidak semestinya dok goyang kaki. dan tak semuanya senang nak kuar..senang nak cuti, senang nak memonteng.
macam kat jabatan aku sendiri pun, kalau keluar lebih 3 jam dah kene ambik cuti. tapi cuti pun bukan sewenang2 nya nak ambik. pnah sekali tue.. cuti raya dah approve tapi due tu an emegency kes, cuti kene cantas. Ada plak tu..terpaksa merayu-rayu ngan bos nak mintak cuti.
pasal gaji ni lak..kita keje kengkadang melebihi spek tugas yang diberikan sebab staff tak cukup. kene ot, cantas waktu lunch..tapi gaji tang tu jugak.
minyak, parking, barang suma naik. peniaga nak untung, azab kita tanggung.
skang ni pun, baru dengar ura-ura kenaikan gaji..barang2 dah start naik. minyak peket dah mula lesap di pasaran. adapun..harga mahal. seolah-olah kenaikan harga barang ni disokong dan direstui oleh gomen. sedangkan kalau fikir logik..adakah dengan naiknya gaji kita kos pengeluaran akan bertambah? perkara ni patut dan amat sangat perlu dipantau oleh kerajaan. jangan nak heboh soal kenaikan gaji pasal nak bagi kakitangan awam hidup selesa.. tapi bila tengok balikl benda ni akan jadi pi pi mai tang tu.

silver_yamy Publish time 7-5-2007 02:05 PM

kenaikan gaji hanya utk kakitgn krajaan kan... means harga barang2 pun mmg naik lar..:(
yg kesiannya msyrkt yg bukan kakitgn krjaan mahupun swasta,contohnya para petani, mereka yg kerja sendiri + cukup2 makan ja:o
lau naik harga barang, brtambah susahla mereka nmpaknya...:'(

buncis Publish time 7-5-2007 04:16 PM

perhimpunan pagi tadi ada mention pasal kenaikan gaji tp bila berapa belum tau lagi.yg pasti mmg ada kenaikan gaji.

evolutionary Publish time 7-5-2007 04:17 PM

berapa sen sangat la nak naik pun, compare gaji dan increment sektor swasta, bagaikan langit dan bumi bezanya

gerut-gerut Publish time 7-5-2007 05:22 PM

Ade komen baru daripada pak lah...:)


Kakitangan Awam Akan Dapat Kenaikan Gaji, Kata Abdullah


PUTRAJAYA, 7 Mei (Bernama) -- Seramai 1.2 juta kakitangan awam di seluruh negara akan menerima kenaikan gaji kerana mereka berhak mendapatnya, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

Perdana Menteri berkata perbezaan pendapatan antara pegawai rendah dan tinggi perlu diambil kira dalam menentukan formula kenaikan gaji itu kerana kos hidup yang tinggi membebankan golongan berpendapatan rendah.

"Kakitangan awam wajar diberi kenaikan gaji tetapi banyak mana setakat ini hanya (Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam) Tan Sri Ismail Adam sahaja yang tahu," katanya pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Dataran Perdana, di sini.

Kerajaan, kata Abdullah, setakat ini tidak mengetahui apa yang hendak disyorkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam mengenai perkara itu.

Ini merupakan kali pertama kerajaan memberikan jawapan "Ya" kepada soal kenaikan gaji kakitangan awam, kerana sebelum ini kerajaan hanya menyebut "sedang mengkajinya sahaja".

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) sebelum ini mencadangkan semakan semula gaji kakitangan awam dengan kenaikan antara 10 dan 40 peratus memandangkan kali terakhir semakan dibuat adalah pada 1992.

Cuepacs mencadangkan kenaikan 40 peratus untuk kumpulan sokongan II (Gred 1 hingga 16) yang merupakan jawatan terendah dalam sektor awam manakala 30 peratus bagi kumpulan sokongan I (Gred 17 hingga hingga 40).

Bagi kumpulan pengurusan dan profesional (Gred 41 hingga 54), Cuepacs mencadangkan kenaikan sebanyak 20 peratus manakala bagi Jawatan Utama Sektor Awam (Jusa) pula sebanyak 10 peratus.

Abdullah berkata kedudukan kewangan negara juga perlu diambil kira dalam menentukan kadar kenaikan gaji kakitangan awam.

Perdana Menteri secara berseloroh berkata beliau memilih untuk bercakap mengenai kenaikan gaji kakitangan awam sahaja pada perhimpunan itu kerana sedar kakitangan awam "tidak mahu" mendengar subjek lain lagi.

"Ada orang cakap dah lama tak naik gaji. Ada orang cakap macam mana nak dinaikkan gaji mereka Pak Lah, sedangkan delivery system belum dipertingkatkan lagi. Ada orang cakap gaji perlu naik kerana kos hidup tinggi sekarang," katanya.

Abdullah berkata kerajaan memang sedar sudah lama gaji kakitangan awam tidak dinaikkan tetapi beberapa elaun termasuk COLA (elaun kos sara hidup) sudah diberikan untuk meringankan beban mereka.

Ini bukan bermakna tiada apa-apa pemberian daripada kerajaan walaupun gaji mereka tidak dinaikkan sebelum ini, kata perdana menteri.

Dalam pada itu, Abdullah berkata kakitangan awam pula perlu meningkatkan lagi mutu perkhidmatan awam dengan memberi tumpuan kepada aspek kecekapan, kepantasan dan keadilan dalam melaksanakan tugas mereka.

