puteri07 posted on 22-5-2007 05:01 PM

TILAM... TILAM...

Assalamualaikum,

Puteri nak tanya pendapat kawan-kawan kat sini tentang pemilihan TILAM yang baik, tahan, selesa & affordable.

Puteri pernah terkena beli tilam dalam 500++ (mgkn tak mahal, tp mahal la jugak tu kan), pakai tak sampai setahun dah senget benget... bahagian tengah dah tenggelam... tension betul!!! dah la masa tu tgh pregnent.

So puteri nak mintak sgt u all share kat sini TILAM yang u all pakai, jenis apa, mcm mana ketahanan dia, keempukan dia & hg???

TQ

iconglu posted on 22-5-2007 05:07 PM

nanti balik check tilam apa;P ...

niceghost2005 posted on 22-5-2007 09:38 PM

Originally posted by puteri07 at 22-5-2007 05:01 PM
Assalamualaikum,

Puteri nak tanya pendapat kawan-kawan kat sini tentang pemilihan TILAM yang baik, tahan, selesa & affordable.

Puteri pernah terkena beli tilam dalam 500++ (mgkn tak m ...

Waalaikumusalam wbt Put3

Tilam yg baik ialah tilam yg dapat membangunkan kiter dgn mudah utk bersolat subuh. :lol:

Tilam yg murah..........hanya mempunyai spring yg sedikit.
Ini akan menyebabkan tulang badan kita akan rosak.
Biler bangun tidur............kita akan merasa sakit2 di badan.

SElalu nya tilam yg baik adalah lebey dari RM500

Teman pakai VONO.

Assalamualaikum

naiz posted on 22-5-2007 10:00 PM

cam lori bwk tilam keliling taman umah aku lak bunyik tajuk nie...

tilamm...tilammmm....
tak belek lak tilam aku brand apa...:loveliness:

Hana posted on 22-5-2007 10:08 PM

hana pakai..2 jenis tilam. pastu terus ada kaki roda kat bawah. (takder katil) pastu ada lekat kt dinding dia punyer pendepan. ala..hana tak reti lah nak describe. susah.

Nama tilam ku - Slumberland (hana baru tgk la..). Harga tak tahu. tapi, kalau kena beli..nak beli jenis yg sama lah..slumberland...best betul...

kalau baring..alamak..kalah tilam hotel. rasa nak baring ajerr atas tilam tu.
mmg susah ler nak bangun pagi2.

hana rasa.tilam yg paling best ialah harga yg seribu lebih keatas tu..itu pendapat hana la.

[ Last edited by  Hana at 27-6-2007 05:21 PM ]

@Phoenix posted on 22-5-2007 11:55 PM

Tilam yg baik akan menyokong tulang belakang & mempunyai byk spring , so that kalau org sebelah bergerak, ia tak mengganggu org yg sebelah lagi. Tilam yg bagus macam Vono, KingKoil, Dreamland etc.

Saya nye tilam pun best bila baring, saya beli RM1,600.00 tapi tak ingat what brand. Memang empuk

razhar posted on 23-5-2007 12:44 AM

TU SEMUA AKAN MENYEBABKAN EMPUNYA LAMBAT BGN TIDO...-VE TU!

[ Last edited by  razhar at 23-5-2007 12:45 AM ]

niceghost2005 posted on 23-5-2007 06:55 AM

Originally posted by @Phoenix at 22-5-2007 11:55 PM
Tilam yg baik akan menyokong tulang belakang & mempunyai byk spring , so that kalau org sebelah bergerak, ia tak mengganggu org yg sebelah lagi. Tilam yg bagus macam Vono, KingKoil, Dreamland ...

:setuju:

Tilam yg bagus sebenar nya BUKAN lah tilam yg lembut....tetapi yg keras.
Dan MUDAH membuat kiter BANGUN utk solat tahajjud n subuh. :lol:

Dulu teman ada beli tilam VONO yg harga RM280
Tetapi biler bangun tidur..............sakit satu badan.
Ghoper nyer dier lembut. (spring kurang)

Lepai tu teman tukor dgn VONO yg mahal skit.
Around RM600......
Alhamdullilah...........tak ada lagi sakit2 badan walaupun tilam tersebut keras. :lol:

Mas916 posted on 23-5-2007 07:23 AM

saya guna tilam kekabu....jer....;P

faraway posted on 23-5-2007 07:32 AM

Originally posted by Mas916 at 22-5-2007 06:23 PM
saya guna tilam kekabu....jer....;P
best tu, me rindu bantal kekabu...
sbb suka ngentel ;P ;P ;P

yuno posted on 23-5-2007 08:22 AM

tilam kekabu,sejuk je kan....
tp kna slalu jemur.
tul la,tilam murah ni mmg nyakitkan badan. i pun kekonon nk
jimat,tp tilam takde brand tp xslesanye tdo...tak sanggup.

koko2 posted on 23-5-2007 08:32 AM

B4 beli tilam make sure tilam tu jenis pocket spring

(spring yg dibungkus secara berasingan) dan selalu alihkan tilam setiap

3 bulan sekali supaya kadar tekanan adalah serata disemua bahagian..

puteri07 posted on 23-5-2007 08:40 AM

Originally posted by naiz at 22-5-2007 10:00 PM
cam lori bwk tilam keliling taman umah aku lak bunyik tajuk nie...

tilamm...tilammmm....
tak belek lak tilam aku brand apa...:loveliness:

hehe memang pun, sebab selalu dengar lori jual TILAM tu....

puteri07 posted on 23-5-2007 08:43 AM

Originally posted by @Phoenix at 22-5-2007 11:55 PM
Tilam yg baik akan menyokong tulang belakang & mempunyai byk spring , so that kalau org sebelah bergerak, ia tak mengganggu org yg sebelah lagi. Tilam yg bagus macam Vono, KingKoil, Dreamland ...

wah harga TILAM cecah sampai 1000++, kalah harga katil...

noted, nanti puteri nak survey tilam2 yg dicadangkan...

selalunya tilam ni ada waranty tak?

intanazlynna posted on 23-5-2007 08:48 AM

KAt umah Intan lak ada 3 tilam King Koil... ok gak tilam tu... ada keras, sederhana lembut dan yang paling lembut hheheheee tapi tetap selesaa... bilik Intan guna Tilam kingkoil sederhana lembut... dah guna 4 tahun dah... Tilam nyer dua lapis dan agak besar... kiranyer bilik Intan guna Tilam jer pastu Headboard sandar kat dinding sebab tak muat beli Queen size bed nyer katil :d

esofagus posted on 23-5-2007 09:03 AM

saya beli tilam spring anti dust mite dreamland..
ada guarantee tak rosak 9 tahun..
harga rm700.00

memang tak sakit belakang kalau tido kat tilam tu..

aptseroja posted on 23-5-2007 10:33 AM

saya nye tilam jenis pocket spring. Bettersleep punye. Tak de la semahal dreamland. Tapi memang best tidur.  Dulu selalu jugak sakit belakang/pinggang sebab tilam murah... beli 300 jer.

tomato75 posted on 23-5-2007 10:55 AM

mase tom baru kawin, kami takde banyak duit untuk beli perabot. So, baki dari duit hantaran...kami beli la tilam foam rege lam 350 jek. Elok jugela masa tu, Tom selalu balik2 kan supaya balancing dia rata jek.

Lepas enam tahun kawin, barula upgrade skit tilam ke rege 700 lebih. Brand tak ingat..tapi beli kat carvenzi. Pastu beli matress protector..sebab tilam ni tak leh dibalik2kan kalu berlaku sebarang 'kekotoran'. hehe. Kawan2 kat sini sumer berduitnye...sumernye brand memahal. Takat tu je yang kami mampu...ok next ;-)

faraway posted on 23-5-2007 11:10 AM

Originally posted by tomato75 at 22-5-2007 09:55 PM
mase tom baru kawin, kami takde banyak duit untuk beli perabot. So, baki dari duit hantaran...kami beli la tilam foam rege lam 350 jek. Elok jugela masa tu, Tom selalu balik2 kan supaya balancing ...
me pun tak tau tilam jenis apa, malas nak belek eh..
pasti kami pun guna matress proctection gak..