Mereka mesti berkhidmat dengan cepat, tepat dan adil kerana cara itu sahaja boleh menjadikan pembangunan negara lebih dinamik, katanya.

"Kita tak boleh kata kita hanya nak urus 10 fail sahaja sedangkan fail di depan kita bertimbun. Kita juga tidak boleh kata kita nak urus sekian banyak sahaja surat rayuan sedangkan banyak surat rayuan yang perlu diberikan perhatian," kata Abdullah.

Ismail yang turut hadir pada perhimpunan itu ketika ditanya oleh pemberita kemudiannya berkata, kajian kenaikan gaji itu kini di peringkat akhir.

Ditanya mengenai formula kenaikan gaji itu sama ada golongan berpendapatan rendah akan menikmati lebih kenaikan berbanding yang berpendapatan tinggi, beliau hanya berkata: "Seperti yang Perdana Menteri cakap tadi. Seperti yang Cuepacs minta."

Ismail juga enggan menyatakan bila hasil kajian itu akan diserahkan kepada kerajaan untuk pertimbangan.

"Tunggulah Perdana Menteri akan umumkan," katanya.

-- BERNAMA

Bateesta Publish time 7-5-2007 05:36 PM

Kalau baru nak kaji , sah2la lmbat lg:lol:

zorrro_03 Publish time 7-5-2007 05:52 PM

Originally posted by ~boolean at 7-5-2007 02:00 AM



Ala...ko tengok je lah kat Putrajaya tu..
Alamanda bukak kul 10 pagi, 10.05 pagi dah ada pekerja kerajaan datang shopping...:L
Siap dengan kot, tie, tag nama pelbagai....
pukul 10 namp ...
ko biar bener.betul ke kat putrajaya ada staff gomen gi shoping time keje?tak logik laaa tu.kalau takat sorang 2 / sesekali mungkin diorang gi beli barang utk ofis.tak baik fitnah tau.

evolutionary Publish time 7-5-2007 05:59 PM

biasa la "mengular" takkan tak biasa kot

gilagila2 Publish time 7-5-2007 07:41 PM

Reply #352 NURMIMIE's post

:$ :$ :$ :$

ocimaru Publish time 7-5-2007 07:48 PM

makan duit haram ler jawabnya

padlie Publish time 7-5-2007 08:24 PM

Originally posted by evolutionary at 7-5-2007 04:17 PM
berapa sen sangat la nak naik pun, compare gaji dan increment sektor swasta, bagaikan langit dan bumi bezanya

Itu la... tu pun masih ramai orang private dengki, bantah kenaikan ni..
tak tau la kenapa... yang dijadikan benchmark, golongan bermasalah yang duk kat kaunter dan yang merayau waktu kerja...
Sedangkan ramai lagi yang duduk belakang tabir ni... Tak adil la bg diorang ni...

WonBin Publish time 7-5-2007 08:26 PM

New Pricing:

1. Nasi putih kosong: RM1.50
2. Ayam goreng: RM3.00
3. Teh tarik RM1.50
4. Roti canai: RM1


:lol: ;P

Qurnia Publish time 7-5-2007 08:39 PM

Originally posted by WonBin at 7-5-2007 08:26 PM
New Pricing:

1. Nasi putih kosong: RM1.50
2. Ayam goreng: RM3.00
3. Teh tarik RM1.50
4. Roti canai: RM1


:lol: ;P

pagi tadi aku beli nasik lemak, nasik basic + sambal sotong =RM3....lom masuk air ye...

abby_R Publish time 7-5-2007 10:55 PM

Originally posted by yusrin at 30-4-2007 08:19
kesian ko...tapi kat klia wat d u expek....
aku cadangkan ko bawak bekal...kalo takat nasi ngan ikan berlado
kacang yo...
dah 7 thn dah aku keje kat sini tapi dulu2 takder laa mahal sgt cam yg skang neh...skang neh aku tgk makin mencekik darah..lama2 org yg keje kat sini mampu makan roti gardenia jek.50sen:mad:

dexa Publish time 8-5-2007 05:25 AM

1.2 juta naik gaji -- PM setuju formula kenaikan ambil kira jurang pendapatan kakitangan awam
Oleh ROZAMAN ISMAIL dan HAMDEN RAMLI

KUALA LUMPUR 7 Mei

alinorlina Publish time 8-5-2007 07:34 AM

huhu jgn sampai gaji PAR sama dgn pegawai dah ler....:P

koko2 Publish time 8-5-2007 07:51 AM

kalo sama pung tak pe.....:lol:

kerepek_pisang Publish time 8-5-2007 08:14 AM

Reply #379 alinorlina's post

kalau sama pun yg nombor hujung aje...nombor awalnya tak sama ...heheheh:lol:

CoKeLat-RaWkZ Publish time 8-5-2007 08:16 AM

Originally posted by alinorlina at 8-5-2007 07:34 AM
huhu jgn sampai gaji PAR sama dgn pegawai dah ler....:P

a'ah betul tuh. kalo ckp pasal jurang, pakata selaraskan semua gaji naik 20%?? tak kire pangkat dan gred. heheehhe
Pages: 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 [27] 28 29 30 31 32 33 34 35 36
View full version: All About Kenaikan Gaji Kakitangan Awam -


ADVERTISEMENT