RedDevils posted on 23-5-2007 11:23 AM

Tilam ada pelbagai jenis:

1. Foam
2. Pocketed springs
3. Latex

Tilam yg paling tak tahan lama ialah tilam jenis Foam. Sebab material nya Foam, ia lembut sikit teksturnya, dan harganya murah. Tapi tak tahan lama. Tido 3-4 bulan dah boleh kempis tilam Foam ni. Lori yg jual "Tilammm..Tilammmmmmmmmmmmmm " tu kebanyakkan nya jual tilam jenis ni.

Next is pocket spring. Byk brand, Vono la, King Koil la...basically ada rongga rongga spring, yg menguatkan struktur tilam. Tu sebab kalau duduk/baring secara mendadak atas tilam jenis ni boleh rasa bouncing effect.
Ikut brand, tilam pocket spring boleh jadik betul2 punya keras---sebab spring baru. Dah lama lama spring nye dah lax sedikit, maka lembut la sedikit tilam itu.  The latest technology, mereka telah kurangkan tahap regangan(coling) pada spring nye, jadi tak perlu tunggu dah pakai lama baru lah tilam pocket spring ni baru nak rasa lembut.

Sesetengah jenis tilam pocket spring juga disertakan dgn chiropractic effect, utk membetulkan posture dan menyokong spine. Tapi make sure brand tilam yg betul betul certified by registered chiropracter.Sebab dah byk dipasaran tilam pocket spring yg kononnya claim boleh betulkan tulang belakang, support tulang belakang, dan lain lain, tapi sebenarnya tidak. Just a marketing gimmick.

Next is the Latex mattress. Tilam Latex.
Soft texture compare to pocketed springs, but yet resilience and tahan lama berbanding Foam.
One disadvantage is panas sikit..
Dah ada juga dipasaran tilam yg combine both Latex and Foam.

Personally, aku pakai Tilam IKEA aje.
Sultan Hedfors.
Murah, and comfortable. Seronok sebab empuk aje.
Add up matress pad and then quilt...perghhhh....rasa takmau bangun!

puteri07 posted on 23-5-2007 11:33 AM

tilam ikea bagus tak ya? sapa yg pernah pakai tilam ikea plz share & brp hg?

anj2208 posted on 23-5-2007 11:34 AM

skrg anj pakai jenama dreamland.....beli harga rm1k.....
mmg sedap giler...
pakai dah 4 thn beli ms nak kawin....

new tilam kat umah baru plak jenis pocket spring....
lbh mahal dr harga katil;P
blum try tido lagi..... tp hubby kata best....

RedDevils posted on 23-5-2007 11:56 AM

Originally posted by puteri07 at 23-5-2007 11:33 AM
tilam ikea bagus tak ya? sapa yg pernah pakai tilam ikea plz share & brp hg?

Aku pakai:pompom:

For me, memang empuk, memang selesa dan best, berbanding tilam pocket spring yg aku pernah pakai.
Tilam latex aku tu pun tak dapat menandingi kelembutannya.
Macam aku tulis kat atas, kau add on mattress pad nya, lepas tu letak Quilt...menyorok aku dlm comforter kul 11am...hehehe..

Harga depends on model, that is Sultan apa yg kau nak pilih(the mattress named as Sultan....), and also depends on whether it's Queen or King and also
depends on material(pocket spring or latex)

puteri07 posted on 23-5-2007 12:28 PM

tq for all the info, kalau ada lagi habak kat sini ya...

takut tersalah beli lagi...:'(

mami_suri posted on 23-5-2007 01:53 PM

Tilam mami beli jenis hape ntah..1700 ++ beli masa pindah umah baru..berat yaamat...so far best jugak la tido..n tak penah lagi la telajak solat subuh gajah..ada jaminan 16 tahun..

[ Last edited by  mami_suri at 23-5-2007 02:05 PM ]
Page: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full: TILAM... TILAM...